kalam Perantau |
- PRK lagi: Selepas Tenang, Merlimau pula
- PAS nafi calonnya tanya ‘kenapa jual arak’
- Sidang Dun Tergempar lancar: Ikuti kronologi di dalam dewan dan di luar dewan
- Isu salam : 53 tahun merdeka, Umno gagal didik MCA
| PRK lagi: Selepas Tenang, Merlimau pula Posted: 24 Jan 2011 07:52 PM PST Oleh SUHAIMI AL-MANIRI Tulisan saya dalam kolum ini minggu lepas menjangkakan suhu politik politik negara menjadi semakin panas pada tahun ini berikutan Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang pada 30hb. Januari nanti. Belum pun sempat penamaan calon PRK Tenang diadakan pada 22hb. Januari, lepas, satu lagi pilihanraya kecil yang ke-15 pula akan diadakan di Merlimau, Melaka berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20hb. Oktober lepas. DUN Merlimau mempunyai jumlah pengundi sebanyak 10,471 dengan pecahan komposisi pengundi 64 peratus Melayu, 21 peratus China dan 14 peratus India. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lepas, Hidhir yang bertanding atas tiket BN (UMNO) mendapat undi sebanyak 4,981 mengalahkan calon PAS, Jasme Tompang (undi: 2827) dengan majoriti 2,154. Sebelum itu pada pilihanraya umum 2004, beliau menang dengan majoriti 5,087 setelah mendapat 6,332 undi berbanding dengan calon PKR, S Jayantas yang mendapat 1,245 undi. Semua negeri lain telah ada pilihanraya kecil, iaitu Kedah (Bukit Selambau; kekal dimenangi PKR), Pulau Pinang, Permatang Pauh dan Penanti; kekal dimenangi PKR, Permatang Pasir; kekal dimenangi PAS), Perak (Bukit Gantang; kekal dimenangi PAS), Selangor (Hulu Selangor; dirampas BN (MIC) dari PKR), Kelantan (Manek Ural; kekal dimenangi PAS, Galas dirampas BN dari PAS), Terengganu (Kuala Terengganu dirampas PAS dari BN9UMNO), Negeri Sembilan (Bagan Pinang kekal dimenangi BN), Sarawak (Batang Ai kekal dimenangi BN; Sibu dirampas DAP dari BN) dan Sabah (Batu Sapi kekal dimenangi BN). Setakat ini hanya di Perlis dan Pahang serta Wilayah Persekutuan sahaja lagi yang belum ada pilihanraya kecil. Setakat 13 pilihanraya kecil yang lepas, hanya 4 kerusi sahaja yang berpindah dari parti yang menyandang sebelumnya; Kuala Terengganu dari UMNO (BN) kepada PAS (PR), Hulu Selangor dari PKR (PR) kepada MIC (BN), Sibu dari SUPP (BN) kepada DAP (PR) dan yang terakhir Galas dari PAS (PR) kepada UMNO (BN). Selainnya kekal kepada penyandang sebelumnya.Kedudukan sekarang BN Versus PR adalah seri 2-2. Cikgu Mala ada peluang buat kejutan? Kelantangan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO untuk meletakkan Haslinda Salleh, Ketua Wanita UMNO bahagian Labis sebagai calon BN pada kerusi pengundi wanita melebihi 50 ini pada pilihan raya kecil Tenang ini tidak menjadi kenyataan. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu memperjuangkan Wanita UMNO diletakkan sebagai calon kerusi DUN Merlimau yang juga wanita menjadi pengundi majoriti melebihi 50 peratus juga. Pada masa itu, Shahrizat sekali lagi boleh meminta Ketua Wanita UMNO Jasin pula dicalunkan. Cuma Shahrizat perlu sedar, UMNO dibawah kepimpinan Najib sekarang ini berbeza dengan dibawah kepimpinan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Najib telah menekankan hanya calon yang mempunyai kreteria untuk menang sahaja akan dipilih sebagai calon untuk mengelak BN kehilangan kerusi yang dipertandingkan. Dia tegas untuk tidak memilih Ketua Bahagian, Setiausaha Politik atau orang yang rapat dengannya 'yang tidak boleh membawa kepada kemenangan' dalam pilihanraa umum ke-13 nanti. Di Bagan Pinang, Najib berani memperjudikan Isa Samad sekali lagi kerana ada potensi untuk menang walaupun sudah di'pencen'kan dan tidak berapa 'selesa' dengan Menteri Besar Negeri Sembilan. Terbaru di Galas, Najib juga meletakkan muka baru walaupun calon lama, Saupi Deraman berminat untuk bertanding semula menebuskan kekalahannya yang tipis kepada PAS dalam PRU 2008. Begitu juga di Hulu Selangor, Najib tidak merestui G.Palanivel, Timbalan Presiden MIC dan calon yang kalah di Hulu Selangor bertanding sekali lagi dalam pilihanraya kecil selepas itu kerana tiada peluang untuk menang semula. Ternyata percaturan Najib meletakkann muka baru, P.kamalanthan membuahkan hasil merampas semula kerusi berkenaan daripada PKR.
Sabtu, 22hb Januari lepas, saya berpeluang pergi melihat sendiri proses penamaan calon yang diadakan di majlis Daerah Labis. Entah apa sebab saya pun tak pasti, saya tergerak hati untuk berarak mengiri calon pada hari tersebut. Biasanya saya hanya meninjau dari jauh sahaja untuk melihat suasana. Buat pertama kali saya diberitahu oleh orang-orang Labis bahawa mereka terkejut bila PAS dan parti-parti PR mampu membawa begitu ramai penyokong (dianggarkan lebih 10,000 orang) dan mereka melihat sendiri penyokong-penyokong PR hari itu melebihi penyokong calon BN. Beberapa orang Cina dan Melayu yang saya temui, mereka tidak segan silu mengatakan PAS membuat percaturan yang bijak kali ini meletakkan Cikgu Mala sebagai calon. Aura Cikgu Mala cepat merebak di Labis sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai calon. Sejak itu percaturan UMNO mula tidak kena. Bermula dengan adegan, suaminya nak ditukarkan ke JB dalam masa 24 jam, tapi tak jadi kerana bantahan dan menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO. Begitu juga UMNO tidak mampu memperjudikan Ketua Wanita Labis di kerusi DUN Tenang yang majoriti pengundinya adalah wanita. Sebaliknya BN terpaksa meletakkan Mohd Azhar Ibrahim, seorang Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Rengit sebagai calon "payung terjun" BN. Berjayakah Tok Ai (nama panggilan Azhar) menjaga air muka Tan Sri Muhyiddin untuk menang di sini? Jika Kak Ijat (nama timangan Shahrizat) dan wanita UMNO berpegang kepada perjuangan mereka untuk melihat lebih ramai wanita berada dalam DUN atau parlimen, tidak menjadi masalah bagi wanita UMNO memberikan laluan kepada Cikgu Mala memenangi pilihanraya kecil ini kerana pilihanraya umum akan diadakan beberapa bulan sahaja lagi. Jika Cikgu Mala menang sekalipun ianya tidak menjejaskan pemerintahan UMNO di Johor. Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah |
| PAS nafi calonnya tanya ‘kenapa jual arak’ Posted: 24 Jan 2011 02:09 AM PST Oleh Abdul Rahim Sabri
“Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat,” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub. “(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina,” katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini. |
| Sidang Dun Tergempar lancar: Ikuti kronologi di dalam dewan dan di luar dewan Posted: 24 Jan 2011 01:29 AM PST Oleh Tarmizi Mohd Jam ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri, lapor Malaysiakini. Dua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini. Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta. Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut. BN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri. Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru. Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar. Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu. LAPORAN LANGSUNG 9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu. Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut. “Wah, banyak peminat ni!” katanya berseloroh. Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong. 9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK. 9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN. Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong. 10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah – yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker – duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan. Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan. Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi. 10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya. Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar. Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid. Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya. Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. 10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar. 10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat. Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab “mungkin”. Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan. 11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari. Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya. Penyokong Pakatan ketawa besar. 11.25 pagi: Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri ‘syok sendiri’. Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik. Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan. 11.26 pagi: Peserta perhimpunan di Dataran Shah Alam kini bertambah sehingga 500 orang. 11.41 pagi: Mohamad Satim mengulangi dakwaan bahawa wakil Pakatan biadan dan derhaka terhadap Sultan dalam banyak tindakannya, antaranya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tulisan dalam blog Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda) yang didakwa menghina Sultan. 12.10 tengah hari: Pengerusi Kelab penyokong kerajaan negeri Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) membalas Umno yang derhaka kerana enggan menyokong cadangan pindaan undang-undang itu. Katanya, walaupun Umno boleh menukar fakta menggunakan media arus perdana, mereka tidak boleh mengubah sejarah. Azmin juga berkata Umno sudah lama menikmati kekebalan bawah pentadbiran ‘Mamak Bendahara’ dan pihak eksekutif, yang mengundang bantahan ADUN Taman Templer Subahan Kamal. Subahan berkata Azmin berniat jahat dengan menggunakan perkataan ‘mamak’. Sementara bangun Shamsudin Lias (Umno-Sungai Burong) menyokong Subahan, mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan. Azmin pantas membidas kefahaman “cetek” pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasi di mana gelaran ‘mamak bendahara’ dirujuk kepada pembantu utama Sultan. 1 tengah hari: Sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. 1.10 tengah hari: Sekumpulan 20 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di depan bangunan DUN bagi menunjukkan sokongan terhadap cadangan pindaan itu. Mereke membawa kain rentang dan menjerit perkataan “Daulat Tuanku!” dan “Hidup Rakyat!” sebelum beredar sepuluh minit kemudian. |
| Isu salam : 53 tahun merdeka, Umno gagal didik MCA Posted: 24 Jan 2011 12:30 AM PST Tajuk Asal : BN gagal beri penerangan
Menurutnya, perkara tersebut tidak harus dijadikan isu pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia merupakan fakta yang perlu difahami oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dalam negara. "Ini menunjukkan setelah 53 tahun Merdeka, kerajaan BN masih gagal memberi penerangan terperinci kepada parti komponennya seperti MIC dan MCA tentang adab bersalam seorang wanita Muslim dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. "Kami sebagai seorang wanita Muslim memang tidak bersalam dengan seorang lelaki dan bersalam dengan masyarakat Cina wanita memang tiada masalah kerana mereka adalah perempuan," katanya pada sidang media di markas Pas di sini semalam. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang yang memakai sarung tangan. Beliau berkata, bersalaman dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya tidak dibenarkan dalam Islam. "Walau sesiapa pun hatta kami saudara seagama sekalipun, tidak boleh bersalaman dengan lelaki Islam yang mana sepatutnya rakan-rakan komponen BN faham dengan budaya ini supaya ia difahami oleh masyarakat supaya tidak lagi berbangkit," katanya. Perkara tersebut didakwa menjadi isu kalangan pengundi Cina di Tenang kerana mereka mendakwa calon Pas itu tidak mesra dengan penduduk di kawasan tersebut. Ketika ditanya tentang tentang bersalam dengan pengundi Cina di pasar tani Labis pagi semalam, Normala berkata tiada golongan lelaki masyarakat Tionghwa menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya kerana telah mendapat penerangan dalam sesi santai yang diadakan oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain. "Kami memang fleksibel tapi prinsip asas sebagai seorang Islam itu saya cukup prihatin untuk mencari redha Allah SWT," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Dr Zulkefly Ahmad menggesa media tidak menggunakan isu salam sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kali ini. "Tolong jangan jadikan isu salam sebagai perkara pokok pada kempen pilihan raya kecil ini. |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina – China Press – yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina “kenapa jual minuman arak”.
LABIS – Calon Pas, Normala Sudirman (gambar – tengah) membidas pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana gagal memberi kefahaman jelas terhadap parti komponennya MCA berhubung adab bersalam individu Muslim dengan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan