Khamis, 6 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Hak Anwar Tuntut Keadilan Terus Dinafikan

Posted: 06 Jan 2011 07:19 PM PST

Peguam bela Ketua Pembangkang S.N Nair kecewa dengan tindakan mahkamah membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan dalam kamar membenarkan permohonan Anifah dengan kos.

Walaubagaimanapun, peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Dalam kenyataan media ringkas malam tadi S.N Nair berkata keputusan tersebut dibuat dengan tanpa diberikan apa-apa alasan.

"Ini menunjukkan Menteri dan Kerajaan tidak boleh disaman walaupun memfitnah dan mencemar nama baik Anwar.

"Ini merupakan satu lagi penafian bagi menuntut keadilan.

"Keputusan ini juga seperti membenarkan mana-mana Menteri memfitnah sesiapa sahaja dan 'kebal' terhadap saman malu," tegas S.N Nair.

Ujarnya lagi, sejak kebelakangan ini, wujud kecenderungan bagi mengganggu saman fitnah yang dibuat oleh Anwar terutamanya yang melibatkan Menteri dan orang-orang penting dalam kerajaan (VVIP).

Mereka selalunya terlepas daripada peringkat awal saman (sebelum perbicaraan bermula) bagi menggelakkan mereka duduk d dalam kandang saksi untuk disoal balas dalam perbicaraan penuh, kata S.N Nair lagi.

"Selain daripada terlepas dari saman fitnah, Anwar juga dikenakan bayaran kos yang terlalu tinggi dan besar.

"Tindakan ini dilihat seperti menghalang Anwar daripada memfailkan tuntutan yang serupa pada masa yang akan datang.

"Jikalau begini situasinya, mana mungkin beliau dapat menuntut keadilan yang sewajarnya," soal S.N Nair.

Pada 27 Mei 2009, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan saman terhadap Anifah ekoran kenyataannya berbaur fitnah pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton pada 16 Mei tahun sama.

Anifah mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008.

Anwar juga mendakwa Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau cuba membeli anggota Parlimen dan mencemarkan imej negara.

Anwar dalam tuntutannya telah menyaman Anifah atas kedudukan peribadinya sebagai anggota Parlimen Kimanis serta kedudukannya sebagai Menteri Luar, dan menteri itu dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, sementara Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

'Khinzir di bawah kopiah"

Posted: 06 Jan 2011 06:40 PM PST

EMOSI sungguh MP Kulim YB Zul `firaun besar' di dalam penulisannya tentang hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan hak Sultan Selangor. Aku malas nak link kan tulisan di dalam blog YB Zul itu, sesiapa yang bodoh dan tidak boleh berfikir lebih baik tidak membuka blognya.

Beliau menyebut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor ibarat `ada khinzir di dalam Yong Taw Foo'. Pada aku tiada masalah kalau orang Cina yang bukan Islam memakan Yong Taw Foo yang mempunyai khinzir dan Yong Taw Foo itu pun memang makanan kegemaran kaum Cina.

Apabila meneliti hujah YB Zul `firaun besar' ini di dalam blognya, aku juga merasakan seperti `Ada Khinzir Di Bawah Kopiah' YB Zul. Semua perkara yang beliau tuduh ke atas Kerajaan PR di Selangor, semuanya mahu dilibatkan dengan DAP. Kununnya, apa yang berlaku berkaitan perlantikan KSU Selangor pun adalah kerana hasutan DAP. Aku juga boleh tuduh apa yang YB Zul `firaun besar' ini perkatakan berkenaan PR adalah hasil hasutan parti sekular sekutu Apco itu. Sepatutnya sebagai seorang Peguam walaupun kadangkala `pembawa fail dan beg' sahaja, beliau harus membawa hujah dan fakta bagi membuktikan bahawa sememangnya DAP yang menghasut Kerajaan PR Selangor selama ini. Jelas, beliau bukan peguam yang baik jauh sekali seorang MP yang berkaliber.

Sebenarnya, YB Zul Kulim buat kecoh membabi buta adalah dengan harapan agar rakyat terutamanya di Kulim Bandar Baru lupa bahawa beliau adalah MP yang tidak direstui oleh majoriti pengundi di situ. Beliau ingin menutup malunya kerana masih menebal muka berada di kerusi yang tidak diredhai itu. Beliau hanya berani bercakap seorang diri, berdepan dengan media yang sepencacai sepertinya sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad maka kecut dan memulas perutnya. Percayalah, inilah penggal terakhir buat `firaun besar' ini menyondol bagai khinzir. Selepas ini, beliau akan `disembelih' oleh para pengundi di Kulim Bandar Baru dan diletakkan di bawah Yong Taw Foo.

Nasihat aku buat beliau, sebelum menyongkar `khinzir di bawah Yong Taw Foo', beliau mesti sedar di `bawah kopiahnya juga terdapat khinzir'.



Oleh: wfauzdin_ns

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor taat setia pada Sultan

Posted: 06 Jan 2011 06:47 AM PST

Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO kerajaan negeri Pakatan Rakyat hadir dalam majlis angkat sumpah di Istana Kayangan Shah Alam jam 10.00 pagi tadi.

Langkah untuk hadir majlis Ke Bawah DYMM Tuanku itu mencerminkan betapa kerajaan negeri hormat dan taat setia kepada Sultan Selangor selaku payung dan mahkota negeri. Isu persengketaan adalah antara kerajaan negeri dan KSN, kerajaan Pusat dan Khusrin.

Iktiraf tak iktiraf Khusrin selaku SUK lantikan Pusat adalah hak kerajaan negeri, kerajaan yang mendapat mandate dan kepercayaan dari rakyat Selangor.

Seronok tengok Umno dah pandai mengamalkan politik jalanan, berdemo ke sana ke mari, tak kah itu menjejaskan kehidupan masyarakat, mengancam ketenteraman dan menganggu perniagaan?


Dari Roslan sms

Pertemuan 24 Dis: Umno Mula Dibayangi Ketakutan

Posted: 06 Jan 2011 06:39 AM PST

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggambarkan Pakatan Rakyat seratus peratus komited dan tidak kerjasama tergugat walaupun pemimpin PAS mengadakan pertemuan atas jemputan Umno di Istana Terengganu akhir bulan lalu.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menuntut penjelasan rasmi PAS meskipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan kelmarin.

"Saya yakin Pakatan Rakyat seratus peratus komited, apa yang berlaku ialah ketakutan pihak Umno, bukan senang nak mengadakan pertemuan dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa yang sama," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

"Ini menunjukkan betapa hebatnya PAS dan Pakatan Rakyat, kalau PAS sahaja mereka tak jumpa... ini kekuatan Pakatan Rakyat, mereka sudah mula tergugat dan bimbang.

"Pakatan Rakyat tak terjejas kerana pertemuan ini," kata beliau merujuk kepada laporan media mengenai pertemuan itu.

Ketika ditanya sama ada wajar PAS memberikan penjelasan rasmi sebagaimana diharapkan oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP, Khalid yang juga anggota biro politik parti Islam itu berkata:

"Saya merasakan perlu dan saya sudah pasti PAS akan berbuat demikian, walaupun bukan secara terbuka tetapi dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat."

"Apa pun saya masih yakin pemimpin Pakatan dan parti komponen masih percaya antara satu sama lain," katanya.

"Pada konvensyen di Pulau Pinang, kita buat komitmen, kita semakin rapat," katanya sambil menegaskan PAS sudah pun membuat keputusan menolak sebarang bentuk kerjasama politik atau kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Apa sekalipun yang penting pemimpin-pemimpin PAS sudah memutuskan bahawa soal kerajaan perpaduan atau kerjasama politik sudah ditolak oleh ahli-ahli.

"Apa pun yang dibincangkan, sudah tidak perbincangan seperti itu dan tidak keinginan (ke arah itu)," katanya lagi.

Pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan, pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu.

Justeru mereka mahu PAS mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.

Kata Khalid, pertemuan tempoh hari juga menunjukkan "betapa terdesaknya Umno-BN mahu menggunakan atau memberi idea supaya Yang di-Pertuan Agong menjemput pemimpin-pemimpin PAS hadir."

Kata beliau, Umno-BN sedar bahawa PAS tidak akan hadir jika pihak berkenaan yang mengundang menghadiri seumpama itu.

PAS dan DAP tidak mungkin pecah

Posted: 06 Jan 2011 03:21 AM PST

Penulis veteran, Haji Subky Latif yakin hubungan PAS dan DAP tidak akan putus walaupun usaha ke arah itu sedang diusahakan oleh musuh kedua-duanya.

Katanya, hubungan baik PAS dan DAP yang diasaskan oleh bekas pemangku Setiausaha Agung DAP, Mendiang Fan Yew Teng akan kekal selama-lamanya.

Subky berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis memperingati mendiang Fan Yew Teng di Dewan YMCA, Brickfield malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh DAP dengan penasihatnya, Lim Kit Siang menjadi tuanrumahnya. Kira-kira 250 tetamu dari pelbagai kalangan menyertai majlis malam tadi.

Turut serta isteri beliau, Dr Noeleen Hayzel dan pasangan kembar anak mereka Lilianne Fan dan Pauline Fan. Dr Noeleen adalah Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasific.

Fan Yew Teng yang juga kolumnis kolumnis Harakah, meninggal dunia pada 7 Disember lepas di Bangkok selepas menderita cancer tulang dan prostat.

Menurut Subky, jasa paling besar yang ditinggalkan oleh Fan Yew Teng adalah sebagai penghubung PAS dengan masyarakat Cina di negara ini.

"Ketika PAS takutkan Umno dan DAP takutkan MCA, Fan Yew Teng lah yang menghubungkan PAS dengan orang-orang Cina di negara ini.

"Hasilnya, PAS dan DAP kini tak mungkin dipecahkan lagi dan ia bermula dari mendiang Fan Yew Teng," kata Subky dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

AJK PAS Pusat, Muhamad Anuar Tahir yang turut berucap di majlis itu sebagai bekas Setiausaha Agung Abim memberitahu, Fan Yew Teng pernah menjadi kakitangan kontrak Abim di samping guru Bahasa Inggeris untuk ahli Abim.

(Gambar: Antara yang memenuhi dewan YMCA bagi memperingati Fan Yew Teng)

Mendiang juga pernah bersama-sama dengan beliau menggerakkan kempen anti Perancis apabila kerajaan negara itu mengharamkan pemakaian scaf untuk wanita Islam.

"Niat saya untuk membeli kereta jenis Citroen pada ketika itu terpaksa saya batalkan kerana kami sedang kempen anti Perancis dan apabila saya ditempelak oleh mendiang Fan.

"Hajat untuk memakai Citroen hanya dapat saya penuhi beberapa tahun kemudian...namun selepas kematian Fan, saya telah menjual kembali kereta itu kerana teringatkan beliau," cerita Anuar Tahir penuh imosi.

Seorang lagi bekas pemimpin Abim, Dr Mohamad Nor Manuty yang kini Ketua Penerangan PKR memberitahu, semasa beliau menjadi Presiden Abim, Fan Yew Teng dikenali sebagai Ustaz Fan.

"Bayangkan, apabila ada masa lapang di pejabat Abim, Fan ini sentiasa memenuhkannya dengan membaca al Quran dan terjemahannya.

"Semasa satu simposium tentang Profesor Dr Hamka di Indonesia, Fan turut membentangkan satu kertas kerja mengenai ulamak Islam tersohor ini. Saya diberitahu, kertas beliau antara yang terbaik mengenai Hamka," cerita Dr Mohamad Nor kepada para hadirin.

Ketika ditemui selepas majlis ini, Haji Subky memberitahu Harakahdaily, Fan Yew Teng dikatakan pernah diura-urakan mahu memeluk Islam.

"Saya melihat kalau tidak memeluk Islam pun, dia antara orang bukan Islam yang sangat kenal dan rapat dengan Islam," katanya lagi.

Di samping mereka, turut berucap di majlis itu adalahLim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, isterinya Dr Noeleen dan anaknya Lilianne serta adiknya Farn Seong Than di samping ramai lagi pemimpin politik dan NGO yang rapat dengan beliau.

Umno-BN Cuba Rampas Selangor Dengan Cara Tidak Bertamadun

Posted: 06 Jan 2011 03:14 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional.

"Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.

"Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," ujar beliau.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK.

"Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan Umno-Barisan Nasional.

"Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka.

Tambah beliau, kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya.

"Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

"PAS juga ingin mengingatkan kepada Umno-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah.

"Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN," tegas beliau lagi.

Mahathir di rangking teratas!

Posted: 05 Jan 2011 07:50 PM PST

Kalau ikutkan cara hukum ala barua UMNO iaitu GAPS dan PERKASA untuk pesalah hina Raja Melayu ialah tali gantung.

Sasaran barua UMNO ini ialah ADUN Seri Muda. Malanglah nasib ADUN itu. Baru 3 tahun jadi wakil rakyat sudah mahu dihukum oleh barua UMNO.

Tetapi rasanya ADUN Seri Muda perlu bersabar dahulu. Ini kerana beliau berada di rangking yang agak akhir sikit untuk di gantung sampai mati atas kesalahan hina Raja Melayu.

Yang berada rangking teratas untuk di gantung oleh suku sakat Berahim Ali ini ialah :


1) Dr Mahathir.(kerana "londeh" Raja Melayu ketika krisi perlembagaan 1988)

2) Anuar Musa. ( kerana tabal kan Sultan Kelantan yang baru)

3) Orang yang tulis di baner perkataan "NATANG" kepada Sultan Mizan.


Agaknya bagaimana perasaan Berahim Ali bila beliau "sarung"kan tali gantung pada leher Mahathir?

Tapi mujurlah Dr Asri Zainal Abidin cepat mengulas isu ini dan memberi pandangannya. Terselamatlah Dr Mahathir dari hukuman ala barua UMNO ini.




Dari Tok Pepijat

Tak mati kalau tak undi BN

Posted: 05 Jan 2011 07:41 PM PST

Menurutnya, harga bawang kecil Burma naik daripada RM8.50 kepada RM20 seguni manakala bawang besar daripada RM6.50 kepada RM18 seguni.
Sumber : Sinar Harian

Mana pergi GAPS, mana pergi PERKASA, mana pergi penjilat Umno, mana pergi pejuang ketuanan Melayu tak tentu hala ini. Yang merempat miskin di kampung adalah orang Melayu. Sekarang nak beli bawang pun tak mampu dah.
Barang naik dan terus naik. Ianya akan terus naik bertambah teruk jika Bn menang besar dalam pilihanraya kali ini. Membenarkan BN menang besar akan menyebabkan poket kita berlubang teruk. Nilai RM10.00 akan jadi macam RM1.00. Cepat habis. Nasi Lemak dari harga RM1.00 akan jadi RM2.00.

Realiti yang rakyat Malaysia harus hadapi. Realiti yang orang Melayu harus hadapi. Ketuanan Melayu yang mereka laungkan hanyalah tin kosong. Ketuanan Melayu yang tak menolong membantu atau memastikan harga barang tidak naik. Sebab yang miskin papa-kedana adalah orang Melayu. Jangan nafikan, ini realiti!

Sekarang fikir secara mendalam dan bijaksana. Nak undi Umno dan BN lagi ke tak?


Dari DragSuperStar

Sekadar "makang" Nasi Dagang je?

Posted: 05 Jan 2011 07:30 PM PST

Apa yang berlaku pada 24 Disember lalu?

Adakah Sultan Mizan ajak TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, PMNajib dan TPM Muhyidin ke Istana Terengganu sekadar makan nasi dagang Kuala Ibai?

Teringat kepada jemputan Dr Mahathir kepada arwah Ustaz Fadhil Nor ke Seri Perdana untuk bincang soal perpaduan Melayu. Satu perangkap Mahathir untuk jauhkan PAS dengan bukan Islam yang ketika itu CCC rancak berkempen PAS untuk bukan Islam.

Dr Mahathir melihat perkara itu sebagai satu ancaman kepada UMNO. Ini kerana UMNO adalah pemgemis undi dari bukan Islam.

Apabila perangkap mengena, terus Mahathir dedahkan pertemuan itu dan adakah PRU tahun 1986. PAS cuma tinggal satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa.

Tetapi keadaan 24 Disember 2010 tentunya berbeza. Ini kerana Sultan Mizan selaku YDP Agong sendiri yang menjemput. Tempat pertemuan pula bukan di Seri Perdana tetapi istana baginda sendiri.

PAS telah pelajari dari peristiwa tahun 1985 dahulu. Lebih cantik lagi bila TG Nik Aziz buat kenyataan media tentang pertemuan itu bersama TG Haji Hadi.

Tentunya mematikan spekulasi liar tentang pertemuan itu.

Yang pasti kenyataan TG Nik Aziz itu melegakan dan memuaskan hati semua penyokong PAS, DAP dan PKR.

Tinggal satu persoalan, mengapa "beriya benar" Sultan Mizan titah kepada Pak Lah jemput TG Nik Aziz yang sedang sakit di hospital ajak bersantap bersama baginda ?

Barangkali baginda bertanya TG Haji Aziz dan TG Haji Hadi, adakah PAS sudah sedia ganti UMNO? Lebih dramatik lagi pertanyaan itu dihadapan PM Najib dan Muhyiddin. Tentunya pipi, bibir dan telinga Najib bertambah "kemerahan" mendengar pertanyaan itu?

Benarkah begitu ?



Dari Tok Pepijat

Mujahid saran wacana 'Menuju PAS Baru'

Posted: 05 Jan 2011 07:25 PM PST

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menyarankan supaya diadakan wacana atau diskusi untuk membincangkan isi kandungan bukunya 'Menuju PAS Baru' bukan bertelagah dalam akhbar sehingga membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan.

Katanya, bertelagah menerusi akhbar tidak boleh mendapat kata sepakat bahkan mengeruhkan lagi perhubungan yang selama ini terbina atas landasan tarbiyah yang kukuh.

Lagipun, ujarnya wacana atau diskusi dapat membawa budaya yang sihat dan keterbukaan terhadap pandangan yang terbuka sesuai dengan asas masyarakat untuk melahirkan pemikiran yang telus dan matang.

"Adakan wacana atau diskusi untuk menghilangkan kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku Menuju PAS Baru yang saya tulis bukan masuk akhbar pro kerajaan mengatakan ketidak puasan hati," ujarnya.

Lagipun, tambahnya buku tersebut hanya menyentuh betapa perlunya beberapa pengubahsuaian organisasi parti sendiri demi masa depan PAS yang akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini, tidak langsung mengkritik dasar perjuangan yang telah dimeterai sejak dulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menambah, segala pandangan yang dilemparkan semuanya ikhlas untuk memastikan PAS menjadi lebih kukuh dan bukan sebaliknya.

Katanya, hujah yang membina wajar diketengahkan menerusi saluran yang dibolehkan dalam parti mahupun Islam sebab pandangan baik perlu diambil jika mahu melihat parti semakin kukuh untuk menggantikan Umno di Malaysia.

"Saya berusaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan PAS selama hampir 50 tahun lebih. PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinanya dan buku Menuju PAS Baru hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi PAS yang perlu difikirkan oleh generasi muda dalam PAS," tambahnya.

Beliau bersedia turun ke wacana dan diskusi tersebut jika ada pihak yang menganjurkanya demi menghilangkan kekeliruan yang ada dan tidak timbul soal mahu memecahbelahkan parti atau menghentam parti secara semberono

"Saya amat sayangkan parti penyelamat ini," katanya.

Tiada ulasan: