Ahad, 2 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Beg Plastik: Pusat Akhirnya Mengikut Langkah K'jaan Pulau Pinang

Posted: 02 Jan 2011 01:00 AM PST

Pasar raya caj 20 sen beg plastik

Gambar: PASAR raya Giant Bangsar mula mengenakan caj 20 sen, bagi sehelai beg plastik untuk mengisi barang dibeli, semalam.

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa semalam, pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu.

Hasil yang dikumpul itu disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit.

"Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik," katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik, di sini semalam.

Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna.



Tiada Beg Plastik Percuma Di Pasar Raya Pulau Pinang Mulai Hari Ini

BUTTERWORTH: Bermula Sabtu, orang ramai perlu membawa beg sendiri ketika membeli belah di Pulau Pinang berikutan pelaksanaan kempen "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma" di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pelaksanaan itu melibatkan semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).

"Pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan 'Hari Tanpa Beg Plastik' tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik," di sini, Sabtu.

Beliau berkata penjaja dan peniaga di pasar dikecualikan daripada peraturan baru tersebut.

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang masih mahu menggunakan beg plastik boleh memperolehnya dengan bayaran 20 sen sekeping.

Pulau Pinang memulakan inisiatif "Tanpa Beg Plastik Percuma" sehari seminggu pada 1 Julai 2009 dan kempen itu dilanjutkan kepada tiga hari mulai 1 Januari tahun lepas.

Lim berkata dari 1 Julai 2009 hingga Ogos 2010, sebanyak RM174,280 berjaya dikumpul hasil penjualan beg plastik di pasar raya terlibat.

"Wang tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di Pulau Pinang," katanya.

Lim berkata beliau sedar tindakan tidak membekalkan beg plastik itu akan menyebabkan kerajaan negeri hilang sokongan.

"Kita bersedia hilang sokongan supaya kita boleh pelihara alam sekitar," katanya.- BERNAMA





Hari Tanpa Beg Plastik

Latar Belakang

Tahukah Anda?

Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan.

Tahun lepas, 6 kumpulan pasaraya terbesar di Pulau Pinang telah mengagihkan 25.2 juta plastik sebulan atau secara purata sebanyak 2.1 juta sebulan.

Sebagai usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa yang lebih bersih, cerah dan hijau pelbagai usaha telah dijalankan termasuk bergerak sehaluan dengan 42 buah negara atau bandaraya lain seluruh dunia dengan menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik. Kini, Kerajaan Pusat juga menjejaki langkah Kerajaan Negeri dengan mengumumkan pengurangan penggunaan beg plastik.

Sejak Pelancaran Program 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang diadakan setiap Hari Isnin mulai 6hb Julai 2009 di pasaraya-pasaraya telah membolehkan Negeri Pulau Pinang berjimat lebih daripada 1 juta* beg plastik dalam masa 4 bulan. Program ini telah dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap Hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1hb Januari 2010. Peniaga-peniaga hyper/supermarts, departmental stores, farmasi, fast food restaurants, Nasi Kandar chain stores, petrol kiosk stores dan convenience stores diwajibkan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan dalam pembaharuan lesen.

Kebanyakan beg plastik sukar untuk dilupuskan. Malah Beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan.

Tahun 2008, Enam kumpulan pasaraya utama di Negeri Pulau Pinang telah mengedar sejumlah 25.2 juta beg plastik setahun (atau 2.5 juta beg plastik sebulan). Data ini belum lagi merangkumi pengeluaran beg plastik oleh pengusaha-pengusaha lain seperti penjaja-penjaja atau pasaraya mini. Ke manakah kesemua beg plastik ini dihantar akhirnya?

Setiap rakyat Negeri Pulau Pinang dianggarkan menghasilkan sebanyak 1kg sampah sarap setiap hari. Pada tahun 2007, MPPP dan MPSP telah membelanjakan kira-kira RM57.6 juta untuk pelupusan sisa pepejal. Hampir 30 peratus daripada hasil yang diperolehi PBT terpaksa digunakan hanya untuk melupuskan sampah sarap.

Nasihat daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

(1) Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik
(2) Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).


*Data yang diberikan oleh 45 pasaraya dan peserta "Hari Tanpa Beg Plastik".

-Bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada "Hari Tanpa Beg Plastik" akan dimasukkan ke dalam Tabung Rakan Anti Kemiskinan. -greenstate.penang.gov.my



Baru Menjamah Juara, Skuad Harimau Malaya Bakal Kehilangan Safee

Posted: 02 Jan 2011 12:43 AM PST

Susulan Piala Suzuki, Safee diburu empat kelab asing

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Penyerang sensasi bola sepak negara Mohd Safee Mohd Sali kini dipikat sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara.

Tiga tawaran datangnya dari Indonesia manakala satu lagi Vietnam.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis taklimat serta undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil.

"Setakat ini, empat kelab bola sepak telah menawarkan diri membeli kontrak Safee Sali dengan Selangor," katanya kepada pemberita tanpa menamakan kelab berkenaan.

Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata pegawai kelab bola sepak Vietnam itu telah menemuinya berhubung "pembelian" Mohd Safee, manakala wakil tiga kelab terkemuka Indonesia pula menelefon beliau mengenai perkara yang sama.

Beliau berkata perbincangan mengenai tawaran itu telah dilakukan dengan Mohd Safee di pejabat FAS semalam, sebelum pasukan Selangor berangkat ke Australia pagi semalam untuk beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan bersama kelab di negara tersebut esok, 5 serta 7 Januari ini, dan dijadualkan pulang dua hari kemudian.

"Ketika perbincangan semalam, dia seolah-olah macam tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Saya akan ke Australia petang ini, dan akan berbincang dengan beliau di sana agar dia mampu berfikir secara terbuka, kerana saya telah memberitahu risiko dan kekangan yang bakal ditempuhi nanti," katanya.

Hamidin berkata keputusan sama ada Mohd Safee beraksi di luar negara atau tidak, akan ditentukan oleh Ahli Tertinggi Jawatankuasa FAS.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco Selangor. Kita akan ikut prosedur yang betul sebelum melepaskan beliau pergi," katanya.

Pada pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, Mohd Safee muncul sebagai penjaring terbanyak, yang melayakkan beliau memperoleh kasut emas di edisi tersebut. — Bernama

[Bergambar] 8 Maut Dalam Banjir Kilat Di Mekah & Jeddah

Posted: 01 Jan 2011 10:53 PM PST

8 maut dalam banjir kilat di Mekah dan Jeddah

Penduduk merungut kerana banjir tetap berulang walaupun sudah terbentuk satu jawatankuasa khas tangani bencana bah

Gambar: BANJIR KILAT: Seorang wanita keluar dari tingkap kereta bagi menyelamatkan diri dibantu oleh seorang lelaki setelah kereta mereka terkandas akibat banjir kilat di Jeddah, Khamis lalu. - Foto AFP

JEDDAH: Banjir kilat melanda Makkah dan bandar raya Jeddah Khamis lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terkorban.

Berita kematian seorang lelaki dan tiga anaknya yang terkorban dalam banjir itu disampaikan oleh Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, kelmarin.

Akhbar setempat, Arab News, semalam pula melaporkan mayat empat lelaki yang mati lemas ekoran banjir di bandar Al-Lith, yang terletak ke selatan Makkah, telah ditemui kelmarin.

Putera Khaled bagaimanapun berkata, bencana berkenaan yang berlaku ekoran hujan lebat yang melanda Jeddah dan daerah lain di wilayah itu adalah terkawal.

Putera Khaled menambah, seramai 200 orang lagi berjaya diselamatkan, sebahagian besarnya dengan menggunakan helikopter.

Menurut beliau, seorang pengawal keselamatan di Jeddah juga cedera dan banyak bangunan kediaman di daerah Al-Sawaed dan Umm Al-Khayr runtuh.

Banjir di bandar raya Jeddah pula menyebabkan keadaan lalu lintas berhampiran pelabuhan pinggir Laut Merah terjejas setelah beberapa jalan utama di timur dan selatan bandar raya itu dinaiki air dan berpuluh-puluh kenderaan rosak.

Pihak berkuasa berkata, banyak rumah penduduk turut ditenggelami air.

Paras air di sesetengah daerah di Jeddah berada di paras lutut, sementara beberapa daerah lagi airnya naik melebihi paras pinggang.

Pada November 2009, Jeddah, bandar raya kedua terbesar di Arab Saudi selepas Riyadh, dilanda banjir mengakibatkan seramai 123 orang terbunuh dan banyak rumah dan bangunan rosak teruk.

Banjir pada November tahun tersebut disusuli dengan satu kempen yang tidak pernah diadakan di Internet oleh para penduduk bandar raya itu sebelum ini yang merungut mengenai rasuah dan perancangan bandar yang teruk.

Ekoran banjir yang berlaku kelmarin, ramai penduduk setempat mempersoalkan mengapa bencana itu berulang walaupun pihak berkuasa telah membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat bencana banjir yang berlaku pada 2009.

'Apa yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini memandangkan krisis yang sama telah berlaku lagi?' tanya seorang penduduk setempat, Encik Rashid Al-Mitairi.

Para penduduk Makkah juga merungut kerana projek-projek yang dijalankan majlis bandaran untuk mengatasi banjir ternyata tidak berkesan.

'Siapa yang akan bayar kos membaiki kereta saya ini? Saya menyara hidup keluarga saya menggunakan kereta ini. Saya tidak ada sumber kewangan yang lain,' kata seorang pemandu teksi, Encik Ali Al-Maqti, yang kenderaannya terkandas dan ditenggelami air banjir di tengah sebatang jalan raya. -- Agensi.







Arnold Schwazenegger Letak Jawatan Gabenor 4 Jan

Posted: 01 Jan 2011 09:21 PM PST

Arnold "Terminator" segera undur

Arnold Schwazenegger akan turun setelah tujuh tahun menjadi "gabenor"

Gabernor California yang juga mantan bintang film keras Hollywood, Arnold Schwazenegger, akan meletakkan jabatan bulan Januari 2011 ini.

Dia tercatat sebagai salah seorang gabernor yang menghadapi tantangan berat dalam sejarah negara bahagian Amerika Syarikat itu.

Wartawan BBC di California, Peter Bowes, melihat kembali perjalanan aktor "Terminator" itu.

Pada hari Isnin, 4 Januari, dia aktor berotot kelahiran Austria itu akan digantikan oleh Jerry Brown, dari Partai Demokrat yang mengalahkan wanita pengusaha kaya dari Partai Republik, Meg Whitman, dalam pemilihan bulan November.

Mantan "Mr Universe" bina badan kelas dunia itu terpilih menjadi gabernor ke-38 di California dalam pemilihan tahun 2003.

Arnie, begitu panggilan akrabnya, boleh dikatakan memulai kerjayanya dari "tanpa apa-apa".

Pada awal tahun 1980-an, seorang producer TV dan radio, Michael Linder, adalah orang pertama yang bertemu dengan atlet angkat besi itu.

Kemudian Linder memutuskan untuk membuat rakaman kaset video berisi teknik bina badan dengan judulnya "Shape Up With Arnold".

"Kita harus melihat hal-hal apa saja yang membuat Arnold Schwazenegger menjadi orang," kata Linder.

"Dia mengatakan kepada saya, ketika dia masih remaja di Austria dia sangat malu dengan perkembangan otot betisnya sampai-sampai dia memotong semua kaki seluarnya mulai dari lutut ke bawah. Dengan begitu, dia akan terpaksa ke mana-mana dengan betisnya yang kecil itu."

Setelah itu, Arnold bekerja keras membina otot-otot badannya sampai dia menjadi salah satu atlet bina badan taraf antarabangsa.

"Begitulah dedikasinya yang menghantarkan dia ke layar perak dan kemudian kerusi gabenor California," tambah Linder.

Bukan 'gabernor biasa'

Schwazenegger menggantikan gabernor Gray Davis, seorang ahli politik yang sedang tidak popular waktu itu.

Mantan aktor yang bergabung ke Republik itu penuh semangat, janji dan impian California.

Sejak awal, jelas sekali bahwa dia bukanlah gabernor biasa.

"Schwazenegger naik di dunia glamor," kata Linder yang sekarang mengelola KVB.FM --stesyen radio internet yang berpangkalan di Venice Beach, tempat Schwazenegger pertama kali membina kerjayanya.

"Dia menghisap cerutu, dijaga oleh para pengawal peribadi yang berbadan tegap. Dia diikuti oleh trak satelit yang menyiarkan apa saja yang dilakukannya, dengan siaran langsung," tambah Linder lagi.

Gabernor superstar ini mendapatkan dokongan awal dari pemilih pada hari pertama jabatannya di ibu kota negara bahagian California, Sacramento, ketika dia membatalkan kenaikan cukai kenderaan yang sudah hampir berlaku.

"Sekarang, mereka punya wang lebih untuk keperluan lain," kata gabernor baru itu.

Langkah awal ini sangat menjanjikan kerana penduduk memang merindukan perubahan menuju taraf hidup yang lebih baik.

Bukan yang pertama

"Kami tidak sesenang warga di bahagian lain dunia ketika gabenor itu mulai bertugas," kata Dr Sherry Bebitch Jeffe, seorang pakar senior di Fakultas Kebijakan, Perencanaan dan Pembangunan di Universiti Southern California.

"Negara bahagian ini rela memberikan kesempatan kepada Arnold Schwazenegger. Ingat, dia bukan gabernor-aktor pertama di sini.

"Yang pertama, dalam sejarah modern, yaitu Ronald Reagan, sangat bagus menjalankan tugas sebagai gabernor, dihormati dan kemudian menjadi presiden Amerika Syarikat."

Ahli Politik 'tak berpengalaman'

Schwazenegger berjanji akan merombak sistem politik California dan memperbaiki perekonomiannya. Tetapi usahanya tersekat ketika posisi kewangan negara bahagian memburuk.

"Arnold Schwazenegger tidak tahu bagaimana sepatutnya memerintah," kata Dr Jeffe.

"Sacramento bukan Hollywood. Kekuasaan tidak boleh didasarkan semata-mata pada karisma di aksi filem. Di Sacramento, gabernor harus menghadapi badan legislatif yang merasa setara dengan gabernor."

Schwazenegger sering bertengkar dengan para politik Demokrat di DPRD California.

Dia menyatakan frustrasinya dalam pidato yang memuka di depan Perhimpunan Parti Republik tahun 2004.

"Kepada para pengkritik yang begitu pesimis dengan keadaan ekonomi, saya katakan, 'Jangan jadi pondan!'," kata gabenur.

Dia mendapat tepukan gemuruh.

Waktu itu, wajah Schwazenegger menjadi penghias poster baru Republik.

Bahkan sempat muncul wacana untuk mengubah undang-undang supaya suatu hari kelak seorang warga Amerika kelahiran negara lain boleh maju menjadi presiden.

Namun sekarang ini wacana itu tidak ada lagi, bersamaan dengan pupusnya sinar politik Schwazenegger. -BBC/GB

Polis Tak Benarkan Pemuda Yang Ditahan Solat Suboh

Posted: 01 Jan 2011 08:13 PM PST

3 pemimpin Pemuda PAS Jasin ditahan polis

AYER KEROH, 1 Jan: Tiga pemimpin Dewan Pemuda PAS Jasin ditahan polis di Dataran Ayer Keroh awal pagi tadi atas tuduhan mengedarkan risalah tanpa permit yang melanggar akta mesin cetak dan penerbitan.

Ketiga-tiga mereka termasuk ketuanya, Aminuddin Abdul Jalil, 40; bendahari, Rashidi Ismail, 32 dan AJK, Daud Dalip, 24.

Mereka telah ditahan pada jam 12.15 pagi tadi selepas selesai mengedarkan risalah di Dataran Ayer Keroh pada program ekspedisi bertemu rakyat sempena sambutan tahun baru 2011.

Aminuddin berkata, sebaik sahaja selesai mengedarkan risalah mereka telah ditahan oleh ASP Mohamed Yusoff Basha dari Balai Polis Ayer Keroh.

"Kami telah disoal siasat di Balai Polis Ayer Keroh sehingga jam 2.45 pagi dan dipindahkan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir.

"Soal siasat tersebut berlangsung sehingga jam 12.00 tengah hari baru kami dibebaskan dengan jaminan polis," katanya yang juga bekas calon PAS Dun Sungai Rambai pada Pilihan raya Umum 2008.

Menurutnya, penahanan itu tidak melemahkan semangat beliau dan rakan-rakannya untuk terus membongkar segala penyelewengan dan salah laku kerajaan negeri Melaka dan kerajaan pusat.

Beliau berkata demikian sebaik dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, petang ini.

Daud pula kesal dengan tindakan pegawai penyiasat polis yang tidak membenarkan mereka menunaikan solat Subuh sehingga waktu solat hampir habis baru dibenarkan.

"Saya minta untuk solat Subuh tetapi polis tidak benarkan sehingga 5 minit hendak habis waktu baru saya dibenarkan untuk solat Subuh.


"Ini merupakan satu tindakan yang zalim dan melanggar hak asasi saya sebagai orang Islam, lebih malang lagi pegawai itu pun Islam juga," katanya kesal.

Rashidi pula berkata, tindakan polis menahan mereka merupakan tindakan yang tidak masuk akal kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sepatutnya bebas menyuarakan pandangan dan idea masing-masing.

"Kami tidak menerima sebarang bantahan atau cemuhan dari para pengunjung Dataran Ayer Keroh itu, cuma pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPTHJ) yang bersikap kasar menghalau kami.

Menurutnya, penahanan beliau bersama rakan-rakannya itu merupakan satu pencabulan kepada kebebasan bersuara rakyat yang melambangkan bahawa negara ini adalah sebuah negara yang tidak bebas dan sentiasa mencengkam rakyat.

Kira-kira 30 orang pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hadir pada program Ekspedisi Dakwah yang bermula pada jam 11.00 malam tadi.

Program tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek. -harakahdaily

Ulasan GB

Mana rakyat tak marah pada polis? Dahlah menjadi lembu kepada pemerintah UMNO, bertindak pula melampau batas menghalang umat Islam menunaikan kewajipan.

Solat itu wajib, jika and atidak bersolat, and tidk wajar menghalang orang lain menunaikannya, walau dalam keadaan apa sekalipun. Dosa anda toda besolat anda tanggung, namun kini, anda turut memikul dosa menghalang orang dari mendirikan solat.

PAS, sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan menghantar memorandum bantahan keras kepada Ketua Polis Negara. Bukan sekadar keluarkan berita di Harakahdaily.

[Bergambar] Rantau Panjang Hampir Lumpuh Dilanda Banjir

Posted: 01 Jan 2011 06:45 PM PST

Pekan Rantau Panjang Hampir Lumpuh Digenangi Air

Gambar: Hidup yang perlu diteruskan sekalipun hujan. Che Yah Hamid di Kampung Kedai Lama meneruskan jualannya untuk mencari sesuap nasi. -pix NST

RANTAU PANJANG: Pusat membeli belah di pekan ini hampir lumpuh berikutan air banjir melimpahi tebing Sungai Golok selepas hujan turun tidak berhenti-henti sejak dua hari lepas.

Tinjauan Bernama ke kawasan itu petang ini mendapati keadaan jalan utama ke pusat membeli belah itu sesak berikutan banyak kenderaan keluar masuk untuk mengangkut dan menyelamatkan barangan perniagaan atau meletakkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi.

Peniaga di deretan gerai pakaian dan makanan di pasar pekan itu kelihatan menyimpan barangan mereka daripada digenangi air sungai yang masuk melalui kawasan rendah di tebing Sungai Golok di sebelah sini.

Ketua Unit Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang, Yusnizam Jusoh, berkata kira-kira 50 anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir bila-bila masa diperlukan.

"Kita menyediakan kenderaan berat, termasuk lori, bot dan lori pikap di pejabat cawangan ini sebagai persediaan membantu mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini petang ini.

Beliau berkata, pagi tadi pihaknya telah menjalankan kerja-kerja membantu sekolah yang terjejas akibat banjir iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kubang Chenok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan SK Rantau Panjang.

Tinjauan mendapati dua pintu pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Bebas Cukai (ZBC) di pekan ini hampir tidak berfungsi kerana ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Menurutnya, jika limpahan air Sungai Golok yang semakin meningkat melebihi paras bahaya dalam tempoh 24 jam ini, pekan Rantau Panjang akan ditenggelami air dan kegiatan perniagaan akan lumpuh sepenuhnya.-BERNAMA

Gambar ehsan Bernama










Baru Kenal Bangla, Dah Boleh Dibawa Ke Hotel

Posted: 01 Jan 2011 06:32 PM PST

Peralat anak buat maksiat

TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, perbuatan maksiat wanita berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan teman lelakinya warga Bangladesh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika menjalankan operasi cegah maksiat sempena sambutan tahun baru.

Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat dan mengaku berkahwin beberapa tahun lalu.

Katanya, wanita itu mendakwa mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kepenatan selepas bersiar- siar di Dataran Merdeka.

"Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan," katanya.

Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengikut Seksyen 27 Akta 559 (a) (b) Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik 'asmara' mereka diserbu penguat kuasa.

Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.

Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit.

"Remaja itu mendakwa akan bertunang beberapa hari lagi, namun kita akan panggil ibu bapa mereka untuk soal siasat lanjut bagaimana mereka boleh sampai ke ibu kota," katanya.

Mereka antara 20 orang membabitkan 11 pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru, membabitkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa Jawi.

Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu antara usaha berterusan Jawi bagi 'membersihkan' ibu kota daripada dicemari gejala maksiat, malah membendung budaya pembuangan bayi. -hm

Perginya Dramatis Faizal Yusof Untuk Selama-lamanya

Posted: 01 Jan 2011 04:44 PM PST

Pesan anak jaga emak

KUALA LUMPUR: "Ketika di hospital, Faizal berkali-kali cuba bangun dan berdiri tetapi saya menghalangnya. Kemudian, keadaannya menjadi semakin kritikal hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital," kata Saiful Yusof, 35, abang kepada pelakon popular, Faizal Mohd Yusof, 33, yang meninggal dunia akibat serang jantung di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), jam 1.45 tengah hari tadi.

Pelakon yang popular dengan drama Tiramisu dan Adamaya itu dihantar ke hospital oleh Saiful dan isterinya, Rosmunira Rashid, 27, pagi semalam ketika aktor berkenaan rebah di dalam bilik air di rumahnya selepas mengadu sakit dada.

Dia yang kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menemui anak pertamanya, Muhammad Rayyan Hakhaie yang berusia dua tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Siti Nordiana Alias, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi Rosmunira.

Menurut Saiful, doktor mengesahkan arwah mengalami masalah jantung apabila satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Sementara itu, Siti Nordiana atau Nana yang ditemui berkata, Faizal menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2.

"Saya memasang pembesar suara dan mendengar perbualan mereka. Malah, arwah ada menyebut kepada anak saya supaya jangan nakal dan menyuruhnya menjaga saya.

"Mulanya, saya terfikir akan jadi sesuatu. Namun saya menolak pelbagai perkara negatif kerana tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Namun, Allah lebih menyayanginya," katanya ketika ditemui di hospital, semalam.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira jam 10 pagi ini.

GAMBAR kenangan Faizal Yusup bersama anaknya, Muhammad Rayyan. Allahyarham Faizal meninggal pada jam 1.45 tengah hari semalam, apabila bekas suami penyanyi, Siti Nordiana Alias atau Nana itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kerana serangan jantung. - Foto NSTP


Ulasan GB

Innalillahi wa innailaihirojiun.
Semalam GB ungkapkan:

Kerana entah esok lusa salah seorang dari kita, atau kedua-dua, mungkin tiada.
Dalam akhbar sentiasa ada berita, Tuhan ambil nyawa, tak kira masa dan ketika, ada kemalangan yang lansung tak terduga. Sebagai peringatan buat semua.

Tiba-tiba Dia Menjerit: Kahwinkanlah Aku, Kahwinkanlah Aku!

Posted: 01 Jan 2011 03:22 PM PST

Inilah Empat Manfaat Kenapa Kita Harus Menikah

Pernikahan tentu memerlukan usaha bersungguh-sungguh. Jika setelah menikah anda mendapat kebahagiaan dalam sebahagian besar hidup. Anda dan pasangan akan mendapatkan banyak keuntungan terutama dari segi kesihatan.

"Orang yang sudah menikah dapat memiliki sebuah sistem saling membangun dukungan dan jaringan sosial. Salah satu darinya anda mungkin dapat memberi dukungan pada yang lainnya untuk makan lebih sihat atau saling bersemangat untuk bersukan atau untuk berhenti merokok, " jelas Alice Domar, Ph.D, salah satu penulis di Live a Little.


Lalu apa manfaat pernikahan ?

1. Turunnya Risiko terkena penyakit kencing manis atau diabetes.

Wanita dengan catatan glukosa dalam darah tinggi sangat cenderung berakhir dengan diabetes kronik. Risiko lebih besar jika mereka tinggal sendirian dibandingkan jika tinggal dengan pasangan. Hal ini menurut penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care.

2. Jarang terkena hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

Para peneliti dari Brigham Young University menemukan bahwaa orang-orang yang bahagia dalam pernikahan mereka memiliki tingkat tekanan darah yang bagus, kecuali yang pasangannya melakukan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT).

3. Merokok atau minum-minum akan berkurang

Orang yang tidak menikah, bercerai atau janda lebih dalam hal merokok dan minum – minum. Hal ini menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit.

4. Berumur Lebih panjang

Orang yang tidak menikah 58% lebih memiliki kecenderungan meninggal dunia lebih cepat. Hal ini diungkapkan sebuah studi dalam Journal of Epidemiology and Community Health.(Erabaru/ngrh)

Selingan:

- Dari kitab Irsyadul 'Ibad Ilasabilirrasyad

Seorang solehin dahulunya jika ditawarkan supaya berkahwin pasti menolak, tiba-tiba pada suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata; "Kahwinkanlah aku, kahwinkanlah aku."

Orang ramai pun bertanya; "Mengapa tiba-tiba kamu minta kahwin padahal selama ini engkau sentiasa menolak?"

Jawabnya; "Semoga aku mendapat anak, lalu mati ketika masih kecil sehingga menjadi perintis bagiku ke Akhirat."

"Apa maksud kata-kata kamu ini?" tanya orang lagi.

"Aku telah bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama orang ramai di Mahsyar, dengan rasa yang amat haus sehingga hampir mematahkan leherku.

Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas-gelas perak yang ditutupi sapu tangan dari cahaya. Anak-anak itu mencelah-celah di kalangan orang ramai untuk memberi minum satu-satu.

Aku pun menghulurkan tanganku pada mereka dan berkata; berikan padaku kerana aku juga sangat haus. Tiba-tiba anak-anak kecil itu melihat padaku dan berkata; anda tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kepada ibu dan ayah kami. Aku pun bertanya; siapakah kamu? Jawab mereka; kami anak-anak kecil yang mati dari kaum Muslimin.

Moralnya:

Nasihat GB kepada anak dara atau janda, pemuda atau duda, segeralah bernikah demi mengelakkan diri dari tercebur ke lembah dosa dan noda.

Kalau boleh dapat secara halal, kenapa nak pilih secara haram?
Kelau benar kata cinta, beritahu dia, kenapa kita tak nikah saja?
Kerana entah esok lusa salah seorang dari kita, atau kedua-dua, mungkin tiada.
Dalam akhbar sentiasa ada berita, Tuhan ambil nyawa, tak kira masa dan ketika, ada kemalangan yang lansung tak terduga. Sebagai peringatan buat semua.

Gelombang dan gelora untuk melakukan zina pula semakin hari semakin menggila - menunggu mangsa bila-bila masa, walaupun seorang merasa iman dan Islamnya dah cukup kuat pun, tamsilnya di hari hujan yang lebat, payung besar mana pun, tempiasnya tetap terkena jua. Kita masing-masing tak tahu keadaan "mati" kita macamana. Itu sebab kita dianjur supaya sentiasa berpesan-memesan sesama kita:

Demi masa
seseungguhnya manusia itu dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan memesan dengan kesabaran

- Al-Ikhlas

[Bergambar] Berita Bencana Dunia Pada 1.1.11

Posted: 01 Jan 2011 07:35 AM PST

Tahun Baru 2011 membuka tirainya dengan pelbagai bencana menimpa di beberapa bahagian dunia. Diataranya:

Gambar: Banjir besar melanda Australia. Air naik sampai ke bumbung

Puting beliung ragut enam nyawa di AS

CHICAGO: Puting beliung memusnahkan wilayah Arkansas, Missouri dan Illinois, Amerika Syarikat (AS), dan mengakibatkan sekurang-kurangnua enam terbunuh serta merosakkan sumber tenaga elektrik di kawasan sekitarnya, Jumaat (waktu tempatan).

Pejabat pengurusan kecemasan wilayah Arkansas dalam satu kenyataan berkata, tiga yang maut dilaporkan dari daerah Washington.

Polis berkata, ia yang memecah Arkansas berlaku kira-kira jam 6 pagi, dan memusnahkan empat daerah lain sehingga menyebabkan lapan tercedera. - AFP





22 bandar ditenggelami air dalam banjir besar di Australia

Kawasan terjejas lebih luas daripada gabungan Perancis dan Jerman

SYDNEY: Banjir di timur laut Australia menenggelamkan kawasan lebih besar daripada saiz Perancis dan Jerman yang digabung, menjejas 22 bandar dan menyebabkan 200,000 penduduk terkandas.

Ia memaksa lombong utama arang batu di Queensland dan pelabuhan utama eksport gula dan arang batu ditutup.

Banyak firma perlombongan seperti Anglo American, Rio Tinto, BHP Billition, Xstrata dan Peabody Energy Corp terpaksa memperlahan atau menghentikan operasi.

Banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun itu berpunca daripada gejala La Nina yang membawa hujan lebat di timur laut Australia sepanjang dua minggu lalu.

Sebanyak 41 kawasan di Queensland kini diisytihar kawasan bencana, kata Ketua Menteri Queensland, Cik Anna Bligh.

'Ini satu tragedi yang sungguh meluas. Sebanyak 22 bandar kini ditenggelami air atau terputus hubungan. Ia menjejas 200,000 penduduk meliputi kawasan yang luasnya melebihi saiz Perancis dan Jerman yang digabungkan,' kata beliau. AFP





Bom meletup di kawasan berek tentera Nigeria

ABUJA: Bom meletup di sebuah pasar, terletak di dalam berek tentera di ibu kota Nigeria, Abuja menjelang sambutan tahun baru, kata ketua tentera dan awam, Jumaat (waktu tempatan).

"Terdapat sebutir bom meletup di dalam pasar Mammy. Bom terbabit meletup ketika orang ramai sedang makan," kata Ketua pertahanan sivil bagi ibu kota Rabi Saidu.

Ketua tentera Nigeria, Marsyal Udara Oluseyi Petirin, berkata ia adalah satu kejadian yang menyedihkan apabila ada pihak yang meletakkan bom di kawasan orang ramai berehat.

Beliau berkata, serangan terbaru itu sama seperti kejadian di Jos di mana serangan berangkai dilaukan di Jos sehingga mengakibatkan ramai yang terbunuh. - AFP





5 maut, 14 cedera serangan bom gereja di Mesir

KAHERAH: Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 14 yang lain cedera susulan serangan gereja Kristian di utara bandar Mesir, awal pagi tadi.

Petugas penyelamat berkata, kadar kematian dijangka bertambah berdasarkan jumlah kenderaan yang digunakan untuk membawa mangsa ke hospital.

Katanya, Serangan itu berpunca daripada sebuah kereta yang dipasangkan dengan bom meletup di sebelah tepi gereja, di daerah Sidi Bechr. - AFP





Gempa bumi 5.2 gegarkan wilayah Xinjiang, China

BEIJING: Gempa bumi sederhana pada magnitud 5.2 melanda barat jauh China di wilayah Xinjiang, hari ini, kata ahli seismologi.

Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda jam 10 pagi tadi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer dengan catatan pusat gempa 68 kilometer barat Kashi.

Menurut agensi berita China, Xinhua, tiada laporan kecederaan atau kematian diterima sehingga kini. - AFP







Kisah 3 Datuk Seri Menyamai Kisah Tiga Sami Buddha

Posted: 01 Jan 2011 06:04 AM PST

3 Naib Presiden UMNO vs 3 Sami Buddha Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

FILEM bisu Tiga Sami Buddha (Chinese: San ge he shang) yang masyhur selepas Revolusi Kebudayaan di China menzahirkan pepatah China purba yang menyebut; "Seorang sami boleh membawa dua baldi air, sami kedua akan membantu tetapi jika ditambah seorang lagi sami, tidak ada yang mahu mengangkat air."

Filem Epik Tiga Sami Buddha berlaku di sebuah Kuil kecil di atas bukit yang yang dihuni oleh 'Sami Kecil' yang rutin kerjanya setiap hari mengangkat air, mengumpul benang ulat sutera, menambah air ke dalam botol di atas meja sembahyang dan menjaga agar tikus tidak mencuri makanan pada waktu malam. Kerjanya lancar dan selesa.

Tidak lama kemudian, datang seorang 'Sami Tinggi' dan meminum setengah jar air di meja sembahyang dan 'Sami Kecil' meminta Sami Tinggi mengambil air, namun Sami Tinggi meminta Sami Kecil membantunya mengambil air. Mereka hanya dapat membawa satu baldi sahaja yang dipikul di tengah-tengah kayu pemikul yang diletakkan ke atas bahu mereka; sekurangnya masih ada air untuk diminum.

Kemudian datang pula seorang 'Sami Gemuk' dan kehausan dan meminta air untuk diminum tetapi tiada air dalam jar dan kedua-dua sami tadi meminta Sami Gemuk mengambil sendiri air. Sami Gemuk mengambil satu baldi air dan meminumnya sehingga habis.

Sejak daripada itu, tiada seorangpun di antara mereka yang mengambil air dan kuil berkenaan tiada air untuk diminum kerana mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak ada siapa yang mahu mengisi jar berkenaan.

Suatu malam, seekor tikus datang untuk mencuri makanan tetapi kesemua mereka berpura-pura tidak melihat sehinggalah tikus berkenaan terlanggar lilin sehingga menyebabkan kebakaran. Ketiga-tiga sami berkenaan bergegas untuk memadamkan kebakaran secara bersepakat dan sejak daripada itu, kuil berkenaan tidak lagi kekurangan air.

Kini Cerita Epik mungkin akan benar-benar berlaku dalam UMNO setelah ketiga-tiga Datuk 'Seri' Naib Presiden UMNO; Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussien tidak lagi 'berseri' dalam UMNO setelah jawatan mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Kedah dan Trengganu ditamatkan pada 27 Disember 2010.

Perlantikan mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO hanya sekadar meneruskan Formula 'Merry Go Round' yang diasaskan Tun Dr Mahathir yang menggilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada tiga suku kaum utama di Sabah; cuba diteruskan Presiden UMNO dengan melantik 'Tiga Datuk Seri' mewakili tiga negeri yang bermasalah ketika itu kerana jatuh ke tangan pembangkang dan berlaku perebutan kuasa selepas pilihanraya umum 2008.

Formula Najib ini tidak dapat diterima oleh pemimpin UMNO dan Ahli UMNO di ketiga-tiga negeri berkenaan sehingga memaksa beliau mengubah pada saat akhir sebagai persediaan untuk merampas kembali dua negeri berkenaan dan membaikpulih UMNO Trengganu agar tidak jatuh kembali ke tangan Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiga Datuk Seri berkenaan mengikut resam 'Tiga Sami' sehingga terlalu mementingkan diri sendiri sedangkan jika mereka bersatu, mereka boleh mentadbir UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Trengganu dengan baik dan tidak kedengaran sosek-sosek di kalangan pemimpin dan ahli UMNO negeri-negeri berkenaan. Mungkinkah mereka bersatu kembali setelah dibuang daripada kedudukan terhormat berkenaan sebagaimana 'Tiga Sami' yang berjaya memadam kebakaran kuil?

Ke manakah mereka, terutama Shafie akan pergi selepas ini? Apakah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berani mengambil risiko mengembalikan Shafie ke Sabah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk memimpin pilihanraya umum akan datang atau mengekalkan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua Menteri Sabah?

Dengan pengukuhan dana pembangunan sejumlah RM1 juta bagi setiap ADUN pada 2011, siapakah yang berani menderhaka kepada Musa Aman dan mengalihkan sokongan kepada 'Sami Pendek' (Shafie)?

Walaupun konspirasi demi konspirasi dilancarkan Shafie dan kuncu-kuncunya, namun tidak berkesan untuk mencantas Musa Aman dari persada politik Sabah kerana ketokohannya telah membius minda Najib bahawa tidak ada tokoh yang dapat menggantikan Musa Aman untuk memimpin BN menghadapi Pakatan Rakyat di Sabah bagi memastikan 24 kerusi parlimen kekal di dalam genggaman BN dan merampas satu kerusi daripada Pakatan Rakyat (DAP).

Penghantaran anak saudara Shafie ke Hong Kong untuk misi khas Pakatan Rakyat masih gagal menjatuhkan Musa Aman, sebaliknya semakin perkasa menambat hati Najib dengan pelancaran 'Susu 1Malaysia' yang diterajui Datuk Nasir Yeo Guan Hock, sekaligus mengikat kontrak Musa untuk satu tempoh yang panjang.

Tidak ada siapa yang dapat menduga politik era Musa Aman dan Najib kerana mereka bagaikan aur dengan tebing tanpa mempedulikan banjir dan arus yang bakal menghancurkan mereka; kerana mereka sepakat menjaga 'Fixed Deposit' untuk memastikan 25 kerusi parlimen di Sabah meneruskan kontrak Najib sebagai Perdana Menteri dan 325 perwakilan UMNO Sabah untuk kekal sebagai Presiden UMNO! -sabahkini

Siasat Rais Segera!

Posted: 01 Jan 2011 04:36 AM PST

Laman web dedah gambar mangsa rogol menteri

Gambar: Pembantu rumah yang ditemuramah oleh Migrant Care yang dikatakan menjadi mangsa keganasan menteri yang bernama Rais Yatim.

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Kisah tentang menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya tidak boleh disembunyikan lagi apabila sebuah laman web menyiarkan gambar mangsa rogol tersebut semalam.

Laman web itu, Sabahkini.net, juga turut menyiarkan kenyataan seorang pemimpin PKR Sabah agar menteri berkenaan meletakkan jawatan.

Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu.

Blogger Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Atan pula membandingkan negara Yahudi Israel pernah memenjarakan menterinya yang didapati bersalah merogol pembantunya.

Namun, tulis Rocky, laporan yang dibuat pada tahun 2007 itu dipercayai diperap sahaja oleh Perdana Menteri ketika itu.

"Tak boleh biar orang tuduh pemimpin kita melakukan jenayah terkutuk tanpa siasatan. Tapi pasal kita dah tak siasat dan kes tu dah terpendam, sekarang ni tampak macam kita telah cuba mengabui mata rakyat," tulis Ahiruddin dalam blognya.

Sebelum ini, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal mahu menteri yang merogol pembantu rumahnya itu diambil tindakan.

Tun Faisal yang menjawab pertanyaan seorang rakan twitter berkata, "ambik tindakan, apa masalah." apabila ditanya "@tunfaisal mcm mana dgn menteri rogol.apa cer?"

Harakahdaily sebelum ini sudah empat kali menyiarkan cerita ini termasuk tiga pendedahan mengenainya.

Ini kerana, selepas didedahkan oleh WikiLeaks dan laporan oleh Ahiruddin Atan melalui blog Rocky Bru nya, Harakahdaily menebual sendiri Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care.

Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007.

Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang bernama Robengah ini.

Kenyataan ini kemudiannya didedahkan semula oleh NGO Tenaganita pada 27 Disember lepas apabila kes ini timbul semula ekoran pendedahan WikiLeaks. -harakahdaily



PKR DESAK RAIS YATIM LETAK JAWATAN

PARTI Keadilan Rakyat Sabah mendesak Menteri Komunikasi, Multimedia dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim meletakkan jawatan SERTA MERTA dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail menjalankan siasatan dan mendakwa Rais di mahkamah atas kesalahan melakukan jenayah di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan; sebagaimana yang didedahkan Wikileaks.

Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi kesal kerana Kabinet Malaysia di era Pak Lah melindungi menteri berkenaan yang telah mencemarkan kesucian agama Islam, menjatuhkan imej Negara dan melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya pada 2007.

"Jika pemimpin yang rendah moral seperti ini dilindungi, maka ramai lagi akan bertindak mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Jika pemimpin Pakatan Rakyat dilemparkan pelbagai tuduhan, kini tibalah masanya pemimpin UMNO/BN membuktikan kejujuran dan ketegasan mereka membanteras jenayah," ujar Johani yang kesal kerana Mantan Perdana Menteri tergamak bersubahat menutup kegiatan sumbang yang dilakukan oleh menteri kabinet.

Johani memuji sebuah NGO, Migrant Care yang dilaporkan telah menemuramah pembantu rumah yang menjadi mangsa keganasan seksual Rais sebagaimana laporan yang didedahkan Wikileaks.

Sehubungan itu, Johani turut mencadangkan agar gelaran 'Datuk Seri' Perogol berkenaan ditarik balik kerana mencemarkan duli Sultan yang menganugerahkan pingat kebesaran berkenaan.

Selain daripada Rais, seorang menteri Kabinet Sabah juga dikatakan mempunyai Skandal Seks dengan gadis bawah umur sejak dua tahun lalu namun didiamkan oleh ibu bapa dan keluarga gadis kerana bimbang dengan pengaruh menteri berkenaan dan setelah mendapat imbalan yang cukup besar.

Manakala seorang Pembantu Menteri yang masih berkhidmat di Sabah juga mempunyai rekod merogol pembantu rumah dan adik iparnya namun kes tersebut ditutup begitu sahaja. Pembantu menteri berkenaan kini mempunyai Skandal Seks dengan Ketua Puteri UMNO. Sabahkini.net akan membuat pendedahan lengkap setelah mendapat nasih peguam.

Berikut merupakan dokumen yang didedahkan Wikileak yang menyebut nama Rais tetapi hitamkan atas tujuan tapisan.





-sabahkini

Tiada ulasan: