| Kontroversi: Media "Putar Belit" Fakta, ADUN Sri Muda Sedia Minta Maaf Kepada Sultan Selangor ! Posted: 04 Jan 2011 11:58 PM PST SHAH ALAM, 5 Jan [12.32 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersedia meminta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung dengan kenyataannya dalam laman blog www.srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu. Beliau bagaimanapun tidak mengakui kenyataannya itu ditujukan kepada Sultan Sharafuddin tetapi kepada Setiausaha Sulit baginda dan bekas Ketua Pembangkang, Dr. Mohamad Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Shuhaimi juga menuduh media, terutamanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataan beliau di blog tersebut. Kenyataan itu disampaikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri pada sidang akhbar di pejabat DUN Sri Muda di Kota Kemuning di sini. Azmizam juga beritahu yang Shuhaimi tidak dapat hadir pada sidang akhbar itu kerana menghadiri program bersama rakyat.
[Sememangnya kita amat terkejut dengan laporan yang dibuat oleh media UMNO kononnya ADUN terbabit menderhaka kepada Sultan Selangor. Walhal, beliau mempertikaikan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan dan bekas MB Khir Toyo yang didapati membuat kenyataan dan tindakan yang jelas bertentangan dengan amalan undang-undang itu sendiri. Jika ini keadaannnya, maka kita amat yakin kes Selangor pasti akan menjadi seperti di Perak agaknya. Apakah satu lagi rampasan kuasa akan berlaku sebelum pilihanraya umum ke-12 ini. Terdapat juga maklumat yang mengatakan ada pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang bersekongkol dengan UMNO dalam kes ini. Jika itu hakikatnya, maka ia amat bahaya dan sudah pasti akan mengundang malapetaka yang lebih besar selepas ini].
|
| Al-Fatihah, Bekas Ketua Pemuda UMNO Rompin Maut Akibat Kemalangan Di Semambu Semalam Posted: 04 Jan 2011 11:42 PM PST KUANTAN 5 Jan [10.00 am] - Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin, Abdul Mahat Atan, 49, maut apabila kereta jenis Honda yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Chevrolet di Jalan Pintasan Kuantan-Gebeng dekat Semambu, petang semalam. Abdul Mahat yang berasal dari Kampung Bukit Rangin, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang semalam.
[Pahang Daily Online merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah. Semoga mereka bersabar atas kehilangan beliau itu. Sebagai sahabat, kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmatNya].
|
| Panas: "Saman Malu Isu Tangkapan", Mahkamah Tinggi Temerloh Menetapkan 20 Mac Ini Prosiding Perbicaraan Kes Presiden (ANAK) Mazlan Aliman! Posted: 03 Jan 2011 07:01 AM PST TEMERLOH, 4 Jan [10.32 pm] - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan perbicaraan kes saman malu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman (foto), berjumlah RM20 juta pada 22 Mac 2011. Peguam yang mewakili Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh, Siti Hajar Mustafa menetapkan demikian selepas meneliti dokumen peguam kedua-dua pihak plaintif dan defendan. Pada 16 Ogos lalu Mazlan selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau Awang Sulong, Felda, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya) dan Kerajaan Malaysia. Menurut fakta kes, pada 9 Mac lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka berkaitan dengan masalah-masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda yang bersenjata dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda. Hamidun merupakan peneroka yang telah melangsaikan semua hutang dengan Felda dan telah mendapat hak milik tanah kediaman dan ladang. Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa merengkok selama dua hari di lokap IPD tersebut. Dalam pada itu, Wan Rohimi berkata Siti Hajar merupakan majistret yang telah mengeluarkan reman kepada Mazlan ketika beliau merengkok di lokap IPD Raub dahulu. Wan Rohimi berkata, beliau menganggap kes saman yang dikemukakan ini sangat penting dan keputusannya akan menjadi indikator kepada pemisahan antara kuasa Felda dan kuasa peneroka. "Saya lihat Felda amat memberi tumpuan kepada kes ini berdasarkan tiga peguam kanan persekutuan yang mewakili defendan kerana mereka amat menyedari implikasi kepada kes ini. "Keputusan kes ini dengan sendirinya akan menjelaskan had-had kuasa antara Felda dengan peneroka yang telah melunaskan hutang piutangnya dengan agensi tersebut," katanya. Turut mengiringi Mazlan ke mahkamah Tinggi temerloh hari ini ialah Penasihat Undang-Undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Naib Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Setiausaha PAS Pahang Hashim Abdullah dan kira-kira 30 penyokong.
[Akibat tindakan yang tidak masuk dek akal dan bermotifkan hawa nafsu semata-mata, akhirnya kesemua mereka pula bakal di saman. Menggunakan kuasa yang tidak kena pada tempatnya, bermakna mereka terlalu takut dengan perubahan suara rakyat terhadap parti pembangkang di negara ini. Kini rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda sudah mula sedar akan kebobrokan kerajaan UMNO BN selama ini. Hanya masa yang akan menentukan sejauh mana riwayat hidup UMNO dapat dipertahankan. Apa yang pasti, kes ini akan membuka masa rakyat supaya terus menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Syabas buat Saudara Mazlan Aliman kerana berani kehadapan untuk mempertahankan prinsip dan pendiriannya. Jangan biarkan undang-undang dipermainkan oleh mereka yang rakus untuk terus berkuasa!].
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan