Selasa, 18 Januari 2011

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Inna liLLAHI wa inna ilaiHI raji'uun ...!

Posted: 18 Jan 2011 08:46 AM PST

Inna liLLAHI wa inna ilaiHI raji'uun ...!

Di sini.

Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor

Posted: 18 Jan 2011 04:10 AM PST

"Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan."

Sumber di sini.

Jamil diminta arah ALP undur dari syarikat haram

Posted: 18 Jan 2011 04:00 AM PST

"KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom diminta memberikan peringatan kepada para elitis politik dan perniagaan Melayu beragama Islam yang berada dalam lembaga pengarah syarikat perjudian dan arak agar mengundur diri.

Ini kerana, mereka semua tidak ada sebab yang sah untuk berada di syarikat sedemikian berbanding dengan pekerja bawahan yang terpaksa bekerja di tempat-tempat yang menghidangkan arak dan judi untuk sesuap nasi.

Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengulas kenyataan Jamil Khir sebelum ini.

Media sebelum ini Jamil Khir berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam."

Sepenuhnya di sini.

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

Posted: 17 Jan 2011 10:38 PM PST

"KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: