Ahad, 9 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pelakon, penulis lirik terkenal di solat hajat malam tadi

Posted: 09 Jan 2011 03:53 PM PST

Bob Lokman, nama yang tidak asing lagi di persada hiburan tanah air, terutama dalam penulisan lirik lagu - antaranya Isabella, malam tadi telah bersama-sama ribuan rakyat Selangor menyertai Solat Hajat yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.
Kalau dilihat pada penampilan Bob malam tadi, dia ternyata telah berubah. Padahal pada malam tadi juga ramai rakan-rakan artisnya bersama TV3suku dalam satu acara tahunan - Anugerah Juara Lagu, tapi ternyata Bob lebih berminat untuk sama-sama rakyat Selangor menyertai program solat hajat anjuran PAS Pusat ini.

Tahniah Bob!

Dilaporkan sekitar 30 ribu rakyat Selangor telah menyertai solat hajat malam tadi

Bob bersama YB Mahfuz selepas program tersebut

Bob sedang asyik mendengar ceramah

Janji 2,033 unit flat tapi bina 5 bungalow - Inilah antara kerja kroni

Posted: 09 Jan 2011 06:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 JANUARY, 2011: Najib Razak telah mengarahkan Syarikat Maju Terminal Management and Services Sdn Bhd (Maju Tmas) untuk merobohkan tembok yang menghalang laluan awan berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata ini termasuklah tembok yang mengelilingi bungalow Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

Katanya lagi kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik lesen operasi TBS-BTS sekiranya ia terus mengingkari arahan yang telah diberikan.... seterusnya

MS: Mungkin kroni ni xberapa hebat kot pada Najib, pasai tu najib dah 'sound' ... , tapi macamana dia diberi projek stesen bas Bandar Tasik Selatan tu. Yang aku tahu dulu Maju Holding ni lah yang diberikan Perwaja, lepas tu Maju Junction KL dan yang terbaru Lebuhraya KL - Putrajaya (MEX). Tapi memang hebatlah lah depa-depa ni, pasai dengan kerajaan pun depa kencing ... tapi tak salah abu sahid juga pasai najib pun kaki kencing juga .... apa ada hal. sama-sama kaki kencing la ... hahaha

Pemuda Umno paling lemah di era Khairy

Posted: 09 Jan 2011 02:22 AM PST

SEREMBAN: Pakatan Rakyat tidak pernah mengiktiraf kemenangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang menyatakan hasrat tidak mahu mempertahankan parlimen Rembau.

Malah Setiausaha PKR cabang Rembau, Norazizi A Aziz, menyifatkan Pemuda Umno di dalam era Khairy ini adalah yang paling lemah dalam sejarah kerana kita tidak nampak sebarang perjuangan yang berasaskan kepada mendahulukan kepentingan rakyat.

"Mustahil Pakatan Rakyat mahu mengiktiraf Khairy sedangkan Umno sendiri jelas meminggirkan Khairy. Lagipun apa sumbangan dan jasa Khairy kepada rakyat yang boleh diiktiraf?" kata Norazizi.

Menurut Norazizi, tindakan Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hassan mempelawa Khairy menyertai PAS bukan atas dasar pengiktirafan tetapi adalah atas rasa belas kasihan melihat Khairy teruk dibuli di dalam Umno.

Baru-baru ini, ketua Pemuda PAS itu meminta menantu bekas perdana itu berjuang bersama Pemuda PAS.

"Saya tidak berminat untuk mencampuri urusan dalaman Umno namun semua orang tahu yang Khairy dipinggirkan apabila tidak dilantik ke jawatan menteri mahupun jawatan timbalan menteri padahal naib Ketua Pemuda mahupun pesaing beliau dalam jawatan ketua Pemuda Umno telah mendapat tempat timbalan menteri.

"Ketika itu alasan Khairy adalah perlu memberikan fokus terhadap golongan anak muda. Namun setelah berlaku rombakan, Khairy tetap diketepikan dan inilah yang mengecewakan beliau sebenarnya," kata Norazizi.

Menurut beliau lagi, jarang berlaku dalam sejarah umno di mana seorang pemegang jawatan Ketua Pemuda Umno tidak mendapat jawatan menteri kabinet.

"Program dan aktiviti Pemuda Umno lebih kepada sekadar mendapatkan publisiti tanpa mendasari denyut dan nadi kesusahan rakyat.

"Pemuda Umno alam era terdahulu lebih kepada kuasa pendesak dalam Umno sendiri namun Pemuda Umno di era Khairy lebih kepada menjadi "tukang angguk" kepada segala keputusan pihak atasan Umno.

"Khairy juga gagal memainkan peranan beliau sebagai ahli parlimen Rembau apabila beliau gagal menunaikan janji pilihanraya PRU 12 yang lepas.

"Mana hospital Rembau? Ke mana hilang Pusat tuisyen emas untuk pelajar miskin Rembau? Mana Uitm Rembau dan mana lapangan terbang yang dijanjikan? Rakyat Rembau masih menunggu," katanya lagi.

Norazizi juga menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Khairy ini adalah untuk memancing rasa simpati pimpinan atasan Umno agar memberi perhatian terhadap beliau namun sehingga kini tiada sebarang respon terhadap tindakan beliau yang merajuk setakat ini.

"Pesanan saya pada beliau hanya satu; tiada istilah merajuk dalam kamus seorang pejuang rakyat." katanya seperti dilapor dan blog Chegu Bard hari ini

Pemilihan PKR : 6 bahagian diarah adakan pemilihan semula

Posted: 09 Jan 2011 01:50 AM PST



Bahagian-bahagian Kuala Langat, Kapar, Klang dan Subang di Selangor, Jerai di Kedah dan Batu Sapi di Sabah telah diarahkan oleh Jawatan Pemilihan untuk mengadakan Pemilihan semula selepas pemilihan yang diadakan baru-baru ini telah dibatalkan.


Saifuddin Nasution berkata, keputusan pemilihan bagi bahagian-bahagian tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Jawatan Kuasa Pemilihan. ... seterusnya

Tiada ulasan: