Ahad, 16 Januari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Karpal Singh Menasihatkan Peguam Ummi Hafilda Supaya Belajar Undang-Undang Sebelum Beriya-Iya Mahu Menfailkan Saman Terhadapnya

Posted: 16 Jan 2011 05:12 AM PST

GEORGE TOWN, 16 Jan [9.15 pm] - Pengerusi DAP Kebangsaan , Karpal Singh (foto) hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya. Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun. "Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun... hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini.

[Sungguh melucukan bila melihat senario ini. Ternyata, Ummi Hafilda buta sejarah dan buta undang-undang. Lantaran itulah dia sanggup berkokok untuk menyaman Karpal dan yang lainnya walhal kes sudah lebih enam tahun berlalu. Malah, jika benar Ummi mengatakan segala maklumat yang diberikan kepada pihak terbabit benar maka dia perlulah meminta kes liwat I dulu dibuka semula. Maknanya, dia menghina mahkamah yang sudah pun membuat keputusan Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan selepas enam tahun meringkuk di Penjara Sg.Buloh. Anehnya, baru sekarang dia mengatakan maklumatnya itu benar dan mahu menyaman pihak yang menjatuhkan reputasinya. Jika dia benar, kenapa semasa di mahkamah dia tidak membawa saksi-saksi yang berkenaan. Kenapa baru sekarang mengatakan ada saksi?. Apakah selepas 13 tahun mencari baru sekarang Ummi menemuinya. Ternyata beliau memang pandai membuat lawak jenaka baru untuk mensabitkan Anwar dengan kes liwat II selepas menyaksikan Saiful Bukhari gagal bertindak cemerlang dengan skrip yang diberi. Sebab itulah Ummi terpaksa dibawa masuk jadi pelakon tambahan dalam kes terbaru ini].

Tiada ulasan: