Isnin, 17 Januari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Luahan Hati Rakyat Dari Planet Zorgon

Posted: 17 Jan 2011 04:16 PM PST

Tag :Santai

Luahan hati rakyat ni saya jumpa kat tepi kapal ufo yang terhempas belakang rumah saya baru-baru ini.Kiranya ini bukan luahan rakyat Malaysialah.Ini luahan rakyat dari planet mana ntah,hehehe

Mereka kata merekalah pemimpin kami,
Mereka bergelar Yb,Tan sri,Datin Sri ,Dato' sri dan macam-macam gelaran lagi,
Mereka tinggal dirumah mewah berharga ratusan juta ringgat,dikelilingi oleh pengawal dan pengikut setia kesana sini..

Saling berlumba-lumba memiliki kereta mewah ,Mercedes,Rolls-Royce,Bentley , Lamborghini dan Ferari,

Mereka kata merekalah pemimpin kami yang sering ambil berat tentang nasib kami
Nelayan,penoreh getah,penarik beca dan driver teksi..

kami bekerja hingga malam dari pagi dengan hanya membawa teksi,motor kapcai,mengayuh beca ,kadang-kadang hanya berjalan kaki.
Dengan duit sekupang itulah yang kami gunakan untuk mencari sesuap nasik untuk diri dan anak isteri..

Tidak sedikit airmata kami yang menitis kebumi mengenangkan nasib anak-anak kami yang tak dapat meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi..
makanan kami hanyalah roti canai,capati,nasik goreng dan mee megi,

Ada dikalangan kami yang hanya sehari-hari hanya dengan segelas air dan sebuku roti,bahkan ada yang makan nasik berlaukkan garam dan siput babi...
bukan macam pemimpin kami yang makan dihotel lima bintang bercitarasa tinggi..
Inikah pemimpin kami,yang boleh membela nasib kami yang hidup umpama menumpang dibumi sendiri.

Kekayaan hasil bumi kami dicari gali dan dibahagikan pada kroni bukan untuk anak-anak kami yang terpaksa kumpul duit sendiri untuk ke universiti..

Bila kami mengadu tentang harga minyak dan barang-barang lain melambung tinggi..
Ubah cara hidup,jangan hidup cara mewah ,beli ikut kemampuan sendiri.kata pemimpin kami..

Bila orang-orang naif dikalangan kami memohon bantuan dan subsidi,Bukan taknak bagi tapi melayu kena belajar berdikari kata mereka,pemimpin kami..

Hidup kami sehari-hari tidak pernah tenang dari memikirkan nasib diri dan anak Isteri,kerja kuat sampai malam dari pagi..
Sedangkan mereka bersenang lenang "bershoping" keluar negeri dengan duit kami...
Inikah yang namanya pemimpin kami?
-Teks ini dijumpa ditepi kapal UFO yang terhempas oleh ijoks2009-

Gambar Hiasan, Kereta siapakah ini??





Cari N3 lama-lama disini

Politik Ala Samseng

Posted: 17 Jan 2011 03:14 PM PST

Tag :Isu Semasa

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/DSC_4633.JPG
KUALA TERENGGANU
- Walaupun setelah hampir tiga tahun Dato' Seri Ahmad Said memegang tampuk pemerintahan dan menjadi Menteri Besar negeri Terengganu, namun gaya 'politik lama' beliau masih tidak berubah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata Ahmad Said masih mengamalkan 'politik jalanan' yang bertentangan dengan kehendak 'politik baru' masakini.

Beliau menyifatkan, tindakan Ahmad Said mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) mencabut bendera PAS pada 14 Januari lalu sebaga 'politik ala-samseng' yang telah ketinggalan zaman.

(Gambar kiri - 'Hipokrit' pemimpin Umno; mencabut bendera PAS tetapi pada masa yang sama memasang bendera parti di pagar kompleks pejabat Majlis Perbandaran Kemaman. Gambar kanan - Penguatkuasa Majlis dirakam ketika mencabut bendera PAS di jambatan Kemaman)

"Tak habis-habis lagi perangainya, macam 'samseng jalanan', dari dulu sampai sekarang, dulu sepak bakul peniaga di pasar, ajak orang bertumbuk dalam sidang DUN, sekarang bila ada kuasa beri arahan sendiri kepada Majlis (Perbandaran Kemaman) suruh budak-budak (penguatkuasa) cabut bendera PAS,"katanya ketika ditemui.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/P1220355.JPGDato' Abu Bakar Chik yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, berdasarkan kejadian terbaru itu yang menunjukkan 'warna sebenar' diri Ahmad Said menjelaskan beliau tidak layak memegang kuasa eksekutif tertinggi di negeri Terngganu.

'Orang yang memegang kuasa eksekutif tidak boleh membuat arahan terus ke bawah, ia adalah satu penyalahgunaan kuasa yang jelas,"katanya

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, tindakan Ahmad Said juga mencerminkan sikap 'hipokrit' beliau dan 'double standard' pemimpin Umno negeri Terengganu.

Haji Hanafiah berkata, beliau menerima rungutan kakitangan kerajaan berkenaan arahan Ahmad Said yang dianggap sebagai 'menyusahkan' pekerja bawahan.
 Sumber :  http://www.buletinonline.ne


Cari N3 lama-lama disini

Yahudi Ceroboh Dan Musnahkan Kubur Bersejarah

Posted: 17 Jan 2011 02:45 AM PST

 Tag : Isu Semasa

Assalamualaikum,salam blogger.
Allahuakbar,
Laknat yahudi..
Tidak cukup dengan pembunuhan beramai-ramai ummat Islam di Palestin,puak-puak pelampau yahudi juga turut memusnahkan apa saja bangunan milik orang Islam termasuk kawasan perkuburan.
Ini dilakukan untuk melaksanakan cita-cita jahat mereka mehapuskan semua peninggalan Islam yang ada.
Tapi janji Allah Islam pasti bangkit dan terus berkembang dan bakal menjadi agama paling ramai pengikut sebelum kiamat.


Isnin , 17/01/2011 – Golongan ekstremis Yahudi telah memusnahkan kira-kira 20 buah kubur di kawasan perkuburan Islam yang bersejarah di Perkuburan Maamanullah di wilayah Jerusalem yang dijajah rejim Zionis (OJ). Ia merupakan salah satu agenda untuk memadamkan identiti umat Islam di kota suci itu.
Fawaz Hassan, seorang pemerhati di Yayasan Warisan Islam Aqsa di Jerusalem, telah melawat kawasan perkuburan itu dan mendapati golongan ekstremis Yahudi telah memusnahkan kira-kira 20 buah kubur, kata Yayasan Aqsa dalam kenyataannya yang disiarkan pada Selasa lalu. Beberapa kubur telah dimusnahkan sepenuhnya.
Kubur-kubur yang dimusnahkan itu dapat dilihat di kawasan antara pagar perkuburan itu di mana rejim Zionis sedang melenyapkan sebuah muzium dengan sebuah kolam yang terletak di kawasan perkuburan itu. Beberapa foto dapat dirakamkan serta menjadi bukti para ekstremis itu menggunakan kapak besar untuk memecahkan struktur nisan kubur.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: