Rabu, 19 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


‘Saya tak ajak PM debat cuma berbincang’

Posted: 19 Jan 2011 05:41 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Ia perbincangan secara baik . . . kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

— Bernama

Anwar Ibrahim "DEMAM" bila tengok paper hari ini.

Posted: 19 Jan 2011 05:20 AM PST


Betul lah Anwar Ibrahim dah "DEMAM", bukan disebabkan "BERDEBAT" dengan najib...!!! Tapi disebabkan "KELUCUAN" hujjah Najib didepan media dan penyokong BN di Tenang Kah... Kah... Kah...

Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam"

Najib Razak Elak Debat Takut Rahsia Penyelewengan Terbongkar

Posted: 19 Jan 2011 05:14 AM PST

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Faris Musa menganggap cubaan melengah-lengah atau lari daripada perdebatan isu 100 Hari Pakatan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai dolak-dalik Umno-Barisan Nasional yang takut rahsia penyelewengan dan kelemahan mereka diketahui rakyat.

Menurut Faris, PKR dan Pakatan Rakyat telahpun men'jemput' Najib untuk berdebat dari pelbagai platform termasuk menghantar surat kepada Perdana Menteri namun sehingga kini pelawaan itu masih tidak diterima.

"Ini dolak-dalik yang cuma dimainkan Datuk Najib dan pimpinan BN yang melihat tidak relevan untuk mengadakan sesi debat kerana ia akan membongkarkan segala apa yang selama ini dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO BN yang secara jelas tak beri keuntungan kepada rakyat," katanya.

Faris mengulas isu anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Saifudin Abdullah hari ini yang meminta agar budaya cabar berdebat pada kalangan pemimpin politik dihentikan kerana tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat.

Menurut Saifuddin yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Malaysia juga masih belum mencapai tahap budaya debat politik yang sihat bagi menganjurkan perdebatan antara pemimpin politik.

Faris menjelaskan amalan debat merupakan budaya biasa dan ruang terbaik bagi rakyat menilai isi-isi mengenai polisi yang dibentang pemimpin dari kedua pihak.

Amalan debat ini perkara yang biasa terutama di negara-negara maju, di mana ini ruang dan peluang rakyat tau dengan lebih jelas tentang polisi di peringkat kerajaan atau pembangkang.

Faris hairan dengan dakwaan Najib yang sehingga kita mendakwa tidak takut, malah mengugut untuk mendedahkan cerita mengenai Anwar tetapi masih mengelak untuk turun berdebat dengan beliau.

Malah Faris melihat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebagai oppurtunis dan tidak menghormati kedudukan Perdana Menteri dengan dakwaan Najib tidak layak berdebat dengan Anwar itu.

"Sebab itu kita minta dia terima pelawaan debat. Apa maksud 'demam' tu. Kita takut yang 'demam' Najib bukan Anwar,Tindakan secara bacul dan dayus itu yang memberikan pelbagai alasan membuktikan dia tak sanggup dan berani berdebat dengan Anwar. Juga tindakan Khairy mencabar debat itu menghina PM yang tidak bersedia dan takut untuk berdebat dengan Anwar. Lawan Datuk Seri ANwar Ibrahim ialah Najib, bukan Khairi Jamaluddin," katanya.

Anda Nakkan Subsidi Balik?

Posted: 19 Jan 2011 04:59 AM PST

Saban hari kita terus mencongak wang kita. Cukup atau tidak hingga bulan. Cukupkah jikalau yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cukupkah kalau secara tiba - tiba anak datang kepada ayah atau ibu untuk meminta wang perbelanjaan. Setiap kali kita mendapat gaji kita harus buat kira - kira agar anak dan isteri kita cukup makan hatta kita terpaksa mengikat perut. Si bujang juga terpaksa mengikat perut.

Semuanya kerana semuanya telah naik. Harga makanan terpaksa dinaikkan setelah harga minyak masak, bawang, tepung, gula, harga tong gas dan lain - lain telah naik mendadak. Harga minyak petrol juga naik dan ini menambahkan lagi kekusutan kita. Apa salah kita? Kita taat menyokong kerajaan selama puluhan tahun. Kita tidak melawan hatta kuasa raja - raja Melayu ditarik pun kita masih taat.

Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan perbelanjaan boros menggila dari isteri PM iaitu Rosmah? Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan menaikkan harga - harga keperluan? Subsidi makanan telah ditarik. Subsidi yang paling utama telah diganggu oleh BN. Salahkah kita untuk menikmati subsidi tersebut. Rakyat ini hina sangatkah? Rakyat ini memang anjing kurap ditepi jalankah?

Khir Toyo merompak wang negeri Selangor ratusan juta
. Wang negeri yang sepatutnya disalurkan pada rakyat negeri Selangor akhirnya masuk ke lubang poket Khir Toyo. Itu bagi kawasan negeri. Bagaimana pula negara? Sudah pembaziran yang tersangat dahsyat telah dilakukan. Apabila negara tiada wang siapa yang menjadi mangsa? Kita. Rakyat. Rakyat Malaysia tempat mereka menjadikan sandaran untuk memenuhkan kembali wang negara. Keji sangat perangai mereka.

Persoalan sekarang jikalau mahu kita mengembalikan hak kita. Senang. Pilih yang mana tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, pilih kerajaan yang memberi air percuma kepada rakyat jangan pilih kerajaan yang ikut cakap kontraktor. Kita pilih kerajaan dimana jika rakyatnya kena berhenti kerja tapi kerajaan tolong sediakan kerja lain untuk rakyatnya. Jangan sesekali pilih kerajaan yang menarik hak kita.

Undi BN, harga tepung naik. Undi BN, harga air akan naik. Undi BN, harga bawang akan naik. Undi BN, harga minyak akan naik. Ha..fikir secara elok. Nak subsidi atau BN?

Pimpinan PR Kecam Dalang Nota Ugutan Kepada Nie Ching

Posted: 19 Jan 2011 04:55 AM PST


Tindakan meletakkan nota berbaur ugutan dan menggantung seekor ayam berlumuran darah yang ditujukan kepada ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertujuan mengembalikan ingatan rakyat terhadap beberapa insiden melibatkan wakil rakyat itu.

Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, perkara paling sensitif untuk semua kaum adalah isu agama dan itu dijadikan modal pihak tertentu untuk melaga-lagakan masyarakat di negara ini.

Lantaran itu katanya, satu rancangan teliti dibuat untuk membakar sentimen perkauman.

" Isu agama ini yang paling mudah untuk mengapi-apikan orang. Jadi orang-orang yang ada tujuan dan berniat jahat ini akan terus memutar belit, terus menggunakan isu ini kecuali mereka terpaksa terus mencari pelbagai taktik dari hari ke hari supaya isu ini dapat terus dimainkan di surat khabar," ujar Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah kepada Tv Selangor.

Pagi tadi, pembantu Nie ching, Chen Fan Dao dikejutkan dengan sekeping nota dan seekor ayam yang masih berdarah digantung di luar pejabat pusat khidmat DAP, di Sungai Chua, Kajang.

Nie Ching sebelum ini dikecam hebat oleh media milikan Umno-Barisan Nasional terutama Utusan dan Tv3 kerana isu memasuki surau dan berpakaian sukan ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

" Kalau ahli parlimen Serdang itu masuk ke kawasan masjid dengan pakai seluar pendek itu lain cerita lah. Dia memakai pakaian menjolok mata misalnya. Saya rasa dia berpakaian sopan. Jadi apa masalahnya?," kata Jonah lagi.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memberi amaran kepada mereka yang sewenang-wenangnya menggunakan perkataan "jihad" dalam nota amaran kepada Nie Ching.

Katanya, tindakan pihak yang mengugut Nie Ching sambil menggelarkan diri sebagai "tentara jihad" adalah tidak bersesuaian dengan tindakan yang dilakukan.

"Orang yang berjihad tidak akan melakukan perkara begini. Dia tidak perlu untuk menakutkan seseorang wanita yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat yang sah dan ini bukan cara untuk berjihat.

"Kalau kita ada sesuatu yang kita tidak puas hati, maka carilah cara yang diplomatik, cara runding meja bulat untuk kita luahkan perasaan. Tapi perbuatansebegini adalah terbalik apa yang dikatakan perbuatan jihad itu.

"Bagi yang bukan Muslim saya memohon maaf kerana perkataan ini, dan bagi yang Muslim, awas jangan gunakan perkataan jihad sesuka hati," katanya kepada Tv Selangor.

Dalam kejadian kira-kira 2.00 pagi semalam, dua lelaki tidak dikenali melakukan perbuatan itu tanpa menyedari adegan mereka dirakam oleh lensa kamera litar tertutup di kedai bersebelahan pejabat tersebut.

Kejadian tersebut telah pun dilaporkan di balai polis daerah Kajang jam 11.45 pagi tadi.

Sementara itu, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok menyeru pihak yang berwajib segera menjalankan siasatan kerana ia adalah perbuatan jenayah.

"Saya berpendapat pengantungan ayam yang disembelih di pejabat YB Teo Nie Ching ini adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun dan harus dikutuk oleh pengundi di kawasannya kerana ugutan seperti ini sebenarnya tidak membantu dalam apa-apa isu. Ini menunjukkan orang yang berbuat demikian berunsur jenayah.
"Saya ingin menyeru pihak polis menjalankan siasatan terhadap isu ini," katanya.

Gobala menentang PKR kerana bimbang kedudukan

Posted: 19 Jan 2011 04:51 AM PST

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan didakwa terpaksa mengambil pendekatan menentang parti disebabkan bimbang kedudukannya sebagai wakil rakyat bakal terjejas berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini.

Seorang pemimpin kanan PKR Kedah mendakwa, Gobalakrishnan yang didapati mengaku salah terhadap pertuduhan menghalang tugas polis dan dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang tahun lalu bimbang permohonan yang dibuat di Mahkamah Rayuan ditolak berikutan pernah melakukan perbuatan serupa pada 2007.

Menurutnya, peluang Mahkamah Rayuan menerima permohonannya dianggap tipis dan Gobalakrishnan kini terpaksa menentang parti bagi membolehkan beliau mengekalkan kepentingannya sekiranya bertindak melompat parti.

"Bagi saya, Gobi (Gobalakrishnan) membuat kesilapan apabila mengaku salah di atas pertuduhan ke atasnya kerana ianya membatasi peluang beliau untuk mengemukakan rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

"Mungkin beliau sudah berasa tidak selamat berada di kerusi Parlimen yang diduduki, Gobi terpaksa menyerang parti bagi membolehkan beliau tidak berputih mata dengan melompat parti sekiranya rayuannya ditolak," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini.

Pemimpin kanan PKR negeri yang enggan dikenali itu turut mendedahkan Gobalakrishnan adalah antara pengikut setia Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim dan tidak menolak kemungkinan bakal mengikut jejak langkah bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu tidak lama lagi.

"Semua ahli PKR sudah maklum Gobalakrishnan adalah orang kanan Zaid dan tindakan beliau lantang mengkritik parti sudah dapat diduga.

"Segalanya bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan dan sekiranya rayuannya ditolak, kemungkinan beliau keluar parti adalah 80 peratus," katanya.

Ditanya sama ada ketiadaan Gobalakrishnan akan melemahkan jentera PKR Kedah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, pemimpin kanan PKR Kedah menegaskan parti itu kini di bawah proses pemutihan.

"Kita tidak memerlukan pemimpin yang meletakkan kepentingan diri mendahului kepentingan parti," katanya.

Sebelum ini, Gobalakrishnan yang juga bekas Ketua Cabang Padang Serai, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, selepas didapati bersalah menghalang tugas polis dan menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Padang Serai jika Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Gobalakrishnan, 50, didapati bersalah menghalang tugas seorang anggota polis, Cif Inspektor V Salavanan pada sambutan Thaipusam di Jalan Utama, Georgetown, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 29 Januari 2002.

Gobalakrishnan yang ditahan di lokap mahkamah selepas hukuman dijatuhkan, membayar denda itu di pejabat Pendaftar Mahkamah petang semalam bagi membolehkan beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.


-Sinar Harian

Najib tiada modal kritik Buku Jingga

Posted: 18 Jan 2011 11:34 PM PST

Keengganan Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu janji 100 hari Pakatan Rakyat, menunjukkan perdana menteri itu sebenarnya tiada modal untuk mengkritik tawaran tersebut.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, tawaran yang dikemukakan Pakatan Rakyat sebenarnya sangat bertanggungjawab dan telus sehingga pemimpin Umno takut untuk menerima kenyataan.

Beliau berkata demikian pada forum 100 hari Pakatan Rakyat malam tadi yang turut membidas keengganan Khairy menyertai forum tersebut.


"Sebab kenapa Najib dan kenapa Khairy tak ada di sini malam ini kerana mereka tidak mungkin boleh menolak hujah dan fakta yang telah kita berikan. Kalau Najib ada jawapan dah lama beliau buat debat terbuka dan siar di televisyen.

"Tapi sebab beliau tak ada jawapan, hari ini bila ditanya sekali lagi kenapa beliau mengelak dari berdebat yang dijawabnya adalah serangan peribadi , sebab Anwar itu bersalah, ada kes mahkamah, masalah lompat parti dalam PKR. Apa kena mengena lompat parti dengan pemberian subsidi? soalnya sinis.

Selain Rafizi, Forum anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu turut disertai dua lagi ahli panel iaitu Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Dr. Dzulkefly dalam hujahnya mendakwa program 100 hari Pakatan Rakyat bukan sekadar angan-angan kosong namun disertai dengan formula dan perkiraan yang tepat untuk dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS berkata, Pakatan Rakyat sebelum ini telah membuktikan mereka berjaya menggunakan hasil negeri untuk kebajikan rakyat.

"Yang kami kemukakan dalam buku jingga itu bukan satu cita-cita yang melangit, sebabnya kami telah lakukan sejak tiga tahun sejak kami mentadbir negeri Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain," katanya.

"Apabila kami bentangkan buku jingga, tak ada cara lain mereka (Umno) boleh takutkan rakyat kecuali mengungkapkan kata-kata keramat bahawa negara akan bankrap kalau Pakatan memerintah termasuk kalau kita berikan RM500 kepada setiap guru di negara ini," katanya lagi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, semua negara ketika ini sedang berhadapan dengan "peperangan mengatasi hutang dunia".

Malaysia yang menanggung hutang kira-kira RM362.69 bilion juga tegasnya tidak terlepas daripada menghadapi peperangan itu dan menyebabkan kerajaan cukup takut untuk memberikan subsidi kepada rakyat.

"Perdana Menteri mengingatkan rakyat bahawa kalau rakyat diberikan subsidi RM19 bilion setahun, maka negara akan bankrap.

"Kalau sebelum 8 Mac 2008 bolehlah gunakan kaedah menakut-nakutkan rakyat kerana rakyat belum berapa celik maklumat tapi hari ini dengan politik baru, rakyat sudah diperkasakan dan dimerdekakan dengan maklumat dalam media baru," katanya.

Tony Pua pula berkata, melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat, negara boleh mengambil alih konsensi lebuh raya tanpa menyebabkan negara bankrap.

"Mereka (BN) kata pengambilan ambil alih lebuh raya akan memufliskan negara tapi tidak sebaliknya kita boleh membantu rakyat," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Pakatan Rakyat menggariskan 10 perkara asas dalam Program 100 mereka jika diberi mandat memerintah Malaysia.

Perkara tersebut adalah:

1. Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);

3. Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;

8. Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

Pro-Mahasiswa Unisel Menang Tanpa Bertanding dalam Pilihanraya kampus

Posted: 18 Jan 2011 11:19 PM PST


UNISEL mendahului kampus-kampus yang lain menjalankan Pilihanraya Kampus (PRK) bagi sesi ini 2010/2011. Keghairahan untuk menantikan bermulanya Pilihanraya Kampus pada kali ini diubati dengan Kemenangan Tanpa Pertandingan di UNISEL dan ini sekaligus Pro-M Unisel menyapu bersih 12 kerusi Umum.

Penamaan calon harini diiringi dengan 'Perarakan Demokrasi Kampus' bagi mengiringi calon-calon yang bertanding. Seramai 100 mahasiswa yang hadir dan beberapa front Mahasiswa turut kelihatan bagi memberikan sokongan padu kepada calon-calon Pro-M Unisel. Turut kelihatan juga Pengerusi Pro-M Nasional yang baru, Sdr. Taufiq Abdul.

Walaupun begitu, Setakat jam tengahari tadi, seramai 14 calon umum dan 4 calon falkulti telah dikhabarkan bakal bertanding ketika penamaan calon sebentar tadi dan kesemua calon tersebut adalah daripada Pro-Mahasiswa Unisel. ( lihat juga umtoday )


Ketika semester lepas, Unisel dipimpin juga oleh kepimpinan Pro-M Unisel dan dengan kemenangan tanpa pertandingan ini sekaligus memberikan mesej yang jelas bahawa masih tiada lagi Pro-Aspirasi di Unisel yang mampu menandingi Pro-M di Unisel tetapi beberapa calon individu dikatakan bakal menghangatkan 'Proses Demokrasi' di Unisel.

Presiden KAMI, Sdr Fikri juga menyatakan bahawa di UNISEL masih menggunakan E-Voting dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa dan penggunaan E-Voting ini masih lagi dikaji oleh mahasiswa dan tahun lepas mendapat bantahan yang hebat terutama di Universiti Malaya apabila pertama kalinya dilaksanakan sistem ini.

Pilihanraya Kampus kali ini akan menyaksikan pertembungan 'kawan tradisi' di antara Pro-M dan Pro-Aspirasi dan kehangatan PRK ini bakal tercetus apabila kampus-kampus lain juga akan menjalankan proses yang sama dan dikatakan berlangsung di kampus yang lain selepas Tahun Baru Cina nanti.

Video - Mufti Perak Kata Anwar Lebih Munafik Dari Abdullah Bin Ubai

Posted: 18 Jan 2011 11:06 PM PST

CUBA anda dengar dan teliti klip video di bawah. Wajahnya seperti yang kita kenali iaitu bertaraf Mufti. Tetapi apabila mendengar cara dia menjawab persoalan, tidak ubah seperti Ketua Umno Cawangan sahaja apabila memburukkan peribadi DS Anwar. Langsung tiada hujah jauh sekali berpandukan pada fakta, sekadar menjawab sesuka hati. Tidak melambangkan langsung ilmu yang beliau miliki.



Di antara lain, intipati yang beliau perkatakan tentang DS Anwar adalah;


- DS Anwar seorang pendendam.
- DS Anwar lebih teruk dari Abdullah bin Ubai seorang Munafik di zaman Nabi.

- Beliau mendakwa `menangkap' DS Anwar untuk dikahwinkan.

- Beliau mendakwa DS Anwar ingin `menyerang' Istana sebaik sahaja ABIM ditubuhkan.

- Beliau turut bersetuju bahawa DS Anwar adalah penyokong Islam Liberal (Agama serupa) dan menyebut bahawa jika DS Anwar berkata awal dahulu beliau akan jatuhkan hukum `murtad' kepada DS Anwar.



Beginikah cara seorang Mufti berhujah? Seorang Mufti boleh terpedaya dengan soalan provokasi dan andaian semata-mata?

Saya rasa mungkin lain jadinya jika soalan tentang Najib ditujukan kepada beliau. Jika DS Anwar dianggap lebih teruk dari Abdullah bin Ubai, tidak mustahil Najib akan dianggap lebih mulia dari sahabat Nabi dan Rosmah lebih agung dari isteri Nabi.

Begitulah jadinya ulamak di akhir zaman.



Dari w fauzdin


Teo Nie Ching Terima Nota Ugutan

Posted: 18 Jan 2011 10:37 PM PST


Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya, lapor Harakahdaily.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao memberitahu, beliau yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.

"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.

"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.

Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.

Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.


p/s: Agak2nya pembaca sapa yang berani dok buat kerja2 macam nie?

Tiada ulasan: