Sabtu, 22 Januari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...

Posted: 22 Jan 2011 03:07 AM PST

Hafiz Yatim

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamSebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara terangan menuntut buku itu ditarik balik.

"Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

"Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan," katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

muhyiddin pc 200910 02Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Tenang: Cikgu Mala yakin pengundi sokong Pakatan buat kejutan

Posted: 22 Jan 2011 03:05 AM PST



Normala Sudirman bersalam dengan suaminya Makrof Abu Mutalib selepas disahkan sebagai calon kerusi DUN Tenang tengah hari tadi. - Foto oleh Choo Choy May

LABIS — Calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman percaya pengundi Tenang akan membuat keputusan bijak dengan memilihnya sebagai wakil rakyat yang baru bagi kerusi itu 30 Januari ini.

Beliau berkata pemilih DUN Tenang yang terdiri daripada lebih 14,000 orang akan membuat perubahan dan anjakan paradigma bagi memilih wakil rakyat yang boleh membela nasib mereka.

"Saya percaya pengundi Tenang akan buat kejutan demi masa depan anak bangsa, saya yakin pengundi akan buat perubahan.

"Saya yakin pengundi akan buat perubahan dan anjakan paradigma demi masa depan mereka. "Malah saya yakin dan optimis mandat akan diberikan dan pengundi akan buat pilihan terbaik untuk pilih wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.

Bagaimanapun Normala, 38, berkata beliau menyerahkan kepada pengundi membuat pilihan terbaik. "Saya serahkan mandat kepada pengundi pada 30 Januari ini," katanya.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharudin Md Isa, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala Barisan Nasional (BN) pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. Proses penamaan calon selama sejam bagi pilihan raya kecil DUN Tenang bermula pada pukul 9 pagi di Pejabat Majlis Daerah Labis.

Muhyiddin: Jangan perlekeh calon lawan

Posted: 22 Jan 2011 02:52 AM PST

BERNAMA


Muhyiddin (dua dari kanan) bersama calon BN Mohd Azhar Ibrahim dan Shahrizat Abdul Jalil. - Foto oleh Choo Choy May

LABIS — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak memandang ringan dan memperlekehkan calon parti lawan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Sebaliknya, mereka perlu menganggap ia sebagai cabaran besar dan perlu bekerja keras bagi mencapai sasaran untuk mencapai majoriti undi lebih 5,000 yang pernah diperoleh BN pada pilihan raya umum 2004.

"Bila ada persaingan, kita tidak mahu perlekehkan calon lawan. Setiap pemimpin perlu menganggap ini sebagai cabaran besar. Kita mahu lihat pelan transformasi Perdana Menteri diterima baik di semua peringkat masyarakat," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil DUN Tenang di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama-sama lebih kurang 12,000 penyokong BN mengiringi calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang merupakan bekas penolong pentadbir Tanah Daerah kecil Rengit berarak ke pusat penamaan calon.

PAS pula mencalonkan Ketua Muslimah Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti. Menyentuh mengenai kenyataannya pada 19 Jan lepas yang mahu BN tebus balik majoriti undi lebih 5,000 pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata ia bertujuan bagi memotivasikan jentera BN untuk bekerja lebih kuat bagi mencapai sasaran tersebut.

"Kita pernah dapat (majoriti itu). Itu cabaran kita. Untuk saya, itu satu sasaran. Itu usaha kita untuk memotivasikan jentera. Itu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kita. Kita hendak lihat apa hasilnya," katanya.

Berdasarkan semangat dan sambutan yang diberikan oleh jentera BN semasa proses penamaan calon hari ini, beliau yakin BN mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya kali ini.

"Saya yakin dengan calon kita. Latar belakang cukup baik, tidak ada apa-apa masalah perwatakan. Lagipun kawasan ini merupakan kawasan beliau sendiri. Kriteria ini dapat membantu pengundi-pengundi buat keputusan," katanya.

Ditanya sama ada BN yakin dapat mencapai sasaran majoriti undi melebihi 5,000, Muhyiddin berkata BN menjangkakan sokongan kepada parti komponen itu akan bertambah berdasarkan beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh parti itu.

Interlok: Wakil MIC mahu novel ditarik balik, nafi kenyataan TPM

Posted: 22 Jan 2011 12:32 AM PST


KUALA LUMPUR — Wakil MIC yang bertemu Kementerian Pelajaran minggu lalu telah menegaskan bahawa novel subjek sastera Interlok yang kontroversi harus ditarik balik daripada digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima.

Justeru menurut salah seorang wakilnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wakil-wakil yang hadir telah bersetuju novel itu baik dan patut digunakan adalah satu pandangan yang berbeza sama sekali.

Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr. A. Nagappan berkata, kesemua enam wakil MIC telah menzahirkan pendirian sebulat suara bahawa novel itu tidak wajar dibenar untuk digunakan sebagai teks sastera atas alasan kandungannya tidak sesuai bagi tujuan memupuk integrasi dan semangat 1 Malaysia.

"Kami telah mengetengahkan satu pendirian bersama... pendirian kami, wakil MIC (dalam pertemuan minggu lalu) ialah novel ini wajar ditarik balik, tiada cadangan lain daripada kami selain meminta ia tidak digunakan di sekolah," kata bekas pensyarah maktab perguruan ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Oleh itu satu perkara (novel patut digunakan) yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin (gambar) tidak benar," katanya.

Kata beliau, pihaknya berpendapat bahawa novel itu tidak wajar digunakan sebagai buku teks sastera berdasarkan pada keseluruhan kandungan ke atas pembangunan sosial masyarakat negara ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.

Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.

"Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini."

PAS Akan Bertanding Di Merlimau

Posted: 22 Jan 2011 12:29 AM PST

KELAB GREENBOC

Banyak pihak terutama di akar umbi mahu PAS terus bertanding mewakili Pakatan Rakyat di Merlimau. Malah Merlimau dianggap antara kerusi berpotensi parti Islam itu di Melaka.

Dalam pilihan raya umum tiga tahun lalu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Malaysiakini melaporkan, "Berdasarkan prestasi 2008, prestasi kita di Merlimau menyaksikan swing (perubahan) undi sebanyak 19 peratus, tertinggi di Melaka," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari sambil memberitahu sepanjang sejarah pilihan raya di Melaka, undi Melayu tidak banyak berubah.

Daripada 10,471 pengundi di DUN itu, 64.69 peratus adalah Melayu, Cina (21.11 peratus), India (14.16 peratus) dan lain-lain sebanyak 0.04 peratus.

Adly juga berkata, Merlimau merupakan penanda aras bagi kemenangan Pakatan di Melaka.

"Merlimau ini kawasan separa bandar. Kalau di sini kita menang, sudah tentu kawasan-kawasan bandar yang lain akan turut tumbang," katanya sambil berkata 'kesan domino' itu akan melanda DUN Bukit Baru, Teluk Mas dan Paya Rumput.

Di Merlimau, beberapa orang ahli PAS turut menyatakan mereka telah bersedia untuk menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi bagi mempastikan kejayaan parti berkenaan di di dalam pilihanraya kecil kali ini.

Mereka juga turut kecewa dengan kenyataan PKR, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider bahawa PKR mahu meletakkan calon mereka meskipun sudah diketahui kerusi itu milik PAS.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan menawarkan ketua sayap mudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Melaka Goh Leong San, PAS akan diberi keutamaan untuk bertanding di Merlimau, lapor TMI lagi.

"Kepimpinan Pakatan kemungkinan akan bertemu hujung minggu ini ataupun selepas itu, bukan hari ini, kerana kami hendak menunggu hari penamaan calon Tenang terlebih dahulu.

"Kami akan bertemu sehari atau dua selepas itu," katanya.

"Pakatan mempunyai persefahaman berhubung kerusi ditandingi, penduduk Melayu lebih 60 peratus ... kami menghormati kerja yang dilakukan oleh PAS di kawasan itu, biar PAS membuat keputusan mengenai calon," kata beliau.

Goh yang juga Adun Kesidang memberitahu, Pakatan Rakyat akan memfokus isu-isu negeri dan bukannya peringkat nasional pada pilihan raya kecil kali ini.

Kebetulan pula kata beliau, Pakatan Rakyat akan mengadakan majlis makan malam di Pekan Merlimau hari ini, yang akan turut dihadiri oleh timbalan pengerusi DAP nasional Dr. Tan Seng Giaw, Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim dan kemungkinan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.

Kerusi DUN Merlimau yang mempunyai 10,500 pemilih, terdiri daripada 64.7 peratus pengundi Melayu, 21 peratus Cina dan 14 peratus India.

Orang Asli Buat Laporan Polis Terhadap Satim Diman

Posted: 22 Jan 2011 12:28 AM PST

KELAB GREENBOC

Orang Asli kesal kenyataan YB

BANTING – Bekas Timbalan Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Arif Embing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat Isnin lalu menafikan kenyataan masyarakat itu mendapat bantuan 100 peratus dalam bidang pendidikan.

Arif membuat laporan itu susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Satim Diman yang berkata kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memberi bantuan sepenuhnya kepada masyarakat itu termasuk pengangkutan ke sekolah.

Arif berkata, mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan perlu bercakap mengikut fakta yang tepat.

"Dengan kenyataan demikian nampak seolah–olah Orang Asli tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya terpanggil untuk menyangkal kenyataan itu, kebanyakan Orang Asli tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut sedangkan masih terdapat di antara mereka terpaksa bersusah payang menanggung pendidikan anak–anak mereka", katanya.

Seorang pelajar lepasan SPM, Rohaiza Botot, 18, berkata, dia turut tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana persekolahan adiknya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya.

Menurutnya, tidak ada istilah bantuan 100 peratus dalam pendidikan untuk Orang Asli kerana kebanyakan ibu bapa masih membayar pelbagai bayaran untuk memberi pendidikan anak–anak di sekolah.

"Sekiranya kerajaan ingin membantu masyarakat Orang Asli bantuan 100 peratus, seharusnya dilakukan dengan jelas dan tidak disalahertikan", katanya ketika ditemui di Bangunan Pejabat Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Langat Berhad, semalam.

Bagi Suriana anak Perat, 23, dia tidak menyokong kenyataan berkenaan kerana sememangnya anak – anak Orang Asli masih tidak diberi bantuan pendidikan sepenuhnya.

Menurutnya, ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja keras mencari duit semata mata untuk memberi pendidikan kepada anak–anak.

"Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan melalui jabatan berkaitan ingin menyalurkan 100 peratus bantuan dalam pendidikan ianya perlu diberi kepada semua Orang Asli," katanya. -SH

70% Tubuh Melecur Terkena Kejutan Eletrik

Posted: 21 Jan 2011 10:41 PM PST

SABAH DAILY

"Saya tidak sanggup kehilangan dua tangan dan ibu jari kaki. Kalau ada pilihan lain, saya tidak ingin ia dipotong namun apakan daya hanya itu pilihan terakhir yang diberikan doktor," kata Muhamad Haruman Miskon, 22, sebak saat menceritakan situasi yang dilaluinya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), petang semalam.

Menurutnya, saat ini dia hanya mampu merintih dalam hati betapa pedih yang teramat menahan kesakitan di seluruh badan akibat kesan terbakar.

"Sejak awal kejadian berlaku, hanya air mata yang mengiringi kehidupan saya saban hari di atas katil hospital.

"Namun kini air mata sudah seakan kering, hati saya hancur dan kesal dengan apa yang berlaku, namun saya reda mungkin ini ketentuan Ilahi," katanya yang merupakan anak ke-9 daripada 10 adik beradik.

Tidak perasan ada kabel elektrik

Mangsa yang gemar berkarya melalui lukisan dan bekerja sebagai pemasang wayar dari rumah ke rumah tinggal di Jalan Ros 2, Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang menderita selepas hampir 70 peratus badannya terbakar dan menggelupas selepas terkena kejutan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang membersihkan kebun kelapa sawit milik rakannya di Masjid Baroh, Tanjung Karang pada 26 November lalu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi ketika mangsa bersama seorang rakan sedang memotong dahan kelapa sawit menggunakan sejenis peralatan memotong tanpa menyedari terdapat kabel elektrik yang longgar dan melendut tersangkut pada pelepah pokok berkenaan.

Mangsa yang tidak menyedari terdapat kabel elektrik berkenaan terus memotong dahan dan dengan sangat pantas badan mangsa tercampak beberapa meter akibat kejutan elektrik.

Jeritan kuat mangsa telah mengejutkan rakannya yang berada tidak jauh dari lokasi mangsa.

Rakanya, segera berlari mendapatkan Mohamad Haruman, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hampir keseluruhan badan mangsa terbakar.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh. Sekian lama dirawat di sana mangsa kemudiannya dipindahkan HTAR, Klang petang kelmarin.

Dalam pada itu, keluarga mangsa memaklumkan, dua tangan dan ibu jari kaki mangsa bakal dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun mereka kini berada dalam dilema kerana berharap ada cara lain yang mampu digunakan bagi menyembuhkan mangsa. Namun kini hati mereka berbelah bahagi kerana kalau diikutkan hati, mereka tidak sanggup melihat mangsa hilang anggota badannya. -SH

Pelabur Asing Terus Jauhi Pasaran Malaysia

Posted: 21 Jan 2011 10:39 PM PST

Oleh Suara Keadilan

graphPelabur-pelabur luar negara terus menjauhi Malaysia selepas pengurus-pengurus dana mengurangkan pelaburan mereka berikutan kebimbangan ekonomi China yang dijangka perlahan tahun ini.

Bank Amerika Merrill Lynch berkata dalam notanya minggu ini, Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus, Januari tahun ini.

"Underweight call" adalah rekomendasi kepada pelabur bagi pelabur untuk mengurangkan pelaburan mereka terutamanya keselamatan, aset atau dalam kes ini adalah negara.

Malaysia jatuh dari tangga ke-14 pada Disember ke tangga terakhir bulan ini, antara 15 negara yang dikaji oleh bank pelaburan, disebalik pengumuman projek-projek besar Program Transformasi Ekonomi dan Pilihanraya mengejut yang diramalkan akan diadakan tahun ini.

Selain Malaysia, senarai negara yang dianggap 'overweight' adalah Rusia, diikuti Thailand, Brazil, Turki, Korea Selatan, China, Indonesia dan Mexico.

Sementara pasaran membangun dan dianggap 'underweight' adalah Poland, Taiwan, Colombia, India, Afrika Selatan dan Chile.

Malaysia dianggap sebagai 'underweight' berikutan kurangnya minat pelabur dalam menambah pelaburan berikutan kerisauan ekonomi China bakal "meletus" dan memberikan impak terhadap pasaran di Asia.

Dalam 'Tinjauan Pengurusan Dana Januari 2011′, Merrill Lynch menyatakan walaupun sokongan untuk pasaran baru terus tinggi, bilangan pelabur 'overweight' dalam pasaran yang sama terus berkurang.

Bank pelaburan itu melaporkan hanya 43 peratus dari jumlah Pengurus Dana dalam tinjauan tersebut menyatakan mereka di tahap 'Overweight, turun 56 peratus dari dua bulan lalu.

Kadar kenaikan pelaburan oleh pelabur dalam ekuiti pasaran baru jatuh dari 31 peratus pada bulan Disember kepada 20 peratus, lebih banyak dari rantau lain.

"Bacaan rendah ini disebabkan kepercayaan terhadap prospek ekonomi di China semakin terhakis," kata Merrill Lynch dalam satu kenyataan media kelmarin.

Satu tinjauan Reuters yang dikeluarkan semalam melaporkan para ekonomis menjangka ekonomi China untuk berkembang sebanyak 9.3 peratus tahun ini, berbanding pengembangan dua digit pada 2010.

Inflasi di China juga turut dijangka meningkat kepada 4.3 peratus.

"Lewat tahun ini, pembuat dasar di Asia haru lebih agresif dalam menangani dan mengawal kenaikan inflasi dan akibat kadar pertumbuhan ekonomi yang lemah," kata Ketua Ekonomi Asia Nomura, Robert Subbaraman kepada Reuters

Para pelabur setakat ini kelihatan tidak berminat dengan Model Ekonomi Baru Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kerana kurangnya polisi yang lengkap serta pembalikan semula kuota Bumiputera.

Cadangan berani untuk mengurangkan kuota Bumiputera pada bahagian pertama tahun lalu bertujuan menambah persaingan telahpun diabaikan dalam bahagian kedua yang dilancarkan bulan lalu dipercayai tekanan daripada kumpulan hak asasi Melayu.

Permohonan Anwar pinda pernyataan kes saman Khairy didengar 27 Januari

Posted: 21 Jan 2011 10:37 PM PST

BERNAMA


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Januari ini bagi mendengar permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminda bahagian tertentu penyataan tuntutannya dalam saman fitnah beliau terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Fa'erah Nurul Aini Izany.

Timbalan Pendaftar menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas bertemu peguam Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan S.Prakash yang mewakili Anwar dan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy.

Perbicaraan kes saman itu ditetapkan selama dua hari mulai 13 April di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September, 2007, dan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah memfitnah beliau dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Beliau berkata, kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

Anwar mendakwa, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu; yang tidak meletakkan kepentingan terhadap perjuangan dan hak orang Melayu; dan beliau sanggup mengkhianati perjuangan serta hak orang Melayu hanya untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.
Penasihat Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) itu menegaskan bahawa Khairy mengeluarkan kenyataan itu untuk membayangkan bahawa Anwar merupakan ejen politik Amerika Syarikat dan Yahudi, selain untuk memusnahkan kerjaya politiknya, dan beliau mempunyai niat jahat semasa membuat kenyataan itu, yang dusta, tidak berasas dan bohong.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi untuk menghalang Khairy atau ejennya daripada mengulangi kenyataan itu.


Pegawai Fama dihukum penjara sebulan, denda RM10,000

Posted: 21 Jan 2011 10:31 PM PST

BERNAMA


SHAH ALAM - Seorang penolong pegawai Hal Ehwal Ekonomi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selayang dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 kerana membuat tuntutan palsu kos penginapan dan seminar di sebuah hotel, lapan tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan, Rosli Kasmuni gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mat Ghani membenarkan pelaksanaan hukuman penjara terhadap Rosli, 48, ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan selesai dan member tempoh sehingga 31 Jan ini untuk tertuduh membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosli memberikan invois kepada Penolong Pegawai Tadbir Fama Muhammad Amin Yahya Zikri, yang mengandungi maklumat palsu berhubung kos keseluruhan penginapan dan seminar berkaitan Mesyuarat Agung Kesatuan Eksekutif Fama di Hotel Brisdale di sini dari 29 hingga 30 Jun 2003 iaitu RM6,100 sedangkan kos sebenarnya ialah RM4,895.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Fama, Bandar Baru Selayang, Batu Caves dekat sini, antara 29 Julai dan 20 Ogos 2003 mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997, dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Baharuddin Mohd Kassim manakala Rosli diwakili peguam Edmund Ponniah.


Jeyakumar bantu komuniti Temiar, gempur kubu BN

Posted: 21 Jan 2011 09:46 PM PST

Terence Netto

Undi masyarakat Temiar di Sungai Siput, Perak telah sekian lama dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN.

NONEMasyarakat berjumlah hampir 9,000 orang yang menetap di sepanjang Sungai Perak selama ini adalah penyokong setia BN - pada pilihan raya umum 1999, 99 peratus mengundi parti pemerintah itu. Jumlah itu berkurangan kepada 96 peratus pada 2004 dan jatuh kepada 90 peratus pada tahun 2008.

Sepanjang tempoh itu, orang yang paling mendapat manfaat terbesar adalah presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang membalas sokongan itu dengan hadiah kepada ketua kampung Temiar manakala Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga dari semasa ke semasa membawa buah tangan.

NONEJusteru, bagi Dr Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), sejak 1999 - usahanya mengempur kubu kuat BN itu adalah terlalu sukar.

Namun peluangnya muncul pada 2009 apabila 400 masyarkat Temiar daripada 50 keluarga di Kampong Perje, Pos Legap memerlukan wang bagi membeli kabel demi memastikan jambatan di kampung berkenaan tetap utuh.

Jambatan yang merentangi Sungai Pelus itu digunakan bagi mengangkut susu getah yang ditoreh keluar dari kampung.

Taktik MCA takutkan Cina, Hadi tak gusar

Posted: 21 Jan 2011 09:42 PM PST

Kuek Ser Kuang Keng

Di sebalik taktik menakut-nakutkan pengundi Cina di Tenang dengan "agenda penubuhan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa", presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka mempunyai peluang 50 peratus untuk menawan kubu kuat BN itu.

NONE"Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada," kata Abdul Hadi ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, hari ini.

Menurut beliau, perubahan besar juga sudah berlaku di Johor dan BN menghadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat.

Ini katanya, berdasarkan kejayaan PAS merampas dua kerusi negeri pada pilihan raya umum yang lalu.

NONESelain itu, Abdul Hadi berkata kejayaan PAS menumbangkan Umno di beberapa kubu kuatnya pada beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Arau (Perlis), Bukit Gantang (Perak) dan di Kuala Terengganu menambahkan lagi keyakinannya.

"Calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang," katanya.

Faktor penentu

Pada pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman manakala BN pula menyandarkan harapan ke atas bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, bagi mempertahankan kerusi Umno itu.

NONEMenurut Abdul Hadi, pengundi muda di Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat.

"Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.

NONEDUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lalu.

PAS Melaka ucap takziah

Posted: 21 Jan 2011 09:38 PM PST

Ahmad Danial

JASIN: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hidhir Abu Hasan.

Abdul Ghani telah menziarahi jenazah allahyarham bersama-sama dengan AJK PAS Pusat dan pimpinan PAS negeri serta kawasan Jasin di Lipat Kajang awal pagi semalam.

Beliau tiba pada jam 1.00 pagi selepas program ceramah Datuk Seri Mohammad Nizar di Dataran Hamas, Jasin.

Dalam lawatan itu Abdul Ghani menasihatkan keluarga allahyarham supaya bersabar dengan ujian Allah yang berat itu.

"Tiap-tiap yang hidup akan meninggal dunia, kita yang hidup mesti meneruskan kehidupan dan redha dengan kematian ke atas orang yang kita sayangi," ujarnya.

Allahyarham yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam semalam selamat dikebumikan selepas solat Jumaat.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dikafankan di rumahnya di Jalan KTLK12 Kampung Tersusun Lipat Kajang dan disembahyangkan di Masjid As-Sajidin, Simpang Kerayong.

AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hidhir Abu Hassan dan mengharapkan mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan Allah SWT.

Semasa lawatan tersebut, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga berada di rumah tersebut.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Hidhir memperolehi undi manakala lawannya dari PAS, Mejar (B) Haji Jasme Tompang mendapat undi. Allahyarham menang dengan majoriti 2,154 undi.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa calon PAS mesti menang dalam pilihanraya kecil itu bagi memastikan suara PAS dapat membela Islam di negeri Melaka dengan menyuarakan apa juga isu yang berkaitan kedaulatan Islam dan kebajikan orang Melayu.

Sekitar Proses Penamaan Calon PRK Tenang

Posted: 21 Jan 2011 09:33 PM PST

Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria

12.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari.

11.30 am:
Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR mengumumkan tiada bantahan yang diterima.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.

10.10 am:
Calon PAS Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10.05 am:
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.50 am:
Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

9.12 am:
Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.07 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.

9.02 am:
Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.

8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

8.54 am:
Perarakan kini berada tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.50 am: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.

8.47 am:
Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.

8.40 am: Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.


8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.

8.28 am:
Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.

8.23 am:
Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.

8.20 am:
Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.15 am:
Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.

8.06 am:
Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.02 am:
Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat.

PAC diminta siasat projek Pulau Jerejak

Posted: 21 Jan 2011 09:29 PM PST

Fakhri Ali

BAYAN BARU: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diminta menyiasat dengan segera akaun dan laporan terperinci projek pembangunan Pulau Jerejak bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa rakyat mengalami kerugian ekoran ketidaklancaran projek pembangunan di pulau tersebut.

Katanya, kerugian sepertimana yang dimaklumkan berikutan premium tanah sebanyak RM10.6 juta yang masih lagi belum dijelaskan oleh Syarikat Tropical Island Resort kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang.

"Manakala Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pula terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM19 juta. Kerjasama antara PDC dan Uda Holdings Berhad sewajarnya dihentikan kerana ia merugikan kerajaan negeri.

"Uda juga bukannya pakar dalam bidang pembinaan tempat-tempat pelancongan. Mereka juga gagal menguruskan dengan baik resort yang terletak di Pulau Jerejak," katanya lagi.

Sim juga berkata, kerugian itu adalah kerana perancangan yang tidak komprehensif Uda bagi membangunkan pusat pelancongan Pulau Jerejak melalui pembinaan empat fasa projek yang merangkumi pembinaan ekopelancongan, rumah mewah dan juga marina di pulau tersebut.

"Dengan adanya siasatan terperinci, maka keadilan akan dapat dicapai sama ada terdapat atau tidak pihak yang terbabit dalam penyelewengan yang membabitkan projek pelancongan tersebut," ujarnya lagi.

Kes royalti: Kelantan mahu kekal didengar di bahagian komersial

Posted: 21 Jan 2011 09:23 PM PST


Husam berkata kerajaan negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat untuk kes saman
KUALA LUMPUR — Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi membolehkan kes royalti minyak terhadap Petronas, yang dibawa Ogos lalu, kekal didengar di bahagian komersial Mahkamah Tinggi.

Kerajaan PAS dikatakan kecewa apabila mengetahui yang tuntutan ke atas syarikat minyak nasional secara tiba-tiba dipindahkan ke bahagian sivil Mahkamah Tinggi untuk didengar Selasa lalu tanpa permohonan mana-mana pihak yang terbabit.

Sumber yang rapat dengan kerajaan negeri berkata, pihaknya akan membuat aduan kepada hakim perbicaraan mahkamah sivil dan meminta supaya ia dipindahkan semula ke bahagian komersial apabila ia didengar kelak.

"Mereka tidak boleh buat apa-apa sekarang sebab ia satu keputusan pentadbiran dan bukannya keputusan kehakiman," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Empat hari lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memaklumkan kerajaan Kelantan bahawa kes itu kini dipindahkan ke bahagian sivil tetapi tidak menamakan hakim perbicaraan dan juga tarikh bagi pendengaran kes.

Peguam Tommy Thomas, yang bertindak bagi Kelantan, memberitahu bahawa negeri itu ada hak sebagai plaintif untuk memutuskan mahkamah yang mereka hendak memfailkan kes mereka.

"Saya tidak tahu sebab pemindahan dari bahagian komersial ke bahagian sivil. Kerajaan Kelantan tidak membuat apa-apa permohonan untuk pemindahan sedemikian; mengikut pengetahuan kami, begitu juga Petronas," kata beliau The Malaysian Insider semalam.

Thomas menambah, pelanggannya telah memikirkan dengan mendalam apabila ia memilih bahagian komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedangkan ia boleh berbuat demiian di Mahkamah Tinggi Kota Baru.

Kata beliau, Petronas selaku defendan boleh memohon untuk memindahkan kes itu ke mana-mana bahagian lain tetapi perlu ada permohonan bertulis kepada Mahkamah Tinggi dan juga memaklumkan kerajaan Kelantan secara formal.

"Kami tidak menerima sebarang kertas mahkamah daripada Pertonas meminta pemindahan kes itu," kata seorang peguam.

Kes itu ditetapkan untuk didengar di bahagian komersial selepas difailkan pada 30 Ogos lalu. The Malaysian Insider difahamkan keadaan itu wujud selepas kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk mencelah dalam pertikaian tersebut.

Dalam permohonannya, Kelanan hanya menamakan Petronas sebagai defendan.

Malah, The Malaysian Insider juga difahamkan hakim asal kes itu juga telah dipindahkan ke Pulau Pinang. Hakim Nalini Pathmanathan, yang juga hakim bahagian komersial, kemudian dilantik untuk mendengar permohonan Putrajaya bagi mencelah, Isnin lalu.

Sabtu lalu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Putrajaya telah memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak dibawa kerajaan negeri Kelantan Ogos lalu.

Permohonan itu akan didengar pada 27 Januari ini, kata beliau, Husam, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, menambah, pentadbiran Najib seolah-olah mahu "membantu" Petronas agar tidak "keseorangan" menghadapi kes itu.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 setahun sejak 2005.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

Sebelum ini, Husam berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

DUN Tenang: Penamaan calon pagi ini, ujian penting BN-PKR

Posted: 21 Jan 2011 09:22 PM PST


LABIS — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang — yang keputusannya dijangka bakal membayangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 — berlangsung pagi ini.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil ke-14 sejak 8 Mac 2008, malah yang pertama di negeri selatan Semenanjung dalam dua dekad ini.

Kali terakhir Johor menyaksikan pilihan raya kecil adalah pada 1989. Pilihan raya kecil Tenang bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang akan meletakkan calon masing-masing hari ini.

Kedua-dua perikatan mahu turun gelanggang untuk membawa kemenangan sebagai bekalan semangat menjelang pilihan raya umum kali ini. Bagaimanapun laporan sebelum ini menyebut akan ada seorang calon Bebas mengemukakan borang penamaan calon.

BN akan diwakili Umno manakala Pakatan Rakyat pula PAS. Proses penamaan calon diadakan di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.

BN telah mengumumkan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Mohd Azahar Ibrahim, 39 sebagai calonnya manakala PAS akan diwakili oleh Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 39, bekas guru.

Penyokong kedua-dua parti sudah mula memenuhi kawasan pejabat Majlis Daerah Labis sejak pukul 6.30 pagi lagi. DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang. Seramai 13 pengundi berusia lebih 100 tahun.

Katanya, bagi menjalankan pilihan raya kecil Tenang, SPR akan menggunakan Pejabat Majlis Daerah Labis sebagai pusat penamaan calon manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan digunakan sebagai pusat penjumlahan rasmi undi.

Sebanyak sembilan sekolah dan tiga buah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 32 saluran tempat mengundi.

Seramai 376 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya kecil ini. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Kawasan itu mempunyai tiga penempatan Felda dengan pengundi dianggarkan lebih 3,500 orang.

Mustahil Wanita Umno Labis tolak calon lelaki BN, kata ketua

Posted: 21 Jan 2011 09:21 PM PST


KUALA LUMPUR — Wanita Umno Labis menafikan dakwaan bahawa sayap itu tidak menyokong pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Pakatan Rakyat yang diwakili PAS menurunkan calon wanita — Normala Sudirman dan sebelum ini wujud spekulasi BN juga kemungkinan akan meletakkan kaum ibu di Tenang kali ini.

Jumlah pengundi wanita di Tenang mengatasi kaum lelaki. Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh berkata, pihaknya setuju dan akur dengan keputusan yang dibuat kepimpinan Umno dalam memilih calon terbaik untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

"Ini adalah cerita yang sengaja digembar-gemburkan dan ia adalah fitnah yang sengaja dimainkan.

"Kami (Wanita Umno Labis) setuju dan akur dengan keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi (bagi menentukan calon). "Ini semua fitnah yang mahu melaga-lagakan sedangka kami di sini menyokong penuh calon yang dipilih (Azahar)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Haslinda. yang sebelum ini disebut-sebut akan menjadi calon BN mengambil kira pertimbangan pengundi wanita di Tenang juga menegaskan, sekiranya beliau tidak menyokong pemilihan Mohd Azahar sudah pasti tidak akan hadir ketika pengumuman calon dibuat Rabu lalu.

"Saya kenal beliau dan beliau juga kenal saya walaupun tinggal di Rengit, dan khabar angin mengatakan saya tidak sokong adalah tidak benar, saya nafikan sekeras-kerasnya.

"Kalau saya tidak sokong pada hari pengumuman calon saya tidak akan hadir, tapi saya hadir untuk memberikan sokongan kepada calon BN," katanya.

Beliau juga berkata dakwaan itu kemungkinan direka untuk meruntuhkan semangat jentera BN sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

"Kalau pengundi di sini boleh terima Mohd Azahar sebagai calon, kenapa pula Wanita Umno Labis tolak. Ia adalah perkara yang mustahil.

"Mungkin ia dicipta untuk melemahkan dan melaga-lagakan jentera parti. Kami Umno Labis menyokong penuh pemilihan Mohd Azahar sebagai calon BN," katanya.

Tambah beliau, soal calon bukan perkara yang paling penting tetapi kemenangan parti yang menjadi aspek terpenting.

"Soal siapa calon tidak penting, sama ada dia lelaki atau perempun ia tidak penting kerana yang penting adalah memastikan parti menang.

"Saya tidak penting, (Mohd) Azahar tidak penting, apa yang penting adalah parti dan kami mesti memastikan parti menangb dalam pilihan raya kecil ini.

"Ini bukan soal individu tapi soal parti, sesiapa sahaja boleh jadi calon tapi jentera di bawah ini yang akan memastikan parti akan menang," katanya.

Sementara itu Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid juga menegaskan, sayap Wanita Umno kawasan itu menyokong penuh pemilihan Mohd Azahar sebagai calon BN.

"Kalau lihat dari segi sokongan Wanita Umno tiap-tiap hari mereka datang ke pejabat (Umno Labis), macam nak roboh.

"Saya rasa ia tidak benar kerana saya lihat Wanita Umno Labis memberikan sokongan penuh, begitu juga Ketua Wanita Umno Labis.

"Memang tiada masalah langsung, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali," katanya. Proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang berlangsung pagi ini dan pengundian pada 30 Januari.

Wakil rakyat wajib jalani ujian kesihatan?

Posted: 21 Jan 2011 09:19 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan akan mencadangkan kepada jemaah menteri supaya setiap wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala — kemungkinan setiap tahun — dipercayai ekoran kematian sejumlah wakil rakyat yang turut mengakibatkan pilihan raya kecil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu membawa cadangan tersebut untuk pertimbangan Kabinet. Katanya, cadangan itu akan dikemukakan ekoran beberapa siri kematian membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

"Apa yang kita cuba cadangkan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah," kata beliau di Labis — salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di bahagian itu — Tenang menyaksikan pilihan raya kecil.

Penamaan calon hari ini. Dipetik Utusan Malaysia, Liow berkata, perkara tersebut perlu diberi pertimbangan kerana sehingga sekarang "sudah terlalu banyak kematian membabitkan rakyat rakyat."

Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan ray kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan satu lagi membabitkan kerusi Merlimau di Melaka juga akan menyaksikan pilihan raya kecil.

Tarikhnya dijangka akan diputuskan minggu depan. Kini terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Daripada 15 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau kemungkinan akhir bulan depan, 12 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau.

Penyandang kerusi Batu Sapi meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti menyaksikan pilihan raya kecil disebabkan wakil rakyatnya, dari PKR, meletakkan jawatan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan jumlah pilihan raya kecil sejak Mac 2008 hampir menyamai rekod pilihan raya kecil 1987-1990.

Negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil - jumlah tertinggi sejak awal 1980-an - yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Speaker S’gor: SPR tidak boleh campur tangan

Posted: 21 Jan 2011 09:18 PM PST

'Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh memutuskan sesuatu hal bagi pihak Speaker. SPR juga tidak mempunyai kuasa untuk bercanggah dari keputusan Speaker.'


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, yang telah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Kelang, yang disandang Badrul Hisham Abdullah, Rabu lalu.

Speaker Dewan Udangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata Speaker mempunyai hak berbuat demikian
berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang memperuntukkan kuasa kepada Speaker memutuskan sama ada sesebuah kerusi DUN itu kosong seterusnya tugas SPR untuk mengadakan satu pilihan raya untuk mengisi kekosongan terbabit dalam masa 60 hari.

"Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh memutuskan sesuatu hal bagi pihak Speaker. SPR juga tidak mempunyai kuasa untuk bercanggah dari keputusan Speaker.

"Jika SPR berbuat demikian, tindakan itu akan bertentangan dengan perlembagaan negeri," katanya pada sidang media di pejabatnya disini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang berkata SPR tidak akan terlibat dalam masalah dalaman negeri itu.

"Itu adalah satu perkara antara Speaker Selangor dan ADUN terbabit. Kedua-duanya mempunyai hujah dan pendirian tersendiri mengenai perkara itu.

"Saya tidak begitu arif mengenai perlembagaan negeri Selangor. Walaubagaimanapun SPR akan tunggu notis resmi dari Speaker mengenai kekosongan DUN tersebut," kata Wan Ahmad kepada FMT pagi tadi.

Rabu lepas, Teng mengumumkan yang Badrul tidak lagi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Kelang dan kawasan DUN tersebut diisytiharkan kosong.

Ini adalah mengikut Akta Tubuh Negeri Selangor yang memberi kuasa kepada Speaker berbuat demikian jika ahli DUN tidak hadir mesyuarat selama enam bulan.

Badrul pula menyangkal dakwaan itu. Katanya beliau pernah menghadiri pembukaan penggal DUN itu pada November 2010.

Notis kepada SPR

Teng berkata pihaknya juga telah menghantar notis pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini dan percaya pejabat SPR negeri di sini juga sudah maklum akan notis tersebut.

Beliau turut mendedahkan bahawa dakwaan Badrul sebelum ini mengenai kehadirannya dalam upacara pembukaan rasmi persidangan Dun pada 8 November tahun lalu adalah bohong.

Teng juga menafikan tiada upacara pembukaan rasmi persidangan dewan pada tarikh tersebut.

"Upacara pembukaan rasmi penggal ketiga persidangan DUN ke-12 diadakan pada 12 April tahun lalu yang disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Persidangan pada bulan November itu merupakan pembentangan bajet tahunan dan bukan upacara pembukaan rasmi seperti yang didakwa Badrul," katanya.

Selain itu, Teng berkata Badrul juga tidak hadir persidangan dewan daripada 8 sehingga 15 November tahun lalu seperti yang tercatat dalam rekod minit mesyuarat dewan (handsard) dan buku kedatangan.

Teng juga mendedahkan bahawa Badrul sendiri mengaku bahawa beliau tidak hadir sepanjang tarikh 8 sehingga 15 November tersebut seperti yang tertulis dalam surat rasmi yang diterima Teng pada 10 Disember tahun lalu.

Teng bagaimanapun mempertahankan tindakannya mendedahkan pembohongan Badrul ini adalah untuk mempertahankan integriti pejabat Speaker sekaligus merungkai kekeliruan orang ramai.

"Saya tidak ada pilihan melainkan mendedahkan dokumen yang berkaitan.

"Saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga menerima maklumat salah seperti apa yang dibohongi Badrul sebelum ini akan menerima gambaran jelas bahawa tidak ada fakta yang bercanggah.

"Sebaliknya saya terkejut bagaimana Perdana Menteri memilih untuk mempercayai pembohongan seorang Adun daripada mempercayai tugas Speaker yang menjalankan tugas dengan betul mengikut undang-undang dan disokong oleh rekod rasmi," katanya.

Yang Berbahagia, bukan Yang Berhormat

Sehubungan pengisytiharan tersebut, Teng juga memutuskan melarang Badrul daripada memasuki Dewan semasa persidangan pada Isnin ini walaupun Badrul bertegas mahu menghadirinya.

"Badrul kini hanyalah seorang Yang Berbahagia dan bukan Yang Berhormat. Maka hanya Yang Berhormat sahaja dibenarkan masuk ke dalam Dewan dan mengikuti persidangan.

"Beliau sudah tidak ada urusan lagi dengan Dewan," katanya.

Ditanya keputusan Badrul untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Adun, Teng berkata pihaknya tidak bimbang sebaliknya akan membiarkan mahkamah memutuskannya.

Beliau turut membidas kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan keputusan menentukan kekosongan kerusi adalah keputusan suara ahli dewan dan bukannya Speaker.

Beliau sebaliknya berkata perkara itu mungkin berlaku dalam Dewan Rakyat seperti yang termaktub dalam Artikel 52(1) Perlembagaan Persekutuan, dan keadaan ini berbeza mengikut Undang-Undang Tubuh Selangor 1959.

"Kita tak perlukan peguam untuk menafsirkan perbezaan antara kuasa Dewan Rakyat dan kuasa Speaker. Jika tidak faham perbezaan antara kedua-duanya, mungkin beliau perlu kembali semula ke sekolah undang-undang atau sekolah Inggeris untuk menyemak semula peruntukan tersebut," katanya.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu 14 PKR, 13 DAP, lapan PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Namun selepas kekosongan kerusi Pelabuhan Klang menjadikan jumlah keseluruhannya 55 kerusi, Teng berkata perkara itu tidak akan menjejaskan pengundian untuk mendapat 2/3 majoriti bagi meminda perlembagaan negeri.

Tiada agenda tersembunyi

Sementara itu, Teng juga mengumumkan salinan pindaan rang undang-undang kini sudah sedia untuk diedarkan kepada setiap Adun seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan hari ini.

Katanya, Adun boleh mengambil salinan tersebut di pejabat Setiausaha Dewan sekaligus menafikan dakwaan Adun BN bahawa pihaknya mempunyai agenda tersembunyi dengan tidak menghantar notis dan dokumen pindaan kepada Adun.

"Disebabkan keadaan agak tergesa-gesa dan masa yang suntuk, pihak Dewan pun baru menerima rang undang-undang baru itu pada Rabu lalu.

"Menteri Besar pun pada minggu lalu sudah umumkan tentangnya. Kalau tak nak ambil di pejabat Setiausaha Dewan pun ada kuasa dalam peraturan 10(3) mesyuarat Dewan yang menyebut maklumat itu juga boleh diedarkan pada hari persidangan sebelum bermesyuarat bermula.

"Jadi sebenarnya tidak ada isu yang mendakwa kami sengaja tidak mahu memberikan salinan notis dan dokumen tersebut kerana kami sudah menggunakan semua saluran yang ada," katanya.

Posted: 21 Jan 2011 09:16 PM PST

BN-Pakatan ulangi saingan 2008, kempen Tenang bermula


LABIS — Gelanggang kempen kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dibuka secara rasmi dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat — mengulangi pertarungan tiga tahun lalu.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 38, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru, Normala Sudirman, 38.

Pegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir mengesahkan hanya dua orang mengemukakan borang penamaan calon dan kedua-dua mereka disahkan sebagai calon pilihan raya kecil yang ke-14 ini pada pukul 11.20 pagi tadi.

Pengundian akan berlangsung pada 30 Januari ini. Keputusan pilihan raya kecil ini meskipun tidak akan memberi kesan ke atas kedudukan di DUN tetapi dilihat bakal menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 kelak, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Mohd Azahar memasuki dewan penamaan calon untuk menyerahkan borang pada pukul 9.02 pagi manakala Normala yang mesra dikenali sebagai "Cikgu Mala" menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. Proses penamaan calon selama sejam bagi pilihan raya kecil DUN Tenang bermula pada pukul 9 pagi di Pejabat Majlis Daerah Labis.

Ia disusuli dengan tempoh bantahan selama satu jam dan diikuti dengan pengumuman senarai calon yang sah bertanding.

Sekitar 10,000 orang dengan kekuatan yang seimbang di pihak BN dan Pakatan membanjiri pekarangan pusat penamaan calon tetapi maklumat diterima menunjukkan penyokong iringan dilarang menggunakan pembesar suara.

Polis dikatakan merampas beberapa pembesar suara dibawa penyokong iringan. Terdahulu Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong BN untuk mengiringi calon mereka Mohd Azahar di pusat penamaan tersebut.

Turut mengiringi Muhyiddin termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Presiden MIC Datuk G. Palanivel. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharudin Md Isa, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon PAS.

Keadaan cuaca di pusat pencalonan itu baik dengan penyokong calon masing-masing mula berkumpul seawal 6.30 pagi dan berada di pusat itu sebelum 8.30 pagi.

Penyokong calon BN ditempatkan di sebelah kiri dewan manakala penyokong calon Pakatan di sebelah kanan dewan.

Bukan mudah nak menang di Tenang tapi tak mustahil, kata Hadi

Posted: 21 Jan 2011 04:17 PM PST


LABIS — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata peluang Pakatan Rakyat untuk meramps kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bermula hari ini adalah 50:50 tetapi "tidak mustahil" untuk menang.

Menurut Abdul Hadi, Pakatan yang meletakkan calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga Barisan Nasional (BN), tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada.

"Malah perubahan besar sudah berlaku di sini (Johor), BN juga hadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat," kata beliau ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.

Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Muslimat PAS Labis, Normala, bekas guru manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 38.

Tambah Abdul Hadi, pengundi muda di DUN Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat. "Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas.

Hanya dua calon serah borang, BN-Pakatan bersaing

Posted: 21 Jan 2011 04:16 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

LABIS — Hanya dua orang masing-masing seorang dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengemukakan borang penamaan calon untuk bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pagi ini.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru Normala Sudirman, 39.

Kedua-dua calon itu memasuki dewan penamaan calon pada pukul 9.10 pagi. Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang bermula pada pukul 9 pagi di Pejabat Majlis Daerah Labis.

Tempoh pencalonan adalah selama sejam, disusuli dengan tempoh bantahan selama satu jam dan diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil oleh pegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir.

Terdahulu Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong Barisan Nasional (BN) untuk mengiringi calon parti Mohd Azahar di pusat penamaan tersebut.

Turut mengiringi Muhyiddin termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk G. Palanivel dan pemimpin komponen BN yang lain.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharudin Md Isa, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon PAS.

Keadaan cuaca di pusat pencalonan itu baik dengan penyokong calon masing-masing mula berkumpul seawal 6.30 pagi dan berada di pusat itu sebelum 8.30 pagi.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan berlangsung pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti undi sebanyak 2,492.

Buku yang dibaca, yang dibakar

Posted: 21 Jan 2011 04:03 PM PST

Hishamuddin Rais

Bila saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok, saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India.

13 mei tunku abdul rahman 121007Sebenarnya, membakar buku di Malaysia ini bukan satu yang baru. Pertama kali saya terbaca berita membakar buku ini ketika di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu.

Buku 13 Mei: Sebelum dan Sesudah telah dibakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau pun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Buku itu adalah garapan Tunku Abdual Rahman, yang pada ketika itu perdana menteri Malaysia. Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada tauke Cina.

Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti Malaya ini disebabkan pada 10 Mei 1933 anak anak mahasiswa Jerman juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka besar adalah judul buku yang dianggap tidak 'bersemangat Jerman'. Ini berlaku di zaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah bagimeluaskan pengaruh politik Nazi.

Interlok ada menggunakan perkataan 'paria' yang dianggap rasis oleh orang India. Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India. Sama ada perkataan paria dalam Interlok ini rasis atau tidak, bukan ini yang ingin saya garap. Saya ingin membuka ke satu rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka persejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.

NONEHarus disedari bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.

Misalnya bunyi "ke-la-pa". Bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang Sweden. Tetapi ia memiliki makna untuk orang Malaysia. Makna ini lahir dari alam persekitaran, dari sesuatu budaya bangsa, bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkataan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.

Baju Cina, baju Keling

Mari kita lihat perkataan "keling", yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar ia dilupuskan dari Kamus Dewan. Untuk saya, mamat yang menuntut penlupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti mamat ini tidak ada keupyaan untuk membaca 25,000 buku Jerman. Jauh sekali membaca kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

indian crowd malaysia 291107Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkataan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisme. Perkataan keling muncul apabila adanya bukan orang Melaka yang datang dari negara atas angin. Lalu mereka diberi nama keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.

Bunyi, makna dan tanda di sini bukan ilmiah yang berasakan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu mengunakan perkataan Benggali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab, walhal Benggali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah Benggal.

Lihat perkataan ini diterima masuk dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.

"Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju Cina dan sepasang baju Keling. Maka apabila anakanda memakai baju Cina maka rupa Cinalah dianya. Apabila anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…"

kugan detainee death morgue scene 220109Di atas adalah ayat dalam buku Sulalatus Salatin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika, lama dahulu konsep prasangka, rasisme dan perkauman ini belum wujud dalam sensibeliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Telekom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasong.

Malah sensibeliti terhadap perkataan keling atau paria ini datang kemudian dalam budaya Melayu. Ia datang bersama sikap rasisme yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisme memerlukan satu idealogi untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.

Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British di ladang getah di Tanah Melayu ialah warga paria kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandur dari kasta yang lain. Yang menjadi pengurus juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah.

Kepala angin tak faham


Amat jelas perkataan tanda dan makna paria ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Paria ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memiliki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkataan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan paria ini ialah orang-orang dari India itu sendiri yang kini tinggal di Malaysia tetapi dengan bangganya masih mengamalkan sistem kasta.

Jangan silap faham. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap "orang lain" ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler, kaum Zionis atau kuam penjajah. Ia wujud dan dimiliki oleh semua budaya dan bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.

azlanJusteru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibeliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Sulalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling disebut bersama perkataan tanjung.

Biar saya bawa keluar ke dunia sastera di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.

Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - 165 tahun dahulu. Dalam buku ini ada menggunakan perkataan "nigger". Pada tahun-tahun 60-an lahirnya pejuangan hak asasi manusia di Amerika Syarikat. Maka lahir satu kesedaran dan sensibeliti baru di mana warga berkulit hitam marah kalau dipanggil nigger. Perkataan ini dianggap rasis.

australia media visit 290107 islamic college libraryKetika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau dipanggil negro. Negro ini bermakna hitam dalam bahasa Sepanyol, seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibeliti baru di mana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.

Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti. Ada juga Kepala-kepala angin yang tidak faham tentang sastera dan budaya telah mengkritik buku Mark Twain. Kepala angin di Amerika agak cerah sedikit kerana mereka tahu sadikit sebanyak tentang sejarah dan makna upacara bakar-membakar buku ini. Mereka tidak ingin diasosiasi dengan cucu-cicit Hitler. Hingga ke hari ini buku Mark Twain ini adalah buku wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui budaya dan sastera Amerika.

Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah, di zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid (763-809) dan di zaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Di zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan.

Kempen politik

Al-Farabi dan Ibu Sina, dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-Farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini, tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.

Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisme tidak ada yang menentangnya. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sina. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut al-Falasifah (Kerancuan Ahli Falsafah) untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sina. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.

salman rushdie satanic versesMembakar buku untuk menunjukan tentangan adalah senang. Buku Salman Rushdie dibakar. Buku Tunku dibakar dan kini buku Abdullah Hussain pula dibakar. Nyatalah sosok-sosok yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang India di Malaysia ini merasa diri mereka ditindas. Peratus orang India dalam penjara tinggi berbanding dengan jumlah penduduknya. Ramai anak-anak muda India mati di pelbagai rumah pasong. Ramai orang India tidak memiliki kad pengenalan dan hidup merempat.

Penindasan terhadap orang India ini dilakukan oleh kerajaan yang berpandukan falsafah Ketuanan Melayu. Semua ini betul dan sahih. Tetapi jawapan untuk membebaskan diri dari penindasan ini bukan dengan melupuskan perkataan keling atau menghapuskan konsep paria. Ia memerlukan lebih dari itu.

Untuk membebaskan diri ialah melalui pembacaan. Melalui pembacaan buku-buku, kemungkinan dapat digarap satu pemikiran yang akan membawa harapan dan pembebasan. Membakar buku tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah mencemarkan udara. Amat ironis, si pembakar buku tidak mungkin akan akan dilihat berkulit putih, bermata biru dan berambut merah, walaupun membakar Intelok sebagai satu kempen politik untuk membakar semangat kaumnya.

Gobala perlekeh surat tunjuk sebab PKR

Posted: 21 Jan 2011 03:40 PM PST

Aidila Razak

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dipercayai akan dikenakan tindakan disiplin kerana keengganannya menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

NONEDalam jawapan angkuhnya di Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab."

Gobalakrishnan, yang dihubungi pada pelancaran parti baru pimpinan bekas ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim - KITA - mendakwa dia juga tidak dapat memenuhi tarikh akhir 17 Januari itu kerana surat sepanjang 45 mukasurat itu diterimanya pada hari yang sama.

NONEBagaimanapun PKR mendakwa surat berkenaan dihantar ke Gobalakrishnan pada 4 januari lalu melalui pos berdaftar dan tarikh akhir pada 10 Januari kemudiannya dilanjutkan kepada 17 Januari lalu bagi memberinya peluang terus menjawab.

Adalah dipercayai berikutan kegagalannya itu akan menyaksikan Gobalakrishnan diheret ke mesyauarat disiplin PKR kerana membidas parti itu dan pemimpinnya.

NONEBekas naib presiden PKR itu sejak akhir-akhir ini seringkali membidas partinya, khususnya Anwar di Twitter dengan mendakwa PKR mengabaikan masyarakat India.

Bidasannya bermula apabila seorang peguam N Surendran dilantik sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa penggantinya itu kurang pengalaman dan kelayakan bagi mewakili masyarakat India serta tidak fasih berbahasa Tamil.

Beliau juga menyalahkan Anwar kerana penutupan sebuah kuil Hindu di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Tiada ulasan: