Rabu, 5 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Kerajaan Terengganu Beli Itik dan Angsa Berharga Suku Juta

Posted: 05 Jan 2011 07:17 PM PST


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu telah membelanjakan hampir suku juta ringgit membeli itik dan angsa demi memnuhi hasrat Menteri Besdar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said.

Sebanyak sebelas jenis itik dan angsa kesemuanya berjumlah 101 ekor telah dibeli oleh kerajaan bernilai RM223, 750 untuk ditempat di Pulau Burung Tasik Kenyir yang dibina dengan kos RM6 juta.

Antara yang termahal adalah ;

1. Whooper Swan, angsa putih dibeli dengan harga RM5,600 seekor (Gambar kanan)
2. Red Brested Goose, sejenis itik dibeli dengan harga RM4,200 seekor ( Gambar bawah)
3. White Swan, angsa putih dibeli dengan RM3,800 seekor
4. Black Swan, angsa hitam dibeli dengan RM3,800 seekor
5. Ashy Headed Goose, sejenis itik, dibeli dengan harga RM3,800 seekor

Jawapan bertulis yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam Sidang DUN baru-baru ini bagi menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak.


White Swan(1)Red Brested Goose(2)Black Swan(3)Ashy Headed Goose(4)






Rais Pening Kepala, Jangan Rasmikan Fitnah Di Internet

Posted: 05 Jan 2011 05:38 AM PST

DAPAT dirasakan betapa panas dan berasapnya kepala Rais Yatim sehari dua ini. Semuanya kerana laporan dalam internet kononnya beliau telah merogol amah. MasyAllah! Walaupun ia bohong dan fintah tetapi ia tetap memanaskan kepala Rais dan juga isterinya Masnah.

Mulanya Menteri jaga tv, radio dan budaya itu cuba hendak ambil sikap mendiamkan diri saja. Tetapi tidak menjadi. Makin menyepi makin menjadi. Jadi akhirnya walaupun sebu terpaksa jnuga muncul membuat penafian.

Katanya tuduhan itu fitnah, jahat dan kejam bertujuan untuk mejantuhkannya. Ada juga orang nak jatuhkan Rais?

Secara peribadi saya tidak percaya dengan apa yang didedahkan itu. Saya meragui badan yang membuat penyelidikan dan interviu dengan mangsa. Ia tidak disertakan dengan bukti dan fakta jelas, hanya menampil seorang perempuan yang dikatakan menjadi mangsa. Mangsa itu boleh diragui. Tuduhan ke atas Rais nhanya ilusi semata-mata.

Saya tidak percaya kes ini samalah dengan dakwaan ke atas kes-kes lain termasuk ke Adun Selising, Saipul Baharin dikatakan berzina atas keretapi dan juga tuduhan liwat ke atas Anwar.
Kemelampauan pendedahannya menjadikan kebenaran tuduhan itu boleh dipertikaikan.

Seperti mana kes ke membabitkan Anwar dan Adun Selising ada motif dan konspirasi maka begitu jugalah apa yang dikatakan kepada Rais itu. Ia adalaha konspirasi untuk memburukkannya. Dalam kes Anwar atau Saipul dan kes-kes lain memang ia dirancang demikian rupa.

Rasa hilang kepercayaan dan confisu ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Jangan mendedahkan sesuatu secara melampau kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti apa yang didedahkan itu. Pendedahan juga sepatutnya berhemah agar ia tidak nampak emosi dan bohong kering.

Mungkin selepas ini ada macam-macam pendedahan dalam internet yang sukar untuk dipercayai. Tetapi kerana ianya sudah jadi semacam habit bloger dan juga kospirator yang menari idea bagaimana hendak menggunakan IT ia akan terus digunakan. Sedikit masa lagi ionternet akan menjadi ruang pembohongan terbesar di dunia ini.

Dalam kes Rais itu mudah saja kalau ia benar. Mangsa perlu tampil buat laporan polis sama ada di Malaysia atau di Indonesia. Apakah ada laporan polis dari mangsa? Kalau pihak lain yang buat itu satu usaha bagi memburukkan menteri berkenaan saja.

Kalau mangsa hanya 0buat pengakuan kepada sebuah badan NGO sukar untuk dipercayai. Apa lagi orang sudah tahu, apa, siapa dan untuk siapa NGO berkenaan berkerja. Pemhobong dalam kes Rais ini NGO berkenaan perlu bertanggungjawab.

Janganlah cuba merasmikan pembohongan menerusi internet.



Oleh Mohd Sayuti Omar / MSO

Cadangan Bunuh Pengkritik Raja, Asri Anggap Cadangan Hina

Posted: 05 Jan 2011 05:26 AM PST

Sikap yang menyatakan bahawa haram untuk mengkritik dan punyai pendapat berbeza dengan Raja-Raja Melayu adalah satu pandangan yang hina, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tindakan ini tambahnya seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

"Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

"Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih," katanya dalam satu kenyataan media.

Dr Asri menerangakan, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-Raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

"Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain," katanya.

Beliau melabel pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

Tambahnya, jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut," katanya.

Sebelum ini, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu".

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Tidak Perlu Pinda, Selangor Berhak Lantik SUK

Posted: 05 Jan 2011 05:23 AM PST

Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu meminda undang-undang tubuh negeri kerana peruntukan bagi melantik Pegawai Eksekutif dan Setiausaha Kerajaan Negeri sudah termaktub di dalamnya menurut Edmund Bon.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia menyatakan Perlembagaan Persekutuan telahpun menjamin kuasa kerajaan negeri untuk melantik pegawai eksekutifnya sendiri termasuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) yang kini menjadi pertikaian.

"Perkara 132 dan 139 tak beri kuasa kepada Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri kerana negeri Selangor mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri yang ditubuh di bawah Undang-undang tubuh kerajaan Negeri Selangor, jadi bidang kuasa untuk melantik SUK adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dan bukannya di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan," jelas Edmund dalam perbualan telefon dengan TV Selangor.

Sebagai nota, Perkara 132 menerangkan bidang kuasa perkhidmatan awam dan Perkara 139 menerangkan bidang kuasa SPA tidak termasuk dengan perkara yang di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

Semalam Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam satu kenyataan menyatakan Menteri Besar tidak perlu memberi kebenaran kerana bidang kuasa lantikan Pegawai Eksekutif Negeri Selangor memang berada di bawah SPA.

Keadaan dikeruhkan dengan kenyataan Pensyarah dari Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof. Dr Ahmad Atory Hussein yang menyatakan hanya negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah sahaja yang berhak melantik pegawai perkhidmatan awam divisyen tinggi dan tidak Selangor.

Edmund membidas perkara itu kerana menurutnya, Fasal 52 Undang-undang tubuh Negeri Selangor merujuk kepada SPN sebagai 'Suruhanjaya yang berkaitan' dalam memilih dan melantik Pegawai Eksekutif negeri.

"Undang-undang perlembaggan Persekutuan telah beri kuasa kepada negeri yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri untuk melantik pegawainya sendiri termasuk SUK Selangor jadi apa yang telah berlaku sejak tahun 1960 sejak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor ditubuhkan, ianya merangkumi semua pegawai kerajaan negeri di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor," tegas beliau.

Harga Minyak Naik , Rakyat Di Dahulukan ?

Posted: 04 Jan 2011 09:06 PM PST

Kehadiran tahun baru 2011 kali ini umpama tahun yang bakal menggigit kehidupan rakyat apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba semalam. Tindakan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

DPPP turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. DPPP juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi.

DPPP beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Pelik, dalam keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional, mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka.

Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

DPPP juga mengajak golongan muda yang semestinya ramai merasai dan menghadapi masalah akibat tindakan terdesak kerajaan BN itu, bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang dan seterusnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang supaya Kerajaan BN sedar di atas penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat.


Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat

Menteri digesa nafi jika tidak benar

Posted: 04 Jan 2011 09:01 PM PST

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan rogol melibatkan pembantu rumah dari Indonesia supaya segera menafikannya sekiranya ia tidak benar.

Pada masa yang sama, AMK juga mendesak menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan siasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara.

Dan dalam waktu terdekat ini pula, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan tersebut, dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar berkaitan kejadian tersebut.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata angkatan itu memandang serius mengenai pendedahan tersebut yang kini heboh
diperkatakan didunia siber.

Beliau mendakwa isu tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa mendiamkan perkara itu berikutan ugutan terhadapnya.

Shamsul juga mendakwa tiada tindakan diambil terhadap menteri berkenaan dalam kes yang berlaku sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan mengenai kesannya terhadap kredibiliti dan integriti kabinet Najib yang mengekalkan seorang yang didakwa penjenayah seksual.

"Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia," tegasnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dijadual membuat laporan polis mengenai perkara itu di Seremban hari ini.

Manakala ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen MP, Zuraida Kamaruddin yang dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai isu yang sama, esok.

Video Ceramah Di Felda Cempelak,DUN Tenang, Johor

Posted: 04 Jan 2011 08:49 PM PST




Tiada ulasan: