Rabu, 19 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ku Li kembali suarakan isu royalti minyak Kelantan

Posted: 19 Jan 2011 11:18 PM PST

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berdepan masalah dengan istana Kelantan kini kembali menyuarakan tuntutan negeri itu ke atas royalti minyak.

Katanya, rakyat negeri itu berhak ke atas sumber berkenaan yang didapati daripada bumi mereka sendiri.

Putera raja Kelantan itu juga berkata, perkara berkenaan merupakan isu yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat Kelantan.

Jelasnya, ia akan diteruskan walaupun beliau kini menghadapi masalah dengan Istana Kelantan.

Sultan Muhammad V pada akhir tahun lalu bertindak menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh sebelum ini.

Tengku Razaleigh menjelaskan, isu royalti minyak dan isu pengurniaan darjah kebesaran itu merupakan dua perkara berbeza.

Beliau memberi alasan, isu royalti minyak melibatkan konsep federalisme.

Jelasnya, penubuhan Petronas juga bertujuan memajukan negeri-negeri di pantai timur semenanjung.

Langkah oleh Petronas itu berbeza dengan perjanjian oleh British yang tidak memberikan hak kepada negeri sekiranya minyak ditemui di luar pantai, katanya lagi.

Katanya lagi, atas dasar itu lah menteri besar dan ketua negeri menandatangani perjanjian dengan Petronas di bawah konsep federalisme untuk menyerahkan hak negeri kepada syarikat tersebut.

Tambahnya, perkara itu amat mudah untuk difahami.

Sekiranya negeri minyak ditemui di negeri Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan atau di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini perlu dibayar royalti, katanya.

Perdana Menteri 2 Malaysia bersama TPM Oman

Posted: 19 Jan 2011 08:45 PM PST

Lawatan empat hari Rosmah ke Oman berjaya (Utusan Meloya)


MENYIFATKAN lawatan beliau ke Oman sebagai berjaya, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, negara-negara membangun patut saling memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam membawa kemajuan kepada bidang seperti pemerkasaan wanita dan pendidikan kanak-kanak.

"Kita tidak perlu belajar daripada Barat pada setiap masa. Kita boleh belajar daripada satu sama lain, contohnya antara negara di sebelah sini dan di sebelah kita. Ini yang dikatakan semangat setiakawan," kata Rosmah, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ...........

Berjaya menjadi orang pertama (di luar kerabat diRaja) Sultan Oman. Berjaya yang tu saja ker . Kami sebagai rakyat ni apa yang dapat?
Rakyat tak dapat apa-apa pun hasil dari lawatan ni ...
Berjaya bertemu TPM Oman?
dan yang paling menariknya adalah berjaya menghabiskan beratus ribu wang rakyat untuk lawatan yang tak memberi faedah sikit pun rakyat


Perdana Menteri 2Malaysia berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad Bin Mohmood Al-Said ketika mengunjunginya di Oman, semalam.

Bab tak menutup aurat dah tak larat na cakap dah ... aku tunggu Jamil Khir saja bila nak nasihat si katek ni ...

1Malaysia 2Perdana Menteri

Anwar : Laporan BERNAMA mengelirukan - Debat Diteruskan

Posted: 19 Jan 2011 05:40 PM PST

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Perdana Menteri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar sesudah Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama) agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Umum PKR.

**Yang berikut adalah laporan asal BERNAMA pada 19 Januari 2011:

"SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

"Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi

Syiling RM75 ribu bertaburan di Lebuhraya

Posted: 19 Jan 2011 05:19 PM PST


SEREMBAN – Polis mengesahkan belum melakukan siasatan berhubung duit syiling berjumlah RM75,000 yang habis dikebas orang ramai ketika bertaburan di Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azli Kamaruddin (gambar kecil) berkata, kehilangan duit syiling itu tidak disiasat kerana polis tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak yang memaklumkan kehilangan wang milik mereka.

"Dalam kejadian itu, hanya ada seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dikatakan membawa duit syiling itu membuat laporan polis tetapi ia berkaitan dengan kemalangan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, menurut beliau, polis kini melakukan siasatan berhubung dua buah kenderaan yang berlanggar iaitu membabitkan sebuah Toyota Hilux dan sebuah kereta BMW.

Ugutan bunuh YB Teo Nie Ching - kerja siapa ni?

Posted: 19 Jan 2011 07:49 AM PST

MS : Kerja haramjadah siapa ni? Macam ni lah kerja puak-puak tu, yang selalu saja cari isu untuk mengeruhkan suasana. Harap pihak polis dapat melakukan siasatan segera. kerana diketahui polis Malaysia antara yang terbaik di dunia, mustahil kes sebegini tak dapat nak diselesaikan ... insyallah
Media statement by Teresa Kok Suh Sim in Shah Alam on Wednesday, 19th January 2011:

The death threat to Teo Nie Ching yet another despicable act of criminal intimidation upon elected representatives

I unreservedly condemn the despicable death threat received by Teo Nie Ching, MP for Serdang, in the form of the bloody slashed chicken and vile death threat poster stuck on the door of the DAP Sungai Chua branch this morning.

The scoundrels behind this crime display their lack of human decency and most of all, their own incapacity or refusal to discuss issues of contention in a calm, civil and rational manner.

Teo Nie Ching's experience is just the latest in a long string of cases where Opposition elected representatives have received death threats.

In August 2010, Tony Pua, MP for PJ Utara, received an M16 bullet and a death threat note.

In September 2009, a coward who used the pseudonym "hanturaya" wrote on my blog, "teresa, kau ni perlu diajar dgn darah t.kasih (sic)"

In September 2008, a molotov cocktail was thrown into my family home together with a note that said they would set my family and I on fire.

To date, the police have failed to nab the perpetrators of these death threats.

The perpetrators and the public should be made to know that hate speech as per Sections 211 and 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 and making threats to commit acts of violence as stated in Section 503 of the Penal Code are crimes under Malaysian law.

Therefore, I urge the police to act upon all these criminal acts and bring the criminals to book. Failure to do so will send a tacit message to the criminals that the crimes they commit are tolerated and can escape unpunished.

At the same time, the police must take all steps necessary to assure the safety and security of Teo Nie Ching, her family and her staff

SULTAN PERKENAN SIDANG DUN KEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA - hahaha Umno dah kecut teloq

Posted: 19 Jan 2011 07:12 AM PST

Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu satu Perarakan Rakyat Menjunjung Kasih kepada Tuanku Sultan akan diadakan selepas Solat Jumaat ini, 21 Jan. Perarakan akan bermula di Masjid Sultan Sulaiman Kg Jawa (dekat kolej Islam) ke Istana Klang. Seluruh rakyat Selangor dijemput bersama dalam perarakan ini termasuk kaum wanita. Kepada yang ingin turutserta dalam perarakan, dinasihatkan agar solat Jumaat di Masjid Sultan Sulaiman.

Salam hormat.

drbadrulamin.blogsppot.com

Si Katek pendek sial ni - Blogger umno pun dah menyampah

Posted: 19 Jan 2011 05:36 AM PST


Nampaknya penyokong Umno pun dah mula menyampah dengan Rosmah Mansor.Apa kata blogger pro Umno tentang Najib dan Rosmah,korang baca catatan dibawah ni yang dicilok tanpa edit dari blog http://paneh.blogspot.com/2011/01/suruh-rosmah-diam-sehingga-selesai-pru.html :

Rakyat hanya akan memberikan sokongan padu kepada Najib andai dia dapat menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.

Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'SUAMI' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri.

Rakyat dah lama menganggap perempuan itu adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam tak bertudung yang masih belum sedar orang dah lama bercakap pasal NKRA serta menganggap dia sebagai liabiliti kepada BN.

Semua media dan wartawan saban hari dipaksa membuat liputan serta memberi publisiti murahan segala aktiviti yang melibatkan Wanita Negori ini. Jadi Najib, mulai hari ini sehinggalah selesai PRU-13 nanti, kau pastikan wanita kesayangan kau tu jangan banyak songeh, dok ontok-ontok dan jangan asyik perabih duit rakyat sampai kementerian lain terpaksa dipotong bajet hanya semata-mata nak mengilaukan kembali 'Permata dia yang telah lama hilang'.


Terserahlah kepada kau Najib sebagai orang yang memikul tanggungjawab mendidik Rosmah Mansor. Pendokong kerajaan di bawah ni banyak lagi kerja lain nak buat, bukan 24/7 nak pertahankan Rosmah yang tak reti bahasa tu. Jangan nanti rakyat 'terpaksa' buat keputusan untuk mengajar PM dan 'SUAMI' di PRU-13 nanti.

Kalau Paklah boleh jatuh sebab KJ, tak mustahil kau Najib akan jatuh sebab Rosmah!

Adun Pelabuhan Klang: ‘Saya sendiri tak faham . . .'

Posted: 19 Jan 2011 04:48 AM PST

SHAH ALAM, 19 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham . . . apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja," katanya di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.

Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menyerahkan kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Teng atau sebaliknya.

Badrul Hisham berkata beliau hanya mengetahui mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya itu melalui berita di televisyen petang ini.

"Saya kini berada di Shah Alam dan belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu, sebarang maklumat lanjut saya akan panggil untuk sidang media," katanya.

Teng dalam satu sidang media hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.

Pada 30 April lepas, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang - TMI

Zaid Ibrahim lancar KITA

Posted: 19 Jan 2011 04:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Zaid Ibrahim, less than two months after leaving PKR, launched his own party KITA today.

He stressed that KITA, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, was not formed to take over the administration in Putrajaya.

It was to bring change to politicking and political values, he told reporters after the launch here.

"We are an independent party and not under Barisan Nasional or the opposition partnership under (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)," he said.

Zaid left PKR in mid-November after alleging irregularities in the party elections in which he contested for the deputy presidency.

Zaid said KITA, billing itself as Moderate, Democratic, Liberal, has 300 members but hopes to increase that very soon to between 4,000 and 5,000.

KITA was now in the process of being registered. The papers were sent to the Registrar of Societies on Dec 15 last year.

Earlier in his speech, Zaid said that the opposition should be constructive and be able to survive change.

"The opposition, with Anwar Ibrahim as its leader, will continue to play to your emotions, will continue to lead you on that bridal path, saying anything in order to take over Putrajaya, in order to cast aside his own personal problems.

"Pas will not abandon its Islamic state agenda and the DAP is gravely mistaken if they think they are in an alliance that will allow Malaysia to remain free, secular and democratic," he added.
Present at the function was PPP president Datuk M Kayveas, PKR MP for Padang Serai N Gobalakrishnan and former PKR secretary general Datuk Salahuddin Hashim.
Kayveas told reporters that his presence at the launch did not mean that he was joining KITA. -- BERNAMA

Politik yang berani dan yang syiok sendiri

Posted: 19 Jan 2011 04:20 AM PST

Ooi Heng Jan 19, 2011 11:32:48 am

Politik itu satu eksperimen. Parti yang berazam melakukan perubahan dan pembaharuan haruslah berani untuk menjalankan eksperimen. Idealisme pembaharuan tidak akan terlaksana tanpa keberanian untuk menjalankan eksperimen. Namun eksperimen politik tidak sama dengan ekperimen makmal yang dapat menetapkan faktor-faktor tertentu sebagai "independent variables" dan "dependent variables" untuk satu jangka masa tertentu.

Eksperimen politik tidak wujud dalam kekosongan. Konteks masyarakat, nilai, dan sistem merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi keberkesanaan sesuatu eksperimen politik. Tanpa mempedulikan konteks berkenaan, kebarangkalian sesuatu eksperimen politik menemui kegagalan adalah tinggi. Apabila kebarangkalian kegagalan terlalu tinggi, kita katakan idealisme di sebalik ekperimen itu bersifat utopia.

Meskipun begitu, eksperimen politik adalah perlu terutamanya untuk negara kecil bergelar Malaysia yang mempunyai peratusan populasi belia yang cukup tinggi. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Fakta rasmi kementerian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah seramai 28 juta orang.

Menurut suatu kajian perbandingan yang dijalankan oleh sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris bertapak di Tanjung Malim, Perak pada tahun 2008, jumlah warga belia di negara-negara ASEAN berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Peratusan jumlah belia kepada jumlah populasi di Malaysia adalah yang tertinggi dalam rantau ini, disusuli Filipina (37.25%), Indonesia (36%), Thailand (29%) dan Singapura (14.5%).

Pertambahan penduduk di negara-negara ASEAN berkisar sekitar 1% hingga 3% per tahun. Hal ini bermaksud peningkatan warga belia Malaysia berkisar sekitar 500 ribu hingga 1 juta orang setiap tahun. Belia melambangkan perubahan, idealisme dan harapan secara amnya. Belia juga melambangkan kejatuhan rejim pemerintah lama secara khususnya. Dalam konteks Malaysia hari ini, belia secara spesifik melambangkan keberanian dalam menjalankan eksperimen politik, yakni politik baru yang bermula dengan gerakan reformasi.

Kita telah menyaksikan perubahan rejim pemerintah di rantau ini termasuk Indonesia, Taiwan dan Jepun. Kini Tunisia pula mengalami perubahan politik yang diingini rakyat Tunisia. Lazimnya, yang menolak hujah-hujah kemungkinan perubahan bukanlah rakyat tetapi rejim yang memerintah berdekad-dekad lama dan mengaut kekayaan negara atas nama bangsa dan negara. - seterusnya

TERKINI : Lagi PRK - Kerusi DUN Pelabuhan Kelang kosong

Posted: 19 Jan 2011 04:06 AM PST

Oleh Shannon Teoh dan G ManimaranJanuary 19, 2011

TERKINI

SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah didapati tidak hadir persidangan selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno April lalu tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, kerusinya dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Kes kedudukan kerusi itu mirip Kota Siputeh, Kedah yang Speaker Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan ia kosong.

Bagaimanapun SPR memutuskan tiada kekosongan wujud dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Dalam kes itu, SPR mempertimbangkan notis speaker dan juga penjelasan wakil rakyatnya sebelum memutuskan keputusan itu.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan pilihan raya kecil perlu diadakan dan ia kini berada di peringkat rayuan.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya perlu menunggu notis daripada Spekaer Dewan Undangan Negeri sebelum memutuskan tindakan susulan.

"Speaker ada hak untuk membuat keputusan mengenai status kerusi, itu hak dan tanggungjawab Speaker yang dibuat mengikut perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Wan Ahmad, selaku wakil rakyat Badrul Hisham juga mempunyai hak untuk memberikan reaksi dan penjelasan kepada pengundi-pengundinya.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mendengar penjelasan wakil rakyat Pelabuhan Klang, Wan Ahmad berkata, terlalu awal untuk memutuskan perkara tersebut.

"Terlalu awal untuk membuat spekulasi," kata beliau lagi.

"Kita lihat dari sudut undang-undang, berasaskan pada undang-undang, kita asaskan pada undang-undang," katanya lagi.

Pada 30 April lalu, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.

Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.

Dia memperoleh majoriti 4,407 undi.

Berdasarkan laporan media kelmarin, Badrul Hisham dikatakan menafikan dia tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan.

Katanya, mereka yang mendakwa dia tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri dan mahukan kerusi itu dikosongkan perlu menilai semula kemahiran mengira.

"Saya menghadiri hari pertama sidang pada November lalu sebelum mengambil cuti sakit untuk mendapatkan rawatan alternatif," kata Badrul Hisham.

"Ini usaha terdesak pihak tertentu yang mengugut saya agar menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kurang tiga undi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan negeri," katanya.


Terdahulu pada sidang akhbar, Teng menjelaskan, terdapat tiga sidang Dewan Undangan Negeri sepanjang tahun lalu iaitu 12 hingga 14 April, 12 hingga 15 Julai dan 8 hingga 15 November.

Katanya Badrul Hisham hadir kesemua tiga hari pada sidang April dan tidak hadir dua hari (13 dan 14 Julai) bagi sidang Julai dan kesemua enam hari pada sidang November.

Teng berkata Badrul Hisham mengemukakan sijil sakit bagi ketidakhadirannya bagi dua hari pada sidang Julai dan "mengaku yang beliau tidak hadir pada keseluruhan mesyuarat (November) melalui surat bertarikh November 2010 yang sampai ke pejabat saya pada 10 Disember 2010".

Katanya Badrul Hisham, dalam suratnya itu, memohon kebenaran bagi ketidakhadirannya, menyatakan beliau menjalani rawatan tradisional di Pahang sepanjang tempoh sidang November itu.

Teng berkata beliau menjawab surat itu pada 21 Disember 2010, memaklumkan kepada Badrul Hisham bahawa alasan bagi ketidakhadirannya itu tidak diterima atas dua sebab - pertamanya, beliau tidak memohon kebenaran itu sebelum atau semasa sidang berlangsung dan keduanya, beliau tidak memberikan alasan konkrit bagi membolehkan permohonannya yang lewat itu diterima.

"Oleh yang demikian, saya memutuskan ketidakhadirannya pada sidang November adalah tanpa kebenaran. Bagi keputusan saya itu, Badrul Hisham menjawab dalam suratnya bertarikh 5 Januari 2011 untuk memohon maaf tetapi tiada alasan diberikan.

"Perkara 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan jika seorang anggota Dewan Undangan Negeri apabila, tanpa kebenaran Speaker, tidak hadir daripada setiap sidang iaitu bagi tempoh enam bulan, kerusi beliau akan diisytiharkan kosong oleh Speaker." TMI

Tiada ulasan: