D'Perbatasan |
- Harga minyak dah turun semula!
- Program Penghargaan Waris Warga Emas kawasan SPT
- Adakah APCO seperti Penasihat Tentera ?
- Saya Tak Tau Pun Ada Menteri Rogol Amah!
- Bakal Perdana Menteri Melaysia Ke???
- Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
- Hentikan Spekulasi Gila!
- Catriona Ross Disuruh Buka Tudung
| Harga minyak dah turun semula! Posted: 08 Jan 2011 07:20 PM PST Berikutan dari tekanan politik kerajaan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam. "Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama. "Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga sebelum kenaikan berlaku," katanya. Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani bukannya kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Najib.. kah..kah..kah.. Harga minyak diturun semula ISLAMABAD 7 Jan. – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang. "Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama. "Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku," katanya. Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu. Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama. Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal. Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban. Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu 'kesilapan' kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan 'bertindak kebelakang' dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat. "Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya," kata Hillary kepada wartawan. Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP Dari Anak Sungai Derhaka |
| Program Penghargaan Waris Warga Emas kawasan SPT Posted: 08 Jan 2011 07:00 PM PST |
| Adakah APCO seperti Penasihat Tentera ? Posted: 08 Jan 2011 05:23 AM PST Israel terkenal sebagai Negara Pengeksport pakar-pakar dalam bidang perisikan, ketenteraan dan keselamatan. Banyak negara di dunia ini mengambil pakar- pakar daripada Negara Zionis ini untuk dijadikan penasihat dalam hal-hal perisikan, ketenteraan dan keselamatan.Antaranya seperti Sri Lanka. Dahulu negara tersebut menghadapi ancaman peperangan gerila Tamil Elam yang menuntut negara merdeka untuk kaum Tamil. Untuk menghadapi ancaman tersebut, Colombo menggunakan penasihat tentera dari Israel. Secara automatik tentunya Israel mengaut keuntungan dengan penjualan senjata dan penggunaan tenaga pakar. Walaupun menggunakan penasihat Israel, perang antara tentera Sri Lanka dengan Gerila Tamil Elam berpanjangan. Ini adalah tektik Israel agar semakin lama peperangan berlaku semakin banyak senjata dibeli dari Israel dan semakin panjang tempoh penggunaan penasihat Zionis itu. Singapura juga menggunakan penasihat Israel dalam bidang ketenteraan. Ini kerana bentuk geografi negara tersebut sama seperti Israel di Timur Tengah. Israel dikelilingi oleh Arab manakala Singapura dikelilingi oleh Melayu juga persamaan dari segi saiz luas kedua negara. Begitu juga dari segi sejarahnya. Israel asalnya milik Palestin manakala Singapura asalnya milik Kesultanan Melayu Johor. Penasihat Zionis digunakan oleh negara yang berada dalam situasi peperangan seperti Sri Lanka dan situasi ancaman sekeliling seperti Singapura adalah Penasihat Tentera. Bagaimana dengan negara yang aman tetapi menghadapi ancaman parti pembangkang? Tentunya Penasihat Tentera tidak sesuai digunakan. Yang sesuai adalah Penasihat Keselamatan, Perisikan dan Pengaturan Strategi. Inilah yang digunapakai oleh UMNO sekarang. Pengambilan Syarikat APCO Zionis yang diketuai oleh bekas-bekas orang penting Zionis seperti bekas Duta dan Pegawai Tentera untuk berkhidmat dengan Kerajaan UMNO adalah sesuai untuk menghadapi ancaman pembangkang. Lihatlah kronologi-kronologi peristiwa yang berlaku di negara kita. Begitu "cantik" ianya diatur oleh APCO. Setiap peristiwa adalah silih berganti dan juga penukaran isu-isu. Peranan APCO bukan sahaja untuk lagakan antara sesama parti pembangkang seperti DAP dengan PAS atau PAS dengan PKR tetapi meliputi sesama ahli dalam parti yang sama. Lihatlah apa yang berlaku dalam PKR. Perkara yang sama juga bakal berlaku dalam PAS dan DAP jika tidak dibendung awal. Kerja APCO adalah menghidupkan api perkauman, melagakan sesama parti pembangkang, ugutan, mengajar polis bertindak ganas terhadap ahli pembangkang, memanjangkan usia ISA, melagakan Raja Melayu dengan Kerajaan Negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat dan pelbagai perkara lagi. Yang penting, agar UMNO terus berkuasa di negara ini dan APCO terus dapat ganjaran RM70 juta! Oleh :Tok Pepijat |
| Saya Tak Tau Pun Ada Menteri Rogol Amah! Posted: 08 Jan 2011 05:13 AM PST Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan rogol membabitkan Rais pada tahun 2007.Abdullah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai hasil siasatan Migrant Care terhadap Rais, sebagaimana yang didakwa oleh pertubuhan bukan kerajaan itu. Rais sebelum ini turut menafikan melakukan perbuatan itu. Pembantu rumah terbabit dilaporkan turut menafikannya semalam, sungguhpun sebelum ini beliau dikatakan mengaku beliau di rogol oleh Rais ketika bekerja di rumah menteri itu. Sebelum ini NGO buruh Indonesia, Migrant CARE dalam satu sidang media di Jakarta semalam mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia. Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka. "Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri. "Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kula Lampur," kata mereka seperti kenyataan media. Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan mangsa, Rubingah. |
| Bakal Perdana Menteri Melaysia Ke??? Posted: 08 Jan 2011 05:03 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disaran meletak jawatan dan memberi jawatan tersebut kepada isterinya, Rosmah Mansor yang lebih 'giat' mewakili negara dalam persidangan asing berbanding Najib sendiri. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata demikian kepada TV Selangor mengulas lawatan Rosmah ke tiga buah negara Timur Tengah. Rosmah dijadualkan memberikan ucapan di dua persidangan antarabangsa mewakili negara, menyaksikan upacara perjanjian memorandum persefahaman serta bertemu beberapa pemimpin utama Oman dan Bangladesh."Melihat kepada kapasiti, kapasiti apa yang dia buat kunjungan hormat dan sebagainya? Itu kerja Perdana Menteri dan menteri, adakah dia salah satu daripada menteri Kabinet? Kalau begitu maknanya Najib kena letak jawatanlah, bagi dekat Rosmahlah untuk pegang (jawatan) Perdana Menteri, barulah sesuai kerana ia mewakili negara," tegas beliau. Beliau berkata, kapasiti yang diambil oleh Rosmah dengan menjadi saksi upacara menandatangani perjanjian tidak memberikan satu isyarat yang bagus kepada para pengundi. "Rakyat memilih seseorang itu untuk mewakili (mereka), bukan 'bagi pihak', kalau 'bagi pihak' maknanya keupayaan tuan tubuh itu sendiri tidak upaya untuk menjadi duta kepada negara, itu sudah mengguriskan atau dalam erti kata lain letak jawatan lebih baik daripada berselindung di bawah seseorang," kata beliau lagi. Beliau seterusnya berkata situasi ini memberikan gambaran seolah-olah Najib berpaut kepada Rosmah dan ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang memberangsangkan dari segi mewakili negara. Selain itu, Abdullah juga mempersoalkan tanggungan perbelajaan lawatan Rosmah kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang sihat, perbelanjaan perlulah dibuat secara bijak. "Perbelanjaan itu siapa yang tanggung? Untuk menanggung perbelanjaan itu yang mana dah belanjakan hampir RM10 juta pada tahun 2010, itu lebih bersikap tidak berjimat cermat. Negara dalam keadaan yang begitu kritikal ekonominya tetapi pada masa yang sama kita pula membelanjakan seperti mana yang boleh diberikan pengurangan untuk memastikan kewangan itu diberikan kepada saluran yang lebih (membawa) manfaat," kata beliau. |
| Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia! Posted: 08 Jan 2011 04:58 AM PST |
| Posted: 07 Jan 2011 09:49 PM PST Isu ini, timbul dan menjadi 'masalah' kepada orang yang bermasalah itu adalah kerana dua orang Tok Guru ini bukan sahaja mereka jadi tetamu Tuanku tetapi melibatkan sama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Dato' Seri Muhyidin Yassin. Tambahan pula, undangan tersebut dibuat melalui mantan PM Islam Had-hari, Dato' Seri Utama Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah 'dipaksa' turun takhtanya juga oleh mantan PM 'cabul', Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekadar peringatan, gelaran mantan PM Islam Had-hari itu kerana 'Pak Lah' yang memperkenalkan slogan itu bagi menjatuhkan sokongan rakyat terhadap PAS melalui pendekatan agama. Tapi sayangnya, konsep slogan 'Islam Had-hari' itu hanya sempat tempoh hayatnya tidak lama dan 'berkubur' dan 'ditendang' bersama-sama pengasasnya cucu Abdullah Fahim. Manakala, gelaran mantan PM 'cabul' pula kerana 'Che Det' adalah PM yang bertanggungjawab 'merampas', 'merompak' dan 'mencabuli' hak royalti kerajaan negeri Terengganu. Tun Dr Mahathir, adalah pemerintah 'kuku besi' dan bertindak seperti 'Raja' dan menjadi orang yang bertanggungjawab mencabut imuniti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu. Baiklah, apabila dihebohkan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi jumpa Najib al-Tantunya dan Muhyidin atas undangan Tuanku Mizan. Langsung 'dipolitikkan' oleh pihak tertentu termasuk di kalangan pimpinan PAS yang 'pening-pening lalat', 'pimpinan Umno-BN' dan 'para blogger' sekalian. Malah, ada yang membuat persepsi 'gila-gila' mungkin kerana 'busuk hati' dengan menuduh Tok Guru Presiden telah 'memperkudakan' Tok Guru Menteri Besar Kelantan' itu. Apakah perlu, seorang ketua parti, seorang presiden parti dan penasihat parti yang mempunyai autoriti dalam mentadbir parti perlu memberitahu semua orang tentang perjalanan, perancangan dan strateginya kepada ahli parti? Apa masalahnya? Apakah kerana 'takutkan' Unity Government? Atau kerana ada 'seketul' daging yang dinamakan 'HATI' itu bermasalah? Berkali-kali sudah, Ustaz Hadi menjelaskan tidak ada lagi rundingan kea rah 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Unity Government' (UG) dengan Umno atau kerajaan Barisan Nasional (BN). PAS sudah 'TUTUP BUKU'. Jadi apa yang ditimbulkan itu, jika melalui musuh PAS iaitu Umno sememangnya perkara biasa dan memang dia (Umno) kena buat 'serangan' sebegitu. Jika para Blogger yang suka 'bodek' Umno-BN akan mainkan isu UG untuk pecahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Tapi yang jadi masalahnya, adalah kritikan dan serangan dari 'dalam', dari kalangan pimpinan PAS 'pertengahan' dan 'bawahan' yang turut serta tidak faham atau sengaja 'buat-buat' tidak faham. Atau dengan erti kata lainnya, pemimpin yang 'gatal' tangan atau 'gila-gila' kotak fakir mereka untuk mengulasnya. Atau mungkin kerana rasa tidak secucuk dengan citarasa peribadi lalu menjadi sasaran hentaman. Ini peluang (nok hentam) kata mereka. Apabila Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi ambil pendekatan 'RAHSIA' dan tidak beradap kata Nik Aziz jika diceritakan semua sekali apa yang dibincangkan jika ada dalam pertemuan tersebut. Ustaz Hadi pula, buka sekali tapi berkali-kali mengulangi pendirian parti yang sama tidak ada perbincangan tentang UG dengan Umno-BN. Pintu kerjasama dengan Umno-BN tertutup rapat buat masa kini. Dalam hal ini, jika 'ditakdirkan' Awang ada sekali pada waktu itu pun…nescaya Awang pun tidak akan beritahu semua sekali perihal pertemuan itu. Untuk apa?...beritahu, dan faedah apa untuk diceritakan kepada semua orang. Dan….dan…sekali lagi Awang ulangi, dan harap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kita seperti PKR dan DAP jangan 'susah hatilah'. Setakat ini, PAS sangat 'AMANAH' dan 'SETIA' dalam 'PERSAHABATAN'. PKR dan DAP…jangan mudah 'melatah' dengan persoalan ini. Umno-BN memang mahu wujudkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakan PKR dan DAP tentang undangan 'diRaja' itu. Mereka sangat mengharapkan supaya PKR dan DAP yang bersama dalam Pakatan Rakyat 'MARAH' dan timbullah 'perang mulut' serta 'rasa hati' dan curiga apa yang berlaku dalam 'pertemuan' pada 24 Disember 2010, tahun lalu itu. Waktu itu, Awang sendiri pun berada di Kuala Lumpur…apa yang Awang buat tidak perlulah untuk Awang ceritakan kerana dari jutaan rakyat Malaysia, jutaan ahli PAS, jutaan ahli Umno-BN, jutaan ahli penyokong PKR dan DAP…tidak semuanya mereka faham dan cerdik. Apa yng Awang lihat dan teliti buat masa ini dan saat ini. Pakatan Rakyat masih relevan. Pakatan Rakyat tidak ada masalah dan Pakatan Rakyat boleh terus maju dengan syarat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat…baik dari PKR, baik dari DAP dan baik dari PAS sendiri tidak 'berpecah' dan saling mempercayai antara satu sama lain. Sesungguhnya, pemimpin PKR ada strategi dan perancangannya…pemimpin DAP ada strategi dan perancangannya dan pemimpin PAS pun ada strategi dan perancangannya. Jadi gabungkan ketiga-tiga 'STRATEGI dan PERANCANGAN' tersebut untuk kita tumbangkan Umno dan Barisan Nasional. Kesimpulannya, dalam suasana PRU ke-13 makin dekat jangan buat masalah dalam Pakatan Rakyat. Baik dari PKR atau DAP atau PAS sendiri kerana rakyat dan pengundi kita berjuta-juta orang sedang melihat gelagat serta kredibiliti pemimpin dan parti Pakatan Rakyat. Ingat 'UNDI' ditangan rakyat. "PERINGATAN ITU PENTING…FIKIR PANJANG LAGI PENTING" Oleh Awang Harun |
| Catriona Ross Disuruh Buka Tudung Posted: 07 Jan 2011 09:44 PM PST Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama. "Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar. "Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar. Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak. "Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini. "Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya. Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada. "Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya, "Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya. Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon. "Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya. Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis. Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. -mstar p/s: Semoga akan ada lebih ramai wanita yang dapat pertahankan prinsipnya dan menjaga maruah Islam. Dan semuga Allah perkuatkan iman pelakon ini dan dikrniakan rahmat dan hidayahNya. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan