DUNIACACAMARBA |
- Agak-agak Apa yang Bermain di Fikiran Pengantin Baru Ini?
- Laporan Terkini Dedah Arafat Meninggal Dunia Kerana Thallium
- Budak 3 Tahun HIDAP Kanser Payu Dara. Apa? KANSER PAYU DARA?
- Warga Emas 74 Tahun Antara yang Ditahan Ketika Asyik Layan GRO
- Makluman: Sidang DUN Tergempar Selangor 24 Januari. Kita Lihat Siapa yang Akan MENDERHAKA!
- Anwar, Abdullah Hussain: "Interlok" Tidak Bersifat Rasis & Menghina Orang India
- Anwar Ajak Najib Berdebat Isu Program 100 Hari. Siapa yang Mahu Menggantikan Tempat Shabery Kali Ini?
- [Video] Bukti YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Minta Maaf kepada Ketua Menteri
- Ahli Sejarah Dakwa Monalisa ialah Bianca Giovanna Sforza. Siapa Bianca?
| Agak-agak Apa yang Bermain di Fikiran Pengantin Baru Ini? Posted: 11 Jan 2011 07:33 AM PST |
| Laporan Terkini Dedah Arafat Meninggal Dunia Kerana Thallium Posted: 11 Jan 2011 05:00 AM PST IRNA melaporkan bahawa penyiasatan terkini tentang kematian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat mendedahkan bahawa pemimpin itu telah diracun oleh sejenis racun, iaitu thallium yang mungkin dimasukkan ke dalam makanan atau minumannya. Bekas penasihat khas kepada Arafat, Bassam Abu Shareef menjelaskan bahawa penyiasatan yang dijalankan oleh pakar forensik Britain mengesahkan bahawa Arafat telah diracun dengan thallium. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pasukan forensik yang menjalankan ujian forensik itu. Untuk makluman pembaca DUNIACACAMARBA, thallium merupakan racun yang sangat bahaya. Lazimnnya, kes keracunan yang melibatkan bahan ini berlaku selepas pengingesan oral. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini. Bassam menegaskan bahawa beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang penyiasatan pembunuhan Arafat sedikit masa lagi. Pihak yang rapat dengan Arafat mendedahkan bahawa bekas Presiden PLO itu diracun melalui minuman dan makanan yang diterimanya semasa pejabat beliau di Ramallah dikepung oleh pihak Israel pada awal tahun 2004. Arafat meninggal dunia kerana menghidap penyakit misteri di sebuah hospital di Perancis pada 11 November 2004./www.duniacacamarba.blogspot.com * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. |
| Budak 3 Tahun HIDAP Kanser Payu Dara. Apa? KANSER PAYU DARA? Posted: 11 Jan 2011 04:00 AM PST Akhbar Daily Mail melaporkan manusia termuda, setakat ini, yang dikesan menghidap kanser payu dara berjaya sembuh sepenuhnya daripada penyakit maut itu. Apabila Melanie Hunter mengesan benjolan kecil di dada anaknya, Aleisha, 3 tahun, dia mengganggap bahawa benjolan itu tidak membahayakan. Menurut Hunter, benjolan keras itu hanya sebesar biji kacang pea. Selepas menjalani ujian di hospital, Hunter membawa anaknya pulang selepas diberitahu bahawa benjolan itu tidak membahayakan anaknya. Namun, benjolan kecil itu semakin membesar sehingga bersaiz 2 sentimeter dan benjolan itu menyebabkan kesakitan kepada Aleisha. Kesakitan yang dialami menyebabkan Aleisha sukar tidur malam. Bimbang dengan keadaan itu, Hunter membawa anaknya ke hospital. "Saya langsung tidak mempercayai bahawa benjolan itu ialah kanser payu dara. Saya terkejut dan langsung tidak percaya bahawa kanak-kanak semuda Aleisha boleh menghidap penyakit maut itu." Aleisha, dari Toronto, Kanada, menjalani mastektomi dan hasil ujian mendapati kanser tersebut tidak merebak ke organ lain. Doktor yang mengesan kanser itu pada Aleisha ketika kanak-kanak itu berusia 2 tahun memaklumkan kepada Hunter bahawa anaknya itu tidak perlu menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi. Tidak percaya? Percayalah bahawa kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina./www.duniacacamarba.blogspot.com * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. |
| Warga Emas 74 Tahun Antara yang Ditahan Ketika Asyik Layan GRO Posted: 11 Jan 2011 12:59 AM PST Saya petik:
P/s: Rumah kata pergi, kubur kata mari! Tidak sedar-sedar lagi! |
| Makluman: Sidang DUN Tergempar Selangor 24 Januari. Kita Lihat Siapa yang Akan MENDERHAKA! Posted: 10 Jan 2011 11:00 PM PST Saya petik:
P/s: Ulas panjang-panjang pun tidak berguna. Kita tengok siapa yang layak digelar penderhaka kepada Sultan nanti! |
| Anwar, Abdullah Hussain: "Interlok" Tidak Bersifat Rasis & Menghina Orang India Posted: 10 Jan 2011 10:25 PM PST Saya petik:
P/s: Saya tanya lagi, Siapa antara orang yang melenting fasal Interlok ini sudah membaca setiap helaian novel itu? Sila angkat tangan! |
| Posted: 10 Jan 2011 10:15 PM PST TMI melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berdebat secara terbuka berhubung dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menurut Putrajaya akan memufliskan negara. Anggapan Najib itu dibidas oleh Anwar dengan berhujah bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat itu hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun berbanding RM51 bilion yang 'dirampas' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu kroninya. "Biar rakyat buat keputusan berdasarkan fakta, Perdana Menteri cabar kita dan tuduh kita," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. "Beliau (Najib) yang beri ulasan terbuka ini adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab," kata Anwar yang mengulangi agar Najib tampil secara berani sebagai ketua kerajaan untuk mempertahankan hujahnya dan "beri ruang kepada kita untuk pertahankan hujah kita." Semalam Najib membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab. Beliau berkata selepas dikaji, pelan itu sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya. "Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti. "Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," kata Najib semalam. Namun Najib mungkin lupa bahawa jumlah RM19 bilion itu samalah juga dengan nilai subsidi yang diberikan kepada syarikat IPP setiap tahun oleh Petronas. Sedangkan Najib dari semasa ke semasa memotong subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia secara keseluruhan atas alasan untuk mengurangkan beban kerajaan, namun mempertahankan tindakan kerajaan untuk terus menghulurkan subsidi kepada syarikat kroni. Jika dalam isu debat minyak Shabery sanggup menggantikan tempat PM, siapa pula akan menggantikan tempat Najib kali ini?/www.duniacacamarba.blogspot.com Berita Berkaitan dengan Subsidi IPP:
|
| [Video] Bukti YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Minta Maaf kepada Ketua Menteri Posted: 10 Jan 2011 08:05 PM PST Media sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan telah memohon maaf kepadanya serta menarik semula kenyataan persatuan itu di akhbar yang memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang. Saya petik: [TMI] Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu. Selepas media alternatif menyiarkan kenyatan Lim Guan Eng berkaitan dengan hal itu, timbul pula cakap-cakap yang cuba menafikan laporan akhbar tersebut. Blog-blog pro-UMCO menuduh Lim Guan Eng memutarbelitkan kenyataan yang telah dibuat oleh Fadzill. Mohamed Fadzil pula mendakwa bahawa beliau ada meminta maaf tetapi bukan untuk kenyataan-kenyataan beliau berkaitan dengan isu-isu ketidakadilan Lim Guan Eng yang diketengahkan oleh beliau di akhbar. Beliau menyatakan bahawa permohonan maaf itu hanya untuk kekasaran bahasanya terhadap Lim Guan Eng. Kenyataan Fadzill itu telah dibidas oleh Lim Guan Eng dengan menyifatkannya sebagai 'cakap tidak serupa bikin'. Utusan yang sering menyiarkan berita yang dilihat seolah-olah memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang juga "membisu" dalam hal ini. Sila tonton video di bawah ini. Videonya: |
| Ahli Sejarah Dakwa Monalisa ialah Bianca Giovanna Sforza. Siapa Bianca? Posted: 10 Jan 2011 03:45 PM PST Berita Agensi melaporkan bahawa seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam. Sejak berkurun-kurun lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar sehingga dengan pelbagai teori dikemukakan tentang asal usul potret itu. Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran dengan Piacenza, utara Itali. "Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori. Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbirkan Bobbio 500 tahun lalu. Glori berkata, dua huruf yang ditemukan dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G, iaitu singkatan untuk nama Bianca. "Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan