Sabtu, 1 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Shahidan Kassim berzina dan paksa gadis gugurkan kandungan?

Posted: 01 Jan 2011 02:52 PM PST


Sebuah pendedahan membabitkan bekas Menteri Besar Perlis dilaporkan oleh laman web Sabahkini yang ditulis oleh seorang penulis yang menggelarkan dirinya sebagai Malaysialeaks. Laman Web itu melaporkan bahawa Tun Abdullah atau nama manjanya "Pak Lah" telah menyembunyikan kes zina yang dilakukan oleh Shahidan Kassim dengan seorang gadis.

Laman web itu juga mendakwa bahawa Shahidan Kassim telah memaksa gadis itu untuk menggugurkan kandungannya. Mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Bagaimanapun, MiLo SuaM belum mendapat sebarang pengesahan tentang berita ini. Berikut sumber laporan yang diperolehi daripada laman sesawang Sabahkini, sila klik untuk membaca sendiri klik sini



Satu hadis, dari Kaab bin 'Ujrah berkata, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

Maksudnya;
"Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya"
[An-Nasai : 4136]

ReJaM© "Adakah ini sebabnya Shahidan tidak dipilih menjadi Menteri Besar Perlis lagi?"

Faizal YusoF meninggal dunia Al-Fatihah

Posted: 31 Dec 2010 11:53 PM PST


Berita yang diperolehi dari Facebook Abby Abady, Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.





ReJaM©"Al-Fatihah"

Blogger UMNO mengaku memfitnah Salahudin Ayub

Posted: 31 Dec 2010 10:05 PM PST


Seorang Blogger UMNO mengaku telah memfitnah Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Salahudin Ayub kononnya beliau memiliki skandal seks dengan bini orang. Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu sendiri di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen. Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf.

Bagi pembaca yang mengikuti blog-blog mesra kerajaan tentu mengetahui blogger yang dimaksudkan ini. Kalau dilihat, blog milik blogger ini sebelum ini begitu kerap memainkan isu kononnya Salahudin Ayub, atau digelar dengan nama Din Puduraya di dalam blognya telah membalun (berzina) isteri orang di sebuah hotel perhentian bas puduraya. Malah pemilik blog ini mendakwa memiliki video rakaman saat Ahli Parlimen PAS itu membalun bini orang. Namun video tersebut sekadar helah untuk mendapatkan traffic ke blognya agar pembaca blognya akan sentiasa mengikuti update blog tersebut.

Namun ternyata ia hanyalah fitnah yang direka-reka oleh pemilik blog tersebut bagi memuaskan hati 'tuan' nya yang menyuapnya dengan upah yang mungkin begitu lumayan. Dalam satu kenyataan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang dipetik dari Harakah online, "Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka,".


Bagi pembaca baru, di bawah ini ReJaM siarkan wajah penulis blog tersebut, sila klik untuk membesarkan image (ops wajah blogger tersebut yang paling besar sekali).



ReJaM© "Sebelum ini blog MiLo SuaM juga pernah membongkar konspirasi jahat blogger ini"

Video Youtube Karam Singh Walia diugut agar minta maaf

Posted: 31 Dec 2010 08:41 PM PST


Video yang diperolehi daripada laman sesawang Youtube seorang wartawan TV3, Karam Singh Walia diugut dan didesak oleh beberapa orang lelaki Melayu di sebuah kedai mamak yang tidak dikenal pasti lokasinya agar meminta maaf. Di dalam video berikut Karam Singh Walia memperkenalkan dirinya serta memohon maaf kepada semua masyarakat Melayu Islam di seluruh negara di atas kata-katanya yang disifatkan sebagai menimbulkan kemarahan. Karam Singh Walia sebelum itu dipercayai menghina masyarakat Melayu sebagai tidak berakal.

Korang lihat sendirilah video kat bawah ni, sila klik untuk menonton video.





ReJaM© "Hal kecik je ni, Karam Singh Walia dah mintak maaf ok lah tu..."

Menteri Malaysia lebih kebal dari Presiden Israel?

Posted: 31 Dec 2010 07:16 AM PST


Satu dunia tahu betapa jahat, kejam, dan kurang hajarnya bangsa yahudi yang mendirikan negara Israel hasil dari rompakan tanah-tanah penduduk palestin. Bangsa yang penuh muslihat ini dilihat sebagai penuh dengan muslihat dan tipu daya serta konspirasi. Baru-baru ini bekas Presiden Israel, Moshe Katsav telah dijatuhi hukuman penjara selama 4 tahun atas kesalahan rogol yang dilakukannya semasa masih memegang jawatan Presiden Israel.

Presiden Israel itu telah didesak untuk meletak jawatan kerana tuduhan rogol yang dikenakan ke atasnya oleh dua orang wanita. Dia akur dan terpaksa melepaskan jawatan orang nombor satu Israel. Akhirnya semalam, Presiden Israel ke lapan itu terpaksa merengkok di dalam penjara selama empat tahun apabila disabitkan atas kesalahan rogol yang dilakukannya.

Kalau dilihat di sini, Presiden negara Israel yang terkenal dengan kekejamannya, pembunuhannya, penipuan dan muslihatnya, ini pun tidak kebal daripada undang-undang negara. Tetapi di Malaysia, ada pemimpin yang didedahkan melakukan kes rogol, mampu bersenang lenang, tersenyum sambil menonton TV bersama keluarga.Bukan sahaja tidak menerima hukuman, siasatan pun tidak dilakukan.

Nampaknya begitu kebal menteri di Malaysia ini. Presiden Amerika Syarikat dahulu pun terpaksa meletak jawatan kerana skandal seksnya didedahkan. Ini negara apa? Negara gila! Siasatan pun tiada, apa pun tiada, nampaknya menteri lebih kebal dari sultan.


ReJaM© "Ini negara cap ayam ka? Zimbabwe pun lagi baguslah ini macam!"

MP bersenam di masjid Imam Hadhari sudah marah!

Posted: 31 Dec 2010 02:48 AM PST



Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah, atau lebih dikenali dengan nama manjanya 'Pak Lah' hari ini menasihatkan semua pihak berhubung laporan Utusan Malaysia sebelum itu yang membidas perbuatan Ahli Parlimen Serdang bukan Islam yang masuk ke perkarangan masjid membuat aktiviti senam aerobik bersama jemaah masjid. Beliau menasihatkan pihak yang terlibat agar lebih sensitif terhadap isu-isu yang boleh mendatangkan perkara negatif.

"Apa juga hal-hal yang menyentuh soal agama termasuk kegiatan-kegiatan di rumah-rumah ibadat, kita perlu ada kefahaman dan bersikap ambil berat perkara-perkara yang boleh mengundang keadaan yang tidak baik." kata bekas Perdana Menteri merangkap imam hadhari itu.


ReJaM© tak ada sebarang masaalah dengan kenyataan dan nasihat ini. Betul lah tu, kita memang harus lebih sensitif supaya tidak timbul isu negatif dan kontroversi. Kerana itulah 'Pak Lah' sentiasa bersikap sensitif, maka tiadalah kontroversi yang pernah dikaitkan dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri dahulu.





ReJaM© "Hidup Pak Lah, Hidup Pak Lah... kah kah kah..."

Tiada ulasan: