Jumaat, 28 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Sarong untuk Chua Soi Lek

Posted: 28 Jan 2011 05:25 AM PST

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cik Gu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginlah caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampong ke satu kampong untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. - Hishamuddin Rais

Kalau tidak ada pilihanraya kecil di Tenang tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidor dua minggu lebih awal - sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia.

Pagi itu, aku hanya mencari dimana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng seperti Taiping bermakna 'wilayah aman damai' dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan diantara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera – seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

Ahmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong - dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasokan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepung.

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang Warder Melayu – yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga dia telah menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si Warder ini telah membawa aku ke satu kawasan disebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang dimana Mat Indera mati di gantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti dipertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima disini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal - mungkin aku tersalah kedai.

Sesampai ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil – bukan seperti gerila Mat Indera – tetapi oleh perempuan yang berbadan gemok gemok, pendek pendek, muka bulat bulat dan kulit hitam hitam. Mereka seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

Sesampai ke satu simpang aku ternampak seorang Abang yang di bajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan pecah dari kumpulan perempuan gemok-gemok pendek-pendek ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si Abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang Isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si Abang ini seorang profesional yang menyokong Pas.

Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana SPR telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul. Aku rasakan kami dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang disana sini dan ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau tepat lagi seperti filem Hollywood tentang Perang Dunia ke Dua. Setiap lima kaki disepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

Aku perhatikan mereka memiliki senapang bermoncong besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini – mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum: tikus mondok mana yang ingin di tembak oleh polis ini.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini sengaja dipasang untuk memberi tekanan dan ancaman kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan Rakyat yang setiap kali ada pilihanraya kecil akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan Rakyat ini datang tanpa diajak dan tanpa di beri duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sisiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan Pas – disini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi dimana aku ternampak muka anak anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali ke dua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus putus – bertali arus.

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi tetiba ada suara yang kuat melaungkan Allah Akbar. Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan Rakyat sedang berarak mengiringi calon.

Bendera Pas, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan Allah Akbar dan Reformasi bertukar ganti. Aku hanya berdiri digigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tetiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia manarik tangan aku lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam di barisan 'para gedebe'.

Sebaris di belakang aku ialah Cik Gu Mala yang memakai ponco hijau a la Clint East Wood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraidah dan Ketua Muslimat Pas. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang Suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cik Gu Mala. Nah! Memang cun. Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan gemok gemok pendek pendek yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk - aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik menyerlah isi dan bentuk wajib sama kukuh.

Tak sampai satu kilometer kami berjalan kemudian semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang ditengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku megundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi berpusu-pusu maka jelas aku dapat melihat di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjungan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju t Nik Aziz, Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan 'hot' aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju t dengan muka Cik Gu Mala.

Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari dimana Cik Gu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampong Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cik Gu Mala pasti akan ke sana.

Kampong Sawah Baru di Labis? Wow! Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York. Jauh sekali kampong ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampong – masih tidak bertemu juga kampong ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampong akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akihrnya aku sampai juga. Kampong ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah. Ini kampong Melayu tradisional – kampong jalan mati kalau mengikut peta Lebai Google Ini bukan Bukit Bintang jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap ini. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Disana sini dalam ceramahnnya Anwar membut lucu. Didalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar

Anwar juga berkata kalau hendak berdebat tentang kesah pribadi pun dia tak ada halangan. Lalu Anwar membuat lucu tentang Altantuya gadis cun kenalan Najib. Sayang sekali Anwar pada malam itu tidak membuat lucu tentang kesah seorang lagi gadis cun di tepi pantai Port Dickson. Selesai ceramah si Anwar mengundur. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman dengan baju hijau dan poco Clint East Wood yang dipakai siang tadi mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka tetapi tentang realpolitik. Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir inilah pemuka-pemuka baru didalam Pas yang bukan heboh heboh tentang api neraka tetapi heboh tentang api leterik yang harganya naik.

Cik Gu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampong Sawah Baru ini adalah tempat ke lima yang dia telah mucul. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cik Gu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginlah caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampong ke satu kampong untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cik Gu Mala berkempen mahu mennyedarkan Dr. Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada jenerasi muda untuk memakai sarong agar terhindar dari jangkitan AIDS.

Sumber: Hishamuddin Rais / DARI JELEBU

Rakaman Kuliah Magrib Oleh Ustz Kazim: "Pemimpin Yang Zalim"

Posted: 28 Jan 2011 05:20 AM PST

Laman Direktori ‘Wanita Pertama’ JPM Dikeluarkan

Posted: 28 Jan 2011 02:28 AM PST

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau "Wanita pertama Malaysia".

Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.



Dari Malaysiakini

Rakaman Ceramah Anwar Di Tenang 27.1.2011

Posted: 27 Jan 2011 07:51 PM PST





'Samseng Cemplak' kecoh lagi

Posted: 27 Jan 2011 07:44 PM PST

Felda Cemplak, LABIS - Setelah membuat kecoh pada malam kelmarin sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berceramah di Felda Cemlak, petang Khamis, 27 Januari, 'Samseng Umno' membuat kecoh lagi.

Kali ini mereka membantah program 'Semalam di Cemplak, satu program malam kesenian Islam yang dianjurkan bersama oleh jentera PAS Terengganu bersama ANAK.

Ketegangan secara berdepan yang bermula kira-kira jam 5.30 petang, apabila seorang lelaki yang difahamkan selaku Pengerusi Belia Felda berkenaan memberitahu para petugas PAS dan ANAK supaya tidak mengadakan program di padang bola tersebut.

Kebetulan, sebuah bangunan yang didakwanya sebagai pusat belia terletak berhampiran pentas dimana para petugas sedang membuat persiapan program.

Selain 'pengerusi belia' itu, seorang lelaki yang dimaklumkan sebagai 'ahli Rela' telah bertindak memberi amaran.

Para petugas PAS dan ANAK berkeras akan meneruskan program kesenian tersebut kerana ANAK telah mendapat kebenaran 'permit' dari pihak polis.

Atas campurtangan 'pihak atasan' sekumpulan polis telah datang ke lokasi kira-kira jam 6.30 petang.

Atas alasan, BN telah membuat persiapan untuk suatu program yang akan dihadiri oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, polis telah meminta ANAK berpindah ke lokasi lain.

Timbalan Presiden ANAK saudara Shamsul dalam menghadapi tekanan pihak keselamatan tersebut mengambil langkah berundur setapak dan berjanji bekerjasama untuk memindahkan program ke suatu lokasi lain.

Dengar dan lihat ucapan ringkas Saudara Shamsul

Respons Anwar Ibrahim Terhadap Laporan CNN

Posted: 27 Jan 2011 07:25 PM PST

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover new unding channels for Taliban, al Qaeda" memperlihatkan ketakutan Dato' Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang
semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato' Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman
demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya
fobia dengan kemaraan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Posted: 27 Jan 2011 06:56 PM PST

'Air yang tenang jangan sangka tiada buaya', begitulah kata perbidalan Melayu yang difahami oleh semua orang. Begitulah yang boleh dikaitkan dengan keadaan sebenar yang berlaku didalam pilihanraya Kecil DUN Tenang, Labis Johor. Tetapi perbidalan ini sesuai untuk memperingati parti penyandang bagi kawasan DUN itu, iaitu BN yang diwakili oleh UMNO.

Bagi BN keadaan tidak setenang namanya. UMNO nampaknya tidak bergerak dengan cara yang betul dalam menghadapi pilihanraya kecil ini. Dalam pada kelemahan yang nyata pemimpin-pemimpin UMNO diJohor nampaknya masih berkeyakinan yang BN akan memenangi PRK ini, malahan TS Muhyiddin berkata yang BN akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang melebihi 5000 undi.

Saya hanya memberikan komen yang pendek sahaja bila bercakap tentang majoriti yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ini. TS Muhyiddin bolehlah berangan kerana berangan itu percuma; tidak ada kena bayaran apa-apa. Bermimpi itu pun boleh tetapi perbilangan ada mengingatkan kita supaya tidak bermimpi disiang hari. Nanti kecewa dan diketawakan orang.

Johor merupakan kubu kuat UMNO selama ini. Apabila datang tentangan mereka tidak tahu hendak berbuat apa-apa untuk mengekang masalah yang mereka hadapi. UMNO Johor memang dari dulu lagi tidak menghadapi tentangan dari mana-mana parti pembangkang.

Tetapi sejak 3 atau empat tahun yang lalu perubahan mula berlaku dalam mana parti-parti pembangkang sudah mula mendapat perhatian rakyat Johor dan dalam pilihanraya yang lalu pembangkang telah dapat menembusi kubu UMNO ini dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri telah diwakili oleh parti-parti pembangkang. Dua kerusi parlimen juga jatuh ketangan PR.

Kerusi yang dimenangi oleh BN telah mengalami kekurangan majoriti dengan begitu nyata. Kerusi DUN Tenang ini sendiri mengalami kemorosotan yang besar. DUN Tenang telah memenangi kerusi ii dengan majoriti lebih kurang 5000 undi dan majoriti ini telah merosot kepada 2500 dalam pilihanraya umum yang lalu. Jika UMNO tidak dapat majoriti sebanyak 2500 dalam pilihanraya kecil ini maka itu merupakan petunjuk jelas yang UMNO sudah tidak mendapat perhatiam dari rakyat seperti yang mereka alami tahun-tahun yang lepas.

Sekarang isu yang banyak diperkatakan, mampukah BN mendapat majoriti yang melebihi 2500 atau sekurang-kurangnya sama dengan majoriti yang kita dapati pada pilihanraya yang lepas? Persoalan ini merupakan soalan cupu mas. Banyak juga lapuran yang diterima dari Labis yang jentera BN tidak begitu berkesan.

Sayap wanita , pemuda dan puteri tidak berjalan seiringan kerana UMNO Bahagian Labis tidak memberikan mereka tugas yang penting dalam PRK ini. Pengerusi Perhubungan pula tidak mahu orang-orang UMNO dari luar Johor untuk bersama-sama mengendalikan kempen DUN ini kerana beliau berkata yang UMNO Johor berkemampuan untuk mengendalikan PRK ini sendirian.

Masalah ditambah pula dengan isu yang dimainkan oleh Chua Soi Lek yang telah menyentuh perasaan orang Melayu Islam dengan menggunakan isu Normala, calun PAS yang tidak mahu bersalaman dengan orang lelaki. Malahan ada juga dikalangan orang Melayu UMNO sendiri menggunkan isu ini untuk mendapat undi.

Apakah salah dari sudut pandangan UMNO dan MCA jika seseorang Islam itu taat kepada hukum hakam agamanya? Bukankah memang seorang Islam itu tidak boleh bersentuhan jika mereka bukannya mukhrim? Apakah UMNO dan MCA mahukan Normala dan sesiapa juga untuk melanggar hukum hakam agama semata-mata untuk memenangi pilihanraya? Bagi sesiapa yang rasional, isu yang dimainkan oleh BN ini merupaka bayangan yang UMNO dan MCA sudah habis modal untuk dijadikan isu berkempen dan ini akhirnya akan disedari oleh pengundi-pengundi.

Kita sedar yang Chua Soi Lek adalah pengerusi kepada BN Labis dan beliau mahukan kemenangan kepada BN. Tetapi janganlah hendaknya menggunakan isu agama kami untuk mendapatkan sokongan pengundi. Akhirnya Soi Lek akan terjerat dengan jerat yang dipasangnya sendiri. Isu ini sahaja sudah pasti melarikan banyak undi dari BN kepada PAS dan kita jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa jika berlaku apa-apa kepada BN bukan sahaja dikawasan Labis malahan dikawasan kawasan yang lain.

Kita semua sedar yang moral itu bukanya penting bagi Soi Lek tetapi janganlah beliau cuba untuk membawa kami kepada hidup secara beliau yang seluruh dunia telah mengetahuinya. Kalau beliau telah tertangkap dengan kegiatan yang tidak bermoral yang buruk itu, janganlah pula hendak bawa orang lain untuk hidup seperti beliau yang tidak kisahkan moral dan akhlak yang tinggi.

Saya memberikan tabik hormat kepada Normala kerana walaupun seorang ahli politik beliau tidak mahu menjual dan mengorbankan syariat agamanya kerna hidup yang beragama sahajalah yang boleh membezakan diantara manusia yang baik dan manusia yang berpandukan kepada yang bathil.

Inilah sebabnya BN semakin hari semakin kurang sokongan dari rakyat. Rakyat seolah-olah boleh nampak yang BN ini semuanya bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk yang bertentangan dengan agama kita. Boleh rasuah, boleh menyalahgunakan kuasa, merogol dan banyak lagi kegiatan yang bertentangan dengan kesucian agama dan adat.

Saya telah banyak kali mencadangkan supaya kita mencari jalan untuk memulakan episode baru dalam politik negara untuk selari dengan kehendak masa dan zaman. Kita ada perlembagaan dan kita boleh bersandarkan kepada perlembagaan yang sedia ada. Kita mesti ubah pemimpin-pemimpin yang memimpin kita kerana tidak ada langsung tanda-tanda yang keadaan bertambah baik.

Saidina Ali karamallah huwajhah telah banyak kali melakukan ijtihad untuk kebaikkan tetapi tidak lari dan asas syariat dan kepentingan hukum hakam agama kita yang suci ini. Kita pun boleh malakukan perkara yang sama asalkan sahaja tidak lari dari kehendak perlembagaan negara kita.

Kalau kita semua ingin hidup dalam negara yang aman dan damai kitalah yang sepatutnya mengusahakan perubahan ini. Kita mahukan Melayu dan Islam terjamin kedudukannya dan bangsa-bangsa lain dijaga dengan baik agar kita semua hidup bermuhibbah selama-lamanya.

Kita sudah jemu dengan isu berkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin kaum semata-mata kerana ingin menjayakan kelangsungan politik masing-masing. Akhirnya kita rakyat biasa dibawah ini yang berperang tanpa henti sedangkan pemimpin diatas terus mentadbir kita dengan menggunakan sentiment kaum masing sambil memerah keringat rakyat yang tidak terbela.

Keadaan ini mesti dihentikan. Kita tidak ada tempat atau negeri lain untuk berlindung. Baik buruknya disinilah kita hidup dan mati. Yang telah kaya raya hasil pemerahan kekayaan negara ini boleh lari dan hiup ditempat lain. Kita tidak ada pilihan. Kita akan disini sampai bila-bila.


Dari Aspan Alias

Tiada ulasan: