Muslimeen United |
- Khairy! Belum mati Dah Disuruh Mati!!
- Pengundi India dan Cina Sokong PAS
- Gambar Calon PAS Bersalam Dengan Cina Dan India
- BONGKAR: Inilah mamat SAMSENG yang mengganggu ceramah PR semalam..(video inside)
- [PRK TENANG] GAMBAR BERKATA ? - Pengundi Berfikir Dulu Sebelum Membuang UNDI !!
- PRK TENANG : PANAS BERAPI - Skrip kempen UMNO bocor lagi ?
- Kerajaan Semakin Takut, Mahu Kawal Bahan Internet
- KEDAI MAKAN RAKYAT DIROBOH DI PRK TENANG UNTUK BUAT MARKAS UMNO/BN
- Bohong: PAS desak calon BN tarik diri
- Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng
- Kempen Hari Ketiga: Mendepani Isu - PAS Mengatasi BN
- Najib??? Macamana Ni???
| Khairy! Belum mati Dah Disuruh Mati!! Posted: 26 Jan 2011 08:05 AM PST Nampaknya Khairy memang menjadi sayu kini. Belum 'mati' dan disuruh 'mati' kenapa begitu yaa? Belum pergi dah dihambat kini. Nasib kau Khairy, pak mertua kau bukannya PM lagi. Pergilah engkau membawa diri. Orang dah tak mahukan kau. Zambri Kadiq, MB tak halal Perak, disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu. Ia disarankan oleh Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Maksudnya sekarang tak mantaplah/hampas. Kalaulah pak mertua kau masih PM, takkan mereka berani berkata begitu. Kau bukannya tak mahu sangat Ketua Pemuda, kau cuma 'mengetest market' kerana tak mahu bertanding, rupa-rupa 'market' kau dah tak laku dan dihalau betul-betul. Kasihan! menantu kesayangan.... |
| Pengundi India dan Cina Sokong PAS Posted: 26 Jan 2011 08:05 AM PST
![]() Barisan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan ahlinya yang turun padang ke Tenang melihat masyarakat Cina dan India begitu postif terhadap Calon PAS, Normala Sudirman. Richard Wong, Timbalan Ketua DHPP Perak berkata, mesej ke arah perubahan perlu disampaikan kepada pengundi-pengundi di Tenang. "Perubahan itu penting bagi menjaga kebajikan dan hak generasi akan datang. Sekiranya mereka mengundi BN, hasilnya tidak sama seperti generasi muda yang terbela di negeri di bawah pimpinan PR" . Beliau yang turut turun berkempen pagi tadi menyeru pengundi melayu yang masih mempercayai BN agar melakukan perubahan dengan mengenali agama sendiri. "Jika orang Cina dan India sokong perjuangan PAS, kenapa orang melayu masih takut? "Bila ada perubahan, akan ada harapan baru," ujarnya. ![]() DHPP juga katanya menyelar tindakan kerajaan terhadap kebajikan peneroka felda yang berhadapan masalah sekiranya harga komoditi kelapa sawit jatuh. "Apakah nasib peneroka, adakah dibantu?" soalnya. Nasib generasi kedua felda terhadap isu tanah, pendidikan dan peluang pekerjaan juga turut dipertikaikan DHPP. Tambahnya, tiada konsep permilikan perkauman di dalam Islam, kerana Islam tidak dimiliki oleh sesuatu kaum. -n05tenang |
| Gambar Calon PAS Bersalam Dengan Cina Dan India Posted: 26 Jan 2011 08:03 AM PST |
| BONGKAR: Inilah mamat SAMSENG yang mengganggu ceramah PR semalam..(video inside) Posted: 26 Jan 2011 04:31 AM PST |
| [PRK TENANG] GAMBAR BERKATA ? - Pengundi Berfikir Dulu Sebelum Membuang UNDI !! Posted: 26 Jan 2011 04:30 AM PST |
| PRK TENANG : PANAS BERAPI - Skrip kempen UMNO bocor lagi ? Posted: 26 Jan 2011 04:19 AM PST
Angkat lagi tinggi kain tu, Ustaz Choa mesti sukaaa..! Cara angkat kain yg diajar oleh ustaz UMNO..mari tengok..dosa mata ditanggung sepenuhnya oleh Imam UMNO. Wakaka..! Cara meredah banjir macam ni UMNO tak suka tengok bro ! Hujan yang turun dengan lebat di Pekan Labis benar-benar membantutkan kempen BN secara keseluruhannya dimana petugas-petugas parti yang terdiri daripada soldadu2 MCA dan UMNO kini hanya sekadar memenuhkan kedai mamak disekitar pekan Labis. Rokok dan teh tarik bergelas-gelas gelimpangan diatas meja. No problem, jentera parti yang minum-minum dan makan-makan di kedai mamak sepenuhnya disponsor oleh parti KIMMA. Sudah kaw-tim. Kepada penyokong BN sila ke kedai mamak KIMMA di Labis sekarang, cukup hnaaya memakai baju biru (macam samseng yg ganggu ceramah LGE malam tadi) dan berlambang 1Malaysia, makan minum anda FREE sepenuhnya.Hidup Dari bual yang dicuri dengar kini pihak Bilik Gerakan Induk BN telah meminta semua pekerja2 parti agar berada dalam siap siaga untuk mengempur Kg. Paya Merah 1 Km dari pekan Labis. Ini kerana BN dan jenteranya sedang menunggu kg. itu dilanda banjir kilat. Sudah menjadi rutin jika berlaku hujan lebat yg berterusan, kampung itu akan tenggelam. Segala bekalan asas dan hamper2 sedang dikumpulkan. Barangan itu akan hanya diagihkan segera apabila banjir mula melanda. Bantuan itu untuk mangsa banjir sahaja. Jangan agihkan sekarang, kerana bantuan itu hanya berkuat kuasa apabila kampung itu tenggelam. Itu arahan yg dikeluarkan. Beberapa pemberita Utusan Meloya dan Berita Hairan juga sudah berkampung di sana sejak jam 3 petang tadi lagi. Inilah peluang terbaik bagi menunjukkan bahawa BN dan UMNO bagus untuk rakyat. Tidak sokong BN bermakna anda berdosa besar disisi Allah swt. Imam UMNO akan memberi syafaat kepada semua yang mengundi UMNO. Itu janji Imam UMNO di Labis. Foto menunjukkan beberapa gedebe sedang menunggu banjir kilat. Foto diambil ketika hujan reda seketika pada jam 3.30 petang tadi disekitar DUN Tenang. Tok Ai dimaklumkan juga sudah siap sedia. Tok Ai juga sudah beberapa kali menyudahkan aksi lakonan untuk beliau jatuh parit ketika membantu mangsa banjir dikampung itu. Itukan scene penting didalam drama ini. Secara tidak langsung tajuk berita boleh diolah dengan baik, " Tok Ai jatuh parit ketika membantu mangsa banjir, " baru nampak calon berjiwa rakyat biarpun hanya sekadar lakonan. UMNO kan kuat berlakon. Hello bro..semua aksi ini perlu ikut skrip. Ini saja cara terbaik untuk mengagalkan imej Cikgu Mala yg makin terserlah di DUN Tenang. Lagi satu nak bagi tahu itu kan kampung dia. Hoi..hangpa boleh gelak kuat-kuat tak ? 53 tahun UMNO memerintah, kampung bekas Adun dan calon BN pun longkang dia tak boleh nak baiki apa jadah bro ? UMNO BN buat apa sebelum ni ? Kah..kah..kah ! Amaran ! PAS dan petugas tidak dibenarkan masuk ke kampung itu. Malah perayu undi dari kem Muslimat dihalau keluar dari kampung itu oleh gedebe-gedebe sejal 3 hari lalu. Apapun semua mata dan pemberita sedang menunggu adegan banjir kilat di kg Paya Merah. Adegan bantuan dan urusan memindahkan orang kampung akan turut juga dipaparkan oleh pihak tv kelak. Semua itu hanya berlaku jika banjir berlaku. Skrip telah siap disediakan oleh Bilik Gerakan Induk UMNO kepada semua yg terlibat. Orang kampung juga akan dipaksa baca skrip. Upah akan diberikan. Begitu juga blogger UMNO sudah diangkut ke sana. Smeua lensa akan menumpukan betapa murninya Tok Ai dan jentera UMNO seperti Puteri dan Wanita menyelak kain sehingga ke peha untuk diambil gambarnya ketika mengagihkan barang keperluan banjir kepada semua penduduk. Jangan bimbang, Ustaz Chua kata, peha wanita UMNO dan Puterinya tidak dianggap aurat. Tunjuk saja. Kalau ada ustaz PAS kata, itu berdosa, tak mengapa, nanti Ustaz Chua dan Jauhi Chawla boleh kawtim dengan Tuhan Allah. Tapi sayang, sampai jam 5 petang belum nampak nak banjir. Kesian UMNO dan petugasnya. Niat dah tak betul, tu pasal Allah swt. tak izin banjir kilat berlaku. Kerana ikut skrip yg diterima di meja kami, isu banjir kilat akan digunakan untuk menyerang PAS. Akan keluar tajuk, Cikgu Normala tidak peka kesusahan mangsa banjir di Pekan Labis dan macam-macam lagi. Jika berlaku banjir pun, nak boleh apa..kalau petugas dan jentera PAS dihalang disetiap tempat oleh gedebe-gedebe untuk berziarah, malah banyak aduan mengatakan muslimat PAS yg pergi untuk tujuan ziarah dihamun dan dihalau macam anjing kurap oleh gedebe-gedebe UMNO. Itulah budaya UMNO disetiap kali kempen Pilihanraya. Macam PuKIMMA (*) Berita lewat petang dari Pekan Labis. Aku masih tunggu gambar dari jurukamera kami yg sama2 pakai baju kaler biru 1Malaysia dari sana. Mesti gempak. Skrip drama UMNO tunggu banjir sudah bocor ! Wakakaka..! |
| Kerajaan Semakin Takut, Mahu Kawal Bahan Internet Posted: 26 Jan 2011 04:17 AM PST
NUJ bantah keras langkah kawal media InternetLangkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media. Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini. Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia. Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya itu. "Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook. "Sebaliknyna NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebesan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN. -mk
Kan dah ramai blogger UMNO yang ditugaskan untuk menyerang PR. Pun masih tak berupaya lagi? Blogger UMNO yang patut bantah kerana blog2 kamu yang akan disekat nanti sebab blog-blog anda yang banyak menyebar fitnah, menyiar gambar porno, mencarut dan sebagainya. -GB |
| KEDAI MAKAN RAKYAT DIROBOH DI PRK TENANG UNTUK BUAT MARKAS UMNO/BN Posted: 25 Jan 2011 10:07 PM PST
LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini. (GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)
(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.) "Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.
|
| Bohong: PAS desak calon BN tarik diri Posted: 25 Jan 2011 10:04 PM PST
Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya. "Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi. Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti. Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Berikut kenyataan penuh beliau. Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000. Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja. Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011) Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri. Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut. Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta. Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009. Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ). Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut. Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri. Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah. Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai? Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang? Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut? YB Salahuddin Ayub, Pengarah PRK N05 Tenang merangkap Naib Presiden PAS. |
| Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng Posted: 25 Jan 2011 10:02 PM PST ![]() Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut. Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ. Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.'Jangan kacau Chemplak' Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita". Seorang bertaqwa Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki. Baru puas "Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah...Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim. |
| Kempen Hari Ketiga: Mendepani Isu - PAS Mengatasi BN Posted: 25 Jan 2011 04:59 PM PST ![]()
PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar UmnoTindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu. Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah. Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa. Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama? Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis. Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh. PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini. Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya. Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno. Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama. Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999. Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka. -Hrkh
|
| Posted: 25 Jan 2011 04:56 PM PST BERSUNGGUHKAH Najib mahu `londeh'kan Anwar sekaligus untuk membuat Ketua Umum PKR itu demam jika berdebat dengannya? Atau, Najib sekadar meneruskan sikap penipunya kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi di Tenang? Saya rasa semua orang samada dari Umno mahu pun Pembangkang ingin sekali melihat Anwar `demam' dan di`telanjang'kan oleh Najib. Masalahnya, mampu atau beranikah Najib berdarah Pahang ini? Anwar ketika mengulas kenyataan Najib, beliau bersedia untuk berdepan dengan Najib dari segi ekonomi sehinggalah ke hal peribadi masing-masing. Namun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya."Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi. "Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga," kata Anwar (Malaysiakini). Bayangkan, jika Anwar sanggup berdepan dengan Najib walaupun berkaitan dengan kes liwatnya yang Najib kununnya tahu banyak perkara, dan Najib masih `malu-malu' untuk berdebat, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti Najib. Kita tahu ramai pencacai-pencacai dalam Umno dan di luar Umno yang mahu cari makan tidak mahu sungguh Najib berdebat dengan Anwar. Mereka adalah seperti Ezam sesumpah, KJ, Rais Yatim termasuk juga `firaun besar' Zul Kulim. Mengapa mereka bimbang sangat jika Najib berdebat dengan Anwar? Bukankah yang pasti `demam' dan `terlondeh' nanti adalah Anwar? Atau, sebenarnya mereka tahu siapa sebenarnya yang bakal `demam' atau `pitam' di atas pentas perdebatan itu nanti. Anwar telah memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno sewaktu beliau berdebat dengan Shabery Chik. Malang buat Shabery ketika itu kerana mungkin beliau terlupa membawa `tisu atau sapu tangan' untuk mengesat air liurnya. Percayalah, atas apa jua isu Najib tidak akan ada keberanian untuk berdebat dengan Anwar. Beliau hanya berani bercakap seorang diri di depan kamera TV dan di akhbar pencacai sahaja. Malang sungguh ahli-ahli Umno kerana Presiden mereka sendiri tidak sangup untuk menghunus dan bertempur mengunakan `keris telanjang Umno' itu. Keris tersebut hanya layak dicium dan dijulang atas pentas Umno dan PERKASA sahaja./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |































Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.
"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.
LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.
Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut. Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ. Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.
Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN. Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai. Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengawasi kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.
Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya. Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.
"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa. "Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.
Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

Namun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan