Sabtu, 8 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Di Riyadh pun minah katek ni tak bertudung ... macamana ni Najib

Posted: 08 Jan 2011 10:51 PM PST

Sekadar hiasan - bukan gambar di Riyadh
Dalam aku bersiap-siap nak kuar kerja terpandang lah aku pada berita tangahari kat TV3 jap tadi. Pada korang berita ni tak lah menarik sangat kot, dan pada aku pun cam tu juga lah ... berita lawatan minah katek ni ke arab saudi selama 3 hari. Aku tak amik kisah awal nya pada berita ini. Mampos lah dia nak pi mana ke, berapa hari ke lantak dia, apa ada hal pada aku. kalau tak balik terus lagi lah baik .. tapi yang pasti lawatan ni salah satu cara perbelanjaan boros minah katek - menghabiskan duit rakyat.


So di Riyadh ni minah katek ni pun menghadiri satu seminar (aku tak fokus pun pada seminar tu - apa nama seminar pun aku tak kisah) ... maka ditujukankan lah minah katek ni secara long shoot bukan zoom, jadi dapat lah aku tengok sebahagian besar peserta seminar ... SUNGGUH MEMALUKAN ... BINI PERDANA MENTERI NEGARA ISLAM TIDAK MENUTUP AURAT .... apa yang aku nampak (maaf kalau aku tak nampak) semua peserta wanita lain menutup aurat ...

Minah katek ni tidak bertudung langsung. Kadang-kadang di Malaysia ni dia pakai juga tudung tapi masih menampakan jamboi nya ...

Apa ni Najib ... Apa ni Jamil ... Mana Harussani ... tak kan tak der sapa-sapa kot yang berani menasihati/menegur minah ni ...

Tapi aku suka tengok wartwan TV3, bertutup litup (lupa aku nak catat nama dia tadi) ...
p/s : aku tengah cari-cari kalau2 ada gambar minah ni semasa seminar tu, akan aku uploadkan kemudian

Khusrin ni ... bekerja untuk siapa sebenarnya?

Posted: 08 Jan 2011 08:27 PM PST

Oleh Chan Kok Keong
Jawapan perundangan kepada status Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri adalah sungguh mudah.

Siapa dia Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri? Beliau ialah seorang pekerja kepada kerajaan. Dia menandatangani surat perjanjian untuk menjadi pekerja yang taat. Dalam kes Mohamad Khusrin Munawi, dia hendak bekerja dengan kerajaan negeri Selangor: siapakah majikannya?

Persoalan penting di sini: bolehkah beliau mendesak atau memaksa bahawa beliau mahu bekerja untuk kerajaan negeri Selangor?

Menurut undang-undang sivil, tiada penjawat awam yang boleh memaksa majikannya menandatangani kontrak pekerjaannya.

Begitu juga, menurut pandangan umum, bolehkah seorang amah Filipina misalnya memaksa majikannya dengan mendesak bahawa beliau mahu bekerja untuk majikan yang tidak mahu mengambilnya bekerja?

SUK boleh dianggap sebagai pejawat awam tertinggi di sebuah negeri. Tetapi beliau mestilah seorang yang boleh diterima oleh majikannya iaitu kerajaan negeri.

Mari kita mengambil contoh yang lain, katakan, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Bolehkah seorang CEO (ketua pegawai eksekutif) dilantik tanpa persetujuan dan kelulusan daripada Lembaga Pengarah? Jawapannya adalah jelas, TIDAK.

Malahan jika pihak Lembaga Pengarah menyerahkan tugas itu kepada sebuah jawatankuasa kecil untuk memilih CEO, keputusan akhir untuk mengambilnya bekerja terletak di bahu Lembaga Pengarah, dan bukan orang lain.

Selangor boleh menolak pelantikan Khusrin

Dalam kes Mohd Khusrin, beliau berkata bahawa beliau dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun SPA mempunyai segala kuasa untuk melantik, tidak semestinya pelantikan
yang dibuat oleh SPA itu, tidak boleh ditolak oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Apabila dibuat komen tentang peranan terhad SPA, yang diibaratkannya seperti sebuah agensi pekerjaan, Allahyarham Tun Suffian menulis pada muka surat 122 bukunya, "Pengenalan kepada Perlembagaan Malaysia (edisi kedua, Percetakan Kerajaan):

"Tidak ada firma di sektor swasta, walau pun sesaat, bersetuju bahawa kenaikan pangkat kakitangannya di amanahkan kepada sebuah badan yang bebas dari pengaruh Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan."

Selain berbentuk retorik, tidak ada penjawat awam yang boleh memaksa bahawa dia mahu bekerja untuk sebuah kerajaan yang memutuskan tidak mahu mengambilnya bekerja. Ini tidak munasabah.
Kerajaan tidak boleh dipaksa dari segi kontrak untuk mengambil seorang penjawat awam yang tidak dipercayainya atau terdapat keraguan terhadapnya.

Apa fungsi SPA dalam hubungannya dengan Kerajaan Selangor? Suruhanjaya Reid, yang bertanggungjawab menggubal Perlembagaan Persekutuan, menyarankan agar sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk melantik dan menetapkan terma-terma pekerjaan para penjawat awamnya.

SPA pula bertanggungjawab kepada pentadbiran dalaman sebagai sebuah badan profesional dan terlibat dalam hal disiplin.

Dan harus diingat bahawa SPA adalah sebuah Suruhanjaya Persekutuan di mana kuasa-kuasanya tidak melangkaui ke dalam negeri-negeri, dalam hal ini negeri Selangor. Bagaimanapun, Perkara 134 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Persekutuan boleh menghantar seorang penjawat awam ke sesebuah negeri, jika terdapat permintaan dari negeri berkenaan.

Tidak ikut perlembagaan

Jadi, soalan berikutnya sama ada Kerajaan Selangor membuat permohonan ini? Jika tidak, adakah Kerajaan Persekutuan telah bertindak engan memandai-mandai menghantar seorang penjawat awam ke Selangor?

Jika begitu, bermakna tindakannya ini jelas tidak mengikut perlembagaan. Dan juga SPA telah bertindak menjangkaui bidang kuasanya. Konvensyen atau amalan yang sudah-sudah jika ada, mesti dibuat dengan bahasa dan perkataan yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Jika betul ada sebuah badan yang seharusnya melantik SUK, Perlembagaan Negeri Selangor telah pun menyediakan peruntukan bahawa pelantikan hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Di bawah Artikel 139 Perlembagaan Persekutuan, berkemungkinan sebuah Negeri memberi kuasa kepada SPA untuk bertindak dalam negeri itu. Jika ini telah dilakukan maka ia dengan mudah boleh
ditarik balik apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) meluluskan rang ndang-undang untuk membatalkan pelantikan itu dalam sidangnya yang akan datang. Peruntukan undang-undang berhubung perkara ini ialah Artikel 139(3) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan di atas, pelantikan oleh SPA ini bukanlah suatu masalah yang sukar ditangani. Ia hanya berbentuk pencalonan, seperti yang diterangkan di atas, boleh diterima atau ditolak oleh bakal majikan. Pelantikan itu bukannya tidak boleh ditarik balik. Beliau masih seorang penjawat awam tetapi Kerajaan Selangor tidak mahu beliau menjadi penjawat awam negeri itu. Tambahan pula, persoalan perkenan daripada Sultan (Selangor) tidak menjadikan kedudukannya lebih kukuh, sah atau di bawah mana-mana Perlembagaan, Negeri atau Persekutuan.

Kuasa melantik atau memecat

Ini kerana, kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat beliau. Sama ada SPA atau SPA Negeri mempunyai hak untuk mencalonkan beliau adalah tidak jelas. Tetapi perlu
ditekankan di sini bahawa Kerajaan Selangor tidak semestinya menerima pelantikan itu.

Jika seorang pekerja biasa tidak boleh disaman berhubung prestasi tertentu, bolehkah seorang penjawat awam memaksa majikannya mengambilnya bekerja?

Jika contoh perundangan mengenai kejadian seperti ini diperlukan, berhubung pendirian kerajaan Selangor menolak Mohd Khusrin, maka sila rujuk penghakiman yang dibuat dalam kes Mahkamah Persekutuan Kerajaan Malaysia melawan Rosalind Oh Lee Pek Inn (1973) 1 MLJ 222 oleh Tun Suffian FJ di mana beliau berkata:

"Saya perlu menambah bahawa kontrak yang terjalin di antara seorang penjawat awam sebagai plaintif dan kerajaan adalah istimewa, seperti yang dicatat oleh Ramaswami J pada halaman 1894 apabila membuat penghakiman dalam Mahkamah Agong India dalam kes Roshan Lal melawan Union of India:

"Adalah benar asal-usul perkhidmatan kerajaan berbentuk kontrak. Terdapat tawaran dan penerimaan dalam setiap kes. Tetapi sebaik sahaja dilantik kepada jawatannya atau pejabatnya, penjawat awam itu memiliki status dan haknya dan obligasi tidak lagi ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak, tetapi oleh peraturan berkanun yang boleh digubal dan dipinda secara unilateral oleh Kerajaan……."

Perkataan penting di sini ialah "boleh dipinda secara unilateral….."Ringkasnya, Kerajaan tidak boleh diikat dengan kontrak. Kerajaan mesti mempunyai hak untuk bertindak untuk kebaikan dan kepentingan Negeri. - FMT

Penulis mempunyai firma guamannya sendiri di Ipoh

Lagi projek Kerajaan Barisan Nasional ... jangan nak kencing rakyat diutamakan lah

Posted: 08 Jan 2011 08:56 AM PST


Apa sudah jadi dengan Taman Sri Gemilang Lahad Datu ?. Dalam papan tender siap dalam bulai Mei 2009.. Sekarang tahun berapa ???



Terbengkalai sejak tahun 2008. Ramai yang dah buat loan dan dah bayar pinjaman bank sejak 2 tahun lepas tapi rumah belum siap.



Rumah ni bawah SPNB. Keapa boleh terbengkalai ?


Setahu kami SPNB sebuah syarikat kerajaan yang kukuh dan bertanggung jawab memulihkan projek terbengkalai….tapi kenapa projek SPNB sendiri jadi begini ??

KASIHAN KAMI. TUNGGU….TUNGGU DAN BAYAR….BAYAR TAPI RUMAH TAK ADA.

norham abadi
Lahad Datu.
Januari 2011.
MS: Ada siapa ambil kisah? Ada wakil rakyat tolong selesaikan? Dah dua tahun projek ni terbengkalai ... mana wakil rakyat 1Malaysia? ... apa wakil rakyat dah buat untuk selesaikan masalah ini ... Jaminan-jaminan diberikan hanya hampir pilihanraya, selepas tu, macam biasa muka wakil rakyat pun susah nak nampak. maka lu orang punya masalah lu orang setel lah, wa datang next GE lah ...

Tiada ulasan: