Sabtu, 29 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tarian Separuh Bogel 1Malaysia di Tenang ... mai tengok

Posted: 29 Jan 2011 09:52 PM PST

hahahahahahaaha ini lah dia tarian separuh bogel di Majlis Makan Makan Malam 1Malaysia di Tenang malam tadi ... terbeliak biji mata Najib ...hahaha.

Benda-benda yang macam ni la yang seronok sangat puak-puak umnoApco BN nak tengok, nak buat. Aku tak tau la siapa lagi yang ada di sana, tapi aku boleh agak la yang pasti pelakon porno mesti meja depan sekali dengan mat sembab.

Butir-butir lain tentang majlis ini tidak lagi dinyatakan oleh MR. Mungkin lepas ni akan ada lagi cerita lanjut mengenai tarian separuh bogel ni ...

gambar aku cilok dari FB mediarakyat

Mengundi dalam hujan lebat, banjir

Posted: 29 Jan 2011 09:27 PM PST


Cikgu Mala beramah mesra dengan pengundi

LABIS, 30 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala menyeru masyarakat agar keluar mengundi awal walaupun hujan lebat turun sejak awal pagi tadi.

Beliau berkata demikian ekoran khuatir beberapa kampung yang berkawasan rendah, akan dilanda banjir jika hujan lebat berterusan.

Difahamkan beberapa tempat sudahpun dilimpahi air termasuk kawasan kampung sekitar Lembah Bakti, Tenang Stesen dan Pekan Air Panas.

Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.

Ditanya adakah hujan akan menyebabkan peratusan keluar mengundi terjejas, beliau berkata masyarakat Dun Tenang diyakini tetap akan keluar mengundi.

"Saya yakin walapun hari ini hujan turun agak lebat dan cuaca mungkin membatsakan segalanya, tetapi dengan keyakinan pengundi akan melakukan perubahan, saya percaya pengundi akan keluar mengundi juga demi untuk memilih wakil rakyat untuk membawa suara dan permasalahan mereka ke Dun Johor," katanya.

Sehingga jam 11 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan pengundian adalah 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

Jumlah keseluruhan pengundi biasa di Dun Tenang adalah seramai 14,554 manakala 119 lagi adalah pengundi pos yang telah menunaikan tanggungjawab sama sebelum ini.

Pengundi akan memilih antara calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru manakala calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh yang turut bersama mengiringi calon ketika ditemui berharap hujan yang melanda Labis sejak beberapa hari lalu membawa kebaikan kepada rakyat di Dun ini.

Keadaan hujan juga turut memaksa proses merayu undi oleh penyokong kedua-dua parti agak terbatas.

Mereka terpaksa berpayung dan berbaju hujan dan sesetengahnya rela basah kuyup - HD

PRK Tenang - Sehingga jam 12, hanya 48.93% atau 7219 yang keluar mengundi

Posted: 29 Jan 2011 09:06 PM PST

Hujan yang mencurah-curah sejak awal pagi telah memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi PRK DUN Tenang hari ini.
Sehingga jam 12 tghari tadi sebanyak 7219 sahaja pengundi atau 48.9 peratus pengundi sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab meraka.
Sehingga berita ini ditulis, hujan masih belum berhenti.
Sebahagian dari jalan Segamat - Labis telah dinaiki air sehingga 2 kaki. Beberapa jalan utama sekitar Labis juga turut dinaiki air.
Jabatan Bomba dan penyelamat dan polis kini bersedia untuk membawa keluar pengundi jika perlu.
Dalam pada itu SPR mengesahkan bahawa tidak akan ada penangguhan pengundian akibat hujan lebat hari ini. Proses pengundian akan berjalan seperti biasa dan akan ditutup pada jam 5 petang seperti jadual.
LAGI MENYUSUL

Lansung dari Tenang - Penyokong PAS bermandikan hujan ... kesiannnn

Posted: 29 Jan 2011 07:41 PM PST










Restoran Kari Kepala Ikan saman Google dan Blogger?

Posted: 29 Jan 2011 06:41 PM PST

Dok dalam bilik hotel sorang-sorang sambil baca 'The Sabah Times' aku jumpa berita ni. Cuba cari kat TST online tak der pula dia, jadi aku snap jer lah ...
Hebat bro ni, Google pun dia saman ...

PRK Tenang : Pusat mengundi mula dibuka - hujan lebat

Posted: 29 Jan 2011 05:07 PM PST

LABIS: Semua pusat mengundi di pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mula dibuka jam 8 pagi tadi meskipun hujan lebat di sekitar daerah ini sejak jam 7 pagi.

Keadaan cuaca sebegini dilihat menjejaskan sedikit mereka yang keluar mengundi pada sebelah pagi dengan kemunculan bilangan pengundi dalam jumlah yang kecil, awal tadi. Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dijangka mengundi di Sekolah Kampung Paya Merah, manakala calon PAS, Normala Sudirman pula tidak mengundi tetapi dijadual akan berada di Sekolah Kebangsaan Tenang untuk membuat lawatan.
Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN
NOTA : UNTUK LAPORAN TERKINI PRK N05 TENANG, SILA IKUTI MELALUI TWITTER DI SEBELAH

PRK Tenang : PAS Optimis akan ada kejutan esok

Posted: 29 Jan 2011 08:00 AM PST

LABIS, 29 Jan: Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang, PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub (gambar) berkata, setelah membuat usaha terbaik, beliau telah meminta jenteranya dan semua ahli dan pimpinan PAS berdoa kepada Allah kerana hanya Dia yang berhak untuk menentukan segala-galanya.

Salahudin berkata demikian kepada Harakahdaily ketika dihubungi menjelang tengah malam 29 Januari iaitu menjelang tempoh kempen tamat sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil esok.

Pembuangan undi bermula jam 8 pagi esok di 12 pusat mengundi yang mempunyai 32 saluran.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru penduduk di kawasan pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri (DUN) Tenang menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelak hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok.

"Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi...jangan tangguh-tangguh," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini.

Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Bagaimanapun, beliau berkata banjir dikhuatiri berlaku di sebatang jalan sepanjang tiga kilometer menuju ke pusat mengundi Kampung Sawah Baru, iaitu Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, kerana terletak di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air.

"Pengundi tidak perlu risau kerana SPR telah mengadakan persiapan yang rapi dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan polis bagi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk membawa pengundi ke pusat berkenaan," katanya.

Kempen jalan lancar

Menurut Salahudin yang juga Naib Presiden PAS, segala perancangan gerak kerja kempen yang dirancang pihaknya berjalan lancar.

"Untuk malam ini, kita akan tingkatkan keselamatan dan nampaknya jentera kita bersiap sedia untuk menjalankan tugas itu dengan yang terbaik," katanya.

Beliau berharap akan membuat kejutan dan untuk itu sentuhan terakhir sedang digerakkan pihaknya.

Jentera BN mensasarkan kemenangan lebih 5,000 undi majoriti namun sebuah badan penyelidikan, Ilham Centre menjangkakan jangkaan BN itu tidak akan berjaya.

Dalam tinjauan Harakahdaily pula, jentera PAS berjaya menembusi generasi kedua Felda dengan baik di samping kawasan pengundi Cina.

Namun begitu, BN masih mendapat sokongan kuat di kalangan peneroka Felda dan pengundi Melayu di kampung tradisional.

Namun begitu, calon PAS, Cikgu Mala berjaya mendapat sokongan kuat di kalangan pengundi wanita dan juga para guru yang ramai di Tenang ini.

"Jika PAS berjaya memikat lebih 60 peratus pengundi wanita, tidak ada sebab untuk PAS tidak menang," kata seorang pemerhati politik yang ditemui.

Esok, calon PAS, Cikgu Normala Sudirman dijangka memulakan pagi esok dengan melawat pusat mengundi yang terletak di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang iaitu di peti undi Kampung Redong.

Beliau dijangka sampai ke sana seawal jam 8. 30 pagi. - HD

Buktikan pada Muhyiddin, tunjukan pada Soi Lek yang kita boleh menang di Tenang

Posted: 29 Jan 2011 06:56 AM PST


Kempen hari terakhir Pilihan Raya Kecil Tenang berlalu persis nama daerah kecil ini dengan peraih undi dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional cuba meyakinkan pengundi sekitar Tenang dengan manifesto dan janji mereka.

Setelah seminggu berkempen, PAS dan Pakatan Rakyat dilihat boleh berbangga dengan penerimaan penduduk terutamanya di kalangan kaum Tiong Hua dan India yang sentiasa memberi sokongan di tempat ceramah di sekitar Pekan Labis.

Pendedahan integriti calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam isu kes mahkamah beliau ketika menjadi Penjawat Awam daerah Segamat dan saman yang dikemukan akibat kesalahan beliau.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menganggap sokongan rakyat khususnya pengundi muda meningkat apabila mereka menilai sendiri mengenai calon yang bakal mewakili mereka.

"Dengan isu integriti yang kita bangkitkan ini, isu yang dibuktikan oleh mahkamah, saya kata ini isu yang cukup kuat untuk dapatkan sokongan golongan pendundi muda kerana mereka elemen baru dalam sudut politik Pilihan Raya di negara kita. Mereka tidak mengundi dari segi kepartaian tapi menilai dari sudut integriti yang ada pada calon," katanya.

Dengan hujan turun mencurah-curah dari hari pencalonan sehingga kini, sinar mentari seakan menyuluh apabila Pakatan Rakyat seakan hadir memberi jalan keluar kepada Penduduk di Tenang.

Pada Pilihan Raya Umum lalu menyaksikan Calon BN Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan wakil PAS dengan majoriti 8,649 undi.
Justeru Mahfuz yakin kempen PAS dan Pakatan Rakyat kali ini lebih baik dan membuahkan hasil.

Beliau turut berasa yakin dengan kempen mereka, Pakatan Rakyat mampu meruntuhkan impian dan hasrat Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini dengan angkuh mengatakan UMNO akan menang dengan majoriti besar.

"Paling tidak kita dapat mempertahankan undi yang sedia kita dapat dulu, kedua menambah majoriti dan ketiganya kita gagalkan misi Muhyiddin untuk mencapai majoriti 5 ribu. Salah satunya dapat kita capai pun menunjukkan BN terima pukulan yang hebat," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula yakin pengundi Cina dan Melayu akan mengendurkan sokongan terhadap BN kerana isu yang dibawa BN seperti isu salam Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan kenyataan Muhyiddin mengenai negara Islam mengguris hati mereka.

"Kenyataan dari pimpinan MCA dan Muhyiddin sendiri sedikit sangat memberikan suasana marah di kalangan pengundi di sini khususnya kaum Cina dan penduduk Melayu sendiri terguris," ujarnya.

Justeru beliau yang turut berada di Tenang berkempen untuk Pakatan Rakyat melihat satu fenomena sokongan 'meluap-luap persis dengan PRK di Sibu beberapa bulan lalu di mana masyarakat bangkit menolak BN selepas lebih 50 tahun di bawah pimpinan mereka.

"Saya nampak ada ulangan fenomena di Sibu khususnya kepada kaum Cina. Walaupun bertahun-tahun di bawah BN mereka bersedia berubah. Itu kalau di Sibu yang jauh di Sarawak. Jadi kalau di Tenang, kita lihat mereka nak ikut perubahan di Sibu, ini perubahan besar," katanya.

Felda terus disaman - 3 saman baru

Posted: 29 Jan 2011 06:07 AM PST

LABIS: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan tiga saman baru terhadap pengurusan Felda berhubung penipuan terhadap mereka.

Tiga tanah rancangan Felda tersebut ialah Bera di Pahang, Kertih Satu, Terengganu dan Felda Redong di Johor.

"Di Bera membabitkan 600 peneroka, Kertih Satu seramai 30 orang dan Felda Redong 35 orang jika pengurusan Felda tidak menyelesaiikan mereka selepas pilihanraya kecil DUN Tenang," kata presiden Anak Mazlan Aliman dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam sidang media tersebut Mazlan yang juga ahli jawatan kuasa (AJK) Pusat juga mengumumkan kejayaan peneroka Felda Raja Alias 2 di Negeri Sembilan mengenepikan saman injuksi oleh pengurusan Felda terhadap mereka (gambar).

Menurutnya, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datin Rosnaini Saub menolak permohonan pengurusan Felda untuk mengenepikan tuntutan 23 peneroka enggan menyerahkan tanah mereka untuk ditebang oleh kontraktor yang dilantik Felda.

"Peneroka menolak bayaran RM28,000 untuk tanah seluas 10 ekar tanaman getah mereka.

"Kerana peneroka berkenaan boleh mencari kontraktor lain yang boleh membayar lebih tinggi daripada itu, katanya.

Mazlan berkata kini telah ada kebangkitan di kalangan peneroka Felda untuk menuntut hak mereka.

Beliau juga mendakwa sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan masih tidak mahu berdebat mengenai isu Felda.

Shahrizat dah jadi Insaf ke?

Posted: 29 Jan 2011 02:26 AM PST


hehehehehe.. gelak tak boleh kuat-kuat ni, nanti orang dengar kata aku gila pulak gelak sorang-sorang. tapi memang aku nak gelak juga sorang-sorang pun, mula slow-slow lepas tu kalau nak kuat pun mampuih pi lah ... korang nak kata aku gila pun kata lah ... aku memang nak gelak tengok gambar ni (gambar aku cilok dari blog arus perjuangan) ... kahkahkahkah .... stop jap. mai kita bicara tentang gambar ni ... mulakan ...

Seumur hidup aku, belum pernah aku nampak sharizat ni menutup aurat litup macam ni. setiap kali aku jumpa dia mesti dengan cara pemakaian tudungnya yang nampak jamboi (seolah-olah pemakaian tudung rasmi baik dalam wanita umnoapco) kebanyakan menteri wanita umnoapco, bini-bini menteri umnoapco, bini perdana menteri umnoapco, semua pakai tudung nampak jamboi, walau dalam masjid sekali pun.

Tapi demi untuk mengambil hati para peneroka Felda Cempelak, sempena PRK Tenang ni, gambar Sharizat bertudung (yg aku kata mmg diambil utk poster ni saja) telah digunakan bagi menjemput warga Felda untuk sama-sama menyertai solat hajat mereka.

Korang tengok lah betapa hipokritnya umnoapco .... Semuanya ini kerana calon PAS cikgu Mala bertudung litup. apakah lepas ni, lepas prk Tenang Sharizat akan bertutup litup macam ni? Kita tunggu ...$

PRK Tenang : PAS punya harapan cerah

Posted: 29 Jan 2011 12:47 AM PST

Lebih 70 peratus kaum Cina Tenang sokong cikgu Mala - Jui Meng

LABIS: Sokongan masyarakat Cina terhadap calon Pas, Normala Sudirman meningkat kepada lebih 70 peratus, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng.

"Pada pilihan raya umum lalu, sokongan mereka adalah 55 peratus. Tetapi kali ini respon dari masyarakat Cina adalah hebat.

"Bagi masyarakat Tionghua, bila Cikgu Mala senyum sahaja, hati masyarakat Tionghua terus 'cair'," kata secara seloroh dalam ceramah pada kempen Pilihan raya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.

Beliau berkata, selama tiga minggu, KEADILAN menjalankan kempen dan mendapat maklumat termasuk dari program jamuan makan malam, ceramah dan culaan di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, Jui Meng berkata, pasukan khas dari KEADILAN Johor dan Selangor ditugaskan untuk menjalankan penerangan dan kempen di kawasan estet dan ladang.

Beliau berkata, masyarakat Cina muak dengan sikap hipokrit Umno Barisan Nasional (BN) berikutan isu peribadi yang dibangkitkan Presiden MCA, Chua Soi Lek dan bertekad untuk menolak BN pada pilihan raya kecil kali ini.

"Secara serius, saya katakan, masyarakat Cina di Tenang akan 'bungkus' dia, anak beranak," jelasnya, merujuk kepada Chua Soi Lek dan anaknya, Chua Tee Yong.

"Reformasi di Malaysia dan Johor perlu bermula di Tenang. Jadi, saya meminta kawan-kawan Melayu untuk membantu kita memberi penerangan kepada orang kampung dan Felda untuk sama membuat perubahan," katanya.

Tiada ulasan: