Selasa, 18 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Awas, Wabak "Legionnaire" di Bali!

Posted: 18 Jan 2011 03:00 PM PST


Saya petik:
[Kosmo] DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut.

Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui.

"Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya.

"Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya.

Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas.

Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP

KeGILAan Manusia: Elton Memangku "Anak Lelakinya"

Posted: 18 Jan 2011 06:05 AM PST

Foto: OK!

Sir Elton John dan pasangannya David Furnish tersenyum bangga menunjukkan "anak lelaki" mereka secara esklusif pada halaman hadapan majalah OK!.

Bayi yang dilahirkan melalui ibu tumpang itu diberi nama  Zachary Jackson Levon Furnish-John dan dilahirkan pada hari Krismas yang lalu. Elton merahsiakan identiti ibu dan bapa kandung kepada anaknya itu. 
 
Elton, 63, dan pasangan gaynya David 48 
"berkahwin" pada tahun 2005 selepas 12 tahun bersama.

Yang menariknya, Elton berkata,"Saya bersedia untuk mempunyai anak, melimpahkan kasih sayang kepadanya, dan tidak akan MEROSAKKANnya.

Errr..."tidak akan merosakkannya'?/www.duniacacamarba.blogspot.com

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Jangan Biar 1Malaysia Menganggap Anda PENGECUT & BACUL!

Posted: 18 Jan 2011 04:00 AM PST

Anda demam, PM?

Cuba baca kenyataan Najib yang saya petik dari Bernama:
Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,"
katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak, di sini pada Selasa.

Najib berkata Anwar seharusnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 Sept dan masalah "peribadinya" ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar beliau berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana Barisan Nasional akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Hari ini, DSAI menghantar surat mengajak (mencabar) PM 1Malaysia berdebat buat kali KEDUA. Hari ini juga Najib mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar mungkin DEMAM jika berdebat dengannya. Wow!

Ayuh Najib, DSAI mengundang anda buat kali kedua! Kita lihat siapa yang akan demam.


Sumber Gambar: MSO

Saya ulang, "Jangan biar 1Malaysia menganggap anda PENGECUT & BACUL!"

Sultan Selangor PERKENAN Sidang DUN Tergempar 24 Januari

Posted: 18 Jan 2011 02:10 AM PST


Saya petik:
[Bernama] SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

P/s: Sultan diberitakan telah memperkenankan Sidang DUN tersebut. Tanpa memikirkan helah UMCO di balik hal ini, maka Khusrin sewajarnya sudah boleh "menggigilkan" lutut sendiri.

Namun, jangan lupa 24 Januari itu lambat lagi. Macam-macam boleh berlaku!



[Kemas Kini] Kes Saman: Azwan Ali Bidas/Kutuk Ummi Hafilda

Posted: 17 Jan 2011 10:50 PM PST


Saya petik:
[HD] KL 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.






"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya  terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

P/s: Perkataan "PUAKA" dan "NAJIS" turut digunakan oleh Azwan Ali dalam Twitternya. 



Jamuan 1Malaysia Hidang Bir dan Penyanyi Seksi, Jadi Medan Kutuk Pembangkang di Tenang

Posted: 17 Jan 2011 08:11 PM PST

Saya petik:
[MK] Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

NONESelain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari," kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

NONE"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar," kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

NONE"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa.

P/s: Kempen BN sudah bermula! Aktiviti "rasuah" pun bermula! Seolah-olah menjadi "trademark" apabila membuat jamuan untuk masyarakat Cina, masyarakat  bukan Islam amnya, maka gadis seksi diupah sebagai penyanyi atau penari, pengunjung pula dijamu bir. Sedangkan pengunjung boleh dihidangkan dengan makanan yang "menyihatkan",  dan dihiburkan dengan persembahan yang tidak menjejaskan moral pengunjung. Biarpun sasaran jamuan ini untuk orang Cina, namun jamuan itu digelar "jamuan 1Malaysia"!

Saya tidak kisah jika hipokrit ini mahu mempersenda tokoh yang menjadi seteru politiknya,  namun tindakannya membandingkan pemahaman pemimpin DAP terhadap Islam dengan pemahaman umat Islam tentang Islam, menunjukkan betapa "baghalnya" Isa Samad. Dia mengaku kadangkala orang Islam (dia la kot?) kurang faham tentang Islam dan mempersoal pemahaman Lim Kit Siang dan Karpal Singh terhadap Islam, walhal baru bekerjasama dengan PAS dalam tempoh 2-3 tahun. Karpal dan Lim Kit Siang bukannya memahami Islam sebagai penganut, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang sewajarnya mengetahui budaya dan agama kaum lain di Malaysia. Dia sepatutnya memuji langkah PAS mendekatkan orang bukan Islam dengan Islam, menjelaskan Islam kepada orang bukan Islam, mengikis persepsi buruk orang bukan Islam terhadap Islam, bukannya membuat kenyataan yang mengelirukan. Janganlah kerana kepentingan politik habis semua usaha pembangkang dibakulsampahkan, walhal usaha tersebut untuk kebaikan masyarakat berlainan agama di negara ini.

Berdasarkan sikap Isa Samad ini, maka tidak hairanlah ada orang MCA, parti  yang sudah berkawan dengan UMCO lebih 50 tahun, tidak dapat membezakan azan Subuh dengan kuliah agama. Kejahilannya itu telah mendorong ahli MCA itu menghantar surat kepada PM agar bunyi azan dikawal dan diperlahankan. UMCO dan BN memerintah negara ini selama lebih 50 tahun, namun majoriti orang bukan Islam masih kurang memahami agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini./www.duniacacamarba.blogspot.com

Lelaki Saman Syarikat Jual Gajet Seks yang Gagal Besarkan Saiz "Burung"nya

Posted: 17 Jan 2011 06:05 PM PST

Ini bukan gambar alat yang digunakan oleh Charles. Gambar ini sekadar hiasan. Alat yang digunakan oleh lelaki itu lebih canggih dan moden. Biarpun begitu, gajet murah ini amat terkenal di Malaysia dan mudah didapati di kaki lima, di pasar malam, dan di kedai yang menjual peralatan seks. Yang pernah mencuba, adakah alat ini berkesan?

Di DigitalSpy UK tersiar berita tentang seorang lelaki Kanada telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat kerana mendakwa alat pembesar zakar yang dibeli daripada syarikat itu tidak berkesan.

Lelaki yang juga seorang ahli bina badan yang hanya mahu dikenal dengan nama "Charles" menyaman Montreal HotGVibe berkaitan dengan pembelian  X4 Extender Deluxe Edition, alat  pembesar zakar pada tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh Examiner .

Menurut La Voix de l'est, Charles memberitahu mahkamah bahawa dia telah menggunakan alat tersebut untuk tempoh masa lebih daripada 500 jam sebelum "berputus asa" kerana mendapati alat itu gagal memberikan kesan seperti yang dihajat.

Kata Charles, "Oleh sebab saya ahli bina badan, tubuh saya membesar dan saya mahu "anggota" badan yang lain juga membesar." 

Plaintif menuntut sebanyak AS274 (RM825) untuk ganti rugi alat, selain menuntut AS523 (RM1575) untuk kerosakan moral dan punitif.

Apabila diminta menggambarkan perasan menggunakan alat itu, Charles mengatakan, "Penggunaannya sangat menyakitkan - rasa sesak nafas."/www.duniacacamarba.blogspot.com


P/s:  Size does matter or size doesn't matter? Semuanya terpulang kepada anda, tetapi janganlah sampai memudaratkan diri dan tertipu gara-gara mahu kelihatan "hebat".



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tragis&Sadis: Pukul Sampai Mati

Posted: 17 Jan 2011 04:46 PM PST



Saya petik:
Mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah selepas dipukul geng curi motosikal

[BH] KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.  

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan.

"Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini.

"Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang," katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah.

Abdul Rahman berkata, ketika ini polis masih memburu lima lagi suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an termasuk ketua kumpulannya untuk membantu siasatan kes pembunuhan Taufik.

"Kita percaya mayat mangsa ditanam secara terburu-buru berikutan lubang digali tidak terlalu dalam. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul di kepala dengan senjata tumpul.

"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang (semalam) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, mayat Taufik ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala berdarah. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, berkata kali terakhir beliau melihat anak ketiganya adalah ketika mangsa keluar rumah ke kedai bagi membeli barang keperluan dapur seperti diminta ibunya, Hajijah Kalim, 35.

"Saya tidak sangka tingkah lakunya yang tiba-tiba duduk sambil merenung lama ke bawah selimut sebelum tidur malam Jumaat lalu, petanda dia akan pergi selama-lamanya," katanya.- M Hifzuddin

1 Liter Petrol Hanya untuk 3.2 Kilometer

Posted: 17 Jan 2011 03:30 PM PST


Kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron ini  menggunakan satu liter minyak untuk bergerak sejauh 3.2 kilometer. Wow!

Kelihatan di gambar ialah seorang pemilik kereta mewah buatan Perancis itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak termahal, iaitu Texaco di Chelsea Britain lapor sebuah akhbar semalam. Kos untuk mengisi penuh tangki kereta ini ialah sebanyak £192 (RM932).

Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak. Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana harganya berdasarkan pasaran semasa./www.duniacacamarba.blogspot.com



Tiada ulasan: