D'Perbatasan |
- PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang
- Berdebatlah Najib, rakyat nak lihat Anwar demam..!!!
- Isa Samad 'Hilang Kewarasan'
- Najib Ulangi Janji Santa Claus Di FELDA
- PKR Terus Cabar Najib Debat Dengan Anwar
- Mohon campur tangan istana tegur Rosmah
- Siapa bertanggungjawab lemahkan kuasa raja-raja Melayu?
- Kisah Orang Melayu Panas Tahi Ayam
- Dalam UMNO Tak Ada Debat Hanya Ada Budaya Angguk Dan Bodek
- Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda
- SPR dengan idea gila!
- Penari Seksi Meriahkan Jamuan 1Malaysia
- Umno-BN Dwi-Standard Dalam Isu Azan
- DAP Selangor Sumbang Peruntukan Bagi Tabung Khas Membantu Pekerja Islam Berhenti Kerja Di Tempat Arak
| PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang Posted: 18 Jan 2011 07:05 PM PST
|
| Berdebatlah Najib, rakyat nak lihat Anwar demam..!!! Posted: 18 Jan 2011 06:46 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya."Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya. "Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi? "Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam". Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya. "Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz (gambar).Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu. Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara. Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR). "Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya. Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi? "Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya. |
| Posted: 18 Jan 2011 06:43 PM PST Datuk Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata - kata kesat kepada Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang Johor.Apa yang diungkap oleh Datuk Isa Samad Persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang - orang jahiliyyah yang gagal menyangkal hujjah Nabi saw ketika mengajak mereka beriman kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Inilah sifat jahiliyyah sepanjang zaman, setelah gagal berhujjah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir. Tambahan pula ucapan dan kata - kata kesat sedemikian dilemparkan oleh beliau dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek. Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya. Datuk Isa Samad wajar menarik balik kata - kata yang celupar dan biadab andai beliau berasa dirinya seorang pemimpin yang baik. Jika tidak, tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat felda terhadap tahap keperibadian Datuk Isa Samad yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya. Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian. kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya. Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat |
| Najib Ulangi Janji Santa Claus Di FELDA Posted: 18 Jan 2011 05:18 AM PST Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat FELDA di seluruh negara oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai 'janji Santa Claus' oleh Mazlan Aliman.Ini kerana katanya yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan atau ANAK, Datuk Seri Najib Razak tampak jelas berniat untuk meningkatkan sokongan peneroka menjelang pilihanraya umum ke-13 Taktik ini sering diutarakan pemimpin Umno-Barisan Nasional(BN) setiap kali menjelang atau menghampiri kemuncak pilihanraya. Tetapi mengabaikan nasib peneroka selepas berakhir. "Bila berlaku pilihanraya, barulah mereka hadir dengan pelbagai janji seperti 'Santa Clous', sedangkan dari pemantauan selepas pilihanraya kecil janji itu tidak dilaksanakan. "Sememangnya menjadi tabiat pemimpin BN, sering kali mengunakan angka mengelirukan rakyat apabila beliau (Najib Razak) mengumumkan RM1.6 billion itu menggunakan wang siapa. "Jadi kita sebagai rakyat perlu tahu, RM1.6 billion itu beliau menggunakan wang siapa, samada diambil dari wang rezab FELDA ataupun wang kerajaan,"katanya. Mazlan ketika dihubungi Tv Selangor turut menjelaskan ada dikalangan penduduk menyatakan inilah kali pertama Perdana Menteri melawat kawasan mereka. Hari ini Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan lawatan ke Tenang dan pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di FELDA Chemplak, Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka FELDA. Realitinya, Felda menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya Umno selama ini. Mengulas pengumuman tersebut, Mazlan menyatakan ia hanya satu gimik yang sama dilakukan pada PRK Hulu Selangor April lalu dan sehingga kini tiada sebarang pembangunan projek dilakukan seperti yang dijanjikan kepada penduduk di FELDA Soeharto. Pengumuman tersebut dibuat ketika BN bersedia menghadapi PRK DUN Tenang hujung bulan ini jelas membuktikan FELDA bukan sahaja kubu kuat mereka malah ia juga merupakan talian hayat buat mereka. |
| PKR Terus Cabar Najib Debat Dengan Anwar Posted: 18 Jan 2011 05:16 AM PST Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru Datuk Seri Najib Razak tidak berdolak dalih memberikan alasan dan helah murahan seperti mengutus pihak lain berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR, Kelana Jaya pagi tadi, Ketua Penerangannya, Dr Muhamad Nor Manuty berkata keengganan Perdana Menteri untuk debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat amat mendukacitakan. Ini berikutan dakwaan Najib baru-baru ini ini bahawa sekiranya janji dalam Buku Jingga itu dilaksanakan, ia boleh menjerumuskan negara menjadi muflis seperti Greece dalam masa dua tahun. "Kita menuntut beliau segera menerima seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan perbincangan atau debat terbuka seperti yang dicadangkan. Hanya dengan cara ini rakyat Malaysia dapat dimartabatkan ke arah masa depan negara yang lebih cerah di masa hadapan," katanya. Beliau menjelaskan, memandangkan kenyataan Najib merupakan suatu tuduhan yang serius sedangkan Pakatan Rakyat (PR) pula berkeyakinan tinggi bahawa dasar-dasar yang dibentangkan benar-benar akan dapat dilaksanakan, maka kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul. Tambah beliau, debat atau perbincangan terbuka ini amat sesuai dan merupakan satu peluang terbaik untuk kedua-dua pihak bersemuka secara terbuka dan membincangkannya secara serius dalam keadaan sekarang di mana semua pihak bekerja keras mencari jalan keluar daripada kemelut ekonomi negara yang makin meruncing kini demi menyelamatkan rakyat dari tekanan hidup yang berterusan. Katanya lagi, PKR juga telah berbincang dan memutuskan bahawa satu penyelesaian terbaik bagi situasi ini ialah mengadakan debat terbuka yang sistematik dengan pengibatan semua pihak yang terlibat. "Keadilan akan terus mendesak supaya Perdana Menteri dapat respons dengan segera terhpadap permintaan Keadilan untuk DSAI berdialog, bincang, berdebat, bukan bertujuan untuk mencari kemenangan, tetapi ialah untuk bertanggungjawab menonjolkan fakta-fakta menjustifikasikan keyakinan kami, PR, bahawa hal ini boleh dilaksanakan," kata beliau. Katanya lagi, debat atau perbincangan dua pemimpin ini bukan sahaja ditunggu oleh masyarakat tempatan malah juga masyarakat antarabangsa. |
| Mohon campur tangan istana tegur Rosmah Posted: 18 Jan 2011 05:06 AM PST Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan. Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa memorandum yang melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor ini akan dibawa oleh kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada YDP Agong dan Najib setiap satu. Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah. "Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung. Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini. 'Rosmah semakin angkuh' "Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya. "Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri," menurutnya lagi. Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar. "Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini. Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung," ujar beliau. Perkasa tidak bersuara Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini. "Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun. "Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa. Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu. "Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing. "Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti," katanya lagi. Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian. "Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor. Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik," ujar beliau. Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya. Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rosmah mencampuri urusan negara "Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada," menurut sumber itu lagi. Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu. "Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?" soal beliau. "Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM? "Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini," tambah beliau. * Sumber Free Malaysia Today |
| Siapa bertanggungjawab lemahkan kuasa raja-raja Melayu? Posted: 18 Jan 2011 12:26 AM PST DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan "Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat di atas pundak kami, sebagaimana Engkau pikulkan di atas pundak orang-orang yang sebelum kami." (Surah Ali Imran ayat 286) Ketika tercetus isu pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (KSU) negeri Selangor, kita difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor bagi memulihkan kuasa Sultan sebelum Pindaan Undang-Undang Perlembagaan 1993 yang diusahakan pemimpin kerajaan khasnya daripada Umno.Dengan melakukan pindaan itu, adalah diharapkan perkenan Sultan diperlukan dalam pelantikan setiausaha kerajaan, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri. Jika Menteri Besar Selangor daripada Pakatan Rakyat berusaha mengembalikan sedikit sebanyak peranan Sultan, pemimpin Umno-BN berperanan besar dalam menghakis kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan 1993 namun kini mereka bercakap berdegar-degar, seolah-olah merekalah yang pembela dan paling taat setia kepada institusi raja. Sebenarnya, tindakan pemimpin Umno-BN itu mempunyai implikasi yang sangat dahsyat terhadap raja-raja Melayu sehinggakan mereka boleh disaman dan dibicarakan di mahkamah khas. Perkara ini pernah berlaku ketika krisis Perlembangaan negeri Perak sedikit masa dulu di mana Pengerusi DAP, Karpal Singh mempunyai hujah untuk menyaman Sultan Azlan Shah. Sehubungan itu tidak wajar menyalahkan Karpal di atas kelantangannya sebaliknya salahkan pemimpin Umno-BN yang bertindak keterlaluan sehingga sanggup menghakis kuasa dan menyanggah kedudukan payung rakyat itu. Dalam sistem kehakiman Malaysia, diwujudkan mahkamah-mahkamah khas bagi membicarakan kesalahan oleh pihak-pihak tertentu dan salah satunya adalah Mahkamah Khas Raja-Raja bagi membicarakan kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan. Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993 di mana mahkamah ini membicarakan kesalahan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong atau Sultan mana-mana negeri atas sifat peribadinya. Bidang kuasa mahkamah ini sama seperti Mahkamah Awam yang lain melalui Perlembagaan atau Undang-Undang Persekutuan dan pejabat pendaftarannya adalah di Kuala Lumpur. ![]() Prosiding Mahkamah Khas Raja-Raja diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamat. Tindakan atau prosiding mahkamah ini hanya boleh dimulakan oleh Peguam Negara. Bagi keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja, Perkara 182, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keadilan mahkamah ini dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan/Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Mahkamah Khas Raja-Raja ini mempunyai bidang kuasa membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan negeri-negeri di dalam Persekutuan. Mahkamah Khas memiliki bidang-bidang kuasa sama seperti mahkamah-mahkamah awam yang beribu pejabat di Kuala Lumpur manakala semua prosedur sivil dan jenayah di mahkamah-mahkamah awam boleh dilaksanakan di Mahkamah Khas Raja-Raja. Akibat daripada adanya mahkmah khas ini, DYMM atau Sultan terpaksa turun takhta jika dipenjara sehari atau lebih. Jika kita soroti sejarah, Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993. Persoalannya apa sebenarnya yang berlaku pada tahun ini? Hakikatnya pada tahun itu, Parlimen meluluskan Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja-Raja) yang turut disokong oleh pemimpin Umno-BN termasuklah Perdana Menteri sekarang ini Najib Razak (ketika itu masih menteri) dan ramai menteri dan ahli Parlimen BN yang masih berkhidmat sehingga hari ini. Jadi berdasarkan hujah ini, sedarlah, pemimpin Umno-BN sebenarlah yang menghakis kuasa raja-raja Melayu, ironinya sekarang ini mereka mendabik dada kononnya merekalah pejuang kedaulatan institusi raja-raja Melayu. Dari Lanh Sr. |
| Kisah Orang Melayu Panas Tahi Ayam Posted: 18 Jan 2011 12:12 AM PST ORANG Melayu lembut, pemaaf dan mudah lupa. Apakah penyakit ini menggambarkan akan kelemahan genetik Melayu? Orang Melayu lekas marah, tetapi lekas sejuk. Orang Melayu macam tahi ayam monel. Dua tiga hari lepas orang Melayu ramai-ramai angkat sepanduk (tenguk gambar sebelah) marahkan orang Cina yang minta supaya azan di sebuah surau atau masjid diperlahankan. Mereka keluar ramai-ramai tunjuk perasaan. Kalau baca apa yang ditulis di sepanduk atau manila kad, kecut perut sampai leper macam papan. Bukan main lagi garang dan bengisnya orang Melayu.Dikatakan orang Cina yang membuat permintaan itu sebagai kurang ajar. Sebagai pengkhianat. Dan Cina itu juga diberi ingatan supaya tidak melampau, jangan cabar Islam. Ditulis di manila kad kononnya negeri ini negeri Melayu. Saya rasa Cina itu pun tahu juga negeri ini negeri siapa? Melihat kepada gelagat Melayu itu macamlah Cina itu tidak akan tinggal lagi di negara ini. Dia akan keluar dan mengungsi di mana-mana negara. Tidak katakan kepada Cina itu, saya sendiri pun takut menyaksikan gelagat sekumpulan Melayu bersongkok mereng itu. Tetapi orang Melayu marahnya seketika saja. Rajuknya sekerat hati saja. Hatinya akan sejuk jadi macam peti sejuk bila diberikan segelas sirap atau serbat Arab. Marah orang Melayu yang keras macam kayu akan jadi macam tapai ubi kayu basi. Wehhhh... Hari ini bila orang Cina itu dibawa oleh seorang menteri berjumpa dengan orang Melayu dan Cina itu memohon maaf orang Melayu pun memaafkannya. Imam sendiri yang memaafkan, yang kata isu sudah selesai? Sebab sikap orang Melayu seperti itulah menyebabkan orang politik tidak kisah, boleh jadikan pengundi macam lembu. Hari ini orang Melayu boleh mengeluarkan kata-kata yang berapi-api esok dia boleh memuji, walaupun apa yang dijilat itu najis sendiri.Sesiapa pun tidak mahu bergaduh dalam hal-hal yang remeh temeh. Tetapi orang Melayu janganlah lekas menyentak. Kalau kita tahu marah kita tidak ke mana dan kita boleh dipujuk usahlah tunjuk lagak awal-awal lagi. Lebih baik diam daripada mempamerkan muka berani walhal kita pengecut. Ini bukan kali pertama orang Melayu jadi layu begitu. Sebelum ini ada anak Cina lempar cat ke dalam masjid di Melaka. Mulanya bukan main lagi orang Melayu bingkas macam Hang Tuan dan Hang Jebat yang dogenagnya itu. Ooiiii... bukan main lagi. Alih-alih bila anak Cina yang lempar cat itu mohon maaf, marah orang Melayu pun ranap dan jadi debu macam bara api kena simbah air. Sebab itu orang Melayu tidak hairan kalau ada orang kafir heret anak dara mereka. Apakah boleh disimpulkan Melayu yang angkat sepanduk, yang melaung takbir Allahuakbar di kampung Kerinchi beberapa hari lalu adalah Melayu yang menjadi watak dalam sandiwara? Mereka sebenarnya diupah untuk menunjukkan orang Melayu tinggi semangat tolenrasaninya. Mereka diajar buat-buat marah kemudian untuk menakutkan orang Cina. Begitukah? Puihiiii...Lagi sekali duhai orang Melayu, usahlah bersikap bodoh macam lembu Makkah. Kalau kita penakut, tunjukkan yang kita penakut. Kalau kita lemah dan bertolanrasi tunjukkan kita ada semangat tolanransi yang tinggi. Jangan pula kita jadi macam kacang hijau dalam kawah syura. Mulanya kita keras melenting lepas tu bila dikacau dan diunggul api kita lembik kemudian hancur. Kerana sikap demikianlah menyebabkan akan berlaku lagi apa yang tidak perlu kita tenguk itu. Orang Cina, India dan lain-lainnya berani mempermainkan Melayu kerana Melayu tidak ada prinsip dalam mempertahankan hak dan agamnya. Itu sebabnya. Seperkara lagi Melayu hanya berani tunjuk belang sesama sendiri saja... Yang lebih afdal bagi orang Melayu ialah berpijak di bumi nyata. Jangan mengaku bumi ini hak Melayu kalau kaki orang lain juga tetap terpancang di sini. Sebaik-baiknya jangan berpura-pura dalam hidup. Hiduplah dengan seadanya. Kalau tidak lebih banyak bidalan dan perumpamaan terhadap Melayu akan direka dan menjelma. Oleh Mohd Sayuti Omar |
| Dalam UMNO Tak Ada Debat Hanya Ada Budaya Angguk Dan Bodek Posted: 17 Jan 2011 10:55 PM PST Debat politik secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru. Dua ribu tahun yang lalu masyarakat Athens telah pun menjadikan perdebatan secara terbuka ini bagi memberi pilihan terbaik untuk rakyat mereka. Di Amerika dan England berpuluh-puluh tahun lalu ia telah menjadi amalan menyemarakkan sistem demokrasi anutan mereka.Dalam isu debat antara Anwar – Najib, jika kita banci pendapat rakyat sudah tentu majoriti akan minta agar ia diadakan. Ini selaras dengan slogan yang sering dilaung-laungkan kerajaan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" Kita tidak nampak sebarang sebab untuk Najib berdolak dalih mengenai cabaran ini. Tidak ada sebab juga mengapa Najib perlu takut untuk berdepan dengan Anwar! Hadiahkanlah sebuah kesempatan paling berharga buat rakyat, menyaksikan detik bersejarah ini. Benar-benar rakyat ingin menyaksikannya. Biarlah ia menjadi satu perkembangan baru ke arah pembangunan politik yang lebih sihat di negara ini. Apabila Najib berdolak dalih untuk mengelak, rakyat sudah dapat membaca bahawa Najib yang selalunya gemar berseloka, tidak sanggup berdepan dengan Anwar. Kemunculan KJ dan Nazri Aziz pula dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan air muka boss mereka sekaligus juga membodek. Dalam UMNO tidak pernah ada budaya debat. Yang ada adalah budaya angguk dan bodek. Bila boss buat sedikit lawak, walaupun tidak lucu satu dewan ketawa berdekah-dekah. Jika ada idea baru dari muka baru cepat-cepat dicantas. Sebarang komen dilihat sebagai kritikan. Setiap kritikan adalah ancaman. Dalam mesyuarat UMNO, bukan sahaja tidak ada perbahasan malah yang ada drama "cadang.. sokong.. dan cadangan ditutup" 15 minit mesyuarat selesai. Pemimpin-pemimpin UMNO berfikir bahawa semakin bodoh ahli-ahli UMNO maka semakin mudah mereka dapat mengendalinya "macam kerbau…" Sebab itu media-media arus perdana tidak bekerja membangunkan fikiran sebaliknya memperbodohkan rakyat. Lagi bodoh lagi bagus. Lagi bodoh lagi senang suap. Lagi bodoh lagi senang kelentong.Rancangan 100 hari yang dicadangkan Anwar kali ini benar-benar suatu yang menakjubkan. Belum pernah tercetus sebelum ini yang memberi tumpuan secara objektif terhadap kepentingan rakyat. Ia akan menjadi lebih anjal jika rakyat dapat memahaminya dengan jelas. Rancangan ini juga anjal terhadap menjana pertumbuhan ekonomi negara, pendapatan benar isirumah dan sokongan terhadap penurunan kos pihak swasta. Rancangan ini akan menamatkan ISA. Sebuah akta yang merembat pemimpin-pemimpin progresif negara berwibawa sebelum ini. Akta warisan penjajah yang berasal dari Undang-Undang Darurat 1948 yang digunakan oleh rejim kolonial Inggeris melumpuhkan gerakan progresif di Malaya suatu ketika dulu. Selepas itu ISA menjadi alat UMNO pula bagi musuh-musuh politiknya atas alasan palsu "keselamatan negara". Sepatutnya pemimpin UMNO perlu melihat lebih jauh kerana sekiranya kuasa bertukar tangan dan tumpas, sekurang-kurangnya ISA tidak akan membidas ! Rancangan pengambilan Asset Lebuh Raya oleh Khazanah dan KWSP yang dicadangkan dalam Rancangan 100 hari itu juga suatu yang dinanti-nantikan rakyat. Ia akan mengurangkan beban kos begitu besar yang ditanggung oleh isirumah/swasta selama ini. Harga barang dan perkhidmatan juga akan menggelungsur turun kerana selama ini kos angkutan ini telah dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk harga di pasar yang ditentukan pengeluar. Kos ini juga sebenarnya suatu hambatan kepada pertumbuhan KDNK kerana ia mengekang luncuran aktiviti ekonomi. Penurunan kos juga akan memberi Malaysia lebih daya saing secara berbanding kerana harga domestik produk yang lebih rendah di samping nilai buruh yang lebih baik.Mengurangkan atau membebaskan kos ini dari ditanggung oleh rakyat akan menyebabkan ekonomi mampu bertumbuh lebih pantas dan rakyat akan menikmati kos sara hidup yang lebih rendah. Secara tidak langsung pendapatan benar isirumah bertambah baik. Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidak pernah merasa kesengsaraan yang dialami oleh rakyat termasuk kakitangan kerajaan bergaji tetap. Keperitan hidup yang berpunca oleh kos sara hidup yang tinggi mengheret mereka kepada gejala rasuah! Kerana tekanan hidup mereka tidak peduli halal dan haram rezeki yang mereka bawa balik untuk keluarga. Tidak ada lagi Jabatan Kerajaan yang tidak rasuah termasuk Jabatan Agama Islam. Tidak usah kita menuding jari kepada anggota polis yang menahan motorsikal dan kereta di lorong-lorong sunyi atau mengganggu pekerja-pekerja asing untuk pau gaji mereka. Dalam UMNO, rasuah telah jadi air minum. UMNO hanya perangi rasuah dengan papan-papan tanda bagi mengelirukan rakyat. Papan tanda ini sendiri satu projek rasuah yang lumaian tendernya. Pendedahan Ketua Audit Negara bahawa jumlah nilai rasuah atau tirisan yang berlaku dari wang perbendaharaan negara di Malaysia adalah sebanyak RM28,000,000,000 (dua puluh lapan billion setahun) menunjukkan ia satu ancaman yang besar terhadap rakyat. Memerangi rasuah secara habis-habisan dalam Rancangan 100 hari itu paling tidak ia dapat mengurangkan kesan tirisan ini yang bukan sahaja ditanggung oleh rakyat secara langsung malah sebenarnya telah memberi kesan berganda kepada rakyat yang perlu membayar harga yang lebih tinggi bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan. Harga yang tinggi itu termasuk kos rasuah yang terlibat dalam transaksi yang melibatkan orang yang berkuasa dengan pihak kedua yang mungkin terdiri daripada pengusaha-pengusaha swasta.Rancangan 100 hari itu juga sebenarnya suatu yang sangat hebat, dicetuskan oleh orang-orang yang benar-benar pakar melihat reformasi bukan sahaja pada soal pemimpin tetapi juga pada sistem dan nilai. Begitu juga dengan rancangan mengembalikan penghormatan rakyat terhadap guru. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah awal ke arah itu. Guru adalah agen pembinaan insan paling mulia. Jika langkah awal ini berjaya, guru-guru tidak lagi perlu menjual buku-buku kerja di sekolah atau mengajar tuisyen demi untuk mencari pendapatan tambahan keluarga. Imej guru sebenarnya telah hancur sejak tahun 1980an lagi, selepas Dr. Mahathir memperkenalkan dasar Malaysia Incorporated. Bila Malaysia sudah jadi sebuah syarikat korporat, semua orang termasuk guru juga ingin hidup mewah. Pengetua dan guru-guru mula berlegar-legar di stock market. Jika rancangan awal ini berjaya, pengetua-pengetua sekolah juga tidak perlu ambil komisyen jualan daripada pengedar buku di sekolah. Suatu ketika dulu golongan pendidik begitu dihormati dalam masyarakat. Panggilan "cikgu" kekal hingga di saat dia sedang nazak. Hari ini guru di pandang sebelah mata… ! Najib tidak perlu berdolak dalih. Pelan 100 hari ini adalah suatu yang masuk akal. Sebagai pemimpin tertinggi ia perlu berani turun gelanggang. Tidak perlu hantar KJ atau Nazri kerana kedua-dua bocah ini sama sekali bukan lawannya. Rakyat ingin melihat Najib menikam Anwar di gelanggang jika benar rancangan Anwar ini suatu yang karut yang boleh membawa negara muflis. Tidakkah angka hutang negara yang sudah melebihi 53 % berbanding KDNK kita itu satu indikator ke arah negara muflis ? Bukankah Dasar 19 Program Penjualan Bon baru juga telah meningkatkan hutang tambahan negara bernilai RM58.1 bilion." Juga akan membebankan rakyat ? Rakyat sebenarnya sedang memerhati segala tindakan yang dilakukan oleh kerajaan termasuk segala operasi saman di jalan-jalan raya. Lebuh raya telah menjadi lukah menjana hasil dan bukan demi keselamatan rakyat. Jika untuk keselamatan banyak lagi cara yang boleh dilakukan termasuk mengenakan sistem "demerit mata" seperti yang dilakukan oleh banyak negara-negara di dunia. Semakan semula cukai pendapatan secara berulang kali terhadap isirumah dan mengenakan cukai dan taksiran tambahan juga sebenarnya disedari terutama bagi orang-orang yang tinggal di bandar. Pemimpin-pemimpin BN tidak tahu bagaimana peritnya rakyat bekerja untuk mencari wang. Segala pendapatan mereka dihisap dengan begitu rakus oleh pihak kerajaan dalam bentuk cukai, lesen, saman, bil-bil, denda dan sebagainya.Kepada kedua-dua bocah iaitu Nazri dan KJ kami ingin berpesan supaya jauh dari gelanggang ini. Jangan kacau daun. Rakyat ingin menyaksikan pertikaman antara Anwar dan Najib. Rancangan 100 hari oleh Anwar sebenarnya membawa cahaya baru untuk rakyat Malaysia terutama rakyat yang miskin. 53 tahun merdeka dalam sebuah negara yang kaya, namun rakyatnya tetap susah dan sengsara. Dari Tongkat Bahaman / MT |
| Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda Posted: 17 Jan 2011 10:48 PM PST Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali. "Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya. Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini. Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu. Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau. ![]() Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini. |
| Posted: 17 Jan 2011 10:34 PM PST Kalau cadangan-cadangan yang lebih menjurus kepada bagaimana nak baiki dan promosikan satu pilihanraya yang lebih bersih dan adil, mungkin boleh diterima laa.., tapi bila SPR dah satu bagi cadangan nak buat undi proksi, gurkah-gurkah politik di'port' kata Pengerusi SPR ni dah gila!*SPR sedang mengkaji dan berusaha untuk meminda kira-kira 30 undang-undang pilihanraya, termasuk cadangan undi proksi untuk meninggikan angka-angka orang yang keluar mengundi lebih dari 75% (Rakyat kita yang keluar mengundi sebelum-sebelum ini hanyalah 75% kebawah). Undi Proksi? Kah..Kah..Kah.. boleh main wakil kat siapa-siapa untuk pangkah, gila! memang gurkah-gurkah tak salah bila kata SPR dah gila! Dah lah sebelum ini pun SPR bukanya 'transparen' sangat dan tak berapa adil dalam proses pengundian yang dah berlambak dengan elemen-elemen yang sama, nak tambah pulak dengan sistem undi proksi??! Gila! memang sah gila! Sudah-sudah lah yop! cukup lah dok main 'wayang ketaq' dengan undang-undang pilihanraya, tumpukan lah masalah dan isu-isu yang dibawa rakyat sebelum-sebelum ini yang mahukan satu sistem pilihanraya yang lebih bebas dan lebih adil. p/s: SPR dah gila sebab selalu kena 'presure' dengan umno..Kah..Kah..Kah.. |
| Penari Seksi Meriahkan Jamuan 1Malaysia Posted: 17 Jan 2011 10:31 PM PST ![]() Sambutan 1Malaysia di Tenang dihidangkan dengan tarian seksi dan minuman bir percuma. Majlis anjuran Umno itu dihadiri orang bukan beragama Islam, portal Malaysiakini melaporkan, kira-kira 1,000 orang hadir, rata-rata masyarakat Cina. Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama, jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Dalam ucapannya, Isa mempertikaikan kewibawaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Ironinya, walaupun Isa memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat namun ketuanya sendiri tidak sanggup untuk berdebat dengan Anwar dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah. Beliau juga, turut menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Isa sebelum ini digantung sebagai ahli Umno kerana terbabit dalam rasuah politik dalam pemilihan parti itu. Baru-baru ini selepas dilantik menjadi Pengerusi FELDA, beliau dalam ucapan sulung kepada kakitangan organisasi itu memberi amaran akan mengambil tindakan tegas jika didapati menyokong Pakatan Rakyat. Sebelum ini di Galas, Gua Musang Umno menggunakan taktik yang sama dengan menghidangkan minuman keras kepada masyarakat Orang Aslal di kawasan pedalaman Kelantan itu. |
| Umno-BN Dwi-Standard Dalam Isu Azan Posted: 17 Jan 2011 10:23 PM PST Umno-Barisan Nasional dikritik kerana mengamalkan dwi standard dalam isu azan di Lembah Pantai yang melibatkan seorang ahli MCA, ujar Tony Pua.Pua dalam satu sidang media hari ini mempersoalkan sama ada BN akan memaafkan perkara itu jika ia berlaku terhadap ahli Pakatan Rakyat. Aduan berkenaan azan dibuat oleh Ng Kian Nam serta mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat Islam dinegara ini. "Saya merasakan permohonan maaf itu perlu diterima. Saya tidak fikir perkara itu perlu dibesar-besarkan," kata Setiausaha Publisiti DAP itu. Tambahnya, pada pihak Pakatan Rakyat soalnya bukan mengenai permohonan maaf dibuat oleh peguam yang membuat aduan tetapi sikap pilih kasih diamalkan Umno. Katanya, memandangkan ia melibatkan wakil MCA, kes ditutup dengan cepat dan dipastikan agar tidak menjadi satu isu berpanjangan.Semalam, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan. "Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang media. Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya. Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.Bagaimanapun kata Pua, isu azan itu sudah pasti menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar dimiliki Umno khususnya Utusan Malaysia jika membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Katanya, Pakatan Rakyat juga sudah pasti dilabel sebagai tidak sensitif dan dipanggil sebagai rasis. |
| Posted: 17 Jan 2011 10:14 PM PST Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal.Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya. "Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)," kata Lau Weng San dalam blognya. Beliau melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah media yang membuat laporan negatif dan tidak benar dengan apa yang berlaku dalam kes sekatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). "Kita bukan U Turn. Apa yang dibuat oleh kerajaan bukannya menarik balik peraturan itu tetapi meminta pelaksanaannya ditangguhkan sehinggalah kerajaan mengkajinya," kata Lau Weng San. MPSJ telah meluluskan peraturan di bawah undang-undang kecil untuk melarang umat Islam dari bekerja di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak sesuai dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Namun, memandangkan ianya dibuat tanpa melalui kerajaan negeri, peraturan itu tidak akan dilaksanakan dahulu sehingga ianya selesai dikaji dan kerajaan negeri membuat persediaan yang sewajarnya. Antaranya, kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar diadakan satu tabung khas untuk membantu pekerja Islam yang mahu berhenti dari bekerja di tempat sedemikian di samping membantu mereka mencari pekerjaan baru yang halal. Cadangan inilah yang disokong oleh Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San ini. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


























Tiada ulasan:
Catat Ulasan