Sabtu, 15 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


NGO Rancang Perhimpunan Bantah Perlantikan Khusrin 23 Jan

Posted: 15 Jan 2011 01:00 AM PST

NGO: Pelantikan Khusrin langgar hak rakyat S'gor

Sebuah kumpulan pendesak baru merancang untuk mengadakan perhimpunan Ahad depan (23 Januari) bagi membantah perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru.

Hormati Suara Rakyat Selangor (HSRS) berharap dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 10,000 orang ke perhimpunan itu yang dijadual diadakan di stadium MPPJ di Kelana Jaya.

Jurucakap kumpulan itu, Haris Ibrahim berkata, perhimpunan tersebut bertujuan memberi tekanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya menarik balik pelantikan Khusrin.

"Pelantikan Khusrin adalah kemuncak percubaan kerajaan persekutuan BN bagi menafikan rakyat Selangor mendapat khidmat terbaik dalam pentadbiran negeri oleh kerajaan persekutuan Umno-BN.

"Rakyat Selangor pada 8 Mac 2008 telah mengundi dan membuat pilihan. Apa yang kita lihat hari ini ialah insiden, gerakan untuk memandang rendah pilihan rakyat Selangor.

"Insiden terbaru pelantikan SUK ini hanya membimbangkan lagi rakyat Selangor kerana walau telah memilih Pakatan Rakyat, ada usaha pihak lain mengganggu dan merendahkan Kerajaan Negeri Selangor" kata Haris pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor di ibu negara hari ini.

Selain itu, katanya, perhimpunan berkenaan akan juga memberi tumpuan kepada isu tempatan yang tidak dapat diselesaikan kerana tiada kerjasama dari kerajaan persekutuan melalui agensi mereka seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), SYABAS serta agensi lain.

HSRS merupakan gabungan NGO yang memperjuangkan hak rakyat dan keadilan seluruh negara.

Antara NGO terlibat ialah Bersih 2.0, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) dan beberapa lagi. -mk

Lebih 100 Pengunjung Kuil Maut Dalam Tragedi Di Sabarimala

Posted: 15 Jan 2011 12:30 AM PST

Chennai: Lebih 100 orang dikhuatiri maut, manakala berpuluh lagi cedera dalam satu rempuhan di Sabarimala, sebuah tempat suci bagi penganut agama Hindu di Kerala, malam tadi.

Media India melaporkan bahawa tragedi itu berpunca daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku ketika orang ramai yang pulang daripada mengunjungi tempat suci berkenaan di sebuah kawasan hutan dan berbukit-bukau dikenali sebagai Pulmedu.

"Kami difahamkan, akibat keadaan gelap, beberapa kenderaan telah terbalik atau merempuh orang ramai. Ini menyebabkan beberapa orang terjatuh serta dihempap sebuah kenderaan dan seterusnya mencetuskan suasana kelam-kabut.

"Kami sudah temui semua mayat. Kawasan berkenaan diselimuti kabus tebal," kata Ketua Pengarah Polis Kerala Jacob Punnoose, yang dipetik Press Trust of India (PTI).

Kebanyakan mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira jam 10 malam itu dipercayai berasal dari Tamil Nadu.

Belum ada kepastian sama ada warga asing turut menjadi mangsa dalam tragedi itu dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti identiti mereka yang terbunuh.

Kira-kira 200,000 orang membanjiri Sabrimala bersempena perayaan "Makar Sankaranti" yang disambut setiap tahun di seluruh India.

Tragedi sama berlaku pada 14 Januari 1999 yang meragut lebih kurang 53 nyawa di negeri berkenaan. - BERNAMA

Gelombang Demonstrasi Rakyat Tunisia Sebabkan Presidennya Lari ke Arab Saudi

Posted: 15 Jan 2011 12:00 AM PST

Mantan Presiden Tunisia Larikan Diri Ke Saudi Arabia

Mantan Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali, telah tiba di Saudi Arabia setelah dipaksa turun dari jawatannya ekoran gelombang penunjuk perasaaan anti pemerintah.

Pejabat berita Reuters melaporkan bahwa Ben Ali dan keluarganya sudah tiba di kota pelabuhan Jeddah.

Pejabat berita rasmi Saudi Arabia (SPA) pula melaporkan bahawa pemerintah Kerajaan Saudi Arabia menyambut kedatangan Ben Ali dan keluarganya dan menyatakan dukungan mereka terhadap rakyat Tunisia.

Gelombang penunjuk perasaaan anti pemerintah dan kekerasan polis menyapu Tunisia minggu ini dan mengakibatkan Ben Ali mengundurkan diri dari jabatannya.

Sebelumnya Perdana Menteri Tunisia, Mohammed Ghannouchi mengatakan akan mengambil alih kekuasaan sementara dari Ben Ali.

Pengumuman pengunduran diri itu disampaikan oleh Ghannouchi lewat saluran TV negara.

Ghannouchi, 69, pernah menjabat menteri keuangan sebelum menjadi perdana menteri pada tahun 1999.

Keadaan darurat

Pengunduran diri ini diumumkan tak lama setelah pernyataan keadaan darurat dan pembubaran kabinet serta parlimen.

Pemilihan parlimen akan diselenggarakan dalam waktu enam bulan yang akan datang.

Ben Ali -dalam pernyataan yang disiarkan lewat saluran TV nasional Kamis (13/01)- berjanji tidak akan mencalonkan diri lagi dalam pemilihan 2014.

Ben Ali, 74, merupakan presiden kedua Tunisia sejak merdeka dari Prancis tahun 1956.

Dia mulai menjadi presiden sejak tahun 1987 dan dalam pemilihan 2009 kembali berkuasa dengan merebut sekitar 90% suara.

Namun krebilitinya musnah sejak demonstrasi yang berlangsung selama beberapa minggu ini untuk menentang kenaikan harga barangan, korupsi, dan pengangguran.

[Bergambar] Berpaut Bot Penyelamat 3 Hari Tiga Malam

Posted: 14 Jan 2011 11:26 PM PST

Sarikei – Mereka yang terselamat dari tragedi kapal karam di sini menyatakan mereka berpaut kepada bot penyelamat selama tiga hari tiga malam selepas kapal yang dinaiki terbalik di 8.9 batu nautika dari Kuala Rajang pada pukul 8.30 pagi hari Isnin.

Menurut seorang yang terselamat, Jong Boh Siong, beliau menyatakan kapal MV Soon Bee 2 meninggalkan Kuching pada hari Isnin. Pada pagi Selasa jam 8.30, mereka berdepan cuaca buruk dengan petir dan kilat serta gelombang ombak besar setinggi 4 hingga 5 meter yang berterusan sehingga air melimpahi masuk ke dalam kapal kargo dinaiki.

Beliau menyatakan sebaik saja kapal itu hampir karam, sepuluh orang dari mereka mencapai dan menaiki rakit yang didapati dari kapal berkenaan.

Pagi kelmarin mereka sampai ke tebing sebuah sungai, berjalan merentasi hutan dan tiba di Kampung Bayang dimana orang kampung di situ memberi mereka makanan dan menghubungi pihak polis

Rakyat Malaysia yang terselamat ialah Imam Fahrudi (jurugan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kiniding dan Jong Poh Siong.

Lima lagi merupakan rakyat India iaitu Athoaba Baremron Kabul, Vivek Kumar Sharma, Narotam Banshiyar, Maniah Kumar Singh dan Ravinderdeep Singh.

Lapan mangsa yang hilang ialah Bong Youn Choi, Jong Qing You, Bong Kui Son serta Paturaa anak Sipor dari Malaysia, manakala empat lagi rakyat India iaitu Tripati Yogesh Kumar, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika dan Akhand Pratap Singh.

Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Ismail Bujang Pit berkata operasi mencari dan menyelamat yang terpaksa dihentikan awal hari ini berikutan ombak besar, akan diteruskan di lokasi kapal kargo berkenaan
tenggelam sebaik keadaan cuaca mengizinkan.

Beliau berkata kapal nelayan, terutama yang ke laut dalam di Tanjung Manis, telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan diminta membantu usaha mencari dan menyelamat anak kapal yang masih hilang.

Katanya, APPM menerima laporan kecemasan daripada kapal terbabit yang berdepan masalah kebocoran pada Selasa malam, namun cuaca buruk dan ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sukar.


Survivor nearly gave up hope to remain alive

SIBU: For two days, life for the 79-year-old retiree and part-time seafarer, Wong Kie Ket came to a standstill.

Wong, from Sibu, had thought that it would not be possible for him to see light of day again after the lifeboat drifted in the South China Sea aimlessly.

However, by a stroke of luck, the lifeboat which he together with nine other seafarers jam-packed for two days, eventually reached Kabong beach yesterday morning at about 7am.

"It was joy upon reaching the beach and though our lifeboat was still metres away from the beach, all of us jumped down and swam ashore," he said when interviewed at the Sarikei Hospital where he was recuperating.

Wong was one of the 18 crew members of the cargo ship MV Soon Bee II that went missing around 8am on Tuesday following torrential rain and rough sea condition.

As at press time yesterday, eight other crew members were still reported missing.

The ship's captain had sent a distress signal that the 56-metre long vessel had suffered a leak during its journey.

Recalling the incident, Wong said he was inside the cargo section when the boat suddenly capsized, apparently after suffering a leak through one of the ship's compartments.

"One of the containers fell and hit my head before I realised that danger was lurking. Immediately, I swam towards the window patio as water sipped into the ship," he said.

Once outside the sinking ship, Wong said he saw the lifeboat with four persons already inside.

He joined the group and stayed inside the lifeboat before another seafarer joined them.

After waiting for several minutes and making sure that nobody were left behind, the group began to paddle the lifeboat using only their bare hands.

"It was tough but none of us were showing any signs of despair. All of us have high hopes that we will survive and together we will prevail the mishap," he recalled.

The group reached Tanjung Manis on Jan 12 before the water current pushed them to a beach in Kabong yesterday morning.

Wong said this was the second time that he encountered such a mishap in his life-long career as a seafarer.

The last time was in 1985 when he also miraculously escaped from a leaking ship. -borneopost


Foto ehsan sarawakupdate:






Utusan Gantung Kerja Presiden NUJ

Posted: 14 Jan 2011 10:37 PM PST

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

"(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah gua," tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

Hata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

"Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai," petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

Berada di tempat boleh hubungi

"Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

"Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal," petik surat itu lagi.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -MK

Ulasan GB


"Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,"


Ada yang tidak kena dengan arahan sedemikian.

Siapa Utusan yang boleh menghalang warganegara Malaysia daripada keluar dari tempat tinggal?

Apakah ia perintah mahkamah?

Kenyataan itu terlalu jelas melampaui undang-undang dan boleh diambil tindakan.

Sudah Dijangka, Sivakumar Kalah Lagi

Posted: 14 Jan 2011 09:26 PM PST

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Sivakumar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan tepat apabila memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar bagi mencabar keputusan SPR itu.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan menolak permohonan itu dengan kos yang akan ditaksir kemudian dalam kamar beliau, tetapi tiada alasan penghakiman diberikan pada prosiding turut dihadiri peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili Sivakumar dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said mewakili SPR sebagai responden.

Mahkamah turut menolak permohonan bekas EXCO Perak, A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.

Pada 22 Oktober 2009, mereka dibenarkan membuat semakan kehakiman bagi mengentepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas wakil rakyat kerusi itu menjadi ADUN bebas. Tiga kerusi terbabit masing-masing diwakili Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu dan Datuk Hee Yit Foong.

Selain Sivakumar dan Sivanesan, empat lagi yang memfailkan permohonan ialah Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai.

Sivakumar juga memohon perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga wakil rakyat itu bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab serta fungsi dan tugas sebagai ADUN.

Terdahulu, Ambiga dalam hujahnya berkata, SPR sepatutnya memanggil semua pihak terbabit untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai perkara sebelum membuat keputusan, manakala Kamaluddin pula berkata, SPR membuat keputusan betul ketika itu dan memohon mahkamah menolak permohonan kerana tiga kerusi itu masih diwakili Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong.

Ulasan GB

Dahulu, GB menyatakan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan sentiasa membuat keputusan yang tidak berpihak kepada sesiapa dan apa-apa yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat tertutama di dalam kes Perak, liwat Anwar dan kes melibatka Lingam.

Kini, buktinya.

Setiap sesuatu keputusan mahkamah yang berpihak kepada PR akan segera diterbalikkan kemudiannya. Itu hal institusi kehakiman yang sudah dilihat tidak mempunyai integriti di dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan.

Duda Tumpang Tidur Rumah Janda?

Posted: 14 Jan 2011 08:30 PM PST

Padah tumpang tidur

MASJID TANAH - Tindakan seorang wanita mempelawa 'bakal suaminya' bermalam di rumah akhirnya membawa padah apabila kedua-duanya dicekup, malam kelmarin. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam di Flat Taman Bidara Permai, di sini, wanita berstatus janda berusia 28 tahun itu mendakwa menjemput lelaki berkenaan di stesen bas berdekatan.

Lelaki yang merupakan seorang duda berusia 37 tahun itu dikatakan tinggal di Kuala Linggi, dekat sini dan mahu menumpang berehat di rumah wanita terbabit sebelum bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Bagaimanapun, gerak-geri kedua-duanya menimbulkan syak di kala�ngan penduduk sekitar kerana lelaki terbabit dikatakan sudah kerap kali pergi ke rumah berkenaan menyebabkan penduduk bersama pihak berkuasa membuat serbuan.

Turut ditahan, seorang lagi wanita di dalam rumah itu yang mendakwa sepupu kepada wanita terbabit.

Lagi Kes Pelajar Dipukul Senior

Posted: 14 Jan 2011 07:25 PM PST

Pelajar dikepung, dipukul 10 senior

CHUKAI – Angkara dendam lama, seorang pelajar Tingkatan Empat dikepung sebelum ditumbuk dan diterajang sekumpulan 10 pelajar tingkatan lima.

Akibat kejadian itu, mangsa yang juga anak seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian di sebuah sekolah pada Rabu lalu, mangsa, Mohamad Hakimi Abdullah, 16, mendakwa dibelasah sekumpulan pelajar senior.

Kumpulan samseng junior itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran guru.

Mohd Hakimi berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.45 pagi ketika waktu rehat.

"Ketika kejadian, saya sedang berbual bersama beberapa kawan di hadapan kelas dan secara tiba-tiba 20 pelajar tingkatan lima menghampiri saya dan menolak kawan saya ke belakang. Hampir 10 pelajar senior menyerang saya manakala yang lain hanya memerhati.

"Beberapa pelajar senior itu saya kenal dan salah seorang daripadanya pernah mengugut mahu memukul saya pada pertengahan tahun lalu gara-gara saya menasihatinya agar tidak bergaduh menggunakan pisau," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Mentok, di sini, semalam.

Katanya, pada tahun lalu, pelajar yang mengugutnya itu berkelahi dengan adik angkatnya yang berada di Tingkatan Satu.

"Saya tak sangka meskipun kejadian itu sudah lama berlalu tetapi dia masih menyimpan dendam.

"Malah sewaktu menumbuk saya di mata kanan, dia sempat berkata bahawa dia masih tidak puas hati dengan saya," katanya.

Akibat ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi, Mohamad Hakimi yang juga anak bongsu daripada lima beradik mengalami lebam pada mata selain bengkak di belakang kepala dan anggota badan yang lain.

Laporan berhubung kejadian itu dibuat kira-kira jam 2.30 petang kelmarin di Balai Polis Chukai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan laporan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. -SH

Isteri, Anak perempuan Ditiduri Along Dek Hutang Tidak Dilunas

Posted: 14 Jan 2011 06:00 PM PST

Johor Bahru: Ada peminjam yang berhutang lebih RM100,000 ($42,084) kepada pemiutang haram, atau along, di Johor terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsai hutang.

Ia sebahagian daripada 100 laporan tentang ancaman along terhadap peminjam, yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta, yang diterima Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor Bahru sepanjang tahun lalu.

Ketua biro itu, Encik Michael Tay, berkata beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan pula berdepan risiko hilang perniagaan mereka yang dijadikan cagaran kepada along.

'Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,' katanya kelmarin.

Menurutnya lagi, peminjam mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa pinjam daripada ceti haram lain bagi melunas hutang pertama, sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.

'Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,' katanya.

Beliau turut mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan along. Lelaki 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anaknya berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan. -bh

Jangan Tanya Otak Siapa

Posted: 14 Jan 2011 05:00 PM PST

Penaga - Penemuan otak manusia ketika kerja menggali kubur untuk satu majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu tidak perlu menjadi tanda tanya atau isu yang gempar.

"Ini kerana, jika setiap manusia memahami zat kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja, mereka pasti akan dapat menerimanya tanpa perlu rasa gusar atau takut," kata Imam Masjid Permatang Tok Labu, Othman Arshad, 65.

Beliau berkata, penemuan itu membuktikan bahawa Allah berkuasa dan mampu melakukan sesuatu melebihi akal pemikiran manusia.

"Ini bukti kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya dan zatnya mampu melakukan apa sahaja dengan kehendaknya. Sebagai hamba Allah kita perlu menerima dengan hati terbuka dan dalam masa sama mengakui bahawa kejadian luar biasa seperti itu adalah di bawah kawalan Tuhan Maha Besar," katanya ketika ditemui semalam.

Sinar Harian kelmarin melaporkan lebih 50 ahli keluarga seorang wanita yang hadir majlis pengebumiannya di pekarangan masjid itu terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad menunjukkan penemuan otak manusia yang masih elok meskipun dipercayai sudah lebih 20 tahun berada di dalam tanah.

Lebih mengejutkan mereka sebaik penemuan itu ialah beberapa kejadian aneh berlaku iaitu otak bersalut lumpur itu kemudiannya menjadi bersih tanpa diusik dan bertukar warna dari kehitaman ke warna merah beserta timbul urat-urat darah menampakkan seolah-olah ia masih hidup.

Othman percaya otak itu milik salah seorang ahli keluarga Ahmad Hassan, bekas imam masjid itu yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Haji Ahmad.

"Dahulunya kawasan perkuburan ini hanya dikhaskan kepada ahli keluarga Tok Haji Ahmad sebagai menghormati peranan dan jasanya mengembangkan syiar Islam di daerah ini.

"Sejak semua ahli keluarganya meninggal dunia, tanah perkuburan ini dibuka untuk umum termasuk dijadikan kubur untuk orang luar yang memohon mengebumikan saudara mereka dari luar daerah ini," katanya.

Menurutnya, semua penduduk sekitar kawasan ini mengetahui dengan jelas bahawa keluarga Tok Haji Ahmad merupakan ahli ibadah yang patuh pada perintah Allah dan berpekerti mulia sepanjang hidup mereka.

Dalam pada itu, dua beradik penggali kubur yang mula-mula menemui otak manusia itu, Saad Shaari, 60 dan adiknya A Rahim, 55, menganggap penemuan itu sebagai kurniaan Allah selepas melakukan kerja kebajikan dengan suci hati sebagai penggali kubur sejak 30 tahun lalu.

"Anugerah Allah untuk kami berdua berkaitan kebesaran zatNya dan kami bersyukur serta tidak pernah menganggapnya satu kejadian luar biasa.

"Tugas penggali kubur ini memerlukan tahap kebersihan jiwa luar dan dalam kerana merupakan satu kerja ibadah bagi mengurus si mati menghadap penciptanya dalam keadaan bersih," katanya.

A Rahim berkata, kerja menggali kubur ini bukan semua orang boleh buat tambahan lagi jika mereka kurang ilmu pengetahuan keagamaan.

"Banyak pantang larangnya kerana kita menguruskan seorang hamba untuk diserah kembali kepada penciptanya.

"Memang banyak kejadian luar biasa pada mata orang ramai seperti mayat tidak reput biarpun lama dikebumikan, mayat hilang dan hanya tinggal keranda dan beberapa kejadian lain yang kami anggap mampu menunjukkan kebesaran Allah," katanya.

Sehubungan itu, katanya penggali kubur perlu banyak beristighfar selepas dipertontonkan sesuatu kejadian aneh tanpa menceritakannya kepada umum kerana bimbang disalahertikan selain menjaga air muka keluarga si mati.

Pejabat Mufti Pulau Pinang ketika dihubungi Sinar Harian untuk mendapat komen mengenai penemuan ini bagaimanapun enggan mengulas kerana perlu melakukan pemeriksaan dan menemubual pihak terbabit terlebih dahulu.

Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Salahudin Ghazali berkata, beliau sudah berbincang dengan Mufti, Datuk Hassan Ahmad mengenai kejadian itu dan hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak wajar membuat sebarang telahan, andaian atau pendapat sendiri berkaitan penemuan itu kerana bimbang akan lebih terarah kepada salah penerimaan.

"Kebiasaannya kejadian seperti ini adalah dalam pengetahuan Allah semata-mata dan kita sebagai manusia digesa menerima dengan hati terbuka," katanya. -SH

Berita sebelum

Penggali Kubur Jumpa Otak 20 Tahun Dalam Tanah Masih Elok

Cucu Bawa Kawan Rompak Dan Bunuh Datuknya

Posted: 14 Jan 2011 04:00 PM PST

Cucu bawa geng bunuh datuk

JEMPOL: "Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia," kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih memilukan, dalam kejadian jam 9 malam itu, Mokhtar dibunuh seorang daripada empat penjenayah berusia belasan tahun termasuk seorang cucunya yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Halimah berkata, sebelum kejadian dia dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi baru pulang dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana melawat seorang saudara yang cedera dalam kemalangan.

"Sebaik sampai ke rumah dan membuka pintu saya nampak sebuah bilik berselerak seperti digeledah. Kami memeriksa satu lagi bilik sebelum melihat ada parang di situ.

"Saya bertanyakan suami kerana jika dia meletakkan parang di situ. Suami saya menafikannya, jadi kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Halimah, dia dan suami cuba memeriksa satu lagi bilik dan terkejut apabila melihat dua lelaki termasuk cucu mereka berada di dalam bilik itu.

"Saya menasihatkan cucu saya supaya tidak melakukan perkara buruk, namun tiba-tiba muncul satu lagi pasangan remaja di dalam bilik itu menjadikan mereka empat orang semuanya.

"Tanpa disangka, seorang daripada mereka menikam belakang badan suami saya sebanyak dua kali dan kejadian berlaku pantas hingga saya tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.

Halimah berkata, suaminya rebah sebaik ditikam di dada dan darah memancut keluar hingga mengenai badan dan bajunya menyebabkan dia terkejut dan panik.

Halimah juga tidak menyedari tangan kanannya cedera dipercayai akibat dikelar kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia memangku suaminya dan menjerit meminta tolong menyebabkan jiran datang memberikan bantuan.

"Keempat-empat remaja itu melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barang kemas.

"Saya tidak sangka mereka tergamak melakukan perkara ini," katanya yang tinggal berdua dengan suaminya di rumah berkenaan.

Halimah berkata, walaupun sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya itu, dia reda dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 1, sebaik segala urusan bedah siasat selesai dilakukan hospital. -hm


Cucu durjana ragut nyawa datuk

JEMPOL – Sepasang suami isteri tidak menyangka kepulangan mereka ke rumah di Felda Palong Dua di sini selepas menghadiri majlis tahlil disambut dengan tragedi apabila si suami mati ditikam oleh salah seorang daripada empat pencuri yang memecah masuk teratak itu kelmarin.

Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Mohtar Yusoh, 71, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah ditikam di belakang badan dengan sebilah pisau oleh suspek.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada empat suspek tersebut merupakan cucu lelaki Mohtar berusia 17 tahun yang datang ke situ dari Melaka tanpa pengetahuan pasangan tersebut.

Isteri mangsa, Halimah Mad Yasin, 57, menceritakan, kejadian itu berlaku sebaik mereka sampai di rumah selepas menghadiri majlis tahlil di Bukit Rokan di sini.

Katanya, sebaik tiba, suaminya hairan apabila melihat rumah mereka terdedah dan terdapat kesan digeledah selain terdapat suara orang membuat bising seolah-olah sedang mencari sesuatu yang berharga. -kosmo


Wanita Tua Dirogol Di Kawasan Awam

Posted: 14 Jan 2011 02:09 PM PST

Kesian sungguh melihat makcik dalam gambar di bawah ni 'dirogol' di kawasan awam. Orang disekeliling sekadar melihat sahaja dan tidak berbuat apa-apa. Namun yang menghairankan, makcik tu rilek je... mungkin tak terdaya nak menolak si perogolnya.

Maaf, gambar-gabbar tak senonoh, tetapi dipaparkan juga untuk menyampaikan mesej bahawa hal tersebut memang terjadi dan gambar bukan superimposed. Entri ini kiriman seorang peminat Blog GB yang GB difahamkan diambil dari portal malaysiasensasi.








Mesejnya:

Memang betul-betul binatang lembu tu yek. Oleh itu jangan berpakaian berwarna merah apabila melalui kawasan yang ada lembu. Anda akan diserang seperti gambar di atas. Bagi lembu, merah itu tanda yang amat sensitif untuk benda itu. Buktinya lagi di bawah ini: Puteri UMNO yang berkempen dikejar lembu.


PUTERI UMNO DIKEJAR LEMBU SEMASA BERKEMPEN




PADANG BESAR, 2 Mac (Bernama) -- Macam-macam hal berlaku sepanjang kempen pilihan raya umum di Perlis dan hari ini isteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datin Seri Normala Samsuddin terpaksa membuka langkah seribu apabila dikejar seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat sini.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 11.15 pagi apabila bekas personaliti TV3 itu mengetuai kira-kira 30 anggota Puteri Umno bahagian Padang Besar sedang dalam kempen merayu undi dari rumah ke rumah di kampung tradisional itu.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.

Jurugambar Bernama, Kassim Saad yang sempat merakamkan peristiwa itu berkata terdapat beberapa ekor lembu di kawasan berkenaan namun hanya seekor yang kelihatan agak agresif.

Semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.

Peristiwa lain yang turut berlaku sepanjang kempen pilihan raya bermula seminggu lepas termasuk tragedi malang yang menimpa calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, yang terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.

Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.

Kejadian dua wartawan yang dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihan raya umum ini. -BERNAMA


Begitu juga kereta-kereta yang berwarna merah, pastikan anda berhati-hati melalui jalanraya yang ada lembu di kiri kanan. Anda mungkin dirempuh oleh lembu-lembu jantan itu.


Rahsia Bocor: Polis Bertindak Ikut Arahan Peguam Negara

Posted: 14 Jan 2011 07:22 AM PST

Polis perlu masa lengkapkan siasatan kes hina Sultan Selangor: Bakri

KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di dalam blognya sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata kes itu masih dalam siasatan.

"Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor "beraja di mata, bersultan di hati" dalam blognya pada 30 Disember lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan pada 4 Januari lalu berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Sementara itu, ketika mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kes anggota polis cedera di kepala akibat terkena tembakan rakannya yang juga anggota polis di Kuala Terengganu, Bakri berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang dilakukan.

"Ini termasuk prosedur yang dibenarkan untuk melepaskan tembakan... Kita mempunyai latihan tertentu untuk menggunakan senjata api. Sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak, itu sedang kita lihat sekarang ini. Sekiranya ada unsur kecuaian dalam kes ini, tindakan seterusnya akan diambil," katanya.

Menurut laporan akhbar itu, mangsa, Konstabel Md Rudzki Mohd Rozlan, 20-an, terkena tembakan rakannya sendiri ketika mereka bersembang di rumah bujang kuarters Balai Polis Batu Rakit, Terengganu semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, rakan mangsa dikatakan sedang menutup semula tempat mengisi peluru pistol Smith & Wesson .38 yang dibawanya sebelum ia tiba-tiba meletup.

Peluru berkenaan menembusi kepala Md Rudzki melalui kening kiri sebelum serpihannya keluar melalui sisi kepala mangsa dan terlekat pada dinding rumah berkenaan.

Mangsa yang telah pun dibedah untuk mengeluarkan darah beku berhampiran otaknya, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. - BERNAMA

Ulasan GB

Keratan ini amat penting dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin boleh dikenakan tindakan. Ini menunjukkan pihak polis tidak bebas dan tidak berkecuali. Ia mengikut telunjuk Peguam Negara. Beliau sewajarnya dipecat dari jawatannya.

Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kedua, polis tak perlu buang masa siapkan hasil siasatan kerana TIDAK ADA APA-APA YANG DIKATAKAN "MENGHASUT" di dalam tulisan ADUN Sri Muda itu. Ia hanya digembar-gemburkan melalui laporan polis oleh pihak-pihak yang sengaja mencipta isu seperti isu kononnya Karpal Singh menghina Raja dahulu.

Itu, laporan polis mengenai isu menteri perogol, mengapa tiada siasatan?


Di Perak, Ada Gajah Mati Dirempuh Lori

Posted: 14 Jan 2011 06:24 AM PST

Pantau gajah liar: Perhilitan

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan melakukan pengawalan dan pemantauan secara berkala ke atas gajah liar yang berkeliaran berhampiran Jalan Raya Timur-Barat di Gerik di sini.

Pengarahnya, Sabrina Sharif berkata terdapat antara 20 hingga 30 gajah liar di Hutan Simpan Temenggor dan ia perlu dilindungi bagi mengelakkan ancaman seperti kemalangan.

Katanya, mengikut rekod Jabatan Perhilitan, kawasan itu merupakan lokasi gajah berkeliaran dan papan tanda amaran iaitu gajah melintas, juga diletakkan di situ.

Beliau mengulas kematian seekor gajah liar betina yang dirempuh sebuah lori di Kilometer 32, Jalan Raya Timur-Barat pada 10.45 malam, Rabu lalu.

Bagaimanapun, dalam insiden itu, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Semasa kejadian, sekumpulan lima ekor gajah liar dari hutan simpan itu dipercayai tersesat dan memasuki laluan jalan raya dan dirempuh lori yang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli," katanya.

Bangkai gajah itu kemudian ditanam kira-kira 50 meter dari tempat kejadian menggunakan jentolak. - BERNAMA.

Ulasan GB

Kita tunggu apa berita nanti dari Perak!

[Bergambar] Jumlah Mangsa Banjir Sri Lanka Meningkat

Posted: 14 Jan 2011 05:36 AM PST

Jumlah kematian banjir Sri Lanka meningkat

COLOMBO: Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sri Lanka kini meningkat kepada 13 orang termasuk empat mangsa terbaru dilaporkan sejak hujung minggu lalu.

Jabatan Pengurusan Bencana Alam berkata, kira-kira 120,000 orang pula terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di kawasan berkhemah.

Kerajaan negara itu sudah mengarahkan tentera udara dan tentera laut untuk menghantar makanan serta menyelamatkan penduduk terutama di daerah yang paling terjejas iaitu Batticaloa. - AP
















MB Kedah Bersikap Terbuka, Tak Marah Pelajar KUIN Demo

Posted: 14 Jan 2011 04:30 AM PST

Tindakan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan perhimpunan aman kelmarin tidak salah kerana mereka berhak menyuarakan pandangan sebagai penuntut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah berkata, tindakan itu juga boleh memberi penuntut pengalaman baru supaya berani berdepan masalah dan menyuarakan pandangan, selagi tidak menyalahi peraturan kolej.

"Saya tak marah dengan insiden itu, malah gembira kerana ini menunjukkan penuntut Kuin pro-aktif. Saya tidak akan menyekat kebebasan bersuara jika disalur dengan baik.

"Mana ada negeri lain yang bagi penuntut buat tunjuk perasaan dalam kampus macam itu, kita sahaja benarkan. Ini adalah sikap terbuka kita terhadap penuntut," katanya kepada media semalam.

Beliau diminta mengulas perhimpunan aman oleh hampir 3,000 penuntut Kuin kelmarin, menuntut kolej berkenaan memperjelas isu-isu berbangkit selain mahu penambahbaikan dibuat terhadap pengurusan Kuin.

Menurutnya, jika penuntut terbabit tidak mengadakan perhimpunan seperti itu, semua pihak tidak tahu apa masalah yang membelenggu mereka selama ini.

"Sekarang kita sudah tahu dan ambil tindakan selesaikannya. Cuma ada beberapa perkara tidak dapat diatasi segera, antaranya kemudahan asrama kerana masih di peringkat pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil yang dijangka siap 2012," katanya.

Azizan turut meminta Kuin membuat semakan semula terhadap yuran pengajian agar tidak membebankan penuntut selain bertindak wajar menyelesaikan masalah yang dibangkitkan pada Perhimpunan Mega Mahasiswa itu.

Beliau berkata walaupun yuran pengajian di Kuin antara yang terendah di negara ini namun mahu semakan dibuat semula untuk manfaat kedua-dua pihak.

"Saya cadangkan semak semula yuran pengajian supaya masalah penuntut dapat diatasi. Yuran itu juga adalah untuk kegunaan pengurusan namun difahamkan wang penyelenggaraan tidak mencukupi untuk mengatasi masalah berbangkit," katanya.

Menurutnya, semakan juga harus mengambil kira kemampuan penuntut sekiranya yuran terpaksa dinaikkan bagi mendapatkan kemudahan asas yang lebih baik untuk menampung kos penyelenggaraan.

"Mana pilihan mereka, mahu kemudahan asas sempurna tapi kenalah bayar sedikit atau tidak perlu bayar apa-apa dan terima kemudahan sedia ada. Yuran pengajian hanya sekitar RM1,000 semester manakala pinjaman PTPTN RM8,000.

"Elaun pelajar dapat RM7,000, apa salahnya salur pada penyelenggaraan untuk kebaikan Kuin," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya bukan bercadang untuk menaikkan yuran pengajian, tetapi sekadar dibuat semakan sahaja. -SH

Apakah Ini Bererti Anwar Semakin Dekat Ke Pintu Penjara?

Posted: 14 Jan 2011 02:52 AM PST

Rayuan Anwar Minta Hakim Tarik Diri Ditolak

PUTRAJAYA: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengenepikan keputusan hakim itu enggan menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

Panel tiga hakim terdiri Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sebulat suara memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi (menolak permohonan Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri), tidak boleh dirayu.

Panel itu menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Hanafiah Zakaria bahawa keputusan itu tidak boleh dirayu sepertimana ketetapan Seksyen 50 (1) (a) dan Seksyen 3, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Mohamad Hanafiah dalam hujahnya berkata Anwar tidak mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana keputusan itu dibuat semasa perbicaraan sedang berjalan yang tidak melupuskan sepenuhnya hak pihak berkenaan.

Hakim Low hari ini berkata mahkamah berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika perbicaraan sedang berlangsung.

"Oleh yang demikian kami memutuskan bahawa mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan itu, begitu juga Anwar tidak mempunyai hak untuk merayu di peringkat interlokutori di Mahkamah Tinggi.

Kami menerima bantahan awal pihak pendakwa dan menolak rayuan ini," katanya.

Hakim Mohamad Zabidin pada 6 Dis tahun lepas menolak permohonan kedua Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.

Anwar, 63, membuat permohonan itu atas alasan hakim telah mengugut peguam belanya semasa prosiding lepas dan walaupun hakim telah menarik balik ugutan seperti didakwa itu, wujud bahaya akan berlaku berat sebelah sekiranya hakim terus mendengar kes itu.

Mohamad Zabidin turut menolak permohonan pertama Anwar supaya beliau menarik diri, yang difailkan atas alasan mungkin berlaku berat sebelah sekiranya Mohamad Zabidin enggan melayani permohonan peguam belanya untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Anwar memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi tetapi kemudian menariknya balik.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Kes itu dijadualkan untuk pengurusan kes pada Isnin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh menggesa mahkamah menolak bantahan awal pihak pendakwa kerana menurutnya keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu kerana ia merupakan perintah muktamad.

Katanya jika Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu, masalah berhubung perkara itu akan berakhir. - BERNAMA

Waspada: Mesin ATM Juga Penyebar Bakteria Serupa Mangkuk Tandas

Posted: 14 Jan 2011 02:06 AM PST

Mungkin tak pernah terbayangkan dalam benak apabila ruang mesin pengeluaran tunai atau automatic teller machine merupakan tempat yang sangat ideal bagi penularan penyakit. Padahal, kenyataan membuktikan sedemikian.

Bahkan, hasil sebuah pengujian menunjukkan, mesin automatis transaksi perbankan itu juga ternyata sama kotornya dengan toilet umum karena merupakan tempat yang sangat ideal bagi berkembangbiaknya bakteria dan kuman penyebab penyakit.

Para ilmuwan di England sebelum ini telah melakukan penelitian dengan cara membandingkan keypad atau papan tombol input beberapa ATM dengan tempat dudukan toilet umum. Hasilnya menunjukkan, keduanya ternyata memiliki tingkat pencemaran bakteria yang sama.

Sampel dari kedua tempat itu sama-sama merupakan tempat ideal bagi bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit infeksi dan disebarkan.

"Kami terkejut dengan hasil penemuan ini sebab mesin ATM terkontaminasi bakteria dengan tahap yang sama dengan toilet umum. Selain itu, bakteria yang dkesani di ATM juga sama jenisnya dengan toilet, yang mana menjadi penyebab penyakit paling umum di masyarakat," kata Dr Richard Hastings dari BioCote Ltd, perusahaan di bidang antibakteria yang menggagas kajian ini.

Sebelumnya, dalam sebuah kutipan pendapat terhadap pada pengguna menyatakan, toilet menempati peringkat pertama sebagai tempat paling kotor, sedangkan ATM menempati peringkat ke-10. Tempat lainnya yang dinilai sebagai sarang berkembangnya bakteria adalah pondok telefon umum serta tempat duduk bas dan kereta.


ATM machines 'as dirty as toilets' - says UK study

Experts took swabs from the numeric key pads on a string of city centre ATMs around England which are used by thousands of shoppers every day.

They then took similar swabs from the seats of nearby public lavatories and compared the bacteria under microscopes in a lab.

The swab were left to grow overnight and samples from both locations were found to contain pseudomonads and bacillus, bacterias which are known to cause sickness and diarrhoea.

Yesterday (Mon) Dr Richard Hastings, microbiologist for BioCote, a built-in, antibacterial product coating, said: "We were interested in comparing the levels of bacterial contamination between heavily-used ATM machines and public lavatories.
We were surprised by our results because the ATM machines were shown to be heavily contaminated with bacteria; to the same level as nearby public lavatories."

"In addition the bacteria we detected on ATMs were similar to those from the toilet, which are well known as causes of common human illnesses."

BioCote carried out the swab tests after they carried out a survey which revealed Brits consider public lavatories to be the biggest health risk.

The study of 3,000 adults also revealed public telephones are considered the biggest health risk.

While public lavatories were thought of as the dirtiest places in the country, chip and pin pads and cash machines only ranked tenth.

Fears over germs spreading saw almost a quarter of people labelling public telephones as 'very dirty' with more than one in ten wiping the handset and buttons down before using one.

And 48 per cent of people – 23 millions adults – even avoid using them altogether unless they have to because they are concerned about the dirt or bugs they may pick up from it.

Only public lavatories were ranked higher than phone boxes in the grime league, with almost two thirds calling them either 'very dirty' or 'fairly dirty'.

Third place in the study went to bus stops, while the dusty and grimy atmosphere in London Underground and metro stations saw them ranked fourth.

Seats on a bus completed the top five, with one in ten people admitting they regularly try to clean or cover them before sitting down.

Tube and tram seats followed close behind in sixth place while cash machines were at number seven.

More than forty-two per cent of Brits – 20 million – reckon the ATMs are dirty, with a quarter admitting they try not to use them to avoid having to touch the buttons, getting cashback from shops instead.

Eighth place went to train stations, followed by the grimy seats on the trains.

Thirty five per cent of Brits are so concerned about using public transport and picking up the dirt and germs that they try not to use a bus, train or tube.

Chip and Pin machines completed the top ten thanks to worries about the germs from the thousands of people who touch the buttons every day.

Dr Richard Hastings added: ''Public telephones can be a real hot spot for germs and grime.

"Not only are they handled by different people each day, but the handsets are then held close to people's nose and mouth."

"All it takes is for one person to have a cold or bug and this would get passed on to everyone else who uses the phone."

"But it's ironic that while people perceive chip and pin pads to be the least dirtiest, our swabbing experiments have actually shown them to be dirtier than public lavatories."


Source: telegraph.co.uk


Tiada ulasan: