Kopitiam Bang Nan |
| Perjuangan, situasi dan approach... Posted: 21 Jan 2011 03:28 PM PST Ada ketikanya aku terkenang arwah mak menggendong adik bongsu aku yang ketika itu berusia sekitar 3-4 tahun menggoreng jemput2 (kalau sekarang dipanggil cekodok). Ketika itu usia aku setahun lebih tua dari adik aku tu. Aku masih manja dengan arwah mak dan memeluk sebelah kaki mak. Bayangkan betapa sabarnya emak. Menggendong anak berusia 3 tahun dan seorang lagi asyik memeluk kaki sebelahnya sambil menggoreng jemput2 di awal pagi untuk menjamu abang2 dan kakak2 ku sebelum ke sekolah. Lebih sayu hati ku bila memikirkan emak melakukan itu semua menggunakan dapur kayu yang penuh dengan abu. Dan abu dapur itulah emak sering suffocate ikan sembilang hidup yang ayah beli di pekan Parit Raja bagi mempermudahkan kerja-kerja menyiang ikan sembilang yang selalunya aggresif itu. Hasilnya ikan sembilang masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga. Tiada signature kitchen, tiada oven, tiada peti ais dan hmmm yang pastinya tiada letrik yob. Begitulah emak dalam perjuangannya menggembirakan isi rumah. Tiada sungutan. Cuma ikrar untuk jadi isteri dan ibu yang solehah. Lama sebelum Pak Rendra mereka puitisnya, "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.." Arwah emak aku memperlengkapkan perjuangannya tanpa sebarang sungutan. "Ya Allah ya tuhanku...tempatkanlah ibu dan ayahku ke dalam golongan orang-orang yang solehah dan soleh. Bawakanlah bau-bauan syurga untuk mereka ya Allah...Amin!!" Kini perjuangan isteriku juga punya 'resemblance' yang sama seperti perjuangan emak. Cumanya cara dan situasinya berbeda. Dapur abu sudah diganti dengan dapur gas yang serba sedikit dilengkapi dengan toolsnya. Cekodok sudah diganti dengan hush brown (perisa potato...ya sepecific potato...kalau tidak anak tak nak makan), nugget tempura dan sosej brand Ramly Burger...Kalau adapun yang lekeh yang sama dengan selera aku ialah nasi goreng + bawang putih + bawang merah (kecil) + cili padi + ikan bilis.... Tiada (anak) yang perlu (atau mahu) digendong atau anak yang memeluk kaki menyatakan rasa kasih dan sayang ketika isteriku menyediakan sarapan pagi. Yang adapun macam nak roboh pintu bilik untuk dipaksa solat subuh. Lagi besar lagi payah. Tetapi perjuangan dua ibu ini sama hebatnya cumanya berbeda appraoch. Takkanlah aku kerana nak bernostalgia kena mengupah Mat Indon untuk membuatkan dapur kayu yang penuh abu. Jadi satu kerja pulak aku kena ke pasar Chow Kit kerana mahu mencari ikan sembilang hidup. Mujur kalau aku jumpa ikan keli hidup...dan kalau aku bawa balik ke rumah ikan keli yang masih hidup, mungkin ada sungutan dari isteriku kerana kebodohanku untuk bernostalgia lantaran tidak membeli ikan keli yang sudah siap disiang di pasar. Begitulah perjuangan. Jangan disempitkan approach lalu memperlekehkan orang lain kerana caranya berbeza dengan kita. Arghhh...ke situ pula aku hari ini..!! Yang penting marilah kita ikhlaskan hati dan belajar menghargai pengorbanan orang lain. Mempertikaikan approach tanpa mengambil kira situasi akhirnya kita frust sendiri...buat apa? Biarlah Allah yang menilai keikhlasan perjuangan sahabat-sahabat dan kita sendiri. Mari kita sama-sama mendoakan. Ada rakan2 kita yang tidak boleh menonjolkan diri atas sebab2 yang mereka sendiri lebih faham. Ada yang dalam diam2 mengirimkan wang. Ada yang malam2 bangun mendoakan. Dan kita sendiri perlulah melapangkan dada. bukankan ini yang selalu kita sebutkan kepada orang lain? Kita bagaimana? Tentunya approach pemunya kereta Audi Q5 tidak sama dengan pemunya Kancil Auto 1995...he he!! |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan