DIALOG RAKYAT |
- Hata Wahari buka ‘pejabat’ depan Utusan
- Sempena Thaipusam, beberapa jalan sekitar bandar raya di tutup
- Bekas penyelia kemas mengaku terima cek dan wang tunai RM15,000
- Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda
- Minyak masak: BN sengaja cipta masalah
- Jamil diminta arah ALP undur dari syarikat haram
- Nasib generasi ke 2 Felda yang terpinggir
- Sultan beri perkenan persidangan DUN Selangor
- Kerajaan Selangor tawar latihan usahawan dan modal untuk pekerja Muslim di premis tidak halal
- Najib umum RM1.6 bilion majukan peneroka Felda
- Krisis Kelantan: Polis ambil keterangan Ku Li esok
- Debat Anwar - Najib
- Anda Boleh Dakwa Polis Atau SPRM Jika Anda Yakin Anda Tidak Bersalah
- Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata'
- SPR pindah pengundi
- Penafian Serlah Sikap Pura-Pura Markom
- Polis, SPR, SPRM jangan amal double standard
- Dewan Penyokong PAS hantar 200 petugas
- 35 pelajar UiTM Arau cedera ringan,bas terbabas
- Sepang bakal menjadi kawasan perindustrian
- Setiausaha DAP Selangor sumbang kepada tabung khas
- Forum 100 Hari Pakatan tanpa wakil pemuda Umno
- Palanivel pengerusikan mesyuarat CWC MIC pertama di Segamat
- Isu azan: BN amal ‘double standard’, kata Tony Pua
- PM di Tenang untuk lawatan sehari
| Hata Wahari buka ‘pejabat’ depan Utusan Posted: 18 Jan 2011 04:35 AM PST SELANGOR KINI KUALA LUMPUR – Setelah digantung walaupun belum dibuktikan bersalah Hata Wahari hari ini membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras. Jelas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan(NUJ) itu tindakan ini sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil. Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas". Dan kakitangannya cuma beliau seorang. Bagi Hata, tindakannya itu sebagai membantah tindakan Utusan menggantung kerjanya, sedangkan beliau belum dibuktikan bersalah. "Saya baru dituduh, belum lagi dibuktikan. Ini tidak adillah," kata wartawan kanan yang telah berkidmat 15 tahun di akhbar milik Umno itu. Semalam siasatan dalaman yang dijadualkan terhadap Hata oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal. Pada prosiding di Pusat Latihan Utusan itu, beliau diiringi Setiausaha NUJ, V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu. Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata. "Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu. Hata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini. Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan. Pandangan dan kritikan terbukanya – seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan – dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang. Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). | ||
| Sempena Thaipusam, beberapa jalan sekitar bandar raya di tutup Posted: 18 Jan 2011 04:34 AM PST SELANGOR KINI
KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Thaipusam Khamis ini, beberapa jalan sekitar bandar raya akan di tutup secara berperingkat mulai esok berikutan perarakan kereta berhala dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves. Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur, Cif Inspektor Mohd Irwan Abd Rahim berkata, penutupan jalan yang terlibat bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang. "Perarakan akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Kovil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves," ujar beliau. Mohd Irwan berkata, penutupan jalan untuk perarakan balik pada hari Jumaat dan Sabtu pula bermula pukul 2 petang hingga 3 petang. "Bermula dari Kuil Sri Subramaniam Batu Caves, Jalan Ipoh 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Lorong Kovil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir, Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee," katanya. Tambah beliau, laluan yang terlibat akan dibuka semula kepada pengguna selepas kumpulan perarakan berkenaan melaluinya. | ||
| Bekas penyelia kemas mengaku terima cek dan wang tunai RM15,000 Posted: 18 Jan 2011 04:29 AM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM – Seorang bekas penyelia Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) kawasan Sabak Bernam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menerima dua keping cek dan wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, lapor Bernama. Russ Soli Harun, 58, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Tertuduh yang semasa kejadian bertugas sebagai Penyelia Kemas di Pejabat Kemas kawasan Parlimen Sabak Bernam didakwa menerima dua keping cek tunai berjumlah RM12,700 dan RM300 serta wang tunai RM2,000 yang dimasukkan ke dalam akaun BSN miliknya daripada Mohd Zaki Basar. Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di Bank Bumiputra Commerce Bhd cawangan Sungai Besar, Sabak Bernam, pada 27 Dis 2004 dan 4 Feb 2005. Tertuduh yang ditangkap pada 25 Ogos 2006 didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Azhaniz Teh menetapkan 21 Feb ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkannya diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee sementara tertuduh tidak diwakili peguam. Di mahkamah yang sama, seorang pemilik restoran mengaku tidak bersalah memberi suapan wang tunai RM2,000 kepada seorang penyelia keselamatan kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana mencuri arus elektrik. Kok Tak Chiang, 36, didakwa memberi suapan kepada Mohd Sanusi Zakaria di Restoran Syed Abu, 19 Jalan SS22/19, Damansara Jaya, Petaling Jaya, pada 1.30 pagi, 8 Julai tahun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Dia dibebaskan dengan jaminan RM7,500 serta seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 16 Feb depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari SPRM Siti Zakiah Che Man sementara tertuduh diwakili peguam Nik Mohd Hasrul Nik Hamdan. | ||
| Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda Posted: 18 Jan 2011 04:25 AM PST
| ||
| Minyak masak: BN sengaja cipta masalah Posted: 18 Jan 2011 04:24 AM PST
| ||
| Jamil diminta arah ALP undur dari syarikat haram Posted: 18 Jan 2011 04:23 AM PST
| ||
| Nasib generasi ke 2 Felda yang terpinggir Posted: 18 Jan 2011 03:29 AM PST
| ||
| Sultan beri perkenan persidangan DUN Selangor Posted: 18 Jan 2011 03:26 AM PST BERNAMA SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. | ||
| Kerajaan Selangor tawar latihan usahawan dan modal untuk pekerja Muslim di premis tidak halal Posted: 18 Jan 2011 03:25 AM PST BERNAMA SHAH ALAM – Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk latihan usahawan dan modal kepada pekerja Islam di premis tidak halal di negeri ini bagi membantu mereka mencari pekerjaan lain dan mendapatkan rezeki lebih berkat. Kenyataan Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib orang Islam yang bekerja di premis seperti kilang arak dan kelab malam serta sektor pekerjaan yang melibatkan arak. Justeru itu kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan peluang latihan usahawan dan modal berkenaan bagi membantu pekerja beragama Islam terbabit memulakan perniagaan sebagai mata pencarian baru. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan adalah kecantikan, jahitan, masakan dan membaiki telefon bimbit. Mereka yang berminat boleh berurusan di Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-5544 7115/7965. Baru-baru ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan surat peringatan dan garis panduan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak sebagai langkah membendung mereka dari terbabit dalam bidang pekerjaan tidak halal. | ||
| Najib umum RM1.6 bilion majukan peneroka Felda Posted: 18 Jan 2011 03:20 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER LABIS — Dilihat sebagai usaha meningkatkan sokongan peneroka menjelang pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat Felda di seluruh negara untuk tahun 2011. Felda menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) khususnya parti terasnya Umno selama ini. Malah pengumuman itu dibuat ketika BN membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang hujung bulan ini. Hari ini Najib, yang juga Pengerusi BN mengadakan lawatan ke Tenang. Berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta daripada Felda untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka Felda. "Ini bukanlah sesuatu angan-angan yang direka kita ataupun janji yang tidak berpijak atas bumi yang nyata (seperti) yang mutakhir ini...mudah diluahkan oleh parti pembangkang. "Ini adalah satu rekod pencapaian yang luar biasa yang telah diperjuangkan dan hasilnya dapat dilihat hari ini. Kejayaannya (Felda) mengubah keadaan hidup masyarakat yang bertuah kerana terpilih menjadi peneroka Felda dan bertuah kerana bernaung di bawah kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional ," kata beliau dipetik Bernama. Najib berkata peruntukan itu membuktikan Felda sebagai sebuah institusi yang kukuh daripada segi kewangan dan pentadbiran, sekali gus membuktikan dakwaan pembangkang kononnya Felda bankrap merupakan satu taktik kotor untuk mengelirukan peneroka dan rakyat. Katanya Felda telah melalui proses transformasi yang agresif sehingga menjadi satu gagasan yang mampu mengubah landskap sosioekonomi negara, terutama bagi penduduk luar bandar, secara tuntas dan berkesan. Najib berkata dengan pendapatan masyarakat Felda hari ini melebihi RM3,000, ia membuktikan mereka bukan lagi merupakan golongan yang terletak di bawah 40 peratus masyarakat berpendapatan rendah, sebaliknya kini sudah berstatus berpendapatan sederhana. "Bila saya dapat gambaran bahawa pendapatan telah melebihi RM3,000 oleh setiap peneroka, apa signifikannya, pertama, bila kita buat Model Baru Ekonomi, kita kata mengikut taksiran pendapatan negara, mereka yang berpendapatan rendah terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM2,300 sebulan, itu perkiraan purata pendapatan rakyat negara kita. "Bila saya dapat tahu peneroka Felda di sini dan seluruh negara dapat pendapatan RM3,000 lebih sebulan bererti mereka tidak lagi tergolong dalam kategori 40 peratus rakyat yang mendapat pendapatan rendah. Felda hari ini telah secara rasminya menjadi golongan berpendapatan pertengahan dalam negara kita," katanya. Perdana Menteri berkata menjadi tanggungjawab semua untuk bukan sahaja mengenang masa lampau dan menghargai budi Felda tetapi terus menyuburkan "apa yang ditanam, dibaja dan disiram" agar dapat memberi seribu rahmat kepada masyarakat Felda dan negara secara keseluruhan. Terdahulu, Najib yang tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi, telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka. | ||
| Krisis Kelantan: Polis ambil keterangan Ku Li esok Posted: 18 Jan 2011 03:10 AM PST
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis Kota Baru akan merakamkan kenyataan anggota kerabat diraja itu di rumahnya di Jalan Langgak Golf di sini 3 petang esok. Pada sidang media di sini awal bulan lalu ahli politik itu yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" memberitahu, beliau masih berpendapat Tuanku Ismail Petra adalah pemerintah Kelantan yang sah dan bukannya anakanda baginda Tengku Muhammad Faris Petra. Pada 7 Disember lalu, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan Tengku Razaleigh (gambar) yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau. Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan dalam kenyataan kepada medianya masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang. Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I). Pada 5 Disember lalu, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan. Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. | ||
| Posted: 18 Jan 2011 03:04 AM PST Dalam UMNO tidak pernah ada budaya debat. Yang ada adalah budaya angguk dan bodek. Tongkat Bahaman Debat politik secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru. Dua ribu tahun yang lalu masyarakat Athens telah pun menjadikan perdebatan secara terbuka ini bagi memberi pilihan terbaik untuk rakyat mereka. Di Amerika dan England berpuluh-puluh tahun lalu ia telah menjadi amalan menyemarakkan sistem demokrasi anutan mereka. Dalam isu debat antara Anwar – Najib, jika kita banci pendapat rakyat sudah tentu majoriti akan minta agar ia diadakan. Ini selaras dengan slogan yang sering dilaung-laungkan kerajaan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Kita tidak nampak sebarang sebab untuk Najib berdolak dalih mengenai cabaran ini. Tidak ada sebab juga mengapa Najib perlu takut untuk berdepan dengan Anwar! Hadiahkanlah sebuah kesempatan paling berharga buat rakyat, menyaksikan detik bersejarah ini. Benar-benar rakyat ingin menyaksikannya. Biarlah ia menjadi satu perkembangan baru ke arah pembangunan politik yang lebih sihat di negara ini. Apabila Najib berdolak dalih untuk mengelak, rakyat sudah dapat membaca bahawa Najib yang selalunya gemar berseloka, tidak sanggup berdepan dengan Anwar. Kemunculan KJ dan Nazri Aziz pula dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan air muka boss mereka sekaligus juga membodek. Dalam UMNO tidak pernah ada budaya debat. Yang ada adalah budaya angguk dan bodek. Bila boss buat sedikit lawak, walaupun tidak lucu satu dewan ketawa berdekah-dekah. Jika ada idea baru dari muka baru cepat-cepat dicantas. Sebarang komen dilihat sebagai kritikan. Setiap kritikan adalah ancaman. Dalam mesyuarat UMNO, bukan sahaja tidak ada perbahasan malah yang ada drama "cadang.. sokong.. dan cadangan ditutup" 15 minit mesyuarat selesai. Pemimpin-pemimpin UMNO berfikir bahawa semakin bodoh ahli-ahli UMNO maka semakin mudah mereka dapat mengendalinya "macam kerbau…". Sebab itu media-media arus perdana tidak bekerja membangunkan fikiran sebaliknya memperbodohkan rakyat. Lagi bodoh lagi bagus. Lagi bodoh lagi senang suap. Lagi bodoh lagi senang kelentong. Rancangan 100 hari yang dicadangkan Anwar kali ini benar-benar suatu yang menakjubkan. Belum pernah tercetus sebelum ini yang memberi tumpuan secara objektif terhadap kepentingan rakyat. Ia akan menjadi lebih anjal jika rakyat dapat memahaminya dengan jelas. Rancangan ini juga anjal terhadap menjana pertumbuhan ekonomi negara, pendapatan benar isirumah dan sokongan terhadap penurunan kos pihak swasta. Rancangan ini akan menamatkan ISA. Sebuah akta yang merembat pemimpin-pemimpin progresif negara berwibawa sebelum ini. Akta warisan penjajah yang berasal dari Undang-Undang Darurat 1948 yang digunakan oleh rejim kolonial Inggeris melumpuhkan gerakan progresif di Malaya suatu ketika dulu. Selepas itu ISA menjadi alat UMNO pula bagi musuh-musuh politiknya atas alasan palsu "keselamatan negara". Sepatutnya pemimpin UMNO perlu melihat lebih jauh kerana sekiranya kuasa bertukar tangan dan tumpas, sekurang-kurangnya ISA tidak akan membidas! Rancangan pengambilan Asset Lebuh Raya oleh Khazanah dan KWSP yang dicadangkan dalam Rancangan 100 hari itu juga suatu yang dinanti-nantikan rakyat. Ia akan mengurangkan beban kos begitu besar yang ditanggung oleh isirumah/swasta selama ini. Harga barang dan perkhidmatan juga akan menggelungsur turun kerana selama ini kos angkutan ini telah dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk harga di pasar yang ditentukan pengeluar. Kos ini juga sebenarnya suatu hambatan kepada pertumbuhan KDNK kerana ia mengekang luncuran aktiviti ekonomi. Penurunan kos juga akan memberi Malaysia lebih daya saing secara berbanding kerana harga domestik produk yang lebih rendah di samping nilai buruh yang lebih baik. Mengurangkan atau membebaskan kos ini dari ditanggung oleh rakyat akan menyebabkan ekonomi mampu bertumbuh lebih pantas dan rakyat akan menikmati kos sara hidup yang lebih rendah. Secara tidak langsung pendapatan benar isirumah bertambah baik. Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidak pernah merasa kesengsaraan yang dialami oleh rakyat termasuk kakitangan kerajaan bergaji tetap. Keperitan hidup yang berpunca oleh kos sara hidup yang tinggi mengheret mereka kepada gejala rasuah! Kerana tekanan hidup mereka tidak peduli halal dan haram rezeki yang mereka bawa balik untuk keluarga. Tidak ada lagi Jabatan Kerajaan yang tidak rasuah termasuk Jabatan Agama Islam. Tidak usah kita menuding jari kepada anggota polis yang menahan motorsikal dan kereta di lorong-lorong sunyi atau mengganggu pekerja-pekerja asing untuk pau gaji mereka. Dalam UMNO, rasuah telah jadi air minum. UMNO hanya perangi rasuah dengan papan-papan tanda bagi mengelirukan rakyat. Papan tanda ini sendiri satu projek rasuah yang lumaian tendernya. Pendedahan Ketua Audit Negara bahawa jumlah nilai rasuah atau tirisan yang berlaku dari wang perbendaharaan negara di Malaysia adalah sebanyak RM28,000,000,000 (dua puluh lapan billion setahun) menunjukkan ia satu ancaman yang besar terhadap rakyat. Memerangi rasuah secara habis-habisan dalam Rancangan 100 hari itu paling tidak ia dapat mengurangkan kesan tirisan ini yang bukan sahaja ditanggung oleh rakyat secara langsung malah sebenarnya telah memberi kesan berganda kepada rakyat yang perlu membayar harga yang lebih tinggi bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan. Harga yang tinggi itu termasuk kos rasuah yang terlibat dalam transaksi yang melibatkan orang yang berkuasa dengan pihak kedua yang mungkin terdiri daripada pengusaha-pengusaha swasta. | ||
| Anda Boleh Dakwa Polis Atau SPRM Jika Anda Yakin Anda Tidak Bersalah Posted: 18 Jan 2011 02:57 AM PST KELAB GREENBOC Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Februari depan untuk mendengar kes saman seorang peguam Rosli Dahlan terhadap 17 defendan termasuk pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan ekoran penahanannya dan seterusnya didakwa kerana gagal menyatakan maklumat mengenai asetnya. Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu di dalam kamar di sini. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili defendan yang terdiri daripada pegawai SPRM, Timbalan Pendakwa Raya dan kerajaan memberitahu pemberita, bahawa pada tarikh itu hakim akan mendengar permohonan defendan ke-16 iaitu Pengurus di Unit Perisikan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rahman Abu Bakar untuk membatalkan saman itu kerana mendakwa ia menyalahi proses mahkamah. Pada 16 September 2009, Rosli memfailkan saman berjumlah RM50 juta itu dengan menamakan pemilik dan penerbit Utusan Malaysia Bhd, sebagai defendan pertama, diikuti pengarang akhbar itu Datuk Mohd Zaini Hassan dan Abdul Rahim Lajis. Pegawai SPRM yang turut dinamakan sebagai defendan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed (kini Ketua Pesuruhjaya) dan Timbalan Pengarah Penyiasatan dan Pendakwaan Kevin Morais. Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai 2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan. Beliau mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar. Peguam itu mendakwa bahawa SPRM (dahulunya Badan Pencegah Rasuah - BPR) memutuskan untuk mendakwa beliau meskipun beliau menawarkan secara bersumpah untuk memberikan butiran yang diperlukan mengikut notis itu. Rosli juga mendakwa artikel berbaur fitnah yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Oktober 2007, iaitu menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, memuatkan berita seorang peguam kanan akan didakwa di mahkamah. Bagaimanapun, empat defendan pertama daripada akhbar berkenaan telahpun memohon maaf dan permohonan maaf mereka tersebut disiarkan oleh akhbar itu pada 14 April 2008. Rosli memohon untuk mendapatkan ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi teladan serta ganti rugi teruk RM30 juta. Pada 20 Disember lalu, Rosli dibebas tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah Sesyen di sini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kegagalannya mematuhi satu notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya. - BERNAMA Ulasan GB Yang penting di dalam kes di atas ialah : Sebagai seorang rakyat, ANDA boleh mengheret polis atau SPRM jika anda tahu dan yakin anda tidak bersalah atau jika Polis / SPRM bertindak di luar batas undang-undang. | ||
| Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata' Posted: 18 Jan 2011 02:56 AM PST KELAB GREENBOC
Kota Bharu - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan badan itu sedang mengkaji sistem undi proksi.Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sistem yang membolehkan seseorang pemilih diwakili mana-mana individu yang layak pada hari pengundian itu menambahkan ketidaktelusan dan ketidakadilan dalam proses pilihan raya. Menurutnya, SPR memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap tuntutan yang sememangnya menjadi standard antarabangsa. "Rakyat menolak undi pos, menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda dan kini kami menolak sistem undi proksi. "Sudah sampai masanya SPR berhenti bermain silap mata dan memperbodoh rakyat," katanya pada sidang media sempena Forum Roadshow Bersih 2.0, di sini, semalam. Forum tersebut akan diadakan pada 21 Januari ini di Balai Islam, Lundang, di sini, dan menampilkan tiga tokoh sebagai ahli panel iaitu Dr Toh Kin Woon, Dr Abdul Aziz Bari dan Datuk Husam Musa. Bersih dilancarkan pada 10 November lalu, sebelum dilancarkan semula menjadi Bersih 2.0 serta dianggotai aktivis-aktivis organisasi masyarakat sivil (CSO) yang bebas daripada pengaruh politik. Abdul Halim berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi proses demokrasi yang mengiktiraf hak mengundi rakyat untuk memilih wakil mereka. "Kami sekali lagi ingin menekankan tuntutan terdahulu seperti melakukan pembersihan dan penyemakan semula daftar pemilih bagi memastikan kesalahan dapat dihapuskan. "Akses media mesti adil kepada semua pihak dalam pilihan raya dengan memberi peluang semua parti menjelaskan dasar dan manifesto masing-masing," katanya. Selain itu, katanya, bersih 2.0 turut menuntut pendaftaran automatik untuk semua pengundi yang layak, perubahan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan secara profesional serta mengubah semula urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan politik wang. -SH | ||
| Posted: 17 Jan 2011 09:05 PM PST SELATAN ONLINELABIS: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memindahkan pengundi dari tiga Unit Peti Undi (UPU) di Dun Tenang yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.05 Tenang, Dzulkefly Ahmad menyifatkan tindakan tidak profesional itu jelas menunjukkan sikap SPR memihak kepada Barisan Nasional (BN). Katanya, kesemua UPU itu iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Labis, Bandar Labis Timur dan SJK Tamil Labis, adalah kawasan pengundi Cina yang mengundi PAS pada PRU 2008 dan PAS menang di kesemua peti undi tersebut. Maklumat yang diperolehi dari SPR, ujarnya mendapati pengundi yang sebelum ini mengundi di UPU SJKC Bandar Labis Tengah dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin Jalan Kampung Tenang, pengundi di UPU Bandar Labis yang sebelum ini membuang undi di SMK Sri Labis dipindahkan ke Dewan Bola Keranjang JKKK Labis Jalan Segamat manakala pengundi UPU Bandar Labis Timur yang sebelum ini mengundi di SJK Tamil Labis pula dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah. Menurut Dzulkefly, tindakan SPR menukar tempat mengundi itu bertujuan untuk mengeliru dan menyusahkan pengundi Cina. "Sebelum ini pengundi Cina di kawasan Bandar hanya perlu berjalan kaki untuk ke tempat mengundi kerana jaraknya dekat dengan tempat tinggal mereka tetapi sekarang mereka terpaksa ke tempat mengundi yang jaraknya sekitar empat hingga lima kilometer dan ini akan menyukarkan mereka. "Bahkan lebih membimbangkan lagi sekiranya mereka tidak membuat semakan daftar pemilih di saat-saat akhir yang memungkinkan mereka tidak dapat mengundi setelah nama mereka tiada di dalam daftar pemilih di UPU tersebut," ujarnya. Dzulkefly yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, turut mendedahkan taktik lawan yang akan menaikkan kain rentang serta menabur risalah yang berbaur fitnah dan perkauman bertujuan menimbulkan ketegangan sepanjang PRK Tenang. Bagaimana pun menurutnya, PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkembangan itu dengan mewujudkan pasukan khas yang akan membuat rondaan secara berterusan bagi memastikan PRK Tenang berjalan dengan aman dan harmoni. "Pasukan khas ini akan menjalankan rondaan sepanjang 24 jam dan kita akan bekerjasama dengan pihak keselamatan jika ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan suasana," katanya. Selain itu beliau turut menegaskan, pasukan khas ini juga akan memantau salah laku jabatan serta agensi-agensi kerajaan yang berkempen bagi pihak BN. "Kita sudah ada maklumat berhubung penyalahgunaan kuasa beberapa agensi kerajaan negeri dan Pusat yang berselindung di sebalik program-program rasmi kerajaan berkempen untuk BN, ini satu amalan yang jelas menyalahi peraturan bagi penjawat awam. "Kita akan terus memantau perkembangan ini serta bertindak sewajarnya jika pihak-pihak terbabit terus menyalahgunakan kuasa," tegas beliau.-/ harakahdaily | ||
| Penafian Serlah Sikap Pura-Pura Markom Posted: 17 Jan 2011 09:03 PM PST SHAH ALAM : Alasan Markom Giran bahawa ucapannya kepada guru-guru sekitar Labis baru-baru ini bertujuan berkempen untuk Barisan Nasional(BN) ditempelak Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. Salahuddin Ayob berkata beliau cukup yakin Markom mengunakan platform itu untuk berkempen bagi Barisan Nasional dan hari ini dia menafikan apa yang dia buat dan itu saya rasa itu adalah sikap kepura-puraannya untuk menafikan apa yang telah dibuat. | ||
| Polis, SPR, SPRM jangan amal double standard Posted: 17 Jan 2011 08:56 PM PST N.05 DUN TENANG LABIS: PAS Johor mahu melihat sejauh mana komitmen serta kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap salahlaku yang didakwa dilakukan pegawai kerajaan dan juga BN. | ||
| Dewan Penyokong PAS hantar 200 petugas Posted: 17 Jan 2011 08:52 PM PST N.05 DUN TENANG KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) akan menghantar lebih 200 petugasnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang. | ||
| 35 pelajar UiTM Arau cedera ringan,bas terbabas Posted: 17 Jan 2011 08:50 PM PST SELANGOR KINI TAPAH – Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya Km334.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pagi semalam. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.15 pagi itu. Beliau berkata semua mangsa yang cedera berusia dalam lingkungan 20-an diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan keluar tengah hari tadi. "Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam," katanya lapor Bernama. Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM. | ||
| Sepang bakal menjadi kawasan perindustrian Posted: 17 Jan 2011 08:46 PM PST SELANGOR KINI Oleh NAEEM RAFFI SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) kini merancang membangunkan kemudahan insfrastruktur Pulau Meranti, Dengkil bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan Perindustrian. Exco Selangor, Teresa Kok berkata, tekanan pembangunan yang diterima daripada kawasan sekitarnya menjadikan kawasan Pulau Meranti berpotensi untuk dibangunkan dan ia juga akan menaikkan nilai hartanah kawasan tersebut daripada pertanian kepada perindustrian. "Insfrastruktur dikawasan tersebut tidak lengkap, jalan masuk dan jalan perhubungan untuk kesemua lot-lot kilang juga tidak lengkap," katanya. Dalam sidang media di Bilik Mesyuarat Semarak, Aras 4 MPSP pagi tadi, Teresa berkata, MPSP komited untuk membantu pengusaha dan pemilik tanah dikawasan tersebut dalam menyediakan kemudahan prasarana yang melibatkan 38 lot tanah merangkumi kerja-kerja menaiktaraf jalan sepanjang 7.56 km selain kemudahan bekalan elektrik dan air. Turut hadir, Pegawai Perancang MPSP, Siti Saidatul Hanim, Pengarah Kejuruteraan MPSP, Zulkefli Arif, Ahli Majlis MPSP, Jashela Ayumi dan pengusaha kilang, Leonard Ho. Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara menyatakan, transformasi Pulau Meranti yang dahulunya sebagai tanah pertanian kepada perindustrian juga merupakan usaha menaik taraf nilai tanah dan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Berdasarkan Rancangan Tempatan, Daerah Sepang 2015, Pulau Meranti dizonkan untuk guna tanah perindustrian yang terletak di dalam Blok Perancangan 3 Pinggiran Cyberjaya. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 33 kilang telah beroperasi di kawasan sekuas 333.8 ekar dan sejumlah 101 lot tanah lagi masih belum dibangunkan. Selain itu, pihak MPSP juga akan menubuhkan satu tabung amanah khas untuk membiayai kos-kos penyediaan insfrasturktur secara 'Private Financial Initiative' yang melibatkan pemilik Tanah dan Peguasaha Kilang serta agensi kerajaan yang mana akan dimulakan secara berfasa mengikut keutamaan dan keperluan. "Kita juga perlu wujudkan tabung dan meminta semua pemilik dan tuan tanah lot-lot di kawasan tersebut untuk bersama-sama membiayai projek pembinaan jalan" "Kalau kita mahu tubuhkan tabung untuk kongsi kos pembangunan, kita perlu kerjasama daripada semua pemilik tanah di kawasan tersebut," jelasnya. Tambahnya lagi, dengan pembangunan insfrastruktur di kawasan ini, dijangkakan nilai tanah akan meningkat 10 kali ganda dan berharap semua pemilik tanah di Pulau Meranti akan memberi kerjasama dengan pihak MPSP dalam usaha membangunkan kawasan yang berpotensi ini. | ||
| Setiausaha DAP Selangor sumbang kepada tabung khas Posted: 17 Jan 2011 08:45 PM PST
| ||
| Forum 100 Hari Pakatan tanpa wakil pemuda Umno Posted: 17 Jan 2011 08:42 PM PST
| ||
| Palanivel pengerusikan mesyuarat CWC MIC pertama di Segamat Posted: 17 Jan 2011 08:33 PM PST KUALA LUMPUR — Presiden MIC Datuk G. Palanivel mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa kerja pusatnya (CWC) di Segamat, Johor pagi ini ketika Barisan Nasional (BN) bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Tenang, akhir bulan ini. Ia mesyuarat CWC pertama sejak Palanivel mengambil alih jawatan sebagai presiden kelapan MIC. "Mesyuarat CWC hari ini adalah yang pertama bagi Palanivel selaku presiden parti, dan ia diadakan di Segamat," kata Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan ketika dihubungi pagi ini. "Datuk Seri Samy Vellu pernah mengadakan mesyuarat CWC di luar Kuala Lumpur ketika era kepimpinannya, dan mesyuarat hari ini sudah lama dirancang oleh presiden baru untuk mendekati rakyat," kata Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor. "Ketika sesi sumbang saran (di Kuala Lumpur) bulan lalu, Datuk Palanivel (gambar) berkata mahu mengadakan mesyuarat-mesyuarat CWC MIC di luar ibu negara, itu salah satu pendekatan kepimpinannya," katanya. Ketika ditanya sama ada mesyuarat pagi ini diadakan ekoran pilihan raya kecil Tenang, Kamalanathan berkat, perkara itu sudah lama dirancang dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan hujung bulan ini. Susulan mesyuarat itu, kata beliau, pemimpin-pemimpin MIC akan mengunjungi kawasan Tenang yang menyaksikan pilihan raya kecil, yang ke-14 sejak 8 Mac 2008, petang ini. Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, yang juga perdana menteri, berada di kawasan Tenang hari ini. Bahagian Parlimen Segamat bersempadankan Labis di mana salah satu daripada kerusi Dewan Undangan Negeri adalah kerusi Tenang. BN akan mengumumkan bakal calonnya esok. Palanivel mengambil alih jawatan presiden MIC awal bulan lalu dan telah mengadakan sesi sumbang saran dengan anggota CWC pada 23 Disember. Kerusi Parlimen Segamat kini disandang oleh wakil MIC iaitu Datuk Dr S. Subramaniam yang merupakan timbalan presiden dan Menteri Sumber Manusia. | ||
| Isu azan: BN amal ‘double standard’, kata Tony Pua Posted: 17 Jan 2011 08:28 PM PST
KUALA LUMPUR — Pemimpin Pakatan Rakyat, Tony Pua menyifatkan Barisan Nasional (BN) mengamalkan 'double standard' berhubung isu azan sebuah masjid di Lembah Pantai ekoran aduan yang dibuat oleh seorang ahli MCA akhir tahun lalu. Pua (gambar), setiausaha publisiti kebangsaan DAP mempersoalkan sama ada BN akan memaafkan jika kontroversi itu, yang menjadi bahan protes minggu lalu, melibatkan ahli politik dari Pakatan Rakyat. "Saya merasakan permohonan maaf itu perlu diterima. Saya tidak fikir perkara itu perlu dibesar-besarkan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Justeru kata beliau, pada pihak Pakatan Rakyat soalnya bukan mengenai permohonan maaf dibuat oleh peguam yang membuat aduan tetapi sikap pilih kasih diamalkan Umno. Katanya, memandangkan ia melibatkan wakil MCA, kes ditutup dengan cepat dan dipastikan agar tidak menjadi satu isu berpanjangan. Petang semalam, ahli MCA berkenaan yang juga seorang peguam — Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan. "Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang media turut dihadiri Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Sebelum sidang media itu, Raja Nong Chik mengadakan perbincangan tertutup dengan Ng, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah Ikram Mohd Yusof dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida). Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya. Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam. Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi. Raja Nong Chik pula berkata isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar. Bagaimanapun kata Pua, isu azan itu sudah pasti menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar dimiliki Umno khususnya Utusan Malaysia jika membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Katanya, Pakatan Rakyat juga sudah pasti dilabel sebagai tidak sensitif dan dipanggil sebagai rasis. | ||
| PM di Tenang untuk lawatan sehari Posted: 17 Jan 2011 08:27 PM PST MALAYSIA KINI Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Labis untuk lawatan sehari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Ketibaan beliau dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu disambut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, barisan exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN).Pada lawatannya, Najib yang juga Pengerusi BN akan melancarkan Program Jalur Lebar di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat sebelum menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tenang. Pada tengah hari, Presiden Umno itu dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Tengah Hari bersama penduduk kawasan Tenang di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis. Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan seharinya ke sini dengan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.DUN Tenang akan menghadapi pilihan raya kecil selepas penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia pada 17 Disember lalu. Hari pencalonan ditetapkan pada Sabtu ini manakala pengundian pada Ahad depan. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



KUALA LUMPUR: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.
"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom diminta memberikan peringatan kepada para elitis politik dan perniagaan Melayu beragama Islam yang berada dalam lembaga pengarah syarikat perjudian dan arak agar mengundur diri.
LABIS: Walaupun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan Felda, Datuk Ahmad Maslan sentiasa mewar-warkan bahawa tiada generasi ke 2 Felda yang dipinggirkan, namun realitinya tidak begitu.
Zanariah binti Jaffar, 43, adalah generasi ke 2 Felda, namun beliau hanya mampu menghuni rumah usang di Felda Tenang bersama suaminya, Hasson bin Susik, 52 di samping anak mereka yang berusia sembilan tahun.
Perkara ini boleh dirujuk kepada Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka (TPPP) dengan kadar pinjaman bagi seorang peneroka yang layak adalah minimum RM10,000 dan maksimum RM40,000.00.
Berdasarkan temubual kami, beliau adalah peminjam yang layak dan memenuhi syarat-syarat tersebut, tetapi sehingga kini rumah beliau masih ditahap yang sedia ada, sejak dari kehadiran pegawai yang mengambil gambar 3 tahun yang lalu hinggalah kini.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan diambil keterangan oleh polis Kelantan di ibu negara petang esok berhubung kenyataannya mengenai krisis Kelantan tahun lalu.
SELATAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal.
Ketibaan beliau dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu disambut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, barisan exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan seharinya ke sini dengan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan