Khamis, 20 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pelabur asing terus jauhi pasaran Malaysia

Posted: 20 Jan 2011 07:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Pelabur-pelabur luar negara terus menjauhi Malaysia selepas pengurus-pengurus dana mengurangkan pelaburan mereka berikutan kebimbangan ekonomi China yang dijangka perlahan tahun ini.

Bank Amerika Merrill Lynch berkata dalam notanya minggu ini, Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus, Januari tahun ini.

"Underweight call" adalah rekomendasi kepada pelabur bagi pelabur untuk mengurangkan pelaburan mereka terutamanya keselamatan, aset atau dalam kes ini adalah negara.

Malaysia jatuh dari tangga ke-14 pada Disember ke tangga terakhir bulan ini, antara 15 negara yang dikaji oleh bank pelaburan, disebalik pengumuman projek-projek besar Program Transformasi Ekonomi dan Pilihanraya mengejut yang diramalkan akan diadakan tahun ini.

Selain Malaysia, senarai negara yang dianggap 'overweight' adalah Rusia, diikuti Thailand, Brazil, Turki, Korea Selatan, China, Indonesia dan Mexico.

Sementara pasaran membangun dan dianggap 'underweight' adalah Poland, Taiwan, Colombia, India, Afrika Selatan dan Chile.

Malaysia dianggap sebagai 'underweight' berikutan kurangnya minat pelabur dalam menambah pelaburan berikutan kerisauan ekonomi China bakal "meletus" dan memberikan impak terhadap pasaran di Asia.

Dalam 'Tinjauan Pengurusan Dana Januari 2011′, Merrill Lynch menyatakan walaupun sokongan untuk pasaran baru terus tinggi, bilangan pelabur 'overweight' dalam pasaran yang sama terus berkurang.

Bank pelaburan itu melaporkan hanya 43 peratus dari jumlah Pengurus Dana dalam tinjauan tersebut menyatakan mereka di tahap 'Overweight, turun 56 peratus dari dua bulan lalu.

Kadar kenaikan pelaburan oleh pelabur dalam ekuiti pasaran baru jatuh dari 31 peratus pada bulan Disember kepada 20 peratus, lebih banyak dari rantau lain.

"Bacaan rendah ini disebabkan kepercayaan terhadap prospek ekonomi di China semakin terhakis," kata Merrill Lynch dalam satu kenyataan media kelmarin.

Satu tinjauan Reuters yang dikeluarkan semalam melaporkan para ekonomis menjangka ekonomi China untuk berkembang sebanyak 9.3 peratus tahun ini, berbanding pengembangan dua digit pada 2010.

Inflasi di China juga turut dijangka meningkat kepada 4.3 peratus.

"Lewat tahun ini, pembuat dasar di Asia haru lebih agresif dalam menangani dan mengawal kenaikan inflasi dan akibat kadar pertumbuhan ekonomi yang lemah," kata Ketua Ekonomi Asia Nomura, Robert Subbaraman kepada Reuters

Para pelabur setakat ini kelihatan tidak berminat dengan Model Ekonomi Baru Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kerana kurangnya polisi yang lengkap serta pembalikan semula kuota Bumiputera.

Cadangan berani untuk mengurangkan kuota Bumiputera pada bahagian pertama tahun lalu bertujuan menambah persaingan telahpun diabaikan dalam bahagian kedua yang dilancarkan bulan lalu dipercayai tekanan daripada kumpulan hak asasi Melayu.

[Perbincangan Agama] Fahami Kadar Suara Dalam Ibadah

Posted: 20 Jan 2011 07:00 AM PST

Oleh : Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni


Respon terhadap artikel:Benarkan hanya azan di pembesar suara, dalam malaysiakini.com, 15 Jan. 2011.

Isu Pembesar Suara


Isunya adalah tentang bacaan-bacaan - selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai, yang kononnya telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Objektif penulisnya barangkali ialah untuk menjaga hati orang bukan Islam dan agar agama Islam tidak dipandang serong oleh mereka. Namun huraian, penghujahan dan konklusi yang diketengahkan olehnya memerlukan kepada sedikit penilaian semula. Alat pembesar suara sudah tentu tidak wujud pada zaman Nabi SAW, namun apa yang ditinggalkan oleh baginda kepada kita ialah hukum mengangkat dan merendahkan suara, yang akan dibincangkan dalam artikel ini.

Antara 'penyakit' sesetengah ahli ilmu ialah terburu-buru dalam mengeluarkan hukum atau fatwa tanpa melihat terlebih dahulu dengan teliti dan mendalam terhadap masalah yang dibahaskan.Hanya mengguna pakai sebuah dalil sahaja tanpa melihat dalil-dalil yang lain atau meninggalkan dalil-dalil yang lain, maka terus diputuskan hukum atau fatwa darinya. Kebelakangan, perkara sebegini semakin kerap berlaku baik di kaca tv, radio, akhbar, internet, masjid, dan lain-lain.

Dalil-Dalil Larangan dan Ulasannya

Saya tidak akan mengupas atau mengulas satu persatu isi kandungan artikel tersebut kerana ia akan mengambil ruang yang panjang. Apa yang akan kita bincangkan di sini ialah dari sudut pendalilan yang diguna pakai iaitu tentang kadar suara dalam melaksanakan ibadah, seumpama solat, membaca al-Quran, zikir, doa, azan dan sebagainya.

Antara hujah yang dibangkitkan oleh mereka yang melarang dari mengangkat suara dalam beribadah ialah hadis sahih riwayat Abu Dawud dalam Sunannya (no. 1135):

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قَالَ: اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ: أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ: فِي الصَّلَاةِ. وفي مسند أحمد (رقم 11461) ومصنف عبد الرزاق (رقم 4216): وَهُوَ فِي قُبَّةٍ لَهُ فَكَشَفَ السُّتُورَ.

Terjemahan:

Dari Abu Sa'id al-Khudri katanya: "Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahui sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". Dalam riwayat Musnad Ahmad dan Musannaf 'Abd al-Razzaq ditambah: "Sedangkan ketika itu baginda berada di qubbah (tempat ibadah) baginda, lalu baginda pun menyingkap tirai-tirai...".

Hadis ini perlu diteliti dari pelbagai aspek. Selain tekstual hadis perlu juga dilihat dari sudut kontekstual hadis. Perlu juga ditinjau dengan membuat komparatif dengan nas-nas lain, serta situasi 'urf. Demikian kaedah yang perlu dipraktikkan bagi mengeluarkan sebuah hukum atau fatwa, tidak semata-mata berpegang kepada sebuah teks yang terhad. Adakalanya teks yang terhad hanya mampu menghasilkan pedoman dan panduan semata-mata, tetapi belum dapat membentuk sebuah hukum yang releven dan fatwa yang autentik.

Tanda-tanda pada zahir hadis tersebut seperti sedang beriktikaf, bermunajat, dan kadar suara yang mengganggu menunjukkan bahawa situasi pada masa itu ialah waktu malam yang bersuasana sunyi dan hening.

Penulis berpendapat, agak jauh untuk dikatakan hadis tersebut diucapkan pada waktu siang kerana suasananya agak berlainan dan kadar suara biasanya tidak begitu mengganggu. Siang adalah masa berkerja dan malam adalah masa beristirehat, maka amat sesuailah pada masa itu dielakkan sebarang gangguan dan amat tepatlah teguran Nabi SAW kepada para sahabatnya itu. Justeru menggunakan hadis ini bagi mengeluarkan hukum umum tanpa ada sebarang pengecualian atau perbezaan perlulah diteliti semula.

Realiti yang berlaku pasa masa kini, penggunaan pembesar suara biasanya selesai pada atau selepas waktu isyak, atau lebih sedikit jika ada penceramah yang melanjutkan celotehnya, dan bermula semula pada waktu pagi sebelum atau pada waktu fajar.Justeru, tidak berlaku sebarang gangguan pembesar suara antara waktu isyak sehingga subuh. Bagaimana situasi sedemikian dapat dikiaskan dengan hadis di atas yang barangkali ditujukan pada waktu dua pertiga malam, atau separuh malam ataupun sepertiga malam.

Manakala hadis yang berbunyi:

عن أَبِي مُوسى الأَشْعَرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: لَمَّا غَزَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم خَيْبَرَ، أَوْ قَالَ: لَمَّا تَوَجَّهَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، أَشْرَفَ النَّاسُ عَلَى وَادٍ فَرَفَعُوا أَصْوَاتَهُمْ بِالتَّكْبِيرِ: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لاَ إِله إِلاَّ اللهُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا، وَهُوَ مَعَكُمْ... (أخرجه البخاري ومسلم)

Terjemahan:

Dari Abu Musa al-Asy'ari RA katanya: Ketika Rasulullah SAW memerangi Khaybar, atau katanya: Ketika Rasulullah SAW menuju kepadanya, orang-orang telah melihat sebuah wadi, lalu mereka mengangkat suara mereka bertakbir; Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha illa Allah… Maka sabda Rasulullah SAW: Kasihanilah diri kamu sekalian, sesungguhnya kamu tidak menyeru yang tuli mahupun yang ghaib, sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu sekalian...".

Zahir hadis ini menunjukkan bahawa teguran tersebut adalah disebabkan kadar suara yang berlebih-lebihan dan melampaui had dalam mengeras dan meninggikannya. Nabi SAW sentiasa membimbing umatnya kepada sikap bersederhana, maka amat wajar baginda memberi teguran tersebut.

Kata Imam al-Nawawi: Maknanya ialah kasihanilah diri kamu dan rendahkanlah suara kamu. Perbuatan mengangkat suara biasanya dilakukan orang kerana jauhnya orang yang diajak bicara agar ia mendengarnya, sedangkan kamu menyeru Allah Taala dan Dia bukanlah pekak mahupun ghaib, bahkan Dia Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu dengan ilmu dan liputan pengetahuan-Nya. Maka pada hadis ini terdapat galakan agar merendahkan suara ketika berzikir jika keperluan tidak mendesak untuk mengangkatnya. Sekiranya suara direndahkan, itu lebih beradab dalam memuliakan dan mengagungkan-Nya. Manakala jika keperluan perlu untuk mengangkatnya, barulah diangkat sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis (seperti talbiah dan sebagainya).


Dalam hadis yang lain:

عن عقبة بن عامر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الجاهر بالقرآن كالجاهر بالصدقة. والمسر بالقرآن كالمسر بالصدقة)). رواه الترمذي، وأبوداود، والنسائي. وقال الترمذي: هذا حديث حسن غريب.

Terjemahan:

Dari 'Uqbah bin 'Amir katanya: Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang membaca kuat dengan al-Quran seperti orang yang berterang-terangan dalam bersedekah. Dan orang yang membaca perlahan dengan al-Quran pula seperti orang yang bersembunyi-sembunyi dalam bersedekah".

Makna hadis ini menunjukkan kepada keutamaan (keafdalan) dalam membaca al-Quran dan bukannya menunjukkan kepada larangan meninggikan suara. Sedangkan Nabi SAW pernah memerintahkan Abu Bakar al-Siddiq RA agar meninggikan suara:



عن أبي قتادة - رضي الله عنه - أن النبيَّ -صلى الله عليه وسلم- قال لأبي بكر : «مررتُ بك وأنت تقرأُ، وأنت تخفض من صوتك؟» فقال : إني أسمعتُ من ناجيتُ ، قال : ارْفعْ قليلا ، وقال لعمر : مررت بك وأنت تقرأُ ، وأنت ترفع من صوتك؟ قال : «إني أُوقِظُ الوَسنان ، وأطردُ الشيطان، قال : اخفِض قليلا». وفي رواية: «يا أبا بكر ، ارْفع من صوتك شيئا ، وقال لعمر : اخفِضْ من صوتك شيئا». رواه الترمذي وأبو داود بإسناد صحيح.

Terjemahan:

Dari Abu Qatadah RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas baginda: Angkatlah sedikit (suaramu). Dan baginda juga bersabda kepada 'Umar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas baginda: Rendahkan sedikit (suaramu). Dalam riwayat lain: "Wahai Abu Bakar, angkatlah suaramu sedikit, dan baginda bersabda kepada 'Umar: Rendahkanlah suaramu sedikit".

Di sini, Nabi SAW menyuruh mengangkat suara jika ianya terlalu perlahan atau tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, dan melarang mengangkatkan suara jika ianya melebihi had, atau kerana ia dapat menimbulkan sifat riyak dan ujub yang ditegah oleh syarak. Secara mafhumnya, baginda mengajarkan bahawa bersederhana itulah yang lebih utama.

Selain hadis Abu Bakar RA tersebut terdapat beberapa hadis lain yang membenarkan mengangkat suara seperti;

حديث أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لَمْ يَأْذَنِ اللهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ أَنْ يَتَغَنَّى بِالْقُرَآنِ يَجْهَرُ بِهِ. (رواه البخاري ومسلم وغيرهما)

Terjemahan:

Dari Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: Allah tidak mengizinkan (meredhai) bagi sesuatu, apa yang telah diizinkan kepada Nabi agar berlagu dengan al-Quran, serta mengangkat suara dengannya".


Kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar berkenaan dalil-dalil yang zahirnya saling bercanggahan ini: Pengharmonian antara kedua-duanya ialah bahawa suara perlahan itu lebih jauh dari sifat riyak, dan ianya adalah afdal bagi orang yang takutkan demikian. Jika tidak takut riyak pula, maka suara kuat itu lebih afdal dengan syarat tidak menyakiti orang lain seperti orang yang bersolat, tidur dan sebagainya.

Maksudnya suara perlahan itu lebih afdal jika takutkan riyak atau menyakiti orang yang bersolat atau tidur dengan suara kuatnya. Suara kuat pula afdal dalam hal yang selain itu kerana amalan tersebut lebih besar, dan manfaatnya dapat dikongsi oleh orang lain sama ada dengan mendengar (dan banyak dalil menunjukkan ianya sebagai ibadah), belajar, mengikut, insaf atau ianya sebagai syiar agama. Ia juga dapat mengetuk hati si-pembaca, menumpukan perhatiannya untuk berfikir dan memfokuskan pendengarannya sendiri. Ia juga dapat menghalang rasa mengantuk, menambah rasa cergas, membangunkan orang lain yang tidur dan lalai serta menyegarkannya. Maka bila hadir salah satu niat-niat ini, maka suara kuat itu adalah lebih afdal.

Ada diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus dari Ibn 'Umar secara marfu':

السر أفضل من العلانية والعلانية أفضل لمن أراد الإقتداء به

Terjemahan: "Cara sembunyi itu lebih afdal dari cara terang-terangan, dan cara terang-terangan pula lebih afdal bagi orang yang mahu agar dicontohi".

Maka kesimpulannya, tinggi atau rendah suara itu semua adalah bergantung kepada situasi, suasana, tuntutan dan juga keadaan. Selain perlu menitikberatkan kesederhanaan dalam semua aspek.


Sila rujuk dengan lebih lanjut tentang mengangkat suara dalam ibadah kepada kitab Sibahah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam 'Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H), tahkik Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dan kitab Natijah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam al-Suyuti (w. 911H). Namun menurut Syeikh Abu Ghuddah, kitab Imam al-Laknawi lebih detail dan lengkap perbahasannya.

Menangani Isu Sebenar

Isu sebenarnya bukan masalah penyalahgunaan pembesar suara, atau benarkan hanya azan sahaja di pembesar suara, tetapi adalah masalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau) terhadap situasi yang mereka duduki. Kita ada pelbagai situasi, ada masjid yang jauh dari kawasan perumahan dan ada yang dekat, malah sebahagiannya berhimpit-himpit dengan rumah orang atau kedai.Ada masjid yang berdekatan dengan pusat maksiat. Ada masjid yang berdekatan dengan hospital. Ada masjid yang berada di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Ada masjid bandar, dan ada masjid kampung. Ada masjid yang penduduk sekitarnya bersatu hati, dan ada masjid yang penduduk sekitarnya berbalah sesama sendiri. Suasana bandar yang sibuk pastinya berbeza dengan suasana kampung yang lebih tenang.

Peralatan pembesar suara juga perlu diambil kira.

Ada pembesar suara yang mahal dan mengeluarkan suara yang enak dan merdu. Ada pembesar suara yang murah dan mengeluarkan suara yang 'serak' dan berdesing sekali-sekala. Begitu juga hal dengan tugas bilal, ada bilal yang bersuara merdu dan sedap didengar, dan ada bilal yang bersuara kurang lemak merdu. Ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan, dan ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir pada waktu tertentu sahaja sebelum azan seperti waktu subuh dan maghrib misalnya. Dan sebagainya lagi.

Bayangkan sekiranya masjid tersebut terletak di kawasan yang majoritinya bukan Islam, atau sangat berhampiran dengan hospital, dan alat pembesar suaranya pula sering 'terbatuk-batuk', dipasang pula alunan bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan dan bilalnya pula bersuara 'serak-serak basah'. Apakah agaknya reaksi dan pendapat anda, jika dibandingkan dengan masjid yang terletak di kampung yang penduduknya sekitarnya bersatu hati dan sudah biasa dengan alunan bacaan al-Quran atau zikir pada waktu sebelum subuh dan maghrib, manakala bilalnya pula bersuara lemak merdu. Apakah sama situasinya?

Bagaimana pula sekiranya masjid tersebut berhampiran dengan pusat maksiat yang pengunjungnya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid. Apakah tidak rugi jika semua ceramah-ceramah yang dijalankan di masjid itu hanya untuk orang di dalam masjid sahaja dan suara tidak keluar melebihi pintunya? Semuanya ini perlu diambil kira, bukannya mengeluarkan hukum secara pukul rata.

Iktibar Dengan Situasi

Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya dari Ghudhaif bin al-Harith, beliau pernah bertanya kepada 'A'isyah RA antaranya:


أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِالْقُرْآنِ أَمْ يَخْفُتُ بِهِ؟ قَالَتْ: رُبَّمَا جَهَرَ بِهِ وَرُبَّمَا خَفَتَ. قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً. رواه أبو داود بإسناد صحيح.

Terjemahan:

Adakah puan pernah melihat Rasulullah SAW mengangkat suara dengan al-Quran ataupun memperlahankannya? Jawab beliau: Adakalanya baginda mengangkat suara dengannya dan adakalanya baginda memperlahankannya. Aku berkata: Allahu akbar, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan.

Kata al-'Allamah Badr al-Din al-'Aini (w. 855H) mengulas hadis di atas:

Sabit pilihan bagi si-pembaca (al-Quran atau zikir) sama ada antara mengangkat suara dengannya dan juga memperlahankannya. Diperkatakan, mengangkat suara lebih afdal. Juga diperkatakan, memperlahankan suara lebih afdal. Namun yang benar ialah; ianya terikat menurut iktibar dari segi masa si-pembaca, kedudukannya dan juga situasinya. Maka hendaklah dipelihara mengangkat suara dan memperlahankan suara berdasarkan iktibar tersebut.

Kata-kata Ghudhaif bin al-Harith RA: "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan", wajar direnung dan diambil iktibar. Perbezaan 'urf dan situasi kerana peredaran zaman perlu juga diambil kira. Apa yang penting, bukan hukum menggunakan pembesar suara yang sudah menjadi 'urf pada masa kini, tetapi adalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau serta para pengunjung masjid/surau juga) terhadap situasi yang mereka duduki. Dan perbincangan ini secara umum meliputi situasi dalam dan juga luar masjid. Persoalannya, bagaimanakah harus mereka mengendalikannya? Jika penulis artikel tersebut menyemak semula masalah ini dan memikirkan semua faktor-faktor yang dijelaskan, pasti dia akan memperbetulkan semula kenyataannya atau menambah apa-apa kenyataan yang wajar dan lebih diterima. Mengeluarkan sesuatu kenyataan atau hukum secara terburu-buru bukanlah suatu tindakan yang bijak.

Sumber : http://sawanih.blogspot.com/2011/01/kadar-suara-dalam-ibadah.html

Tenang - Tidak berapa tenang, harap semua bertenang

Posted: 20 Jan 2011 06:45 AM PST

"BN bermasalah diPRK Tenang, betul ke?" tanya seorang sahabat saya semasa kami 3 empat orang rakan-rakan sedang minum the tarik mamak yang tidak jauh dari rumah saya. Saya kata yang saya tidak tahu kerana saya tidak pergi keTenang kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu saya selesaikan.

Tetapi saya menjangkakan masalah memang akan timbul, kalau tidak besar sedikit-sedikit mesti timbul kerana sebab-sebab yang susah hendak dielakkan. Oleh kerana Tenang adalah kubu kuat UMNO dan BN maka ramai diantara kepimpinan diBahagian Labis berminat untuk menjadi calun didalan PRK ini. Perebutan untuk menjadi calun memang jelas kelihatan dan didengari dari awal-awal lagi.

Akhirnya semua dikalangan yang berebut itu tidak kesampaian hajat untuk menjadi calun, sebaliknya kesempatan itu diberikan kepada seorang bekas Penolong Pegawai Daerah Azhar Ibrahim untuk mewakili BN. Mereka dari pimpinan bahagian tidak diberikan kesempatan itu kerana UMNO kononya sedang mencari 'winnable candidate' seperti yang dijanjikan oleh DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Tetapi adakah Azhar benar-benar seorang yang 'winnable"? Jika Azhar membuatkan barisan kepimpinan UMNO Labis terlopong-lopong bolehkah UMNO dan AJK Bahagian memberikan kerjasama yang secukupnya untuk memberikan tentangan kepada calun PAS Puan Normala Sudirman 38 tahun yang nampaknya boleh diterima dengan agak baik oleh masyarakat disitu.

Pendeknya permasalahan dikalangan UMNO diLabis memang wujud dan kelihatan permasalahan itu semakin hari semakin jelas kelihatan. Semasa pilihanraya inilah isu anak tempatan dan orang luar timbul kerana pemangku ketua bahagian Labis itu adalah dari Negeri Sembilan, sama seperti Arwah Sulaiman Taha dahulu. Memanglah Timbalan Ketua ini merasakan kecil hati kerana beliau diperguna untuk mengetuai bahagaian tetapi apabila memiih calun beliau sewenang-wenangnya diketepikan seolah-oleh beliau tidak pernah berguna kepada UMNO diLabis.

Pengundi Cina merangkumi 39 peratus dari keseluruhan pengundi diTenang tetapi masalah dalaman MCA yang melibatkan Chua Soi Lek dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen disitu bukan kecil masalahnya. Dikalangan ahli-ahli dan pemimpin MCA pepecahan belaku kerana Chua Soi Lek telah mengenepikan ramai pemimpin-pemimpin Cina kerana memberi peluang kepada anaknya sendiri dan ini masih menjadi buah mulut dikalangan orang-orang Cina diLabis itu. Jika tidak ada punmmasalah dikalangan orang Cina didalam MCA kecenderungan bagi orang Cina untuk mengundi parti alternatif, dalam kontek ini DAP adalah amat besar. Setiap penganalisis memberikan angka 80 peratus dari kaum Cina akan mengundi pihak pembangkang.

Usaha Najib untuk memberikan bantuan RM 5juta kepada sekolah-sekolah Cina diLabis itu dikatakan tidak akan mengalihkan minat kaum Cina kepada DAP. Kaum India pula sekarang ini masih terganggu dengan isu interlock dan segala usaha untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu masih belum berjaya kerana ahli-ahli MIC sendiri mempunyai pendirian menentang buku interlock itu dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dalam pilihanraya yang lalu undi untuk pembangkang yang diberikan oleh orang Melayu semakin hari semakin bertambah. Parti PAS merupakan pilihan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan parti-parti dalam BN.

Jika keadaan ini benar maka adalah dikhuatiri imej Tenang sebagai kubu UMNO akan berakhir dan menjadi seperti kawasan-kawasan yang lain dinegeri-negeri yang lain.

Undi penting dalam PRK ini adalah undi-undi orang Melayu dan Cina Jika benar 80 peratus dari pengundi Cina memberikan sokongan kepada pembangkang dan 35 peratus pengundi Melayu memberikan sokongan kepada PAS maka peluang untuk parti pembangkang untuk memberikan tentangan kepada UMNO dan BN.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk melihat keadaan yang sebenarnya kerana penamaan calun hanya akan diadakan pada 22 hb nanti. Apabila sudah selesai penamaan calun barulah mana-mana pihak akan dapat memberikan pandangan masing-masing dengan lebih hampir kepada yang sebenarnya.

Menang atau kalah bagi mana-mana pihak dalam pilihanraya ini akan mempengaruhi situasi dalam pilihanraya umum nanti. Sama-samalah kita tunggu. Bak kata perbilangan 'tidak lari gunung dikejar'.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/tenang-tidak-berapa-tenang-harap-semua.html

Terkini! ADUN BN Merlimau meninggal dunia

Posted: 20 Jan 2011 06:05 AM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 20 Jan — ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia malam ini, membuka laluan kepada pilihan raya kecil yang ke-15.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 8 malam tadi.

Mohamad Hidhir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian negeri Melaka meninggal dunia di Hospital Pakar Putra, Melaka pada pukul 8.10 malam ini kerana serangan jantung.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Laporan Bernama petang tadi menyebut, Mohamad Hidhir, 54, mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari yang menyebabkan beliau kritikal dan berada dalam keadaan koma.

Doktor berkata beliau bernafas menggunakan alat sokongan mesin.

"Beliau menghadapi serangan jantung yang pertama pada Sabtu lepas pada kira-kira pukul 2 petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu tengah hari, Isnin lepas," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Hospital Putra petang tadi.

Wakil rakyat itu mengalami serangan jantung yang ketiga semalam kira-kira pukul 6.45 pagi.

Katanya, ADUN itu datang mendapatkan rawatan di hospital itu Khamis lepas pada 1.30 tengah hari setelah mengadu mengalami ketidakselesaan perut dan dimasukkan ke wad kira-kira 30 minit selepas itu.

Radhuana berkata setelah pemeriksaan rapi dijalankan Mohamad Hidhir didapati mengalami masalah arteri yang tersumbat dan dimasukkan ke ICU pada pukul 2.45 petang hari yang sama.

"Setelah menjalani rawatan di ICU dan keadaan beliau stabil, kita benarkan beliau ke wad biasa keesokannya kira-kira pukul 6.30 petang," katanya.

Beliau berkata mungkin kerana melayan terlalu ramai tetamu yang hadir melawat beliau di hospital itu keadaan Mohamad Hidhir menjadi tidak stabil dan terpaksa dimasukkan semula ke ICU pada Sabtu kira-kira pukul 2 pagi.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata hospital itu mempunyai fasiliti yang lengkap untuk merawat Mohamad Hidhir dan tidak perlu dipindahkan kemana-mana pusat pakar yang lain untuk rawatan lanjut.

"Kita ada tiga orang doktor yang memantau perkembangannya," katanya.

MB Umum Bantuan Untuk Masyarakat India

Posted: 20 Jan 2011 06:00 AM PST

BATU CAVES, 19 Jan – Perayaan Thaipusam tahun ini membawa berita gembira kepada Jawatankuasa Kuil Sri Mariammann, Batu Caves apabila menerima kunjungan Menteri Besar, Exco Negeri serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang akan membantu meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di kuil tersebut.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengiktiraf tarikan Batu Caves dan akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Jawatankuasa Kuil yang diketuai oleh Datuk R Nadarajah bagi memastikan Batu Caves terus menjadi tumpuan pelancong dan penganut agama Hindu dari seluruh dunia.

"Selepas Tahun Baru Cina, saya akan menjemput Datuk Nadarajah bersama jawatankuasa dan saya akan bawa bersama pemimpin dari Selayang, Pihak Berkuasa Selayang dan ahli Exco negeri untuk kita adakan perbincangan dua hala. Saya anggap peranan yang dimainkan Pengerusi dan Jawatankuasa Sri Mariamman ini penting bukan saja untuk negeri Selangor tapi juga untuk negara Malaysia," katanya.

Beliau berucap di hadapan puluhan ribu penganut agama Hindu dan pelancong dari dalam dan luar negara yang turut serta meraikan dan merasai sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves ini.

Turut bersama Menteri Besar ialah Exco Selangor, Ronnie Liu dan Dr Xavier Jeyakumar, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Gombak Azmin ALi, Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, Ahli Parlimen Selayang William Leong serta Naib Presiden PKR, N. Surendren

Sambutan tahun ini tidak kurang meriahnya dan menunjukkan betapa masyarakat Hindu bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dan hidup makmur bersama rakyat Selangor yang lain.

Menteri Besar Selangor itu turut menyeru agar rakyat Selangor dapat terus menunjukkan persefahaman dan kehidupan yang harmoni ini.

Menurut Khalid, Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakukan pelbagai program bagi menjamin kebebasan dan keselesaan beribadat bagi penganut Hindu.

Sebagai contoh, Khalid menerangkan, Jawatankuasa Rumah Ibadat Selangor di bawah Dr Xavier Jeyakumar telah meluluskan 103 permohonan rumah ibadat, dan 56 daripadanya ialah kuil-kuil hindu.

"Kerajaan Negeri Selangor memang prihatin dan bersikap adil memberi bantuan kepada rakyat berbilang kaum dan agama. Kita membantu membangunkan kuil di negeri Selangor. Tahun 2010 sahaja, kita dah belanja RM 3 juta untuk pembaikan rumah-rumah ibadat. Kebanyakan peruntukan itu diperuntukkan untuk pembaikan dan pembinaan kuil-kuil Hindu," jelasnya.

Kemuncak acara semalam, Kerajaan Selangor juga menghulurkan bantuan sebanyak RM300 ribu kepada Kuil Sri Mariamman, RM 470 ribu kepada pembangunan tadika India di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bantuan RM 3 juta bagi pembaikan dan menaik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands Seksyen 7 Shah Alam yang sebelum ini terbengkalai.

Khalid mengucapkan terima kasih kepada masyarakat India kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum lalu.

Dr Zul: Perjuangan Pakatan Rakyat selari dengan Islam

Posted: 20 Jan 2011 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Matlamat setiap komponen Pakatan Rakyat sentiasa selari dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan kesamarataan dalam memperjuangkan nilai-nilai murni untuk membentuk sebuah negara yang berteraskan Islam.

Lantaran itu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tanpa mengira fahaman agama kerana keutamaan diletakkan pada nawaitu yang ditetapkan.

Justeru, tidak timbul soal ideologi mahupun cita-cita politik dalam gabungan itu kerana setiap dasar yang terbit, adalah hasil dari permuafakatan politik yang dimeterai secara bersama.

"Kami lebih selesa bersama DAP daripada mana-mana pihak yang tidak mahu menegakkan keadilan dan menjunjung tinggi cita-cita yang murni di sisi Allah S.W.T ini," kata Dr Dzul pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian, menjawab persoalan bahawa Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat tidak mengandungi hujah berhubung negara Islam seperti yang diimpikan oleh parti Islam itu.

Menurut Dr Dzul, PAS sentiasa merujuk kepada amalan murni pada zaman Rasulullah S.A.W dalam membanteras kezaliman dan menegakkan keadilan dan ia selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

"Atas asas inilah, atas hujah inilah, berpaksikan bukti inilah, maka kami PAS bersama-sama dengan gagasan menegakkan keadilan, membanteras apa jua kezaliman, dalam apa jua bentuk bersama-sama dengan kawan-kawan DAP, PKR dan sesiapa pun yang mahu bersama-sama membanteras kezaliman," kata Dr Dzul.

Maka jelasnya, Pakatan Rakyat mempunyai asas yang kukuh dan jitu ke arah itu.

"Tidak ada sesiapa pun dalam DAP yang dihalang atau dinafikan untuk bermimpikan Malaysian Malaysia dan sebagainya. Begitu juga dengan PAS, kita punya cita-cita tersendiri atas paksi dan platform wadah PAS.

"Namun dalam permuafakatan politik Pakatan Rakyat, ini bukan menjadi dasar dan polisi yang kita capai dalam konvensyen pertama," jelasnya lagi.

Justeru beliau menggesa mana-mana pihak yang acapkali memanipulasi perkara ini agar menghentikannya kerana ia tidak akan mengubah pendirian gagasan itu.

"Jadi tuan-puan, buat kesekian kalinya saya membuat penjelasan, jangan dijadikan ini cara untuk pecah perintah kami sebab kami jelas, kami ingin bersama dengan sesiapa pun, dengan DAP walaupun mereka bukan Islam tetapi atas dasar menegakkan keadilan, mencegah dan membasmi kezaliman dan apa juga kebobrokan hasil daripada pengurusan pincang dan khianat kepada amanah Allah, kami tetap akan bersama," ujarnya.

Keputusan Speaker Selangor tepat, tiada unsur dendam

Posted: 20 Jan 2011 05:00 AM PST

SHAH ALAM, 20 Jan – Keputusan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim mengistiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang adalah tepat dan menjadi tugas beliau sebagai seorang speaker, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Haniza Talha.

Beliau turut menolak kenyataan Badrul Hisham Abdullah, yang menyifatkan tindakan keputusan Speaker DUN adalah semata-mata ingin membalas dendam bagi pihak Pakatan Rakyat yang marah dengan tindakannya keluar meninggalkan PKR pada Oktober 2009.

"Apabila seorang wakil rakyat tu tak hadir ke sidang, melebihi tempoh 6 bulan atau tempoh yang ditetapkan (6 bulan tak hadir kira dah langgar peraturan) jadi speaker mengisytiharkan kerusi wakil rakyat tu sebagai kosong, memang kuasa speakar.

"Dia (speaker) hanya menjalankan tugas sebab itu diperuntukkan dalam peraturan tetap, dia kena mengumumkanlah. Dalam undang-undang tubuh memang ada dinyatakan secara spesifik tuan speaker mengumumkan kerusi tersebut sebagai kosong," katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Semalam, Speaker DUN Selangor mengumumkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah kosong setelah ADUN itu tidak hadir ke sidang DUN sejak Julai 2010.

Keputusan dibuat mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Isu Bazar Tok Guru: Hanya Kerajaan Negeri Boleh Selesaikan, Kata Mustapa Mohamed

Posted: 20 Jan 2011 04:45 AM PST

KOTA BAHARU, 20 Jan (Bernama) -- Isu melibatkan perpindahan 415 peniaga dari Pasar Arked Lambok Uda ke Bazar Tok Guru hanya boleh diselesaikan kerajaan Kelantan, kata Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun katanya, beliau akan berusaha membantu termasuk meminta pemilik Pasar Arked Lambok Uda menangguhkan perpindahan atau menyediakan tapak berniaga sementara.

"Hakikatnya ini masalah yang dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan PAS. Ia hanya boleh diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Saya hanya boleh membantu peniaga sahaja setakat yang boleh," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Beliau sebelum itu bertemu dengan Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu yang memohon bantuan Mustapa untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau akan menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta agar isu itu diselesaikan segera.

Sementara itu Pengerusi persatuan Ab. Salim Ahmad mengakui perkara itu sukar diselesaikan kerana tidak ada perjanjian secara hitam putih di antara peniaga dan kerajaan negeri.

"Dulu kerajaan negeri kata tidak perlu pun hitam putih sebab kata-kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz) itu benar dan dia akan buat. Jadi kami percaya dan terima sahaja janji dia tetapi tidak sangka sampai begini janjinya," katanya.

Isu tersebut timbul apabila peniaga berkenaan dijanjikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk menyediakan lot kedai berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi dengan harga RM40,000 di Bazar Tok Guru.

Bagaimanapun keluasan sebenar lot yang diberikan hanya 1.82 x 2.4 meter persegi dan harga yang ditawarkan pula ialah antara RM80,000 dan RM90,000.

PMBK yang pada awalnya merancang membangunkan sendiri bazar itu mendakwa mereka menanggung kerugian kerana terpaksa menebus balik bazar tersebut daripada sebuah syarikat swasta.

Kita Minta Hapus Undi POS, SPR Buat Undi Proksi

Posted: 20 Jan 2011 04:30 AM PST

1. Entah jenaka apa yang dilakukan oleh SPR disaat parti - parti politik yang mewakili rakyat mendesak agar Undi Pos dihapuskan dan satu sistem Daftar Pemilih Secara Automatik dilakukan bagi warganegara yang telah genap usia mengundi, SPR pula sekonyong - konyongnya mengisytiharkan hasrat mereka memperkenalkan Undi Proksi .

2. Apakah SPR tidak memahami kehendak rakyat atau sengaja mereka buat - buat tidak faham ? setelah sekian lama malah berhempas pulas SPR berkempen mengajak orang mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka mengundi, kenapa tidak diperkenalkan sahaja kaedah Daftar Pemilih secara Automatik bagi mereka yang genap usia yang melayakkan mereka mengundi.

3. Kita sekarang berada dizaman serba canggih. Kaya dengan database malah memiliki sistem Mykad yang up to date, kenapa mesti SPR memilih jalan sukar menghabiskan banyak wang untuk gerakkan mendaftarkan pemilih baru. SPR kelihatan gagal bergerak seiring dengan transformasi dasar dan sistem dalam negara yang dilaung - laungkan oleh kerajaan atau transformasi itu hanya omong kosong untuk menggula - gulakan rakyat dan mendodoikan mereka sedang mereka khasnya SPR masih selesa dengan cara dan kaedah lama yang out of date.

4. Seperkara lagi, mengenai Undi Proksi. Tidak siapa tuntut dan tidak siapa minta untuk mengadakan Undi Proksi, boleh pula SPR memperkenalkannya. Fenomena ini hanya memperlihatkan SPR sebagai satu badan yang senantiasa mencari jalan untuk memenangkan Barisan Nasional dengan memperbanyakkan ruang - ruang manipulasi dalam sistem pilihanraya negara .

5. Sebelum ini pilihanraya diganggu oleh sistem undi pos yang terdedah kepada 1001 ruang manipulasi yang menggugat keabsahan undi atau sokongan sebenar buat parti - parti yang bertanding dalam pilihanraya. Sedang zaman telah maju dan canggih. Tidak tahu dimana rasionalnya undi pos dikekalkan melainkan sengaja dipertahankan untuk menjadi talihayat kepada UMNO dan BN. Sebagai contoh Datuk Seri Najib pernah kalah dalam pilihanraya umum di kawasanya sendiri [ Parlimen Pekan ] tetapi diselamatkan oleh undi pos yang begitu banyak . Bahkan ramai lagi mereka yang menang dengan undi pos sedang mereka kalah dengan undi bukan pos. Sehingga mereka mendapat jolokan Wakil Pos bukan Wakil Rakyat .

6. Kini satu lagi ruang manipulasi cuba dibuka oleh SPR dalam sistem pilihanraya negara ini dengan memperkenalkan Undi Proksi. Ini bukan transformasi tetapi ini adalah satu bentuk Infiltrasi bagi membolehkan satu lagi manipulasi pilihanraya dilakukan.

7. Undi Proksi juga menjadi ruang untuk menafikan hak pengundi sebenar menterjemahkan sokongan mereka dengan undi mereka yang tulen. Persoalan yang timbul ialah Siapakah proksi itu ? apa hak mereka untuk mewakili pengundi ? apa jaminan proksi itu akan mengundi sesuai dengan keinginan atau sokongan pengundi asal ? keuzuran bagaimana yang membolehkan proksi mewakili mereka ? bagaimana pengesahan keuzuran pengundi untuk membolehkan proksi mewakili mereka ? dan lagi dan lagi ......

8. Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia sejurus selesai pilihanraya kecil N 05 Tenang akan mengadakan siri kempen Daftar Pemilih Automatik ke seluruh negara serentak menggerakkan rakyat untuk bangkit membantah undi pos dan apa jua bentuk undi yang terdedah kepada ruang manipulasi ynag menggugat kredebiliti sistem demokrasi pilihanraya dalam negara kita seperti Pengundi Hilang Layak Undi Awam dan Undi Proksi.

9. Penjelasan lanjut mengenai Sikap Dewan Pemuda PAS Malaysia mengenai jenis undi yang pelik - pelik ini di :
http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/11/18493-pengundi-hilang-layak-undi-awam.html

Empat Anggota Polis Antara Sembilan Ditahan Berjudi Di Kuching

Posted: 20 Jan 2011 04:15 AM PST

KUCHING, 20 Jan (Bernama) -- Empat anggota polis berpangkat lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini Khamis.

Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain 'holo' ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau awal pagi ini.

Bernama difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan reman sehari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata kesemua anggota terlibat akan dikenakan tindakan tegas.

"Saya tidak boleh kata dalam sebakul epal tidak ada buah yang busuk, tetapi kita akan lakukan apa yang perlu.

"Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Tiada kompromi atau double standard dalam menyiasat kes yang melibatkan anggota polis," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kuching di sini.

Tenang: Soi Lek nafi MCA protes calon pilihan BN

Posted: 20 Jan 2011 04:00 AM PST

LABIS, 20 Jan – MCA menolak dakwaan kononnya ia tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang bulan ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata sejajar dengan semangat BN, parti itu menerima apa saja keputusan yang dibuat.

"Kami menghormati pilihan Umno. Apabila kami (MCA) buat keputusan, Umno dan parti komponen BN lain juga menerimanya. Itulah caranya untuk kami pastikan BN sentiasa kuat dan bekerja sebagai satu pasukan. Kami tidak berbalah secara terbuka tentang pemilihan calon," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kuil Buddha Siam di Jalan Guan Peng di sini.

Dr Chua berkata BN membuat pilihan tepat kerana sebagai bekas penolong pegawai daerah, Azhar berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan ini merupakan suatu kelebihan kerana ada pelbagai isu tempatan yang perlu diberi perhatian.

"Di samping itu, beliau juga masih muda dan penuh bertenaga serta diterima baik oleh masyarakat Melayu dan kami harap pengundi Cina akan memberi sokongan kepadanya," kata Dr Chua.

Beliau akan ditentang bekas guru, Normala Sudirman, ketua Muslimat PAS Labis pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan daripada BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas.

Penamaan calon ialah pada 22 Januari.

Mengulas dakwaan bahawa Azahar tidak begitu dikenali pengundi Cina, Dr Chua berkata calon PAS juga begitu.

Kata beliau MCA sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan isu yang beliau yakin akan ditimbulkan pembangkang seperti penghakiman terbuka Mahkamah Koroner tentang kematian Teoh Beng Hock, pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor.

"Isu Teoh Beng Hock telah dimainkan pada pilihan raya kecil lepas. Sebab itulah saya kata ia telah dipolitikkan. Saya akan terkejut besar kalau mereka tidak mainkan isu itu," katanya. – Bernama

Umno arah wakil rakyatnya hadir sidang khas DUN Selangor

Posted: 20 Jan 2011 03:42 AM PST

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


SHAH ALAM, 20 Jan – Umno Selangor memutuskan untuk menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Isnin ini, yang akan membahaskan pindaan perlembagaan negeri berhubung urusan pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan awam negeri.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, partinya telah mengarahkan wakil rakyatnya agar menghadiri sidang kali ini memandangkan Sultan Selangor telah pun memberi perkenan baginda bagi membolehkan pertemuan minggu depan diadakan.

Umno mengadakan mesyuarat di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Noh, perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.

Noh mendakwa Ketua Setiausaha Negara sentiasa mendapatkan perkenan diraja sebelum memutuskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini menjadi kemelut sehingga mencetuskan krisis perlembagaan.

Noh juga berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pakatan Rakyat yang mempunyai 35 anggota dalam Dewan Undangan Negeri yang menawarkan 56 kerusi memerlukan tiga undi untuk mendapatkan sokongan dua pertiga bagi meluluskan pindaan perlembagaan negeri.

Semalam, Noh berkata, kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini.

"Kesemua Adun BN juga akan menyertai perbahasan," kata beliau.

Bagaimanapun sama ada mereka akan bersetuju kepada Artikel 52 ataupun sebaliknya ia bergantung pada keupayaan kerajaan negeri untuk meyakinkan wakil-wakil BN, kata Noh semalam.

Sebelum ini, Umno berkata kesemua ADUN BN akan bertindak memboikot sidang khas Dewan Undangan Negeri tersebut kerana menggangap pindaan itu sebenarnya bertujuan mengembalikan kuasa Menteri Besar dan bukannya kuasa sultan dalam membuat pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri.

Ekoran itu Pakatan Rakyat mencabar wakil rakyat BN agar menyertai sidang khas kali ini jika benar mereka menghormati Sultan Selangor dan institusi diraja.

Semalam, Khalid mengumumkan kandungan pindaan perlembagaan negeri yang disyorkan - berkaitan kuasa dan proses pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan negeri, yang akan dibahaskan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri kali ini.

Syor pindaan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan pagi semalam dan menerima perkenan baginda.

Menteri Besar berkata pindaan itu membolehkan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri kembali ke kedudukan asal peruntukan sebelum ia dipinda pada 1993.

"Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Rosmah tidak risau dengan pengkritik

Posted: 20 Jan 2011 02:22 AM PST

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

Pelabuhan Klang: Speaker berhak isytihar kosong, Adun boleh cabar

Posted: 20 Jan 2011 02:15 AM PST

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 20 Jan — Speaker Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang yang berkaitan dengan dewan tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang, kata pakar perundangan.

Bagaimanapun kata Prof A. Aziz Bari, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, yang semalam diisytiharkan hilang kerusi itu, berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Khim semalam sebagai tidak sah.

Justeru kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiadak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.

"Dari segi prinsip undang-undang memang speaker mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang beliau adalah ketuanya," kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun dengan mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, kata beliau, di mana keputusan speaker dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh SPR, "kita perlu menunggu apa yang akan berlaku seterusnya di Selangor."

"Di Perak keputusan (Speaker) V. Sivakumar mengosongkan kerusi (tiga) Adun yang melompat, tetapi dipertikai oleh SPR dan kemudian disahkan oleh mahkamah."

"Di Kedah pun begitu, keputusan speaker - yang hanya melaksanakan peruntukan perlembagaan sebagaimana di Selangor hari ini - masih tergantung," kata beliau lagi.

Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.

"Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan," kata beliau.

Dalam komennya semalam, penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun menjelaskan Teng tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kerusi DUN kosong atau sebaliknya.

Berdasarkan kes mahkamah Adun Behrang dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.

Justeru beliau berpendapat tindakan Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.

Hafarizam menambah, Speaker DUN Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan secara bersurat.

Aziz berkata, kebingungan yang wujud jelas dalam kes Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua.

"Tidak sukar membaca yang mahkamah cuba mengelakkan pilihan raya kecil.

"Dan, itulah sebenarnya tema pokok dalam semua kes-kes itu meskipun isu dan fakta berbeza; yakni pilihan raya perlu dielakkan. Ini menyedihkan kerana ini bukan kerja mahkamah. Ia juga bukan kerja SPR. Kerja SPR ialah menjalankan pilihan raya bila berlaku kekosongan dan ini kerja speaker," kata beliau lagi.

Kedua-dua kes Kota Seputeh dan Batu masih berada di peringkat rayuan.

Pelabuhan Klang: Speaker berhak isytihar kosong, Adun boleh cabar

Posted: 19 Jan 2011 11:45 PM PST

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 20 Jan — Speaker Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang yang berkaitan dengan dewan tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang, kata pakar perundangan.

Bagaimanapun kata Prof A. Aziz Bari, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, yang semalam diisytiharkan hilang kerusi itu, berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Khim semalam sebagai tidak sah.

Justeru kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiadak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.

"Dari segi prinsip undang-undang memang speaker mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang beliau adalah ketuanya," kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun dengan mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, kata beliau, di mana keputusan speaker dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh SPR, "kita perlu menunggu apa yang akan berlaku seterusnya di Selangor."

"Di Perak keputusan (Speaker) V. Sivakumar mengosongkan kerusi (tiga) Adun yang melompat, tetapi dipertikai oleh SPR dan kemudian disahkan oleh mahkamah."

"Di Kedah pun begitu, keputusan speaker - yang hanya melaksanakan peruntukan perlembagaan sebagaimana di Selangor hari ini - masih tergantung," kata beliau lagi.

Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.

"Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan," kata beliau.

Dalam komennya semalam, penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun menjelaskan Teng tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kerusi DUN kosong atau sebaliknya.

Berdasarkan kes mahkamah Adun Behrang dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.

Justeru beliau berpendapat tindakan Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.

Hafarizam menambah, Speaker DUN Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan secara bersurat.

Aziz berkata, kebingungan yang wujud jelas dalam kes Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua.

"Tidak sukar membaca yang mahkamah cuba mengelakkan pilihan raya kecil.

"Dan, itulah sebenarnya tema pokok dalam semua kes-kes itu meskipun isu dan fakta berbeza; yakni pilihan raya perlu dielakkan. Ini menyedihkan kerana ini bukan kerja mahkamah. Ia juga bukan kerja SPR. Kerja SPR ialah menjalankan pilihan raya bila berlaku kekosongan dan ini kerja speaker," kata beliau lagi.

Kedua-dua kes Kota Seputeh dan Batu masih berada di peringkat rayuan.

Lapan anggota HRP ditahan, demo di program Thaipusam

Posted: 19 Jan 2011 11:30 PM PST

BATU CAVES, 20 Jan – Lapan anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di sini, hari ini.

Manakala enam daripadanya pula mengalami kecederaan dalam pergelutan itu.

Sambutan Thaipusam hari ini dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.

Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."

Najib wajar sahut cabaran Anwar

Posted: 19 Jan 2011 11:15 PM PST

Suhaimi Mokhtar

Jangka hayat Barisan Nasional (BN) terutama parti dominannya, Umno yang menjadi komponan terbesar, tidak pernah menghadapi cabaran sehebat cabaran mutakhir ini,sebaik sahaja selepas pilihanraya 2008.

Umno bersama komponen partinya yang berjumlah 14 pertubuhan politik termasuk di Sabah dan Sarawak memerintah negara dan menguasai Kerajaan Pusat sejak merdeka pada 1957 sehingga kini dan cabaran yang dihadapinya tidaklah segenting selepas pilihanraya yang ke-12 yang lalu.

Umno selamanya menghadapi cabaran dan saingan dari PAS dan dalam pilihanraya-pilihanraya sejak 1959 PAS telah memberi saingan hebat hingga dapat menguasai dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjang apabila PAS dapat membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu.

Tetapi Kerajaan PAS di Terengganu hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila Umno dengan manipulasi politik kotor dan jijik menguasai semula kerajaan negeri melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri yang terkenal dengan peristiwa lompat parti menyebabkan kerajaan pimpinan PAS yang diketuai Menteri Besar Daud Abdul Samad tumbang.

Bagaimana pun Kerajaan PAS di Kelantan kekal selama 18 tahun sehinggalah satu lagi manipulasi politik yang kotor dan jijik dirancang terang-terangan dengan mengistiharkan Kelantan diletak di bawah pemerintahan Majlis Gerakan Negeri (Mageran), menyamai pemerintahan Mageran di peringkat pusat selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. Gara-gara pemerintahan Mageran di Kelantan sekitar tahun 1977 akhirnya menyebabkan PAS kalah dalam pilihanraya Dewan Negeri yang diadakan pada 1978 dan Umno-BN tanpa PAS memerintah selama 12 tahun sehingga 1990.

PAS pernah menghantar saorang atau dua orang sahaja MPnya di Dewan Rakyat selepas Dewan Negeri Kelantan dikuasai oleh Umno-BN mulai 1978 kerana hampir semua calun PAS kalah dalam pilihanraya di peringkat negeri dan pusat. Inilah pengalaman dan pelajaran getir yang mengajar PAS bahawa PAS tidak mungkin akan berkerjasama lagi dengan Umno. Sebab itulah ura-ura kerjasama yang dianjurkan Umno kepada PAS selepas pilihanraya 2008 ditolak mentah-mentah oleh PAS.

Mengimbas kembali, PAS pernah menyertai Kerajaan Pusat selepas tragedi 13 Mei setelah menerima pelawaan Tun Razak, ayahnda kepada Perdana Menteri (PM) sekarang. PAS pernah menyertai pilihanraya sebagai komponan BN, tetapi kerjasama itu tidak lama, apabila PAS ditendang keluar oleh Tun Hussien Onn yang mengantikan Tun Razak sebagai PM pada 1976.

Selepas melalui semua ini, PAS sebagai Pergerakan Islam tidak pernah patah semangat. Daya juang pimpinan dan ahli serta penyokong PAS tidak pernah pudar bahkan terus membara dan membakar sehinggalah PAS terus membuat kehadirannya terkesan dalam arena politik tanahair. Pada 1999, Terengganu berada dibawah pemerintahan PAS sekali lagi selepas menunggu hampir 40 tahun, tetapi kemenangan itu hanya satu penggal sahaja apabila PAS kalah di Terengganu pada pilihanraya 2004. PAS sekali lagi belajar dari beberapa kesilapan dalam pemerintahan satu penggalnya.

Di Kelantan PAS dapat menguasai semula Kerajaan Negeri pada 1990 dengan kerjasama Semangat 46 melalui gagasan perpaduan ummah sehinggalah sekarang dan Tok Guru Datuk Nik Aziz kini merupakan satu-satunya Menteri Besar (MB) yang paling lama memegang jawatan tertinggi di peringkat negeri berbanding dengan mana-mana MB kerajaan negeri yang dibawah Umno-BN.

Sejarah pergolakan dan percaturan politik ini perlu digarapi bagi melihat percaturan masadepan seterusnya yang memberi petanda bahawa lanskap politik era baru sedang mengambil tempat sebaik
sahaja selepas pilihanraya Mac 2008. Pilihanraya 2008 merupakan satu 'watershed' yang bakal menggamit, memberi petanda momentum pada pilihanraya ke-13 ini. Jangka hayat pentadbiran Umno-BN ini akan tamat selewat-lewatnya pada 2013.

Walaupun ura-ura parti pembangkang yang kini berada dibawah Pakatan Rakyat gagal untuk kePutra Jaya lebih awal sebagaimana yang dijanjikan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang optimis bahawa ada sebilangan anggota Dewan Rakyat parti kerajaan akan menyeberangi ke pihak pembangkang bagi membolehkan pertukaran kerajaan berlaku.

Tetapi tarikh yang disebut-sebut berlalu tanpa terjadi apa-apa. Pihak kerajaan begitu cemas ketika itu kerana lanskap politik pasca pilihanraya ke-12 tidak menyebelahi kerajaan walaupun Umno-BN masih berkuasa di peringkat pusat. Umno-BN kehilangan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak dalam pilihanraya lalu. Kelantan pula terus gagah dan kuat ditunjangi PAS melepasi usia pemerintahan dua dekad.

Umno-BN menggunakan pelbagai tipu helah politik yang tidak berakhlak bagi menumbangkan kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dan ia hanya berjaya di Perak dengan menggunakan tektik kotor yang sinonim dengan Umno-BN. Apa yang berlaku di Perak tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku kepada kerajaan PAS Terengganu pada 1961 dan pemerentahan Mageran di Kelantan sebelum pilihanraya 1978.

UMNO-BN terus diasak dengan pelbagai isu yang diketengahkan oleh pembangkang yang untuk pertama kalinya mempunyai suara yang nyaring dan lantang di Dewan Rakyat. Pimpinan kerajaan kadang-kadang kelihatan kehilangan punca menanggani dan menghadapi isu-isu yang ditimbulkan pembangkang.

Terbaru ialah cabaran Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat mengenai gagasan 100 hari jika pembangkang menerajui kerajaan pusat. Pakatan Rakyat mengeluarkan satu gagasan, pelan atau piagam politik untuk membelanjakan kira-kira RM 19 billion untuk rakyat termasuk guru-guru, jika Pakatan Rakyat menguasai Putra Jaya pada pilihanraya ke-13 ini.

Pimpinan kerajaan kelihatan tidak senada dan kelam-kabut dengan gagasan itu dan PM sendiri menganggapnya satu gagasan untuk mencari populariti sokongan umum kerana menurutnya, jika gagasan itu dilaksanakan ia akan membawa negara menjadi muflis.

Dalam gagasan itu Pakatan Rakyat menganggarkan bahawa perbelanjaan itu mampu diraih dari ketirisan, rasuah dan kepelbagaian perbelanjaan mewah, perbelanjaan kepada syarikat-syarikat konsesi kroni yang tidak menguntungkan rakyat kerana ia memasuki poket perasuah yang perlu diselamatkan.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam kepelbagaian kemewahan belanja kerajaan bukan lagi berada dalam tahap ketirisan tetapi kebocoran yang tidak dapat dibendung lagi.

Dalam konteks ini adalah sangat wajar PM Najib menyahut cabaran Anwar untuk berdebat, bukan untuk melihat siapa kalah dan menang, tetapi untuk membolehkan rakyat membuat penilaian dan mencari kebenaran dari saranan 100 hari Pakatan rakyat itu.

Lawan Anwar ialah Najib, bukan Khairy Jamaluddin (KJ) yang menyatakan kesanggupannya. Lawan Khairi ialah Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang mencabarnya. Khairy yang berura-ura untuk tidak lagi mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan anggota Dewan Rakyat, sebenarnya sedang menagih simpati, kerana sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy bagaikan tidak dipeduli dan diberikan perhatian oleh kepimpinan Najib. Anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz lebih diberi perhatian walaupun kalah dalam pertarungan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kedudukan Khairy dalam politik UMNO bagaikan tidak diiktirafkan dan tidak setempal dengan jawatan Ketua Pemuda Umno yang disandangnya. Sebelumnya ketika ayah mentuanya menjadi PM, Khairy disifatkan ramai pihak termasuk Tun Dr Mahathir sebagai orang penting dalam pentadbiran Abdullah Badawi.

Menjadi harapan rakyat terutama para pengundi pilihanraya ke-13 supaya debat Najib-Anwar akan berlangsung dan disiarkan melalui saluran TV keseluruh negara dan sebagai mukadimahnya biarlah debat Khairy dengan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin dilangsungkan lebih dahulu.

Politik dan demokrasi di Malaysia patut disuburkan dengan perdebatan sesuai dengan negara yang akan melangkah sebagai negara berpendapatan tinggi. Najib tiada alasan untuk menolaknya. Soal kredibiliti adalah ukuran sejauh mana kesanggupan dan keengganan pemimpin untuk berdebat.

Ketentuan menang kalah dalam pilihanraya ke-13 ditentukan oleh kredibiliti pemimpin. Jangka hayat Umno-BN akan dinilai oleh pengundi dalam pilihanraya akan datang ini yang dianggap paling mencabar.

----------------------------------

Penulis adalah bekas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Pernah menjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS dan juga Ketua Pengarang Harakah.

Blogger Umno mula fitnah calon PAS

Posted: 19 Jan 2011 11:06 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan Tarmizi yang juga penyelaras majlis makan malam bersama kerajaan negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu negara mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, "Suara Dari Bumi" pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Tarmizi mendakwa taktik-taktik jahat ini adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger 'pemfitnah' pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Tarmizi juga menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker DUN Kelantan.

Umno Tandus Pemimpin, Recycle Lagi

Posted: 19 Jan 2011 08:02 PM PST

Nampaknya perang umno sesama mereka meletus lagi. Ini dikatakan calon yang mereka letak mendapat tentangan dari pemimpin umno setempat. Azhar dikatakan calon bukan pilihan, ini kerana beliau diletakan pada pilihan no 6. Nampak gayanya calon pilihan Muhyidin kecewa lagi.


Kesian umno, main recycle pemimpin yang tidak di terima penyokong. Istilah famus umno, siapa pandai cium punggung pemimpin. Dia lah yang jadi calon.


Live blogging.

Pergi ke pejabat naiki 'basikal torpedo'

Posted: 19 Jan 2011 07:00 PM PST

WHITMORE REANS, Britain - Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.

Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi nama velomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands.

"Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe. - Agensi

Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet

Posted: 19 Jan 2011 06:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0120/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg

KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain.

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.

Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.

Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi

Lari lintang-pukang diserbu khalwat

Posted: 19 Jan 2011 05:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0120/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my

DUA gadis yang ditahan bersama dua lelaki disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kampung Lak Lok di Besut kelmarin.

BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun.

PRK Tenang: Calon Umno-BN bukan 'orang parti'

Posted: 19 Jan 2011 04:00 PM PST

Calon Umno-BN (gambar di bawah) yang diumumkan oleh Muhyidin Yasin di Labis. Sehubungan itu Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Hj Rusdin Mahamod (selaku calon rangking no.1), walaupun beliau tak terpilih (kerana anak kelahiran Negeri Sembilan), tetap menyifatkan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim, sebagai calon yang tepat bagi pilihan raya kecil Tenang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaAVhOT-TmWGHa1KF7j4QnwyVMg4te9cuC2DG8mXoDdVo9z8seFo6oC1oae-VMRdp-H6knSWtV9_SlP5cAFw2AV41kcVJLHCFVP-fGQhlQZvtKwoPItfxyGnJZZavTWoHH12ychEJQTfdi/s320/Calon+BN-Azha.png

Sebelum itu, Haslinda (calon ranking n0.5) telah digegerkan oleh pelbagai media, terutamanya blogger pro-wanita Umno adalah bakal calon wanita yang bakal dipilih. Namun, disebabkan beliau belum berkahwin, meskipun sudah berumur, maka Haslinda diikira tidak layak.

Latar belakang calon Umno-BN:

Nama: MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM

Kp: 720514015839

No. Lahir: A2175708

Tempat Mengundi:

No 19, Jalan Tenang Kampong, Bandar Labis Timor, Tenang.

Status kewarganegaraan: Malaysia, Johor, Labis, Tenang.

Alamat Pos:

PENOLONG PEGAWAI DAERAH / PENTADBIR TANAH , DAERAH KECIL RENGIT , 666 JALAN PEJABAT ,

RENGIT 83100, Batu Pahat

Hubungi phone: 0137233691, 0197557345

Hubungi e-mail: azahartokai@yahoo.com

Exclusive Report :

Glamour's name: Tok Ai

Jawatan semasa: ADO Rengit

Hubungan dengan pemimpin tempatan: Anak Penghulu Labis (bekas Ketua Bahagian Labis)

Penglibatan politik: Tak berminat untuk bertanding, tetapi terpaksa demi Umno.

Rangking pilihan daripada 10 calon: No.6.

Kesemua nama calon:

1. HJ ROSDIN MAHMUD, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis

2. HASHIM DAUD, Naib Ketua UMNO Bahagian Labis

3. MOHD SAHIR BIN ALI HUDDIN, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis

4. JAIM BIN YUNUS, mencabar Sulaiman jawatan ketua bahagian tetapi kalah 11 undi, penyokong TPM

5. HASLINDA BINTI SALLEH, Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis (belum kahwin, 38)

6. MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM. ADO Rengit (pegawai awam, tidak pimpinan parti)

7. MASRAN BIN AHMAD SAYUTI, AJK Pemuda UMNO Bahagian Labis

8. HARUN BIN SALEH, Anak Peneroka Chempelak, bekas Setiausaha Politik

9. AZLAN HALIN, bekas guru, rapat dengan MB

10. SYED OSMAN SYED ABDULLAH, bekas Setiausaha bekas ADUN.
Umno-BN sudah guna formula 'siapa sahaja calon, tidak semestinya penjawat parti, akan dipilih asalkan boleh menang' telah diamalkan... Apakah makna perjuangan? Hanya Tuhan Yang Esa yang maha menilai.

Tiada ulasan: