D'Perbatasan |
- Program Pemberian Limau Sempena Tahun baru Cina Di Pasar Sama Gagah, Pmtg Pauh
- Bersatu atas isu Islam, bertelagah atas isu bangsa.
- Muhyiddin Buat Teguran Yang Betul
- Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?
- Serangan BN Tidak Berkesan
- Mahathir penderhaka Dan UMNO pengkhianat
- 99% Pelaburan Hasil Pusat Respons Buat Mukhriz
- Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz
- Terbukti UMNO PENDERHAKA!!
- Muhyiddin Pelacur
- Chua Harus Mohon Maaf Kepada Orang Islam.
| Program Pemberian Limau Sempena Tahun baru Cina Di Pasar Sama Gagah, Pmtg Pauh Posted: 24 Jan 2011 07:02 PM PST
|
| Bersatu atas isu Islam, bertelagah atas isu bangsa. Posted: 24 Jan 2011 06:55 PM PST Setelah beberapa hari isu salam berkumandang di PRK Tenang, sekonyong-konyong TPM Muhyiddin mengarah pelakon "video lucah" merangkap Presiden MCA Chua Soi Lek menutup isu itu.Mengapa agaknya ya? Pertama, isu itu terkena batang hidup PMNajib sendiri. Adakah Muhyiddin sengaja membiarkan isu ini berkumandang beberapa hari di Tenang untuk "kenakan" bosnya sendiri ? Apabila isu salam ditimbulkan, secara automatik ianya berkait rapat dengan hukum hakam berkenaan hukum bersalam dan menutup aurat. Secara langsung akan timbul persoalan dikalangan Non Muslim: 1) Mana satukah antara PAS dan UMNO yang betul- betul ikut hukum Islam yang sebenar? 2) Adakah wanita Islam boleh bersalam dengan lelaki Islam dan Non Muslim? 3) Adakah menutup aurat(pakai tudung) bagi wanita Islam wajib kepada orang Islam? Apabila persoalan ini timbul, secara automatik Non Muslim terbayangkan aksi isteri Najib, Rosmah Mansor dan isteri Rais Yatim, Maznah Rais. Adakah cara pemakaian Rosmah dan Maznah mematuhi hukum Islam? Inikah gaya pemakaian pemimpin Negara Islam? Begitu juga hukum bersalam. Yang mana satu betul? Non Muslim lihat pimpinan PAS seperti TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang tidak bersalam dengan perempuan berbanding dengan PMNajib dan pimpinan utama UMNO. Kita juga melihat UMNO begitu bersungguh-sungguh bersama MCA untuk "menyesatkan" pemikiran Non Muslim tentang Islam. Kenyataan jahat Muhyiddin yang menyokong kempen MCA mengenai Negara Islam kepada pengundi Cina menyerlahkan lagi kemunafikan UMNO tentang Islam. Lihatlah begitulah jahatnya UMNO. Mereka bergading tangan bersama MCA dan GERAKAN "menyesatkan" Non Muslim mengenai Negara Islam. Lihatlah wajah sebenar UMNO! Lagak Muhyiddin yang memberi ruang kepada MCA dan GERAKAN berterusan menghina Islam! Lebih meloya dan memualkan apabila Khir Baharom cuba "menyelamatkan" pelakon video lucah" Chua Soi Lek dengan mengalih isu kepada pencalonan wanita oleh PAS. Kita melihat UMNO boleh bersatu dengan MCA dan GERAKAN untuk menghina Islam tetapi mereka bergaduh jika melibatkan bangsa. |
| Muhyiddin Buat Teguran Yang Betul Posted: 24 Jan 2011 05:19 AM PST Pengundi Islam di Tenang boleh menarif nafas lega apabila Muhyiddin Yassin meminta MCA khas presidenya, Chua Soi Lek menghentikan isu calon Pas Normala Sudirman tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram sepanjang menjalankan kempen.Tindakan Muhyiddinn itu bijak dan menunjukkan TPM itu memahami akan pantang larang atau hukum agama. Mungkin Muhyiddin membuat kenyataan menarik diri selepas Chua Soi Lek bertanya TPM berkenaan kenapa isteri TPM pakai tudung manakala isteri PM tidak pakai tudung, seperti mana yang saya sarangkan. Mungkin selepas membaca posting saya mengenai perkara itu Soi Lek menelefon Muhyiddin dan bertanya keadaan itu. Soi Lek mungkin mendapat penjelasan dan tarbiah daripada Muhyiddin bahawa apa yang dilakukan oleh Normala itu adalah betul. Semoga sikap dan pendirian seperti Muhyiddin itu akan dituruti oleh ahli politik lain termasuk juga dari Pas. Itulah sikap yang harus ada kepada pemimpin berani tegur kalau melihat sesuatu kemungkaran berlegar di depan mata tidak kira ianya dilakukan sesiapa. Pas juga pada saya memimbulkan isu yang remeh. Ada laproan yang saya baca dalam portal Pas menimbulkan soala Najib tidak menziarahi jenazah ketua cawangan Umno. Kenapa hendak diperbesarkan kejadian itu. Kalau Najib tidak sempat berbuat demikian kerana kesuntukan masa atau tidak diberi tahu untuk apa dibangkitkan. Isu seperti itu sebenarnya tidak sebesar isu Normala enggan bersalam dengan lelaki bukan mahram. Cara Soi Lek timbulkan isu ianya telah menghina Islam. Sepatutnya orang Pas tahu menilai mana isu yang besar dan mana isu yang kecil. Jangan kerana ghairah sangat akhirnya menyebabkan isu yang kita timbul nanti dibenci oleh pengundi. Mungkin Najib tidak ziarah jenazah itu kerana dia dalam berhadas besar? Dan kepada Soi Lek selepas ini jagalah mulut dan sebelum memberi komen mengenai apa-apa perbuatan atau perkataan yang ada sangkut paut dengan Islam agar berhati-hati. Jangan pula kita yang sudah jahil mengenai agama itu akan dianggap sebagai mengkhianati agama pulak. Woooo..la. |
| Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri? Posted: 24 Jan 2011 05:08 AM PST Pemimpin dan jentera pilihan raya kecil MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman (bawah) bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN. ![]() Tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan raya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka. Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan. Mereka yang ditemui Malaysiakini menegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong agendanya mengenai negara Islam. Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN dari Umno, Datuk Sulaiman Taha. Tinjauan itu dijalankan semalam di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon. Ditanyakan mengenai rancangan PAS untuk mengisyatiharkan Malaysia sebagai negara Islam, sesetengah daripada mereka mengakui merasa takut ketika isu itu pertama kali dibangkitkan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi selepas bertahun berlalu, kini perasaan itu tidak seperti dahulu lagi. Yang lainnya pula berpendapat jika dan bila benar-benar diisytiharkan sebagai 'negara Islam', mereka tidak ada masalah selagi ia tidak menjejaskan sistem pendidikan Cina, hak untuk makan, alkohol dan berjudi, dan selagi kerajaan terus melayan masyarakat Cina dengan baik. Isu negara Islam yang dimainkan oleh MCA mungkin boleh menarik sokongan pengundi yang berumur tetapi generasi muda pula mempunyai pandangan yang berbeza. Tinjauan itu juga memberi gambaran mengenai sikap sebahagian pengundi di situ. "Pengundi di Tenang selama ini menyokong MCA di peringkat parlimen (kerusi Labis), tetapi menyokong pembangkang di peringkat DUN (Bekok dan Tenang), bagi mewujudkan semak dan imbang," kata salah seorang pengundi yang ditemui. Pengundi Cina merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis. |
| Posted: 24 Jan 2011 04:57 AM PST Serangan bertali arus parti MCA terhadap calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman mengenai isu agama Islam dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang tidak memberi kesan kepada usaha Pakatan Rakyat (PR) menyelamatkan rakyat. Usaha tersebut dianggap gagal oleh pemimpin PR kerana sokongan yang diterima daripada masyarakat Tionghua sehingga kini meningkat. ![]() Menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, masyarakat Cina di DUN Tenang telah pun didedahkan dengan maklumat sebenar sekaligus berjaya mengatasi ketakutan terhadap Islam dan parti PAS. Beliau yang ditemubual Tv Selangor berkata, pendekatan proaktif PR mendampingi masyarakat setempat berjaya menghasilkan platform berbilang kaum yang menjadi contoh wujudnya kemajmukan rakyat di bawah dasar parti itu. Justeru Tian menyeru agar pengundi di DUN Tenang tahu membezakan permainan sentimen keagamaan yang cuba dilontarkan dalam kempen mereka. "Pakatan rakyat berbeza sebab kita lihat dalam ceramah kita yang dihadiri orang Melayu, Cina dan India atas satu pentas. Kita berucap kepada masyarakat yang berbilang kaum.Beza dengan Barisan Nasional, dia kumpulkan orang Cina, MCA dengan propaganda perkara yang menghina Islam menakutkan masyarakat Tiong Hua supaya menyokong BN. "Mereka tanamkan kebencian kepada kaum lain dan itu taktik lama yang menyebabkan ketegangan masyarakat dan itu sebabnya kita beza kerana kita mengamalkan satu platform yang terbuka untuk semua," jelas beliau selepas program kempen Pakatan Rakyat di sini. Kepimpinan Pakatan Rakyat akan bertindak menyaman Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong sekiranya tidak dapat mengemukakan bukti dakwaan fitnah calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman sehingga jam 12 tengahari esok. Menurut laporan akhbar harian China Press, Tee Yong berkata Normala bertanyakan kepada seorang peniaga Cina tentang penjualan arak di sebuah restoran di Pekan Labis. PAS dan Normala menafikan tuduhan itu. Menyifatkan Umno-BN sebagai rasis, Tian Chua menasihatkan agar rakyat mengenepikan propaganda ini dan melihat dasar Pakatan Rakyat yang memerintah di empat negeri lain. "Sebenarnya agenda Umno tetap rasis. Mereka tetap mengamalkan diskriminasi. Kita harus ingat demi anak dan cucu kita seharusnya ketepikan ketakutan ini melihat rekod Pakatan Rakyat baikpun di Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor di mana satu dasar yang adil untuk semua kaum dilaksanakan. Ini realiti, bukan janji kosong dan angan-angan tetapi dapat dilaksanakan," jelas beliau. Kedua-dua jentera parti kini giat menjalankan kempen memenangi hati pengundi. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. |
| Mahathir penderhaka Dan UMNO pengkhianat Posted: 24 Jan 2011 04:42 AM PST Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "penderhaka" dan Umno sebagai "pengkhianat" sehingga menyebabkan kuasa Sultan dimansuhkan menerusi pindaan awal 1990-an."Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr Mahathir sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir adalah penderhaka dan Umno adalah pengkhianat," kata beliau ketika berucap membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini. Kata beliau, media yang dikuasai Umno digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-raja Melayu bagi mewujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu. "Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen Umno dari Perak yang mengingatkan Raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-raja tidak dapat kekal lama "malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium . . .," kata Azmin lagi. Justeru soal Azmin, siapa yang memansuhkan kuasa Sultan Selangor untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat menteri besar. "Pastinya, Umno telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Sekali gus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau. Adun Bukit Antarabangsa ini berkata, jika direnung semula Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr Mahathir, ramai pemimpin Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-raja Melayu. "Antaranya, seorang Ahli Parlimen Umno berkata 'adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas'," katanya. Azmin (gambar kanan) juga mendakwa krisis Perlembagaan Persekutuan tercetus ekoran tindakan pemimpin Umno yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.Katanya, ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan 1993 kerana ia melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja". "Sebenarnya Umno memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Saya tahu bahawa kebimbangan ini ditimbulkan oleh pihak Raja-raja dalam tahun 1993. "Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada," katanya sambil menambah, keprihatinan Raja-raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu. Azmin menambah, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pada 18 Januari 1993 adalah semakin jelas hari ini. Ketika itu Lim dipetik berkata "semasa kita membahaskan soal kekebalan Raja-raja, tentang bagaimana mendemokratikkan sistem Raja Berperlembagaan, untuk memastikan Raja-raja bertanggungjawab dan Demokrasi Berparlimen, kita tidak boleh membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan menikmati kekebalan yang membebaskan mereka dari sebarang akauntabiliti awam sebagaimana yang dipamerkan oleh berbagai skandal yang tidak diselesaikan dalam negara ini." Kata Azmin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan prinsip yang sama dengan kekebalan tersirat daripada penyalahgunaan kuasa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Perkara 145(3) Perlembagaan kuasa yang diberi kepada Peguam Negara hendaklah dielakkan. "Kekebalan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin elit Umno menjadikan Malaysia diperintah oleh diktator selama 23 tahun dengan mengamalkan undang-undang rimba dan menolak negara hukum. "Dr. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan pihak Eksekutif terlalu kebal," katanya. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Perdana Menteri semasa Datuk Seri Najib Razak hanya meneruskan sistem yang dibina oleh Dr. Mahathir. "Justeru itu, rasuah dan salah guna kuasa semakin berleluasa dan menjadi budaya dalam pentadbiran Umno," katanya lagi. Usul pindaan dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi. The Malaysian Insider |
| 99% Pelaburan Hasil Pusat Respons Buat Mukhriz Posted: 24 Jan 2011 12:44 AM PST Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan sebagai "tidak masuk akal" kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa 99 peratus pelaburan di negeri ini adalah atas usaha promosi kerajaan pusat.Lim berkata adakah ini bermakna kalau Pulau Pinang tidak mendapat pelaburan, itu juga tanggungjawab kerajaan pusat. "Kalau Mukhriz yang cakap begitu, beliau juga mesti bertanggungjawab kalau Pulau Pinang tidak berjaya (menarik pelaburan). Tak kan kalau berjaya beliau hendak dapat kredit dan kalau tidak berjaya itu salah orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid, di sini hari ini. Katanya enam bulan pertama tahun lepas, kerajaan negeri dikritik hebat oleh pihak pembangkang negeri iaitu dari Barisan Nasional (BN) kerana hanya mampu mencapai RM1.5 bilion pelaburan. "Masa itu, kita dikritik hebat dan mengapa BN tidak keluar untuk mengaku itu salah mereka. Sekarang bila Pulau Pinang dapat mencapai jumlah pelaburan yang tertinggi tahun lepas, itu dia punya kredit dan itu dia punya kepandaian," katanya. Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Mukhriz bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS tidak harus cepat "mengambil kredit" di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan. Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 465 peratus pelaburan pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009. — Bernama |
| Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz Posted: 24 Jan 2011 12:37 AM PST ![]() Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang. Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam. "Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya."(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham." Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam. Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar. Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri. Senada dengan peguam Muslim Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang. "Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam. Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. "Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam. Ditanya sama ada pihaknya akan menganjurkan demonstrasi - tindakan yang dilihat sinonim dengan NGO Melayu itu kebelakangan ini - Arman Azha menjawab: "Bukan semuanya kita berdemo." |
| Posted: 24 Jan 2011 12:22 AM PST Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik. Sumber : Malaysiakini ----------------------- Mahu kata apa lagi? Umno memang tidak mahu kuasa raja dikembalikan. Jika benar mereka menyokong raja kenapa tidak sokong sahaja pindaan tersebut. Mereka memang suka tipu Melayu.Wajib orang Melayu tolak Umno. GAPS dan PERKASA anda semua sememangnya penjilat punggung Umno. Tahniah. Terbukti anda semua penderhaka dan pengkhianat besar. Anda semua sememangnya munafik besar seperti Yahudi Zionis. Anda gemar membodohkan orang Melayu. Kerana apa? Kerana anda mahu kaya dan terus kaya dengan menjilat punggung Najib. Anda semua mahu kaya dengan menjadi askar upahan yang tersangat bebal. Sinar baru buat institusi raja sedang bersinar. Mereka selama ini tertindas seharusnya menyokong usaha mengembalikan kuasa raja -raja. Para Sultan harus sebulat suara menyokong usaha kerajaan negeri Selangor. Buat Umno, GAPS dan PERKASA. Tahniah anda sememangnya penderhaka kepada Tuanku. Sumber Dari Dragsuperstar |
| Posted: 24 Jan 2011 12:18 AM PST Jika ada orang datang mengutuk agama kita, kita harus tampil kedepan dengan membetulkan keadaan. Kita mengajak mereka berdialog. Semuanya kerana mahu memastikan agama kita ini tidak dipandang serong. Kita sepatutnya membela agama kita bukannya turut mencela.Muhyiddin adalah pemimpin paling tak berguna dalam negara kita. Pemimpin yang sanggup melacurkan agamanya demi satu undi. Menjadi pelacur kelas rendah hanya kerana mahu memastikan Barisan Nasional menang di DUN Tenang. Jika Chua Soi Lek salah faham mengenai agama kita, kita masih lagi boleh faham. Tapi apabila orang Islam sendiri turut serta memperlekehkan agama ini. Tiada yang lebih keji daripada Muhyiddin sekarang ini. Malu kita sebagai orang Islam dalam negara ini punyai timbalan ketua macam ini. Sepatutnya dia memperbetulkan salah faham Chua Soi Lek mengenai isu bersalaman dengan lelaki. Tapi malangnya dia turut serta. Kenapa Muhyiddin sebegitu hina dan rendahnya pemikiran dia. Apakah kerana mahu memastikan kemenangan dia sanggup bersekongkol dalam isu ini. Kita sepatutnya orang Islam harus tolak Muhyiddin. Tolak BN bererti kita menolak Muhyiddin. Wajib kerana inilah pelacur agama. Pelacur yang sanggup melacurkan diri semata - mata mahu memastikan kemenangan kepada partinya. Malang sungguh nasib orang Islam dan Melayu. Kenapa harus kita mempunyai pemimpin sedemikian rupa. Muhyiddin sanggup sama - sama melacurkan agama demi parti. Khas buat pengundi semua. Jika Muhyiddin boleh melacurkan agamanya, bagaimana pula dengan nasib orang lain. Bagaimana nasib saudara semua yang bukan satu agama dengan dia. Jangan percaya pada Muhyiddin dan BN. Demi kuasa kepercayaan mereka sanggup dilacurkan. Awas, ini pemimpin paling tidak berguna!! Sumber Dari Dragsuperstar |
| Chua Harus Mohon Maaf Kepada Orang Islam. Posted: 24 Jan 2011 12:09 AM PST Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki. Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang. "Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan. "Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama. "Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam," kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider. Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim. Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat. Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam. "Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam. "Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya. "(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram," katanya. Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam. Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari. Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan "fatwa" baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. "Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram. "Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja. "Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik," katanya. Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. "Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan. Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam," katanya. -TMI p/s: Baru dengar mufti bersuara. Terima kasih dari kami. Chua Soi Lek, Muhyiddin dan Ghani Othman, sila dengar dan patuh kata mufti tersebut. Kalau tak mahu, bawakan nas-nas ke pejabat mufti berkenaan. Mengani ucapan YB Mohd Nizar, jika Tuan Mufti perlukan nas-nas seperti yang diminta, saya kira PAS sentiasa bersedia mengemukakannya. Di mana boleh berjumpa? Di forum? di rumah? di pejabat? atau di gerai Kg. Baru yang menjadi kegemaran tuan mufti? |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























Tiada ulasan:
Catat Ulasan