Isnin, 3 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


TOP 50 Blog Terpilih Mesra Pakatan Rakyat Edisi Tahun Baru - Cenangau

Posted: 03 Jan 2011 04:00 AM PST



BLOG Malaysia
01/01/11
Topblog
01/01/11
Malaysia
15/12/10
Topblog
15/12/10
Turun
Naik
Tukar Tiub 384 1 451 1 0
Kelab Greenboc 826 2 1100 2 0
Milosuam 1048 3 1259 3 0
Biaqpila 1320 4 1583 5 1
Kedahlanie 1437 5 1546 4 -1
DuniaCacamarba 1523 6 2028 9 3
Ruang Bicara Priamalaya 1528 7 4373 20 13
Mohd Sayuti Omar 1555 8 2101 10 2
Ikut Suka Aku 1609 9 1751 7 -2
Anak Sungai Derhaka 1700 10 1708 6 -4
Warta Maya 1885 11 2244 12 1
Baginda Reformasi 1927 12 3184 14 2
Kerabu Bersuara 2307 13 2234 11 -2
Malaysiawaves 2693 14 3403 16 2
Ureka.asia 2743 15 1890 8 -7
Bujang Susah 2933 16 3382 15 -1
Edyesdotcom 3273 17 4345 19 2
Ibnu Hasyim 3459 18 3931 18 0
Siyasahsyariah 3794 19 4644 22 3
Penarikbeca 4106 20 6183 31 11
Pahang Daily 4551 21 3793 17 -4
Kerajaan Rakyat 4625 22 3168 13 -9
Kerengga 4844 23 4745 23 0
Perisik Rakyat 4915 24 5328 27 3
Bloglist Malaysia 4957 25 4446 21 -4
Batu vs kayu 5378 26 5487 28 2
Muslimeen United 5384 27 6270 33 6
Wfauzdin 5703 28 5038 24 -4
ek-ele 5822 29 5170 25 -4
Aduka Taruna 6028 30 5641 29 -1
Cenangau 6069 31 5694 30 -1
Mimpi Senja 6278 32 6237 32 0
Pink Turtel 6514 33 8647 43 10
Marhaen 6729 34 8338 42 8
Budak kampung Online 6754 35 7718 40 5
Sokong PR 6973 36 6987 38 2
Sharpshooter 7297 37 8860 45 8
Aku budak balun 7581 38 6845 36 -2
Bawean Termenung 7652 39 7426 39 0
PASPB 7931 40 baru
Manjongmari 7955 41 6468 34 -7
Ini-yang-aku-rasa 8198 42 12919 56 14
Mmummy Rokiah 8279 43 15845 63 20
M3M 8747 44 6925 37 -7
From Perak With Love 8803 45 5193 26 -19
Musafir Lalu 9454 46 13924 59 13
Tok Kiyai 9721 47 9330 47 0
Malaysiaberih 9938 48 10959 49 1
Wartawan Laman Reformasi 10279 49 12278 53 4
Salehudin 10284 50 8069 41 -9


*Data pada 01 Jan 2010 12:30am


Ulasan lanjut di blog Cenangau.

P/s: Terima kasih kepada pengunjung blog DUNIACACAMARBA yang menghampiri usia 2 tahun sedikit masa lagi. Teruskan kunjungan anda, semoga paparan artikel/pautan di blog ini memberi manfaat kepada anda semua.


Awas, Teh Sukat Punca Kanser! Apa Tindakan kepada Pengilang?

Posted: 03 Jan 2011 03:00 AM PST

Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.

P/s: Apa tindakan kerajaan terhadap pengilang? Sekadar denda beberapa ribu RM? Sedangkan tindakan lahanat mereka mungkin telah mengakibatkan banyak nyawa yang terancam kerana menghidap pelbagai kanser.

Sebelum ini, kerajaan melalui agensi penguatkuasanya mendedahkan tindakan pengeluar mi kuning yang menggunakan asid borik secara berlebihan agar mi yang dikeluarkan lebih tahan lama, namun apa tindakan yang diambil kepada pengilang? Nama syarikat dirahsiakan, mereka masih lagi beroperasi, dan hanya dikenakan denda yang tidak setimpal dengan sikap lahanat mereka.

Sebenarnya, dalam banyak hal, pengeluar, peniaga lebih dilindungi dalam banyak hal berbanding dengan nasib pengguna!

Hati-hati minum teh tarik di restoran.

[Wajib Baca] Sidang DUN Tergembar untuk Kembalikan Kuasa Sultan yang "Dirampas" UMCO 1993

Posted: 03 Jan 2011 12:53 AM PST



Kenyataan Media MB Selangor:
Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.
DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.
Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.
Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato' Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato' Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

P/s: Saya tulis sebelum ini, Khusrin seolah-olah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" apabila menerima pelantikan SUK Selangor. Apabila MB Selangor membuat keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah Khusrin dan enggan menerima kehadiran Khusrin dalam majlis kerajaan negeri selepas bertemu dengan Baginda Sultan, maka buntut Khusrin sepatutnya sudah mulai panas apabila duduk di kerusi pejabat SUK Selangor.

Kenyataan media ini juga bisa memeningkan kepala Najib dan UMCO Selangor yang dilihat oleh banyak pihak seolah-olah mahu mengulangi kejayaan merampas Perak daripada Pakatan Rakyat di Selangor. Jika sidang DUN itu berjaya diadakan dan pindaan berjaya dibuat, apa lagi helah UMCO?

Kenyataan ini juga membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa Baginda Sultan telah dirampas oleh UMCO si penderhaka sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Hasil krisis dan pindaan Perlembagaan itu, Baginda Sultan kini tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima pelantikan yang dibuat oleh SPA. Bukankah situasi ini menunjukkan bahawa baginda seolah-olah berada dalam era penjajahan British?

Jadi, siapa penderhaka, siapa yang menjadikan sultan seolah-olah "boneka", UMCO atau PAKATAN RAKYAT!?

MB Selangor Perlu ‘Cermat’ Rujuk Isu SUK ke Mahkamah, Pakar Perundangan Bercanggah Pendapat

Posted: 02 Jan 2011 10:00 PM PST

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kerajaan Selangor kemungkinan berhadapan dengan keadaan bercelaru yang lebih mendalam berbanding jalan buntu jika ia memutuskan untuk ke mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru, kata bekas hakim Datuk N.H. Chan.

Dengan merujuk kepada Seksyen 52 perlembagaan negeri Selangor, Chan berkata, undang-undang dengan jelas menyebut Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan, bukannya menteri besar ataupun sultan sebagaimana diperkatakan oleh sesetengah pihak.

"Sebagaimana anda boleh lihat, Seksyen 52(1) adalah jelas, ia secara spesifik mengatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri harus dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang sewajarnya dengan memilih kalangan anggota perkhidmatan awam.


"Dia bukan dilantik oleh sesiapa; bukan juga oleh sultan, malah bukan oleh perdana menteri, tetapi oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan di mana calon Setiausaha Kerajaan Negeri ialah anggota perkhidmatan awam," kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, kemungkinan perkara yang akan dicabar berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah ia tidak dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan.

Justeru, bekas hakim Mahkamah Rayuan itu memberitahu The Malaysian Insider, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim harus berhati-hati dalam menentukan suruhanjaya perkhidmatan yang dimaksudkan sebelum memulakan sebarang tindakan mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai penyandang jawatan tersebut.

"Jika beliau menyaman suruhanjaya perkhidmatan yang salah, mereka akan kalah seratus peratus. Kes itu akan ditolak serta-merta," jelas beliau ketika dihubungi di Ipoh.

Seorang lagi bekas hakim Mahkamah Persekutuan memberitahu The Malaysian Insider bahawa suruhanjaya perkhidmatan yang dimaksudkan dalam perlembagaan negeri Selangor ialah Jabatan Perkhidmatan Awam yang ketuanya ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun Chan (gambar) enggan mengulas pandangan itu.

"Saya tidak tahu sebab saya bukan peguam yang berkhidmat. Saya tidak ada buku undang-undang yang sesuai untuk saya rujuk," kata beliau.

"Saya ada membaca bahawa Karpal Singh sedang membantu (Menteri Besar). Mereka mesti buat penyelidikan mereka dan mengenal pasti suruhanjaya sesuai yang dimaksudkan," kata beliau lagi.

Chan juga menegaskan bahawa situasi di Selangor berbeza berbanding krisis perlembagaan di Perak, yang membawa kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat awal 2009 kerana kedua-duanya undang-undang yang berbeza.

Beliau juga menasihatkan Khalid daripada mengambil sikap keras dalam menerima angkat sumpah kerahsiaan Khusrin.

Kata Chan, beliau berpandangan tidak wajar Khusrin dihalang daripada mengangkat sumpah kerahsiaan di bawah Subseksyen 4.

Jika tidak katanya, tindakan seumpama itu boleh membawa kepada hujah bahawa penyandang jawatan tersebut tidak terikat kepada peruntukan tidak boleh mendedahkan apa-apa yang berlaku di Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri.

Malah kata beliau, Seksyen 52(3) perlembagaan negeri juga mengatakan bahawa sebaik sahaja dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan yang sesuai Setiausaha Kerajaan Negeri ada hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Malah katanya, undang-undang negeri juga membolehkan Khusrin dilantik menganggotai mana-mana jawatankuasa ditubuhkan oleh Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun katanya, kemungkinan keadaan akan wujud kerana dalam persekitaran semasa beliau akan dilayan macam "pariah."

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung Khamis ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti.

Difahamkan beliau akan menghadap baginda hari ini.

Kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan pendapat pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari yang berkata, peluang terbaik yang ada pada Khalid bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

"Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid dan pentadbiran Pakatan Selangor," kata beliau.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.

"Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota 'ex-officio' Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan," kata Aziz.

"Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi semalam, Khalid berkata, beliau kesal kerana Sidek yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Pemilihan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri," kata beliau.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa semalam. -Debra Chong

"Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong". Kalau Saya, Malu!

Posted: 02 Jan 2011 09:15 PM PST

Gambar: Jack Ooi


Datuk Mohd Khusrin Munawi seperti dilaporkan media dan diulas di blog mula menjalankan tugas sebagai SUK Selangor hari ini. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi tadi di Istana Mestika, Shah Alam. Pertemuan itu dipercayai sebagai mencari jalan penyelesaian berkaitan dengan pelantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baharu.

Menurut Malaysia Kini, Khusrin tiba di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini. Beliau cuba mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi. Walaupun sudah memulakan tugas sebagai SUK, beliau dipercayai masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khusrin, 54, dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu. Pelantikan ini menjadi kontroversi kerana MB Selangor tidak diberitahu atau terlibat dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK.Sebelum dinaikkan pangkat, Khusrin berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).  Semasa bertugas di Jais, Khusrin bertelagah dengan kerajaan negeri berkaitan dalam beberapa isu.

Sebagai menyindir polemik baru antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, MB Selangor menimbulkan persoalan di laman Twitternya, "Bayangkan jika Perdana Menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan Ketua Setiausaha Negara". Beliau menulis demikian untuk membandingkan lantikan SUK dengan KSN yang juga dilantik oleh pusat.

Bercakap tentang soal mengangkat sumpah, MB Selangor seperti yang dilaporkan di Sinar Harian menyatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada akan turut serta dalam upacara itu Khamis ini. Katanya"Kita tidak tahu sama ada dia (Khusrin) akan angkat sumpah di hadapan saya atau tidak. Kita akan bincang pada (mesyuarat) Exco (kerajaan negeri). Tidak perlu ada spekulasi, saudara (pemberita) ikut sahaja drama (ini)."

P/s: Kalau saya malu jika orang seolah-olah menganggap diri seperti "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!

Berita Berkaitan:


Isteri Obama Mengandung Anak Ketiga?

Posted: 02 Jan 2011 08:00 PM PST


Presiden Barack Obama dilaporkan bakal menjadi ayah buat kali ketiga apabila isterinya dikatakan kini mengandung dua bulan. Berita gembira ini dikatakan telah diumumkan kepada pihak media oleh jurucakap White House, Robert Gibbs di Hawaii. Menurut sumber internet, Gibbs didakwa mengeluarkan kenyataan di bawah ini:
Menurut sumber itu lagi, Wanita Pertama Michelle Obama, 46, dan Barack Obama, 49, dikatakan begitu gembira dan teruja dengan pengesahan kandungan tersebut.

Hahahaha! Jangan terpedaya kerana berita itu hanyalah gurauan dan khabar angin semata-mata. Lawak tahun baru. Untuk maklumat lanjut, sila baca pautan ini.

Untuk makluman pengunjung DUNIACACAMARBA, anak pertama Obama-Michelle, iaitu Malia Ann Obama dilahirkan pada 4 Julai 1999, manakala anak kedua mereka, Natasha dilahirkan  pada 10 Jun 2001.

Kali terakhir bayi dilahirkan di White House ialah  Patrick Bouvier Kennedy yang dilahirkan pada 7 Ogos 1963. Patrick ialah anak bongsu kepada Presiden John F. Kennedy dan Wanita Pertama Jacqueline Bouvier Kennedy./www.duniacacamarba.blogspot.com

Anak Tayang Dada, IbuTutup Kepala. Anda Tahu Apa Si Ibu Kata?

Posted: 02 Jan 2011 05:30 PM PST


Saya petik:
[SH] PENAMPILAN tiga beradik, Sharifah Adrianna, Sharifah Amani dan Sharifah Alesya, di Anugerah Skrin, tempoh hari, menjadi bahan bualan di internet. Fesyen berkemban yang digayakan mereka dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan usia mereka yang masih muda.

Dan semestinya, sebagai ibu yang berimej Muslimah, Fatimah Abu Bakar atau popular dengan gelaran Cikgu Fathi, turut kena tempiasnya.

"Saya sangat marah apabila bercerita mengenai isu ini. Saya harap sangat masyarakat tidak menyebut lagi hal ini. Bagi saya banyak lagi isu yang lebih besar perlu mendapat perhatian umum, bukan isu remeh sebegini. Saya minta maaf," kata Fatimah ketika dihubungi Sinar Harian.

P/s: Macam-macam perkara berlaku pada dunia akhir zaman ini. Saya tidak mahu komen apa-apa. Semua orang tahu keperluan menjaga aurat itu BUKAN perkara REMEH seperti yang dikatakan oleh si ibu. Hukum mendedahkan aurat pun banyak orang yang tahu walaupun ada juga yang tidak tahu. Cuba tanya isteri PM atau isteri Pak Rais (terkenal di Nusantara sekarang), adakah mereka tahu tentang hukum menutup aurat?

Cuma apabila berlaku hal sebegini, timbul persoalan: Apakah tujuan si ibu menutup aurat? Adakah kerana tuntutan agama atau sekadar budaya? Banyak juga orang Melayu menutup aurat kerana menganggap itu budaya Melayu. Jika tujuannya menutup aurat kerana memenuhi tuntutan agama, cuba tanya, mengapa dia membiarkan anak-anaknya mendedahkan dada?

Lagi satu, jangan marah jika ada orang jantan yang meleleh air liur tengok anak dara sendiri kerana sesuatu yang normal berlaku pada lelaki apabila melihat "permandangan" yang begitu. Jangan pula menjegilkan mata ke arah kasanova tua yang melihat dada anak-anaknya, kerana bukankah dada yang didedahkan itu untuk tatapan umum?

Harap-harap si ibu itu menggunakan alasan yang sama ketika berdepan dengan Allah SWT di akhirat nanti!

[Video] Wartawan TV Mabuk & Nyaris Dibelasah

Posted: 02 Jan 2011 03:35 PM PST


Hal ini sudah kecoh sejak semalam. Hari ini dilaporkan pula dalam media. Saya petik:
[Kosmo] Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

Videonya:

P/s: Sebab mulut, badan binasa! Karam Singh Walia perlu sentiasa ingat peribahasa ini. Seperkara lagi, moga-moga dia tahu sebab-sebab sesetengah agama melarang penganutnya minum alkohol.


Tiada ulasan: