Selasa, 25 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Puteri UMNO bongkar tembelang Papa Gomo

Posted: 24 Jan 2011 10:50 AM PST

Sebenarnya blogger kaki fitnah yang langsung tak takut dengan kuasa Allah ini tak perlu lagi ReJaM© perkenalkan kepada pembaca. Blogger ini sememangnya suka membuat fitnah yang bukan-bukan demi meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Siapakah blogger yang dimaksudkan? Siapa lagi kalau bukan papa gomo!

Baru-baru ini difahamkan Papa Gomo telah menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, kononnya penyokong PR telah mengasari Puteri UMNO. Tujuan Papa Gomo berbuat demikian semata-mata untuk memburukkan Pakatan Rakyat sekaligus meraih sokongan untuk Barisan Nasional di PRK DUN Tenang.

Malangnya, Puteri UMNO sendiri tidak tahan dengan fitnah yang dilemparkan oleh blog fitnah Papagomo tersebut, lantas mendedahkan fitnah tersebut kepada wartawan Sinar Harian. Di bawah ini petikan akhbar tersebut sila klik untuk membesarkan imej.





ReJaM© "Hanya makhluk bangang je yang percaya dengan Papa Gomo ni!"

Pegawai khas sembunyikan maklumat pejabat Rosmah

Posted: 24 Jan 2011 07:46 AM PST


Rosmah Mansor isteri kepada Najib Tun Razak kini semakin jelas menjadi Liabiliti kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib. Rakyat dilihat akan menolak Barisan Nasional kerana muak dengan perangai Rosmah Mansor yang berlagak mengalahkan menteri.

Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan kewujudan Pejabat Khas untuk menjaga kebajikan isteri Najib di bawah division F.L.O.M yang dipercayai sengaja disembunyikan daripada rakyat yang sebenarnya membawa maksud First Lady of Malaysia sila rujuk link ini[Pejabat Rosmah Mansor]

Jelas sekali Jabatan Perdana Menteri sendiri bimbang jika kewujudan Pejabat Rosmah di Sri Perdana, Putrajaya ini diketahui oleh rakyat, maka hal ini akan memalukan Najib dan pimpinan Barisan Nasional. Mana tidaknya, seorang Perdana Menteri menyediakan sebuah pejabat khas untuk isteri di tempat kerjanya. Sangat melucukan bukan?


Di dalam sebuah perbualan telefon yang dirakamkan, jelas sekali seorang pegawai khas di F.L.O.M bernama Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed yang boleh dihubungi melalui nombor telefon 03-8888 1972 atau 03-8888 3963 bertindak menyembunyikan kewujudan pejabat ini. Berikut video rakaman perbualan telefon dengan pegawai tersebut.




Para pembaca juga dipersilakan untuk menghubungi sendiri Pejabat Rahsia tersebut melalui nombor telefon yang diberikan di atas.

CiLiK© "Tak payahlah nak sorok! Semua orang dah tahu oi! kah kah kah..."

Alasan kukuh Najib tak lawat jenazah S/U UMNO

Posted: 24 Jan 2011 04:58 AM PST


Sebelum ini MiLo SuaM ada mengulas tentang isu Perdana Menteri tidak melawat jenazah "orangnya" iaitu seorang setiausaha kerja UMNO Cawangan Tenang, [PM terlupa?]. Ramai pihak yang mengatakan bahawa kisah ini adalah fitnah!

Ada yang mengatakan Perdana Menteri Najib telah melawat jenazah itu (persoalannya mengapa tiada liputan media perdana? Bukankah ini isu yang hangat untuk meraih undi bagi keuntungan BN?), ada yang mengatakan tiada setiausaha UMNO yang mati di Tenang, dan pihak PAS sengaja mencetuskan fitnah untuk memburukkan Perdana Menteri (Jadi jenazah siapa pula yang disembahyangkan di masjid tersebut?).

Akhirnya lidah rasmi Kerajaan Barisan Nasional, menjawab persoalan yang timbul. Rupanya Najib tak tahu ada orangnya yang meninggal dunia! Sangat kukuh alasan ini, dalam beribu pemimpin dan penyokong Barisan Nasional yang hadir di Tenang tiada seorang pun yang sedar ada setiausaha UMNO yang meninggal dunia! sila klik untuk membaca laporan Utusan Malaysia



Adakah masjid tempat jenazah itu diletakkan tersorok di dalam gua terpencil di dalam sebuah hutan di Tenang sehingga tiada seorang pun pemimpin dan beribu penyokong BN yang boleh memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri?

Adakah kematian Setiausaha Kerja UMNO cawangan Tenang ini dianggap sebagai isu kecil dan remeh? Kalau begitu terpulanglah, apa pun jelas sekali calon PAS "Cikgu Mala" ada di tempat kejadian untuk melawat jenazah tersebut malah turut disiarkan di Utusan Malaysia.







CiLiK© "Orang mati sudah tak boleh berkempen dan mengundi untuk Barisan Nasional"

Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN DUN Tenang

Posted: 24 Jan 2011 02:11 AM PST

Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].

Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini!


Pendedahan diteruskan

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, [Sila klik untuk membesarkan imej]









Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini.

CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!"

Tiada ulasan: