Muslimeen United |
- Majlis Angkat Sumpah Diteruskan.. Bermulalah Sketsa Perak 2
- Tenang: PAS umum calon 16 Jan
- BN 'peluh dingin' bila DS Anwar di pentas ceramah
- Bonus tahun Baru dari Umno/BN ~ Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi
- This is The Because, Mi No Spik Inglis
- PAS sedia ganti Umno ... termasuk perangai buruknya?
- Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - TG Nik Aziz
- Khusrin: 'Hadiah istimewa' buat Sidek Hassan
- Kempen taktik kotor dah mula di Tenang
- Isu Senamrobik Di Kawasan Masjid
- Bagaimana Mengenali Jika Seseorang Itu Berdusta?
Majlis Angkat Sumpah Diteruskan.. Bermulalah Sketsa Perak 2 Posted: 04 Jan 2011 06:39 AM PST Istana Selangor teruskan majlis angkat sumpah SUK Khamis ini Majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi Khamis ini akan diteruskan sebagaimana telah ditetapkan sebelum ini, kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini. Munir berkata, majlis itu diteruskan kerana sepengetahuan Sultan Selangor, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Katanya, pada majlis tersebut akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Selangor. Selain itu kata beliau, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan Jaksa Pendamai Selangor, Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. "Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru," kata beliau petang ini. Majlis itu akan diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. "Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan. "Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor," katanya. Malah menurut Munir, berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar. Semalam, Khalid berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. "Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor," katanya. Jika masih ingat, demikian kisah bermulanya episod rampasan Perak apabila istana meneruskan perlantikan MB daripada UMNO-BN. Cuma kini ia dimulai dengan SUK. -GB | |
Posted: 04 Jan 2011 06:34 AM PST
| |
BN 'peluh dingin' bila DS Anwar di pentas ceramah Posted: 04 Jan 2011 03:53 AM PST Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN. Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato. Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan. "Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya. "Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri," kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya. Menurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir. Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.Meriam air Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air. Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan. Sebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas. Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar. Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib. "Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang. Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan. | |
Bonus tahun Baru dari Umno/BN ~ Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi Posted: 04 Jan 2011 03:48 AM PST Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter. | |
This is The Because, Mi No Spik Inglis Posted: 04 Jan 2011 01:19 AM PST Kusrin akui lemah Bahasa Inggeris Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang 'baru' dilantik oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, Datuk Mohd Khusrin Munawi memberitahu sidang media petang tadi bahawa permohonannya untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim belum lagi mendapat lampu hijau dari pejabat MB itu. Namun begitu, beliau menegaskan sebagai SUK yang baru, beliau tidak ada agenda politik. Khusrin merupakan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang memasuki pejabat barunya itu sebelum jam 7 pagi lagi dan pada masa yang sama, MB pergi mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah untuk mendapatkan perkenan baginda tentang penyelesaian ke atas perlantikan dari pusat ini. Di dalam sidang media Khusrin tadi, Khusin akur akan tanggungjawab dan peranan sebagai penjawat awam. Beliau berjanji akan setia kepada mana-mana kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat dan memastikan perhubungan antara pentadbir kerajaan dengan eksekutif negeri kekal baik. Namun begitu, Khusrin yang menganggap perlantikannya sebagai sah dan akur selagi beliau tidak mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar, beliau tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri. Hari ini juga, MB Khalid sudah memberitahu sidang media bahawa Khusrin tidak dibenarkan hadir sama sekali dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi. Beliau dijangkakan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada Khamis ini tetapi berdasarkan beberapa perkembangan petang tadi, majlis angkat sumpahnya itu mungkin ditunda ke tarikh lain. Ini adalah kerana baginda Sultan menitahkan MB berhubung dengan pihak Ketua Setiausaha Negara untuk berbincang mekanisma menyelesaikan masalah ini. Menurut Khusrin lagi, beliau menerima pelantikan itu sebagai satu arahan dan akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dengan kerajaan yang sedia ada dengan penuh amanah. Walaubagaimanapun, Khusrin ternyata kesal dengan fitnah ke atasnya sebelum ini sejak menjadi Pengarah JAIS yang mendakwanya beliau adalah agen kerajaan pusat Barisan Nasional yang akan membelakangkan kerajaan negeri dengan agenda politik tertentu. Sementara itu, Khalid terus menegaskan kerajaannya mempunyai kata putus dalam menentukan calon SUK. Khusrin menyifatkan apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang sangat mencabar sejak beliau berkhidmat selama 24 tahun di negeri itu. Beliau juga mengetahui daripada media bahawa MB akan berbincang terlebih dahulu dengan pejabat SPA berhubung isu ini. Khusrin pernah diserang secara peribadi oleh pelbagai pihak sejak bermulanya isu penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor pada November 2009. Namun begitu, Khusrin akui beliau mempunyai kekurangan di dalam berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris tetapi menganggapnya tidak menjadi masalah baginya untuk berkhidmat sebagai SUK. GB berpendapat, jika UMNO BN memerintah Selangor sekalipun, mereka takkan lantik Wak Khusrin ni sebagai SUK. Sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia, yang banyak mengendalikan urusniaga dengan para pelabur dari luarnegara, janggal untuk melantik seorang SUK yang tak tahu berbahasa Inggeris. GB lihat, cadangan KSN terhadap perlantikan Khusrin itu sebagai satu cubaan untuk mempermain dan mengkatunkan kerajaan PR di Selangor. GB salin kata-kata dari Tukar-tiub yang agak mencuit hati ini: nota: adalah terbaik jika malaon ini diberi satu meja satu kerusi dua kipas angin satu rim kertas A4 tiga batang pen bic langgankan maloan ini setiap minggu dengan majalh urtv arahkan malaon ini buat kajian tentang sakit jiwa yang akan melanda saekor kera sumbang yang tinggal di zoo negara kah kah kah nota: juga sedia seorang guru untuk mengajar bahasa inggeris kerana whatsi the because mi no spik inglis kah kah kah | |
PAS sedia ganti Umno ... termasuk perangai buruknya? Posted: 04 Jan 2011 01:16 AM PST oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Seorang penerbit berita TV menyarankan kepada saya agar Harakah memberikan tumpuan kepada dua isu besar yang timbul dalam Konvensyen Kedua Pakatan Rakyat, 19 Disember lalu.Pertama, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilihat berlembut dan positif terhadap perjuangan Negara Islam PAS. Kedua, 10 program Pakatan Rakyat untuk melaksanakan reformasi menyeluruh dalam masa 100 hari sekiranya diberikan mandat dalam pilihan raya umum akan datang. "Bagi saya, politik tahun 2010 ditutup dengan dua isu besar itu. Harakah harus membuat penjelasan yang sepatutnya. Pemimpin dan media BN pasti akan menyanggah keupayaan Pakatan untuk melaksanakan 10 tawaran Pakatan Rakyat dengan alasan yang sudah boleh dijangka," tambahnya. Sementara saya dan rakan-rakan di Harakah cuba memberikan perincian terhadap tawaran realistik dalam Buku Jingga itu, saya masih tertarik dengan pujian terbuka Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu. Beliau menyifatkan "PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti". Memang saya telah menyinggungnya dalam tulisan terdahulu tetapi saya tetap merasakan ia perlu dilanjutkan sedikit. Bukan untuk berbangga dengan komitmen tinggi wakil-wakil rakyat PAS (lebih-lebih lagi ahli-ahli biasa Parti Islam yang tetap istiqamah dan tidak berubah kehidupan mereka selepas menang) seperti disanjung Karpal, tetapi saya ingin mengaitkannya dengan ideologi perjuangan Islam itu sendiri. Ia juga selaras dengan kesediaan Karpal mendengar pandangan dan penjelasan dua tok guru PAS (Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang) mengenai agenda Negara Islam. Bagi saya, polemik Negara Islam -- dan apa jua isu sensitif lain pun -- sekiranya dibahaskan dalam suasana tradisi keilmuan yang sihat, tanpa sebarang prejudis, pasti mendatang manfaat bersama. Penegasan Karpal yang menerima peruntukan dalam Perlembagaan bahawa Islam sebagai agama rasmi (lebih tepat lagi "agama bagi Persekutuan", seperti dirakamkan Perkara 3 Perlembagaan) juga wajar dilihat daripada sudut lebih luas. Pentafsiran pakar perlembagaan seperti Almarhum Prof Ahmad Ibrahim dan Prof Dr Abd Aziz Bari mengenai kedudukan dan implikasi "Islam sebagai agama Persekutuan" wajar disorot secara mendalam. Bukan tidak ada pimpinan PAS yang melompat parti. Yang Dipertua Agungnya (jawatan sekarang, presiden) turut tergelincir, malah ada calon PAS yang sanggup "menjual kerusi" sebelum pilihan raya berlangsung. Namun keseluruhannya, komitmen ahli-ahli PAS berbanding parti pembangkang yang lain boleh dianggap tinggi dan teruji. Di Kelantan, semasa penggal 2004-2008, Umno-BN hanya perlu "membeli" seorang Adun PAS bagi mengambil alih kerajaan negeri. Dipercayai Umno cuba menggunakan kesempatan itu sebagai jalan pintas untuk kembali berkuasa selepas kalah semua kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihan raya umum 1990. Namun, segalanya terbukti gagal. Ramai melihat "keistimewaan" ini daripada sudut pegangan ahli-ahli parti terhadap ideologi perjuangan PAS. Bagi sebahagian besar aktivis, PAS sebenarnya bukan satu pilihan, tetapi kemestian. Kewajiban memilih dan mempertahankan PAS adalah disebabkan dorongan agama. Justeru, apa jua tawaran untuk meninggalkan PAS -- tentunya tidak dapat diyakinkan dengan hujah-hujah agama, pasti ditolak mentah-mentah. Mungkin ada wakil rakyat yang terpesona dengan pujukan, tetapi mereka harus memikirkan puluhan kali tentang natijah "pengkhianatan" itu, terutama apabila membayangkan reaksi ahli-ahli parti nanti. Islam sebagai sistem hidup menyeluruh, seperti diungguli PAS, mampu memupuk amalan integriti dan akauntabiliti yang tinggi. Prinsip ehsan yang diutamakan dalam Islam,secara semulajadi dapat mengawal seseorang pemimpin untuk bersikap jujur, amanah dan ikhlas walaupun tiada siapa yang memantaunya. Dengan itu, perbuatan rasuah dan sikap mementingkan diri-kerabat dapat dihindari. Tok Guru Nik Aziz kerap mengingatkan ahli-ahli PAS tentang proses kehidupan selepas mati, azab kubur, syurga neraka. Ia cukup berkesan bagi membentengi diri daripada terjebak dengan "penyakit orang berkuasa". Kesederhanaan hidup beliau, walaupun selepas 20 tahun menjadi MB Kelantan, cukup dikagumi, terutama oleh masyarakat bukan Islam. Sepatutnya pimpinan PAS lain (yang turut menerima tempias "nikmat kuasa") turut mewarisi gaya hidup sama. Amat malang jika "wabak Umno" sudah menjangkiti PAS, misalnya hidup mewah dan korupsi. "Apabila diadakan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno', saya cukup bimbang jika segala perangai buruk Umno akan diamalkan PAS bila berkuasa nanti," kata seorang pemimpin kanan PAS. "Bukankah elok jika kerajaan negeri PAS mendahului amalan baik dalam pemerintahan seperti hisbah dan tender terbuka? Juga, kekallah hidup sederhana tanpa perlu sibuk mengejar peluang kuasa, daripada peringkat atas hinggalah yang kecil-kecil di kampung," tambahnya. DAP juga boleh dilihat sebagai sebuah parti ideologi. Ada yang mengaitkannya dengan perjuangan sosial demokrat. Prinsip-prinsip keadilan sosial, demokrasi, ketelusan, integriti dan hak asasi dipandang tinggi. Jika terbukti wakil rakyat PAS bukan saja mempunyai ketahanan diri daripada melompat parti, malah anggotanya dalam kerajaan negeri Pakatan menunjukkan teladan unggul dalam semua dimensi, Islam akan dipandang tinggi dan mulia oleh seluruh rakyat Malaysia. Maka, yang disanjung kerana hidup sederhana bukan sahaja Tok Guru Nik Aziz dan segelintir pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Abd Hadi Awang khususnya semasa menerajui kerajaan Terengganu, tetapi semua yang dipilih di atas tiket parti Islam itu. | |
Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - TG Nik Aziz Posted: 04 Jan 2011 01:12 AM PST KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Jangan kaitkan istana dengan politik Sementara itu dalam sidang medianya (gambar bawah), Nik Abdul Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara. Kenyataan Media Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut : Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut. Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap. Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana. Terima kasih. Wassalam. "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS. | |
Khusrin: 'Hadiah istimewa' buat Sidek Hassan Posted: 03 Jan 2011 08:32 PM PST PUTRAJAYA, 4 Jan: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini diserahkan senaskhah buku Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor sebagai 'hadiah istimewa' kepada beliau. Hadiah itu diserahkan Pemuda Pakatan Rakyat Selangor beserta memo sebagai membantah perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang didakwa mereka dibuat dengan proses yang mencabul kuasa kerajaan negeri. Mereka diiringi hampir 100 penyokong, berarak dari perkarangan Masjid Putrajaya menuju ke pajabat KSN di Kompleks Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 10.30 pagi dengan dikawal oleh lebih 50 anggota polis. Hanya tiga dibenar pihak polis masuk membuat penyerahan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan, Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainudin dan Adun DAP Teratai, Janice Lee Ying Ha yang juga ketua DAPSY Selangor. Pada sidang media selepas itu mereka memaklumkan hadiah dan memo tersebut berjaya diserahkan kepada pembantu peribadi kepada Setiausaha Sulit Kanan KSN. Dalam memo tersebut antara lain menggesa Mohd Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin. Mereka mendakwa perlantikan Khusrin yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme. "Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu perlantikan ini. "Membelakangkan hak kerajaan negeri sama lah juga membelakang hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar. Selain itu, perlantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri. "Kita tolak Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak. "MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita mintak KSN menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam," gesanya. Hasbullah dalam pada itu mahu KSN menarik balik perlantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini. Beliau juga menyeru mana-mana pihak tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu. "Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau. "Kita mintak beliau memberi pertimbangan sewajarnya," katanya. Janice pula mendakwa perlantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sehubungan itu mereka menggesa KSN segera menyelesaikan isu tersebut. Mereka juga mendakwa akan meneruskan bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan. -Hrkh | |
Kempen taktik kotor dah mula di Tenang Posted: 03 Jan 2011 08:19 PM PST Risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' dalam PAS itu dianggap satu pembohongan besar oleh Chua yang juga tidak menolak sebagai taktik kotor Umno untuk pilihan raya kecil akan datang di Tenang. "Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya kepada Tv Selangor. Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan Azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah. Chua memaklumkan kepada media akan membongkar perkara itu semasa kempen pilihan raya ini dan akan mendedahkan ini kerja kotor Umno. Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang PR dari bertemu rakyat. Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polisi. "Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya.- tvs | |
Isu Senamrobik Di Kawasan Masjid Posted: 03 Jan 2011 02:37 PM PST Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam. "Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalamrumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya. | |
Bagaimana Mengenali Jika Seseorang Itu Berdusta? Posted: 03 Jan 2011 02:31 PM PST DR. Paul Ekman spesialis tentang ekspresi muka, emosi dan kebohongan mengatakan bahwa cara paling mudah mengenali pembohong adalah lewat bahasa tubuhnya. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Tersangkut-sangkut Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba tersangkut-sangkut merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia teragak-agak untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu. Pergerakan mata Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
|
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan