Jumaat, 28 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Polis tembak penunjuk perasaan desak Mubarak berundur

Posted: 28 Jan 2011 03:30 PM PST

KAHERAH: Polis rusuhan Mesir menembak peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang menjanjikan 'yawmul ghadab' atau hari kemarahan di seluruh negara itu semalam bagi menuntut presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.

Ada laporan menyatakan penunjuk perasaan sudah sampai dekat Istana Presiden.Penunjuk perasaan berhimpun di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di sebuah kejiranan berhampiran istana presiden di Kaherah, memaksa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Puluhan ribu tunjuk perasaan yang mula berhimpun dan berarak selepas solat Jumaat membawa poster anti Mubarak sambil melaung 'Undur, undur Hosni Mubarak.'

Kumpulan Vodafone berkata semua pengendali telefon selular di Mesir diarah menggantung perkhidmatan masing-masing di kawasan tertentu, bertujuan membendung penganjur bantahan daripada menghimpunkan penunjuk perasaan.

Bekas ketua agensi tenaga atom Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei, yang juga penerima anugerah keamanan Nobel yang turut menuntut Mubarak meletak jawatan, dihalang keluar dari sebuah masjid di kawasan Giza di Kaherah bagi memimpin kira-kira 2,000 jemaah untuk mengadakan tunjuk perasaan.

Jemaah itu dikepung polis ketika mengadakan solat Jumaat di sebuah medan di luar masjid di Giza itu.

"Rakyat mahu rejim Mubarak berkubur," penunjuk perasaan didengar melaung selepas solat.

"Berambus, berambus Mubarak. Mubarak, pesawat menanti anda," laung mereka lagi merujuk kepada bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu berikutan bantahan besar-besaran rakyat yang berterusan hingga hari ini.

Malah, bantahan di Tunisia menyaksikan protes meletus di negara Arab lain termasuk Algeria, Jordan dan Yaman. Di Jordan, tunjuk perasaan ketiga pada hari Jumaat berlangsung.

Rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak Selasa lalu dan lebih 1,000 sudah ditahan polis.

Ahli Ikhwanul Muslimim – kumpulan pembangkang yang diharamkan – turut ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan menyokong tunjuk perasaan itu.

Penunjuk perasaan yang rata-ratanya golongan muda mahu pemerintahan kuku besi Mubarak berakhir bagi menyelesaikan masalah pengangguran, inflasi dan rasuah.

Rungutan yang sama mengenai rasuah dan kemiskinan kedengaran di kalangan penunjuk perasaan di negara serantau Algeria dan Yaman yang turut mendapat inspirasi daripada revolusi di Tunisia yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan kuku besi Ben Ali selama 23 tahun.

"Hanya tuhan yang tahu apa akan berlaku hari ini. Selepas Tunisia, apa saja boleh berlaku," kata seorang penunjuk perasaan.

Selain perkhidmatan telefon selular, perkhidmatan internet melalui pelayan Mesir turut disekat di seluruh negara sejak malam kelmarin.

Laman web sosial Facebook sebelum ini digunakan oleh penganjur tunjuk perasaan untuk mengumumkan lokasi dan masa bantahan.– Reuters

Hebahan: Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak

Posted: 28 Jan 2011 03:00 PM PST

p
Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

31 Januari 2011 (Isnin)

1) 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea

Loaksi : Dewan Ko Chow, Ulu Bernam, Tanjong Malim

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Mahfuz Omar
3. YB Ng Swee Lin
4. YBhg Dr Muhammad Nor Manuty

2) 8.00 – 12.00 malam – Jamuan Makan Malam

Lokasi: Dewan Sek Men Cina Tsung Hwa, Jalan Tenas, Kuala Kangsar

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Zuraida Kamaruddin
3. YB Leong Mee Meng
4. YB Nga Kor Meng
5. YB Keesavan
6. YB Yunus Jamari
7. YBhg Dr Muhammad Nor Manuty

3) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Tokong Lao Sin See Yeh, Kopisan Baru, Gopeng

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
3. YB Dato' Ngeh Koo Ham
4. YB Lee Boon Chye
5. YBhg Dr Muhammad Nor Manuty

Ramai Dah Kata Muhyiddin Ni Bodoh Orangnya.

Posted: 28 Jan 2011 08:00 AM PST

Cuti sakit: Muhyiddin arah siasat suami calon PAS

LABIS, 28 Jan — Kementerian Pelajaran akan melakukan siasatan tentang kewajaran cuti sakit diberi kepada Ma'arof Abd Mutalib, seorang guru yang juga merupakan suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Ma'arof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, hari ini.

Muhyiddin ditanya tentang cuti sakit selama 21 hari yang diambil oleh Maarof, seorang guru di Tenang Station, tetapi pada masa yang sama dilihat berkempen membantu isterinya. — Bernama

yang ni boleh dikatakan bodoh tak boleh nak ajar, menyusahkan rakyat ada la. hancur la umno!

Gelagat Puteri Umno ‘perasan’, Srikandi lapor polis

Posted: 28 Jan 2011 07:49 AM PST

LABIS: Srikandi KEADILAN malam ini membuat laporan polis berikutan kamera kepunyaan salah seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dirosakkan dua ahli Puteri Umno di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku ketika anggota AMK itu sedang merakam gambar kugiran muzik sebelum dua ahli Puteri Umno melalui kawasan berhampiran dan 'perasan' atau menyangka gambar mereka diambil, sedangkan lensa di hala ke arah kugiran.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Ismail, berkata ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan menepis kamera berkenaan hingga terhempas dan mengalami kerosakan teruk.

Beliau berkata, kedua-dua ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan beredar meninggalkan kawasan itu tanpa memohon maaf atau membayar ganti rugi.

"Kami memanggil kedua-dua Puteri Umno itu untuk penjelasan tetapi tidak diendah. Dua anggota polis yang berada di tempat kejadian turut sama memanggil mereka tetapi gagal, malah tangan seorang anggota turut ditepis," katanya.

Berikutan itu, Siti Aisyah membuat laporan di balai polis Labis. Puteri Umno itu turut berbuat demikian.

"Srikandi dan Puteri Umno kemudian bersetuju menarik balik laporan, sebaliknya mereka menuduh kononnya 'persentuhan fizikal' dan penggunaan kata-kata kesat dalam laporan mereka," katanya yang bercadang membuat dua lagi laporan.

[Bergambar] Eh Muhyiddin Berkempen Dalam Masjid Tak Per Ker?

Posted: 28 Jan 2011 07:00 AM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs042.snc6/167248_195999407077069_100000010342671_791051_5005855_n.jpg

Tenang dan Doktrin Keramat UMNO

Posted: 28 Jan 2011 06:30 AM PST

Hafiz Zainuddin

Saya tidak dapat membuat sebarang tilikan awal siapa yang bakal memenangi PRK Tenang. Saya cuma percaya; keajaiban boleh berlaku di mana-mana. Lihat saja apa yang berlaku di PRK Sibu, Pakatan Rakyat yang diwakili DAP telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 398 undi! BN gagal mempertahankan kerusi Sibu. Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu menunjukkan penolakan besar rakyat terhadap BN. BN terjun dengan labu-labunya di Sibu.

Mari kita membuat sedikit analisa ringkas. Sibu dan Tenang berbeza. Kedua-duanya terpisah dari sudut geografi dan pembangunan. Sibu adalah sebuah kawasan Parlimen manakala Tenang adalah kawasan DUN. Selain itu, Sibu dilihat sebagai salah sebuah bandar yang sedang pesat membangun di Sarawak manakala Tenang adalah sebuah kawasan "pekan" kecil yang aman. Malah teh tarik di Sibu berbeza dengan teh tarik di Tenang.

Dari sudut jumlah pengundi, hampir 67% pengundi di Sibu terdiri dari keturunan Cina manakala hampir 50% pengundi di DUN Tenang berketurunan Melayu. Sentimen politik, gaya hidup dan cara berfikir dipisahkan dengan kedudukan geografi dan populasi kaum. Ia adalah satu perbezaan yang amat ketara.

FELDA dikatakan sebagai kubu kuat bagi BN. Dikatakan "kebal" dari sebarang perubahan. Mungkin FELDA ini "dilihat" sebagai sebuah badan yang memberi kebajikan kepada rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Perjuangan FELDA sama ada dilihat ikhlas atau tidak ikhlas sekurang-kurangnya telah mengeluarkan sebahagian rakyat Malaysia yang menetap di kawasan pedalaman dan kampung dari belenggu kemiskinan.

Secara umumnya, ia tidak lain dan tidak bukan adalah atas usaha dan dasar yang telah diasaskan oleh kerajaan yang ditadbir oleh BN sejak sekian lamanya. Siapa yang mahu pertikaikannya? Itu soal lain. Saya melihat; sudah tentu acuan pemikiran di FELDA jauh sama sekali berbeza dengan acuan pemikiran masyarakat di Bangsar contohnya.

Catatan terpenting yang perlu diambil perhatian oleh Pakatan Rakyat dari Pilihanraya Umum 12 ialah pengundi Melayu secara umumnya masih bersama BN. Analisa menunjukkan swing undi pengundi Melayu adalah 5% berbanding 20% dari pengundi Cina dan 30% dari pengundi India. Swing dan mood pengundi ketika ini kebanyakannya disebabkan oleh isu. Persoalan "Dasar" bagi saya cuma teori dan terlalu subjektif.

Saya pernah berkata di dalam artikel terdahulu bahawa akses kepada informasi alternatif seperti internet dan tabloid politik boleh masuk dengan mudah ke mana sahaja. Ya. Ia benar; tetapi bagaimana dengan penerimaan masyarakat Melayu yang menetap di kampung dan FELDA? Sehinggakan aqidah politik sebahagian besar masyarakat kampung rata-rata masih berkiblatkan UMNO-BN? Apakah "guna-guna" yang telah UMNO calitkan selama ini? Apakah mitos keramat di sebalik songkok tinggi dan "keris sakti" sehingga UMNO dilihat kebal di kawasan kampung yang majoritinya Melayu? Jawapan kepada permasalahan ini saya fikir, tidak lain tidak bukan adalah struktur sejarah dan kebudayaan Melayu itu sendiri sebermula zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

Sepertimana yang diungkapkan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang bahawa Melayu sebagai "setia dan sabar tanpa sempadan". Kesetiaan ini tiada kaitannya dengan Islam yang datang membawa mesej keadilan dan kesaksamaan. Kesetiaan ini telah wujud lebih lama sejak munculnya feudalisme di nusantara ini. Kesetiaan dalam masyarakat melayu telah diprogramkan dengan doktrin-doktrin tertentu sehingga kelihatan bercantum dengan DNA mereka.

Kedudukan Raja atau Sultan pada waktu itu dikeramatkan. Penuh mitos dan magis! Sepertimana apa yang dianggap kepada Maharaja China sebagai Wakil Tuhan (Son of Heaven) di muka bumi. Doktrin Keramat inilah yang menjadikan salah satu sebab Melayu boleh "setia dan sabar tanpa sempadan". Perubahan zaman menuntut perubahan segala-galanya. Walaupun kedudukan raja bukan lagi bersifat mutlak, tetapi faham feudalisme masih tetap berakar umbi yang akhirnya memenjarakan minda! Doktrin Keramat cuma bertujuan management. Memudahkan urusan pentadbiran Istana berjalan lebih baik tanpa soal lagi. Sebab itu Hang Jebat dianggap derhaka!

Sedikit sebanyak, faham feudalisme ini berjaya dengan cemerlang digarapkan oleh UMNO sebagai tangkal. UMNO telah mempromosikan diri mereka sebagai "sultan" yang perlu ditaati. Tanpa UMNO; umat Melayu akan musnah ditimpa "daulat". Ini adalah doktrin keramat yang memenjarakan minda. Ini adalah doktrin yang sangat kuat dipegang terutamanya di kampung-kampung dan FELDA. Untuk masa depan yang lebih menjamin kebahagiaan. Masyarakat Melayu perlukan satu revolusi minda sebagai sebuah langkah ke hadapan. Dan...tidak hanya sibuk dengan MLM misalnya.

Saya tidak pasti sama ada banjir yang melanda DUN Tenang baru-baru ini adalah sebuah petanda buruk buat BN atau tidak. Yang saya pasti adalah penyelewengan dalam pentadbiran FELDA memang wujud. Laporan Harakahdaily pada September 2010 menyatakan Mahkamah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan FELDA perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka FELDA Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.

Selain itu; Mahkamah Persekutuan juga memberi arahan kepada FELDA untuk menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di FELDA Kemahang 3, Kelantan ekoran isu manipulasi penggredan kelapa sawit pada tahun lepas. UMNO dilihat mendominasi FELDA. Apakah bukti penyelewengan dan salah guna kuasa FELDA ini tidak membuka mata masyarat FELDA itu sendiri?

Kita serah kepada rakyat khususnya pengundi di DUN Tenang ini untuk menilai. Keputusan PRK DUN Tenang ini akan menjadi kayu ukur. Sekiranya berlaku peningkatan undi dari masyarakat FELDA kepada Pakatan Rakyat, ia beerti BN semakin tenggelam dan dimakan "daulat"-nya sendiri.

Baca: PRK Tenang: Sejarah yang bakal tercipta

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Isu Kenyataan Lee Kuan Yew : Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga

Posted: 28 Jan 2011 06:00 AM PST

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1391.snc4/164392_495456487591_358919387591_6722280_8315000_a.jpg

Untuk kesekian kalinya, Utusan Malaysia berjaya membuktikan dirinya sebagi akhbar minda kelas ketiga. Barangkali dikekang oleh statusnya sebagai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terpaksa bertindak di luar batas etika kewartawanan. Semalam 27 Januari 2011, muka depannya memaparkan satu fitnah yang maha besar terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di bawah tajuk besar, "Kuan Yew Takut Jiran", Utusan memetik kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu yang mencadangkan agar umat Islam mengurangkan pegangan terhadap Islam. Apa yang menjadikan laporan itu hebat ialah ayat ringkas Nik Aziz pertahan Kuan Yew dan juga ruangan Senyum Kambingnya yang mengembek dengan dialog, Apa nak buat, dia Tok Guru celaru.

Nampaknya Utusan Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk memutarkan fakta yang barangkali sukar untuk dipercayai hatta oleh ahli-ahli UMNO sekalipun. Munasabahkah pada pemikiran seorang yang waras, seorang Menteri Besar yang dikenali sebagai orang yang paling kuat berusaha memahamkan rakyat tentang nilai Islam, menjadi orang yang menyokong supaya nilai Islam dikurangkan? Logikkah seorang yang saban minggunya berkuliah menghuraikan tafsiran al-Quran tiba-tiba cenderung agar nilai Islam dikurangkan? Untuk mempercayai premis inipun sudah sukar, lainlah jika pemimpin yang dikenali sebagai tahi judi, kaki rasuah atau sekurang-kurangnya gagal membimbing ahli keluarganya patuh pada agama berkata demikian.

Saya tidak berada di dalam sidang media tersebut yang didakwa dibuat selepas Mesyuarat Exco Kelantan pada 26 Januari 2011. Bagaimanapun, hasil bantuan rakan-rakan wartwan yang lain, rakaman membuktikan bahawa apa yang disebut oleh Nik Aziz ialah,"Tidak pelik jika Lee Kuan Yew menolak Islam, kerana dia bukan Islam. Apa yang pelik ialah orang Melayu yang tolak Islam dan mengambil fahaman nasionalis.." Itu saja. Barangkali tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah di kalangan wartawan Utusan Malaysia menyebabkan mereka gagal memahami premis semudah ini. Mungkin wartawannya lebih baik membuat liputan berkenaan isu-isu kebersihan sahaja kerana ia barangkali lebih mudah dan tidak memerlukan daya penguasaan bahasa yang mantap. Laporan kawan media saya, saudara Yulpisman di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 28 Januari 2011 boleh dirujuk.

Mudah sahaja mahu memahami hasrat hati media sebegini, mereka mahu Nik Aziz menari seirama dengan mereka. Apabila Lee Kuan Yew dilaporkan mengucapkan kata-kata demikian, mereka mahu Nik Aziz bangkit menentang seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bangun menentang. Barangkali akan adanya kata-kata Jangan jolok sarang tebuan, jangan main api dan sebagainya sebagaimana budaya geng-geng songkok yang tinggi. Jika NIk Aziz seirama dengan mereka, dilihat seolah-olah masyarakat Islam di Malaysia bersatu di bawah kepimpinan UMNO menghadapi apa yang disebut sebagai ancaman luar. Sayangnya, Nik Aziz tidak begitu. Mereka pula dibidas lebih dahsyat daripada Lee Kuan Yew sendiri!

Sewajarnya Utusan Malaysia sebagai akhbar yang 'paling prihatin' terhadap nilai-nilai Islam ini melihat kepada kenyataan yang lebih merbahaya yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang terkenal dengan aksinya satu ketika dahulu. Jika Utusan Malaysia terlepas pandang, sukalah saya memaklumkan bahawa orang itu telah berkata di dalam isu bersalaman bukan mahram, "So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the... religious values when I'm not practising that religion? I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,"

Barangkali, kanta Utusan Malaysia terlampau besar sehingga terlihat 'kuman' di seberang sehingga terlupa 'gajah' di Johor.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

28 Januari 2011.

-penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Pendedahan Panas! Husam Tibai Dan Balun Blogger Kickdefella?

Posted: 28 Jan 2011 05:00 AM PST

Arked Uda Mesti Kekal

Ada blogger tersepit ekornya bila Kerajaan Negeri Kelantan umumkan akan mengambil balik tanah Uda di Kota Bharu.
Dari 'lubang kubur Nik Aziz' sampai kepada 'aku akan panggil engkau penipu' berhamburan keluar. Kenapa mesti panas baran dan sensitif melampau?

Teori 'kerugian ketiga' kononnya akan berlaku jika tanah Uda itu diambil balik. Berapa pula kos akan terlibat.

Menjadi blogger bukan bererti kita faham segala-galanya dan punya lesen besar untuk melanyak semua perkara. Kitalah super hero maha betul dan orang lain hanya penghuni lubang kubur yang terkebil-kebil.

Ambil balik tanah Uda - kesudahannya rugi akan jadi lebih besar.

Semudah itukah? Saya tanya sekali lagi, semudah itukah?

Kalau semudah itu kerugian boleh berlaku dan blogger berkenaan nampaknya amat handal bab untung rugi, sepanjang kareer beliau venture di sana sini, rekod beliau untung saja? Ada rugi sekali sekala. Macam mana boleh rugi? Dalam handal ada kurangnya, bukan?

Tanah prime seluas 1.5 ekar di tengah bandar Kota Bharu dengan muka hadapan jalan, tidak boleh dijanakan dengan komponen komersial yang boleh janakan keuntungan, selain memenuhi tanggung jawab menyediakan kemudahan premis perniagaan untuk peniaga kecil dengan harga yang berpatutan?

Blogger bukan pemaju.

Sudut penjanaan pembangunan atas tanah sebegitu berharga tentulah bukan kepakaran beliau. Beliau hanya nampak berapa harga tanah kena dibayar dan tak nampak berapa penjanaan dari tanah yang dibayar itu. Kesian.

Jika tidak mengapa Uda sendiri, pemilik tanah itu sekarang, menghantar proposal untuk membangunkan tanah itu dengan pangsapuri 17 tingkat? Katakan jika pangsapuri itu dimajukan oleh syarikat lain selepas mereka membeli tanah itu dari Uda dengan harga kurang sepuluh juta, jika keuntungan bakal diperolehi lebih sepuluh juta, syarikat itu sudah untung, bukan rugi. Apa lagi kalau keuntungan adalah lebih besar dari itu atau komponen pembangunannya berbeza dan lebih menguntungkan.

Tapi persoalan pokok dari cadangan pembangunan pangsapuri Uda itu di sini ada dua;

a. Ke mana peniaga kecil yang telah bermukim di situ selama ini akan pergi?
b. Kenapa Uda lari dari fungsi asal penubuhannya untuk menempatkan peniaga Bumi di tengah bandar? Kenapa tidak dibina ruang niaga mencukupi berharga rendah untuk peniaga di situ? Alih-alih datang dengan cadangan pangsapuri yang tidak ada kena mengena dengan fungsi asalnya menyediakan premis perniagaan di bandar-bandar.

Kerana itulah, enam tahun silam Uda mengeluarkan notis kepada semua peniaganya untuk berpindah dari situ. Berpindah ke mana? Ke mana-mana mengikut peniaga itu sendiri. Tiada penyelesaian, hanya notis pindah keluar.

Sedangkan asal usul tanah PT 207 Seksyen 11 bernilai prima itu diberi oleh Kerajaan kepada Uda pada tahun 1984 lagi ialah untuk membina penempatan kekal peniaga kecil. 27 tahun berlalu. Lihat lah keadaan Arked Uda itu selepas 20 tahun.... Menyedihkan.

Mungkin blogger itu dah lama tak berkunjung ke KB. Terlupa betapa dhaifnya Arked itu.

Atap silih berganti tetapi bangunan tuanya kian lusuh. Dari penempatan sementara lebih 20 tahun dulu, kini peniaganya dinotis untuk keluar tanpa penyelesaian.

Apa? Mahu Kerajaan Negeri berputih mata?

Itulah asalnya peniaga ini akan ditemnpatkan di Bazar Tok Guru. Memikul beban peninggalan Uda yang sudah lari dari matlamat asalnya.

Bila beban Uda terus menerus dipersalahkan kepada Kerajan Negeri, mengapa tidak kita melihat penyelesaian dalam ruang yang lebih besar?

Bila nanti ruang niaga yang mencukupi untuk peniaga Arked Uda telah siap bersama komponen komersial yang lain untuk subsidi silang projek itu, peniaga lain di Bazar Tok Guru boleh menikmati ruang niaga yang lebih besar seperti hasrat mereka.

Lihat apa berlaku di Tanjung Tokong di Pulau Pinang. Saya agak faham isu ini kerana telah beberapa kali melawat dan berdialog dengan orang Melayu yang menjadi penduduk tetap di situ turun temurun sudah ratusan tahun. Sekarang mereka dianggap sebagai setinggan atas tanah tempat tinggal mereka turun temurun.

Tun Razak yang menubuhkan Uda untuk membela orang Melayu terutama di bandar-bandar telah menganugerahkan tanah-tanah prima di Pulau Pinang termasuk di Tanjung Tokong dengan fee nominal. Harapan masa itu ialah Uda boleh membangunkan tanah ini dengan modal yang diberi oleh Kerajaan dan dengan itu harganya mampu dibeli oleh orang Melayu.

Apa jadi? Silal lah blogger berkenaan berkunjung ke sana. Sebahagian tanah prima di tepi pantai telah dibangunkan dengan kondomium mewah dan secara otomatik terjual kepada orang lain. Orang Melayu terkebil-kebil. Kini, baki orang Melayu yang ada disitu akan dianjak dari baki tanah yang ada.

Jika itu falsafah pembangunan yang hendak dibawa ke KB, baik Kerajaan Negeri sahaja campur tangan dan melindungi peniaga sedia ada berapa pun kos yang perlu dibelanjakan. Lebih-lebih lagi, dengan gabungan komponen yang betul, kedua objektif sosial tidak terkorban oleh objektif komersial.

Adakah itu rugi? Adakah itu penipu?

Saya boleh meneka kenapa blogger berkenaan terasa ekornya tersepit.

Maklumlah sekarang ia jadi bos blogger pihak sebelah sana untuk hentam Kerajaan Negeri. Mestilah nak tunjuk bakat.

Lagi pula, Uda di bawah jagaan menteri dari Kelantan. Bila tersentuh kegagalan Uda, tersentuh menteri berkenaan. Pantang.

Nampak sangat alpa menteri itu pula. Apa Uda sudah buat kepada orang KB? Setakat tangguh notis satu tahun?

Kalau notis itu tak keluar, tak payah sambung satu tahun. Kenapa notis mesti dikeluarkan??? Kalau pun Uda tak nak majukan dengan premis tetap yang baru untuk peniaga itu, biarkan sahaja mereka kekal di situ. Baru lah tak timbul masalah. Itu yang sensitif. Saya pun faham. Lubang kubur ada di mana-mana dan setiap orang ada lubang kubur masing-masing. Jangan seronok sangat nak malukan orang.

Tapi kalau blogger ini cukup 'power' dan berjiwa rakyat, beliau patut suarakan supaya Uda kekalkan peniaga itu di situ sampai kiamat. Saya akan sokong. Semoga lubang kubur semua kita jadi lebih luas.....

Bagi pihak saya, saya telah menggunakan sedikit sebanyak kedudukan saya untuk menangguhkan kebenaran pembangunan oleh MPKB kepada Uda atas tanah itu selama lebih lima tahun. Kalau tidak, peniaga di situ sudah jadi pelarian.

Uda memohon sejak 2005. Kita tangguhkan dan tangguhkan kebenaran itu. Namun, ia bukan penyelesaian. Tidak ada perubahan konsep pembangunan Uda. Penyelesaiannya ialah mengambil balik. Maaf. Kerana saya tidak rela peniaga yang telah pernah dihalau dari depan bangunan UMNO Kelantan berantakan satu masa dulu sekitar tahun lapan puluhan sekali lagi dipermainkan. Ia sejarah yang panjang. Saya sendiri saksikan detik-detik memilukan itu hampir tiga puluh tahun lalu. Masa itu, saya masih muda remaja. Ia kekal menjadi sebahagian dari kefahaman saya apa itu penindasan.

Alang saya menulis, izinkan juga saya sentuh beberapa sentuhan lain blogger berkenaan ke atas saya sebelum ini.
Saya memang ada menjemput beliau bersama rakan lain untuk minum kopi satu malam. Malam di mana berita DSAI akan didakwa atas kes liwat yang berjalan sekarang. Kebimbangan saya masa itu ialah DSAI akan ditahan di lokap sampai keputusan kesnya dibuat. Bagaimana keadaan perjuangan PR jika itu berlaku? Kami membinacngkan scenario itu.

Alih-alih kononnya saya bersetuju DSAI memang melakukan perbuatan itu.

Kedua, konon nya saya mengatur YB Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu Tok Guru untuk menjadi kambing hitam dalam kes perlantikan menantu Tok Guru. Kononnya saya sanggup buat kerja salah kerana nak pertahankan Tok Guru.

Beliau boleh libatkan nama saya. Sekalipun menjejaskan nama baik, saya mampu bertahan. Itu sebahagian dari lumrah perjuangan. Tidak luput dari ingatan saya munajat Saiyidina Ja'afar As Sadik, antara lain;

'Dan betapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, tetapi sedikit sekali aku mengsyukuri,
dan betapa Engkau mengujiku tetapi sedikit sekali aku bersabar,
namun betapa sedikit sekali kesyukuranku pada Mu atas banyaknya nikmatMu pada ku, Engkau tidak menegah nikmat itu berterusan melimpahiku,
dan betapa sedikit sekali kesabaranku atas ujian yang Engkau timpakan ke atas ku, namun tiada kemurkaanMu ke atasku......"

Tetapi sewenang-wenang membabitkan nama baik pegawai kerajaan untuk keenakan berblog, tolonglah hormati kemulian diri mereka. Mereka tidak punya peluang bersihkan diri dan terpaksa memendam rasa.

Walau bergelar blogger di alam maya, bumi ini juga yang kita pijak dan tempat kembali kita adalah hari semua akan dipersaksikan.

http://cetusan-hati.blogspot.com/2011/01/arked-uda-mesti-kekal.html

PRK Tenang penentu harga minyak RON95

Posted: 28 Jan 2011 04:45 AM PST

Wong Chin Huat

Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya. Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.

Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara.

Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut.

Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga

Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut.

Untuk menyimpulkan kesannya terhadap tarikh PRU dan harga barang, PRK Tenang mungkin mempunyai tiga kesudahan.

Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini.

Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya.

Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya.

Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.

Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda.

Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang?

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.

Dulu Anwar Agen Yahudi Dan Barat, Sekarang Agen Pelampau Agama Pula. Umno Dah Bengong!

Posted: 28 Jan 2011 04:30 AM PST

Hishammuddin: Najib tiada kaitan laporan CNN, Anwar disiasat


LABIS, 28 Jan — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Datuk Seri Najib Razak tiada sebarang kaitan dengan laporan CNN bahawa beliau meminta Arab Saudi menyiasat pembiayaan dana pilihan raya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Anwar ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

"Ia tiada kaitan dengan Najib. Itu hanya satu laporan CNN mengaitkan beliau dengan sebuah pertubuhan pengganas," kata Hishammuddin kepada pemberita di sini.

"Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini," kata beliau di sini petang ini.

Hishammuddin menambah kementeriannya melihat isu itu dengan serius memandangkan ia melibatkan keselamatan negara.

"Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini," kata beliau.

Najib yang ditemui pemberita di Putrajaya tengah hari tadi enggan mengulas isu itu dengan hanya berkata, "itu siasatan Saudi".

Dalam ulasan pagi tadi, Anwar mendakwa laporan CNN menyerlahkan "ketakutan dan rekayasa" Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dalam pendiriannya yang tegas, Anwar berkata beliau tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri yang juga presiden Umno sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmahnya.

Laporan CNN itu muncul ketika tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang dan di tengah-tengah spekulasi negara bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Dakwaan itu dilihat sebagai yang paling keras daripada Najib ke atas Anwar sejak menjadi perdana menteri keenam pada April 2009.

Satu laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat, tetapi mengesan sebuah pertubuhan fundamentalis Islam yang ada hubungan dengan pemimpin pembangkang telah memanfaatkan rangkaian Al-Qaeda menerusi sokongan ahli-ahli politik negara-negara Islam.

CNN juga menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah rangkaian itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah mengesyaki dua pegawai kanan kerabat diraja Saudi terlibat dalam pembiayaan kepada Anwar dan ini menyebabkan Riyadh memulakan siasatan sulit.

Laporan siasatan itu memutuskan bahawa tiada bukti menunjukkan pegawai-pegawai Saudi terlibat menyokong Anwar, yang bulan lalu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan.

Sebelum ini Anwar dilabelkan oleh Umno sebagai ejen Yahudi.

"Dakwaan sokongan daripada keluarga raja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal didapati tidak berasas," kata laporan CNN lagi.

"Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk pilihan raya umum yang akan datang," kata Anwar lagi.

Anwar menambah gerakan politik Pakatan Rakyat setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Rafizi: Najib patut fokus perbetulkan ekonomi

Posted: 28 Jan 2011 04:15 AM PST

Parti Keadilan Rakyat sangat mual dengan tingkahlaku Perdana Menteri Najib Razak yang dilaporkan menekan Kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Anwar Ibrahim dibiayai tokoh-tokoh Saudi, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini.

Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion itu saya kira lebih mencemaskan.

UMNO/BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi. Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang.

Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia. Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang. Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model ini diterimapakai di seluruh dunia, maka kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini menunjukkan kedangkalan beliau sendiri. Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005.

Statistik "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya).

Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:

Tahun

Angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam RM billion
2005

27.8
2006

27.4
2007

17.8
2008

29.9
2009

17.9

Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010

Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 billion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri. Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan billion ringgit setiap tahun.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI. Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Akhirnya, fitnah UMNO/BN bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri; apabila Presiden UMNO/BN sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kiri) selaku Pengarah Strategi PKR.

The Malaysian Insider diminta perbetul laporan

Posted: 28 Jan 2011 04:00 AM PST

PETALING JAYA, 28 Jan – Parti Keadilan Rakyat meminta laman portal The Malaysian Insider memperbetulkan laporan mengelirukan bertajuk 'Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN', kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi dalam satu kenyataan medianya berkata berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda'.

"Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi," katanya.

Menurut Nik Nazmi lagi, bagaimanapun hasil siasatan mendapati dakwaan Datuk Seri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas.

'Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: "Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal didapati tidak berasas."'

Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.

Tambah Nik Nazmi lagi,tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.

"Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut," ujar Nik Nazmi.

Azmin : Hapus tol, bukti buku jingga boleh dilaksana

Posted: 28 Jan 2011 03:45 AM PST

PETALING JAYA, 28 Jan – Pengumuman Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menjelaskan selepas janji Buku Jingga mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan melaksanakannya sekarang.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Tindakan ini katanya, bukti penerimaan Perdana Menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.

"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," tegasnya.

PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.

Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor

Posted: 28 Jan 2011 03:30 AM PST

Harakahdaily

LABIS, 28 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana doktor lebih profesional terhadap surat yang dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.

"Setahu saya, suami saya jarang ambil cuti, seorang yang sangat berkomitmen. Sabtu Ahad pun sanggup hantar pelajar main hoki," katanya.

Arahan polis dan SPR mahu selamatkan BN

Posted: 28 Jan 2011 03:15 AM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.

"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.

"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.

"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan.

"Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya.

"Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa pru dan prk sahaja," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit.

MB Selangor Terima Kunjungan Hormat Duta Iran ke Malaysia

Posted: 28 Jan 2011 03:00 AM PST







SHAH ALAM: Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Rakyat Iran ke Malaysia, Dr Mohamad Mehdi Zahedi di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, Menteri Besar dan Dr Mohamad Mehdi bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu semasa di peringkat antarabangsa dan tempatan khususnya melibatkan perkembangan terkini di Selangor dan Iran.

Dalam pertemuan itu juga, Dr Mohamad Mehdi menyatakan kagum terhadap pembangunan pesat di Selangor dan berharap dapat menjalinkan kerja sama lebih erat dengan Kerajaan Negeri.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Ustaz Hadi, Anwar di wacana Muqasid Syariah Ahad ini

Posted: 28 Jan 2011 02:45 AM PST

Harakahdaily

SHAH ALAM, 28 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dr Siddiq Fadzil akan menyertai wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk Ahad, 30 Januari ini.

Wacana untuk memperkasakan fikrah rakyat ini akan diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
(SUK) Selangor di Shah Alam, Selangor.

Program ini akan di fasilitatorkan oleh Dr Mohd Nor Manuty, Ketua Penerangan PKR akan diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Media dijemput membuat liputan majlis ini.

Kempen penerangan untuk rakyat digerakkan

Posted: 28 Jan 2011 02:30 AM PST

SHAH ALAM, 28 Jan – Tujuan Kerajaan Negeri mengadakan kempen penerangan kepada rakyat berhubung kewajaran Sidang Khas Dewan Undangan Negeri, adalah bagi mengembalikan keadilan kepada negeri, apabila hak ini telah dicabul oleh UMNO-BN khususnya di negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kempen yang diadakan bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keputusan berhubung sidang yang diadakan baru-baru ini.

"Kita akan kempen seluruh Selangor untuk mendapat sokongan rakyat, kita juga akan kempen di seluruh negara supaya kuasa federalisme ini dapat diberi keadilan kepada negeri-negeri," katanya.

Beliau menambah, usaha yang dilakukan kerajaan Negeri adalah semata-mata ingin memulangkan hak kepada rakyat dan bukan kepentingan politik.

"Jadi perbahasan kita akan menjadi tajuk perbahasan dan penerangan kita bahawa reformasi yang kita bawa untuk rakyat Malaysia ialah menunjukkan kita ini memberi kuasa kembali kepada rakyat," katanya lagi.

Sebelum ini Khalid mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengadakan penerangan kepada rakyat berhubung kewajarannya Sidang Khas Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan dalam siri 'road show' bermula Februari hingga April.

Acara kemuncak siri penerangan berkenaan bakal diadakan pada 8 Mac 2011 sempena ulang tahun ke tiga pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bermula dari 8 Mac 2008 setelah memenangi Pilihan Raya Umun ke 12.

Khalid berkata, sesi penerangan ini akan disertai kepimpinan Kerajaan Negeri dalam memberi penerangan kepada rakyat.

Awas, Suhakam perhati anda di Tenang

Posted: 28 Jan 2011 02:15 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memantau Pilihanraya Kecil DUN N-5 Tenang yang akan diadakan pada 30 Januari 2010.

Sehubungan dengan itu Kaunter Aduan Bergerak Suhakam akan beroperasi pada hari Ahad, 30 Januari 2010 di perkarangan Terminal bas dan teksi Labis, 85300 Labis, Segamat, Johor.

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Objektif utama Kaunter Aduan Bergerak Suhakam adalah untuk memberi pendedahan mengenai hak asasi manusia dan memastikan proses pilihan raya kali ini menghormati hak pengundian sejagat terutama sekali dalam kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, berpersatuan, akses kepada maklumat dan hak kepada keselamatan berhubungkait dengan pilihanraya.

"Antara pihak yang akan dipantau termasuklah badan-badan berkuasa, media serta parti-parti politik yang terlibat.

"Kaunter Aduan Bergerak Suhakam boleh dihubungi untuk sebarang aduan tentang kes pencabulan hak asasi manusia berhubungkait dengan Pilihanraya Kecil DUN N-5 Tenang," katanya.

KAUNTER ADUAN BERGERAK SUHAKAM (SUHAKAM@TENANG)
E-mel: complaints@suhakam.org.my
Tel: Encik Muhammad Sha'ani Abdullah 013 3363647
Encik Megat Adzwan Shah 010 2917021

Boleh kah lagi UMNO memimpin?

Posted: 28 Jan 2011 02:00 AM PST

UMNO sudah tiada kepimpinan dan yang lebih malang kita tidak ada pengganti jika piminan pada hari ini berhenti atau pun dibesarakan oleh ahli-ahli parti atau pun oleh rakyat dalam pilihanraya. Yang lebih ditakuti lagi jika UMNO kalah didalam pilihanraya siapa pula yang akan mengambil alih kepimpinannya untuk meneruskan kehadziran parti itu dalam politik tanah air sebagai parti pembangkang.

Kalau diteliti dari sikap dan perangai pemimpin-pemimpin berbagai peringkat dalam UMNO, parti ini akan terkubur terus jika ianya menjadi pembangkang didalam semua Dewan-Dewan Legisltive dinegara ini. Pemimpin-pemimpin kita sudah terlalu biasa dengan keenakkan dan nikmat menjadi pemimpin dalam sebuah negara yang kaya seperti negara kita ini. Pemimpin-pemimpin kita tidak mengendahkan isu etika dan isu-isu yang bersabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Pemimpin-pemimpin besar kita sudah biasa dengan melakukan kesalahan tanpa diambil sebarang tindakkan. Rasuah tidak mudah untuk dibuktikan dengan adanya OSA (Official secret Act) dan berbagai-bagai lagi akta yang melindungi kerja aib mereka. Rakyat sedar segala-galanya ini. Itulah sebabnya rakyat sekarang bertindak untuk menolak barisan kepimpinan ini kerana mereka tidak mahu berubah dan menyedari betapa buruknya perbuatan ramai diantara mereka.

Berbagai cara dan petunjuk telah diberikan kepada mereka yang memimpin ini supaya menjadi pemimpin yang baik. Hanya mereka tidak mahu berubah dan meninggalkan sikap dan budaya buruk yang sudah menjolok mata rakyat itu. Didalam mana-mana pertubuhan sekali pun perubah pasti berlaku. Sedangkan agama mengatakan yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Yang penting kita tidak lari dari asas matlamat dan tata cara perlaksanaan tujuan dan matlamatnya.

Islam telah banyak membawa kejayaan didalam peperangan untuk menegakkan agama dengan bersenjatakan tombak dan pedang. Tetapi Islam dini hari tidak boleh lagi menggunakan tombak dan pedang untuk berlawan dalam zaman moden yang berteknoloji tinggi ini.

Begitu jugalah pertubuhan politik seperti UMNO. Kalau dulu UMNO memenangi pilihanraya dengan mengungkit-ngungkit jasa kerajaan yang dipimpinnya dengan menggunakan isu air dn api serta jalanraya yang besar-besar, itu merupakan senjata yang sudah usang. Dinegeri Cina tidak ada UMNO tetapi jalanrayanya lebih besar dan hebat dari kita. Rakyat boleh menjawab yang wang serta dana yang digunakan oleh UMNO untuk membina jalanraya itu adalah wang rakyat yang menjadi ahli kepada semua parti termasuk parti-parti pembangkang. Wang itu bukannya wang BN.

Dr Mahathir misalnya tidak boleh menggunakan isu membangunkan Putrajaya dan KLCC sebagai senjata untuk meminta sokongan rakyat kerana wang yang digunakan untuk membangunkan itu semua adalah dari PETRONAS kepunyaan mereka. Malahan Dr Mahathir dibayar gaji yang lumayan untuk diamanahkan membangunkan pembangunan seperti itu.

Itulah sebabnya rakyat marah dan bising-bising apabila mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang wang untuk membangunkan negara itu ada ketirisan besar melalui rasuah dan guna kuasa yang salah. Mereka mahukan pemimpin yang dipilih mereka itu menerima 'accountability'nya jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan.

Jadi dalam sebuah negara yang demokratik rakyat akan menukar pimpinan dan parti yang memerintah jika pemerintahan yang ada pada hari ini tidak mahu berubah atau tidak tahu untuk berubah. Pimpinan UMNO memang sudah sinonim dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan memang itu pun budaya yang sudah menjadi imej yang sebati.

Jika kepimpinan masih inginkan UMNO itu untuk terus memerintah maka pimpinan mesti pandai dan mahu berkorban untuk memulihkan imej buruk itu. Oleh kerana imej itu berkait rapat dengan manusia yang memimpinnya maka adalah menjadi tanggung jawab ahli-ahli dan pimpinan untuk mencari batang tubuh yang mampu untuk melakukan perubahan itu dan sekali gus membawa imej yang baru dan bersih untuk parti ini terus dianggap releven untuk masa kini.

Sekarang ini pimpinan kita masih lagi menggunakan resipi lama dan kaedah yang usang; berucap berapi-api dengan menggunakan 'jargon-jargon' yang 'bombastic' sebagai 'cosmetic' kepada uacapan-ucapannya semata-mata yang akhirnya dia sendiri tidak faham dan gagal melaksanakannya.

Kalaulah benar pimpinan sekarang ini adalah kepimpinan yang baik kenapa rakyat ramai dimana-mana bercakap dan meluahkan rasa kekecewaan mereka? Nak salahkan pembangkang lagi?

Jawapannya ialah, kepimpinan kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat serius; lebih seirus dari zaman pimpinan Abdullah Badawi. Yang orang ramai hairan kenapa Dr Mahathir tidak pula bercakap tentang kelemahan yang nyata ini.

Kita medengar bermacam-macam 'theory' sebab kenapa Dr Mahathir tidak 'meroyan' dengan kepimpinan hari ini. Tapi tak apalah, kita ketepikan isu ini dahulu. Nanti sampai ketikanya kita boleh kupas isu ini dengan teliti.

Tetapi ramai juga yang tahu sebabnya. Kalau nak ulas isu sekarang pun, ianya ibarat menyuluh ditempat yang terang. ATAU sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/boleh-kah-lagi-umno-memimpin.html

Tohmahan Utusan cuba aib Shuhaimi Shafie

Posted: 28 Jan 2011 01:44 AM PST

SHAH ALAM, 28 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie, semalam sekali lagi diambil keterangan di IPD Shah Alam berhubung kes simbah cat di pejabat beliau 7 Januari lepas.

Shuhaimi menjelaskan kes ini merupakan siri laporan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan beliau menderhaka terhadap Institusi Raja di Selangor.

Beliau berkata, Utusan memanipulasikan kenyataannya berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit, khususnya antara kerajaan negeri dan Sultan Selangor.

"Bahasa hasutan dan provokasi yang melampau dan juga cubaan unuk menggambarkan pertentangan kepada seorang raja itulah pendorong kepada orang yang tidak tahu. Saya desak Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat Utusan Malaysia dan Awang Selamat walaupun ini lidah rasmi Umno. Saya menggesa supaya tindakan yang sama diambil untuk memelihara etika kewartawanan," ujarnya.

"Saya menggesa laporan yang dibuat Angkatan Muda Keadilan kepada Utusan Malaysia, 35 laopran polis yang dibuat. Maka pihak yang dilaporkan pun perlu dipanggil untuk beri keterangan. Kerana apa yang ditulis oleh Awang Selamat itu sebenarnya pencetus kepada siri laporan polis yang dibuat kepada saya," ujar Shuhaimi lagi.

Beliau menggesa pihak polis agar mempercepatkan siasatan dan segera menyatakan kepada rakyat mengenai duduk perkara sebenar isu ini.

"Sebenarnya tidak ada perkara yang nak dikaitkan, tapi kita memahami bahawa laporan itu bermotif politik, saya harap sudah sampai ke penghujung untuk ambil kenyataan kerana menggangu perkhidmatan kita kepada masyarakat," katanya.

Dalam hal yang berkaitan, Azmin iaitu pekerja yang mengelola laman blog Shuhaimi turut dipanggil untuk memberi keterangan buat kali kelima semenjak kejadian simbah cat tersebut berlaku.

Shuhaimi sebelum ini menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang,Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.

Beliau turut menafikan ada berkata bahawa perlantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor, sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pelabuhan Klang: Permohonan Badrul halang SPR didengar 7 Februari

Posted: 28 Jan 2011 12:30 AM PST

Oleh Debra Chong


SHAH ALAM, 28 Jan — Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 7 Februari ini untuk mendengar permohonan Badrul Hisham Abdullah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihalang daripada menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Badrul juga memohon perintah sementara untuk menghalang suruhanjaya itu daripada mengadakan mesyuarat khas berhubung kerusi Pelabuhan Klang.

Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar permohonan mendapatkan perintah sementara petang ini.

Badrul Hisham mendakwa beliau masih merupakan wakil rakyat sah kawasan tersebut.

Terdahulu pagi tadi, Badrul Hisham memfailkan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi bagi menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi DUN Pelabuhan Klang, yang kemungkinan membawa kepada pilihan raya kecil.

Kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim minggu lalu.

SPR mengadakan mesyuarat khas di Batu Pahat, Johor malam ini bagi membincangkan satu lagi kerusi yang sudah kosong iaitu Merlimau di Melaka.

SPR pagi tadi mengadakan mesyuarat bulanan di bandar itu dan disusuli dengan mesyuarat khas pada sebelah malam.

Mesyuarat bulanan itu berlarutan sehingga tengah hari dan disusuli dengan mesyuarat tambahan pada sebelah petang.

Dan, badan pilihan raya itu dijangka akan menetapkan tarikh mesyuarat khas kerusi DUN Pelabuhan Klang pada pertemuan malam ini.

Peguam-peguam Badrul Hisham memfailkan permohonan agar perkara itu dibicarakan dengan segera.

Peguam memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan berusaha mendapatkan tarikh perbicaraan awal dan jika tidak, perintah sementara dikeluarkan untuk menggantung mesyuarat khas SPR sehingga kes itu selesai didengar di mahkamah.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu memandangkan notis makluman sudah pun dikeluarkan oleh Speaker DUN.

Kes itu mirip isu kerusi DUN Kota Seputeh, Kedah yang berakhir dengan pertikaian mahkamah dan sedang didengar di mahkamah.

Yeyeyeyeyey..Gula-gula PRU Dari Najib Semakin Mencurah

Posted: 28 Jan 2011 12:00 AM PST

Kenaikan tol lebuh raya Karak, Pantai Timur dibeku lima tahun

Oleh Boo Su-Lyn

PUTRAJAYA, 28 Jan — Tarif tol melibatkan dua laluan — lebuh raya Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib juga mengumumkan bahawa tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.

Ketika membentangkan Bajet 2011 tahun lalu, Najib mengumumkan tol bagi lebuh raya kendalian Plus akan ditangguhkan selama lima tahun.

Cuti sakit: BN terdesak guna suami serang Cikgu Mala, kata PAS

Posted: 27 Jan 2011 11:46 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


Sebahagian daripada ahli PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat mengadakan himpunan mengecam calon BN Azhar Ibrahim di pekarangan bilik gerakan parti itu, di Labis hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 28 Jan — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu "serangan terdesak" untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.

Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.

Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai "modal" dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

"Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).

"Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

"MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk," kata beliau.

Peningkatan pelaburan di P Pinang, bukan luar biasa

Posted: 27 Jan 2011 11:31 PM PST

Saya menganggap peningkatan pelaburan asing di Pulau Pinang sebagai satu lonjatan besar - suatu perkembangan sihat tetapi bukan sesuatu yang luar biasa. Pencapaian ini tidak seharusnya dikaitkan terus sahaja dengan Pulau Pinang.

Ia seharusnya diteliti secara objektif.

Mengikut perangkaan yang diberikan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), pengluasan dan peningkatan kelengkapan dalam kilang yang sedia ada, adalah faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pelaburan asing berbanding dengan tahun 2009.

Angka ini mencerminkan perubahan dalam industri eletronik yang kini menghadapi pelbagai cabaran seperti kekurangan tenaga buruh dan citarasa pengguna yang sering berubah.

Keluaran barangan eletronik dan telekomunikasi pada hari ini seperti komputer dan telefon bimbit adalah merupakan barangan yang yang mempunyai hayat ayunan (cycle time) yang sangat singkat, keistimewaan yang berbagai dan mutu yang tinggi.

Dalam keadaan ini, pengilang utama barangan eletronik dunia mesti memperbaiki sistem automasi dan kelengkapan R & D supaya syarikat itu dapat menangani masalah yang timbul daripada permintaaan dan citarasa yang sering berubah dan ketidakpastian yang lain.

Jadi lonjatan besar pelaburan asing ke Pulau Pinang adalah sesuatu yang normal dan bukan luarbiasa, kerana ia cuma satu tindak balas pengilang barangan eletronik kelas dunia terhadap perubahan pasaran.

Tidak patut kita katakan pencapaiaan ini, hasil kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana kita saling bergantung pada zaman globalisasi.

Pengilang barangan elektronik Pulau Pinang juga bergantung kepada bahan mentah dan tenaga buruh dan mahir dari negari lain. Kemajuan dalam industri elektonik juga akan memberikan manaafat kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Apa yang penting juga ialah keadaan sosial dan politik yang stabil dan kemudahaan infrastruktur yang sempurna di Malaysia, iaitu faktor utama yang mendorong pelabur luar negera untuk terus menanam modal di negara kita.

Daripada menghebohkan pencapaian satu negeri, lebih baik kita bersatu hati atas gaggasan 1Malaysia untuk memastikan transformasi ekonomi negara kita bejalan lancar supaya anak cucu kita dapat terus menikmati hasil pembangunan.
Penulis adalah ahli jawatankuasa MCA Cawangan Kepong

Tiada ulasan: