Ahad, 16 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM !

Posted: 16 Jan 2011 05:14 AM PST

PEMBAHAS "Bawal" dalam perbincangan mengenai tajuk ""Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR." antara lain, berkata: "komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan."

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil "First Lady" atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan "First Lady" atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana "First Gentleman" atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

"NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.

However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.
"

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.")

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa

Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno "Ninoy" Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden NĂ©stor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva "Evita" Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.

Umno Perlu Ambil Iktibar Kejatuhan Pemerintahan Kuku Besi Presiden Tunisia

Posted: 16 Jan 2011 04:59 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu UMNO terus sombong dalam memerintah negara ini dan mengambil pengajaran dari tumbangnya pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya.

Menuru Hadi, hakikatnya, sebuah kerajaan tetap akan bertukar dan tidak kekal kerana rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan yang menindas mereka.

"Tunisia negeri Arab di bawah jajah takhluk Perancis. Yang perintah parti dia sahaja, parti lain tak boleh memerintah. Pemimpin yang menentang dikurung dalam penjara,

"Adapun di negara kita ni seolah selamanya BN. Umno tak reti nak berubah. Kita tidak mahu perubahan yang berlaku dengan cara yang tak berakhlak. Allah boleh buat perubahan dan kita harap pemimpin Umno tak rasa dia boleh perintah sampai kiamat," katanya.

Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah selepas dihalang ke Perancis oleh Presiden Perancis Nicholas Sarkozy.

Hadi membicarakan hal ini di hadapan lebih 20 ribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas ganti UMNO di sini semalam.

Bagaimanapun Hadi menyatakan PAS bersama Pakatan Rakyat memilih menggunakan pendekatan aman dan demokrasi bagi menentang UMNO Barisan Nasional.

Menurutnya, itu merupakan cara yang dianjur Islam bersifat keamanan dan berbeza dengan demonstrasi kebangkitan berdarah oleh rakyat Tunisia.

"Dia merasakan dengan menggunakan senjata polis, dia boleh perintah sampai bila-bila. Makin ramai rakyat dibunuh, makin ramai keluar. Ini yang berlaku di Tunisia dan malam ini diberitakan Presiden dia lari. Kita tak mahu cara ini kita guna demokrasi, pilihanraya. Islam suruh kita guna cara damai.

"Parti yang memerintah berigilir, bila Parti itu lemah, buat silap, rakyat pilih parti lain. Kalau dia betul, baik, rakyat akan terus pilih dia," katanya lagi.

The Star Didakwa Cuba Bakar Sentimen Bukan Melayu

Posted: 16 Jan 2011 04:58 AM PST

Beberapa hari selepas seorang ahli MCA mempertikaikan laungan azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur yang mencetuskan tunjuk perasaan umat Islam, akhbar milik parti itu, The Star memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Dalam lidah pengarangnya, akhbar itu mendakwa undang-undang itu jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan.

Dalam cubaan terdesak untuk membakar sentimen bukan Melayu, akhbar itu menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kononnya mahu menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di negeri itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N.Surendran menyifatkan laporan Star itu sebagai melampau dan cubaan terdesak untuk meraih sokongan bagi MCA.

The Star mendakwa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah membuka ruang kepada penubuhan Negara Islam di Selangor, dan bakal menghasilkan gelombang pengislaman dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Akhbar itu turut menyifatkan larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak seperti yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah sebagai tidak masuk akal dan harus di tolak oleh semua pihak.

Dalam cubaan untuk memutarbeitkan undang-undang syariah itu, Star mendakwa larangan itu juga harus meliputi pasaraya, kedai kosmetik, makmal dan hospital.
Bahkan menurut The Star, pemandu lori dan van yang mengangkut arak, pramugari dan pegawai kastam juga bakal menerima kesannya.

The Star mengulas tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang penganut beragama Islam bekerja di premis-premis yang menjual penjualan arak, baru-baru ini.

"Untuk Star mengatakan semata-mata isu kecil ini mengatakan pakatan rakyat tidak matang dan tidak boleh memerintah adalah pendirian yang ekstrem oleh The Star. Kita tak terkejut lah, kerana The Star ini dilihat berpihak kepada parti BN," katanya.

Langkah MPSJ itu ditarik balik buat sementara setelah kerajaan negeri memutuskan sebuah dana untuk membantu pekerja Islam yang terbabit akan ditubuhkan terlebih dahulu.

Esok Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bermesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sebarang pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah dilaksanakan secara teratur dan tidak menjejaskan mana-mana pihak selain menegakkan syiar Islam di kalangan umatnya.

Surendren tidak menolak akhbar The Star memutarbelitkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam kepada Barisan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihanraya kecil Tenang akhir bulan ini.

"Saya rasa isu ini isu kecil yang dibesarkan. Ada kemungkinan ia untuk memancing undilah," katanya.

Pastikan Enakmen Jenayah Syariah Dilaksana Kemas, MB Bincang Dengan YDP Dan Datuk Bandar

Posted: 16 Jan 2011 04:52 AM PST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid akan berbincang dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini bagi memastikan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak dilakukan secara kemas dan tanpa menjejaskan mana-mana pihak.

Menurut Khalid, perbincangan esok di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bakal memperkenalkan penyelesaian yang mengambil kira kepentingan pihak pemilik lesen premis, sensitiviti masyarakat Islam serta pekerja yang terlibat dalam perkara ini.

"Walaupun kita menjalankan dasar menjaga masyarakat Islam, kita takkan bebankan masyarakat bukan Islam. Oleh itu kita kena fikirkan, kalau dapat beratus pekerja dalam industri yang terpaksa mencari kerja lain, itu juga tanggungjawab kita untuk beri masa supaya ia dapat dilakukan dengan baik," katanya.

"Kita akan ada satu tempat yang mana keputusan itu akan dibuat secara bersama dan saya akan mengetuai kumpulan tersebut supaya dapat diaturkan dengan lebih baik," ujarnya lagi.

Khalid berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cat kepada kawasan Taman Medan sempena Program Menaiktaraf Kualiti Hidup Rakyat di Petaling Jaya anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Khalid berkata Exco Perumahaan dan Kerajaan Tempatan Ronnie Liu dan Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Hassan Ali mempunyai peranan masing-masing berhubung Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut beliau kedua-dua mereka melaksanakan kerja menurut portfolio Exco masing-masing bagi menyelesaikan masalah.

"Semua pihak nak selesaikan masalah. Boleh jadi YB Ronnie nak selesaikan masalah yang dihadapi pemilik lesen, Datuk Hassan Ali nak selesaikan masalah masyarakat Islam yang terjebak dalam kerja ini. Dua-dua nak selesaikan masalah sama, jadi Menteri Besar akan cantumkan kedua masalah dan selesaikan bersama-sama."

Projek ETP punca ketirisan, bukannya dasar Pakatan

Posted: 16 Jan 2011 03:40 AM PST

Pakatan Rakyat mendakwa pentadbiran Najib sekali lagi membuktikan kerajaan pusat bakal merekodkan ketirisan besar ekoran pengumuman 19 lagi projek permulaan (EPP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) — yang menurut kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan 35,000 pekerjaan baru.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ia terbukti apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memerlukan RM67 bilion untuk mewujudkan hanya 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.

"Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod," kata Lim lagi.

"Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya besar akan datang," kata beliau.

Pada 11 Januari lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan 19 lagi EPP di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baru.

Sebelum itu sebanyak 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010.

Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata adalah jelas tindakan itu akan memufliskan negara, bukannya Program 100 Hari Pakatan.

"Sebaliknya Program 100 Hari Pakatan akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara.

"Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sendiri yang telah pun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada 2019," kata Lim ketika berucap pada Majlis Tertutup Bengkel Pilihan Raya Kebangsaan DAP di sini hari ini.

Program 100 Hari Pakatan diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyennya bulan lalu.

Kata Lim, BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah.

Lim menambah Malaysia mengalami ketidakadilan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara.

"Kumpulan termiskin golongan bawah 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara.

"Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40 peratus penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan," katanya.

Justeru kata beliau, golongan ini yang akan dibantu menerusi Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang di antara lain manambah insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka Felda, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, khidmat wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuh raya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.

Kata Lim, Pakatan bukan cakap sesuka hati kerana ia telah pun dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan perikatan tiga parti itu.

Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah Pakatan, tidak ada satu negeri pun yang bangkrap, katanya.

"Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009," katanya.

Lim menjelaskan, ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM28 bilion setiap tahun dalam kerajaan persekutuan.

"Bila ketirisan dihapuskan banyak program memanfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan menghapuskan tol.

"Oleh itu banyak Program 100 Hari Pakatan seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan," katanya.

Beliau berpendapat dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tidak sampai 10 peratus RM28 bilion.

"Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat Pakatan," katanya lagi.

Interlok bukan Al Quran!

Posted: 16 Jan 2011 03:38 AM PST

Sudah 2 minggu isu buku sastera Interlok karya Abdullah Husein menjadi kontroversi. Masalahnya cuma perkataan PARIA yang di sebut sebanyak 2 kali dalam buku itu.

Golongan India mahu ianya diharamkan atau buang perkataan PARIA. Golongan Melayu (GAPENA) mahu ianya dikekalkan sebagai teks sekolah manakala Golongan Cina diam sahaja.

Bagaimana jalan penyelesaiannya?

Buku karya Sasterawan Negara itu sekadar karangan manusia. Tidak terlepas dari kesilapan. Ianya bukan Al Quran yang diturunkan oleh Allah Taala.

Barangkali dimata orang Melayu tiada yang menyinggung perasaan. Tetapi dimata orang India ianya menyinggung perasaan.

Bagaimana pula jika ada penulis kaum India menulis buku yang menghina budaya orang Melayu?

Sudah pasti PAKIDA dan PERKASA sudah sedia minyak tanah hendak bakar patung pengarang India itu macama mereka bakar patung peguam MCA baru-baru ini!

Masing-masing perlu menghormati perasaan orang lain.

Tindakan membakar buku, potret dan berdemostrasi adalah satu perbuatan yang tidak berakhlak.

Mengapa kita tidak berunding, berbincang, berhujah malah boleh berdebat untuk mencari penyelesaian ?

Barangkali buku sastera Interlok sesuai untuk bacaan umum bukan untuk teks sekolah. Ini kerana ianya mungkin menjadi "mainan ejekan" antara budak-budak sekolah yang tidak matang berfikir. Mula-mula sekadar ejekan, lama kelamaan jadi bahan perkauman.

Tentu orang India merasakan "berdosa" membaca Interlok dan haramkannya dalam rumah mereka agar tidak dibaca oleh anak-anak mereka sepertimana Sasterawan Negara Abdullah Husien pengarang Interlok yang rasa "berdosa" membaca SHITT karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad 12 tahun yang lalu.

Masing-masing ada hujah dan pendapat untuk kita raikan.



Dari Tok Pepijat

Hantu Cina dikesan

Posted: 16 Jan 2011 03:34 AM PST

Tenang sulah tatak tenang
Hantu sulah mali oooo....

Hantu Cina sulah mali Mali masuk Felda Tenang

Haiyo.... SPR apa bikin? Titun mati ka?? Apa macam ini bole jadi??


Veli ilisponsibel maa... Talak bikin keleja ka??

Olang lain boleh jumpa hantu.. Lu olang talak nampak, ka??

Buta ka??

Sengaja bikin buta, tutup mata?? Atau, lu olang punya keleja??

Haiyaa... Talak guna!! Makan gaji buta!! Bela hantu laya!!


Untuk Berita Penuh Klip Disini

Nik Aziz Mujaddid Abad Ini

Posted: 16 Jan 2011 03:18 AM PST

"Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam lapor Harakah Daily.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya Dr Dzulkifli (gambar).

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bongsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islam ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefly.

Ketua AMK Negeri Diumum Jumaat Depan

Posted: 16 Jan 2011 03:16 AM PST

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam mesyuarat majlis pimpinan AMK hari ini berkata jawatan bagi ketua-ketua AMK negeri hanya akan diumumkan Jumaat depan.

Shamsul dalam sidang media pukul 2 petang tadi menjelaskan nama-nama yang dicadangkan itu menerusi lantikan yang dibuat hari ini akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan Rabu ini.

"Kita akan umumkan senarai pelantikan Ketua AMK untuk setiap negeri Jumaat ini selepas mesyuarat biro politik yan diadakan setiap Rabu," ujar beliau.

Sementara itu, AMK masih menunggu jawapan Ketua Pemuda Umno berhubung isu program 100 hari Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya.

Menurut Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata AMK telah menghantar surat rasmi ke pejabat Ketua Pemuda Umno sebelum PKR menawarkan Rafizi Ramliyang juga Pengarah Strategik untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin.

"Sehingga ke hari, tidak ada jawapan secara rasmi.

"PKR sama ada Ketua AMK atau Rafizi, kita berdebat demi kepentingan bukannya kerana 'personal glory'" ujar Shamsul dalam sidang media di Ibupejabat PKR, petang tadi.

Rabu lalu, Shamsul berkata pihaknya telah menghantar surat jemputan rasmi tetapi sehingga kini tidak ada maklumbalas.

Naik Harga Minyak, Kerajaan Langgar Janji Kepada Rakyat

Posted: 16 Jan 2011 03:14 AM PST

Pengumuman rasionalisasi harga minyak, diesel, gas petroleum cecair LPG dan gula oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi atau PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala Disember tahun lalu melanggar dua janji besar kepada rakyat.

Pertama adalah janji reformasi sektor tenaga, terutamanya subsidi RM19 bilion setiap tahun kepada penjana tenaga bebas atau IPP, dan kedua adalah janji tiada kenaikan harga minyak dan barangan asas selepas kenaikan siri pertama Julai tahun yang sama.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, berkata dua perkara ini menunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak nekad melindungi kepentingan kroni sementara menghapuskan subsidi yang memberi impak kepada rakyat seluruhnya.

Pertikaiannya adalah Perdana Menteri Najib Razak enggan mengemukakan mekanisma penyelarasan subsidi kepada segmen masyarakat yang memerlukan, sebelum menguatkuasakan keputusan untuk menghapuskan subsidi bahan bakar.

"Apabila dalam usaha kita mengurang defisit itu, kenapa rakyat yang dihukum terlebih dahulu? kenapa perbelanjaan RM 15 bilion kepada rakyat yang perlu dipotong sedangkan banyak lagi perbelanjaan lain terutamanya yang diberi terus kepada syarikat swasta, ataupun perbelanjaan kerajaan yang meningkat tidak dikawal? perbelanjaan JPM contohnya RM21 bilion,kenapa tidak dipotong? kenapa kerajaan beri subsidi RM19 bilion kepada IPP dan industri elektrik, kenapa itu tidak dipotong? itu persoalan yang pertama," katanya.

Rafizi berkata demikian di Forum Mahasiswa Malaysia. Minyak: Asasi Yang Dilacur di ibu negara 14 Januari lepas. Beliau menjelaskan Najib dan Pemandu merancang menaikkan harga bahan bakar sebanyak 10 sen setiap enam bulan sehingga akhir tahun 2011.

"Pemandu mengumumkan rancangan untuk mengurangkan subsidi minyak dan LPG ini, iaitu untuk menaikkan 10 sen setiap enam bulan, terbaru adalah bulan 12 lalu. Kalau setiap enam bulan dinaikkan, menjelang akhir tahun 2011 harganya mencecah harga pasaran dan kerajaan tidak perlu bagi subsidi satu sen pun pada rakyat," katanya.

Rafizi dalam hujahnya meminta mahasiswa supaya menilai isu kenaikan harga minyak dari perspektif ekonomi yang luas.

Beliau akur bahawa manipulasi kos minyak memberi kesan buruk pada ekonomi, namun kerajaan bertanggungjawab memberi bantuan kepada segmen masyarakat yang paling terkesan dengan kos kehidupan yang semakin menekan.

Ini kerana kemelut hari ini berpunca dari amalan urustadbir ekonomi yang goyah dan boros.

"Kita tidak boleh bercakap tentang kenaikan harga minyak, tanpa berbincang mengenai kedudukan ekonomi negara. Ekonomi parah kerana kita berhutang banyak. Kutipan cukai setiap tahun antara RM160 hingga RM170 bilion, sedangkan kerajaan berbelanja RM 200 hingga RM 210 bilion setiap tahun. Maknanya ada hutang RM40 bilion. Negara kita mengalami defisit 12 tahun berterusan adalah amat buruk untuk ekonomi. Tiap-tiap kalau kita takde duit lebih, dan asyik berhutang, maknanya lama-lama muflis lah," katanya.

Bagi Parti Keadilan Rakyat, subsidi bahan bakar adalah satu keistimewaan kepada golongan mewah, namun satu keperluan bagi isi rumah yang sekadar mampu mengisi keperluan harian.

Kajian mendapati kenaikan 5 sen untuk bahan bakar, 20 sen untuk gula dan LPG memberi impak kepada kehidupan 40 peratus dari isi rumah nasional.

Kumpulan ini bersamaan 8 juta orang, dan sekadar meraih RM1,500 sebulan. Dianggarkan 80 peratus dari pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan asas seperti sewa rumah, makanan, sekolah anak-anak, pakaian dan tenaga.

"Kerajaan di Putrajaya, memotong bantuan terus kepada rakyat. Kategori pertama yang dipotong adalah bantuan bahan api seperti subsidi gas, petrol dan juga gas memasak iaitu LPG. Yang ini jumlahnya RM11 bilion setiap tahun. Subsidi kedua adalah subsidi makanan iaitu beras, gula dan gandum tak silap saya, yang jumlahnya RM4 bilion," katanya.

Isu Azan: Jangan Jadi Seperti Singapura, kata Mufti Selangor

Posted: 16 Jan 2011 03:08 AM PST

Desakan naib presiden MCA, Gan Ping Sieu supaya kerajaan Umno-Barisan Nasional mengkaji dan mengawal selia penggunaan pembesar suara di masjid mahupun surau adalah mirip taktik yang digunapakai di Singapura untuk membendung Islam, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Katanya, cadangan oleh pemimpin MCA itu seolah-olah cubaan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura yang melarang laungan azan didengar dari luar lingkungan kawasan rumah ibadat termasuk masjid.

"Ini adalah satu agenda daripada luar, kalaulah Singapura berjaya untuk menahan ataupun memperlahankan azan di surau, jadi mereka nak supaya Malaysia macam seperti itu juga. Kita ini beragama Islam, agama Persekutuan tidak mungkin kita hendak ikut agama jiran? Saya cukup tidak suka perkara ni," ujar Tamyes ketika dihubungi Tv Selangor, di sini, hari ini.

Cadangan Ping Siue itu dibuat pada hari sama akhbar The Star yang juga di miliki oleh MCA menyiarkan lidah pengarang, membidas kerajaan negeri Selangor kerana mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah yang melarang orang Islam bekerja dipremis menjual arak.

The Star menyifatkan langkah itu sebagai cubaan untuk menerapkan undang-undang Islam di Selangor dalam cubaan terdesak untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk MCA di bawah presiden barunya Chua Soi Lek.

Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Ping Siue sebagai berkata, kemelut laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah Kampong Kerinchi harus diambil bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Tamyes, soal laungan azan harus dilihat dari sudut keperluan agama Islam sendiri dan keperluan pemerintah Islam mempertahankan keperluannya.

"Ini (laungan azan) adalah satu syiar Islam yang menjadi tanggungjawab kepada umat Islam, khasnya pemerintah yang beragama Islam mempertahankan perkara ini.Ia sebenarnya syiar Islam yang begitu sensitif kalau sekiranya diperlahankan," kata beliau.

Ping Sieu adalah pemimpin MCA pertama mempersoalkan keperluan memperlahankan laungan azan dan penggunaan suara pembesar di rumah ibadat termasuk masjid dan surau.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu laungan azan Masjid Al-Ikhlasiah aduan seorang ahli MCA, sebagai "mainan politik" pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.

Ketua Imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu. Namun Jamil menafikan pihaknya mengeluarkan arahan seumpama itu walaupun mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada ahli MCA berkenaan.

Kelmarin, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak ahli MCA berkenaan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Susulan bantahan itu, ahli MCA berkenaan yang tinggal di Pantai Hill Park iaitu kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah dilaporkan akan berpindah dari kawasan itu.


Sumber Dari: TVs

Bila Jalang Keluar Kamar, Tandanya Pilihan Raya Sudah Dekat

Posted: 15 Jan 2011 08:03 PM PST

BARANGKALI pilihan raya umum ke-13 sudah dekat benar. Walaupun Najib Razak tidak mahu mengakuinya namun sudah ada tanda-tanda jelas menunjukkan hari raya bagi golongan politik itu sudah menjelang tiba. Wapnya sudah pun ada.

Sebenarnya apa dan sesiapa juga tidak akan dapat menyembunyikan sesuatu yang terbungkus di dalam hatinya. Rahsia itu akan terdedah juga akhirnya. Gelagat dan perwatakan diri manusia itu akan mendedahkan apa yang ada dalam hatinya. Manusia boleh berbohong dengan batang kayu tetapi tidak boleh menipu cermin di depannya. Manusia juga boleh meludah dalam air keruh tetapi buruk padamnya kalau meludah di air jernih.

Demikian juga dengan pilihan raya umum. Ia tidak menjadi rahsia lagi. Pihak pembangkang sudah membuat persiapan awal menanti kedatangan hari keramat berkenaan. Persiapan secara official, dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan tertutup telah pun dibuat. Manakala individu yang ingin bertanding atau pun wakil rakyat yang kini sedang menyandang jawatan itu sibuk turun ke kawasan masing-masing. Kekerapan mereka berjumpa rakyat sudah mula meningkat. Makin banyak wakil rakyat mula menghafal nama kampung dan juga tok ketua-tok ketua kampung di kawasan masing-masing.

Lobi melobi juga sudah berlaku. Orang-orang yang dapat dan dipercayai boleh mempengaruhi ketua parti menentukan calon sudah mula dihubungi dan diajak minum tea tarik malam dan siang. Ini antara tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Seperti burung pepaka kalau sudah hampir musiam kemarau ia akan berkokok dan berkokok kerana di musim inilah ia suka mengawan.

Dan sudah lumrah alam maya ini, bila pilihan raya makin dekat para wakil rakyat, bakal calon jadi makin kurang tidur kerana memikirkan untung nasib diri. Kalau yang sudah ada kerusi bermimpi untuk menang lagi bagi menyambung jawatan itu sekali lagi. Kalau menang jika sebelum ini tidak dilantik jadi MB atau Exco maka boleh berkira ke arah itu. Kalau pun tidak layak jadi Exco kerana kurang kelulusan maka bolehlah bermimpin untuk jadi speaker. (Sebenarnya kalau jadi Exco tidak layak speaker juga tidak layak).

Sayang kerusi oi... spa nak bagi RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sebagai ahli Parlimen atau Exco? Bukan itu saja jadi wakil rakyat banyak kemudahan. Naik kereta api pun tidak perlu tikit hanya waran saja. Dan siapa bagi pencen RM3,000 sebulan untuk bekalan hidup untuk buat beli tembakau dan sireh di hari tua. Inilah yang difikirkan siang malam. Berfikir untuk pertahankan kerusi dan dapat calon bukan berfikir bagaimana nak mengubah nasib ummah dan agama. Politician munafik zindik.

Sebenarnya wakil rakyat yang berfikir demikian bukan wakil rakyat. Dia hanya wakil dirinya sendiri. Orang seperti ini mementingkan kehidupannnya dan keluarganya. Yang menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai kerusi untuk hidup. Sebab itu ada sambung menyambung dalam hal ni, dari bapak kepada anak kemudian kepada cucu, ipai duai, mertua dan menantu. Kerusi wakil rakyat telah dijadikan syarikat sendirian berhad ataupun holding. Pengundi diperbodohkan untuk memberi kesenangan dan kegahan kepada mereka.

Jangan pertidakkan hakikat ini. Di kampung atau pekan mereka bergaduh nak jadi wakil rakyat kerana nak pencen. Kerusi wakil rakyat telah diperdagangkan sebagai kerusi cari makan. Sudah dijadikan sumber rezeki. Kalau hendak dibilang lebih separuh wakil rakyat yang ada hari ini adalah mewarisi kerusi itu dari bapak atau datuk nenek mereka!

Sudah melalut... kembali kepada mauduk asal mengenai pilihan raya. Kenapa saya kata pilihan raya sudah dekat. Sebab sudah ada berbagai tanda-tanda dan petunjuk tadi. Kerana pihak yang menentukan pilihan raya ini pihak parti pemerintah maka petunjuk dari mereka yang jelas dan konkrit. Kalau pun pembangkang berusaha untuk membubarkan Parlimen mereka tidak ada kuasa.

Ada beberapa tanda jelas dan nyata menunjukkan pilihan raya sudah hampir tiba. UBN nampaknya sudah nak maksimumkan penggunaan senjata mereka. Semua senjata dan modal politik sudah pun dikeluarkan. Selain Najib mengumumkan pelbagai peruntukan atau pun dana ataupun insentif sebagai senjata dan modal pilihan raya ada beberapa perkara yang mengarah ke arah itu.

Misalnya UBN sudah menggunakan semua orang untuk menyerang Anwar. Sepertilah dalam pilihan raya ini UBN hanya takut kepada Anwar seorang. Tenguk semua macam manusia digunakan untuk menghentam Anwar. Golongan akademis, profesional, penulis, penyair, ulama separuh iman, teknokrat, agensi kerajaan dan termasuk juga betina jalang. Semuanya digunakan oleh UBN.

UBN yang menerima dasar dan konsep demokrasi sekular akan menggunakan apa saja perkakasan dan manusi tidak kira halal atau haram asalkan matlamaya mencapai kemenangan tercapai. UBN atau politician demorkasi sekular tidak akan mengira apakah kemenangan itu dicapai secara halal atau sebaliknya yang penting menang dan dapat kuasa.

Segala perkakas itu mereka akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Misalnya kalau betina jalang kalau perniagaan biasanya, semalam hanya diperolehi RM5,000 sekali ditiduri datuk atau tan sri tua, tetapi kalau sedia jadi perkakas politik akan dibayar berlipat ganda sampai mencecah ratusan ribu. Bayaran bukan dengan note RM lagi tetapi menerusi porojek di luar negara termasuk mengusahakan projek pelancongan dan sebagainya.

Sebut saja berapa bayaran atau projek apa yang dikehendaki sedia dilunasi asalkan saja beitna jalang sanggup merekacipta fitnah yang boleh membelalakkan rakyat negara ini. Dan betina jalang itu pula kalau pun perlu telanjang dalam stadium, dia sanggup asalkan dapat wang. Beginilah busuk dan kohongnya dunia politik. Ia bukan baru tetapi sudah berlaku sejak bermulanya dunia ini lagi. Perhatinkan apa yang berlaku ke atas Hawa semasa didalam syurga, bagimana Hawa diperdaya oleh politik syaitan.

Kalau golongan ustaz yang berjubah carit atau pun kopiah lusuh pula bukan lagi diberi seratus dua seperti lazim diperolehi seleas menyampaikan kuliah atau ceramah di suray, tetapi direkmenkan projek perladangan di Kalimatan Indonesia dan sebagainya. Caranya menjadi ahli lembaga pengarah atau pun syarikat mengadakan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji dan sebagainya. Sayangnya murid yang taksub dengan hamis jubah guru mereka tidak pernah tahu dan mengambil tahu akan hal ini.

Orang yang jadi perkakas ini makin lama makin ramai. Bukan saja yang sedia ada hari ini, tetapi lepas ini macam-macam orang lagi akan tampil. Mereka akan membuat kenyataan dan dakwaan yang bukan-bukan. Soal fitnah atau haram apa peduli yang penting mereka dibayar, wang dan wang akan mengalirkan ke dalam akaun mereka.

Nah, kerana tanda-tanda itu sudah ada, perkakas UBN sudah mula menguatkan kerja, ia memberi gambaran pilihan raya umum sudah tidak lama lagi. Bila masa dan tarikhnya ia dalam tilikan para bomoh dan ahli paranomal. Pemimpin sangat percaya kepada paranomal dan tilikan bomoh. Makanya kalau sesiapa nak tahu tarikh pilihan raya menyamarlah jadi bomoh terkenal nescaya anda akan dikunjungi para pemimpin UBN nak minta tarikh pilihan raya.


Oleh Mohd Sayuti Omar / MSO

Tiada ulasan: