Khamis, 27 Januari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari', Dua-Dua Kaki Kencing

Posted: 26 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari'. Maksudnya dua beranak ini `kaki kencing'. Itulah yang berlaku kepada Chua Soi Lek yang sebelum ini membuat fitnah besar terhadap hukum Islam berkaitan isu salam tangan di antara wanita Islam dengan lelaki yang bukan Muhrim. Mangsa fitnah beliau adalah Muslimat iaitu calon PAS di PRK Dun Tenang Puan Normala Sudirman.

Anaknya pula iaitu MP Labis, Chua Tee Yong melakukan fitnah terhadap Puan Normala dengan mendakwa calon PAS ini mempersoalkan penjualan arak sewaktu berkempen di sebuah kedai menjual arak. Apabila ditanya di kedai mana dan bila masa Puan Normala berkata demikian, anak `pelakon biru' ini tidak mampu menjawabnya.

PAS telah menghantar surat peguam kepada Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, menuntutnya memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung fitnahnya itu. Begitulah hebatnya parti komponen BN di dalam membantu calon Umno di dalam PRK Dun Tenang ini. Peliknya, tingkah laku mereka tidak mendapat kesan mendalam kepada pemimpin Umno yang mengaku memperjuangkan Islam itu.

Nampaknya tuduhan Umno selama ini bahawa PAS tunduk kepada DAP terbukti tidak benar kerana terbukti DAP sendiri membela PAS di dalam isu ini. Apa yang boleh dibuktikan sekarang adalah Umno yang tunduk kepada MCA dan Gerakan kerana Umno gagal mempertahankan maruah Islam yang dihina oleh sekutu mereka itu.

Persoalannya, adakah pengundi-pengundi Islam di Tenang akan mengikut jejak langkah Umno ini?/wfauzdin.blogspot.com

HATI-HATI LANTIK DATUK KHUSRIN, JANGAN KITA MENYESAL NANTI

Posted: 26 Jan 2011 06:14 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN Kerajaan PR Selangor bersedia untuk menerima Datuk Khusrin sebagai SUK dan mungkin membenarkan beliau mengangkat Sumpah menyimpan rahsia. Namun, MB Selangor menyebut bahawa perkara ini akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco terlebih dahulu. Baca di sini.

Mungkin MB Selangor sudah berfikir banyak kali untuk mengambil keputusan yang amat `pahit' ini. Jika membaca kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali sebelum ini, beliau berkata untuk dirinya tiada masalah berurusan dengan Datuk Khusrin kerana beliau ada pengalaman bekerja dengannya. Adakah ini sedikit sebanyak memujuk ketegasan MB Selangor agar menerima SUK yang beliau sendiri `tiada selera'?

Apa pun terserahlah kepada bijak pandai di kalangan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil keputusan nanti. Kita telah `gagal' di dalam usul pindaan perlembagaan baru-baru ini dan adakah kita harus terus menerima `kegagalan' kali kedua dengan isu SUK ini? Sedih rasanya bila membayangkan kita menjadi Kerajaan memerintah, tetapi seolah-olah tidak `memerintah'. Rakyat telah bersama kita, yang tidak bersama kita adalah di luar sana. Mengapa perlu kita menoleh ke luar sana?

Memang sukar bagi MB Selangor dan para Exconya untuk menerima `kegagalan' kali kedua ini. Namun, apa pilihan yang mereka ada? Jika akhirnya kita terpaksa `tunduk' lagi, maka ribuan tahniah diucapkan kepada Datuk Khusrin dan bosnya di luar sana. Cuma mahu kita berpesan, jangan suatu hari kita mernyesal dan ianya tidak berguna lagi. Mungkin DS Nizar ada jawapannya.,/wfauzdin.blogspot.com

ANWAR JUGA SANGGUP DEBAT ISU LIWATNYA JIKA NAJIB BERANI

Posted: 26 Jan 2011 03:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSUNGGUHKAH Najib mahu `londeh'kan Anwar sekaligus untuk membuat Ketua Umum PKR itu demam jika berdebat dengannya? Atau, Najib sekadar meneruskan sikap penipunya kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi di Tenang? Saya rasa semua orang samada dari Umno mahu pun Pembangkang ingin sekali melihat Anwar `demam' dan di`telanjang'kan oleh Najib. Masalahnya, mampu atau beranikah Najib berdarah Pahang ini?

Anwar ketika mengulas kenyataan Najib, beliau bersedia untuk berdepan dengan Najib dari segi ekonomi sehinggalah ke hal peribadi masing-masing.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga," kata Anwar (Malaysiakini).

Bayangkan, jika Anwar sanggup berdepan dengan Najib walaupun berkaitan dengan kes liwatnya yang Najib kununnya tahu banyak perkara, dan Najib masih `malu-malu' untuk berdebat, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti Najib. Kita tahu ramai pencacai-pencacai dalam Umno dan di luar Umno yang mahu cari makan tidak mahu sungguh Najib berdebat dengan Anwar. Mereka adalah seperti Ezam sesumpah, KJ, Rais Yatim termasuk juga `firaun besar' Zul Kulim.

Mengapa mereka bimbang sangat jika Najib berdebat dengan Anwar? Bukankah yang pasti `demam' dan `terlondeh' nanti adalah Anwar? Atau, sebenarnya mereka tahu siapa sebenarnya yang bakal `demam' atau `pitam' di atas pentas perdebatan itu nanti. Anwar telah memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno sewaktu beliau berdebat dengan Shabery Chik. Malang buat Shabery ketika itu kerana mungkin beliau terlupa membawa `tisu atau sapu tangan' untuk mengesat air liurnya.

Percayalah, atas apa jua isu Najib tidak akan ada keberanian untuk berdebat dengan Anwar. Beliau hanya berani bercakap seorang diri di depan kamera TV dan di akhbar pencacai sahaja. Malang sungguh ahli-ahli Umno kerana Presiden mereka sendiri tidak sangup untuk menghunus dan bertempur mengunakan `keris telanjang Umno' itu. Keris tersebut hanya layak dicium dan dijulang atas pentas Umno dan PERKASA sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: