Isnin, 10 Januari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


KUMPULAN BODOH BERHIMPUN DI JALAN KEBUN

Posted: 09 Jan 2011 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KESIHAN melihat aksi beberapa kumpulan yang dikatakan berjumlah 100 - 300 orang penduduk Kampung Jalan Kebun, Kelang berdemontrasi hari ini (semalam). Berita TV3 Suku melaporkan seramai lebih kurang 100 orang sahaja yang berhimpun untuk menunjukkan protes mereka terhadap Adun Seri Muda, YB Shuhaimi Shafie kerana kununnya menghina Sultan Selangor di dalam isu perlantikan SUK Selangor dan bidangkuasa Raja-Raja Melayu.
Justify Full
Mereka membawa sepanduk dan terjerit-jerit menunjukkan kebodohan mereka sambil membakar gambar Adun PR tersebut. Saya percaya jika ditanya kepada semua mereka itu, termasuk ketua kumpulan yang berdemontrasi tersebut tentang siapakah yang membuang kuasa Raja-Raja Melayu, pasti mereka akan tercengang-cengang. Ini adalah kerana mereka semua tidak tahu satu apa pun tentang bidangkuasa Raja-Raja dan sejarahnya. Mereka telah diperbodohkan oleh sekutu Apco yang mahu mereka terus menjadi bodoh agar mudah dicucuk hidung.

Di dalam TV 3 Suku, seorang pemimpin mereka kembang kempis hidungnya mendakwa Adun tersebut menderhaka dan menghina Sultan. Mereka juga mengaitkan MB Selangor dengan tuduhan penderhakaan kepada Sultan Selangor. Kita tengok nanti di dalam Sidang Dun sewaktu Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan usul untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan, adakah sekutu Apco ini akan bersetuju atau menyorok bawah meja di dalam Dun Selangor nanti.

Bukan kita tidak kesihan mereka yang diperbodohkan ini kerana mereka kebanyakannya adalah berbangsa Melayu. Kita juga malu apabila pemimpin Melayu tipu Melayu. Mereka lupa duit mereka entah berapa milion duit mereka yang telah dipelahab oleh kroni sekutu Apco ini di Selangor. Mereka tidak tahu berapa gaji dan elaun Pengerusi Syabas dan mereka tidak tahu apa yang Syabas telah lakukan kepada mereka selama ini. Tahukah mereka berapa kekayaan mantan MB Selangor sebelum ini? Banyak yang mereka tidak tahu dan sekutu Apco sememangnya mahu mereka terus jahil begitu.

Apa pun yang mereka lakukan, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah bersabar dan bimbinglah mereka seumpama kita membimbing `Muallaf' yang baru masuk Islam. Di dalam masa yang sama, Kerajaan Selangor mesti tegas dan berani untuk mempertahankan Selangor dari dijajah oleh sekutu-sekutu Apco yang semakin licik strategi mereka./wfauzdin.blogspot.com

MENGAPA TIDAK LAPOR WAHAI UTUSAN ?

Posted: 09 Jan 2011 06:00 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Jan: DAP kesal dengan sikap kebanyakan media berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia yang hanya pandai membuat fitnah terhadap Pakatan Rakyat tetapi takut untuk mendedahkan kebenaran, khususnya apabila ia melibatkan kepentingan orang Melayu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, sebagai bukti terbaru, apabila Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Malaysia diam membisu.

Ini, katanya menunjukkan Utusan yang hanya pandai membuat fitnah dan pembohongan terhadap Lim Guan Eng, DAP serta Pakatan Rakyat tidak berani untuk menyiarkan berita yang benar.

Tambahnya, sikap bacul sedemikian sudah sepatutnya menyedarkan rakyat betapa buruk agenda politik perkauman yang dibawakan oleh Utusan serta pihak-pihak tertentu dalam Umno yang hanya mahu orang Melayu ditutup mata daripada melihat kebenaran.

Sebelum ini, ujarnya apabila Pengerusi PKMMPP, Datuk Mohamed Fadzill Hassan menyerang Lim serta pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Utusan telah menjadi jaguh untuk menyebarkan tohamahan-tohmahan yang tidak berasas itu.

Kelmarin, apabila Mohamed Fadzill akhirnya bertemu muka dengan Lim, beliau telah telah memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas serangan-serangannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Georgetown, Lim menyatakan bahawa Mohamed Fadzil telah meminta maaf dan ingin membuka lembaran baru dengan kerajaan negeri bagi membolehkan kontraktor-kontraktor Melayu bekerjasama dengan pentadbiran negeri Pulau Pinang.

"Lim yang menerima baik permohonan maaf itu telah berkata bahawa kerajaan negeri mahu menjalin hubungan sihat dan tersusun berdasarkan kepada fakta dan bukan mengikut perasaan serta tidak dipesongkan oleh fitnah pihak-pihak tertentu seperti Utusan," ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendedahkan kepada umum bahawa kontraktor-kontraktor Melayu di negeri itu telah mendapat lebih banyak projek di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

Beliau mengambil contoh tender Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan bahawa kontraktor Melayu menerima kesemua 18 projek bernilai lebih RM40 juta.

Tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan daripada 17 projek bernilai lebih RM20 juta diluluskan di antara 1 Januari 2008 dan 30 November 2010, 16 diberikan kepada kontraktor Melayu, hanya satu projek diberikan kepada kontraktor bukan Melayu.

Baginya, Utusan dan golongan-golongan yang menyokongnya perlu sedar bahawa jika mereka terus membuat pembohongan dan menutup kebenaran, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu sendiri.

"DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan alternatif yang lebih baik bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga semua kaum di negara ini, termasuk usaha meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah serta membebaskan media yang selama ini dikongkong oleh Umno Barisan Nasional," katanya yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP Kebangsaan.

BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MANTAN SUK SELANGOR

Posted: 09 Jan 2011 06:22 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MANTAN SUK Selangor, Datuk Ramli mengatakan bahawa pencalonan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor bagi menggantikannya telah dimaklumkan kepada MB Selangor sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor. MB Selangor pula menafikannya, bahkan surat yang didakwa salinan kepada MB Selangor pun tidak diterima.

Ini bermakna, ada salah seorang dari mereka ini telah menipu Sultan Selangor. Salah kecilkah jika ada yang menipu atau mengelirukan Sultan Selangor? Perlukah diwujudkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat siapa yang berbohong sehingga menjadikan isu perlantikan SUK Selangor sebagai satu krisis Perlembagaan?

Mungkin tindakan boleh diambil kepada bekas SUK Selangor itu sekiranya terbukti beliau tidak melaksanakan tugasnya dengan jujur, lebih-lebih lagi bertindak mengelirukan Sultan Selangor. Bukan sukar untuk menyiasat perkara ini kerana ianya melibatkan pentadbiran dalaman yang mempunyai dokumen-dokumen dan surat sebagai bahan bukti.

Saya cadangkan Kerajaan Negeri Selangor membuat laporan Polis ke atas mantan SUK Selangor sekiranya Kerajaan Negeri menganggap beliau telah bertindak di luar bidang kuasa dan mempunyai niat untuk mensabotaj Kerajaan Negeri./wfauzdin.blogspot.com

BILA AGAKNYA UMNO MELAKA NAK BERUBAH ?

Posted: 09 Jan 2011 04:00 AM PST

UMNO Melaka Paling Tak Bertamadun

Oleh: addin_77

"Malam tadi, PAS Kawasan Bukit Katil telah menganjurkan ceramah isu-isu semasa oleh Ustaz Kamal Ashaari. Seperti biasa saya telah meluangkan masa untuk menghadiri ceramah tersebut. Sebenarnya saya dah sampai agak lewat kerana ada hal yang aku perlu bereskan. Semasa sampai, kebetulan penceramah baru memulakan ceramah beliau. Seperti biasa, saya harapkan UMNO tak membuat kacau pada malam ini, tetapi jelas sangkaan saya meleset.

Di Melaka, perlakuan parti UMNO paling pelik dan mungkin tiada di tempat lain. Manakan tidak, UMNO Melaka sering berceramah bersebelahan ceramah yang di anjurkan oleh PAS. Seingat saya, ceramah Mat Sabu dan Dr. Hatta Ramli juga mengalami gangguan oleh UMNO. Ini jelas tindakan paling tak bertamadun pernah saya lihat. Cuba anda bayangkan, ceramah sebelah menyebelah menggunakan pembesar suara. Yang mana satu hendak didengarkan, dan ini berlaku juga di ceramah Ustaz Kamal Ashaari. Sepanjang saya bertugas di merata tempat, saya selalu ikuti program-program ceramah anjuran PAS, jarang berlaku ceramah UMNO bersebelahan ceramah PAS.

Namun negeri Melaka yang diisytiharkan oleh Ali Rustam sebagai negeri maju pada 20.10.2010 amat memalukan apabila UMNO sebagai parti pemerintah mempunyai minda kelas ketiga dan mundur. Gerak gerinya jelas terbelakang dan songsang. Apa perlunya UMNO untuk menganjurkan ceramah-ceramah seperti ini kerana media arus perdana yang mereka kuasai selalu mengeluarkan kempen - kempen memburukkan dan menfitnah Pakatan Rakyat. Adakah itu tidak cukup lagi sehingga ke pentas ceramah terus berlaku gangguan.

Ustaz Kamal Ashaari memberitahu dalam ceramahnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh UMNO dalam kempen "Selamatkan Selangor" kerana mengiktiraf fungsi parti pembangkang iaitu UMNO. Pakatan Rakyat Selangor akan menjawab isu-isu yang di bangkitkan oleh UMNO melalui ceramah yang akan diadakan pada hari berikutnya. Jelas perlakuan UMNO ini amat terdesak kerana takut akan 'tsunami politik' pada Mac 2008 akan terus berlanjutan pada PRU 13 nanti dan akan terus menguburkan mereka dari landskap politik Malaysia buat selama-lamanya./

Imej hantu pada malam Jumaat

Posted: 09 Jan 2011 02:00 AM PST


GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.

MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.

Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu. Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.

"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu. "Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini./Kosmo

Tiada ulasan: