Kelab Greenboc |
- Peguam Ummi Hafilda Tak Tahu Undang-undang - Karpal
- [Bergambar & Video] Kisah Benar: Ada Kambing Atas Pokok!
- [Bergambar] Brazil Berkabung 3 Hari, Dilanda Banjir Besar Sebaik Saja Wanita Dilantik Presiden
- [Bergambar] Setahun Derita Seorang Anak Berkepala Besar
- Polis Gelidah Pejabat ADUN Sri Muda Tanpa Waran
- [Bergambar & Video] Singa Lawan Buaya
- PAS Umum Calon PRK Tenang Hari Ini
- "Mahathir Pernah Ugut Kelantan" - TGNA Bersama Blogger
- Wartawan Buat Liputan Lawatan Najib Ditimpa Kemalangan
- Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda
- Beberapa Haiwan Yang Memiliki Kecerdasan Menyaingi Manusia
- Dua Warga Myanmar Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh
- Ibu Rayu Anak Perempuan Pulang Ke Pangkuan Keluarga
- Van Dengan Kekata Lucah Ditinggalkan Di Hab Islam
Peguam Ummi Hafilda Tak Tahu Undang-undang - Karpal Posted: 16 Jan 2011 01:00 AM PST George Town: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Ahad menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu mehamami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya. Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun. "Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun...hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini, Ahad. Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS. Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu. Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar. Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta. Karpal berkata, pada 1997 memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan. "Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik," katanya. Beliau berkata, hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu. Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskandari tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima. "Jadi tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam," katanya. Karpal juga menyelar desakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahukan Peguam Negara mengeluarkan sapina terhadap beliau sebagai saksi kes liwat kedua Anwar yang melibatkan pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan. Katanya, kes kedua Anwar yang melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997 kerana kes melibatkan Azizan itu telah selesai. Beliau menyifatkan pihak yang membuat desakan itu sebagai tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang. - BERNAMA |
[Bergambar & Video] Kisah Benar: Ada Kambing Atas Pokok! Posted: 15 Jan 2011 11:58 PM PST Kambing-kambing di atas pohon bisa ditemukan di Maghribi. Kambing-kambing ini memanjat pohon untuk memakan buah dari pohon Argan, yang serupa dengan buah zaitun. Para petani tempatan biasa mengikuti kawanan-kawanan kambing ini saat mereka berpindah dari satu pohon ke pohon yang lainnya. Bukan kerana ingin melihat keanehan ini, melainkan berusaha mendapatkan biji-biji kacang dari sisa buah yang biasanya tidak dimakan oleh kambing-kambing itu. Tiap kacang berisikan 1 hingga 3 biji yang bisa digunakan untuk membuat minyak Argan dan bahan kosmetik lainnya. Minyak ini telah digunakan orang selama ratusan tahun, tetapi perlahan-lahan pohon Argan semakin sulit ditemui akibat kayunya yang sering ditebang dan juga akibat kerosakan disebabkan kambing-kambing yang memanjatnya. Untuk itulah sekelompok orang dan organisasi mencoba berusaha untuk menyelamatkan pohon ini dengan menjadikan lokasi utama dimana pohon ini tumbuh sebagai kawasan lindungan. Mereka juga ingin dunia memberi perhatian pada minyak Argan ini, rasanya yang lazat dan mengandung bahan anti-penuaan akan banyak dicari orang. Bagaimanapun juga akan sulit untuk menjual minyak ini, jika orang yang akan menggunakannya untuk wajah atau memakannya menyedari dan terbayang minyak ini diperolehi dari sisa makanan kambing. Untuk itulah satu kempen dirancang untuk mencegah kambing-kambing itu memanjat pohon-pohon Argan pada masa-masa tertentu dalam setahun untuk membiarkan buah-buahnya masak dan jatuh dengan sendirinya. Biji-bijinya lalu dikumpulkan dan diproses menjadi minyak. |
[Bergambar] Brazil Berkabung 3 Hari, Dilanda Banjir Besar Sebaik Saja Wanita Dilantik Presiden Posted: 15 Jan 2011 11:01 PM PST Brazil isytihar tiga hari berkabung tragedi bah terburuk TERESOPOLIS: Brazil hari ini mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara selepas lebih 560 penduduk terkorban akibat banjir dan tanah runtuh terburuk di Rio de Janeiro sejak seminggu lalu. Pekerja kecemasan di zon bencana di Wilayah Serrana, di utara Rio kini bertungkus-lumus bagi mengira mayat dengan lori digunakan untuk mengangkut untuk pengkebumian. Pekerja pengangkutan berkata, mereka bimbang jumlah mayat dijangka bertambah selepas pekerja penyelamat masih meneruskan kerja mencari mangsa di kawasan runtuhan. President Brazil, Dilma Rousseff mengumumkan tiga hari berkabung. Pihak berkuasa Rio de Janeiro berkata, negeri itu akan mengadakan seminggu penuh untuk berkabung bermula esok. Sehingga lewat semalam, angka korban akibat banjir dan tanah runtuh mencecah 558 dengan kawasan teruk terjejas ialah Bandar Teresopolis, Nova Friburgo dan Petropolis. - AFP Ulasan GB Selepas banjir besar, tanah runtuh pula. Kedua-dua berlaku sebaik saja Brazil menaikkan seorang wanita sebagai Presidennya pada awal bulan ini. Ada hal yang perlu dierungkan!
|
[Bergambar] Setahun Derita Seorang Anak Berkepala Besar Posted: 15 Jan 2011 09:30 PM PST Baling - Semalam merupakan ulang tahun kelahirannya yang pertama namun Nur Umairah Mohd. Zaidi masih menanggung penderitaan apabila kepalanya terus membesar dan kini melebihi kepala orang dewasa. Gambar: NORBAIZURA memangku anaknya, Nur Umairah yang menyambut ulang tahun pertama sambil diperhatikan Hasliza (kanan) di Baling semalam. Secara kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari Keputeraan Sultan Kedah menyebabkan Majlis Kebajikan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Baling di sini mengadakan majlis kesyukuran sebagai tanda prihatin kepada bayi berkenaan. Naib Pengerusinya, Hasliza Harun bersama anggota Mayang Zon Kuala Ketil meluangkan masa melihat keadaan bayi tersebut dan mengadakan majlis doa selamat. Walaupun sewaktu dilahirkan bayi ini mempunyai berat badan 3.9 kilogram namun penyakit dikenali sebagai Hidrosefalus menyukarkan dia bergerak. Anak ketiga pasangan Norbaizura Dol, 30, dan Mohd. Zaidi Abdul Rahman, 35, yang dilahirkan tanpa rongga hidung itu juga terpaksa minum susu menggunakan tiub. -kosmo Foto-foto sebelum |
Polis Gelidah Pejabat ADUN Sri Muda Tanpa Waran Posted: 15 Jan 2011 08:53 PM PST Pusat khidmat ADUN Sri Muda diserbu SHAH ALAM – Polis menyerbu Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (gambar) dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya. Serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor. Shuhaimi berkata, serbuan tersebut tidak disertakan waran, bagaimanapun beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu. Menurutnya, beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya. "Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit. "Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional," katanya. Beliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI. Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau. Beliau juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat. "Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya. Walaupun akhbar tersebut lidah rasmi UMNO, katanya, ia seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan. -SH |
[Bergambar & Video] Singa Lawan Buaya Posted: 15 Jan 2011 07:30 PM PST Gaborne – Satu pertarungan ganas 'Raja Rimba' melawan 'Sang Bedal' dirakam oleh seorang lelaki, Tony Goldman ketika melawat kawasan safari di Botswana, dia Afrika bersama anak lelakinya, lapor sebuah akhbar semalam. Pertarungan rimba itu tercetus apabila seekor buaya cuba membaham anak singa tetapi ia diterkam, dicakar dan digigit tiga ekor singa betina yang berada berhampirannya baru-baru ini. "Buaya itu sempat menggigit seekor singa betina tetapi pemangsa tersebut mati dibaham kawanan singa betina berkenaan dalam pertarungan yang berlangsung sekitar 15 minit," kata Goldman. – Agensi |
PAS Umum Calon PRK Tenang Hari Ini Posted: 15 Jan 2011 06:50 PM PST SENAI- "Calon yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal beri kejutan," kata Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau bagaimanapun meminta semua pihak bersabar dan menantikan calon yang digembar-gemburkan untuk bertanding di kerusi itu. Ketika ditanya mengenai calon yang terpilih itu, beliau berkata calon berkenaan merupakan seseorang yang dikenali di media massa. Beliau berkata, pengumuman yang akan dibuat di pekan Labis turut akan dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Dr Mahfodz juga enggan mengulas lanjut sama ada calon tersebut adalah wanita atau Ketua Penerangan Pas, Mazlan Aliman yang dikaitkan bagi bertanding di Tenang. Difahamkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan hadir pada hari penamaan calon itu nanti. Sementara itu, seramai 2,500 jentera petugas Pas telah mula berkampung di Tenang dan mereka juga akan diletakkan di kawasan pembuangan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Sejak 8 Januari lepas, petugas-petugas Pas telah berkampung di Tenang dan membantu menggerakkan jentera parti bagi meraih undi," katanya. Menurutnya, setiap cawangan daerah dan negeri akan menghantar wakil bagi membantu melaksanakan tugasan seperti mengedar risalah, mengadakan ceramah dan bertemu pengundi dari rumah ke rumah. "Selain petugas dari negeri Johor, negeri-negeri lain turut membantu seperti Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan," katanya. Sebanyak 12 Unit Peti Undi (UPU) terdapat di DUN Tenang dengan 200 orang akan di letakkan untuk menjaga setiap kawasan dari segi pengiraan dan keselamatan. "Jumlah berkenaan kemungkinan besar akan meningkat pada penamaan calon dan tempoh meraih undi selepas itu," katanya. Beliau berkata, dengan bilangan petugas yang ramai, jentera parti dapat digerakkan lebih cepat dan setiap kawasan seperti Felda dapat ditembusi. "Banyak kerja yang perlu dibuat dan bukannya asyik sibuk berceramah sahaja. Justeru lebih ramai petugas diperlukan bagi mendekati pengundi dengan cara ukhuwah," katanya. Beliau turut yakin monopoli Barisan Nasional atau UMNO di Felda dapat dipecahkan memandangkan pengundi terutamanya generasi kedua di situ lebih cenderung kepada Pas. "Berdasarkan kepada pemerhatian dan setiap kali turun ke kawasan Felda seperti di Felda Cemplak, pengundi terutamanya generasi kedua Felda, memberikan respons baik kepada Pas," katanya. -SH |
"Mahathir Pernah Ugut Kelantan" - TGNA Bersama Blogger Posted: 15 Jan 2011 06:10 PM PST Bimbang K'tan dirampas halang PAS laksana hudud' Gambar: Pertemuan TG Nik Aziz bersama blogger Pakatan Rakyat malam tadi. Gambar harakahdaily Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu. "(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan. "Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya. "Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam semalam. Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan. Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis. "Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook. Katanya hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam. Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat. Sebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan. Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran". Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan. "Kalau laksana hukum hudud apakah, halangan dan cabarannya.(Oleh sebab itu) kita tak laksana (hukum hudud). "Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain," katanya yang juga seorang peguam. Takiyuddin berkata walaupun tidak dilaksanakan, tetapi undang-undang kecil yang lain dapat diimplimentasikan. Sementara, exco kanan Datuk Husam Musa pula menafikan tanggapan penulis blog yang bahawa tiada perkembangan berhubung isu tuntutan royalti minyak. Katanya, tuntutan tersebut didokong oleh semua pihak, dan kerajaan negeri memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan permohonan tuntutan berkenaan. "Ia bukan isu politik tetapi untuk menjaga amanah. Seperti mana yang disebut oleh Tok Guru, isu royalti adalah isu amanah, dan beliau adalah pemegang amanah, maka kita menuntut amanah itu bagi rakyat negeri Kelantan," katanya. Sehubungan itu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mengajak semua penulis blog dan Facebook hadir ke Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur berhubung permohonan kerajaan pusat untuk mencelah menjadi defendan bagi isu tuntutan royalti minyak. "Kita bantah permohonan itu," katanya sambil menambah permohonan itu berlangsung pada 27 Januari ini. "Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," katanya sinis. Tambahnya, pendekatan lain oleh kerajaan negeri berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sebelum majlis dialog itu dimulakan, Nik Aziz menyampaikan sedikit ucapan ringkas yang mana beliau menasihatkan penulis blog dan Facebook supaya tidak menulis sesuatu "sesuka hati". "Tulis baik, balasannya syurga. Tulis jahat, balasannya neraka," katanya sambil merujuk tulisan dalam blog yang mendakwa beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, beberapa bulan lalu. -mk
|
Wartawan Buat Liputan Lawatan Najib Ditimpa Kemalangan Posted: 15 Jan 2011 04:50 PM PST Bintulu -- Tiga wartawan akhbar tempatan cedera setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk membuat liputan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke projek hidroelektrik Bakun, kira-kira 233 kilometer dari sini Sabtu. Gambar: Sebuah helikopter yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat membuat pendaratan kerana kabus tebal akibat cuaca buruk di ruang udara sekitar Empangan Hidro ElektriK Bakun di sini, hari ini. Rombongan beliau terpaksa membatalkan pogram lawatan ke empangan tersebut. - Foto BERNAMA Wartawan Patrick Joseph dan jurufoto Ramidi Subari, kedua-duanya dari akhbar New Sarawak Tribune dan Ambrose Rirang dari Utusan Sarawak masih dirawat di Hospital Bintulu selepas kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi di Jalan Bintulu-Bakun. Ketua Editor Kumpulan New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak, William Chan semasa dihubungi Bernama berkata keadaan ketiga-tiga petugas akhbar itu stabil dan kecederaan mereka tidak serius. Patrick memberitahu Bernama ketiga-tiga mereka menggunakan sebuah kereta pelbagai guna untuk memulakan perjalanan dari sini ke Bakun kira-kira pukul 6 pagi. Ketika mendekati persimpangan ke Skim Penempatan Semula Sungai Asap, kira-kira 50 kilometer dari tapak projek empangan Bakun, sebuah kenderaan pacuan empat roda dikatakan tiba-tiba muncul dari arah yang berlawanan dan bertembung dengan kenderaan mereka, katanya. Sehingga kini, belum ada maklumat lanjut mengenai keadaan pemandu dan jumlah penumpang dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan. Sementara itu, Najib yang dijadualkan tiba ke tapak projek hidroelektrik Bakun menggunakan helikopter terpaksa membatalkan hasrat beliau berikutan keadaan cuaca buruk. Bagaimanapun, beliau meneruskan program lawatan ke Pekan Belaga untuk meninjau projek Klinik 1Malaysia dan menghadiri taklimat pembangunan infrastruktur di bawah program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan di sana. Pada sebelah petang, Najib yang diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan beberapa anggota kabinet Persekutuan dan negeri menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Uma Belor di Sungai Asap. -- BERNAMA |
Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda Posted: 15 Jan 2011 03:41 PM PST Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri) Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali. Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London. Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain. Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta. Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI. Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan). Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan. Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim. Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri". Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan. Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut. Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah. Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara. Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.
|
Beberapa Haiwan Yang Memiliki Kecerdasan Menyaingi Manusia Posted: 15 Jan 2011 06:33 AM PST 1. Merpati Homing Pada saat manusia memerlukan beberapa jenis peta dan kompas untuk menemukan jalan pulang setelah perjalanan yang jauh, merpati pos dapat kembali dari jarak yang sangat panjang (lebih dari 1,100 batu) tanpa panduan apapun. Sebenarnya, mereka memiliki beberapa bantuan. Menurut penelitian oleh University of Frankfurt, merpati memiliki besi yang mengandung struktur di paruh mereka, yang membantu mereka merasakan medan magnet bumi independen gerak dan gerakan tubuh, yang dapat menentukan kedudukan geografis mereka. Hasil Penelitian ditemui tahun ini menunjukkan daya tarik magnetik ini juga ada pada burung lain. 2. Semut Meskipun ukuran mereka kecil, banyak species di dunia semut yang memiliki kemampuan luar biasa. Salah satu yang paling mengesankan adalah smithii mycocepurus dari Amazon, satu spesies feminis super yang telah mengembangkan kemampuan untuk mereproduksi melalui kloning untuk berevolusi menjadi jenis yang semuanya betina. Menurut penelitian dari University of Arizona, tidak jelas ketika perubahan itu terjadi, tetapi dengan reproduksi tanpa seks, semut energik menghindari proses produksi jantan dan menggantinya dengan dua kali ganda jumlah reproduksi betina yang dihasilkan setiap generasi. Tidak seperti kita manusia, semut juga belajar cara-cara yang efisien untuk mengatur lalu lintas super mereka. Pada tahun 2006 penelitian oleh University of California Berkeley telah menetapkan bahwa perangkap semut-rahang (bauri odontomachus) dapat menutup rahangnya tersebut pada kecepatan yang luar biasa. Proses ini berlangsung hanya dalam 0.13 milidetik, 2,300 kali lebih cepat dari kedipan mata. 3. Rayap Di Zimbabwe, spesies rayap Macrotermes michaelseni telah mengembangkan teknik yang tepat untuk peternakan cendawan tertentu yang berfungsi sebagai makanan mereka. Cendawan ini hanya dapat tumbuh sekitar 87 darjah Fahrenheit, sedangkan suhu di luar sarang adalah 104 darjah Fahrenheit pada siang hari dan 35 darjah Fahrenheit di malam hari, rayap telah mempunyai sistem untuk menjaga suhu tetap dalam sarang mereka dengan terus-menerus membuka dan menutup ventilasi pemanasan dan pendinginan. Ini adalah suatu idea yang menginspirasi bagi Loughborough University yang telah melakukan penelitian dengan menggunakan teknik yang sama dalam bangunan untuk manusia. 4. Chimpanzee Banyak yang telah mengetahui tentang kecerdasan chimpanzee, dengan beberapa orang yang mendakwa mereka genius dan lainnya mengatakan bahwa kecerdasan mereka hanya setara dengan anak manusia berusia 3 tahun. Tapi setidaknya ada satu area di mana chimpanzee lebih cerdas daripada manusia, iaitu photographic memory. Satu kajian oleh Institut Penelitian Primata Universiti Kyoto membuktikan chimpanzee muda memiliki kemampuan memori yang luar biasa untuk kenangan numerik, bahkan lebih baik daripada manusia dewasa yang diuji dengan kes yang sama dan mengikuti prosedur yang sama. 5. Lumba - Lumba Baru-baru ini, lumba-lumba dinyatakan sebagai makhluk kedua di dunia yang paling cerdas. Sebuah zoologi dari Emory University di Atlanta, Georgia, menurut The Times, mengatakan bahwa "neuroanatomy mereka menunjukkan kontinuitas psikologis antara manusia dan lumba-lumba," dan menyerukan untuk peninjauan kembali terhadap interaksi manusia dengan lumba-lumba. Ilmuwan lain dari Universiti Marymount Loyola di Los Angeles bahkan menyebut mereka sebgai "orang-orang yang bukan-manusia. " Jadi ya, lumba-lumba lebih cerdas daripada chimpanzee dengan kemampuan komunikasi yang mirip dengan manusia. Otak mereka hanya selisih sedikit dengan massa otak manusia, membuat mereka sebagai haiwan dengan budaya dan keperibadian yang berbeza dengan kemampuan untuk berfikir tentang masa depan. |
Dua Warga Myanmar Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh Posted: 15 Jan 2011 05:13 AM PST Melaka: Dua wanita warga Myanmar berusia sekitar 30-an, ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam rumah di Taman Malim Permai dekat sini, Sabtu. Gambar: WARGA Myanmar, Nanda mendukung bayi yang terselamat dalam kejadian bunuh dua warga Myanmar di Taman Malim Permai untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima Rawatan. - Foto Mohd Jamah Nasri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan pukul 2.15 petang, menemui mayat isteri kepada tuan rumah itu di ruang tamu manakala mayat pembantu rumahnya di ruang dapur. "Anak wanita itu yang berumur enam bulan ditemui di sebuah bilik di tingkat atas rumah itu, tidak dicederakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah itu. Beliau berkata semasa kejadian suami wanita itu yang dipercayai seorang peniaga rakyat Myanmar tiada di rumah, dan menurutnya kematian kedua-dua wanita itu disedari oleh adik kepada wanita tuan rumah itu yang datang ke rumah tersebut tengah hari tadi. Katanya siasatan awal polis mendapati berlaku pergaduhan dalam rumah itu sebaik sahaja dua lelaki memasuki rumah tersebut pagi tadi. Raja Shahrom berkata sebilah pisau dan satu penukul yang dipercayai digunakan dalam insiden itu ditemui di tempat kejadian, dan polis sedang menyiasat sekiranya ada barang berharga yang hilang dari rumah itu. "Motif pembunuhan sedang disiasat dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan dibuat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Beliau berkata mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Melaka di sini, untuk bedah siasat. Seorang jiran, Wan Choyow berkata kira-kira pukul 11.30 pagi tadi beliau mendengar berlaku pergaduhan dari dalam rumah itu dan kemudiannya beliau melihat dua lelaki keluar meninggalkan rumah berkenaan. "Saya tidak mengesyaki suatu yang buruk berlaku sehingga seorang adik wanita itu yang datang ke rumah tersebut memberitahu yang dua wanita itu sudah mati," katanya. Wan yang mengenali wanita itu sejak enam tahun lepas berkata jirannya itu mempunyai sebuah restoran di Melaka Sentral di sini.-BERNAMA |
Ibu Rayu Anak Perempuan Pulang Ke Pangkuan Keluarga Posted: 15 Jan 2011 04:31 AM PST Pasir Puteh -- Seorang ibu yang risau dengan keselamatan anak perempuannya yang keluar dari rumah sejak Ahad lepas merayu pelajar tingkatan lima itu supaya segera pulang ke pangkuan keluarga. Pauwina Khalid, 32, berkata kehilangan anaknya Siti Nor Hazirah Hashim (gambar), 17, hanya disedari pada pukul 5 pagi, Ahad lepas setelah didapati tiada dalam bilik yang pada biasanya ketika itu anaknya itu sedang sibuk bersiap untuk pergi ke sekolah. Semasa membuat pemeriksaan dalam bilik anaknya itu, katanya dia mendapati pakaian dan dokumen penting anaknya itu tiada dipercayai dibawanya bersama. "Pada sebelah malamnya saya dapati Siti Nor tidur dalam bilik bersama adiknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Garu, di sini pada Jumaat. Katanya setelah mendapati anaknya itu tidak pulang ke rumah dan tidak hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal (SMKG) pada hari berkenaan, dia telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh. Katanya anak gadisnya itu dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki yang mempunyai sebuah kereta Proton Saga berwarna putih berdasarkan laporan penduduk kampung yang melihat kereta dan lelaki itu tidak jauh dari rumahnya sebelum kejadian itu. Pauwina merayu mana-mana pihak yang melihat anaknya itu yang berkulit putih dan rambut lurus melepasi bahu supaya menghubunginya atau suaminya, Hashim Hamzah, 35, di talian 010-9191585 atau mana-mana balai polis.-- BERNAMA |
Van Dengan Kekata Lucah Ditinggalkan Di Hab Islam Posted: 15 Jan 2011 02:58 AM PST Singapura - SEBUAH VAN yang diconteng kekata lucah dijumpai ditinggalkan di pekarangan Hab Islam Singapura (HIS) di Braddell Road petang semalam. Van jenis Mercedes-Benz Vito berwarna putih itu diconteng dengan kekata 'Malay sg' dan diikuti ayat mencarut dengan menggunakan semburan cat merah di sebelah kanannya. Di sebelah kiri pula terconteng kata-kata 'HELL-O', 'Sg osama' dan apa yang kelihatan seperti angka '13' dan '11'; manakala kata 'Mati' pula disembur di belakangnya. Pemeriksaan Berita Harian (BH) sekitar 6 petang semalam mendapati bahawa van itu ditinggalkan dekat pintu masuk kompleks tersebut. Hab itu menempatkan pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Madrasah Al-Irsyad dan Masjid Muhajirin. Ketika dihubungi, Timbalan Pengarah (Pendekatan Masyarakat) Muis, Encik Zainul Abidin Ibrahim, berkata: 'Van itu ditemui di kawasan pekarangan kami sekitar 4.30 petang, iaitu selepas waktu asar, tetapi kami tidak tahu siapa pemiliknya.' Pihaknya menghubungi polis tidak lama setelah itu. BH difahamkan bahawa pegawai keselamatan yang bertugas melihat van yang sudah pun diconteng itu masuk ke pekarangan HIS. Difahamkan juga bahawa pemandu van tersebut, dipercayai seorang lelaki Melayu, telah menghilangkan diri selepas itu. -BHS |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan