Rabu, 5 Januari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Jahatnya kau Zulbabwe....

Posted: 04 Jan 2011 10:44 PM PST

Macamana kau ni boleh bersekongkol dengan orang penaya Anwar???

Padanlah Dr. Asri kata hang ni pengampu (pencacailah tu) melebihi had...

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

"Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut," katanya.

Di bawah ini nyata Anwar ke penaya...

1998 kena...2008 kena lagi!!

Mat Zain dakwa bukti laporan DNA kes Anwar 1998 dipalsukan

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Bekas pegawai polis kanan yang menyiasat insiden mata lebam hari ini mendedahkan beliau ada maklumat wujudnya elemen pemalsuan laporan DNA dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu.

Datuk Mat Zain Ibrahim, ketika itu bekas ketua CID Kuala Lumpur, mendedahkan perkara tersebut dalam surat terbuka terbarunya kepada Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.

"Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian DNA dalam kes berprofil tinggi 1998.

"Sehubungan dengan perkara tajuk, suka cita saya menjemput Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27 Disember 2010, berkaitan isu di atas yang dialamatkan kepada Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada Perdana Menteri Malaysia dan Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga," kata beliau dalam surat terbuka dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, dalam suratnya bertarikh 27 Disember lalu tu juga telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat berkenaan perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku "bertindih" lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan DNA adalah sama.

"Fokus saya dalam surat rayuan terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu berkaitan dengan penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2011, yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 2 Disember sebagai menjawab soalan daripada Lim Kit Siang dan berkaitan dengan kenyataan menteri oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14 Disember sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara.

"Saya percaya Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus jemaah menteri kepada Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu," katanya.

Oleh itu katanya, beliau percaya Idrus akan bersetuju dengannya jika mengatakan bahawa Hishammuddin dan Nazri mahupun Rais tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan polis ataupun SPRM.

"Mereka juga tidak mempunyai sebarang kuasa penyiasatan seperti mana terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang 'incidental' mengenainya sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Hishammuddin dan Nazri secara berasingan itu adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang," katanya.

Sehubungan itu, Mat Zain berkata, beliau percaya Idrus sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar atau yang mengelirukan atau telah dipesongkan.

"Saya juga percaya Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan Hishammuddin dan Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.

"Akibatnya, kedua-dua Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang," kata beliau lagi.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: