Isnin, 24 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Siapa Sebenarnya Yang Syok Sendiri Di Selangor?

Posted: 23 Jan 2011 11:30 PM PST

BN bidas k'jaan Selangor 'syok sendiri'

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman - ketika membahaskan cadangan meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri - mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan.

Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua pembangkang itu turut mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Teng bagaimanapun menegur kembali Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.


Penyokong Pakatan ketawa besar.

Dewan mula bersidang jam 10 pagi. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

Ia diikuti dengan ucapan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1).

Katanya, pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.

Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

Ulasan GB

Siapa yang sebenarnya syok sendiri?

Yang syok sendiri pakai gelaran Dr walaupun dengan PhD palsu tu siapa ya?

Menyentuh Sidang Khas Sultan sudah pun megizinkan DUN bersidang malah memberikan titahnya yang telah dibacakan oleh Setiauaha Dewan.

Justeru itu tindakan wakil rakyat UMNO jelas tidak menghormati Sultan Selangor. Begitu juga 500 orang yang berarak ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Jenis tak reti bahasa. Noh Omar punya kerja.


Husam Perlu Tegas Saman Kerajaan Malaysia Di Dalam Tuntutan Royalti

Posted: 23 Jan 2011 11:17 PM PST

Kerajaan Kelantan bantah tukar mahkamah

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan kesal terhadap keputusan pihak tertentu yang memindahkan kes tuntutan royalti minyak dari mahkamah perdagangan ke mahkamah sivil.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah memfailkan permohonan untuk menukarkan kes itu, malah difahamkan tidak juga dilakukan pihak Petronas.

"Adalah menghairankan kes ini dipindah kebahagiaan sivil tanpa permohonan pihak yang terlibat dan kami berasa sangsi dengan tindakan ini," katanya semalam.

Pada 30 Ogos lalu, Kerajaan Negeri memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara dengan mendakwa Petronas melanggar perjanjian selain menuntut pembayaran perjanjian petroleum dilaksanakan.

Husam berkata, pendengaran permohonan Kerajaan Pusat untuk mencelah dan memohon menjadi defendan kedua kes ini yang dijadualkan 24 Januari ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri membantah percubaan Kerajaan Pusat campur tangan dalam kes ini memandangkan kes tersebut hanya melibatkan Petronas berasaskan perjanjian pada 1975.

"Ia mungkin akan mendorong Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang lain bagi melindungi hak rakyat Kelantan yang dinafikan," katanya. -SH

Ulasan GB

Sudah jelas bahawa kerajaan UMNO/Bn akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan tuntutan royalti tersebut dengan apa cara sekalipun.

Mereka telah menang pada pusingan pertama apabila Husam mengalah lebih awal untuk tidak menyaman kerajaan Malaysia, sebaliknya hanya menyaman Petronas sebagai defendan tunggal yang mana Petronas telah menandatangani kontrak tapi kemudian pecah kontrak.

Sedangkan langkah awal sebelum pertemuan dengan Petronas, iaitu memasukkan sekali saman ke atas Kerajaan Malaysia itulah yang terlebih tepat.

Benar kerajaan Malaysia tida ada di dalam perjanjian tersebut, namun tindakan Petronas itu adalah dari pihak yang berkepentingan terhadapnya (stake-holder) iaitu Kerajaan Malaysia sendiri dan Petronas bertindak mengikut arahan Kerajaan Malaysia.

Saya hairan bagaimana Kerajaan Malaysia tidak disaman sehingga akhirnya Kerajaan Malaysia bertenggek menjadi pihak yang mencelah di dalam kes ini untuk membantu Petronas pula.

Common on Husam. Rakyat berdiri di belakang anda.



Baru Sekarang Terhegeh-hegeh Datang Ke Sidang DUN

Posted: 23 Jan 2011 10:07 PM PST

ADUN Pelabuhan Klang dilarang sertai Sidang Khas DUN

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang kerusinya diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu lalu, hari ini dilarang menyertai persidangan khas dewan itu.

Beliau yang tiba pada 9.35 pagi, tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika sidang bermula setengah jam kemudian oleh anggota keselamatan yang memaklumkan kepadanya mereka menerima arahan daripada Speaker, Datuk Cheng Chang Khim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham dibenarkan memasuki dewan selepas meminta kebenaran untuk menghadiri sidang DUN itu sebagai pemerhati tetapi terpaksa duduk di bilik media setelah mendapati ruang pemerhati penuh.

Beliau meninggalkan bilik media kira-kira 20 minit kemudian.

Pada sidang media di luar dewan selepas itu, Badrul Hisham berkata beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang sah selagi tidak menerima keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan beliau mengosongkan kerusi berkenaan.

Perkara itu katanya, dimaklumkan kepada beliau oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau juga berkata belum menerima notis rasmi daripada DUN memaklumkan kekosongan kerusi yang diwakilinya.

Pada Jumaat lalu, Teng mengeluarkan kenyataan Badrul Hisham tidak layak menyertai sidang khas hari ini kerana beliau bukan lagi seorang ADUN.

Kenyataan Teng itu adalah susulan pengiystiharan yang dibuatnya pada Rabu bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berkuatkuasa 16 Januari, berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Teng juga berkata beliau menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan kerusi itu kepada SPR pada Jumaat lalu.

Mengulas kehadirannya hari ini, Badrul Hisham menegaskan beliau hadir atas jemputan Speaker DUN menerusi satu surat bertarikh 11 Januari lalu.

Beliau juga memberitahu media surat itu diterima sebelum kerusinya diisytiharkan kosong oleh Teng. - BERNAMA

Berita sebelum ini

PRK Pelabuhan Kelang | ADUN ponteng, kerusi kosong

Kerusi DUN Pelabuhan Kelang diisytiharkan kosong hari ini.

Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah mengumumkan kekosongan kerusi itu berikutan wakil rakyatnya, Badrul Hisham Abdullah telah gagal menghadiri sidang dewan selama 6 bulan.

Datuk Teng memberitahu wartawan bahawa bekas pemimpin PKR itu telah tidak hadir sidang DUN sejak 15 Julai 2010. Bermakna, mengikut Perkara 69 Perlembagaan Negeri Selangor, Badrul mesti mengosongkan kerusinya kerana beliau bukan lagi wakil rakyat kawasan itu sejak 16 Januari 2011.


Ulasan GB

Baru sekarang terhegeh-hegeh datang ke sidang DUN.

Semasa berkewajipan datang tak datang. Ponteng sehingga 6 bulan. Masa tak perlu datang, dah kena gantung, baru terhegeh-hegeh datang.

MB Johor Ketara Semakin Resah

Posted: 23 Jan 2011 09:14 PM PST

MB Johor serang impian Pakatan tawan Putrajaya

Gambar: Ketara wajah MB Johor (kiri) semakin resah. Foto Bernama.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat dengan mendakwa gabungan tiga parti itu mahu memecahbelahkan masyarakat pelbagai kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Ghani berkata tindakan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu semata-mata mahu mengejar kuasa seterusnya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Janganlah kita pertaruhkan masa depan kepada pihak lawan (Pakatan Rakyat) yang buat pelbagai janji.

"Saya nak jelaskan, hari ini ada parti yang dah datang ke Labis dan Tenang, jumpa orang Melayu cakap lain, kemudian depan (orang lain), cakap lain.

"Mereka (Pakatan Rakyat) bercakap bukan untuk perpaduan tetapi bercakap untuk perpecahan antara kita," katanya ketika pada program Majlis Jamuan Mesra Bersama Menteri Besar Johor di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Labis di sini malam tadi.

Turut hadir dalam program itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dan calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim.

Umno-BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan Rakyat diwakili oleh Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon.

Menurut Ghani, Pakatan Rakyat akan menggunakan pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat seterusnya memecahkan perpaduan kaum yang telah terjalin sejak merdeka lagi.

"Dia (Pakatan Rakyat) tak ada masa depan kerana cuba dapatkan tempat dan kuasa dengan perpecahan yang berlaku.

"Cara dia nak pecah belahkan masyarakat untuk mendapatkan kuasa, ini jauh berbeza dengan BN.

"Saya ambil kesempatan ini meminta supaya pengundi berikan sokongan kepada calon BN," kata Pengerusi Umno Johor itu.

Selain itu, Ghani dalam ucapan juga memberikan jaminan kerajaan pimpinannya akan membantu rakyat di negeri itu termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau juga memberi jaminan Sekolah Jenis Kebangsaan sama ada Cina atau Tamil turut akan mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.

Program selama dua jam itu dihadiri kira-kira 300 masyarakat Tionghoa dan ia dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan yang disusuli dengan makan malam.

Selain itu, Mohd Azahar turut mengambil kesempatan menyanyikan sebuah lagi bertajuk "Selamat Tahun Baru Cina" kepada masyarakat Tionghoa yang akan menyambut perayaan itu awal bulan depan.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. -TMI

Ulasan GB

Dahulu lain sekarang lain, wahai Datuk Seri Ghani Othman.

Dahulu Johor adalah kubu terkuat UMNO. Tiada parti pembangkang yang dapat menembusinya. Tetapi sejak PRU12, keadaan berubah, kubu terkuat UMNO di selatan tanahair sudah pun ditembusi, di era Datuk Seri sendiri.

Rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan. Begitu juga pengundi-pengundi di N05 Tenang.

Jika pada 2004, PAS menang satu kerusi secara percuma, pada 2008, PAS menang dua kerusi secara anak jantan. Cabar lagi, dan PAS/PR, insyaAllah, akan terus mencengkam bumi Johor.

Justeru itu, kepada MB Johor, kita katakan, usah takbur, malah kerusi MB Johor itu sendiri bakal dimiliki oleh Pakatan Rakyat. Siapa tahu? Mungkin hanya menunggu detik dan ketika.

Habis La Lu Apek...

Posted: 23 Jan 2011 07:55 PM PST

Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang.

"Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

"Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

"Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,"
kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

"Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

"Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

"(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram," katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan "fatwa" baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

"Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.

"Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.

"Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik," katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.

Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam," katanya. -TMI

Ulasan GB

Baru dengar mufti bersuara. Terima kasih dari kami. Chua Soi Lek, Muhyiddin dan Ghani Othman, sila dengar dan patuh kata mufti tersebut. Kalau tak mahu, bawakan nas-nas ke pejabat mufti berkenaan.

Mengani ucapan YB Mohd Nizar, jika Tuan Mufti perlukan nas-nas seperti yang diminta, saya kira PAS sentiasa bersedia mengemukakannya. Di mana boleh berjumpa? Di forum? di rumah? di pejabat? atau di gerai Kg. Baru yang menjadi kegemaran tuan mufti?


Pakatan Rakyat Lancarkan "Huan" (Ubah) Di Tenang

Posted: 23 Jan 2011 06:27 PM PST

Suasana meriah hari pertama kempen calon PAS ini disemarakkan lagi dengan sokongan padu daripada rakan Pakatan Rakyat.

Gambar: CALON PAS DUN Tenang, Normala Sudirman (dua dari kanan) bersama Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub membuat lakaran perkataan Mandarin 'huaan' yang bermaksud ubah. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Tengahari semalam, bertempat di perkarangan Wayang Pacak PAS, DAP melancarkan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari nanti. Majlis itu diserikan dengan tarian singa dan mainan gendang daripada kumpulan 'Action Team'.

Pada majlis tersebut, Cikgu Mala diberi peluang menyempurnakan tulisan tema Tahun Baru dalam bentuk kaligrafi Cina iaitu 'Huan' yang bermaksud ubah.

Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, setiap Tahun Baru mereka akan memilih satu tema sebagai simbol permulaan yang baik bagi tahun tersebut.

Lazimnya tema yang dipilih ini akan dipamerkan atau digantung di hadapan pintu rumah dengan tujuan menghalau roh jahat. Amalan tradisi ini juga dianggap sebagai membawa tuah bagi masyarakat Cina amnya.

Tambah Dr Hew lagi, Cikgu Mala akan menulis tema tahun baru tersebut sebanyak 6 salinan. Ini kerana bilangan 6 kali atau 6x6 membawa maksud 'sangat lancar'.

"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala."

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Sabu, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau. -n05tenang

Di Ujung Usia, Lee Kuan Yew Merapu Gesa Penduduk Islam Kurang Patuh Pada Agama

Posted: 23 Jan 2011 04:30 PM PST

Kuan Yew gesa penduduk Islam kurang patuh pada agama

SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.

Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India.

Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya.

"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka.

Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa.

Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya.

Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.

"Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah... Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain," katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing.

Bercakap tentang politik tempatan, Kuan Yew menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak tahun 1959 apabila Singapura memperoleh autonomi politik daripada pemerintah kolonial Britain akan kehilangan kuasanya pada satu hari nanti.

"Akan tiba satu masa apabila orang ramai berkata, mari cuba pihak yang satu lagi. Sama ada kerana kualiti PAP telah menurun atau pihak pembangkang sudah menghasilkan satu pasukan yang setanding dengan PAP. Hari itu akan tiba. Bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, saya tidak fikir ia akan berlaku. Menjangkau tempoh itu, saya tidak tahu," katanya.

Kuan Yew menyatakan walaupun satu kaji selidik menunjukkan sebaliknya, beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina.

"Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul," tegasnya.

Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi.

Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama.

"Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun.

"Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya," katanya lagi.

Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta.

Kuan Yew yang memegang jawatan khas, Mentor Perdana Menteri kini bertindak selaku penasihat kepada Perdana Menteri Singapura yang juga merupakan anak lelakinya, Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004.Di sebalik kata-katanya yang tegas, Kuan Yew menunjukkan ciri-ciri kelembutannya apabila ditanya tentang mendiang isterinya, Kwa Geok Choo yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, Oktober lalu.

"Ia membawa makna lebih keseorangan," kata Kuan Yew dalam buku tersebut yang mengandungi siri temu ramah eksklusif dengan wartawan-wartawan akhbar Straits Times. - AFP

Ulasan GB

Jika benar seperti yang diulas oleh penulis di atas terhadap kandungan catatan memoir Lee Kuan Yew, maka ternyata ia menunjukkan bekas PM Singapura tersebut terlalu naif tentang agama Islam.

Ia menyerlahkan kesempitan minda yang saling tak tumpah dengan kesempitan minda rakan karibnya di negara ini, Presiden MCA, Chua Soi Lek yang suka mengkritik Islam dan cara hidup Islam yang akhirnya mendedahkan kejahilannya terhadap isu yang dikritik.

Mengapa semua ini berlaku? Sabab UMNO yang menunjukkan contoh teladan yang tidak baik terhadap Islm selama mereka berkuasa.

Orang bukan-Islam sebelum ini melihat UMNO sebagai orang Islam yang "liberal" dan boleh dibuat kawan. Tetapi ramai sudah menyedari di sebalik "Islam Liberal" yang dibawa oleh UMNO ini, hakikatnya, UMNO itu korup, UMNO itu pengkhianat, UMNO itu pepat di luar rencong di dalam. Mereka menonjolkan kononnya mereka perjuangkan Islam, hakikatnya mereka peruntuh dan perosak Islam. Tak ramai pemimpin mereka tahu dan boleh baca Al-Quran yang merupakan panduan besar terhadap agama Islam yang mereka anuti. Itu kenyataannya. Dan mereka sendiri mengakui mereka golongan yang tak berapa faham tentang Islam.


Menteri Baru Sedar Pemasangan Beg Udara Tidak Praktikal Pada Kereta Lama

Posted: 23 Jan 2011 03:30 PM PST

Beg Udara Hanya Sesuai Dipasang Bagi Kereta Baru

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pemasangan beg udara hanya sesuai bagi kereta salon baru yang dikeluarkan di Malaysia pada tahun depan.

Katanya tidak seperti pemasangan tali pinggang keledar, pemasangan beg udara mestilah dibuat ketika kereta itu dibuat dan memasangnya di kereta lama adalah tidak praktikal.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya di sini hari sini sebagai menjelaskan laporan yang disiarkan oleh Bernama mengenai respon pengusaha pengangkutan dan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan langkah itu.

Kong berkata menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Malaysia (Miros), beg udara itu sesuai untuk kereta salon dan bukan kenderaan jenis lain seperti lori dan bas serta sesetengah pacuan empat roda kerana ketinggian, tempat duduk dan reka bentuk adalah berlainan.

Beliau berkata kajian Miros juga menunjukkan beg udara membantu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kemungkinan mengalami kecederaan serius dan kemalangan jalan dan tidak mengurangkan kadar kemalangan.

"Kita tidak dapat elak sebarang kemalangan kerana banyak sebab yang menyumbang pada punca kemalangan, tetapi apa yang kita boleh buat ialah untuk mengurangkan kecederaan dan kemungkinan menjadi sebab kematian," tambah beliau.

Kong berkata menurut dua pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua), lebih 50 peratus kereta yang dikeluarkan oleh dua syarikat itu telah dipasang dengan beg udara.

"Ia juga menunjukkan bahawa kereta yang dipasang dengan beg udara diterima dengan baik oleh pengguna," kata beliau sambil menambah bahawa pembuat kereta kini mengkaji untuk menyediakannya di semua kereta mereka.

"Harga kereta yang dipasang dengan beg udara adalah lebih mahal, tetapi kita perlu ingat bahawa keselamatan pengguna kereta adalah lebih penting dan nyawa yang tidak dapat dinilaikan.

"Pembuat juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan membantu kerajaan mengurangkan kadar kematian dan kecederaan dalam kemalangan jalan, mereka akan mengenakan bayaran minimum bagi keretanya yang dipasang dengan beg udara," kata beliau. BERNAMA

Ulasan GB

Sebelum keluar kenyataan awal, pastikan ia tidak mengelirukan dan tidak menimbulkan keresahan rakyat.

Sebelum ini menteri berkenaan membuat satu arahan: Semua kenderaan diwajib pasang beg udara mulai tahun depan

Arahan blanket berkenaan telah menimbulkan keresahan rakyat, sekalipun Bernama cuba meberikan justifikasi pemasangannya yang lebih dilihat untuk mengampu menteri berkenaan daripada memberikan persepsi sebenar rakyat umum mengenai cadangan tersebut.

Kita mendesak peraturan baru itu hanya dibkenakan terhadap kereta-kereta yang baru dikeluarkan buakn terhadpa kereta-kereta lama yan menteri itu sendiri sudah akui ia TIDAK PRAKTIKAL.

[Bergambar] Pencalonan Cikgu Mala Bangkitkan Semangat Kaum Hawa

Posted: 23 Jan 2011 02:38 PM PST

Normala 'kejut' pengundi hawa

ALOR SETAR - Strategi Pas meletakkan calon wanitanya, Normala Sudirman, 38, bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah sebahagian daripada usaha parti itu untuk menyedarkan kaum wanita bahawa sokongan mereka juga penting kepada parti.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, langkah ini juga dibuat supaya berlakunya kebangkitan semula pengundi wanita untuk sama-sama menyumbang kepada parti.

"Saya harap wujud satu perubahan besar apabila kita meletakkan calon wanita kali ini. Selama ini pun kita tak pernah pinggirkan calon wanita. Seingat saya, pada tahun 1969 calon wanita Pas ada bertanding, dan selepas era 90an, semakin ramai calon wanita diletakkan," katanya.

Ir Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah berkata, Pas tiada masalah untuk menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, walaupun sebelum ini calon lelaki lebih menjadi pilihan.

"Perbezaan jantina bukan ukurannya, yang penting calon Pas mampu tarik keyakinan pengundi dan memang layak. Semua akar umbi parti harus yakin pada kebolehan Normala dan tak perlulah pihak lawan memperlekeh kemampuannya hanya kerana dia seorang wanita," katanya.

Menurutnya, potensi untuk Pas menang dalam pilihan raya kecil ini agak cerah memandangkan jumlah pengundi wanita yang keluar mengundi adalah besar.

"Kita kotakan janji bila cakap akan letak calon wanita," katanya.

Ir Phahrolrazi berkata, kontinjen pilihan raya Pas Kedah turut hadir pada hari penamaan calon semalam, dengan menghantar 100 petugas untuk berkhidmat di peti undi Labis.

"Semua peringkat turun padang daripada Pemuda hinggalah Muslimat untuk sama-sama berkempen di Labis. Kita juga mengadakan syif bertugas bermula awal pagi hingga malam bagi memastikan calon wanita kali ini dapat mewakili penduduk di situ sebagai wakil rakyat," katanya. -SH

Foto-foto ini menyebabkan UMNO tak tenang di Tenang.

Sebaik saja selesai proses penamaan calon semalam, Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak memandang ringan dan memperlekehkan calon parti lawan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

YB Dr Siti Mariah merakamkan foto-foto ini.




















RM888 Billion Lesap. UMNO BN Menunggu Masa Dihalau Oleh Rakyat

Posted: 23 Jan 2011 07:11 AM PST

Putrajaya perlu siasat aliran keluar wang haram RM888b, kata DAP

Lim kecewa "lanun darat" dibiarkan bergerak bebas di Malaysia. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 23 Jan — DAP menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.

Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana "lanun darat" dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.

"Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

"Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.

Dalam kenyataannya, Lim berkata perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal.

"Yang jelas, bukan sahaja Petronas malah BN juga mesti tampil bersih dalam skandal aliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan MP.

Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram.

"Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin," kata Lim.

Kini terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di negara lain, dengan separuh daripada mereka di Singapura.

Malah GFI juga berkata, peningkatan tahap ketelusan dalam sistem kewangan global juga penting demi mengurangkan aliran keluar wang haram.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negerinya yang berlandaskan slogan cekap, akauntabiliti dan telus telah membawa kepada pengiktirafan Ketua Audit Negara menerusi laporan 2009.

Oleh itu kata beliau, keengganan BN untuk menjelaskan skandal aliran keluar wang haram kemungkinan boleh menyebabkan Malaysia muflis menjelang 2019.

Katanya, jika RM888 bilion disalurkan kepada 27 juta penduduk negara ini, bermakna setiap rakyat dapat memperoleh RM33,000 sepanjang sembilan tahun 2000 dan 2008. -TMI

Ulasan GB

RM888 Ribu Juta hilang begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan.
Ketara kerajaan UMNO BN sudah tidak wajar dibiarkan memegang tampuk pemerintahan negara.

Anda mahu menjadi regim Ben Ali di Tunisia? Dihalau oleh rakyat sendiri nanti?

Wakil Rakyat Dilarang Mati

Posted: 23 Jan 2011 06:14 AM PST

Wakil rakyat ramai mati, Umno susah hati

SHAH ALAM 22 Jan. : Tindakan kementerian kesihatan mengarahkan semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan secara berkala berikutan fenomena kematian mengejut dikalangan wakil rakyat semakin menjadi- jadi disambut baik oleh ahli majlis pimpinan pusat, Fariz Musa.

Namun beliau berpandangan arahan sedimikian mencerminkan Umno Barisan Nasional berdepan dengan tekanan dan keresahan kerana setiap kali pilihan raya diadakan, mereka perlu bermati- matian mempertahankan kerusi wakil rakyat yang ditawan mereka.

"Sebenarnya Umno-BN takut dengan pilihanraya kecil, kerana dia tahu bahawa mood rakyat dan juga gerak kerja selama ini tidak diberi perhatian oleh rakyat. Sebab itu setiap kali pilihanraya kecil mereka berdepan dengan tekanan," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut seharusnya dilaksanakan lebih awal dan bukannya hanya sibuk mengisi kantong demi kepentingan peribadi serta kroni masing-masing.

Malah jelasnya lagi, pendekatan yang dicadangkan itu sudah digunapakai oleh parti Islam Se-malaysia (PAS) sebelum ini.

"Selama ini mereka tidak pernah menghiraukan isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini dan lebih mengutamakan pada gerak kerja untuk membesarkan kantong mereka.

Beberapa tindakan telah diambil oleh pakatan sendiri, sebelum ini PAS misalnya, calon merokok tidak boleh dan sebagainya. ini membuktikan pakatan menitik beratkan masalah kesihatan sebagai perkara utama berbanding umno-bn yang mengambik penekatanb semberono kepada wakil rakyatnya," katanya.

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mengumumkan arahan kepada semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang baik.

Tahap kesihatan wakil rakyat adalah penting berikutan setiap kerah keringat mereka dituntut untuk membantu membela nasib rakyat yang berada dibawah seliian seseorang wakil rakyat.

Cadangan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah.

PRK DUN Tenang merupakan pilihan raya ke 14 yang berlangsung setelah Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahun 2008 dan Malaysia bakal menghadapi sekurang- kurangnya dua lagi pilihan raya kecil setelah kerusi Merlimau, Melaka, dan Pelabuhan Klang, Selangor,disahkan kosong.

ADUN Merlimau Datuk Moh'amad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia minggu lalu kerana serangan sakit jantung, sementara kerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan setelah adunnya Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama 60 hari tanpa sebab.

Ulasan GB

Mungkin selepas ini, SPR akan membuat peraturan baru, bahawa semua calon yang ingin bertanding di dalam pilihanraya DILARANG MATI jika menang sebagai wakil rakyat.

Novel "Ku Bawa Hati Ini" Dihasilkan Untuk Dapatkan Semula Anak Yang Dilakan Suami

Posted: 23 Jan 2011 04:58 AM PST

Ejen asing dalang

KUALA LUMPUR: Ibu malang, Elis Syuhaila Mokhtar, 35, mendakwa bekas suami melarikan anaknya, Ferris Mokhtar Ven De Ven, 8, keluar dari Malaysia hampir dua tahun lalu dengan bantuan seorang ejen luar negara.

Menurutnya, perkara itu diberitahu kepadanya oleh wartawan Belgium yang menghubunginya untuk mendapatkan perkembangan mengenai perpisahannya dengan Ferris, sebelum ini.

Katanya, dia dimaklumkan oleh wartawan itu bahawa ejen berkenaan sentiasa memberi bantuan kepada pasangan berlainan negara yang menghadapi masalah dalam soal penjagaan anak mereka.

"Saya diberitahu, ejen berkenaan membantu pasangan bermasalah dengan 'menculik' anak mereka. Sebab itu, sampai sekarang saya masih musykil bagaimana Ferris boleh dibawa lari bapanya yang juga warga asing keluar dari Malaysia tanpa sebarang dokumen.

"Sampai sekarang juga saya tidak dengar sebarang kenyataan daripada Jabatan Imigresen mengenai kes itu, saya tidak tahu bagaimana kawalan di sempadan negara kita," katanya.

Elis Syuhaila berkata demikian selepas majlis pelancaran novel karyanya berdasarkan pengalaman hidupnya bertajuk 'Ku Bawa Hati Ini' terbitan Alaf 21, di sini, semalam.

Menurutnya, penghasilan novel menjadi usaha terbarunya untuk mendapatkan anaknya semula selepas dilarikan bekas suami, Firdaus @ Frank Theodorus Van De Ven, 40, ke Belgium.

"Sudah puas saya menangis, sudah puas saya menagih simpati atau bantuan, saya perlu bangkit dengan mengumpul dana bagi mendapatkan pembiayaan kos guaman untuk menuntut semula hak saya sebagai ibu kepada Ferris.

"Saya berharap penghasilan dan penjualan novel ini dapat membantu saya mengumpul wang secukupnya dalam usaha membawa pulang semula Ferris ke Malaysia," katanya.

Novel yang dihasilkan daripada pengalaman hidupnya menjadi isteri kepada lelaki bangsa asing dan tindakannya meninggalkan bekas suaminya selepas hampir 10 tahun hidup bersama serta pengorbanannya mengikut lelaki berkenaan tinggal di luar negara.

Menurut Elis Syuhaila, banyak idea menghasilkan novelnya adalah daripada catatan dirinya ketika masih menjadi isteri Firdaus dan mula timbul idea untuk menghasilkan novel kisah hidupnya sejak pulang ke Malaysia pada 2007.

"Mengingati semula detik awal saya untuk menghasilkan novel ini menyebabkan saya berasa sungguh sedih kerana ketika itu, Ferris sentiasa di sisi pada waktu saya menaipnya.

"Apabila dia dibawa lari oleh bekas suami, saya buntu dan tidak dapat menyiapkannya walaupun sebenarnya ia hampir siap sepenuhnya.

"Dengan terhasilnya novel ini diharap mampu membantu saya memperjuangkan usaha mendapatkan Ferris semula," katanya yang kini bertugas sebagai pensyarah kolej swasta di ibu negara.

Kisah perpisahan Elis Syuhaila dan Ferris pernah mendapat perhatian perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang kemudian meminta bantuan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, melihat kaedah perundangan bersesuaian untuk tindakan membawa pulang semula kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, harapan Elis Syuhaila pudar apabila Jabatan Peguam Negara dikatakan tidak dapat meneruskan tindakan membuat permintaan kepada kerajaan Belgium bagi membolehkannya bertemu Ferris.

Pengalaman pahit Elis Syuhaila akibat pergolakan rumah tangga dengan suaminya yang menyebabkan wanita terbabit tidak membawa anak mereka pulang ke Belgium, selepas kembali ke negara ini pada Oktober 2007.

Tindakannya menyebabkan suaminya datang ke Malaysia secara rahsia dan memfailkan kes mengenai penjagaan anak mereka di Mahkamah Syariah pada Disember 2007.

Kemudian, Firdaus berjaya mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk membenarkannya melawat Ferris pada Februari 2009.

Bagaimanapun pada Mac 2009, peluang itu diambil oleh Firdaus untuk melarikan anaknya melalui Rantau Panjang, Kelantan dan mendapatkan dokumen perjalanan kecemasan untuk anak dari Kedutaan Belanda di Thailand disebabkan pasport Ferris berada di tangan Elis Syuhaila.

Sebelum ini Elis Syuhaila pernah mendapat sokongan pencipta lagu, Aesar Mustafa menghasilkan lagu khas bertajuk 'Lagu Untuk Ferris - Buaian Rindu' untuk album single nyanyian pendatang baru, Arrora Salwa.

Melalui usaha itu, 50 peratus hasil jualan album single berkenaan dimasukkan ke tabung 'Bring Back Ferris To Malaysia' yang dibentuk untuk mengumpul dana membiayai pemergian Elis Syuhaila ke Belgium dan membiayai kos guaman.

Tahniah Chong Wei, Juara Terbuka Malaysia 7 kali

Posted: 23 Jan 2011 03:54 AM PST

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Chong Wei hanya mengambil masa 36 minit untuk memenangi perlawanan yang merangkul hadiah AS$30,000 (RM91,800). Gambar TheStar

Kali pertama Chong Wei memenangi kejohanan itu ialah pada 2004 dan hanya sekali gelaran terlucut daripada genggamannya pada 2007.

Pemain nombor satu dunia itu semakin menghampiri rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang menjuarai kejohanan itu sebanyak lapan kali sejak diperkenalkan pada 1937.

Sebelum ini Taufik terlebih dulu menempah tiket ke final menerusi kemenangan 21-15, 21-19 ke atas rakan senegaranya, Simon Santoso dalam tempoh 49 minit.

Bangkit Isu Sensitif: Jamil Khir Perlu Tegur Pemimpin BN Dahulu

Posted: 23 Jan 2011 02:46 AM PST

Menteri tegur pihak 'perdagang' Islam

Semua parti yang terlibat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang perlu menghindarkan daripada "memperdagangkan agama Islam" dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata agama Islam tidak boleh "dijual beli" atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

"Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mini Karnival Islam 2011 di Labis, hari ini.

Jamil Khir berkata rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama merupakan isu yang amat menyentuh perasaan.

"Saya menasihati orang ramai supaya memahami dalam suasana semasa ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu sedar asas kekuatan negara yang makmur ini adalah keutuhan perpaduan dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional membangun dan memajukan negara ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara BN yang diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38. --Bernama


Penubuhan negara Islam satu ancaman- MB Johor

Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini.

Abdul Ghani menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

"Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa," katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Geran tanah untuk kuil

"Dia (Pakatan) buat orang India tidak berpuas hati atau mungkin berkecil hati sehingga membawa pepecahan (terlebih) dahulu. Ini taktik yang digunakan tahun 2008.

'Kalau begini caranya, maka (ia adalah) cara yang merosakkan negara kita," katanya.

Menurut Abdul Ghani, beliau berharap dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini, masyarakat Melayu, Cina dan India, menunjukkan semangat perpaduan dan terus memberi sumbangan kepada kerajaan.

"Ini asas penting untuk menjadi bangsa yang bersatu, (menuju) negara yang maju dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," katanya yang juga pengerusi BN Johor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ahli parlimen Labis Chua Tee Yong, ahli parlimen Tenggara Halimah Sadique, barisan kepimpinan parti komponen BN dan pemimpin kuil Sri Subramanian, di Labis.

Dalam ucapannya, Abdul Ghani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan geran tanah, tempat kuil itu dibina - yang mula beroperasi sejak 2009.

Bahkan katanya, kerajaan negeri "tidak ada masalah" untuk mengurniakan satu pertiga lagi tanah milik kerajaan negeri kepada pentadbir kuil tersebut untuk kegunaan kuil berkenaan. -mk


Ulasan GB

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sepatutnya menegur beberapa orang pemimpim BN yang sebelum ini telah membangkit beberapa perkara yang menghina Islam.

Presiden MCA terang-terangan menghina wanita Islam yang tidak bersalam dengan kaum lelaki, TPM, Tan Sri Muhyiddin terang-terangan menyokong Presiden MCA mengenai isu negara Islam, begitu juga kenyataan MB Johor di atas.




Macamana MCA Tak Keliru Sdgkan UMNO Sendiri Tak Faham Islam?

Posted: 23 Jan 2011 01:43 AM PST

Calon kata MCA tak faham adab Islam

Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.

Sehubungan itu, Normala berkata Umno sepatutnya memahamkan komponen BN bahawa menyifatkan isu itu bukanlah isu.

"Dan kita lihat, inilah realiti yang perlu difahami masyarakat Malaysia," katanya.

Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala mengulas kebimbangan bahawa beliau tidak bersalaman tidak dengan lelaki sepanjang sejak mula berkempen pilihan raya di DUN Tenang.

Lelaki Tionghua

Dalam pilihan raya ini, Normala bakal dicabar oleh calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin PAS, antaranya dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Pasar Tani Labis, pagi ini, Normala turut menegaskan "tiada seorang pun lelaki Tionghua" bersalaman dengannya kerana mereka sudah memahami mengenai kedudukan perkara tersebut selepas majlis penerangan anjuran PKR dan DAP.

"Tapi prinsip asas sebagai seorang Islam, saya cukup jaga (adab bersalaman dengan lelaki) untuk mencari redha Allah," tegasnya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mengingatkan pihak media supaya tidak membesarkan perkara itu sehingga "mengurangkan" isu yang lebih besar sepanjang kempen pilihan raya ini.

Sebelum itu, dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Salahudin, beliau membayangkan PAS akan mendedahkan beberapa isu yang berkaitan dengan Mohd Azahar.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kubang Kerian itu menegaskan ia "tidak berkaitan dengan peribadi" calon BN.

"Tunggu... Ia bukan berkaitan peribadi. Kami bukan seperti pihak-pihak lain," katanya sambil menambah pendedahan tersebut akan dibuat dalam masa "sehari dua lagi". -mk


Isu salam - UMNO gagal fahamkan rakan BN

LABIS, 23 Jan - Calon pilihanraya kecil Dun Tenang Cikgu Normala melahirkan rasa simpati dan kesal beliau terhadap isu salam yang dimainkan presiden MCA, Chua Soi Lek semalam.

Menurut beliau, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana MCA adalah parti yang lama bersama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.

"UMNO sepatutnya mendidik dan memahamkan rakan-rakan parti komponen mereka berkenaan hak-hak individu muslim,

"Namun, selepas 53 tahun Malaysia merdeka, parti melayu itu masih gagal untuk menjalankan tanggungjawab mereka," jawab beliau ketika diminta mengulas isu tersebut selepas sidang media harian parti itu pagi tadi.

Menjawab sama isu itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, UMNO dianggap sengaja menimbulkan isu seperti itu untuk mengalihkan fokus pengundi terhadap isu sebenar yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Isu sebenar pilihanraya ialah soal kebajikan dan sosio ekonomi masyarakat," tegasnya meminta media supaya memfokuskan isu dan masalah utama dalam Dun itu.

Chua Soi Lek menimbulkan isu berkenaan walaupun kempen pilihanraya belum diisytiharkan bermula. Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan itu pernah menimbulkan soal berkenaan kedai di Kota Bharu yang ditutup pada hari perayaan Aidil Adha. -n05tenang


Ulasan GB


Benar, kerana selama ini bukan-Islam bukan saja tak faham adab Islam tetapi keliru, berpunca dari UMNO yang menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik terhadap Islam.

Mereka bukan saja saja boleh bersalaman, malah boleh bercium dan berpeluk dengan yang bukan muhrim di hadapan khalayak awam.

Ini adalah kerana, UMNO sendiri tak berapa faham tentang Islam yang mereka anuti. Hal ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO yang bernama Isa Samad. Isa Samad mendedahkan:

Kita (UMNO) sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham.

Boleh baca di SINI.


Tiada ulasan: