Khamis, 6 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PAS setuju tuduhan menteri rogol amah disiasat

Posted: 06 Jan 2011 10:00 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Jan: PAS menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu isu dakwaan seorang menteri merogol pembatu rumah Indonesia, diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Sambil mengalukan penafian keterlibatan yang dibuat Rais semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu isu itu disiasat dengan segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Di Indonesia, NGO yang mendedahkan isu ini, Migrant Care akan membuat satu sidang media khas sebagai menjawab isu ini selepas laporan mereka didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudiannya media khasnya laman web dan blog di Malaysia.

"Kita setuju bahawa isu ini perlu disiasat. Kita minta polis menyiasat dakwaan dalam blog-blog yang telah mendedahkan perkara ini.

"Kita tidak mahu nama baik Malaysia terjejas dan juga menjatuhkan imej Rais Yatim," kata Mahfuz ketika mengulas kenyataan Rais.

Semalam, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membuat penafian berhubung dakwaan bahawa beliau terlibat mrogol pembantu rumah warga Indonesia.

Penafian itu dibuat selepas banyak pihak mendesak beliau tampil membersihkan nama ekoran beberapa blog melaporkan penglibatannya dalam kes itu.

Beliau mendakwa ianya tuduhan yang dicetuskan penulis liar blog dan parti politik pembangkang.

Sehubungan itu beliau pihak yang terlibat membuat tuduhan tersebut disiasat mengikut lunas undang-undang.

Rais turut memaklumkan beliau dan keluarga, sedia memberi kerjasama membantu siasatan dan menerima apa sahaja keputusan siasatan akhir nanti.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu siasatan menyeluruh dan telus dilakukan.

"Siasatan mesti menyeluruh. Kalau ada nama yang pelu untuk polis pergi ke Indonesia, polis kena pergi la," katanya lagi.

Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan.

"Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendesak kerajaan mengantung tugas menteri penerangan itu buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.

Tenang: Muslimat Kedah siap sedia turun padang

Posted: 06 Jan 2011 09:30 AM PST

Muhayat Jasmin

LUNAS, 6 Jan: Muslimat PAS Kedah, telah membuat persiapan rapi bagi menurunkan anggota jentera bagi membantu kemenangan calun PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, yang akan diadakan pada 30 Januari yang akan datang.

Menurut Ketuanya, Siti Aishah Ghazali ketika ditemui semalam berkata, segala persiapan telah pun dilakukan bagi menggerakkan sepenuh jentera pilihan raya ke kawasan Dun Tenang.

"Bagi tarikh penamaan calun pada 22 Januari dan juga pada hari pembuangan undi segala persiapan telah pun disempurnakan bagi menggempur kubu yang menjadi milik Umno itu.

"Tiada apa yang mustahil, pilihan raya lalu PAS berjaya kurangkan mejoriti Barisan Nasional (BN) berbanding jumlah majoriti yang mereka perolehi pada pilihan raya umum 2004, kali ini kita mengharapkan kerusi tersebut dapat dirampas dan menjadi milik PAS," katanya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah mengakui kerusi Tenang sekarang sudah tidak lagi berada dalam keadaan tenang, memandangkan pelbagai isu korup, skandal, penyelewengan pimpinan BN sedang dibongkar.

"Mereka begitu takut sekiranya maklumat sebenar pembongkaran ketidakadilan yang mereka lakukan itu sampai ke pengetahuan rakyat terutamanya menjelang PRK Tenang dan juga PRU ke-13 yang akan datang, " tambahnya lagi.

Pihak tuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf

Posted: 06 Jan 2011 09:00 AM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tohmahan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja salah, namun tidak menghormati pihak keluarga dan keputusan mahkamah.

"PAS mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah," gesanya.

Koroner Azmil Muntapha Abas semalam tidak dapat memutuskan sama ada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut sebagai penghakiman terbuka atau "Open Verdict".

Azmil ketika membuat penghakiman berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, mahu siasatan sepenuhnya dibuat dengan menubuhkan suruhanjaya diraja.

"Masa yang lama diambil dalam siasatan koroner telah menunjukkan tidak ada penyelesaian yang konkrit dalam kes ini," tambahnya lagi.

Ekoran itu juga, beliau turut mencadangkan supaya pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan mangsa pada malam kejadian, digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Sementara itu, mengulas isu sama, Presiden Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan turut sependapat dengan pandangan Tuan Ibrahim.

Beliau dalam reaksi spontannya semalam mendakwa penghakiman terbuka tersebut telah menolak teori SPRM bahawa kematian Teoh disebabkan bunuh diri.

"Kenyataan bodoh SPRM tentang bunuh diri kini satu penipuan. Mesti ada orang yang kena bertanggungjawab," kata melalui Twitter.

Inkues yang telah berlangsung selama 18 bulan tersebut diibaratkan banyak pihak sebagai membazir waktu kerana kes tersebut masih tergantung.

Keputusan inkues semalam turut memberikan tamparan hebat kepada keluarga Teoh yang telah menunggu sekian lama untuk mencari jawapan terhadap kematian Teoh.

Turut berkongsi pandangan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Keputusan inkues yang telah menidakkan teori bunuh diri dan mengesahkan terdapat kecederaan pada Beng Hock sebelum jatuh adalah satu bukti kesalahan pada pihak SPRM dan polis dan juga satu munasabah yang kuat untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa kemungkinan besar kabinet Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja minggu hadapan selepas perbincangan diadakan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Shabery adakan pertemuan enam mata selesai isu Misbun

Posted: 06 Jan 2011 08:30 AM PST

KUCHING, 6 Jan – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan pertemuan enam mata untuk memulihkan keadaan berhubung kontroversi peletakan jawatan jurulatih perseorangan Datuk Misbun Sidek sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bermula minggu depan.

Menurutnya, beliau akan menguruskan pertemuan tersebut di antara bekas jaguh perseorangan negara itu dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh sebaik sahaja beliau balik dari lawatan rasmi dua hari ke Sarawak untuk meninjau projek kementeriannya di sini.

"Malam tadi saya telah berjumpa dengan Misbun, yang telah sempat mencurahkan rasa hatinya tentang beberapa perkara yang menjadi berbezaan di antara beliau dan BAM," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Akuatik Negeri, benilai RM33 juta di Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Shabery enggan menyatakan hasil pertemuan beliau dengan Misbun sebelum mengadakan satu dialog dengannya dan Mohd Nadzmi sebagai wakil kerajaan bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan.Beliau juga enggan memberitahu punca keputusan mengejut Misbun meletakkan jawatan pada 31 Dis lepas, yang telah disentuh oleh jurulatih itu kerana sehingga sekarang kedua-dua pihak tidak menghuraikan tentang perselisihan mereka kepada umum.

"Sudah tentu apabila berlaku luka, ia akan mengambil masa untuk menjernihkan suasana," kata Ahmad Shabery, yang diminta menyelesaikan perkara itu semasa pertemuannya dengan Mohd Nadzmi di Putrajaya semalam.

Sementara itu, beliau berkata pusat akuatik tersebut, yang dibina oleh kementeriannya dijangka beroperasi pada November tahun ini.

Beliau yakin ia akan menjadi satu tempat yang dapat dibanggakan oleh penduduk Sarawak, yang merupakan sebuah negeri yang paling banyak menyumbang kepada jaguh sukan, khasnya dalam bidang akuatik renang dan terjun.

"Jadi amat sesuai sekali Sarawak memiliki satu pusat akuatik yang terbaik di luar Kuala Lumpur yang boleh menjana lebih banyak minat orang Sarawak untuk terlibat dalam bidang ini serta melahir ramai lagi ikon negara dalam bidang ini," katanya sambil menambah bahawa ikon seperti Daniel Bego telah member inspirasi baru kepada ramai anak muda tempatan.

Selain kolam akuatik, pusat itu dilengkap dengan asrama lelaki dan perempuan serta kemudahan untuk menjalankan kegiatan belia yang lebih moden dan cangih. – Bernama

Isu SUK: Umno-BN rancang rampas kuasa Selangor, kata Hadi

Posted: 06 Jan 2011 08:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan Umno-BN sedang berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan.

Merujuk kepada kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang, kata beliau, semuanya dilakukan dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

"Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Marang ini berkata "apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihan raya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat."

Kata beliau, PAS juga ingin mengingatkan kepada Umno-BN bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ia tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah.

"Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno-BN," katanya.

Hadi seterusnya berkata PAS menganggap krisis pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang sedang berlaku ini adalah akibat

sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

"Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.

"Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," kata beliau.

Kata Hadi, mereka sepatutnya mengambil kira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Malah kata beliau sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisme yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan Umno-BN.

"Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka.

"PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep federalisme ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional," kata beliau.

Isu SUK Selangor: Selicik-licik umno Akan Jatuh Ke Tanah Jua. Percaya Lah!

Posted: 06 Jan 2011 07:45 AM PST

Isu SUK: Pakatan perlu pilih 'gelanggang' hadapi PRU-13

Oleh G. Manimaran


SHAH ALAM, 6 Jan — Ahli Parlimen Shah Alam berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tiada pilihan melainkan menerima Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi mahu menggunakan isu itu bagi mencapai matlamat besar pilihan raya umum ke-13.

Menurut Khalid Samad, mesej perlu disampaikan bahawa pelantikan Khusri telah pun dibuat dengan membelakangi peranan Menteri Besar.

Malah kata beliau pelantikan Khusrin dibuat dengan matlamat mahu melaga-lagakan kerajaan negeri dan Istana Selangor.

Malah kata beliau, kerajaan negeri juga perlu membawa mesej kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat perlu membawa isu semasa dengan meminta kerajaan pusat ditukar bagi mengembalikan hak-hak mereka.

"Ini dua mesej yang perlu disampaikan kepada rakyat dalam isu inu," kata beliau pada sidang media hari ini.

Malah Khalidjuga menggesa agar kerajaan negeri bergerak ke depan dan menerima pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga berjaya meminda perlembagaan negeri.

Beliau juga percaya usaha meminda perlembagaan kemungkinan tidak berjaya sebab memerlukan undi dua pertiga.

Khalid juga berkata pentadbiran kerajaan negeri setakat ini telah berjaya menguruskan isu semasa dengan berjaya.

"Mesejnya telah disampaikan, Khusrin bukan orang terbaik bagi jawatan itu, dan kita telah pun menyatakan bantahan," kata beliau.

"Apabila pentadbiran mula berhadapan dengan masalah, gagal untuk berkhidmat kita tahu puncanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri pilihan BN untuk menghalang kerajaan Selangor," kata beliau.

Sehubungan itu beliau meminta kerajaan negeri memilih gelanggang sendiri untuk pertarungan selepas ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga percaya Menteri Besar Selangor dan Exco Kerajaan Negerinya telah "disabotaj" dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan tidak diberikan maklumat tepat.

Khalid berkata berdasarkan maklumat diperoleh beliau, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud sedia mengetahui yang nama Datuk Mohd Khusrin Munawi sudah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan ia telah menerima perkenan oleh baginda.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Khalid sehingga Menteri Besar itu terkejut dengan makluman pelantikan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember.

"Pada mesyuarat Exco 16 Disember 2010, Menteri Besar memaklumkan mesyuarat Exco bahawa tiga nama sudah pun dipilih oleh jawatankuasa pemilihan, malah telah mendapatkan pandangan pandangan Exco mengenai pilihan itu.

"Pada mesyuarat yang sama, Menteri Besar memberitahu bahawa ketiga-tiga nama itu akan dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk perkenan pada 17 Disember (keesokan hari).

"Tetapi, mengikut maklumat yang saya terima, Setiausaha Sulit Sultan Selangor menulis kepada Datuk Ramli pada 10 Disember menjawab surat Datuk Ramli bertarikh 3 Disember bahawa calon nombor satu iaitu Datuk Khusrin, yang dipersembahkan, telah diberi perkenan oleh Sultan Selangor," kata Khalid.

Ahli Parlimen Shah Alam berkata pada mesyuarat Exco 16 Disember, Menteri Besar memaklumkan bahawa beliau akan bercuti mulai 20 hingga 30 Disember dan sebarang pelantikan hanya perlu diumumkan selepas beliau kembali daripada bercuti.

Maklumat itu difahamkan didedahkan ketika taklimat kepada wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor Selasa lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor juga mendedahkan siri langkah yang membawa kepada pelantikan Khusrin termasuk surat bertarikh 3 Disember.

Menurut Khalid, Ramli yang bersara akhir bulan lalu dan digantikan oleh Khusrin telah mengemukakan tiga nama kepada perhatian istana menerusi surat bertarikh 3 Disember.

Pada tarikh yang sama jawatankuasa pemilihan telah memilih tiga nama daripada lapan calon yang disenaraikan.

Mengambil kira perkembangan tersebut kata Khalid, beliau percaya kepimpinan Umno-BN telah menggunakan pendekatan politik yang cukup licik untuk membuat pelantikan tersebut menggunakan kelebihan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Selangor.

"Saya percaya pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah dipermainkan oleh permainan politik yang licik dan kotor," kata beliau lagi.

Tiap-tiap Minggu MB Khalid Jumpa Sultan

Posted: 06 Jan 2011 07:30 AM PST

MB: Pindaan tak perlu dipersembah pada sultan

Pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri tidak perlu dipersembahkan kepada Sultan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Pertama, panggil bersidang di dewan. (Sama ada) sebarang resolusi dan rang undang-undang perlu dipersembahkan pada Sultan, jawapannya tidak," katanya ketika ditanya sama ada pindaan memerlukan perkenan Sultan.

Beliau mengulas langkah mengadakan sidang DUN bagi meminda undang-undang tubuh bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tertinggi negeri, termasuk setiausaha kerajaan (SUK).

Berhubung kuasa memanggil dewan bersidang, Khalid mengatakan perkara itu juga "terpulang pada speaker."

Ditanya tentang titah Sultan Selangor yang mahukan cadangan itu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Baginda, Khalid berkata, ia hendaklah dimaklumkan pada speaker dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya: "Tiap-tiap minggu saya jumpa sultan".

Khalid juga positif cadangan pindaan itu akan mendapat perkenan sultan.

"(Kita) tak perbesar (isu). Saya hendak betulkan perkara ini. Saya ingat Sultan pun setuju. Takkan tak setuju," katanya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan SUK Shah Alam hari ini, Khalid enggan membuat spekulasi tentang hasil sidang itu nanti.

"Terpulang pada dewan, positifkah, negatifkah. Tapi saya tak boleh buat spekulasi," katanya.

Mengakui lantikan Khusrin itu sah, Khalid juga berkata beliau tiada sebarang masalah memberikan kerjasama, seperti dititahkan Sultan.

Bagaimanapun, kata Khalid, perkara itu melibatkan hal pengurusan negeri.

"Tentang kerjasama, datang tengok beliau angkat sumpah, itu pun kerjasama juga," katanya.

Menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk berunding semula dengan Kerajaan Selangor berkenaan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru

Posted: 06 Jan 2011 07:15 AM PST

Kenyataan media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada hari Khamis, 6hb Januari 2011:

Menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk berunding semula dengan Kerajaan Selangor berkenaan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru

Saya menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk berunding semula dengan Kerajaan Selangor berkenaan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru di mana ini merupakan satu-satunya cara penyelesaian yang paling baik terhadap kemelut yang dihadapi oleh Selangor.

Saya telah membaca dengan teliti laporan akhbar serta kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kelmarin berkenaan dengan pelantikan Dato' Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Satu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengatakan bahawa tiga orang calon telah dikenalpasti oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dan ketiga-tiga calon itu telah dirujuk untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 23 November 2010.

Satu lagi surat bertarikh 3 Disember 2010 juga telah dirujuk kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu untuk memperakukan 3 orang calon yang sama untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Surat tersebut juga memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor (sebagai amalan).

Apa yang saya terasa terkejut ialah komunikasi surat-menyurat di antara Jabatan Perkhidmatan Awam serta Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dengan Kerajaan Selangor tidak di bawah pengetahuan YAB Dato' Menteri Besar Selangor, khususnya berkenaan dengan perkara yang begitu penting, ialah pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Saya berpendapat bahawa sekurang-kurang Dato' Menteri Besar selaku Ketua Kerajaan Negeri perlu dimaklumkan tentang isi kandungan surat-menyurat antara Setiausaha Kerajaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana Dato' Menteri Besar yang mewakili kerajaan Selangor dan bukannnya Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sudah tentu bahawa apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang amat malang sekali di mana Dato' Menteri Besar Selangor tidak dimaklumkan langsung tentang apa keputusan akhir JPA dan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak boleh mewakili Kerajaan Selangor dalam membuat keputusan yang begitu penting ini.

Biar apa sekalipun, saya percaya bahawa jalan keluar yang paling bagus adalah kedua-dua Kerajaan Selangor di bawah Dato' Menteri Besarnya dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk duduk bersama, berbicara dan mencapai kata sepakat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru ini.

* Lau Weng San, ADUN Kampung Tunku

Lantikan Khusrin sebagai SUK, Umno/BN tolak perlembagaan - Mat Sabu

Posted: 06 Jan 2011 07:00 AM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Muhammad Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilihat satu pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan kerajaan Umno/BN.

Demikian telahan AJK PAS Pusat, Mohammad Sabu (Mat Sabu) pada 4 Januari lalu ketika mengulas lantikan kontroversi Khusrin yang tidak dipersetujui kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Mat Sabu berkata, kes pelantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno/ BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan politik mereka.

"Seharusnya mengikut amalan biasa, pelantikan itu mesti mendapat nasihat dari Menteri Besar atau ketua Menteri bagi membabitkan negeri, sementara Perdana Menteri bagi jawatan membabitkan kerajaan pusat,

"Tetapi dalam kes Khusrin ini, Umno/BN melanggar perlembagaan sekaligus mematikan perlembagaan dengan tidak merujuk kepada Menteri Besar Selangor," katanya.

Sambil menyifatkan ia satu rencana politik oleh Umno/BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Mat Sabu menuduh kerajaan Umno/BN sekali lagi mematikan amalan demokrasi di negara ini.

Baginya, Umno/BN sejak selepas pilihan raya umum 2008, sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun.

Justeru beliau mahu rakyat Selangor menghukum kebobrokan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan menolak parti tersebut termasuk di peringkat kerajaan pusat.

Sementara itu, beberapa blog hari ini memaparkan apa yang diilakukan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan dengan melantik Khusrin yang bertaraf Gred Jusa C ke jawatan Gred Jusa A amatlah meragukan.

Ramai yang menyimpulkan ianya satu tindakan yang menafikan hak-hak golongan penjawat awam dari Gred Jusa B untuk naik ke Gred Jusa A.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah berpendapat baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap Sultan Selangor mengenai isu pelantikan Dato' Khusrin Munawi sebagai SUK. Perkembangan terbaru itu menyebabkan kesahihan perlatikan Khusrin masih terumbang-ambing.

"Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Januari)," kata Khalid dalam satu kenyataan akhbar 3 Januari lalu.

Khalid seterusnya menegaskan sehingga isu pelantikan ini selesai, Khusrin tidak akan dibenar menyertai mesyuarat-mesyuarat penting Kerajaan Negeri.

"Khusrin tidak akan hadir sebarang perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor," tambah beliau.

Dalam pertemuan itu juga, Sultan Selangor mencadangkan kepada Khalid supaya beliau berbincang semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik. Lanjutan itu, sepucuk surat akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara bagi tujuan perbincangan.

Dalam perkembangan sama, Khalid berkata pihaknya akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi meminda undang-undang berkaitan perlantikan pegawai kanan negeri.

"Ia berujuan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar," katanya.

Pelantikan Khusrin sebelum ini dibantah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor kerana namanya tidak termasuk dalam senarai pendek yang diberikan kepada istana Selangor.

Khusrin juga dilantik Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Chong Wei kini ditinggalkan pakar psikologinya

Posted: 06 Jan 2011 04:30 AM PST

JOHOR BAHARU, 6 Jan - Datuk Lee Chong Wei kini berdepan dengan dilema apabila bukan sahaja kehilangan jurulatihnya Datuk Misbun Sidek malah tidak akan mendapat motivasi pakar psikologinya Federick Tan.

Tan, yang membantu mempersiapkan pemain nombor satu dunia itu dari segi mental sejak tiga tahun lalu, kini telah meninggalkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai Majlis Sukan Pulau Pinang (PSC).

Tan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, kini memulakan tugas baru sebagai Pengarah PSC berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Keadaan ini menyebabkan Chong Wei atau MSN terpaksa mencari pakar psikologi yang baru untuk mempersiapkan pemain itu menghadapi Sukan Olimpik London 2012.

Pengarah Bahagian Atlet Elit MSN, Ariffin Ghani hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang mencari pengganti Tan.

"Kami sedang berurusan dengan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan Tan. Chong Wei memerlukan pakar psikologi dalam usaha menyiapkan diri untuk Sukan Olimpik London tahun depan.

"Tan telah berkhidmat dengan baik dan kami sedih untuk melihat beliau meninggalkan kami. Namum demi kerjayanya, kami mengucap selamat maju jaya di Pulau Pinang," kata Ariffin.

Sebelum ini, Misbun secara mengejut meletak jawatan jurulatih perseorangan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Dis lalu.

Chong Wei kini berada di Taiwan untuk Kejohanan Super Siri Masters Akhir.

-Bernama

Rogol amah: Rais disaran buat laporan polis

Posted: 06 Jan 2011 04:15 AM PST

SHAH ALAM, 6 Jan – Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim disaran membuat laporan polis atau membawa pihak yang mengeluarkan bukti ke mahkamah atas tuduhan rogol amah bagi membersihkan namanya.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, tindakan Rais berdiam diri sekian lama sebelum mengeluarkan satu kenyataan penafian semalam adalah bersikap defensif dan bukannya bertujuan menegakkan kebenaran.

"Pada saya jawapan Rais melalui media lebih bersifat defensif dan menyatakan ini perkara yang memalukan keluarga beliau dan sebagainya. Kita tak mahu jawapan bacul ini dari mulut Menteri.

Sebaliknya sebagai seorang Menteri yang berkredibiliti beliau harus mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti di mahkamah dan dalam masa yang sama medesak pihak polis menyiasat dan membersihkan nama beliau," komen beliau dalam perbualan telefon dengan TV Selangor hari ini.

Dalam kenyataan media semalam, Rais menafikan beliau terlibat dan menuduh Pakatan Rakyat, para bloggers dan media sebagai membuat laporan bersifat fitnah terhadap beliau.

Rais sebelum ini pernah membuat laporan Polis bagi menafikan dakwaan blogger dan pengamal media, Datuk Ahiruddin Atan atau rockybru mengenai dakwaan anaknya terlibat dalam pemberian kontrak syarikat jalur lebar bernilai jutaan ringgit.

Namun semalam, Rais menuduh ia sebagai mainan politik picisan daripada Pakatan Rakyat (Pakatan).

Shamsul yang juga seorang peguam mengingatkan Rais bahawa ini merupakan kes jenayah berprofil tinggi peringkat antarabangsa yang memberi kesan langsung terhadap hubungan dua hala negara rantau Asia Tenggara ini.

"Saya ingin nyatakan kepada Datuk Rais ini bukan agenda politik, ini agenda seorang wanita, apatah lagi seorang warganegara Indonesia yang kita seharusnya mempunyai hubungan baik sebagai negara tetangga seharusnya diberikan pembelaan yang baik mengikut undang-undang." kata beliau.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bersara esok

Posted: 06 Jan 2011 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Jan - Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara esok.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok kepada Bernama hari ini, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu,Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Jan, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987.

Kalau Bukan Jemputan Dari Agong, PAS Tak Akan Hadir

Posted: 06 Jan 2011 03:30 AM PST

Pertemuan 24 Dis: Pakatan 110 peratus komited, Umno takut

Oleh G Manimaran

SHAH ALAM, 6 Jan – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggambarkan Pakatan Rakyat seratus peratus komited dan tidak kerjasama tergugat walaupun pemimpin PAS mengadakan pertemuan atas jemputan Umno di Istana Terengganu akhir bulan lalu.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menuntut penjelasan rasmi PAS meskipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan kelmarin.

"Saya yakin Pakatan Rakyat seratus peratus komited, apa yang berlaku ialah ketakutan pihak Umno, bukan senang nak mengadakan pertemuan dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa yang sama," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

"Ini menunjukkan betapa hebatnya PAS dan Pakatan Rakyat, kalau PAS sahaja mereka tak jumpa... ini kekuatan Pakatan Rakyat, mereka sudah mula tergugat dan bimbang.

"Pakatan Rakyat tak terjejas kerana pertemuan ini," kata beliau merujuk kepada laporan media mengenai pertemuan itu.

Ketika ditanya sama ada wajar PAS memberikan penjelasan rasmi sebagaimana diharapkan oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP, Khalid yang juga anggota biro politik parti Islam itu berkata:

"Saya merasakan perlu dan saya sudah pasti PAS akan berbuat demikian, walaupun bukan secara terbuka tetapi dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat."

"Apa pun saya masih yakin pemimpin Pakatan dan parti komponen masih percaya antara satu sama lain," katanya.

"Pada konvensyen di Pulau Pinang, kita buat komitmen, kita semakin rapat," katanya sambil menegaskan PAS sudah pun membuat keputusan menolak sebarang bentuk kerjasama politik atau kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Apa sekalipun yang penting pemimpin-pemimpin PAS sudah memutuskan bahawa soal kerajaan perpaduan atau kerjasama politik sudah ditolak oleh ahli-ahli.

"Apa pun yang dibincangkan, sudah tidak perbincangan seperti itu dan tidak keinginan (ke arah itu)," katanya lagi.

Pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan, pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu.

Justeru mereka mahu PAS mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.

Kata Khalid, pertemuan tempoh hari juga menunjukkan "betapa terdesaknya Umno-BN mahu menggunakan atau memberi idea supaya Yang di-Pertuan Agong menjemput pemimpin-pemimpin PAS hadir."

Kata beliau, Umno-BN sedar bahawa PAS tidak akan hadir jika pihak berkenaan yang mengundang menghadiri seumpama itu.

Kes Khir Toyo didengar mulai 6 Jun

Posted: 06 Jan 2011 03:02 AM PST

SHAH ALAM, 6 Jan – Kes bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, akan dibicara di Mahkamah Tinggi di sini pada Jun ini.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

Beliau juga menetapkan supaya Mohamad Khir, 45, dibicarakan bersama dengan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni, 52, yang didakwa bersubahat atas tuduhan itu.

Mohtarudin turut melanjutkan ikat jamin RM750,000 yang ditetapkan ke atas Mohamd Khir dan Shamsuddin oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 6 Dis lalu.

Terdahulu itu, Mohamad Khir, yang hadir memakai sut berwarna biru gelap dan Shamsuddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah.

Hadir bagi pihak pendakwaan ialah Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan bekas Menteri Besar itu, untuk melakukan ksalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Mohamad Khir, yang menjawat jawatan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Mohamad Khir diwakili peguam M. Athimulan, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Adzly Manas sementara Shamsuddin diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran dan Datuk C.Vijaya Kumar. – Bernama

“Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi,”

Posted: 06 Jan 2011 01:00 AM PST

Pohon Kerjasama Rakyat Bersama Memohon Perlindungan Allah SWT
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Anwar, Demokrasi, Isu Semasa, KeADILan, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Politik, Selangor, Sidenotes and Umno
0 Comments

Dari Malaysiakini

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang, lapor Harakahdaily.

Dr Halimah dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.

Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, kehadiran mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

Kerajaan negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menyatakan rasa terkilan mereka Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Ceramah di Tenang tidak tegang tapi polis ganggu

Posted: 06 Jan 2011 12:45 AM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Salahuddin Ayub kesal dengan tindakan pihak keselamatan mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat meskipun telah memberi jaminan ianya berlangsung secara aman.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang ramai ke setiap ceramah Pakatan Rakyat yang sebenarnya memburukkan keadaan yang pada asalnya berlangsung dalam suasana aman.

"Saya mengharapkan suatu padang permainan yang sama rata dan saya mengharapkan pihak polis dapat memberikan kerjasama kerana kita menjanjikan ceramah dan perhimpunan yang aman yang seharusnya tidak ada masalah untuk pihak keselamatan memberikan kita permit," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan tidak berlakunya kekecohan di setiap program Pakatan Rakyat jika pihak polis sedia memberikan kerjasama.

"Kita pun tidak mahu berlakunya keadaan yang tegang dan melibatkan ramai pegawai polis yang hadir dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat.

"Jadi saya harap perkara ini tak akan berlaku lagi pada masa akan datang dan harap pihak keselamatan memberikan kita permit dan kita bersedia mematuhi segala peraturan dan arahan," katanya.

Ceramah Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang Isnin lalu dikawal ketat oleh pihak polis malah mereka bertindak menghalang Anwar daripada terus menyampaikan ceramah menggunakan mikrofon.

Menurut ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, rakyat Tenang sebenarnya ternanti-nanti kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat untuk turun menyampaikan maklumat isu-isu semasa.

Tambahnya, kesepakatan yang ditunjukkan pimpinan Pakatan dalam setiap program penerangan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan masih kukuh.

"Rakyat Tenang sebenarnya cukup selesa apabila pimpinan Pakatan Rakyat dapat tampil menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi dalam kita memastikan kita benar-benar dapat menawan hati pengundi Tenang.

"Ini satu peluang untuk kita membuktikan bahawa segala tohmahan dan propaganda yang dimainkan kerajaan BN dapat kita kikis daripada minda mereka.

"Sebab itu kita tetap turun walau apa pun persepsi negatif yang cuba dibina terhadap Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai tindakan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran turun ke sekolah untuk merayu guru-guru membantu jentera BN menghadapi pilihan raya kecil ini, beliau berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pelanggaran etika kempen yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kalau BN nak jabatan-jabatan kerajaan untuk berkempen, ini bermakna mereka sendiri yang melanggar etika.

"Saya diberi faham mereka melbatkan guru-guru dan jelas mereka bercakap supaya mereka memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Ini pelanggaran etika yang saya rasa cukup serius dan peguam-peguam kita sedang menunggu untuk kita membuat tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Tenang, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 10.30 pagi esok di Balai Polis Labis.

SPR sebelum ini mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana parti politik berkempen di Tenang sebelum penamaan calon pada 22 Januari ini.

Poh Kong jangka harga emas meningkat ke US$1,500 tahun ini

Posted: 06 Jan 2011 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Poh Kong Holdings Bhd menjangka harga emas tahun ini akan meningkat kepada US$1,500 daripada US$1,400 sekarang, kata pengerusi eksekutif/pengarah urusan kumpulan, Datuk Eddie Choon.

Choon berkata, peningkatan harga yang dijangka, didorong oleh peningkatan permintaan akan akan memberi kesan positif kepada perolehan dan keuntungan kumpulan tahun ini.

"Kami optimis akan mencatatkan pertumbuhan positif and memberi prestasi yang bagus tahun ini," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat hari ini.

Beliau berkata, promosi ulang tahun ke-35, daripada Disember 2010 hingga 31 Ogos tahun ini, akan juga membantu meningkatkan perolehan.

Keuntungan sebelum cukai Poh Kong bagi suku pertama berakhir 31 Okt 2010 meningkat kepada RM15.191 juta daripada RM13.737 juta pada suku yang sama 2009.

Perolehannya meningkat kepada RM169.451 juta daripada RM152.392 juta sebelum ini.

Choon berkata, kumpulan itu bercadang membuka tiga lagi kedai di Semenanjung Malaysia tahun ini, dengan anggaran pelaburan sebanyak RM3 juta setiap satu.

"Kami telah mengenal pasti Nilai sebagai salah satu lokasi. Ia dijangka siap menjelang suku pertama tahun ini," katanya.

Beliau berkata, kumpulan itu akan menggunakan dana dalaman untuk membuka kedai-kedai baharu itu.

Sebelum itu, pemegang saham meluluskan cadangan untuk membayar dividen pelepasan cukai single tier sebanyak 1.40 sen untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2010.

-Bernama

Tiada unsur jenayah kematian lelaki di tebing Sungai Klang semalam

Posted: 06 Jan 2011 12:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah berhubung kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui dengan kesan luka di perut di tebing Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Azri Abd Rahman berkata, lelaki yang berasal dari Sabah dalam lingkungan 20-an itu sebaliknya mati akibat lemas selepas terjatuh ke dalam sungai tersebut.

"Hasil bedah siasat mendapati lelaki itu mati akibat lemas. Kesan luka di perutnya adalah bekas pembedahan, jadi kita sahkan tiada sebarang unsur jenayah terhadap kematian lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum diperoleh, sama ada mayat itu adalah Zulkifli atau Azmi Bulat, walaupun anggota keluarganya telah datang membuat pengecaman.

Petang semalam, mayat yang telah reput dan berulat itu ditemui bersamanya empat buku bank dalam poket seluarnya oleh orang awam yang sedang memancing di sungai itu kira-kira pukul 1.30 petang.

Difahamkan, dua buku akaun bank itu kepunyaan lelaki bernama Zulkifli Bulat dan dua lagi milik Azmi Bulat.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang reput dan berbau busuk itu, lelaki berkenaan dipercayai mati antara tiga hingga lima hari lepas.

-Bernama

Khalid: Kami hadir di istana kerana setia kepada Sultan, usul Pindaan diteruskan

Posted: 06 Jan 2011 12:00 AM PST

SHAH ALAM 6 Jan – Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exconya hadir pada majlis penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan Selangor hari ini untuk melenyapkan dakwaan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) mempunyai krisis dengan pihak istana.

Pada majlis sama Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah setia kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Dalam kenyataannya, Tan Sri Khalid menegaskan pihaknya tetap menganggap pelantikan Khusrin oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dibuat secara arbitrari dan meminggirkan kerajaan negeri.

Justeru, kerajaan negeri akan meneruskan hasrat meminda Undang-Undang Tubuh Negeri pada hujung bulan ini untuk memulihkan kuasa Sultan dan Menteri Besar bersabit pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Khalid berkata, kehadiran beliau dan Exco di Istana Kayangan Shah Alam hari ini sebagai tanda taat setia kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pentadbiran kerajaan negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan," kata beliau.

"Justeru, kehadiran seluruh Exco Kerajaan Negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) Darjah kelas Pertama kepada Tengku Amir Shah Raja Muda Selangor sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada Tuanku Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor," tegas beliau.

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami," tegas beliau .

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Selangor sudah menghantar surat kepada SPA untuk menyatakan rasa terkilan pihaknya kerana pelantikan Khusrin dibuat dengan meminggirkan kerajaan negeri.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Federalisme sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan," ujar Khalid.

Beliau berkata, pihak kerajaan negeri juga memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin berhubung perkembangan terbaru, termasuk cadangan proses penyelesaian dengan SPA.

"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. (Pindaan ini) untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar, khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri," kata beliau.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor. Sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan negeri yang terhakis sejak 1993 kesan daripada krisis Perlembagaan," tambah Khalid lagi.

Pada tahun 1993, Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad meminda Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri untuk menghakis pengaruh Raja dan Sultan termasuk kuasa istana untuk melantik pegawai-pegawai eksekutif kerajaan seperti SUK.

Guan Eng saman Utusan sifatknnya anti-Melayu

Posted: 05 Jan 2011 11:40 PM PST

Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Ketua Menteri Pulau Pinang memfaikan saman terhadap Utusan Malaysia hari ini berhubung satu artikel bulan lalu mendakwa beliau seorang anti-Melayu.

Lim menggambarkan artikel yang disiarkan 20 Disember lalu, bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" sebagai fitnah dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai ahli politik dan ketua kerajaan negeri.

Dalam samannya beliau memohon mahkamah memutuskan satu jumlah ganti rugi am termasuk ganti rugi teruk dan ataupun teladan untuk fitnah bertulis berkenaaan.

Artikel itu dikeluarkan sehari selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Dalam rencana itu, Lim didakwa tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul, tidak membenarkan Pasar Ramadan di Komtar dan juga bahawa telah memrobohkan kampung-kampung Melayu.

Rencana itu antara lain berkata, "jika ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.

"Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.

"Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

"Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

"Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong.

"Persoalannya baik sangatkah insan bernama (Lim) Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?"

Lim menafikan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, pentadbiran Lim juga berhadapan dengan serangan berterusan daripada pertubuhan-pertubuhan yang pro-Umno dengan mendakwa beliau bertindak bertentangan dengan masyarakat Melayu.

Henti berpolitik, Khusrin wajib laksana dasar kerajaan negeri – Sultan

Posted: 05 Jan 2011 11:14 PM PST

SHAH ALAM 6 Jan – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Khusrin Munawi untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut tata cara yang ditetapkan.

"Beta menitahkan supaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang memerintah Selangor mengikut undang-undang dan peraturan semasa," titah baginda pada majlis di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Sultan Sharafuddin juga tidak mahu isu perlantikan Khusrin diperbesar atau dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Beta ingin menegaskan, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan," tambah Sultan Sharafuddin.

Pada majlis itu, Tuanku mengurniakan darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor selain memperkenan menerima lafaz ikrar sumpah setia Khusrin dan beberapa pihak lain.

Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan baginda tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi hanya mahu Selangor sentiasa aman dan rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni dan tolong-menolong.

Baginda menjelaskan, gandingan bersama istana dan kerajaan negeri diperlukan bagi melakukan yang terbaik bagi Selangor.

"Datuk Menteri Besar sentiasa menghadap Beta sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semasa sesi menghadap ini, Beta dan Datuk Menteri Besar sentiasa bertukar-tukar fikiran dan saling menasihati serta berbincang untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan elok untuk negeri Selangor, titah Sultan Sharafuddin .

"Jika negeri Selangor ini aman dan tiap-tiap pihak menjalankan tugas dengan jujur, telus dan penuh komitmen, maka pembangunan dan kemajuan yang dicapai akan benar-benar dapat dikecapi oleh rakyatnya," titah Sultan Sharafuddin .

"Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ia akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan.

Beta juga bersyukur dengan limpah kurnia-Nya, Selangor masih berada dalam keadaan aman dan makmur sehingga kini," tambah baginda.

Perbincangan Agama: Putus Cinta & Persoalan Jodoh

Posted: 05 Jan 2011 09:00 PM PST

SOALAN

Assalamualaikum ustaz

Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..

Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi.
Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4 hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4 hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya, tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menghantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

Soalan saya.
1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?
2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?
JAWAPAN

Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat 'patah hati' dan 'putus cinta' adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.

Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis 'cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, 'cinta sebelum kahwin' lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.

Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia.

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.
Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk 'link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari yang mungkin sedang rosak akibat 'virus cinta' tersebut.

Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.

Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :

1) Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.

2) Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.
Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa 'kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu 'terikat' dan 'terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.

3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.

4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.


Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tun Mahathir janggal

Posted: 05 Jan 2011 08:30 PM PST

Tun Mahathir janggal diinterviu Siti Nurhaliza

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0106/Kosmo/Negara/ne_09.1.jpg

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my

TUN Dr. Mahathir ketika ditemu bual Siti Nurhaliza di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku berasa janggal apabila ditemu bual oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai salah seorang tetamu dalam program bual bicara pertama artis itu yang diberi nama Siti.

Tokoh negarawan berusia 85 tahun itu berkata, beliau sebelum ini hanya mendengar Siti Nurhaliza menyanyi ketika mengadakan persembahan pentas.

"Ini merupakan kali pertama saya ditemu bual oleh Siti. Saya rasa ganjil sikit. Namun, saya dapati dia sangat fasih sewaktu mengendalikan program pertamanya ini.

"Malah, saya nampak dia cepat dan mahir menjadi seorang pengacara dengan melontarkan soalan-soalan yang bernas," jelasnya ketika ditemui pada rakaman episod pertama Siti di Filem Negara Malaysia di sini semalam.

Hebat! China uji pesawat pejuang kalis radar

Posted: 05 Jan 2011 08:00 PM PST

BEIJING - Beberapa pakar penerbangan percaya China menguji sebuah prototaip jet perang yang tidak mampu dikesan oleh radar pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar-gambar jet itu disiarkan di Internet manakala sumber-sumber tentera China yang dipetik media Jepun mengesahkan bahawa ia melibatkan sebuah model ujian pesawat pejuang J-20.

Berita itu didedahkan beberapa hari sebelum lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates ke Beijing untuk memulihkan semula hubungan dengan China.

Lawatan itu dibuat selepas AS bersetuju menjual senjata bernilai berbilion-bilion dolar kepada Taiwan.

Pakar-pakar menyatakan bahawa jet kalis radar versi China itu lebih besar daripada yang dijangkakan. Ia yang boleh membawa peluru berpandu mungkin digunakan untuk serangan jarak jauh.

Menurut laman web Aviation Week, jet J-20 mempunyai satu tempat duduk, dua enjin berkembar selain lebih besar dan berat berbanding pesawat Sukhoi T-50 buatan Rusia dan F-22 buatan AS.

"J-20 akan menjadi benar-benar kompetitif sama dengan F-22 berdasarkan kemampuan," kata seorang pakar mengenai ketenteraan China dari Pusat Strategi dan Penilaian Antarabangsa, Rick Fisher.

Jet itu diuji pada minggu lalu di sebuah landasan terbang di tenggara China.

- Agensi

Misteri Dan Pelik: Lagi misteri ratusan burung jatuh

Posted: 05 Jan 2011 07:30 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0106/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg

SEEKOR burung perling (kiri) dan burung hitam bersayap merah ditemui mati pada Isnin lalu selepas ia jatuh dari langit di Pointe Coupee Parish, Louisiana.

NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu.

Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beeba di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu.

Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya.

Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State.

Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu."

Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam.

Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan.

Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge.

Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.


http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0106/Kosmo/Dunia/du_02.2.jpg

Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya.

Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik.

"Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya.

Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji.

Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beeba, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru.

Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu. - Agensi

Tiada ulasan: