Pahang Daily Online |
- Pilihan Raya Umum Serentak Pasti Bakal Berlaku Selepas Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buluh Sebelum Bulan Julai 2011 Nanti
- Kontroversi: Kes Beng Hock, Majlis Peguam Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja !!
- Panas: Insiden Kes Rogol Amah, Rais Yatim Boleh Tuduh Blog Serta Pemimpin Pembangkang Fitnah Tapi Bagaimana Bukti Laporan Oleh Migrant Care
- Majlis Angkat Sumpah Datuk Md.Khusrin Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Yang "Baru" Selesai Juga Biarpun Penuh Dengan Kontroversi !
- Kontroversi: Keputusan Kes Mahkamah Koroner Terhadap Kes Teoh Beng Hock, Peguam Arahkan Keluarga Mendiang Menfailkan Semakan Kes Itu
| Posted: 06 Jan 2011 03:01 AM PST ![]() Mutakhir ini, berbagai usaha dan agenda yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN dalam usaha mereka untuk menarik kembali undi rakyat kepada parti itu dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semakin hari, mereka dilihat semakin gusar dengan pengaruh pembangkang. Banyak tindakan memalukan dan mengarut dilihat berlaku mutakhir ini. Semuanya mengesahkan lagi kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN sudah semakin kemaruk dan "gila meroyan" untuk terus mengekalkan kuasa. Malahan, dek kerana takut tertewas dalam pilihanraya umum akan datang, maka Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengatakan bahawa "tidak ada parti lain akan menang kiranya BN tewas". Tambah mengejutkan ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau turut melaungkan kenyataan bahawa UMNO akan tetap pertahankan Putrajaya walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Semua ini mengesahkan kepada kita bahawa mereka sudah tahu yang suara rakyat bisa menghumbankan pakatan karat itu dalam pilihanraya umum nanti. Anehnya, dalam keadaan tahu dan gusar penolakan rakyat terhadap mereka itu pun PM sanggup menyiksa rakyat. Omongan kosong "rakyat didahulukan" hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Inilah yang telah berlaku kepada rakyat Malaysia. Selepas Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah dulu, beliau rupanya telah meneruskan tradisi "mendera rakyat" dengan menaikkan berbagai harga barangan seperti minyak petrol diesel, gula, gas dan sebagainya. Bukan sekali, malah berkali-kali, bayangkan dalam masa tempoh Nov-Jan minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak tiga kali. Soalnya sekarang, kenapa ini berlaku jika benar UMNO BN mahu menarik kembali suara rakyat agar menyokong mereka? Sikap Alpa Puak UMNO Bakal Jahanamkan BN Ini membuktikan puak-puak mereka sebenarnya, sudah terlalu terdesak untuk menagih simpati rakyat sebenarnya. Lantaran itu, mereka alpa dan terlupa bahawa apa yang diucapkan dan dijanjikan itu akhirnya tidak kesampaian. Kini, rakyat jelata marah dan memberontak atas desakan ekonomi yang kian mencengkam sekarang. Terkini, terdapat ura-ura minyak kelapa juga pasti akan dinaikkan jika melihat kepada senario semasa. Janjilah apa saja, namun rakyat kini sudah tidak yakin dan percaya lagi dengan kenyataan "dusta" itu sebenarnya. Mereka melihat, jangka hayat UMNO BN kini sudah menghampiri penghujungnya. BN akan menjadi seperti parti LDP di Jepun tidak lama lagi. Semuanya itu akibat sikap "tidak sedar diri" dan "kerakusan" untuk terus mempertahankan kuasa. Penyelamat mereka sekarang ini hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sudah pasti merangka strategi baru untuk memastikan parti itu terus berkuasa. Namun, segalanya kini dilihat akan berubah terutamanya dengan kemasukan begitu ramai pengundi muda. Mereka kini terpaksa bergantung kepada talian hayat "Sabah dan Sarawak" semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Justeru itulah terdapat ura-ura Pilihanraya Negeri Sarawak terpaksa diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Ia berasaskan kepada, jika dibuat berasingan maka PM Najib gusar Sarawak akan menjadi seperti Batu Sapi yang dirampas oleh pembangkang. Tambahan pula, jika dibuat berasingan ia akan melemahkan kekuatan BN itu sendiri biarpun mereka mengawal seluruh media arus perdana. Ia berikutan, ramai pemimpin dan jentera parti pembangkang sudah pasti akan berkampung di sana apabila ia dibuat berasingan. Inilah yang menakutkan Najib sebenarnya, ditambah lagi dengan reputasi Ketua Menteri Sarawak yang kian merudum akibat skandal penyelewengan.Pilihanraya Serentak Untuk Kekalkan Kuasa BN Pilihan Raya Berlaku Selepas Anwar Terpenjara Tidak cukup dengan itu, kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula "diserang bertubi-tubi" oleh mereka. Tidak cukup dengan menggantung Ketua Umum PKR itu, kini terdapat maklumat yang mengatakan Anwar pasti akan dijatuhkan hukuman bersalah atas "konspirasi liwat II" yang sedang beliau hadapi sekarang. Biarpun terdapat seribu keraguan dan penipuan fakta terhadap kes tersebut, ditambah lagi dengan berbagai halangan untuk pihak yang tertuduh mendapatkan salinan dokumen dan senarai saksi kes. Semua ini memungkinkan Anwar pasti akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh selewat-lewat dalam suku pertama tahun ini atau selewat-lewatnya antara bulan Mei hingga bulan Jun nanti. Maka, mengikut skrip selepas Anwar dipenjara barulah PM Najib berani membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 itu sebenarnya. Pilihan itu sahaja yang ada ditangan mereka sekarang. Mereka tidak melihat kemarahan rakyat andai Anwar dipenjarakan atas kes yang meragukan itu. Malah, rakyat juga melihat Anwar sebenarnya adalah mangsa kes liwat II ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. Tambah mengejutkan, sekitar penghujung tahun 2008 dulu juga mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan terbuka bahawa Anwar tidak bersalah dan segala tuduhan yang dilemparkan oleh beliau terhadapnya adalah rekaan semata-mata. Sila rujuk video sebagai bukti kenyataan itu. |
| Kontroversi: Kes Beng Hock, Majlis Peguam Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja !! Posted: 06 Jan 2011 12:13 AM PST
[Nampaknya kes kematian Teoh Beng Hock mengulangi apa yang berlaku kepada Noritta Samsuddin. Cuma bezanya kes Noritta ada yang dituduh iaitu Hanef Basree, biar pun selepas itu dia didapati tidak bersalah. Namun dalam kes Beng Hock, tiada siapa yang dituduh walhal kejadian tersebut terang dan nyata berlaku di pejabat SPRM Selangor. Maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang dibuat itu sebenarnya. Apakah nanti jawapan sama dengan kes Noritta iaitu terdapat dua lembaga yang tidak dikenali melakukan perbuatan tersebut. Siapa lembaga itu? hingga kini masih menjadi misteri yang belum terjawab hingga ke hari ini]. |
| Posted: 05 Jan 2011 09:35 PM PST ![]() Selepas dua minggu diasak dengan insiden "rogol amah", akhirnya semalam Menteri UMNO yang menjilat kembali ludah dan jambatan yang dibakarnya dulu iaitu Si Rais Anak Yatim tiba-tiba memberanikan diri untuk menafikan dia terlibat dengan kes tersebut. Maka gembiralah para blogger dan penyokong UMNO BN atas pengakuan "ikhlas" si Rais itu. Rais dengan bangganya menolak dakwaan yang kononnya sengaja digembar-gemburkan oleh blog-blog dan pemimpin pembangkang bagi menjatuhkan reputasinya. Kononnya, pembangkang takut dengan agenda 1Malaysia dan apa yang telah dia lakukan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada kerajaan hari ini. Namun satu persoalan yang wajar ditimbulkan kepada Rais ialah, kenapa beliau begitu lantang menafikannya tapi tidak mahu memaklumkan akan membuat tindakan saman malu kepada pihak yang berkenaan?. Jika benar beliau tidak terlibat, maka apa salahnya dia menyaman semua blog dan mana-mana pemimpin pembangkang yang memperkatakan tentang hal itu. Bak kata pepatah "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Maka begitulah juga dengan kenyataan Rais Yatim itu sebenarnya. Langkah berani beliau itu sebenarnya menjerat diri sendiri. Ini kerana, apa yang diperkatakan oleh blog dan pemimpin pembangkang terhadap isu ini adalah merujuk kepada apa yang didedahkan oleh WikiLeaks. Jika sebelum ini, mereka begitu bangga dan seronok apabila memutar belitkan kenyataan WikiLeaks terhadap kes liwat Anwar, hingga menyebabkan pemimpin PKR itu berani tampil untuk menfailkan tindakan saman. Maka, kenapa Rais tidak berani berbuat demikian?. Apakah kerana beliau gusar sesuatu yang lebih panas akan terbongkar agaknya. Inilah juga yang berlaku kepada PM Najib terhadap beberapa pendedahan panas yang dibuat oleh media asing mengenai penglibatan beliau dengan kes Altantunya. Begitu juga dengan laporan yang dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini. Soalnya kenapa Najib juga seperti Rais, tidak berani untuk menyaman pihak yang berkenaan?. Bukankah ia jelas menjatuhkan imej serta mencemarkan maruah mereka?. Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Justeru itu, tidak perlulan puak-puak blogger dan penyokong UMNO terlalu percaya dengan pengakuan ikhlas Rais Yatim itu. [Tambah mengejutkan, pendedahan tentang skandal Rais itu bukan sekadar dibuat oleh blog dan pimimpin pembangkang. Ia adalah berdasarkan kepada maklumat sahih dan tidak ditagui oleh pihak yang berkenaan. Malah, bagi mengukuhkan maklumat tersebut terdapat bukti laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care (foto) yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu. Ini kerana, selepas didedahkan menerusi temubual dengan Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care. Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007. Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang berkenaan. Makanya, apakah Rais berani menafikan laporan yang dibuat oleh pihak berkenaan agaknya?. Sedangkan penghantaran mana-mana amah yang dibuat pastilah mempunyai rekod tertentu. Apakah maklumat berkenaan boleh dipadamkan oleh Rais sama semperti maklumat kehadiran Altantunya ke negara ini yang hilang dari data Jabatan Imigresen Malaysia suatu ketika dulu. Apakah nanti ada alasan mangsa tidak pernah menjadi amah di Malaysia kerana tiada rekod beliau pernah datang atau berkhidmat di negara ini?]. |
| Posted: 05 Jan 2011 08:30 PM PST ![]() SHAH ALAM, 6 Jan [11.40 pm] - Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi selesai mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini pagi tadi. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kesemua barisan Exconya. Pada majlis angkat sumpah Khusrin hari ini baginda turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran, Datuk Setia - Sultan Sharifuddin Idris Shah (S.S.I.S), Darjah Kelas Pertama kepada Duli Yang Mulia Raja Muda Selangor. Selain itu, baginda turut melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan Marzuki Hussin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Turut dilantik sebagai Ahli Jaksa Pendamai Selangor ialah Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Lee Lam Thye dan Puan Sri Thamayanti Devi Ampilaipakan, pelantikan Khusrin dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor serta Norhuda Roslan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor. ![]() SUK Negeri Selangor baru akhirnya angkat sumpah, Datuk Mohamed Khusrin bersalaman dengan Sultan Selangor selepas upacara selesai [Apa jua situasi sekali pun, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Muhamed Khusrin atas perlantikan tersebut. Cuma masalahnya, apakah beliau boleh berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan MB Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) dalam keadaan dirinya dibanyangi imej UMNO itu sendiri. Mana mungkin, SUK dapat menunaikan tanggungjawabnya jika tidak sehaluan dan persetujuan daripada pihak kerajaan negeri itu sendiri. Kes ini umpama "hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong". Ia menunjukkan kepada kita bukti jelas sememangnya ada agenda terancang untuk UMNO BN melakukan perkara yang sama kepada Perak dulu. Mungkin sebelum ini, isu CCTV haram yang diletakkan dalam pejabat MB menyebab puak UMNO terkejut. Maka itulah mereka terpaksa menghantar "Spy" secara terhormat seperti sekarang ini]. |
| Posted: 05 Jan 2011 05:35 AM PST
Ramai Pihak Kecewa Dengan Keputusan Kes Teoh
[Sememangnya sejak dari awal lagi, ramai yang menjangkakan natijah keputusann kes Teoh Beng Hock ini sebenarnya. Tambahan pula terdapat banyak keraguan dan kekeliruan yang sengaja diputar belit oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi menambahkan keraguan terhadao kes berkenaan. Dengan keputusan Mahkamah Koroner hari ini maka sangkaan itu akhirnya terjawab jua. Apa yang berlaku ini jelas sekali menunjukkan bahawa memang ada tangan-tangan belakang yang tidak mahu nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpalit dengan satu keputusan yang boleh menjejaskan reputasi badan itu. Akhirnya inilah hasil yang dihidangkan kepada rakyat. Bukan sahaja keluarga mendiang kecewa dengan keputusan tersebut, malah mereka yang cintakan keadilan juga rasa amat terkilan dengan senario yang berlaku ini]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan