Muslimeen United |
- PAK LAWAK MINGGU INI.....
- RapidKL Tambah 8 Laluan Untuk Bas Wanita
- ‘Rosmah semakin Angkuh’ Istana akan dimohon campurtangan..
- Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia
- Puteri UMNO 4G (Gempal+Gemuk+Gebu+Gediks) = G.I.L.A
- Buat malu bangsa Sedangkan dosa neraka pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh
- Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor
- Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata'
- Dato' Seri Najib, di mana kejantanan kamu?
- Momokan BN "Barang Naik" tepat
- Hotel konsep ala "Kapal Nabi Noh"
- Perbincangan Terbuka Depan Khalayak
- Apa barang? Orang lain semua koman!
| Posted: 18 Jan 2011 05:16 AM PST "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. (Kalau Anwar akan demam, Najib akan m***** ISI SENDIRI) | ||
| RapidKL Tambah 8 Laluan Untuk Bas Wanita Posted: 18 Jan 2011 05:08 AM PST
Bas Rapid khas untuk wanita dilancar dengan lapan laluan tambahanKUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih. Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lalu. Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang. Lapan laluan tambahan ialah bagi yang bernombor U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar, U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya), U46 (Damai Perdana ke Bukit Bintang), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni), U82 (Bandar Utama ke KL Sentral), U224 (Taman Dato' Senu ke Pasar Seni) dan U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid). Laluan terdahulu ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar, U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar), U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni), U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni), U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni). Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada pukul 6 petang dan 6.45 petang.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bas seumpama itu merupakan pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam. "Ini adalah penambahbaikan kerana bas untuk wanita ini akan memberi ruang kepada lebih ramai wanita yang mungkin rasa kurang selesa menggunakan bas terutama di waktu puncak. "Tapi mereka ada pilihan untuk naik bas yang mana, wanita saja atau campur dengan yang lain (lelaki dan wanita)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Pengarah Kumpulan Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, peluasan perkhidmatan Bas Wanita dilakukan setelah mendapat sokongan sebanyak 92 peratus daripada 1,400 responden yang disoal selidik semasa tempoh percubaan perkhidmatan. Prasarana akan turut melancarkan bas dan van khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak lama lagi. - BERNAMA | ||
| ‘Rosmah semakin Angkuh’ Istana akan dimohon campurtangan.. Posted: 18 Jan 2011 03:11 AM PST Mohon campur tangan istana untuk tegur Rosmah Nazli Ibrahim January 18, 2011 PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.Seorang jurucakap memberitahu bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini. Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu. Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah. "Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung. Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini. 'Rosmah semakin angkuh' "Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya. "Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri," menurutnya lagi. Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar. "Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini. Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung," ujar beliau. Perkasa tidak bersuara Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini. "Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun. "Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa. Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu. "Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing. "Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti," katanya lagi. Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian. "Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor. Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik," ujar beliau. Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya. Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rosmah mencampuri urusan negara "Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada," menurut sumber itu lagi. Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu. "Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?" soal beliau. "Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM? "Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini," tambah beliau. Free Malaysia Today | ||
| Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia Posted: 18 Jan 2011 03:05 AM PST Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam. Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya. Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu."Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak. "Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari," kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia. "Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu."Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah. Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar," kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. "Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP."(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa. MK | ||
| Puteri UMNO 4G (Gempal+Gemuk+Gebu+Gediks) = G.I.L.A Posted: 18 Jan 2011 02:54 AM PST | ||
| Buat malu bangsa Sedangkan dosa neraka pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh Posted: 18 Jan 2011 02:47 AM PST
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri. Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali. "Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya. Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini. Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu. Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau. ![]() | ||
| Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor Posted: 18 Jan 2011 02:37 AM PST 14 Safar 1432H.Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan. | ||
| Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata' Posted: 18 Jan 2011 02:33 AM PST
Kota Bharu - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan badan itu sedang mengkaji sistem undi proksi.Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sistem yang membolehkan seseorang pemilih diwakili mana-mana individu yang layak pada hari pengundian itu menambahkan ketidaktelusan dan ketidakadilan dalam proses pilihan raya. Menurutnya, SPR memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap tuntutan yang sememangnya menjadi standard antarabangsa. "Rakyat menolak undi pos, menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda dan kini kami menolak sistem undi proksi. "Sudah sampai masanya SPR berhenti bermain silap mata dan memperbodoh rakyat," katanya pada sidang media sempena Forum Roadshow Bersih 2.0, di sini, semalam. Forum tersebut akan diadakan pada 21 Januari ini di Balai Islam, Lundang, di sini, dan menampilkan tiga tokoh sebagai ahli panel iaitu Dr Toh Kin Woon, Dr Abdul Aziz Bari dan Datuk Husam Musa. Bersih dilancarkan pada 10 November lalu, sebelum dilancarkan semula menjadi Bersih 2.0 serta dianggotai aktivis-aktivis organisasi masyarakat sivil (CSO) yang bebas daripada pengaruh politik. Abdul Halim berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi proses demokrasi yang mengiktiraf hak mengundi rakyat untuk memilih wakil mereka. "Kami sekali lagi ingin menekankan tuntutan terdahulu seperti melakukan pembersihan dan penyemakan semula daftar pemilih bagi memastikan kesalahan dapat dihapuskan. "Akses media mesti adil kepada semua pihak dalam pilihan raya dengan memberi peluang semua parti menjelaskan dasar dan manifesto masing-masing," katanya. Selain itu, katanya, bersih 2.0 turut menuntut pendaftaran automatik untuk semua pengundi yang layak, perubahan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan secara profesional serta mengubah semula urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan politik wang. -SH | ||
| Dato' Seri Najib, di mana kejantanan kamu? Posted: 18 Jan 2011 02:30 AM PST Kesian sungguh kepada ahli dan penyokong Umno kerna punya presiden yang bacul dan pengecut.. !! Cakap berdegar-degar, bila diperlawa berdebat secara terbuka.... kecut telurnya.. !! Klik pada surat untuk paparan besar BIRO KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT A-1-09, Merchant Square No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1 47410 Petaling Jaya | ||
| Momokan BN "Barang Naik" tepat Posted: 17 Jan 2011 04:30 PM PST Tidak lama dahulu, Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob men Galakan itu mendapat ejekan dari orang ramai, walaupun surat khabar arus perdana tidak memberikan fokus khas mengenainya, kerana inilah satu kenyataan yang paling dangkal terpancut dari mulut seorang yang bergelar menteri. Galakan bercucuk tanam sebenarnya tidak dibuat ketika harga sayur-sayuran naik mendadak. Ia sewajarnya dibuat setiap masa kerana bercucuk tanam itu baik untuk penjimatan dan kesihatan. Malangnya, di Malaysia isu kenaikan harga ini disambut secara main-main oleh pihak yang berkuasa. Jika harga ayam naik, mereka akan menggalakkan rakyat menternak ayam. Jika harga telur naik, pihak yang berkuasa akan menyeru rakyat supaya kurangkan makan telur. Usaha dari pihak berkuasa untuk membendung kenaikan harga, langsung tidak nampak. Apabila pembangkang samakan makna BN yang bermakna Barisan Nasional dengan barang naik (BN), mereka marah-marah. Hakikatnya, mereka berada di sana untuk menjaga kepentingan taikun-taikun besar, mereka yang mempunyai AP (permit impot) barang-barang keperluan untuk menaikkan harga barang-barang tanpa ada kuasa menyekatnya. Jadi, apabila rakyat tidak mengundi BN, kerana takut dengan undi itu harga barang-barang akan terus naik, ia adalah satu tindakan munasabah dan wajar. Kepentingan anak-anak untuk bersekolah, dengan kos kehidupan yang meningkat setiap masa menyebabkan rakyat tidak perlu lagi menunggu manifesto BN dalam pilihan raya. Harga beras sudah naik mendadak. Harga gula, selepas beberapa kali bekalannya berkurangan, juga naik. Biasanya bila harga gula naik, segala-galanya naik termasuk kuih-muih, teh tarik dan segala makanan yang dikaitkan dengan penggunaan gula. Terkini, Ismail Sabri mengatakan kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa dengan kenaikan harga barang-barang termasuk bawang merah. Kononnya bawang merah ini datangnya dari India. Disebabkan India dilanda banjir, maka harga bawang merah secara otomatik naik. Sebenarnya, bawang merah juga ada yang didatangkan dari Indonesia, Thailand dan China. Namun, bila bawang merah dari India jadi mahal, maka serta-merta bekalan bawang merah dari negara-negara lain, turut berkurangan. Apakah, sebagai menteri yang bertanggungjawab dan sebagai kerajaan yang mengamalkan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kenapa tidak ada unjuran kepada keperluan kepenggunaan barang-barang keperluan seperti ini? Apa tugas mereka di kementerian, membiarkan sahaja apa yang nak naik, apa yang nak berkurangan dan apa yang hendak disorokkan? Misalannya kekurangan harga minyak masak sekarang, bukankah ini sungguh menjelikkan? Apakah kementerian boleh melihat kesusahan rakyat yang memerlukan minyak masak paket itu? Memang pak menteri tidak memerlukannya kerana pak menteri mempunyai cukup duit untuk membeli minyak kacang dan minyak sayur-sayuran yang lebih mahal, tetapi bagi rakyat marhein, kekurangan bekalan di pasaran ini sebenarnya menyusahkan kehidupan. Bayangkan betapa sukarnya mereka yang menjalankan perniagaan membuat kuih-muih, mereka yang berniaga makanan bermasak dan mereka yang menjual goreng pisang. Kesukaran ini kerana mereka bernaung di bawah kerajaan yang tidak prihatin dengan kesusahan rakyat bawahan. Usah dibincangkan soal harga ikan yang terlalu mahal di pasaran sekarang. Nasib baiklah, tanpa ikan, anak-anak boleh makan ayam. Tetapi harga ayam juga bukan murah walaupun bekalannya bukan diimpot. Ketika menteri mengalakkan rakyat menanam sayur, dia sebenarnya mahu melepaskan rasa tanggungjawabnya untuk membela rakyat yang terperangkap dengan kenaikan harga sayur-sayuran itu. Nasib baik, apabila harga ikan naik, pak menteri mencadangkan semua rakyat yang ingin makan ikan, pergi ke laut menjaring ikan atau ke sungai, untuk memancing sendiri. Pelik sunggu situasi sekarang ini. Semua pihak kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa. Serba-serba serbi mahal tetapi kualiti tidak langsung boleh dibanggakan. Ambil contoh kenaikan harga alat ganti kereta. Bila ada kemalangan jalan raya yang melibat kenderaan berat dan kereta, maka timbullah cerita kenderaan tersebut, termasuk bas menggunakan alat ganti tiruan. Kenapa mereka menggunakan alat ganti tiruan? Tentulah kerana alat ganti tiruan itu lebih murah dari alat ganti asli. Tetapi, yang dikatakan murah itu, bukanlah murah dalam erti kata sebenarnya, tetapi harganya lebih rendah dari harga alat ganti asli. Akibatnya, banyak nyawa melayang. Di Malaysia, cukup banyak barangan tiruan. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, barang palsu. Disebabkan menterinya tidak bertanggungjawab, maka negara ini menjadi tempat lambakan barang-barang tiruan atau palsu. Sebut sahaja jenama jam tangan, baju dan seluar selain alat ganti kereta, semuanya ada yang tiruan. Malahan, dipercayai apa yang dijual di uptown di merata tempat di Kuala Lumpur, termasuk di Jalan Petaling, tidak ada satu pun barangan asli. Tetapi, apakah ada KPDNKK peduli semua ini. Atau, mereka tidak tahu semua ini? Hari ini, heboh cerita kononnya pusat-pusat perubatan swasta mengenakan cas yang tinggi kepada pesakit. Tetapi, apa yang kerajaan dan Kementerian Kesihatan boleh lakukan? Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang menyokong kenaikan harga barang-barang. Jika mereka tidak menyokong kenaikan harga barang-barang keperluan ini, tentulah mereka akan menghalangnya kerana kuasa ada di tangan mereka. Akhirnya, mereka berjumpa rakyat dengan cerita-cerita basi; "kalau nak bandingkan dengan harga di negara jiran, harga di negara kita lagi murah". Inilah ayat mereka setiap kali mereka turun ke bawah. Padahal, mereka sepatutnya mengatakan bahawa "kami memang tidak pernah mahu menghalang kenaikan harga barang kerana di sinilah berlakunya banyak rasuah" yang menguntungkan mereka sendiri. DD | ||
| Hotel konsep ala "Kapal Nabi Noh" Posted: 17 Jan 2011 04:25 PM PST Arkitek Russia membina hotel terapung yang meniru konsep 'kapal Nabi Noh' yang dinamakan " The Ark". Perancangan hotel ini dipersembahkan kepada umum pada Hari Isnin (10/1/2011) lalu, dibangunkan untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut. Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini boleh terapung di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang ada di dalamnya. Dalam keadaan tersebut, hotel yang didesign berbentuk cengkerang ini juga boleh menyediakan oksigen bagi penghuninya sebab bahagian dalamnya ditanam pokok. Selain mengatasi banjir, hotel ini dikatakan juga tahan gempa bumi. Para arkitek yang membangunkannya mengatakan, rangka dan design hotel mampu menyebarkan berat secara rata sehingga boleh tahan gegaran dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi. Hotel ini juga memiliki panel solar dan menampung air hujan yang akan memberikan tenaga dan air secara semulajadi. Bahagian dalam hotel dilengkapkan dengan tumbuh-tumbuhan yang selain memberi kualiti udara yang baik juga boleh menjadi sumber bahan sementara. Bahagian luar hotel dibuat dari bahan yang transparen untuk memastikan cahaya cukup masuk ke dalam. Kawalan cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khas juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ke dalam. Hotel ini dibangun oleh firma arsitek Remistudio Russia dan International Union of Architect. Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, "Hotel ini dibangun untuk mendukung sistem kehidupan yang independen." Ia di atas permintaan untuk dan perlindungan dari kesan perubahan iklim serta keadaan alam sekitar yang ekstrem akibat dari aktiviti manusia yang merosakkan alam sekitar. Untuk membangun sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiens dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam mengeluarkan oksigen. Bumbung yang transparen mebuat tanaman boleh mendapatkan cahaya yang cukup." Sharphooter - Hebat sungguh kreativiti dan ciptaan manusia tetapi sudah pasti lebih hebat Pencipta manusia. Berapa agaknya harga semalam bilik hotel tersebut. Rosmah pernah tidur di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam. Hotel "The Ark" ini pasti lebih canggih dan mahal. Rosmah dah tempah agaknya..apa nak susah rakyat 1 Malaysia bayar..hahaha.. | ||
| Perbincangan Terbuka Depan Khalayak Posted: 17 Jan 2011 04:21 PM PST KEMAMAN - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta perbincangan terbuka depan khalayak ramai atau pendedahan terbuka menerusi media mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat dapat dilakukan jika cabaran debat terbuka mengenai isu ekonomi berhubung pelan itu ditolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Jika tidak diadakan debatpun, sebaiknya diadakan perbincangan terbuka di khalayak ramai atau pendedahan terbuka mengenainya di media. "Saya lihat tidak ada sebab untuk beliau (Najib) bimbang (terhadap jemputan debat atau perbincangan mengenai isu ekonomi berhubung Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat itu) kerana beliau mempunyai ratusan pakar ekonomi untuk membantu beliau," katanya pada sidang media sempena Majlis Himpunan Rakyat; Pas Ganti UMNO yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga, dekat sini, Sabtu 15 Januari. Anwar berkata demikian ketika mengulas berhubung cabaran debat terhadap Najib yang sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas seperti mana dikehendaki. Cabaran debat itu dikemukakan Anwar selepas Najib membidas Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai pelan populis serta tidak bertanggungjawab. Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menawar diri untuk berdepan dengan Anwar bagi menggantikan Najib dalam pendebatan terbuka mengenai cara kendalian ekonomi negara berkenaan tetapi tawaran itu ditolak Anwar. "Setakat ini beliau (Najib) memberi respons supaya rakyat membaca dan menilai dahulu Buku Jingga yang mengandungi Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara. "Namun, ruang untuk rakyat membaca dan menilai Buku Jingga itu sangat terbatas," katanya. Sehubungan itu, kata Anwar, seiring dengan amalan demokrasi di negara ini dan sekiranya Najib yakin terhadap dasar kerajaan sedia ada, sebaiknya perbincangan terbuka mahupun pendedahan melalui melalui media mengenai pelan itu wajar diadakan. Katanya, perdebatan mahupun perbincangan terbuka mengenai pelan yang dibidas Najib itu sangat penting kepada rakyat. "Jika cadangan ini dipersetujui, saya juga sentiasa bersedia pada bila-bila masa," katanya. Anwar sebelum ini turut menegaskan tuduhan mengatakan Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan memufliskan negara adalah tidak benar kerana negara ini sememangnya menuju ke arah muflis jika kerajaan UMNO-Barisan Nasional terus berhutang sewenang-wenangnya - SH | ||
| Apa barang? Orang lain semua koman! Posted: 17 Jan 2011 04:19 PM PST
Jika dilihat secara terperinci rakyat sedang tertunggu-tunggu untuk memasuki bilik mengundi untuk membuang undi bagi menggunakan hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan negara. Pihak kerajaan (BN) sedang bersedia dengan pengumuman berbagai-bagai projek pembangunan bagi menambat hati rakyat tetapi hati rakyat rasanya belum lagi tertambat kerana kekaburan yang mereka lihat tentang faedah secara 'direct' kepada mereka. 10 Downing Street di London hanya diletakan di penghujung Jalan Downing di sana yang berkampir dengan rumah kedai tetapi di situlah kuasa dunia terbesar ditadbir. Pejabat dan kediaman PM Britain terletak di situ sejak dari dulu sehinggalah sekarang. Mereka tidak bina pusat pentadbiran yang melibatkan wang rakyat sebegitu banyak kerana yang penting bagi kerajaan Britain ialah 'efficiency' pentadbiran kerajaan untuk mengelolakan rakyat. |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.
"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.
"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.




galakkan orang ramai menanam kangkung dan sayur-sayuran untuk membendung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran. 








Pilihan raya mungkin sudah hampir atau mungkin lambat lagi. Terpulang kepada Najib untuk mengambil keputusannya; nak diadakan sekarang atau setahun lagi atau bila-bila. Nampaknya pilihan raya sudah menjadi isu yang diminati oleh orang ramai dan kali ini penantiannya lebih dirasakan oleh rakyat jika dibandingkan penentian pilihan raya semasa Pak Lah dahulu.
Pilihan raya kali ini akan berhadapan dengan isu kenaikan harga barang keperluan yang melambung begitu tinggi yang diiringi oleh keputusan kerajaan untuk menarik balek subsidi banyak barang keperluan dan perkhidmatan. Rakyat diajak bersama-sama berkorban dengan hidup tanpa subsidi dan sebenarnya rakyat bukanlah tidak mahu berkorban.
Tetapi kita tidak dapat membayangkan betapa tingginya kos menguruskan bagunan yang begitu besar di Putrajaya itu. Kalaulah jumlah itu dipergunakan untuk menghantar anak-anak bangsa kita untuk melanjutkan pelaran ke luar negara sehingga peringkat yang tertinggi tidak salah jika dikatakan jumlah dana yang digunakan untuk membangunkan Putrjaya itu boleh menghantar sejuta anak-anak kita kel;uar negara bagi mendapatkan pelajaran. Jika tidak jumlah itu boleh digunakan untuk membina banyak lagi pusat pengajian iktsad dan separa iktisad untuk jutaan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan