Kerabu Bersuara ® |
- Calon Tenang: Pemuda mahu PAS letak orang muda
- Khairy: Amah nafi, ramai ‘berhutang’ dengan Rais
- [Video Ucapan Anwar] Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
- DUN Tenang: Pemimpin NUPW mahu tanding calon Bebas
- Pilihan raya: Itu antara saya dan PM, kata Khairy
- MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja
- Jangan Banyak Tanya, Pak Lah Tidur Masa Tu
- Bekas SUK susup kuasa MB urus perlantikan
- Hodgson tinggalkan Liverpool, Dalglish ambil alih tugas
- Tiada rotan akar berguna - Satim pun Satimlah!
- Ungkapan 'balik India': Pegawai Guang Eng minta serah rakaman CCTV
- Pelancong ke ‘Little India ditawar pemandu pelancong percuma
- Isu SUK: Awang Selamat biadab, berniat jahat
- Sekarang UMNO hendak laga-lagakan Menteri Besar dan Exco-Exco dengan pegawai-pegawai kerajaan.
- Gambar Sultan Muhammad Ke-V Di Gua Musang
- [Bergambar] Oh Dunia. Pakai Tudung, Punggung Tersembul!
- PENA: Kami telefon Muhyiddin hari ini juga
- Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh
- Pejabat MB serang, dakwa bekas SUK ‘bisu’ isu Khusrin
- SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit
| Calon Tenang: Pemuda mahu PAS letak orang muda Posted: 08 Jan 2011 03:00 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 8 Jan – Dewan Pemuda PAS pusat mahu calon yang bakal dipilih parti itu, mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Tenang hujung bulan ini, seorang yang muda dan berpotensi untuk menang. Ketuanya, Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata, walaupun keputusan calon akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi, namun beliau mahu orang muda dipilih bagi mewakili parti Islam itu. PAS dijangka akan memutuskan bakal calonnya pada mesyuarat pusat di sini, esok. "Dari segi itu kita sebenarnya meletakkan sasaran calon paling berpotensi untuk menang iaitu calon orang muda dan anak tempatan. "Kita nak calon orang muda yang mampu memikul amanah dengan baik, kita mahu calon itu berupaya untuk menjiwai masyarakat tempatan di sana (Tenang)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS pusat. Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan bahawa Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu. Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon yang akan memikul tanggungjawab itu pada 16 Januari ini. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada Umno-BN 17 Disember lepas. Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang ialah pada 22 Januari manakala manakala hari pengundian diadakan pada 30 Januari. Tambah Nasrudin, walaupun DUN Tenang adalah kubu kuat BN, namun Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP mampu untuk merampas kerusi tersebut. "Kita yakin boleh beri saingan sengit kepada Umno-BN walaupun Tenang adalah kubu kuat mereka. "Namun kita mempunyai peluang sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi-pengundi. "Selama ini pengundi berikan sokongan kepada Umno-BN kerana dapat maklumat sehala sahaja, mereka tidak tahu perubahan yang dilakukan Pakatan Rakyat dan ini yang akan kita sampaikan," katanya sambil menambah akan meletakkan seramai 500 jentera Pemuda PAS di DUN Tenang bermula 20 Januari depan. Selain itu, menurut Nasrudin, pihaknya akan meningkatkan usaha untuk membawa pulang pengundi muda di DUN Tenang yang bekerja di luar. "Kita tahu ramai orang muda berada di luar, jadi kita akan berusaha untuk memastikan mereka pulang mengundi. "Kita akan usahakan perkara ini, kita akan dekati pengundi muda ini. Straregi bagaimana kita akan lakukan biarlah ia menjadi rahsia. "Atas perkembangan mutakhir ini, kita lihat banyak isu yang boleh kita mainkan supaya mereka (pengundi muda) tidak lagi terlalu bergantung kepada Umno-BN," katanya. DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07 peratus). |
| Khairy: Amah nafi, ramai ‘berhutang’ dengan Rais Posted: 08 Jan 2011 02:47 PM PST KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin percaya banyak pihak 'berhutang' permohonan maaf kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim ekoran kenyataan bekas pembantu rumahnya yang menafikan dia dirogol Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu. "Saya merasakan ramai yang berhutang permohonan maaf yang cukup besar. Anda tahu siapa anda sebenarnya," kata Khairy, Ketua Pemuda Umno, dalam mesej Twitter susulan laporan penafian bekas amahnya, semalam. Khairy dan Rais merupakan ahli Parlimen dari Negeri Sembilan. Laporan dari Jakarta semalam menyebut, bekas pembantu rumah Rais itu majikannya baik hati dan tidak mempunyai masalah dengan dirinya. Laporan portal berita detik.com memetik amah itu sebagai berkata dia bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu di rumah Rais dari 1999 hingga 2007. Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempertikaikan dakwaan menyentuh Rais. "Antara lain Najib mempertikaikan kenapa dakwaan yang berlaku pada tahun 2007 dibangkitkan pada tahun 2011. "Suka diingatkan, isunya bukanlah masa, sebaliknya isu yang timbul ialah salahlaku jenayah seksual yang didakwa telah berlaku dan tentunya secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeruhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia. "Isu ini pernah dikemukakan oleh MigrantCare, pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengenai isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan pada ketika itu," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Shamsul Iskandar juga berkata, tindakan Najib mengatakan bahawa Rais tidak boleh dihakimi sehingga siasatan dijalankan' juga adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab. "Terbukti wujud dua set undang-undang yang berbeza untuk ahli Umno dan musuh Umno. "Di saat (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah, tindakan Najib ini jelas bersifat dangkal," kata beliau. Kata beliau, sekiranya benar sebagaimana kata Najib bahawa dakwaan ke atas Rais itu perlu disiasat, maka wujud kewajaran mendesak agar Rais digantung tugas atau direhatkan sementara daripada menjalankan tugas selaku ahli Kabinet untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan. Dalam kenyataan pertama mengenai isu itu semalam, Najib melahirkan kesangsian dengan dakwaan pihak tertentu bahawa Rais telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia, tiga tahun lalu. Sambil meminta agar menghentikan spekulasi mengenai kes itu, Najib mempersoalkan mengapa isu itu dibangkitkan secara tiba-tiba baru-baru ini walaupun insiden tersebut didakwa berlaku tiga tahun yang lalu. "Dalam apa jua kes, kejadian berlaku pada 2007. Persoalan ialah mengapa sekarang?" kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini. Kata beliau, seseorang itu tidak wajar diadili melainkan siasatan sewajarnya telah dijalankan. Sehubungan itu, Najib menggesa semua pihak agar berhenti daripada membuat spekulasi memandangkan Rais sudah pun memberi respons terhadap dakwaan itu. "Beliau sudah pun membuat kenyataan. Beliau berpegang pada kenyataannya dan beliau sanggup untuk disiasat, jadi biarkan proses siasatan dijalankan," kata beliau. Rabu lalu, Rais juga menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. "Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya. |
| [Video Ucapan Anwar] Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia! Posted: 08 Jan 2011 02:00 PM PST |
| DUN Tenang: Pemimpin NUPW mahu tanding calon Bebas Posted: 08 Jan 2011 08:00 AM PST LABIS, 8 Jan – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi juga berkemungkinan calon Bebas. Ini berikutan hasrat G. Sivanandan, 50, seorang pemimpin tempatan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW) untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar di kalangan pekerja ladang di DUN Tenang. "Nasib dan kebajikan pekerja ladang perlu dibela dan pencalonan saya sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mewakili suara mereka (pekerja ladang DUN Tenang)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan telah bergiat aktif di dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Proses penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari ini. DUN Tenang mempunyai empat buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang North Labis, Ladang Sungai Labis, Ladang Voules dan Ladang Bukit Datok. Sivanandan berkata, sokongan kuat yang diterimanya daripada pekerja ladang di DUN Tenang itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap taraf hidup dan gaji rendah yang diterima oleh pekerja terbabit daripada majikan mereka. Beliau bagaimanapun bersedia untuk mengkaji semula keputusannya hendak bertanding pada pilihan raya kecil itu, jika kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang itu. "Saya bersedia menarik diri (daripada bertanding) jika kerajaan dapat memperbaiki kehidupan pekerja ladang," katanya dan menambah beliau berhasrat berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyampaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang. Beliau berkata pada ketika ini gaji yang diterima oleh pekerja ladang adalah di antara RM20 hingga RM30 sehari dan jumlah itu adalah tidak mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga mereka. "Gaji yang diterima itu tidak termasuk potongan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), bayaran elektrik dan air, kos persekolahan anak-anak, pinjaman, makanan dan lain-lain. Kehidupan mereka memang amat susah," kata beliau. Sivanandan berharap kerajaan mengambil perhatian serius dan menyelesaikan masalah yang telah membelenggu pekerja-pekerja ladang sejak sekian lama. Ditanya sama ada beliau menganggotai parti politik, beliau menafikan pernah menjadi anggota parti politik atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik tempatan. "Bagaimanapun, parti-parti pembangkang memang meminta saya supaya meneruskan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dengan alasan untuk memecahkan undi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu," dakwanya. – Bernama |
| Pilihan raya: Itu antara saya dan PM, kata Khairy Posted: 08 Jan 2011 07:45 AM PST KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata sebarang perkara berhubung kedudukannya pada pilihan raya akan datang hanyalah antara dirinya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Ia hanya antara saya dan Perdana Menteri," katanya ringkas kepada pemberita selepas menemui Najib pada sesi pertemuan anggota Parlimen Barisan Nasional dengan PM di tingkat 4, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Baru-baru ini Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang. Beliau juga dipetik sebagai mengatakan "ya" dan mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Terdahulu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik. "Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can't wait" (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar), katanya menerusi Twitter pada Sabtu lepas. Kenyataan itu mendapat respons hebat daripada pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak. – Bernama |
| MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja Posted: 08 Jan 2011 07:30 AM PST Oleh Boo Su-Lyn SUBANG JAYA, 8 Jan – Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini. Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru. Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri. "Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja," kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja. Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi. Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan. Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi. "Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri," kata Khalid. "Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri," katanya. Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu. "Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka," kata Khalid, menteri besar penggal pertama. Khalid juga berkata, Sultan Selangor telah memberi jaminan akan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan negeri meskipun pihaknya tidak bersetuju dengan pilihan penyandang semasa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khusrin merupakan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. "Saya gembira Tuanku memberi saya jaminan bahawa kami akan terus mengadakan perbincangan dengan istana," kata beliau. Dalam kenyataan terbaru pagi tadi, Khalid menafikan bahawa Ramli dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata sebaliknya KSN telah menyerahkan senarai nama calon Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Khalid. "Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010 dan cara ini ternyata tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional. "Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Menteri Besar," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ramli berkata beliau telah menyenaraikan lapan nama yang layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan senarai nama itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor serta salinannya turut diberikan kepada Menteri Besar dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kira-kira tiga bulan sebelum beliau bersara. Faekah berkata perkara itu terbongkar apabila pada 21 Disember lepas, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang beliau hantar kepada Ramli berkenaan perkenan Sultan Selangor melantik Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. |
| Jangan Banyak Tanya, Pak Lah Tidur Masa Tu Posted: 08 Jan 2011 07:15 AM PST Pak Lah nafi arah tutup kes rogol amah Indonesia Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, 8 Jan – Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau pernah mengarahkan supaya menutup insiden pembantu rumah Indonesia, didakwa dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, empat tahun lalu. Abdullah juga berkata beliau tidak tahu-menahu insiden seumpama itu ketika era pentadbirannya. Laporan semalam juga menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dia diperkosa oleh Rais, yang turut berada dalam Kabinet Abdullah ketika itu. "Saya tidak tahu (perkara itu). Saya tidak fikir adanya kejadaian itu," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Kuliah Peringatan Abdullah Yusuf Ali di Kolej Universiti Mahsa di sini. Dakwaan itu muncul dalam blog pro-Umno bulan lalu mendakwa Rais merogol pembantu rumah berkenaan pada 2007 ketika Abdullah masih merupakan perdana menteri. Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri pada April 2009 dan beberapa blogger menuduh beliau menutup kes tersebut. Kes itu didawa didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Indonesia Migrant Care. Laporan Migrant Care yang mengandungi temu bual dengan pembantu rumah berkenaan juga diedarkan menerusi internet. Abdullah yang mesra dikenali sebagai "Pak Lah" juga berkata, Rais telah pun mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut. Sehubungan itu kata beliau, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat dakwaan ke atas Rais jika didapati tidak betul. Laporan media Indonesia semalam memetik wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Rais selama lapan tahun sehingga 2007 menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu. Menurut laporan portal berita detik.com, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang. Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia. Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu. Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi. Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. "Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya. |
| Bekas SUK susup kuasa MB urus perlantikan Posted: 08 Jan 2011 07:00 AM PST SHAH ALAM, 8 Jan – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud menyusup kuasa-kuasa Menteri Besar apabila menguruskan pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan itu. Beliau berkata tugas itu adalah tanggungjawab Menteri Besar dan tidak pernah disandarkan kepada Datuk Ramli. "Pihak Menteri Besar dan EXCO tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menguruskan perlantikan jawatan itu bagi pihak mereka. Kalau dia cakap dia tak beritahu Menteri Besar atau pun dia beritahu, yang sebenarnya dia tak disuruh untuk buat kerja itu, kerana MB yang sepatutnya buat kerja tersebut," katanya. Justeru menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan keadaan bagi memastikan pelantikan SUK dan jawatan penting lain dibuat secara telus dan mengikut landasan yang ditetapkan. "Kita mesti membetulkan keadaan, jadi inilah yang saya sedang usahakan. Rakyat harus sedar bahawa apa juga yang kita lakukan, ia adalah untuk manfaat mereka. Jika saya berpeluk tubuh, maka saya akan dilihat sebagai akur dengan situasi yang ada," tambah beliau. Khalid berkata atas hasrat itu, kerajaan negeri mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada penghujung bulan ini. Sidang itu untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri. "Saya mahu mengatasi masalah ini, itu sebabnya kita berusaha untuk mengadakan sidang Dewan, sebab pada zahirnya ini adalah isu enakmen," tambah beliau lagi. |
| Hodgson tinggalkan Liverpool, Dalglish ambil alih tugas Posted: 08 Jan 2011 06:45 AM PST LIVERPOOL 8 Jan - Liverpool mengumumkan hari ini pengurus, Roy Hodgson telah meninggalkan kelab selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak dan tempatnya digantikan dengan Kenny Dalglish menjelang perlawanan Piala FA menentang Manchester United esok - AFP |
| Tiada rotan akar berguna - Satim pun Satimlah! Posted: 08 Jan 2011 06:30 AM PST Dato Satim Diman, itulah nama yang telah diangkat menjadi Ketua Pembangkang diDewan Undangan Negeri Selangor menggantikan Mohd Khir Toyo yang telah melepaskan jawatan itu. Satim juga dikatakan adalah orang yang akan menjadi Menteri Besar Selangor jika BN dapat mengembalikan kuasa mentadbir Negeri Selangor dalam PRU yang akan datang. Saya tidak mengenali Satim ini, tetapi pernah mendengar namanya dan setakat ini belum pernah ada kesempatan untuk saya bercakap dengan beliau untuk memahami beliau secara peribadi. Jika benar Satim adalah orang yang akan menjadi MB Selangor jika BN kembali berkuasa tentulah pemilihan beliau itu telah diselidik, dikaji dan diteliti oleh pimpinan tertinggi kita tentang kewajaran memilih beliau sebagai calun Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya umum nanti. Selangor merupakan negeri yang terkaya dalam Persekutuan kita ini maka untuk mentadbir negeri kaya ini ianya memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat jujur, amanah dan 'wisdom' kepimpinan yang tinggi. Kita mesti ingat yang salah satu sebab kenapa Selangor tersungkur didalam pilihanraya dahulu ialah kerana bukti-bukti jelas yang kerajaan pimpinan UMNO sebelum 2008 dahulu adalah kerajaan yang tidak bersih dan kita sudah pun mendengar dan melihat buktinya. Dulu untuk meninggalkan dan membelakangkan UMNO ini amat susah; ibarat memisahkan kulit dengan daging. Tetapi sekarang cemuhan terhadap UMNO oleh orang ramai sudah menjadi perkara biasa dan tindakan keluar dari UMNO ini sudah menjadi lazim. Contohnya didalam PRU 12 yang lalu lebih kurang 1.4 juta ahli UMNO meninggalkan UMNO dengan mengundi PR didalam peti undi. Apabila seseorang ahli mengundi dan menyokong parti lain ia bermakna mereka telah meninggalkan UMNO. Itulah sebabnya menamakan Satim Diman untuk dijadikan MB Selangor jika BN menang mestilah benar-benar pilihan yang betul dan diterima rakyat. Jika Satim adalah nama yang baik bagaimana pula calun-calun yang lain? Kita mesti terima hakikat barisan yang ada didalam UMNO Selangor ini adalah barisan yang amat dicurigai oleh rakyat setiap bangsa. Sesungguhnya dalam UMNO Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain tidak ada lagi pemimpin yang boleh diyakini untuk menggantikan pimpinan negeri yang sudah menjadi 'spent force' itu. Saya lebih cenderung untuk mengatakan yang Satim bukanlah calun yang terbaik kerana beliau belum terbukti sebagai 'leader with distinction'. Tetapi dia sahajalah yang UMNO boleh ketengahkan diSDelangor setakat ini. Kata seorang kawan dari Petaling Jaya kepada saya, "Tiada rotan akar pun berguna. Satim pun Satimlah!". Begitulah keadaan UMNO diSelangor…tiada pemimpin yang benar-benar mempunyai pemimpin yang berwibawa. Apa pun yang nak dikatakan oleh siapa pun tentang PR, mereka telah pun memerintah Selangor dan asimilasi PR telah mula berakar umbi diSelangor. Jika dahulu BN yang telah memerintah berdekad-dekad lamanya dinegeri ini boleh ditumbangkan oleh mereka, untuk mengekalkan pimpinan mereka adalah agak mudah. Kehadziran mereka telah sampai kestruktor pentadbiran kerajaan yang terendah, iaitu penguasaan mereka diperingkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dimana sebahagian besar rakyat ditadbir. Jika kerajaan negeri PR diSelangor ini menggunakan JKKK ini dengan berkesan maka peluang BN untuk mendekati rakyat secara fisikal adalah amat sukar dan terbatas. Jika Satim dipilih untuk mengetuai BN dalam melakukan tugas berat ini, satu persoalan penting yang perlukan jawapan ialah samada Satim boleh memberikan impak yang berkesan dari pengundi-pengundi kaum-kaum yang lain. MCA bukan lagi seperti MCA yang dulu. MCA terbukti tidak mampu bertahan dengan perkembangan pengaruh DAP yang kian hari kian besar dikalangan pengundi kaum Cina. Tidak keterlaluan jika orang ramai mempunyai pendapat yang 80 peratus dari kaum Cina adalah penyokong DAP. Kalau dulu media perdana berjaya memomokkan DAP dimata orang Melayu, sekarang ini ramai orang Melayu telah memberikan keyakinan terhadap DAP jauh lebih besar dari MCA. Media perdana pula sudah kurang diyakini oleh orang ramai kerana rakyat telah mempunyai persepsi yang begitu rendah terhadap media perdana sekarang ini kerana rakyat sudah mempunyai persepsi yang media perdana adalah alat propaganda UMNO semata-mata. MCA tidak dapat bertindak untuk mendapatkan sokongan kaum Cina kerana kaum itu menganggap yang MCA adalah semata-mata 'stooge' kepada UMNO malahan didalam pilihanraya yang lalu MCA telah dengan terang-terang menuduh UMNOlah yang menyebabkan sokongan kaum Cina berkurangan terhadap MCA bagi membawa kemenangan yang lebih besar kepada BN. Kewujudan PERKASA pula dianggap sebagai duri dalam daging oleh kaum Cina kerana 'political NGO' ini dituduh memainkan isu-isu perkauman yang menebal dan ramai diantara ahli-ahlinya adalah juga ahli-ahli UMNO. PERKASA dilihat oleh kaum bukan Melayu sebagai perisai kepada UMNO dan salah satu cabang kepada UMNO untuk memainkan isu perkauman luar dari UMNO. Justru itu kaum Cina tidak lagi segan dan silu untuk berlindung dibelakang DAP yang juga lebih diyakini oleh orang Melayu daripada MCA. Semua komplikasi yang dihadapi oleh politik seperti ini terutamanya diLembah Kelang akan memberikan banyak halangan bagi Satim untuk menjadi ketua yang berkesan bagi membawa Selangor kembali ketangan UMNO dan BN. Satim masih lagi belum mempunyai kredibiliti yang secukupnya untuk menentang arus perubahan yang sedang berlaku dalam politik dan siasah negara. Dalam pada itu kita tidak boleh hendak menolak Satim kerana bak kata kawan saya tadi, "Tak tak ada rotan, akar pun berguna. Satim pun Satimlah! Apa nak buat?" Kalau itu keadaannya saudara buatlah kira-kira sendiri; Mampukah UMNO kembali keSelangor sebagai pemerintah? Tentu saudara tahu jawapannya. Tidak perlu bersusah payah untuk memberikan jawapannya. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/tiada-rotan-akar-berguna-satim-pun.html |
| Ungkapan 'balik India': Pegawai Guang Eng minta serah rakaman CCTV Posted: 08 Jan 2011 06:15 AM PST Muhayat Jasmin GEORGETOWN, 8 Jan: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik, menafikan beliau mengeluarkan kata-kata rasis bersifat perkauman terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Aliyar, Syed Kesali Mohamed Aliyar dalam operasi yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada malam Ahad yang lalu. Mengulas dakwaan yang dilemparkan kepadanya, Ng berkata, sekiranya benar terdapat perkataan rasis yang dikeluarkan oleh beliau terhadap pengusaha tersebut sepertimana yang didakwa, bukti rakaman CCTV yang ada di restoran tersebut sepatutnya dikemukakan sebagai bahan bukti. Sebelum ini NG yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar didakwa melemparkan ungkapan 'tutup kedai, balik India' kepada pengusaha tersebut dalam satu insiden yang melibatkan anggota penguatkuasa MPPP serta beberapa individu lain. Ekoran dakwaan tersebut, Ng telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pattani, semalam. "Laporan ini meminta supaya pihak polis membuat siasatan terhadap dakwaan fitnah yang dilemparkan oleh pengusaha restoran tersebut dan Pengerusi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed. "Tindakan ini adalah bagi membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti perkauman sepertimana yang difitnah oleh sesetengah pihak. Manakala segelintir dari mereka yang terlibat ini berniat jahat dan cuba untuk menjadikan isu ini sebagai mainan politik murahan mereka, " ujarnya. Ng juga meminta pengusaha tersebut supaya segera menyerahkan rakaman CCTV yang ada sebagai bukti kepada pihak polis bagi memudahkan siasatan terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. "Sekiranya saya tidak membuat ungkapan tersebut, maka pihak polis harus mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba membuat dakwaan palsu dengan niat jahat dan berunsur perkauman itu," tegasnya lagi. |
| Pelancong ke ‘Little India ditawar pemandu pelancong percuma Posted: 08 Jan 2011 06:00 AM PST KUALA LUMPUR, 8 Jan – Pelancong ke 'Little India' di Brickfields di sini akan diberi lawatan berpandu secara percuma di bawah program 'Free Walking Tour of Little India' mulai 15 Jan ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, berkata di bawah program itu, seorang pemandu pelancong akan mengendalikan 20 pelancong dalam satu kumpulan. Katanya kumpulan pelancong itu akan dibawa berjalan ke pelbagai kedai menjual rempah ratus, kain, makanan aromatik, pelbagai manisan tradisional yang menampilkan kekayaan warisan dan kebudayaan di kawasan itu. "Kami mahu pelancong mendapat pengalaman melihat corak kehidupan pelbagai masyarakat yang hidup secara harmoni di 'Little India'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan risalah mengenai tempat-tempat menarik di kawasan tersebut di sini hari ini. Ahmad Fuad berkata khidmat lawatan berpandu secara percuma itu akan mengambil masa selama tiga jam dan dikendalikan dalam bahasa Inggeris pada setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga. Memetik laporan Bernama, katanya program seperti itu akan diperluaskan ke kawasan lain seperti Kampung Baru dan Petaling Street. |
| Isu SUK: Awang Selamat biadab, berniat jahat Posted: 08 Jan 2011 05:46 AM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 8 Jan: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menempelak sikap wartawan akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat yang mengulas isu perlantikan SUK Selangor. Katanya, seorang yang berfikiran waras akan memahami soal perlantikan SUK tidak langsung timbul isu penderhakaan terhadap Sultan Selangor seperti yang cuba digambarkan Awang Selamat. Ianya hanya membabitkan masalah pentadbiran antara kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu tersebut jelasnya bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi, kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja. "Tulisan Awang Selamat atas tema 'biadab', sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. "Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas tulisan wartawan Utusan itu dalam keluaran akhbar itu Ahad lalu. Tambahnya lagi, Awang Selamat juga sepatutnya ingat bahawa DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan Umno BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Beliau juga mahu wartawan akhbar pro Umno itu membaca kembali laporan Berita Harian, pada 19 Januari 1993, menyiarkan berita seorang ahli parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika mahu kekal lama. "Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. "Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut," katanya memberi peringatan. Membidas sikap Awang Selamat yang didakwa 'tidak ubah sebagai pecacai Umno', beliau memberitahu Pakatan Rakyat sentiasa menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan Selangor ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari juga katanya sangat mengujakan. "Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh bahawa tohmahan mereka salah. "Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Datuk Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara," katanya lagi. Selain utusan, turut ditempelak adalah NGO Gaps dan Perkasa dan beliau mahu kesemua mereka menghentikan taktik 'kotor' tersebut. "Amat menghairankan di mana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan?" soalnya. |
| Sekarang UMNO hendak laga-lagakan Menteri Besar dan Exco-Exco dengan pegawai-pegawai kerajaan. Posted: 08 Jan 2011 05:23 AM PST Menteri Besar dan Exco-Exco bukan bermusuhan dengan Datuk Khusrin bila menolak beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Yang dipertikaikan adalah cara Ketua Setiausah Negara membuat perlantikan tanpa berbincang dengan Menteri Besar. SUK adalah pegawai tinggi kerajaan yang paling utama dan bertanggunjawab melaksanakan polisi-polisi yg dibuat oleh Menteri Besar dan Exco-Exco. Jadi tidak logik perlantikan tidak dibincang dengan mereka. Selepas menjadikan isu perlantikan SUK ini isu perkauman dan cuba melaga-lagakan kerajaan negeri dengan Istana, UMNO cuba melaga-lagakan kerajaan negeri dengan pegawai-pegawai kerajaan. Saya yakin usaha ini tidak akan berjaya kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor amat menghargai akan sumbangan kesemua kakitangan kerajaan. Polisi-polisi dan program-program baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang oleh mereka. Iskandar A. Samad Exco Kerajaan Negeri Selangor 8 Januari 2011 |
| Gambar Sultan Muhammad Ke-V Di Gua Musang Posted: 08 Jan 2011 12:02 AM PST FOTO-FOTO SULTAN MUHAMMAD KE-V DI GUA MUSANG Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 7 Januari 2011, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, yang di dalam keberangkatan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui jalan darat, telah meluangkan masa selama sehari semalam untuk bersama-sama dengan penduduk di sekitar jajahan Gua Musang. Aturcara Tuanku pada hari itu dimulai dengan majlis solat Jumaat bersama-sama para penduduk di Masjid Mukim Sungai Terah yang diikuti oleh pengurniaan sumbangan kewangan kepada masjid tersebut, pengurniaan bantuan zakat kepada 100 fakir miskin dan pengurniaan geran tanah kepada 31 penduduk di sekitar jajahan tersebut. Setelah santap bersama-sama para pembesar, pemimpin dan pegawai kerajaan di Istana Persinggahan Gua Musang, Tuanku kemudiannya meluangkan masa untuk melawat tapak kebakaran membabitkan 43 keluarga di Bandar Lama Gua Musang di samping memberikan bantuan material dan sokongan moral kepada kesemua mangsa yang terlibat. Pada sebelah malamnya pula, Tuanku meluangkan masa untuk meraikan kira-kira 200 penduduk kaum asal di sekitar jajahan tersebut dengan menganjurkan satu majlis barbecue khusus untuk mereka di Istana Persinggahan Gua Musang. Bagi melahirkan penghargaan mereka kepada Tuanku, penduduk-penduduk asal tersebut telah menyajikan beberapa persembahan tradisional, termasuk tarian rewang, kepada Tuanku. Disertakan di sini beberapa keping gambar yang berkaitan untuk tatapan semua. Terima kasih. [Sumber] |
| [Bergambar] Oh Dunia. Pakai Tudung, Punggung Tersembul! Posted: 07 Jan 2011 10:15 PM PST ![]() apa nak jagi dengan rakyat malaysia. islam apa macam ni wei! buat malu agama Islam! konon orang beragama tapi sebenarnya jahil |
| PENA: Kami telefon Muhyiddin hari ini juga Posted: 07 Jan 2011 10:10 PM PST Jimadie Shah Othman Bagi menyatakan kesungguhan mereka menentang penarikan balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Persatuan Penulis Nasional (PENA) berkata akan memaklumkan pendirian mereka kepada menteri pelajaran serta-merta. "Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain. "Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah. Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima. Katanya, pendirian itu juga diambil setelah bertemu sendiri dengan Abdullah sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu. Hadir sama dalam sidang media itu Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Md Salleh Yaapar. Sementara itu, presidennya Mohd Saleeh Rahamad pula berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bagi menyampaikan tentangan mereka tanpa kompromi terhadap cadangan penarikan dan penyuntingan Interlok. Bimbang komposisi panel Mengulas tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula penggunaan novel itu di sekolah menengah, Mohd Saleeh berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan perkara itu. "Kita bimbang bila kaji semula, jawatankuasanya dibarisi (wakil berkepentingan) secara tidak seimbang. "Kita bimbang ada keputusan lain," katanya yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya. Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu. "PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya. Sementara itu, Md Salleh pula berkata berkata, tindakan kerajaan mengkaji semula buku itu mungkin disebabkan terdapat kecenderungan untuk mendengar pendapat "sebelah lagi". Sambil mendakwa, tentangan pada Interlok disebabkan tidak faham, Md Salleh berkata: "Apa yang disebut (pengarang) semua betul. Apa yang disebut semuanya fakta." |
| Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh Posted: 07 Jan 2011 07:00 PM PST Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 8 Jan — Majlis Peguam dan Suhakam turut menyertai desakan agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semalam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh. Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM. Susulan pengumuman itu semalam, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu, pembentukan suruhanjaya diraja tanpa turut menyiasat persekitaran yang membawa kepada kematian Teoh tidak ada sebarang makna dan ia satu langkah membazir wang rakyat. Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan juga berpendapat demikian. "Apa yang penting, dia (Teoh) mati ketika berada dalam tahanan SPRM. Beban adalah pada SPRM untuk menjelaskan apa yang berlaku," kata Ragunath (gambar) kepada The Malaysian Insider. "Mengenai soal kebersalahan, adalah penting untuk difahami bahawa Teoh merupakan seorang saksi. Adakah dia telah berhadapan dengan tekanan ketika disoal siasat? "SPRM mesti mengambil tanggungjawab," kata beliau. Ragunath yang sebelum ini melahirkan pendapat bahawa inkues itu tidak bermakna selepas koroner memberikan keputusan terbuka menambah, kerajaan bertanggungjawab kepada keluarga Teoh untuk memberi keadilan. "Koroner memutuskan tidak bunuh diri ataupun dibunuh, jadi bagaimana dia mati? Mereka mesti datang dengan rumusan," kata beliau. Justeru, kata Ragunath, apabila Najib menggariskan terma rujukan kepada suruhanjaya beliau sewajarnya memberikan kuasa untuk melihat punca yang membawa kematian Teoh dan tatalaku pegawai-pegawai SPRM. Malah kata beliau, pentadbiran Najib mesti memberi kuasa kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti protokol kesemua badan penguat kuasa, bukan hanya SPRM bagi membuktikan bahawa kerajaan persektuan serius untuk mendapatkan keyakinan rakyat ke atas institusi-institusi awam. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi semalam bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh. Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu lalu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid. Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas. "Skop kerja suruhanjaya diraja tidak wajar dihadkan... jadi, syor-syornya akan menjadi panduan komprehensif bagi SPRM untuk bergerak ke depan," kata ketua bahagian aduan dan pertanyaan Suhakam ini. "Jika mereka mahu menyiasat prosedur, bukannya prosedur-prosedur dalam buku tetapi teliti penggunaan prosedur yang sebenar, mereka harus meneliti dengan terperinci. "Jika penemuaan menunjukkan pegawai-pegawai (SPRM) bersalah, ia akan membantu kerajaan membersihkan badan penguta kuasa," katanya lagi. Sebagaimana ditekankan oleh Ragunath, Muhammad Sha'ani berkata, Teoh hanya seorang saksi yang dibawa untuk membantu siasatan SPRM. Kata beliau, undang-undang dalam prosiding jenayah memberikan lebih perlindungan kepada suspek berbanding saksi. "Sekarang orang ramai takut untuk membuat laporan, mereka tidak akan tampil untuk membuat pendedahan," katanya lagi. "Ramai yang sudah jadi mangsa. Ia sesuatu yang sudah diketahui (ramai), bukannya persepsi awam," kata beliau sambil menambah, terdapat banyak aduan mengenai dakwaan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM. Katanya, perbicaraan membabitkan bekas pengurus besar Sime Darby dan juga peguam terkenal Datuk Rosli Dahlan adalah antara beberapa kes dakwaan intimidasi semasa siasatan SPRM. |
| Pejabat MB serang, dakwa bekas SUK ‘bisu’ isu Khusrin Posted: 07 Jan 2011 06:17 PM PST KUALA LUMPUR, 8 Jan — Menjawab kenyataan Datuk Ramli Mahmud bahawa beliau bukan dalang, Pejabat Menteri Besar mendakwa, sehingga majlis persaraannya bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu terus 'membisu' tanpa memberitahu perkembangan sebenar sehingga membawa kepada pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi. Kenyataan pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Ramli, yang buat pertama kali bersuara semalam, tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya Khusrin walaupun didakwa sedia mengetahui perkembangan isu berkenaan dari awal. Antaranya, Pejabat Menteri Besar mendakwa pada hari yang sama, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu. Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang semalam menjawab respons Ramli pagi semalam yang menafikan beliau adalah dalang dan telah mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri dalam soal pelantikan Khusrin yang kini bertukar menjadi krisis perlembagaan. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ramli menegaskan, beliau bukan "dalang" dalam isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai penggantinya, yang kini bertukar menjadi krisis perlembagaan. Sebaliknya Ramli berkata Menteri Besar sepatutnya tahu bahawa Sultan Selangor sudah perkenan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Malah Ramli mendakwa beliau juga berpandangan bahawa Menteri Besar sedia menyedari pelantikan Khusrin dengan mendapat perkenan Sultan Selangor. "JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) serah tiga nama kepada Sultan Selangor dan baginda perkenan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. "Saya dapat surat daripada Istana mengatakan Sultan Selangor perkenan Datuk Khusrin dan meminta saya memaklumkannya kepada JPA. "Saya tanya ada salinan atau tidak, saya terima surat itu dan Menteri Besar juga terima surat itu," katanya. Ramli juga mengakui beliau tidak memaklumkan pelantikan Khusrin kepada Khalid kerana difahamkan pejabat Sultan Selangor sudah menghantar salinan surat berhubung perkara itu kepada Menteri Besar. "(Oleh itu) saya tidak maklumkan kepada Menteri Besar sebab saya ingat beliau sudah tahu (pelantikan Khusrin). Kalau Menteri Besar tidak tahu mengenai perkara itu, saya tidak tahu (soal itu), sepatutnya beliau tahu. "Ikut asal saya hantar lapan nama kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor termasuk Khusrin, jadi saya ingat perkara itu sudah dipersetujui. "Saya hanya lakukan kerja saya, bila Sultan Selangor perkenan, maka saya maklumkan kepada JPA," katanya. Kelmarin, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negerinya telah "disabotaj" dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan tidak diberikan maklumat tepat. Khalid Samad berkata berdasarkan maklumat diperoleh beliau, Ramli sedia mengetahui yang nama Khusrin sudah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan ia telah menerima perkenan oleh baginda. Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Khalid sehingga Menteri Besar itu terkejut dengan makluman pelantikan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember. Mengikut kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar petang semalam, berikut kronologi yang membawa kepada pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri: 26 Oktober 2010: Pusat Sumber Manusia memberi Nota Amalan kepada Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa: i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar. ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada Sultan Selangor. iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan Menteri Besar akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan. 26 Oktober 2010" Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baru dan menyenaraikan lapan nama yang dicalonkan untuk pelantikan. 8 November 2010: Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada lapan nama pegawai yang telah dicadangkan. 22 November 2010: Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon. 1 Disember 2010: Mesyuarat Exco bersidang, Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau. 2 Disember 2010: Mesyuarat MTES bersidang, Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 3 Disember 2010: Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Menteri Besar bahawa tiga nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian 8 Disember 2010: Mesyuarat Exco bersidang,.Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 9 Disember 2010: Mesyuarat MTES bersidang Datuk Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 15 Disember 2010: Mesyuarat Exco bersidang. Datuk Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau. 16 Disember 2010 2 petang: Mesyuarat MTES bersidang Datuk Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau. 16 Disember 2010 9 malam: Majlis Persaraan untuk Datuk Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Datuk Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 17 Disember 2010: Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan kerajaan negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini. 20 Disember 2010: Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar. 21 Disember 2010: Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Ramli sebagai balasan surat yang dihantar Datuk Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disembermemaklumkan kepada Ramli bahawa Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Khusrin. Surat itu juga menyatakan Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010. 24 Disember 2010: Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember daripada Munir bahawa Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan. 27 Disember 2010: Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap Sultan untuk perbincangan. 3 Januari 2011: Menteri Besar menghadap Sultan Selangor. Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai. 4 Januari 2011: Pejabat Menteri Besar menulis surat kepada Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini. 6 Januari 2011: Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada Sultan dan Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Khusrin. ends |
| SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit Posted: 07 Jan 2011 05:22 PM PST Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah. Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli. "Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional. "Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi. Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi: YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku. Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato' Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB. Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah. Dato' Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar. Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor. Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato' Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional. Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato' Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato' Khusrin sebagai SUK. Antara 10 hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin. Justeru, kenyataan KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato' Ramli. Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat. Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan