D'Perbatasan |
- Rakaman Sidang Akhbar Isu Pulau Jerejak
- Permata Negara Campur Urusan Kementerian Lain
- Bersama berdoa kejatuhan FIRAUN ABAD INI !
- Boleh kah UMNO memimpin lagi?
- Respon Cina Terhadap Cikgu Mala Hebat
- Gobalakrishnan keluar PKR
- Awas Polis dan JPN berlari sepantas kilat
- Perubahan wajah MCA dan wajah sebenar DAP
- Ribuan sertai ceramah perdana di labis
- Kemenangan Sebenar
- Najib Semakin Terdesak Raih Sokongan Rakyat
| Rakaman Sidang Akhbar Isu Pulau Jerejak Posted: 29 Jan 2011 06:26 AM PST |
| Permata Negara Campur Urusan Kementerian Lain Posted: 29 Jan 2011 05:55 AM PST Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Oktober lalu, PM Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini memberi peruntukan sebanyak RM111 juta daripada Perbendaharaan kepada projek Permata Negara (PN) 2011 yang dipromosikan oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor. Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), alangkah bagusnya mententeramkan jiwa generasi muda agar boleh menumpukan pengajian sepenuhnya tanpa memikirkan masalah kewangan yang boleh menjejaskan prestasi akademik mereka.Projek PN disasarkan untuk melatih kanak-kanak yang dikatakan pintar di peringkat prasekolah. Projek ini seolah-olah mempertikaikan atau memperlekehkan program prasekolah yang kini telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Bahkan program prasekolah juga telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat (KPWKM) di bawah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas. Program PN seolah-olah kelangsungan kelas lompat kanak-kanak pintar yang terpaksa dibatalkan pelaksanaannya setelah projek printisnya menemui kegagalan semasa Najib Razak selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Apakah ini adalah manifestasi kelangsungannya semula? Projek PN juga memberi impak pada jangka masa panjang. Apa tidaknya, ini melebarkan kelas sosial dalam struktur masyarakat. Walhal Falsafah Pendidikan Negara itu mahu merapatkan segala jurang perbezaan yang mana menuju ke arah perpaduan. Kita tidak mahu projek ini memisahkan dunia kanak-kanak dengan dunia realti sebenarnya. Bahkan harus diingat; pendidikan itu proses sepanjang hayat. Pintar di tahap permulaan bukanlah bermakna penentu di penghujungnya. Jangan kerana nafsu besar golongan dewasa, anak-anak kecil diajar dengan taraf kelas sosial antara yang kaya dengan miskin, yang di bandar dengan luar bandar, anak-anak menteri dengan anak pembantu am rendah,yang pintar dengan yang lembam dan sebagainya. Projek PN juga bagaikan mencampuri urusan pendidikan yang sepatutnya di bawah seliaan KPM. Kita tidak mahu kerana campur tangan banyak pihak, anak-anak kecil akan menjadi mangsa perlumbaan, pergelutan dan pergeseran dek politiking pihak atau individu yang berkepentingan. Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia. Oleh Dr Rajiee Hadi Dari Suara Keadilan |
| Bersama berdoa kejatuhan FIRAUN ABAD INI ! Posted: 29 Jan 2011 05:21 AM PST Seminggu selepas Presiden Tunisia Zainal Abidin Ben Ali digulingkan melalui Revolusi Jalanan kini tiba giliran Mesir pula.Mesir, sebuah negara Islam, Arab dan Afrika mempunyai 80 juta penduduk. Uniknya Mesir kerana terkenal dengan gelaran Bumi Anbiya, Bumi Firaun dan mempunyai Tamaddun yang berusia ribuan tahun. Presiden Hosni Mubarak mula mengambil alih pimpinan Mesir selepas kematian Anwar Sadat. Sadat dibunuh pada Hari Ulangtahun Perang Oktober(Ramadhan War) 6hb Oktober 1981. Ketika Khaled Islambouli menembak Sadat, beliau menjerit, " Kematian buat Firaun Zaman Ini!". Sadat digelar pengkhianat kerana menjadi pemimpin Arab pertama berdamai dengan Regim Zionis dalam Perjanjian Camp David 1978. Seperti Jamal Abdul Naseer dan Anwar Sadat, Hosni Mubarak meneruskan tradisi pimpinannya menekan, menyiksa, membunuh aktivis Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin. Kemuncak kejahatan Mubarak ialah berkomplot dengan Israel untuk "membuli" Gaza dibawah pemerintahan HAMAS. Serangan besar-besaran Israel keatas Gaza adalah perancangan bersepadu antara Mubarak dan Rejim Zionis yang bertujuan menghapuskan HAMAS. Serangan yang dilakukan keatas Gaza selepas kunjungan Menteri Luar Zionis Tzipni Livni ke Kaherah berjumpa Mubarak. Saat kejatuhan "Firaun Abad Ini" bakal tiba. Rakyat Mesir mula memenuhi jalanraya untuk menuntut Mubarak meletak jawatan. Anak Mubarak telah melarikan diri ke Britain. Kita yakin ini adalah hasil doa rakyat Palestin di Gaza yang dizalimi oleh Regim Mubarak. Moga Allah Taala memberi kekuatan kepada rakyat Mesir untuk berjuang menggulingkan Firaun Abad Ini! Oleh Tokpepijat |
| Posted: 29 Jan 2011 05:14 AM PST UMNO sudah tiada kepimpinan dan yang lebih malang kita tidak ada pengganti jika piminan pada hari ini berhenti atau pun dibesarakan oleh ahli-ahli parti atau pun oleh rakyat dalam pilihanraya. Yang lebih ditakuti lagi jika UMNO kalah didalam pilihanraya siapa pula yang akan mengambil alih kepimpinannya untuk meneruskan kehadziran parti itu dalam politik tanah air sebagai parti pembangkang.Kalau diteliti dari sikap dan perangai pemimpin-pemimpin berbagai peringkat dalam UMNO, parti ini akan terkubur terus jika ianya menjadi pembangkang didalam semua Dewan-Dewan Legisltive dinegara ini. Pemimpin-pemimpin kita sudah terlalu biasa dengan keenakkan dan nikmat menjadi pemimpin dalam sebuah negara yang kaya seperti negara kita ini. Pemimpin-pemimpin kita tidak mengendahkan isu etika dan isu-isu yang bersabit dengan rasuah dan salah guna kuasa. Pemimpin-pemimpin besar kita sudah biasa dengan melakukan kesalahan tanpa diambil sebarang tindakkan. Rasuah tidak mudah untuk dibuktikan dengan adanya OSA (Official secret Act) dan berbagai-bagai lagi akta yang melindungi kerja aib mereka. Rakyat sedar segala-galanya ini. Itulah sebabnya rakyat sekarang bertindak untuk menolak barisan kepimpinan ini kerana mereka tidak mahu berubah dan menyedari betapa buruknya perbuatan ramai diantara mereka. Berbagai cara dan petunjuk telah diberikan kepada mereka yang memimpin ini supaya menjadi pemimpin yang baik. Hanya mereka tidak mahu berubah dan meninggalkan sikap dan budaya buruk yang sudah menjolok mata rakyat itu. Didalam mana-mana pertubuhan sekali pun perubah pasti berlaku. Sedangkan agama mengatakan yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Yang penting kita tidak lari dari asas matlamat dan tata cara perlaksanaan tujuan dan matlamatnya. Islam telah banyak membawa kejayaan didalam peperangan untuk menegakkan agama dengan bersenjatakan tombak dan pedang. Tetapi Islam dini hari tidak boleh lagi menggunakan tombak dan pedang untuk berlawan dalam zaman moden yang berteknoloji tinggi ini. Begitu jugalah pertubuhan politik seperti UMNO. Kalau dulu UMNO memenangi pilihanraya dengan mengungkit-ngungkit jasa kerajaan yang dipimpinnya dengan menggunakan isu air dn api serta jalanraya yang besar-besar, itu merupakan senjata yang sudah usang. Dinegeri Cina tidak ada UMNO tetapi jalanrayanya lebih besar dan hebat dari kita. Rakyat boleh menjawab yang wang serta dana yang digunakan oleh UMNO untuk membina jalanraya itu adalah wang rakyat yang menjadi ahli kepada semua parti termasuk parti-parti pembangkang. Wang itu bukannya wang BN. Dr Mahathir misalnya tidak boleh menggunakan isu membangunkan Putrajaya dan KLCC sebagai senjata untuk meminta sokongan rakyat kerana wang yang digunakan untuk membangunkan itu semua adalah dari PETRONAS kepunyaan mereka. Malahan Dr Mahathir dibayar gaji yang lumayan untuk diamanahkan membangunkan pembangunan seperti itu. Itulah sebabnya rakyat marah dan bising-bising apabila mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang wang untuk membangunkan negara itu ada ketirisan besar melalui rasuah dan guna kuasa yang salah. Mereka mahukan pemimpin yang dipilih mereka itu menerima 'accountability'nya jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan. Jadi dalam sebuah negara yang demokratik rakyat akan menukar pimpinan dan parti yang memerintah jika pemerintahan yang ada pada hari ini tidak mahu berubah atau tidak tahu untuk berubah. Pimpinan UMNO memang sudah sinonim dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan memang itu pun budaya yang sudah menjadi imej yang sebati. Jika kepimpinan masih inginkan UMNO itu untuk terus memerintah maka pimpinan mesti pandai dan mahu berkorban untuk memulihkan imej buruk itu. Oleh kerana imej itu berkait rapat dengan manusia yang memimpinnya maka adalah menjadi tanggung jawab ahli-ahli dan pimpinan untuk mencari batang tubuh yang mampu untuk melakukan perubahan itu dan sekali gus membawa imej yang baru dan bersih untuk parti ini terus dianggap releven untuk masa kini. Sekarang ini pimpinan kita masih lagi menggunakan resipi lama dan kaedah yang usang; berucap berapi-api dengan menggunakan 'jargon-jargon' yang 'bombastic' sebagai 'cosmetic' kepada uacapan-ucapannya semata-mata yang akhirnya dia sendiri tidak faham dan gagal melaksanakannya. Kalaulah benar pimpinan sekarang ini adalah kepimpinan yang baik kenapa rakyat ramai dimana-mana bercakap dan meluahkan rasa kekecewaan mereka? Nak salahkan pembangkang lagi? Jawapannya ialah, kepimpinan kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat serius; lebih seirus dari zaman pimpinan Abdullah Badawi. Yang orang ramai hairan kenapa Dr Mahathir tidak pula bercakap tentang kelemahan yang nyata ini. Kita medengar bermacam-macam 'theory' sebab kenapa Dr Mahathir tidak 'meroyan' dengan kepimpinan hari ini. Tapi tak apalah, kita ketepikan isu ini dahulu. Nanti sampai ketikanya kita boleh kupas isu ini dengan teliti. Tetapi ramai juga yang tahu sebabnya. Kalau nak ulas isu sekarang pun, ianya ibarat menyuluh ditempat yang terang. ATAU sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Sumber Berita Dari: Aspan Alias |
| Respon Cina Terhadap Cikgu Mala Hebat Posted: 29 Jan 2011 04:56 AM PST Respon masyarakat Cina terhadap calon PAS Normala Sudirman semakin hebat menjelang penghujung kempen pilihanraya kecil DUN Tenang, kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.Menurut beliau, berdasarkan sambutan yang menggalakkan, beliau yakin dengan sokongan masyarakat Cina dan berharap 70 peratus pengundi kaum itu dapat mengundi Cikgu Mala. "Orang Cina punya respon terhadap Cikgu Mala adalah hebat. Jika dulu PRU 12 Cina di kawasan Tenang hanya beri 55 peratus kepada calon PAS. Harapan saya kali ini orang Cina akan beri sekurang-kurangnya 70 peratus kepada Cikgu Mala, itulah harapan saya," katanya. DUN Tenang mempunyai sejumlah 14 753 pengundi berdaftar dan disifatkan sebagai kubu Umno-Barisan Nasional(BN). Proses pengundian bakal berlaku esok dan jangkaan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi. Masyarakat Cina yang terdiri daripada 39.08 peratus pengundi di Tenang akan melakukan kejutan dengan mengubah kedudukan di mana kerusi itu secara tradisi dipegang oleh Barisan Nasional (BN).Normala berdepan Calon BN dari UMNO Azahar Ibrahim yang diulit kontroversi berikutan kes samannya akibat kesalahan ketika menjawat jawatan Pentadbir Tanah di Segamat pada 2003. Menurut Chua, kelembutan, kesopanan dan gaya Cikgu Mala berjaya menarik hati pengundi Cina di Tenang yang rata-ratanya di Bandar Labis. Secara berseloroh Chua berkata Cikgu Mala membuat hatinya cair disambut sorakan lebih 500 hadirin di Dataran Wayang Pacak semalam. "Bagi orang Tionghua, bila nampak Cikgu Mala, bila dia senyum sahaja, hati masyarakat Tionghua tercair. Termasuk hati saya turut tercair. Jangan beritahu isteri saya,"katanya berseloroh. Lebih menarik, beliau melaporkan rata-rata masyarakat Tionghua sudah jemu dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan anaknya Chua Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis kerana gagal menjadi suara mereka."Saya nak beritahu secara serius Chua Soi Lek hari ini, orang Tionghua di sini nak bungkus dia dan anak dia. Kita guna perkhidmatan courier DHL bungkus dan hantar balik Batu Pahat. Jangan anggap dia akan jadi calon di sana kerana Umno dah jadi ahli parlimen di situ takkan dia nak beri kerusi itu pada dia dan anak dia, betul tak? Kita bungkus mereka," katanya. |
| Posted: 28 Jan 2011 10:18 PM PST Ahli Parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan sebagaimana telah dijangkakan mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini."Ya, saya melepaskan semua jawatan dan saya sudah keluar PKR... sekarang saya wakil rakyat Bebas," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Desas-desus beliau akan keluar PKR sudah kedengaran sejak awal tahun lalu. |
| Awas Polis dan JPN berlari sepantas kilat Posted: 28 Jan 2011 10:13 PM PST Apabila isu Anwar dikaitkan dengan bantuan dana dari keluarga Diraja Saudi, sepantas kilat sepupu PMNajib arahkan polis buat siasatan."Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini. "Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius," kata Hishamuddin. Manakala tentang isu cuti sakit suami calon PAS di PRK Tenang, TPMMuhyiddin arahkan Pengarah JPN sendiri siasat. "Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit. "Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas. "Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau. Yang pasti, jika kes membabitkan pembangkang, PDRM dan JPN akan berlari sepantas kilat menyiasat. Tetapi "berjalan kura-kura" jika babitkan UMNO." |
| Perubahan wajah MCA dan wajah sebenar DAP Posted: 28 Jan 2011 10:09 PM PST RAMAI penganalisis politik menyifatkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang mempunyai signifikan tertentu dalam episod terkini politik tanah air. Ia menjadi penanda aras bagi BN mengukur kestabilan pengaruh di kawasan kebal yang dikuasainya khususnya negeri Johor. Di masa yang sama, Dun Tenang juga menguji kemampuan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu Umno dan BN yang telah berakar sejak lebih 50 tahun lalu.Satu lagi aspek penting yang patut dilihat adalah perubahan ' rupa dan pendekatan' parti-parti dominan Cina dalam meraih sokongan masyarakat Tionghua dalam suasana real politik yang ada. Aspek paling ketara dilihat sepanjang PRK Dun Tenang adalah perubahan pada rupa, wajah dan pendekatan MCA dalam memperdagangkan isu ketika berkempen. Di masa yang sama, komitmen tinggi yang ditunjukkan para pemimpin DAP dalam membantu calon PAS juga berjalan seiring dengan wajah dan pendekatan parti itu yang begitu kontradik dengan persepsi dan tanggapan majoriti masyarakat Melayu negara ini; khususnya yang mempunyai kecenderungan politik terhadap Umno dan BN. MCA yang dikenali sebagai parti kerabat BN yang moderat, moden dan toleran dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini tiba-tiba muncul sebagai sebuah parti 'ekstremis sekular' yang tidak langsung mahu menghormati adab, tatasusila dan ajaran agama (dalam konteks ini Islam sebagai agama rasmi negara). Ini dapat dilihat daripada isu bersalam calon PAS dengan pengundi lelaki, usaha menakut-nakutkan kaum Tionghua dengan konsep negara Islam dan momokan terhadap hukum syariah khususnya hudud pada kelompok pengundi yang sama. Malah anak Presiden MCA yang mewarisi kerusi parlimen Labis daripada ayahnya, pergi lebih jauh dengan berbohong kononnya calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang peniaga Cina yang menjual arak di kedai kopi yang diusahakannya. Chua Tee Yong @ Chua Jr bagaimanapun gagal memberikan sebarang bukti terhadap dakwaannya itu apabila dicabar PAS. Malah berdolak-dalih kepada media apabila diminta mendedahkan perkara sebenar. Tindakan Chua Jr ini dilihat tidak menggambarkan keberanian yang dimiliki ayahnya, Dr Chua Soi Lek yang mengaku sebagai lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Segamat. Keberanian Chua diiktiraf anggota MCA sehingga menobatkan beliau sekali lagi sebagai presiden parti setelah melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal yang menjijikkan itu. Sebelum kontroversi dicetuskan Chua Jr, ayahnya sendiri Chua Soi Lek memulakan kempen serangan peribadi terhadap calon PAS apabila mempersoalkan tindakan Normala yang memakai sarung tangan apabila bersalaman dengan pengundi lelaki. "(Normala) memakai sarung tangan ketika berjabat tangan. Jika anda boleh menerima nilai Islam sebegini, undilah PAS," katanya. Keceluparan Soi Lek ini disambut beberapa pemimpin utama MCA dan Gerakan seperti Naib Presiden MCA, Ng Yen Yen, Chua Jr, Fong Chan Onn dan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe. Yen Yen dilaporkan berkata, "... mengapakah (Normala) membesar-besarkan isu berjabat tangan dengan pengundi lelaki?" Chua Jr dalam laman Twitternya menyebut, "Normala memakai sarung tangan dan pembantunya sedang berjabat tangan bagi pihaknya. Sudah pasti dia akan mendakwa faktor kesihatan atau pun sebab peribadi." Chan Onn menyindir melalui Twitter, "Apa akan berlaku jika (Normala) nampak seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu?" dan menambah, "Tidak bersalam adalah langkah pertama ke arah pengasingan jantina. Selepas itu lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berada dalam dewan yang sama..." Lian Hoe pula berkata, "Bukan saja lelaki, tetapi dia juga memakai sarung tangan apabila berjabat tangan dengan perempuan. Ini tidak peramah, seolah-olah dia menganggap tangan kami ini kotor." Kenyataan-kenyataan tidak beradab pemimpin MCA dan Gerakan ini sebaliknya mendapat kecaman daripada para pemimpin DAP. Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok dalam kenyataan medianya 'mengutuk keras' tindakan pemimpin MCA dan Gerakan itu dan menyifatkan mereka sebagai 'ekstremis'. "Cemuhan pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan (terhadap Normala) membuktikan bahawa mereka tidak dapat menerima pengamalan agama yang berbeza daripada agama mereka sendiri. Mereka berkeras memaksa Normala untuk mengaibkan pegangan agamanya. Tindakan mereka seakan-akan memaksa seseorang 'vegetarian' untuk memakan daging. "Hakikatnya, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan ini merupakan ekstremis tersendiri. Segala sokongan mereka terhadap konsep 1Malaysia merupakan wayang semata-mata demi memelihara kepentingan politik mereka." Menurut Teresa, sekiranya pemimpin MCA dan Gerakan benar-benar ikhlas mendokong konsep 1Malaysia, sudah pasti mereka memahami bahawa amalan agama adalah pilihan peribadi setiap orang dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan. Sentimen Teresa dikongsi bersama seluruh pemimpin DAP. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng ketika berceramah di Dun Tenang menyifatkan tindakan MCA memomok-momok masyarakat Tionghua dengan isu bersalaman, negara Islam dan hudud bertujuan menghalang mereka (masyarakat Tionghua) daripada memahami Islam. Pelbagai pihak khususnya badan NGO Islam mengecam kempen tidak beretika MCA ini. Umno yang pada mulanya berdiam diri terhadap tindakan menghina Islam para anggota kerabat BNnya akhirnya terpaksa 'memujuk' MCA supaya tidak lagi memainkan isu itu. Langkah itu dibuat setelah menyedari isu bersalaman calon PAS tidak mendatangkan kesan kepada pengundi Tionghua malah merugikan BN. Semangat setiakawan yang ditunjukkan DAP dalam pilihan raya kecil Tenang perlu dijadikan renungan para pengundi Melayu. Mereka sewajarnya mengetepikan sentimen dan kecurigaan terhadap DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti ekstremis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam. Sentimen dan kecurigaan ini berjaya ditanam Umno sejak sekian lama sehingga sisi positif kehadiran DAP (sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan agama) dalam politik negara tidak langsung dilihat. PRK Dun Tenang berjaya memperlihatkan kita real politik tanah air masa kini. Ia memperlihatkan transformasi MCA daripada sebuah parti kaum Cina yang dianggap moderat, moden dan toleran kepada sebuah parti perkauman yang ekstrem dan anti-Islam. Sebaliknya DAP yang selama ini dimomok-momokkan Umno sebagai parti chauvinis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam berjaya menonjolkan imej yang moderat, mesra Islam dan reseptif dengan realiti kewujudan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia khususnya di Dun Tenang melakukan perubahan bagi masa depan negara dan generasi akan datang. HUAN!!! BERUBAH!!! |
| Ribuan sertai ceramah perdana di labis Posted: 28 Jan 2011 09:37 PM PST LABIS, 29 Jan: Riibuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah kempen utama mereka di Tenang malam tadi.Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat. Kawasan tanah lapang yang disewa oleh PAS berhadapan dengan Dataran Wayang Pacak mereka telah diberikan nama jolokan iaitu Dataran Cikgu Mala sempena dengan nama calon PAS untuk pilihan raya kecil Tenang. Kehadiran begitu ramai ini memberikan gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kalau tidak semua mereka adalah penduduk tempatan, kesanggupan mereka datang membayangkan sokongan untuk Pakatan dari seluruh negara walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu oleh media BN. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurukamera Harakah: ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Posted: 28 Jan 2011 09:33 PM PST ![]() Antara intipati ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa kempen PRK Tenang ialah : 1) Calon PAS adalah seorang yang bertakwa kerana patuh ajaran Islam (tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram) 2) Mengundi PAS mendapat pahala. Mengapa LGE bercakap demikian ? Kerana beliau berkawan dengan orang PAS dan mendapat gambaran yang sebenar tentang Islam dari PAS. Kalau seorang non muslim dapat pengetahuan tentang makna TAKWA dan PAHALA, bagaimana dengan golongan UMNO yang dilahirkan dalam keadaan berugama Islam tetapi tidak patuh kepada ajaran Islam sendiri? Pandangan LGE adalah mewakili golongan besar masyarakat non muslim generasi muda dan berpelajaran terutama kaum Cina. Ini juga menunjukkan DAP kini lebih memahami Islam dari kacamata sebenar. Berbeza dengan MCA. Masih di takuk lama. MCA menganggap isu salam itu seperti UMNO menganggap berpegang kepada Islam yang syumul seperti satu kemunduran dan anti pembangunan! Kemenangan PAS sebenar di PRK Tenang adalah penyebaran dakwah dan Islam di sebarkan dan seterusnya difahami oleh non muslim. Antara kejayaannya ialah non muslim tahu tentang pahala, aurat, salam dan takwa. Peliknya dikala non muslim(Cina) mula memahami Islam, pengundi Melayu terutama di Felda masih dengan "ugama UMNO"nya. 95% pengundi tegar UMNO. Biasalah, Johor Darul UMNO!" |
| Najib Semakin Terdesak Raih Sokongan Rakyat Posted: 28 Jan 2011 08:37 PM PST Penasihat DAP Lim Kit Siang menyelar sikap Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang berterusan memburuk-burukkan nama baik pemimpin Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 ini.Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Datuk Seri Najib Razak kerana membuat aduan kepada kerajaan Arab Saudi bahawa terdapat dua orang putera Diraja negara itu membiayainya dalam kempen pilihanraya. Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover newfunding channels for Taliban, al Qaeda" menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13. Malah rangkaian itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah mengesyaki dua pegawai kanan kerabat diraja Saudi terlibat dalam pembiayaan kepada Anwar dan ini menyebabkan Riyadh memulakan siasatan sulit. Bagaimanapun laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat. " Bahawa pilihanraya kecil di Tenang ataupun dalam pilihanraya yang akan datang khususnya dalam piliharaya umum ke-13, Najib dan pemimpin-pemimpin Umno sangat khuatir akan kehilangan kuasa mereka dan mereka rela menggunakan segala muslihat dan taktik-taktik yang kotor untuk merosakkan nama baik pemimpin Pakatan Rakyat," kata Lim Kit Siang yang dihubungi TV Selangor. Tambah Kit Siang lagi keengganan Najib Razak memberikan komen berkenaan perkara ini menunjukkan sikap lepas tangan pemimpin itu selepas perkara ini didedahkan kepada umum. " Apabila Najib enggan membuat apa-apa komen tidak tahulah ia sukar untuk menjelaskan kenapa pendirian beliau. Ini sangat jelas bahawa Najib Razak sangat terdesak dan mengenai kemajuan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat yang memberikan satu alternatif politik kepada rakyat," katanya. Kit Siang juga mempertikaikan tindakan Najib Razak keluar negara yang menggunakan wang rakyat bukan berusaha untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara tetapi bersikap mengambil tindakan politik yang hanya merosot. "Beliau lebih mementingkan kedudukan dan kepentingan politik beliau daripada masa depan negara, dan kita tahu baru-baru ini laporan Global Financial Integrity bahawa negara akan hilang modal dalam aliran wang haram berjumlah RM888 bilion dan itu sepatutnyanya menjadi perhatian beliau dan bukan perkara-perkara yang tidak benar," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan