Jumaat, 14 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Umi Hafilda cabar Anwar berdebat

Posted: 13 Jan 2011 05:47 PM PST


Cuba anda bayangkan bagaimanalah agaknya kalau Anwar Ibrahim menyahut cabaran Betina gila di atas ni berdebat? Najib yang dicabar untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim berhubung isu ekonomi, tapi orang lain pula yang terlompat-lompat menyahut cabaran. Apa hal pulak Umi Hafilda nak ajak Anwar berdebat?

Apa kaitan Umi Hafilda dengan ekonomi negara? Apa yang perempuan mabuk ini tahu tentang ekonomi?

Apa faedah yang rakyat akan dapat kalau Anwar berdebat dengan Perempuan gila yang sudah dirasuk penyakit sawan tak tahu malu ini?

Kesian Najib, mengigil-gigil bila Anwar ajak berdebat. Nasib baik ada perempuan gila ini menyelamatkan air mukanya. Dah eloklah Najib sebagai presiden UMNO merangkap Perdana Menteri berdebat dengan ketua pembangkang!

Ketua kerajaan berdebat dengan ketua pembangkang, barulah nampak seimbang dan adil. Ini tiba-tiba ada pulak tenuk pakai tudung ala Rosmah mengarut mencarut ajak Anwar berdebat, berakal ke tak berakal tenuk bertudung ni? Oh lupa nama pun tenuk mana ada akal.




ReJaM© "Tercengang ReJaM bila Umi Hafilda tiba-tiba ajak Anwar berdebat, umur dah tinggal sikit perempuan ni, itu pasal meroyan tak tentu pasal"

Kerana aduan peguam, masjid akur perlahankan azan

Posted: 13 Jan 2011 12:28 PM PST


Sebelum ini MiLo SuaM telah menyiarkan sepucuk surat aduan seorang peguam bukan Islam yang turut mengaku dirinya sebagai Ahli seumur hidup MCA, membantah laungan azan kerana mendakwa ia mengganggu tidurnya di waktu pagi, dan turut mengganggu waktu rehatnya. Sila rujuk link ini untuk membaca surat tersebut Peguam bantah laungan azan

Lantaran surat aduan yang dihantar oleh peguam berbangsa cina itu kepada Perdana Menteri Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 lalu, pihak masjid terpaksa akur dengan aduan peguam bukan Islam terbabit, yang mendakwa azan dari masjid terlalu kuat dan mengganggu tidurnya di waktu awal pagi. [Sumber berita]

Akibat tekanan dari pihak atasan, pihak pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah terpaksa akur dan mengambil tindakan memperlahankan azan setiap kali waktu solat, malah terpaksa menggunakan hanya speaker di dalam masjid semasa bacaan khutbah solat Jumaat.

ReJaM kira tindakan peguam bukan Islam ini benar-benar telah mengguris hati kebanyakkan umat Islam di negara ini. Niat sebenar peguam bukan Islam ini membuat aduan begini turut diragui, kerana kedudukan tempat tinggalnya dan masjid adalah sejauh kira-kira satu kilometer. Benarkah suara azan yang hanya berkumandang selama beberapa minit ini mengganggu tidurnya?

Apa yang lebih menghairankan, mengapakah hanya dia sahaja yang menghantar surat aduan kepada Perdana menteri? Penduduk lain di kawasan tersebut tidak pula membantah laungan azan tersebut. Jelas di sini, demi mendapatkan sokongan politik dari masyarakat bukan Islam, Perdana Menteri terpaksa akur dengan tuntutan dangkal peguam ini. Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Perdana menteri demi menjaga setia kawan kepada MCA, malangnya, kesucian Agama islam yang terpaksa dikorbankan.




ReJaM© "Apa nak buat, bila berkawan dengan parti rasis yang anti Islam seperti MCA, maka Islam menjadi taruhannya demi kepentingan dan survival politik BN"

Pelakon video lucah yakin PAS akan tubuhkan Negara Islam

Posted: 13 Jan 2011 11:27 AM PST



Presiden Parti MCA merangkap pelakon video lucah terhangat memberi amaran kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina di DUN Tenang agar jangan mengundi calon PAS kerana bimbang sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia nanti, maka PAS akan membangunkan negara Islam. Inilah yang ditakuti oleh orang-orang bukan Islam di malaysia yang berfikiran seperti Chua Soi Lek.[Berita Harian]

Sama juga halnya sebelum ini pelakon video lucah ini pernah memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam di dalam Perhimpunan Agong MCA bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Malaysia, maka PAS akan menjadi ketua Pakatan Rakyat (kapten) dan PAS akan menubuhkan negara Islam. Perdana Menteri najib yang turut sama hadir di dalam perhimpunan itu juga bersetuju dengan pendapat Presiden MCA itu. [Malaysia insider]

Berlainan pula apabila Najib Tun Razak dan pemimpin UMNO yang lain, bila berucap di hadapan hadirin yang beragama Islam, maka pemimpin-pemimpin UMNO akan mengatakan bahawa PAS tidak akan menubuhkan negara Islam. Mereka mendakwa bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP, tanah Melayu akan dikuasai oleh cina dan bukan Islam.

Senang betul cara pemimpin ini untuk mendapatkan sokongan, depan masyarakat Islam kata PAS tolak Islam, depan masyarakat bukan Islam kata PAS akan perjuangkan Islam. Pendapat mereka akan berubah mengikut keadaan, depan Melayu cakap cina dan India jahat, depan Cina dan India cakap Islam jahat maka Barisan Nasional akan terus berkuasa.




ReJaM© "Fakta depan mata, ada akal, gunakanlah sebaik mungkin"

Tiada ulasan: