DIALOG RAKYAT |
- Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN DUN Tenang Siri 3
- UMNO Terdesak....Allahyarham Tun Razak kembali berkempen?
- Pilihan Raya Kecil Hikayat Bersalam Dengan Wanita Umno
- Lindungi Istana dari perangkap "rahsia politik" Umno
- Bertemu Ular dan UMNO… Tolnglah bunuh UMNO dahulu…
- P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?
- Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz
- Muhyiddin minta MCA henti main isu salam
- ' Talkin Umno Perlis': Ali sahut cabaran debat
- Salahudin nafi PAS tafsir semula ayat al-Quran
- Soi Lek tak faham, Muhyiddin pun bersalam juga
- Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan
- BN tolak usul kembalikan kuasa Sultan di Selangor
- Malas hadir sidang jangan sertai pilihan raya
- PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam
- PRK Tenang: Isu agama makan diri
- MB: Pindaan mahu atasi hinaan dibawa Putrajaya, sikap sumbang Umno
- MB Selangor: Umno biadap rampas kuasa istana, bukannya Pakatan
- Didakwa fitnah Cikgu Mala, PAS mahu saman anak Soi Lek
- Isu fatwa: PAS tegur Nizar, boleh terus beri ceramah di Tenang
- Dia salam, peluk, tapi tipu sama kita'
- 'Pindaan halang langgar kuasa negeri, sultan'
- Selamat malam Cikgu Mala
| Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN DUN Tenang Siri 3 Posted: 24 Jan 2011 03:30 AM PST SELATAN ONLINE Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].![]() Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini! Pendedahan diteruskan Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku. Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut. Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah. Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya. Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, ![]() ![]() ![]() ![]() Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini. CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!" | ||||
| UMNO Terdesak....Allahyarham Tun Razak kembali berkempen? Posted: 24 Jan 2011 03:28 AM PST
melakukan apa saja demi memenangkan calon mereka. Meraih simpati warga FELDA yang merupakan talian hayat mereka dengan berbagai cara yang sebelum ini mereka tidak pernah lakuakan.mengirimkan Al Fatihah bila perlukah? Bagaimana hari-hari lain hitam pekat jalan tar ku.... | ||||
| Pilihan Raya Kecil Hikayat Bersalam Dengan Wanita Umno Posted: 24 Jan 2011 03:23 AM PST Oleh Zolkharnain Abidin Kami semua berbaris di hadapan kerusi masing-masing menunggu ketibaan orang besar-besar. Di belakang kami pula ratusan orang-orang kanan kerajaan juga berdiri seperti kami. Suasana sunyi apabila kelibat orang besar itu kelihatan. Perhimpunan pagi itu adalah perhimpunan rasmi. Orang besar itu dan isterinya bersalam dengan semua orang, lelaki perempuan. Suaminya mendahuluinya. Sampai giliran saya, selepas suaminya menyalami saya, dia turut menghulur tangan untuk bersalam dengan saya. Saya meluruskan tangan ke bawah sambil menundukkan kepala memberi hormat. Isteri pemimpin itu berlalu dan bersalam dengan orang selepas saya seorang demi seorang sama seperti suaminya juga, tanpa mengira jantina. Saya menjangkakan perkara itu selesai di situ, namun rupa-rupanya tidak. Setelah isteri pemimpin berkenaan selesai bersalam dengan semua orang, dia berpatah balik dan menuju bulat-bulat kepada saya. Betul-betul di hadapan saya, sekali lagi dia menghulur tangan untuk bersalam dengan saya secara khusus. Dengan terkejut, tanpa pilihan, dengan puluhan mata memandang ke arah saya dan dia, dengan terpaksa, bertujuan untuk tidak memalukan isteri pemimpin berkenaan, dengan teragak-agak saya menghulurkan tangan dan bersalam dengannya. Darah menyirap dan muka saya terasa panas. Saya tidak tahu apa perasaan saya ketika itu, entah malu atau entah apa, dalam keadaan semua mata menghala kepada kami. Isteri pemimpin itu tersenyum kepada saya, sinis. Dia seperti puas mungkin kerana telah berjaya mengenakan saya di khalayak ramai. Semenjak suaminya tidak lagi berada di kerusi nombor satu negeri, isteri pemimpin itu tidak lagi kelihatan. Berbanding dahulu, seolah-olah dialah wanita pertama negeri. Namun, suaminya masih lagi menjadi orang kuat Umno di negeri Indera Kayangan. Apabila pemimpin BN memainkan isu Cikgu Mala tidak bersalam dengan pengundi lelaki, pemimpin BN itu telah melakukan sesuatu yang benar mengikut neraca partinya. Dan, Cikgu Mala pula dikira bersalah berdasarkan neraca itu. Demikianlah adanya, hikayat bersalam dengan wanita Umno. http://sauhdibongkar.blogspot.com/ | ||||
| Lindungi Istana dari perangkap "rahsia politik" Umno Posted: 24 Jan 2011 03:21 AM PST DETIK DAILY Pengenalan Mesyuarat di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hari ini diadakan untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1). Ini kerana, tindakan Persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat dan berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Pindaan yang dicadangkan hari ini sebagai perubahan supaya generasi akan datang tidak lagi dalam kekaburan dan tiada lagi individu atau puak tertentu yang berani melanggar kuasa negeri atau Sultan. Pakatan Rakyat komited untuk menjunjung Perlembagaan baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran hari ini. Atas prinsip yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Latar belakang krisis Perlembagaan Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat daripada tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini. Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi - "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Pemimpin utama ketika itu telah melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Antara pindaan yang berjaya dilakukan ialah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang DiPertuan Agung menandatangani". Manakala peruntukan pindaan ialah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang DiPertuan Agung. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang DiPertuan Agung, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang". Perkara 10(1), dimana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di Negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang DiPertuan Agung dan Yang DiPertuan Agung mesti menerima nasihat tersebut. Perkara 66(4) dan (4A) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan - ialah sebuah Rang Undang-undang akan menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera di bawah seksyen 11(2A) dan (2C). Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ini termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan di mana ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja". Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah ada kalangan sarjana undang- undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan. Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. UMNO pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. UMNO sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku kesempitan politik. Peranan Raja, Kerajaan dan Perkhidmatan Awam dalam pentadbiran negeri Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan yang mana Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Di bawah kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya - yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) – mesti bertanggungjawab ke atas segala keputusan dan dasar yang dibuat dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan namun bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana dari terperangkap dalam kontroversi dan politik. Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan di bawah Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; dari istana, suruhanjaya perkhidmatan dan kerajaan negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka. Pindaan yang dibuat oleh UMNO pada 1993 - iaitu Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor - begitu ganjil sekali. Ini kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik: sepatutnya ada kuasa tertentu yang diletakkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jika dibandingkan dengan Perkara 144 Perlembagaan, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Pindaan 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 bertujuan menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan SUK tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja setuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu ialah imuniti. Kelihatannya UMNO mengambil kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang panas dan membingungkan ketika itu. Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam Perlembagaan. Konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. UMNO berpendapat sebaliknya; bagi mereka Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang. Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat atas konsep ketuanan rakyat. *Ringkasan ucapan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam Sidang DUN Selangor pada 24 Januari 2011, dalam pembentangan beliau untuk mengemukakan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1). Disediakan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor. | ||||
| Bertemu Ular dan UMNO… Tolnglah bunuh UMNO dahulu… Posted: 24 Jan 2011 03:13 AM PST Oleh Ustaz Saiful Bahri Mana dia Tok Mufti, ustaz, ulama muda, tok-tok Ima Takkan mereka tak sedar, ucapan pemimpin mereka apabila berhadapan dengan pengundi cina. Betapa ucapan mereka mengugut kalangan non muslim dengan Negara Islam. Cakap mereka lebih munafik dari para munafik dan lebih kafir dari golongan kafir. Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak.Bercakap untuk memperjuangkan agama mengalahkan pejuang Palestine dan para sahabat nabi. Terlopong dan ternganga para imam… betapa tulus ikhlasnya para pemimpim UMNO ni nak menegakkan Islam. Di Tenang ini zahirlah wajah sebenar UMNO-BN. Inilah sikap talam dua muka. Lidah bercabang pimpinan UMNO-BN. Sebab itu kalau bertemu ular dengan pemimpin UMNO diharap bunuhlah UMNO dahulu. Sebab betapa berbelitnya pimpinan UMNO demi pangkat dan kuasa mereka meskipun terpaksa mereka jual apa sahaja. UMNO sendiri terpaksa menurut kehendak MCA apabila calon daripada pimpinan UMNO Labis ditolak oleh MCA kerana menjadi ahli PERKASA. Sebab itulah dicalonkan Azahar Ibrahim sebagai calon UMNO yang tidak popular dan bukan dari pimpinan UMNO Labis. Kita tengoklah pulak macamana dengan novel Interlock yang kontreversi itu. MIC sudah mendesak agar digugurkan novel tersebut. Kita tengoklah nanti, UMNO ada batu ke tidak??? Ketika berkata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini.. " Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS. Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS" Inilah dikatakan kelemahan pimpinan UMNO. Bukan sahaja terpaksa mengikut desakan MCA bahkan gagal mengawal rakan kongsi dalam BN supaya tidak menghina ajaran Islam bahkan menakutkan rakyat dengan Islam. Betapa sekian lama UMNO gagal member penjelasan yang sebenarnya tentang Islam. Ini adalah kerana pimpinan UMNO itu sendiri jahil tentang Islam. Bahkan jenis keras kepala yang tak ingin mendengar nasihat atau tunjuk ajar ulama. Ini yang menyebabkan mereka menyokong pula penghinaan oleh Chua Soi Lek. Dengan tidak berasa bersalah walau sikit pun ketika mengulas kenyataan Chua Soi Lek, TPM Tan Sri Muhyidin Yasin berkata: " PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan (membentuk Negara Islam) mereka, ianya masih ada… jadi baik juga MCA mengingatkan kepada masyarakat cina". MB JOHOR, Ghani Othman: "Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? Pas kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA.Mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri" Inilah sikap sebenar UMNO. Mereka bak sesumpah. Boleh menukar wajah bersesuaian dengan tempat persembunyian mereka. Apa peduli halal dan haram. Yang penting mereka meraih undi untuk menenangan di dun Tenang. Dalam masa yang sama mereka melempar batu menyembunyi tangan. Media bersama mereka akhirnya Pas akan dikambing-hitamkan. UMNO dibedak putih melepak. Tetapi sampai bila agenda penipuan dan kebatilan ini??? Mereka cuba mengalih isu sebenar yang menimpa rakyat. Mereka menyerang menggunakan isu sensitif umat Islam. Jangan terjebak ke perangkap provokasi UMNO-BN. Apapun yang pasti akan tiba lahirnya kebenaran dan kebatilan UMNO akan tumpas dan tenggelam. | ||||
| P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri? Posted: 24 Jan 2011 03:08 AM PST Kow Gah Chie Pemimpin dan jentera pilihan raya kecil MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman (bawah) bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN. Tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan raya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka. Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan. Mereka yang ditemui Malaysiakini menegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN dari Umno, Datuk Sulaiman Taha. Tinjauan itu dijalankan semalam di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon. Isu negara Islam yang dimainkan oleh MCA mungkin boleh menarik sokongan pengundi yang berumur tetapi generasi muda pula mempunyai pandangan yang berbeza. Tinjauan itu juga memberi gambaran mengenai sikap sebahagian pengundi di situ. | ||||
| Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz Posted: 24 Jan 2011 03:03 AM PST ![]() Jimadie Shah Othman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang. Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam."Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya. "(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham." Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam. Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar. Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri. Senada dengan peguam Muslim Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang. "Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam. Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. "Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam. Ditanya sama ada pihaknya akan menganjurkan demonstrasi - tindakan yang dilihat sinonim dengan NGO Melayu itu kebelakangan ini - Arman Azha menjawab: "Bukan semuanya kita berdemo." | ||||
| Muhyiddin minta MCA henti main isu salam Posted: 24 Jan 2011 03:01 AM PST Abdul Rahim Sabri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu BN khususnya MCA mengekploitasi isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki. Malah, Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau juga tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan"."BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu. "Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang. Muhyiddin mengulas mengenai isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau yang juga timbalan pengerusi BN sekali lagi menegaskan bahawa tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana terdapat perkara lain yang perlu diutamakan dalam kempen pilihan raya berkenaan. "Ada perkara yang lebih pokok yang patut kita lakukan untuk menjelaskan isu, (mengenai) apa komitmen kita untuk membantu rakyat dan pengundi di sini," katanya. Ditanya mengenai calon PAS yang mendakwa BN gagal memahamkan komponennya berhubung adab Islam berhubung wanita tidak dibenarkan bersalaman dengan lelaki, Muhyiddin berkata: "Tak payahlah kita komen macam-macam. Yang pentingnya, kita tumpu kepada perkara-perkara lain. Itu yang lebih utama". Isu Interlok | ||||
| ' Talkin Umno Perlis': Ali sahut cabaran debat Posted: 24 Jan 2011 02:59 AM PST
| ||||
| Salahudin nafi PAS tafsir semula ayat al-Quran Posted: 24 Jan 2011 02:57 AM PST
| ||||
| Soi Lek tak faham, Muhyiddin pun bersalam juga Posted: 24 Jan 2011 02:56 AM PST
| ||||
| Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan Posted: 24 Jan 2011 02:52 AM PST
| ||||
| BN tolak usul kembalikan kuasa Sultan di Selangor Posted: 24 Jan 2011 02:51 AM PST
| ||||
| Malas hadir sidang jangan sertai pilihan raya Posted: 24 Jan 2011 02:48 AM PST
| ||||
| PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam Posted: 24 Jan 2011 02:38 AM PST
| ||||
| PRK Tenang: Isu agama makan diri Posted: 24 Jan 2011 02:33 AM PST Salah faham tentang ajaran Islam boleh mengurangkan undi BN KOMENTAR: Kesilapan memilih isu ketika berkempen dalam sesuatu pilihan raya boleh membawa padah apabila isu yang dimainkan Lazimnya, pengundi-pengundi atas pagar adalah antara golongan yang prihatin atau lebih peka ketika menganalisa isu yang Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nageri (Dun) Tenang masuk hari ketiga hari ini, kempen BN yang mula menyentuh isu-isu berkaitan kepercayaan penganut agama Islam dianggap satu kesilapan yang mampu mengurangkan undi BN. Dalam satu ceramah di hadapan pengundi-pengundi berbangsa Cina di sini baru-baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah membangkitkan pendirian calon lawan dari PAS, Normala Sudirman yang enggan bersentuhan tangan ketika bersalam dengan pengundi-pengundi lelaki. Menurut Chua, pendirian Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala itu dianggap menimbulkan kebimbangan sebagai pemimpin yang tidak mesra rakyat. Keadaan ini diburukKan lagi apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe juga menyelar pendirian ketua muslimat PAS Bahagian Labis itu. Umno tidak beri kefahaman Islam kepada MCA Isu ini tentunya tidak terus berlarutan sekiranya Umno pantas bertindak dengan memberi kefahaman berkaitan hukum Islam ini kepada rakan-rakan mereka dalam MCA. Akhirnya, isu ini memberi kelebihan kepada PAS apabila berjaya memberi penjelasan yang berkesan dalam isu itu sekaligus memaksa BN berada di kedudukan bertahan. Fakta jelas menunjukkan bahawa bersentuhan tangan antara bukan mahram dalam hukum Islam ternyata mustahil ditepis oleh kalangan pemimpin mahupun ulama dalam Umno. Ketika menangkis serangan lawan, Cikgu Mala menjelaskan hukum dalam Islam yang melarang bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. "Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki. Begitu juga dengan kaum Tionghua, kami bersalaman dengan perempuan Tionghua tidak ada masalah, sebab mereka perempuan. "Kami (wanita Muslim) juga tidak bersalaman dengan lelaki Islam" "Hatta kami saudara seIslam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," jelas calon PAS itu dalam satu sidang media yang seperti mana lazimnya penjelasannya itu tidak diberikan tempat dalam media-media arus perdana. Selain penjelasan dari Cikgu Mala dan pemimpin-pemimpin PAS lain, rakan PAS dari DAP dan PKR juga dilihat telah memainkan peranan yang baik dengan mengambil tempat bagi menjelaskan keadaan ini kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina. Ketika melancarkan serangan balas dalam isu yang sama, Chua telah dianggap sebagai pemimpin BN yang tidak menghormati kepercayaan ugama lain, keadaan yang sama dihadapi oleh seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbangsa Sikh yang dipotong rambutnya. Malah, Umno sebagai parti utama dalam komponen BN turut menerima kesan paling mendalam apabila dikatakan gagal menjelaskan kepada rakan-rakan komponen dalam BN itu dalam isu berkaitan hukum Islam. Ia diburukan lagi apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberikan 'komen positif' terhadap kenyataan Chua tersebut sekaligus menghiris perasaan bukan sedikit kelompok Melayu di kalangan pengundi atas pagar. | ||||
| MB: Pindaan mahu atasi hinaan dibawa Putrajaya, sikap sumbang Umno Posted: 24 Jan 2011 02:28 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Khalid Ibrahim membentangkan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas DUN pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi "... tindakan kerajaan persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. "Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah, maka kita kembali ke Dewan yang mulia ini untuk mengadakan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika membentangkan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas DUN pagi ini. "Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1)," katanya. Khalid berkata selaku Menteri Besar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umnbo sejak pindaan Perlembagaan 1993. "Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. "Justeru, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya," kata beliau. Khalid berkata, dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Sultan. Bagaimanapun menurut Khalid, walaupun peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri tetapi tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. "Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. "Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini," kata menteri besar penggal pertama ini. Katanya, berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Tambah Khalid, selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, pihaknya hendak melakukan yang terbaik. "Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan," katanya lagi. Ucapan pembentangan hari ini juga menghuraikan kronologi yang menyebabkan sidang khas DUN diadakan. "Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan Perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. "Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya," katanya. Malah kata beliau, terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen. Kata Khalid, Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. "Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri," katanya. Sehubungan itu kata beliau, jika diteliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957, dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Malah katanya, ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. "Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan negeri," katanya. Tambah Khalid, kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas dan mereka adalah Raja Berperlembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong — di peringkat Persekutuan — adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. "Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster," katanya. Katanya, dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. "Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. "Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian," katanya lagi. Khalid seterusnya berkata, Raja-Raja diberi banyak keistimewaan termasuk peruntukan dalam Senarai Diraja yang tidak boleh dikurangkan. "Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. "Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat," jelas beliau. Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, katanya, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. "Oleh sebab mereka tidak dipilih, maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. "Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah," katanya. Pun begitu kata Khalid, persoalannya sekarang apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak? "Jawapannya sudah tentu tidak kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. "Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak," katanya. Khalid menambah, Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka. "Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan," kata beliau lagi. Khalid juga mendakwa Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua. Di samping itu menurut Khalid, Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. "Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. | ||||
| MB Selangor: Umno biadap rampas kuasa istana, bukannya Pakatan Posted: 24 Jan 2011 02:24 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER
SHAH ALAM— Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat hari ini secara terbuka menuduh kerajaan pusat dan negeri pimpinan Umno-BN yang telah melakukan pindaan secara senyap-senyap dan "bersikap biadap" kira-kira 18 tahun lalu tanpa mendapatkan perkenan istana terlebih dahulu. Oleh itu kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar, berdiri) tuduhan Umno bahawa Pakatan Rakyat membelakangi Sultan dalam pindaan perlembagaan hari ini tidak masuk akal dan tidak munasabah sama sekali. "Saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?" kata beliau pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini. Justeru kata beliau, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. "Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. "Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula," katanya sambil berkata, "apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu." Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, ini kali pertama DUN membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri untuk kembali ke kedudukan sebelum 1993. Perkara 52(1) yang asal berbunyi, "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula." Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi, "maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan pelantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan." Syor pindaan dibawa hari ini ialah "Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula." Bertolak daripada itu, kata Khalid, memandangkan kedaulatan Raja-raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menyatakan dulu perkara yang sebenar. "Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-raja sejak awal 1980-an lagi. "Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja," katanya. Kata Khalid, Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja. "Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-raja," katanya. Kata Khalid, antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5) di mana peruntukan asal berbunyi, "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatangani." "Peruntukan pindaan pula adalah rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab rang undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas rang undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani rang Undang-undang tersebut dan rang undang-undang itu, berkuat kuasa sebagai undang-undang," katanya. Katanya, begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1) iaitu kalau perdana menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini, maka beliau boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. "Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu. "Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-raja, Umno pada ketika itu membuat 'road show' ke seluruh negara mengutuk Raja-raja," katanya. Kata Khalid, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi iaitu Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri digugurkan dan kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. "Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. "Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Baru. Bagaimanapun, katanya, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila ia tersungkur 39-0 di Kelantan pada pilihan raya umum 1990. "Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-raja. "Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda," kata Khalid dalam usul pembentangan panjang lebar mengimbas perkembangan politik negara sejak tiga dekad lalu. Namun begitu, jelas Khalid, Umno memaksa Raja-raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". "Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat," katanya. Hubungan tegang Umno dengan Raja-raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-raja dan keistimewaan imuniti dan membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas. Katanya, ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena-mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu, termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri Selangor. "Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. "Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?" katanya. Khalid juga memetik kenyataan Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu, menurutnya telah memungkiri janji tersebut. "Tun Mahathir ketika itu menyatakan, 'kelulusan (pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-raja, Majlis Raja-raja perlu memberi persetujuan'. "Kata beliau lagi, 'di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat'," kata Khalid. Khalid seterusnya berkata, pada 1994 Dr Mahathir memungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 dipinda di luar pengetahuan Raja-raja. "Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan rang undang-undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. "Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) — adalah sebuah rang undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan," katanya. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. "Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa 'tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja'. "Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-raja. "Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan, khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya. Khalid seterusnya menambah, meskipun diketahui bahawa Dr Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang "kita daripada berasa aneh" kerana hari ini bekas perdana menteri itu tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. "Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. "Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik," kata menteri besar dari PKR ini. | ||||
| Didakwa fitnah Cikgu Mala, PAS mahu saman anak Soi Lek Posted: 24 Jan 2011 02:21 AM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra ![]() Normala Sudirman dengan gaya sendiri menjawab soalan pemberita pada sidang media sempena kempen hari ketiga hari ini. — Foto oleh Choo Choy May Laporan akhbar harian China Press hari ini memetik Chua, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebagai berkata Normala ada bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak" ketika berkempen. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, pihaknya akan menyaman Chua kerana telah membuat tuduhan yang tidak berasas. Selain itu, Dzulkefly memberi tempoh 24 jam kepada Chua untuk membuktikan tuduhan tersebut. "Tuduhan itu adalah satu pembohongan, dalam masa 24 jam kita minta Tee Yong untuk buktikan nombor kedai, tempat dan masa kejadian itu berlaku. "Kalau gagal kita akan hantar surat peguam dan memfailkan saman fitnah di mahkamah. "Calon kita tidak lakukan perkara itu, jadi kita minta Chua Tee Yong buktikan kepada kita," katanya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa Chua supaya meminta maaf kepada Normala kerana telah membuat tuduhan palsu. "Chua Tee Yong kata Normala pergi ke sebuah kedai kopi dan jumpa dengan bos kedai itu kenapa jual arak? "Ini adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh Chua Tee Yong, saya dah maklumkan kepada PAS dan Normala sendiri menafikan perkara itu," katanya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu percaya tuduhan yang dibuat Chua itu adalah kerana mahu menakut-nakutkan pengundi-pengundi bukan Melayu di kawasan Tenang. "Ini adalah untuk takutkan pengundi Cina, ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, dia (Chua) perlu minta maaf kepada Normala," katanya. Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki. Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu. Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata tuduhan itu dibuat kerana mahu menimbulkan keresahan di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya orang Cina. "Cikgu Mala (Normala) telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat. "(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya. Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi kelmarin dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. Hari pengundian adalah Ahad ini. | ||||
| Posted: 24 Jan 2011 02:21 AM PST Adun Pelabuhan Klang fail saman, namakan Speaker dan SPR defendan
SHAH ALAM — Badrul Hisham Abdullah mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memfailkan saman petang ini meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau masih wakil rakyat yang bagi kawasan Pelabuhan Klang. Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Badrul Hisham (gambar) berkata wakil rakyat itu mahu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerusinya tidak kosong dan Speaker Datuk Teng Chang Khim bukan pihak berkuasa boleh mengisytiharkan kerusi tersebut kosong. "Ia seperti kes Perak," kata beliau kepada pemberita di sini selepas memfailkan writ saman petang ini. Kata beliau pihaknya juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan kedua. "Sebab kami mahu menghalang SPR daripada mengisytiharkan kerusi itu kosong," Hafarizam. | ||||
| Isu fatwa: PAS tegur Nizar, boleh terus beri ceramah di Tenang Posted: 23 Jan 2011 10:02 PM PST LABIS — PAS mempertahankan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang sebelum ini didakwa telah mengeluarkan "fatwa" baru dalam satu ceramah menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang di sini, minggu lalu. Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau telah menegur Nizar kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berceramah. "Bagi saya itu biasa bagi mana-mana penceramah yang terlepas cakap, itu tidak bermakna kita akan halang beliau (Nizar) daripada memberikan ceramah di sini (Tenang). "Bagaimanapun apa yang beliau cakap kita dah sedia maklum dan kita harap ia tidak berulang lagi. "Saya juga dah menghubungi beliau tentang perkara itu," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Nizar adalah seorang individu yang bersemangat terutamanya ketika memberikan ceramah. "Beliau sangat bersemangat ketika berkempen khasnya kepada pengundi Cina dan India," katanya. Nizar dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas di sini mengatakan mengundi untuk calon Umno-BN adalah haram di sisi agama, sebaliknya wajib menyokong calon PAS, Normala Sudirman. Beliau berkata, pengundi Islam adalah wajib di sisi agama untuk menyokong calon PAS. Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala Barisan Nasional (BN) pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim. Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider semalam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Nizar itu bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. "Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan," katanya. Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari ketiga hari ini. Pengundian akan diadakan Ahad ini. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. | ||||
| Dia salam, peluk, tapi tipu sama kita' Posted: 23 Jan 2011 09:42 PM PST Abdul Rahim Sabri Kempen Pakatan Rakyat pada hari kedua di Tenang menyaksikan pendekatan baru apabila isu calon PAS Normala Sudirman yang tidak berjabat tangan dengan lelaki dipertahankan habis-habisan dalam ceramahnya. Malah pada masa yang sama, tinjauan Malaysiakini di beberapa lokasi ceramah Pakatan malam tadi mendapati isteri perdana menteri Rosmah Mansor dan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek kini menjadi sasaran utama kritikan pembangkang dalam siri ceramahnya. Di Bilik Gerakan DAP di Pekan Labis, ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo (kanan) menempelak tindakan Chua yang membangkitkan isu bersalam, sekali gus mempertahankan tindakan Normala yang bertindak menurut ajaran Islam."Jangan bangkitkan isu ini. Tumpu kepada isu yang lebih besar. Chua Soi Lek, jangan cakap banyak," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 200 pengundi Cina. Sebaliknya Gobind yang juga seorang peguam menyindir Chua yang terlibat dengan skandal seks suatu ketika dahulu. "Semua orang tahu. (Tapi) Kalau betul-betul mahu tengok..." katanya sambil disambut pekikan seorang hadirin "CD", menyebabkan hadirin yang lain ketawa. Berucap dalam majlis yang sama, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata, tindakan BN itu lebih baik daripada sikap BN yang didakwa "dia salam, dia peluk tapi dia tipu sama kita". Mat Sabu: Dia enjoy merata dunia Anggota biro politik PAS itu berkata, sekiranya Normala bersalam sekali pun, BN akan tetap "memusing" isu berkenaan. "Mereka akan kata, tengok perempuan itu, dia pakai tudung, tapi sama lelaki dia bersalam... Dia pusing, dia cakap lain, buat lain," katanya dengan telor Cina. Sementara itu, dalam ceramah di Kampung Bukit Mambai tidak jauh dari situ, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu pula mengambil pendekatan menempelak Rosmah yang didakwa "mencampuri urusan politik dan menghabiskan wang rakyat".Penceramah popular itu berkata, tindakan Rosmah itu berbeza sekali dengan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini. "Kenapa kita hentam Rosmah? kerana dia campur tangan dalam (urusan) politik dan menghabiskan wang rakyat. Dia enjoy merata dunia, dengan wang kita," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin. Mohamad Sabu juga mendakwa sidang wanita pertama yang dinaungi oleh Rosmah, termasuk lawatan ke Oman dan Arab Saudi baru-baru ini, menelan belanja berjuta ringgit, yang disifatkan sebagai "membazir" Mohamad Sabu yang juga bekas naib presiden PAS menegaskan, perkara barkaitan dengan urusan hal ehwal antarabangsa sepatutnya boleh diuruskan oleh menteri luar yang dilantik. "Bukan kritikan kita terhadap peribadinya sama ada (beliau) pendek atau tinggi, bukan. "Tetapi kerana (beliau) menghabiskan wang negara. Kerja-kerja yang dibuat tidak berfaedah, kerana menteri ada tugasnya," katanya. | ||||
| 'Pindaan halang langgar kuasa negeri, sultan' Posted: 23 Jan 2011 09:38 PM PST MALAYSIA KINI Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 dibuat supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan sultan.
Berikut ucapan penuh Abdul Khalid yang disampaikan sebentar tadi: Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja. Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru. "Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat". Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik. Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. "(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula." Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri. Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka. Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak. Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar. Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini. Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.
Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini. | ||||
| Posted: 23 Jan 2011 09:31 PM PST Joseph Sipalan & Lee Way LoonKetua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman - ketika membahaskan cadangan meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri - mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'. Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik. Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan.Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua pembangkang itu turut mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari. Teng bagaimanapun menegur kembali Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya. Penyokong Pakatan ketawa besar. Dewan mula bersidang jam 10 pagi. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan. Katanya, pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid. Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini. Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. | ||||
| Posted: 23 Jan 2011 09:26 PM PST
|
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [




melakukan apa saja demi memenangkan calon mereka. Meraih simpati warga FELDA yang merupakan talian hayat mereka dengan berbagai cara yang sebelum ini mereka tidak pernah lakuakan.

Tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan
"Pengundi di Tenang selama ini menyokong MCA di peringkat parlimen (kerusi Labis), tetapi menyokong pembangkang di peringkat DUN (Bekok dan Tenang), bagi mewujudkan semak dan imbang," kata salah seorang pengundi yang ditemui.
Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.
"Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.
Malah, Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau juga tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan".
HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Dalam pilihan raya kecil Tenang, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah membangkitkan isu kecil seperti bersalam dengan mahram menjadi besar.
"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman hari ini berkata, Adun BN menolak usul Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1) untuk mengembalikan kuasa melantik pegawai kanan kerajaan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
KUANTAN: "Kalau tak sanggup hadir sidang Dun, jangan bertanding." Itulah intipati mesej yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada para wakil rakyat yang gagal menghadirkan diri ke sidang Dun sehingga terpaksa mengakibatkan pilihanraya kecil berlaku.
KUALA LUMPUR: Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.




Di Bilik Gerakan DAP di Pekan Labis, ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo (kanan) menempelak tindakan Chua yang
Sementara itu, dalam ceramah di Kampung Bukit Mambai tidak jauh dari situ, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu pula mengambil pendekatan menempelak Rosmah yang didakwa "mencampuri urusan politik dan menghabiskan wang rakyat".
Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.
SELAMAT malam cikgu. Kalau di sekolah anak murid sudah biasa dengan ucapan Selamat Pagi Cikgu. Ada juga ucap Selamat Petang Cikgu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan