MIMPI SENJA |
PRK Tenang - Percubaan Menipu : Ada Pengundi Cina di Felda Tenang? Posted: 15 Jan 2011 07:38 PM PST UNDI LAH BN UNTUK HIDUP TERUS SENGSARA SAMM telah memulakan gerak kerja di Tenang. Modus operandi sebelum Penamaan Calon ialah bergerak dalam kumpulan kecil dialog/sembang-sembang dengan pengundi tempatan serta lawatan perbincangan dengan bilik - bilik gerakan PR untuk bincang apa boleh dibantu. Cara ini dilihat lebih dekat dengan pengundi. Malah pengundi yang ditemui boleh bertanya perbagai soalan yang bermain difikiran mereka yang kadang - kadang kita tak terfikir pun persoalan itu penting. 13 Jan 2011 yang lepas dalam satu lawatan dan pertemuan dengan 10 orang pengundi Felda Tenang. che'GuBard turut disertai oleh beberapa petugas ANAK selain dari 'team SAMM'. Kami telah singgah dan berbincang dengan petugas-petugas bilik gerakan PR di Felda Tenang. Beberapa perkara dan program anak muda dibincang dan diselaraskan. Namun yang paling menarik ialah penemuan beberapa nama pengundi Cina dalam senarai pemilih Felda Tenang yang mana peneroka Felda Tenang sendiri tidak mengenali mereka. Peti Undi Felda Tenang ialah antara Peti Undi dalam Dun Tenang yang akan diadakan PRK dalam masa terdekat ini Gambar di atas ialah senarai Pengundi Berdaftar yang diambil dari Bilik Gerakan PR Dun Tenang. Jelas tersenarai beberapa nama pengunci Cina. Jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda. Sekurang - kurangnya setakat dikesan kira - kira 20 orang pengundi Cina dikesan di Felda Tenang. Apa sebenarnya yang berlaku ? SPR harus tampil memberikan penjelasan. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab diharapkan dapat memeriksa nama dan no. kad pengenalan anda dan pastikan tempat mengundi kita seperti yang kita daftar. Terlalu banyak nama dialihkan tanpa sedar, nama hilang dari senarai.... malah lebih parah lagi ada nama yang tak dikenali tetapi wujud dalam senarai pemilih dan ada pula 'orang tertentu' yang datang mengundi bagi pihak nama itu - cheGu Bard |
PRK Tenang : Pertandingan 3 penjuru? Posted: 15 Jan 2011 07:05 PM PST JOHOR BAHRU 15 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini mungkin menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila tiga borang pencalonan telah dibeli setakat ini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Othman Noh berkata, borang yang berharga RM20 bagi setiap set itu dibeli oleh tiga individu yang mewakili beberapa parti. Beliau menjangkakan lebih banyak pihak akan membeli borang pencalonan minggu depan kerana hari penamaan calon PRK DUN Tenang ditetapkan pada 22 Januari ini. "Saya mengingatkan individu yang hendak bertanding merebut kerusi DUN tersebut agar segera membeli borang pencalonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia. PRK DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. SPR menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh pembuangan undi 30 Januari. MS : Berapa penjuru pun aku tak kisah, tapi undilah BN @ Barang Naik kalau orang TENANG nak terus hidup dalam SENGSARA ... |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan