DIALOG RAKYAT |
- Bila Jalang Keluar Kamar, Tandanya Pilihan Raya Sudah Dekat
- Makin ramai orang Umno sertai PKR, terbaru di Kemaman
- PAS kini berada di titik tengah
- Debat Najib-Anwar penting elak negara muflis
- Pengundi Cina dikesan di Felda Tenang
- Saman Petronas: Pelik Pusat pohon jadi defendan
- 26 pondok polis sepanjang p'raya kecil Tenang
- Wartawan jangka Utusan akan pecat presiden NUJ
- Pelan 100 hari: AMK ulangi cabaran debat
- PAS umum calon DUN Tenang malam ini
- Najib: BN mahukan calon boleh menang dalam PRU
- Kematian pramugari MAS akibat perbuatan jenayah, kata polis Amsterdam
- Naib presiden MCA: Kawal selia guna pembesar suara rumah ibadat
- Debat: Sahut cabaran kami, Pemuda PKR gesa Khairy
- SPR kaji undi proksi, 30 pindaan ditimbang sebelum PRU-13
- Ahli Politik Perak Meramas Buah Dada Jurusolek?
- Tokoh Umno Akan Sertai PKR Di Pahang
- LAGI SKANDAL PUTERI UMNO SABAH?
- Bersikap terbuka terhadap kuasa ketiga: Tapi gelanggangnya di pedalaman Melayu, Anwar
- Apabila wartawan ditutup mulut
- Isu SUK Selangor: Bagaimana Nak Cabar, Lantikan Ikut Undang-Undang
- Lawatan Rosmah Pererat Hubungan Oman-Malaysia
- MPSJ serbu pusat hiburan haram
- Pengurus pusat hiburan ditahan bersama 21 warga asing
- Pas umum calon hari ini
Bila Jalang Keluar Kamar, Tandanya Pilihan Raya Sudah Dekat Posted: 16 Jan 2011 02:56 AM PST Oleh Mohd Sayuti Omar BARANGKALI pilihan raya umum ke-13 sudah dekat benar. Walaupun Najib Razak tidak mahu mengakuinya namun sudah ada tanda-tanda jelas menunjukkan 'hari raya' bagi golongan politik itu sudah menjelang tiba. Wapnya sudah pun ada. Sebenarnya sesiapa juga tidak akan dapat menyembunyikan sesuatu yang terbungkus di dalam hatinya. Rahsia itu akan terdedah juga akhirnya. Gelagat dan perwatakan diri manusia itu akan mendedahkan apa yang ada dalam hatinya. Manusia boleh berbohong dengan batang kayu tetapi tidak boleh menipu cermin di depannya. Manusia juga boleh meludah dalam air keruh tetapi buruk padahnya kalau meludah di air jernih. Demikian juga dengan pilihan raya umum. Ia tidak menjadi rahsia lagi. Pihak pembangkang sudah membuat persiapan awal menanti kedatangan hari keramat berkenaan. Persiapan secara rasmi, dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan tertutup telah pun dibuat. Manakala individu yang ingin bertanding atau pun wakil rakyat yang kini sedang menyandang jawatan itu sibuk turun ke kawasan masing-masing. Kekerapan mereka berjumpa rakyat sudah mula meningkat. Makin banyak wakil rakyat mula menghafal nama kampung dan juga tok ketua-tok ketua kampung di kawasan masing-masing. Lobi melobi juga sudah berlaku. Orang-orang yang dapat 'atawa' dipercayai boleh mempengaruhi ketua parti menentukan calon sudah mula dihubungi dan diajak minum tea tarik malam dan siang. Ini antara tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Seperti burung pepaka kalau sudah hampir musim kemarau ia akan berkokok dan berkokok kerana di musim inilah ia suka mengawan. Musim sekarang ini adalah musim orang politik mengawan. Dan sudah lumrah alam maya ini, bila pilihan raya makin dekat para wakil rakyat, bakal calon jadi makin kurang tidur kerana memikirkan untung nasib diri masing-masing. Kalau yang sudah ada kerusi bermimpi untuk menang lagi bagi menyambung jawatan itu sekali lagi. Kalau menang jika sebelum ini tidak dilantik jadi MB atau Exco maka boleh berkira ke arah itu. Kalau pun tidak layak jadi Exco kerana kurang kelulusan maka bolehlah bermimpin untuk jadi speaker. (Sebenarnya kalau jadi Exco tidak layak, speaker juga tidak layak). Sayang kerusi oi... sapa nak bagi RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sebagai ahli Parlimen atau Exco? Bukan itu saja jadi wakil rakyat banyak kemudahan. Naik kereta api pun tidak perlu tikit hanya waran saja. Dan siapa bagi pencen RM3,000 sebulan untuk bekalan hidup untuk buat beli tembakau dan sireh di hari tua. Inilah yang difikirkan siang malam. Berfikir untuk pertahankan kerusi dan dapat calon bukan berfikir bagaimana nak mengubah nasib ummah dan agama. Politician munafik zindik. Sebenarnya wakil rakyat yang berfikir demikian bukan wakil rakyat. Dia hanya wakil dirinya sendiri. Orang seperti ini mementingkan kehidupannnya dan keluarganya. Yang menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai kerusi untuk hidup. Sebab itu ada sambung menyambung dalam hal ini, dari bapak kepada anak kemudian kepada cucu, ipai duai, mertua dan menantu. Kerusi wakil rakyat telah dijadikan syarikat sendirian berhad ataupun pesaka turun temurun. Pengundi diperbodohkan untuk memberi kesenangan dan kegahan kepada mereka. Lupa akan tugas dan kuasa yang ada kepada mereka bila dibayar dengan hanya kain pelikat sehelai atau kambing patah tanduk seekor atau wang RM50 bervisi baru. Jangan pertidakkan hakikat ini. Di kampung atau pekan mereka bergaduh nak jadi wakil rakyat kerana nak pencen. Kerusi wakil rakyat telah diperdagangkan sebagai kerusi cari makan. Sudah dijadikan sumber rezeki. Kalau hendak dibilang lebih separuh wakil rakyat yang ada hari ini adalah mewarisi kerusi itu dari bapak atau datuk nenek mereka! Sudah melalut... kembali kepada mauduk asal mengenai pilihan raya. Kenapa saya kata pilihan raya sudah dekat. Sebab sudah ada berbagai tanda-tanda dan petunjuk tadi. Kerana pihak yang menentukan pilihan raya ini pihak parti pemerintah maka petunjuk dari mereka yang jelas dan konkrit. Kalau pun pembangkang berusaha untuk membubarkan Parlimen mereka tidak ada kuasa, hanya setakat mendesak dan melalak cuma. Ada beberapa tanda jelas dan nyata menunjukkan pilihan raya sudah hampir tiba. UBN nampaknya sudah nak maksimumkan penggunaan senjata mereka. Semua senjata dan modal politik sudah pun dikeluarkan. Selain Najib mengumumkan pelbagai peruntukan atau pun dana ataupun insentif sebagai senjata dan modal pilihan raya, ada beberapa perkara yang mengarah ke arah itu. Misalnya UBN sudah menggunakan semua orang untuk menyerang Anwar. Sepertilah dalam pilihan raya ini UBN hanya takut kepada Anwar seorang. Tenguk semua macam manusia digunakan untuk menghentam Anwar. Golongan akademis, profesional, penulis, penyair, ulama separuh iman, teknokrat, agensi kerajaan, penyepak kertas jalanan dan termasuk juga betina jalang. Semuanya digunakan oleh UBN. Wakil rakyat selumbar juga turut sama dipergunakan. UBN yang menerima dasar dan konsep demokrasi sekular akan menggunakan apa saja perkakasan dan manusi tidak kira halal atau haram asalkan matlamaya mencapai kemenangan tercapai. UBN atau politician demorkasi sekular tidak akan mengira apakah kemenangan itu dicapai secara halal atau sebaliknya yang penting menang dan dapat kuasa. Segala perkakas itu mereka akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Misalnya kalau betina jalang jika perniagaan biasanya semalam hanya diperolehi RM5,000 sekali ditiduri datuk atau tan sri tua, tetapi kalau sedia jadi perkakas politik akan dibayar berlipat ganda sampai mencecah ratusan ribu bahkan jutaan ringgit. Bayaran bukan dengan note RM lagi tetapi menerusi porojek di luar negara termasuk mengusahakan projek pelancongan dan sebagainya. Sebut saja berapa bayaran atau projek apa yang dikehendaki sedia dilunasi asalkan saja beitna jalang sanggup merekacipta fitnah yang boleh membelalakkan rakyat negara ini. Dan betina jalang itu pula kalau pun perlu telanjang dalam stadium, dia sanggup asalkan dapat wang. Beginilah busuk dan kohongnya dunia politik Malaysia. Ia bukan baru tetapi sudah berlaku sejak bermulanya dunia ini lagi. Perhatikan apa yang berlaku ke atas Hawa semasa didalam syurga, bagimana Hawa diperdaya oleh politik syaitan. Kalau golongan ustaz yang berjubah carit atau pun kopiah lusuh pula bukan lagi diberi seratus dua seperti lazim diperolehi selepas menyampaikan kuliah atau ceramah di surau, tetapi direkmenkan projek perladangan di Kalimatan Indonesia dan sebagainya. Caranya menjadi ahli lembaga pengarah atau pun syarikat mengadakan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji, Felcra, Felda dan sebagainya. Sayangnya murid yang taksub dengan hamis jubah guru mereka tidak pernah tahu dan mengambil tahu akan hal ini. Orang yang jadi perkakas ini makin lama makin ramai. Bukan saja yang sedia ada hari ini, tetapi lepas ini macam-macam orang lagi akan tampil. Mereka akan membuat kenyataan dan dakwaan yang bukan-bukan. Soal fitnah atau haram apa peduli yang penting mereka dibayar, wang dan wang akan mengalirkan ke dalam akaun mereka dengan tenang. Nah, kerana tanda-tanda itu sudah ada, perkakas UBN sudah mula menguatkan kerja, ia memberi gambaran pilihan raya umum sudah tidak lama lagi. Bila masa dan tarikhnya ia dalam tilikan para bomoh dan ahli paranomal penipu. Pemimpin sangat percaya kepada paranomal dan tilikan bomoh penipu. Makanya kalau sesiapa nak tahu tarikh pilihan raya menyamarlah jadi bomoh penipu terkenal nescaya anda akan dikunjungi para pemimpin UBN nak minta tarikh pilihan raya. | ||||
Makin ramai orang Umno sertai PKR, terbaru di Kemaman Posted: 16 Jan 2011 02:44 AM PST PASPB KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman. Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman. Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional. Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999. Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang. Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar) | ||||
PAS kini berada di titik tengah Posted: 16 Jan 2011 02:43 AM PST
| ||||
Debat Najib-Anwar penting elak negara muflis Posted: 16 Jan 2011 02:42 AM PST
| ||||
Pengundi Cina dikesan di Felda Tenang Posted: 16 Jan 2011 02:39 AM PST
| ||||
Saman Petronas: Pelik Pusat pohon jadi defendan Posted: 16 Jan 2011 02:35 AM PST
| ||||
26 pondok polis sepanjang p'raya kecil Tenang Posted: 16 Jan 2011 02:34 AM PST BERNAMA Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 26 pondok polis di sekitar kawasan DUN Tenang bagi melancarkan proses pilihan raya kecil DUN berkenaan. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kesemua pondok itu yang ditempatkan di pusat tumpuan orang ramai, dijangka mula beroperasi minggu ini dengan dikendalikan dua anggota polis bagi setiap pondok. "Kita jangkakan pondok ini akan beroperasi tiga atau empat hari sebelum proses penamaan calon Sabtu depan dan dibuka sehingga selesai proses pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan mendengar taklimat persiapan pilihan raya kecil DUN Tenang, di Balai Polis Labis, hari ini. Ismail berkata selain berfungsi sebagai tempat aduan dan pertanyaaan, orang ramai juga boleh membuat laporan polis di pondok berkenaan. Dalam tinjauannya hari ini, Ismail berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh polis kontinjen Johor bagi menjamin keselamatan semua pihak sepanjang proses pilihan raya berlangsung. "Dalam mesyuarat, saya tekankan aspek lalu lintas diberi perhatian supaya penamaan calon terutamanya dapat berlangsung dengan lancar," katanya. Beliau dalam masa yang sama menasihatkan semua pengguna jalan raya terutama pemandu bas dan lori supaya mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan 22 Jan ini manakala pengundian pada 30 Januari. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha daripada Barisan Nasional pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. | ||||
Wartawan jangka Utusan akan pecat presiden NUJ Posted: 16 Jan 2011 02:32 AM PST MALAYSIA KINI Siasatan tertutup terhadap presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari esok "kerana mencemarkan imej syarikat" dilihat hanya sebagai satu formaliti oleh Utusan Malaysia sebelum memecatnya. Para wartawan kanan serta yang lain yang biasa dengan situasi di media harian aliran perdana milik Umno itu berkata, syarikat berkenaan, Utusan Melayu (M) Bhd, tidak akan membiarkan kritikan, terutama dari kalangan kakitangannya sendiri. "Dia bercakap sebagai presiden NUJ... dan di bidang kebebasan akhbar dan etika, dia mempunyai kata-kata yang 'keras' kata-kata terhadap media arus perdana, termasuk Utusan. Ini tidak bermakna dia hanya mensasarkan media tempat dia bekerja," kata seorang wartawan kanan Utusan yang tidak mahu disebutkan namanya. Bagaimanapun, katanya, pihak pengurusan Utusan Melayu menjadi jengkel dan tidak senang dengan banyak serangan terhadap akhbar itu yang tersiar dalam media arus perdana dan di media di talian, serta di blog. "Ini berlaku dalam beberapa bulan terakhir ini, di mana ramai yang prihatin tentang kebebasan dan tanggungjawab media, menuduh kami memperbesar-besarkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman". Hata, sejurus selepas dipilih sebagai presiden NUJ September lalu, meminta media arus perdana, terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star supaya kembali kepada fungsi sebenar mereka sebagai penyebar maklumat yang objektif kepda rakyat dan bukan menjadi alat propaganda kerajaan, atau parti politik atau individu, untuk keuntungan peribadi mereka." | ||||
Pelan 100 hari: AMK ulangi cabaran debat Posted: 16 Jan 2011 02:31 AM PST Hazlan Zakaria Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengulangi cabarannyakepada Pemuda Umno untuk berdebat mengenai Pelan 100 hari Pakatan Rakyat. "Sampai sekarang surat kami belum berjawab. Jika mereka tidak jawab, kita andaikan tidak ada seorang pun dalam Umno yang berani berdebat dengan kami mengenai perkara ini. "Kami telah menghantar surat rasmi dan kami mengharapkan mereka membalasnya secara rasmi, bukan melalui Twitter," kata ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) hari ini. Ditanya mengenai keputusan parti itu menawarkan pengarah strateginya, Rafizi Ramli untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mencabar ketua umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya, Shamsul berkata: "Kami menghormati keputusan parti memilih Rafizi Ramli berdebat dengan Khairy, tetapi ini perkara antara sayap Pemuda kedua-dua parti. "Kami menghantar surat sehari sebelum Umno membuat cabaran tersebut. Jadi mereka perlu jawab terlebih dahulu... Jadi, kita boleh putuskan siapa yang akan berdebat dengan siapa." | ||||
PAS umum calon DUN Tenang malam ini Posted: 16 Jan 2011 02:30 AM PST MALAYSIA KINI PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Tenang di Johor malam ini, kata naib presidennya Salahuddin Ayub. Katanya, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. "Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada jam 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita. "Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri. | ||||
Najib: BN mahukan calon boleh menang dalam PRU Posted: 16 Jan 2011 02:26 AM PST BERNAMA KUCHING — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menolak calon-calon yang berpotensi bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan para pemimpin BN Sarawak bagi mendapatkan konsensus berhubung prinsip calon-calon yang boleh membawa kemenangan terutama di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) memandangkan pilihan raya negeri yang akan datang. "Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab kita nak membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen SUPP bertemakan "Berjuang Untuk Rakyat" di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini. Wujud keperluan untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih juga diterima rakyat di kawasan pilihan raya kerana ia merupakan satu-satunya cara bagi SUPP untuk kekal relevan dalam usaha menawan semula lapan daripada 19 kerusi yang hilang dalam pilihan raya negeri pada 2006, katanya. Berdasarkan prinsip itu, beliau berkata semua parti komponen BN di negeri ini perlu menjalankan penilaian bukan dari sudut kedudukan calon dalam parti semata-mata tetapi berfikir lebih mendalam supaya ada opsyen atau pertimbangan yang lain. | ||||
Kematian pramugari MAS akibat perbuatan jenayah, kata polis Amsterdam Posted: 16 Jan 2011 02:23 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Polis Belanda menyatakan kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam, pagi Jumaat lepas adalah akibat perbuatan jenayah. Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin. Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari tersebut, oleh tetamu hotel dan sebelum itu beliau dipercayai telah diserang dan dicampakkan keluar tingkap dari bilik di tingkat empat hotel tempat beliau menginap. Biliknya dilaporkan telah dipecah masuk dan digeledah. Beliau dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan. Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail. | ||||
Naib presiden MCA: Kawal selia guna pembesar suara rumah ibadat Posted: 16 Jan 2011 02:21 AM PST Dalam langkah MCA kelihatan keluar daripada pendirian "diam diri" dalam isu azan semasa, Senator Gan Ping Sieu memberitahu The Malaysian Insider, penetapan garis panduan tidak boleh disamakan sebagai dengan tindakan mempersoalkan hak seseorang kepada kebebasan beragama dalam apa sahaja kepercayaan. Bagaimanapun kata beliau, usaha itu akan membantu mengelak sebarang perselisihan berhubung isu-isu sensitif pada masa depan. "Ini peluang baik bagi perdana menteri, mufti-mufti dan pihak berkuasa lain untuk menetapkan garis panduan agar ia jelas," kata beliau. "Ia bukannya mempersoalkan hak-hak seorang untuk beragama atau hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi (persekutuan), tetapi garis panduan yang lebih jelas akan memudahkan umat Islam dan bukan Islam memahami satu sama lain," kata beliau ketika dihubungi semalam. Gan, seorang timbalan menteri, merupakan pemimpin MCA pertama bercakap secara terbuka dalam isu terbaru ini ekoran protes berkaitan dengan isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di ibu negara. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu laungan azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, yang didakwa diarah menghentikan penggunaan pembesar suara ekoran aduan seorang ahli MCA, sebagai "mainan politik" pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam. Beliau juga menegaskan, tiada arahan dikeluarkan kepada pengurusan masjid agar memperlahankan laungan azan atau tidak lagi menggunakan pembesar suara. Kelmarin, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak pengadu itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jamil Khir memberitahu, dakwaan mengatakan pihak pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah yang menerima arahan daripada "pihak atasan" supaya berhenti menggunakan pembesar suara ketika azan adalah tidak benar. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali juga menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan. Difahamkan peguam itu yang tinggal di Pantai Hill Park yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah telah menghantar surat kepada Perdana Menteri sebelum dibawa ke Jabatan Perdana Menteri dan Jawi dan kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan masjid. Dalam kenyataannya, Gan berkata, sebelum menghakimi tindakan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian itu, adalah penting untuk memahami konteks isu tersebut tanpa salah anggap komponen azan dalam ajaran agama. "Sangat mudah... azan digunakan untuk menyampaikan puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad (s.a.w.), ia panggilan untuk menunaikan solat," kata Gan sambil menambah, memang sesuatu yang lumrah permintaan agar dikurangkan nada pembesar suara boleh disalah anggap dan menyinggung perasaan umat Islam. Begitu juga dalam keadaan di mana penganut-penganut agama lain diminta mengurangkan kadar amalan atau sambutan perayaan masing-masing, kata beliau. "Ia juga boleh menyinggung mereka, ini sikap semula jadi manusia," kata beliau. Gan juga berkata, bagi sesetengah orang azan dianggap sebagai "suara yang menenangkan" seperti juga him, koir, bunyi loceng atau pukul gendang yang digunakan dalam agama-agama lain. Justeru kata beliau, terdapat manifestasi yang berbeza melibatkan pemahaman penganut-penganut dari lain-lain kepercayaan. "Saya pernah melihat di mana sesetengah tokong Buddha membiarkan pekikan laungan mereka dan masyarakat Muslim tidak mengadu, tetapi orang Cina yang mengadu. "Jadi, ini satu perkara yang menyentuh soal sensitiviti. Ia membawa pengertian yang berbeza bagi orang lain (berbeza agama)," kata beliau. Gan juga berkata, adalah penting bagi mereka dari agama lain untuk memahami bahawa azan bukan ajaran agama tetapi panggilan untuk Muslim menunaikan solat dan hanya berkumandang beberapa minit. Kata beliau, azan disalah anggap oleh bukan Islam sebagai khutbah agama yang disampaikan dalam masjid, yang lazimnya turut kedengaran menerusi pembesar suara. Dalam satu pandangan berasingan semalam, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid. "Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi (Muhammad) s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. "Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak," kata Mohd Asri dalam kenyataan dikeluarkan mengulas isu azan membabitkan sebuah masjid di Lembah Pantai sejak beberapa hari lalu. "Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan — selain azan — yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. "Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Muslim sehingga mereka menyangka ia azan," kata beliau sambil menambah, sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. "Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'," kata beliau. Gan juga berkata kebanyakan rakan Muslimnya juga ada memaklumkan beliau bahawa amalan sedemikian tidak digalakkan dalam Islam. "Saya dimaklumkan di sesetengah tempat, kemungkinan beberapa anggota jawatankuasa masjid, bertindak secara berlebihan... mereka melaungkan ceramah mereka dan kuliah mereka dan menggunakan pembesar suara untuk menyiarkan pandangan mereka. "Kemungkinan ini yang menyukarkan kaum bukan Islam. Sebenarnya, sesetengah Muslim juga memberitahu saya bahawa mereka juga pernah meminta pihak masjid memperlahankan pembesar suara," katanya lagi. Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada umat Islam, Islam meminta pengikutnya tidak mengangkat pujian mereka tetapi agar menunaikan solat secara sederhana dan dalam suasana yang aman. "Saya tidak tahu sejauh mana benarnya perkara ini, maka langkah terbaik ialah pemimpin-pemimpin agama memutuskannya. "Tetapi ini yang diberitahu oleh (rakan-rakan) Muslim kepada saya," kata beliuau. Begitu juga pembakaran bahan-bahan sembahyang oleh agama lain, yang tidak harus dilakukan sehingga mengganggu penganut agama lain, kata Gan lagi. Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010 kepada perdana menteri dan salinannya kepada beberapa pihak, peguam tersebut berkata dia ahli MCA sejak 1998 dan tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan. Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, "sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan." "Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah," katanya. Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi "amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi." "Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer. "Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini," katanya. Dia seterusnya menulis, "saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang." "Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati. "Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang," katanya sambil menambah, "seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal." | ||||
Debat: Sahut cabaran kami, Pemuda PKR gesa Khairy Posted: 16 Jan 2011 02:18 AM PST TERKINI Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, surat jemputan cabaran telah pun dihantar ke pejabat Pemuda Umno pada 12 Januari lalu - sehari sebelum pergerakan itu mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengadakan debat dengan ketua mereka Khairy Jamaluddin. "Tetapi belum ada respons daripada Pemuda Umno untuk berbahas mengenai pelan pembaharuan Pakatan. "Kami hendak menjelaskan dasar-dasar kami, apa yang kami lakukan bukan untuk kemegahan peribadiv . . . ia antara Pemuda Umno dan PKR, tiada yang lain," kata Shamsul Iskandar hari ini. Cabaran debat daripada kedua-dua Pemuda PKR dan Umno mendapat perhatian selepas Anwar mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat dengan beliau berhubung dasar-dasar Pakatan Rakyat. Anwar membuat cabaran itu selepas Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, membidas Program 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai langkah yang akan memufliskan negara. Bagaimanapun Najib mengetepikan cabaran Anwar itu dengan berkata, beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang. Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya. Khairy menawarkan dirinya untuk berdebat dengan Anwar. Malah Najib berkata, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya. Shamsul Iskandar berkata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah ditawarkan oleh parti untuk berdebat dengan Khairy berhubung perkara tersebut. "Isu debat adalah perkara serius . . . jika Pemuda Umno tidak memberikan jawapan, Angkatan Muda PKR akan menganggap ia sebagai petanda bahawa Pemuda Umno tidak bersedia untuk berdebat dengan kami (mengenai dasar-dasar kami)," kata Shamsul Iskandar. Dalam pada itu mengenai isu novel Interlok, kata beliau, pihaknya akan menghantar satu rombongan untuk bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain untuk membincangkan pertikaian yang tercetus sejak sebulan lalu. Timbalannya Khairul Anuar berkata, pengkritik novel itu perlu membawa keseluruhan novel sebelum "menyerang" novel tersebut. "Saya menggesa setiap pihak supaya membaca Interlok terlebih dahulu sebelum memberikan komen. Jangan keluarkan komen berdasarkan apa yang orang lain kata," kata Khairul. | ||||
SPR kaji undi proksi, 30 pindaan ditimbang sebelum PRU-13 Posted: 16 Jan 2011 02:15 AM PST Ia sebahagian daripada pindaan-pindaan yang dipertimbangkan untuk dibawa suruhanjaya itu, dipercayai akan diguna pakai jika diluluskan semasa pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut bakal diadakan akhir tahun ini. Sebelum ini, spekulasi menyebut pilihan raya umum tergempar akan dipanggil pada separuh pertama tahun ini. Kini ramalan terbaru mengatakan ia kemungkinan akan 'dianjak' sehingga suku akhir 2011 berdasarkan hasil pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), 8 Januari lalu. "Kita punya sasaran (guna pakai pindaan ini) ketika pilihan raya umum ke-13 . . . insya-Allah, kita punya sasaran kita hendak bawa (luluskan) pindaan ini pada tahun ini, awal tahun ini, ia dibawa kepada Kabinet dan Parlimen. "Harap-harap ia boleh dibawa ke sidang Parlimen Mac ini, jika tidak pada (sidang bulan) Jun," kata beliau. Beliau memberitahu, pindaan yang disyorkan mereka tidak dapat digunakan ketika pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Mandat semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir Julai ini. Di bawah syor SPR itu, sistem proksi dilihat mirip hak mengundi yang diamalkan di sektor korporat yang membolehkan seseorang mengundi dalam mesyuarat agung tahunan bagi pihak orang lain. "Kita sedang kaji undi proksi, khusus bagi mereka yang tidak dapat hadir pada hari pengundian," kata beliau ketika ditemu bual oleh The Malaysian Insider di pejabatnya di sini. Sistem undi proksi berbeza daripada undi pos yang digunakan sekarang. Sambil mengakui ia bukan mudah untuk dilakukan, Abdul Aziz berkata, jika sistem itu diluluskan ia akan dijalankan dengan ketat supaya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. "Ada cara, ada caranya . . . ia mesti ada cara sendiri," kata beliau sambil menambah, beberapa negara lain dan pihak berkuasa tempatan mereka sudah mengamalkan sistem tersebut. Misalnya laman web pilihan raya Toronto menyebut, pengundi-pengundi yang tidak dapat hadir pada hari pengundian boleh memohon mendapatkan kemudahan hak undi berproksi. Di bawah sistem pengundian Toronto itu, undi proksi membolehkan pemilih lain yang tinggal di kawasan atau bahagian yang sama mengundi bagi pihak mereka yang hendak memberi hak mereka kepada orang lain. Di Toronto, seseorang pengundi proksi tidak boleh mengundi bagi pihak lebih dua pemilih berdaftar dan permohonan perlu dibuat sehari sebelum hari pengundian. Kali terakhir SPR mengadakan pindaan undang-undang pilihan raya secara komprehensif adalah pada tahun 2002. Ketika ditanya sama ada pindaan kali ini akan membabitkan pindaan secara komprehensif sebagaimana dilakukan lapan tahun lalu, Abdul Aziz berkata, "berharap begitu, tapi pindaan besar tapi bukan komprehensif." Menurut beliau pindaan kali ini melibatkan sekitar 30 perkara dengan sebahagian besarnya sudah pun diteliti dan kemungkinan akan diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri, dijangka bulan depan. Bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut pindaan-pindaan yang dipertimbangkan atas alasan ia masih diteliti. "Tak boleh cakaplah apa yang kita nak pinda, tak bolehlah beri contoh, macam saya kata tadi, kalau permainan (hari pilihan raya) tak mula lagi, pengadil tak boleh tiup wisel (tidak boleh mula kawal kempen pilihan raya)," katanya lagi. "Pindaan banyak, macam-macam akta dan peraturan . . . tapi apa kita hendak pinda maaflah (tidak boleh beritahu sekarang)," kata Abdul Aziz. Katanya, pindaan terbaru ini bertujuan memudahkan urusan pengendalian pilihan raya dapat dijalankan dengan cekap dan telus. Bagaimanapun berdasarkan gambaran sebelum ini pindaan itu termasuk soal menguruskan proses penamaan calon di mana jumlah hari atau tempoh sesi penamaan calon mungkin dipanjangkan dan perubahan pada sistem undi pos. Sebelum ini pernah ada cadangan supaya had perbelanjaan pilihan raya, bentuk kempen termasuk menggunakan teknologi dan dana parti-parti politik turut diambil kira oleh SPR dalam pindaan masa depan. Proses pendaftaran pemilih baru dan tukar alamat tempat mengundi juga dipercayai sedang dikaji. Kini pendaftaran pemilih dijalankan sepanjang tahun dengan diwartawakan setiap suku tahun. Abdul Aziz berkata, pindaan kali ini termasuk juga menggantikan istilah-istilah yang tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang turut mengambil kira perkembangan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). "Misalnya, kami sedang mengkaji kesesuaian perkataan membuang undi . . . perkataan 'membuang undi' tidak sesuai, ia bermaksud membuang kertas undi bagi sesetengah orang. "Ini antara perkataan yang ada dalam undang-undang kita, ini kena dikaji dan dipinda dengan perkataan lebih sesuai," kata beliau. Kini, dalam mengendalikan pilihan raya SPR bergantung pada Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (1981) dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) (2003). | ||||
Ahli Politik Perak Meramas Buah Dada Jurusolek? Posted: 15 Jan 2011 05:17 PM PST SABAH DAILY Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru. | ||||
Tokoh Umno Akan Sertai PKR Di Pahang Posted: 15 Jan 2011 05:15 PM PST SABAH DAILY PKR Pahang mungkin akan menerima kedatangan seorang ahli baru tidak lama lagi apabila tokoh Umno negeri berkenaan sedang menimbangkan untuk menyertai PKR. Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.
| ||||
LAGI SKANDAL PUTERI UMNO SABAH? Posted: 15 Jan 2011 05:13 PM PST Oleh: PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS) SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang. | ||||
Bersikap terbuka terhadap kuasa ketiga: Tapi gelanggangnya di pedalaman Melayu, Anwar Posted: 15 Jan 2011 05:08 PM PST Politik bukan sekadar angka dan matematik, tetapi juga persepsi dan sentimen. Agak mustahil untuk mengekalkan keghairahan rakyat selama-lamanya, lebih-lebih lagi apabila sebagai pembangkang yang terpaksa menongkah arus persepsi negatif yang membadai. Selepas tsunami politik 8 Mac 2008, sesetengah pengamat politik menganggap gelanggang pertarungan yang bakal menentukan lanskap politik masa depan Malaysia ialah kawasan campuran kaum, berdasarkan perkiraan matematik pada undi yang diperolehi. Mana-mana parti politik yang berjaya menawan hati pengundi kawasan tersebut, maka merekalah yang menguasai tampuk kerajaan persekutuan. Namun demikian, beberapa pilihan raya kecil selepas itu menunjukkan pola yang membimbangkan Pakatan Rakyat. Kawasan pedalaman, desa Melayu, FELDA yang terasing dari maklumat media bebas atau alternatif, gagal ditembusi PR. Malah, Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim yang dibelenggu dengan pelbagai isu, kini berdepan dengan musuh politik yang lebih "kejam" dan "kasar", sebagaimana yang disifatkannya. "...Najib (gambar kiri) tu ruthless (kejam). Najib punya kasar... Cara dia rampas, cara dia kasar, cara dia guna media, cara dia beli orang... Maksud saya, betul... Pada hakikatnya kami dah katakan, itu pertarungannya (battle). Itulah yang harus rakyat faham. (Cara) dia senang, boleh pukul, pukul; tak boleh pukul, beli...." Demikianlah luahan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 6 Januari 2011, di pejabatnya. Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Najib lebih sukar ditangani sebagai musuh politiknya, berbanding dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Sambil berseloroh Anwar menyifatkan Abdullah sebagai "hardly anything", sebelum mengakui bahawa Najib lebih kasar untuk mencantas musuh politiknya. Enggan jawab isu yang bukan isu Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan pengamatan wartawan bahawa PR kini kelihatan berada pada kedudukan bertahan untuk menjawab pelbagai tuduhan, padahal BN yang berada di situ untuk menjawab isu seperti pembunuhan Altantuya, komisen pembelian kapal selam Scorpene, Lingam Tape dan sebagainya - sebelum 8 Mac 2008. "Itu sebabnya... Kalau saya layan, saya akan layan. Kamu adalah pengecualian. Saya layan kamu bila kamu tanya. Saya tak layan (kalau orang lain tanya). Saya tak pernah layan isu-isu sebegini. Mengapa? Mengapa harus saya layan isu seperti sama ada kamu pro-Raja, anti-Raja? Sama ada kamu kuasa ketiga, kuasa keempat... Kita bergerak ke depan saja... Sama ada kamu tutup Sivan Temple (di Bukit Gasing), saya langsung tak jawab!... (Isu ini) soal masa saja. Selepas tu (kebenarannya) akan timbul ke permukaan. (Ia) jadi isu pada dua minggu pertama...," katanya. Sebelum mengakhiri wawancara yang mengambil kira-kira 90 minit, Anwar meluahkan keresahan dirinya, bahawa PR berdepan dengan masalah di Malay rural heartland (tanah pedalaman hati perut Melayu). "Ramai daripada kita yang lupa tentang ini. Tiga perempat soalan yang kita bincangkan tidak berkaitan dengan mereka. Malay rural heartland, yang mana adalah gelanggang pertarungan yang utama. Dari segi angka, kerusi, dan isu." Beliau menceritakan pengalamannya ketika lawatan ke kawasan FELDA Tenang, "Yang cakap pasal media alternatif, tiada seorang pun yang tahu. Seorang saja yang kata, anaknya beritahu. Itu masalah besar. Cuma apa yang baiknya adalah bila kita pergi dia keluar dengar. Tetapi berapa lama boleh kita boleh (bertahan dengan) pergi (dari kampung ke) kampung?" Seandainya PR kalah dalam PRU ke-13? Wartawan kemudian membangkitkan soalan, "Bagaimana kalau PR kalah dalam PRU ke-13?" "Jangan bagi kalah, kita bagi dia menang. Kalau nak menang mestilah berfikir secara positif, janganlah ungkit persoalan Anwar Presiden ke tidak... Lihat, kita layan isu yang dipaksakan orang terhadap kita. Untuk saya, kita yang seharusnya menentukan isu. Kalau tidak, tak boleh. Kita guna setengah masa kita, membalas isu yang bukan isu, sama ada kita tutup Sivan temple atau tidak....masalah yang ditimbulkan UMNO!" Bagaimanapun, Anwar jelas kelihatan lebih ingin menumpu kepada usaha menggerakkan PR ke depan. Sebelum wawancara berakhir, beliau diminta untuk mengulas, sama ada kontradiksi 1Malaysia oleh Najib dengan Ketuanan Melayu oleh Timbalannya, Muhyiddin Yassin sekadar strategi untuk mengaut undi kedua-dua golongan yang perkauman dan bersifat terbuka; atau disebabkan pergelutan kuasa antara kedua-dua pemimpin tersebut. "Dia (hubungan mereka) baik tak baik saya tidak tahu. Saya tidak peduli. Tapi yang pentingnya dia tidak konsisten. Maknanya pembohongan. Kamu cakap 1Malaysia, kamu guna (cara) ini. Kamu baca Utusan. Utusan tu di bawah kawalan terus Presiden (UMNO)...," katanya sambil bangkit dari tempat duduknya, setelah wawancara itu mengambil masa yang terlebih. Berunding terus dengan RPK Sebelum ini, ketika dibangkitkan isu "Kuasa Ketiga", iaitu sama ada PR atau PKR secara khususnya akan memberi laluan kepada mereka, seandainya kumpulan yang diketuai Haris Ibrahim ini mampu menawarkan calon yang lebih berkualiti berbanding calon PR, misalnya Malik Imtiaz Sarwar, peguam hak asasi manusia, yang juga mewakili kerajaan negeri Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock? "Kita belum bincang isu ini dalam PR, mahupun PKR. Belum, kita belum bincang. Raja Petra (gambar kanan) sebut kepada saya, tapi kita kena tahu apa pendirian dia, apa cadangan spesifiknya, siapa yang dia fikir sebagai calon, itu belum dikemukakan," jawab Anwar. Apabila wartawan cuba bertanyakan sejauh manakah kemungkinan PR memberi laluan kepada mereka, Anwar berkata, "Biar ia terbuka. Kita juga terikat dengan Pakatan Rakyat, biar kita bincang dulu. Sama ada ia membantu untuk memperkasa kuasa itu, atau ia melemahkan kuasa itu, atau mereka benar satu kuasa...itu kita kena bincang." "Kerana ada yang kata, kita bukan kuasa ketiga... Jadi kita perlu jelas dengan pendirian mereka. Sebab ada yang kata kuasa ketiga, ada yang kata bukan...ada yang kata, hanya MCLM (Malaysia Civil Liberties Moverment). Tetapi saya akan berhubung dengan mereka." Untuk Anwar, banyak lagi yang perlu diperjelaskan sebelum keputusan dibuat, dan beliau enggan berunding dengan mereka melalui media. Malah, beberapa perkara yang perlu diteliti, termasuk kesesuaian calon, kerusi mana, perwatakan calon, dan sebagainya. Beliau mengakui belum ada perbincangan yang serius dalam hal ini, melainkan Raja Petra Kamaruddin yang pernah menyebut sepintas lalu kepadanya. Secara terus-terang Anwar mengakui bahawa wujudnya calon yang kurang berkualiti, dan menyatakan bahawa bukan semua wakil rakyat yang terpilih pada penggal tahun 2008 akan kekal sebagai calon pada PRU akan datang. Kejadian sepanjang tempoh ini mungkin menyentuh hatinya, "Pengalaman kita mengajar bahawa kita mesti letakkan calon yang lebih wibawa. Teruji. Yang layak, ada integeriti, yang konsisten...," Tiba-tiba beliau meninggikan suaranya, "Dan bekerja sebagai pasukan!" "Ada orang yang boleh... Tapi dia solo. Itu pun bahaya. Sebab itu dalam Pakatan Rakyat, ini juga pertimbangan utama. Kerana kalau pandai, dan berintegriti, tapi kerja seorang-seorang dia, jadi dia bergaduh dengan yang lain. Dia tak boleh buat keputusan bersama. Kita dalam Pakatan Rakyat, ini satu cabaran besar. Mampu untuk bekerja sebagai pasukan, dan mampu untuk memahami sentimen Melayu, sentimen Cina, India, Iban dan Kadazan... Ini penting. Kita tak mampu untuk memuaskan semua orang..." Suara Anwar semakin rendah, "Kalau kamu rasakan kamu pandai, kamu ada idea kamu sendiri, fair enough... Then kamu tubuhlah parti kamu sendiri. Kamu perlu bekerja sebagai pasukan. Sesetengah dasar negeri, bukan saya setuju sepenuhnya. Tetapi kita berkomunikasi." Ketika dibangkitkan kritikan Raja Petra kepada dirinya, Anwar berkata, "Dia communicate ok, Raja Petra, Raja Petra-lah. Dia nak cakap dia cakap, nak lepas dia lepas. Tak semestinya semua dia betul. Kadang-kala dia duduk situ (London) pun terpisah juga dengan realiti. Tetapi sesuatu yang ada padanya adalah dia (sanggup) berkomunikasi. Dia kekal... dan saya respon." Anwar menegaskan bahawa tiada perbincangan yang serius dalam isu beri laluan dalam sesetengah kerusi untuk kuasa ketiga. "Kalau itu rundingan, kamu hanya kata, saya nak letak orang ini. Ini bukan rundingan. Ini perintah (dictating). Dalam Pakatan Rakyat ni, muafakat itu penting." (Bahagian keempat, bersambung) Bahagian pertama: Prinsip Raja Berperlembagaan Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB Bahagian kedua: Anwar kehilangan detik saat terbaik selepas kegagalan rancangan 16 September? Bahagian ketiga: Tumpu kepada soal dasar dan PR: Anwar jawab punca tak tanding Presiden *Wawancara ini dijalankan oleh Chan Wei See (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina), Lim Hong Siang (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia) dan Ong Vic Kee (Wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina), di pejabat Anwar Ibrahim pada 6 Januari 2011. | ||||
Apabila wartawan ditutup mulut Posted: 15 Jan 2011 05:05 PM PST Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hata Wahari, dilaporkan hari ini akan digantung dari kerjanya oleh majikannya, Utusan Malaysia, pada 17 Januari - iaitu ketika siasatan dalaman (domestic inquiry) akan dilaksanakan. Ini ekoran dari kritikan yang dilemparkan oleh Hata terhadap akhbar yang kontroversial itu sebaik saja menyandang jawatan pemimpin di NUJ itu. Jika berita ini menyedihkan bagi rakan sekerja dan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kebebasan bersuara dan media, hal yang mengatakan beliau telah dikenakan perintah "kurung rumah" adalah lebih membimbangkan. Ini kerana tindakan yang diambil oleh majikannya itu mirip perilaku pemerintah yang menghukum seseorang itu - yang mungkin dianggap penjenayah atau yang dicop sebagai ancaman negara - tidak boleh keluar dari persekitaran rumah selama waktu yang ditentukan. Dengan kata lain, wartawan yang kritis dan berpaut kepada kod etika profesion kewartawanan telah dihukum seolah-olah dia telah melakukan suatu jenayah. Jika kita mengimbas kembali apa yang Hata telah lakukan, beliau membuat teguran terhadap Utusan Malaysia bahawa akhbar itu telah hilang haluan sebagai sebuah akhbar arus perdana kerana telah bersikap "ekstremis" dari segi pendekatan yang diambil oleh editornya dan pemberitaan yang dilakukan, dan beliau bimbang ini boleh mencetuskan "keluh kesah" dalam kalangan rakyat yang berbilang etnik dan agama. Dan seterusnya beliau khuatir pendekatan ekstremis ini boleh mengakibatkan jualan dan pembacaan akhbar tersebut yang kian meleset. Sebagai pemimpin sebuah kesatuan wartawan yang inginkan NUJ dan profesion wartawan disegani di Malaysia, Hata berhak untuk menyatakan pendirian beliau seikhlas mungkin walaupun ini boleh "menusuk kalbu" majikannya sendiri. Sudah tentunya ini satu perbuatan yang bukan mudah, tetapi perlu dilakukan demi maruah profesion wartawan dan prinsip kebebasan media dan demokrasi. Kalau kita perlu peringatan di sini, kerjaya wartawan mempunyai tanggungjawab yang berat bukan sahaja terhadap dirinya sebagai seorang professional tetapi juga terhadap masyarakat umum. Wartawan, sekurang-kurangnya pada prinsipnya, harus komited terhadap kebenaran, keadilan dan kedamaian. Kewartawanan bukanlah satu kerjaya yang menjanjikan gaji bulanan semata-mata sepertimana yang ada pada kerjaya lain. Ianya memerlukan komitmen mendalam yang kadang-kala mendedahkan diri wartawan berkenaan kepada bahaya (politik, ekonomi dan keganasan fizikal) dan dilema moral. Dengan kata lain, tindakan yang diambil oleh Hata dan rakan-rakannya di NUJ perlu dihargai oleh warganegara Malaysia pada umumnya kerana ianya bersangkut-paut dengan persoalan etika profesion, keadilan, kebenaran dan hak kebebasan bersuara. Ini lebih-lebih lagi apabila masyarakat masakini menghadapi keadaan di mana kebenaran dan keadilan menjadi "binatang buruan" yang sukar dicari dan dicapai. Itulah sebabnya, sepertimana yang telah diperhatikan oleh Hata, ramai rakyat di negara ini yang telah "berhijrah" dari media arus perdana ke media alternatif di Internet dalam usaha mereka mendapatkan berita dan maklumat yang kelihatan terdekat dengan kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya, citarasa rakyat masakini rata-rata lebih canggih. Dan perbuatan Hata (dan rakan seperjuangannya) untuk memperjuangkan profesionalisme kerjayanya dan juga kebebasan media menjadi lebih relevan lagi apabila ada usaha yang membayangkan keinginan pihak pemerintah yang cenderung untuk membendung kebebasan yang ditawarkan oleh Internet itu. Khususnya, Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini telah meluahkan "kebimbangan" tentang apa yang dianggap sebagai unsur-unsur tidak sihat dalam Internet yang kononnya boleh membawa rebah lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda dalam masyarakat kita. Sesungguhnya, tindakan Hata (gambar kanan) ini mempunyai signifikannya yang ketara. Dalam keadaan dunia kewartawanan tanah air di mana wujudnya "wartawan wahyu", sikap dan tindakan yang diambil oleh wartawan seperti Hata mudah memisahkan dirinya dari kelompok wartawan ini. Malah, beliau dan rakan seperjuangan mudah dilihat seolah-olah mencapai status "hero" dalam dunia persuratkhabaran di Malaysia. Sebilangan pemerhati media merasakan kemunculan pemimpin NUJ seperti Hata ini persis udara nyaman bertiup yang enak dihidu di tengah-tengah masyarakat yang dibelenggukan dengan kongkongan media dan wartawan hasil daripada undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Rahsia Rasmi yang mencengkam kebebasan media dan bersuara. Jika dipandang dari satu sudut, tindakan yang diambil oleh Utusan Malaysia terhadap Hata mempunyai ironinya kerana ini melibatkan sebuah organisasi media yang sepatutnya melindungi dan memperjuangkan kebebasan media dan anak buahnya. Tetapi bila dilihat dari sudut yang lain, tindakan akhbar ini harus dijangkakan kerana akhbar tersebut sudah lama berperanan sebagai sebuah lidah parti politik konservatif yang sudah tentunya mempunyai matlamat yang berlainan daripada akhbar arus perdana yang normal lagi bebas. Tak kira apa sudut yang diambil, apa yang jelas ialah media dan wartawannya telah "dikurung". Turut merasakan impak "kurungan" ini ialah rakyat jelata yang dahagakan berita dan maklumat yang berguna kepada kehidupan seharian mereka dalam sebuah masyarakat yang dikatakan mengamal sistem demokrasi. *Mustafa K Anuar adalah pembaca MerdekaReview yang prihatin terhadap persoalan kebebasan media tanah air. | ||||
Isu SUK Selangor: Bagaimana Nak Cabar, Lantikan Ikut Undang-Undang Posted: 15 Jan 2011 05:01 PM PST
PELANTIKAN Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) menimbulkan kontroversi kerana beliau tidak diterima oleh Menteri Besar dan barisan Exconya. Umum mengetahui hubungan Mohammed Khusrin dengan Kerajaan Negeri Selangor sememangnya keruh disebabkan beberapa insiden yang berlaku semasa beliau menerajui JAIS. Malah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas upacara mengangkat sumpah taat setia Mohammed Khusrin di hadapan Sultan Selangor, beliau tetap mencari helah untuk terus menafikan pelantikan walaupun baginda sendiri menitahkan supaya kemelut itu ditamatkan segera demi kemakmuran Selangor. Ikuti temu bual wartawan Mingguan mStar, SALWA SHA'ARI bersama pengamal undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin mengenai krisis pelantikan ini. Mingguan mStar: Adakah wajar Kerajaan Negeri mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin? Datuk Salehuddin Saidin: Saya percaya lantikan tersebut adalah mengikut Fasal 1, Perkara 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang mengatakan lantikan tiga jawatan tertinggi, iaitu Setiausaha Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan bukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN). Adakah proses melantik SUK sama untuk setiap negeri? Setiap negeri mempunyai Perlembagaan yang berbeza-beza, seperti di Johor, lantikan dibuat oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar dan di Kelantan, jawatan SUK adalah jawatan di bawah SPN. Adakah SPA wajib untuk mencalonkan nama-nama kepada Sultan sebelum lantikan dibuat? SPA tidak perlu mencalonkan nama dan boleh terus melantik SUK, tetapi dalam kes ini, mereka telah mencalonkan tiga nama dan ruang lingkup Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ialah memilih satu nama dan lantikan dibuat oleh SPA. Adakah perlu SPA mendapatkan persetujuan daripada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim? Undang-undang tidak menyatakan lantikan perlu mendapat kebenaran Menteri Besar atau mesti mendapat perkenan Sultan. SPA tidak dihalang untuk tidak mendapatkan kebenaran. Mengapa SPA meminta perkenan Sultan dan tidak Menteri Besar? Saya melihat alasannya adalah kerana adat dan sebagai tanda budi bahasa serta kedudukan Sultan sebagai Ketua Eksekutif Selangor. Bagaimana dengan tindakan Kerajaan Negeri mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Selangor bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar? Itu merupakan satu aspek yang lain untuk meminda supaya lantikan di masa depan tidak dibuat melalui SPA. Tetapi, perkara yang dipinda adalah untuk perkara masa hadapan. Sekarang lantikan telah dibuat mengikut undang-undang. Memang tiada halangan untuk Kerajaan Negeri memanggil sidang DUN dan mereka perlu mendapat majoriti dua pertiga. Sekiranya Kerajaan Negeri dapat mencapai dua pertiga, adakah pindaan akan berkuat kuasa serta-merta? Jika dapat dipinda, kesan kebelakang tidak boleh dilakukan kerana lantikan telah dibuat mengikut secara sah. Saya tidak merasakan ia sesuai jika dibuat secara kebelakang kerana bukan dalam keadaan jawatan itu kosong. Adakah Kerajaan Negeri boleh mencabar pelantikan tersebut di mana-mana mahkamah? Bagaimana hendak dicabar apabila lantikan dibuat mengikut undang-undang? Saya merasakan ia sukar untuk dicabar. Apakah kesannya jika Kerajaan Negeri terus dengan pendirian tidak mengiktiraf lantikan tersebut? Kegagalan untuk mengiktiraf lantikan mungkin mewujudkan hubungan yang agak tegang antara pihak istana dan Kerajaan Negeri kerana Istana telah memberi perkenan. Ini akhirnya boleh menjejaskan rakyat secara keseluruhan. Bolehkah SPA mengambil tindakan melantik SUK baru bagi menamatkan krisis ini? Bergantung kepada budi bicara SPA kerana undang-undang tidak mengatakan ia tidak boleh ditukar. Bagaimanapun, ia tidak bagus dari segi moral untuk Mohammed Khusrin, yang belum menjalankan tugasnya kerana seolah-olah menggambarkan beliau tidak layak untuk jawatan itu. Menteri Besar juga ada menyatakan bahawa majlis angkat sumpah simpan rahsia akan diadakan selepas persidangan tergempar DUN. Berapa lama majlis tersebut boleh dilengahkan? Tidak dapat dipastikan selama mana ia boleh dibiarkan. Bagaimanapun, jika dibiarkan berlanjutan ia akan menyukarkan perjalanan urusan pentadbiran negeri kerana SUK penting dalam melaksanakan polisi yang ditetapkan Kerajaan Negeri. Ada yang mengaitkan lantikan itu mempunyai agenda politik, Adakah lantikan tersebut ada maksud tersembunyi? Tidak sama sekali. Lantikan Mohammed Khusrin dibuat oleh satu suruhanjaya perkhidmatan yang tidak mempunyai penglibatan mana-mana pihak, termasuklah Kerajaan Persekutuan. Jadi, bagaimana pandangan sedemikian timbul? Mungkin kita takut pada bayang-bayang. Kita belum cukup matang dalam berpolitik dan berfikiran sempit, terlalu syak-wasangka menyebabkan kita paranoid. Adakah tugas SUK akan melibatkan atau berkaitan dengan politik? Seorang pegawai kerajaan tidak dibenarkan sama sekali untuk berpolitik, khususnya kategori A. Sebagai SUK, Mohammed Khusrin perlu menjalankan tugas melaksanakan polisi yang dipersetujui Kerajaan Negeri yang memerintah pada masa tersebut. Tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Siapa perlu mengalah? Pada saya, cubalah dulu. Setelah dicuba dan dirasakan beliau tidak menepati kehendak sebagai seorang SUK yang layak, Kerajaan Negeri boleh mencadangkan supaya beliau digantikan dengan individu lain. Saya merasakan SPA tidak akan menolak sekiranya diberikan sebab yang munasabah. | ||||
Lawatan Rosmah Pererat Hubungan Oman-Malaysia Posted: 15 Jan 2011 04:58 PM PST BERNAMA MUSCAT: Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai esok (Ahad) akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia. Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman. Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat. Bercakap kepada wartawan Malaysia menjelang lawatan Rosmah di sini, Sabtu, beliau berkata: "Kerajaan Oman begitu memilih dalam memberikan layanan seumpamanya. Ini bermakna layanan yang diberikan kepada Datin Seri Rosmah adalah satu gambaran hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara Islam ini." Katanya jemputan Oman kepada isteri Perdana Menteri melakukan lawatan ke negara ini sebagai satu pengiktirafan kepada usaha tidak mengenal penat beliau dalam bidang yang amat dekat di hatinya iaitu pendidikan awal kanak-kanak menerusi Program Permata serta peranannya memperkasakan kaum wanita di Malaysia. Mohamad Norhisyam berkata beliau melihat peranan Rosmah sebagai suatu yang melengkapi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam memperkenalkan dasar-dasar dan pendirian kerajaan Malaysia.Rosmah dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad bin Mahmood Al-Said. Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa bint Khalfan Al-Yahya'eyah dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri. Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), akan diiringi anggota badan berkenaan semasa lawatan itu. Malaysia dan Oman menjalin hubungan diplomatik pada 1983. Mohamad Norhisyam berkata terdapat kira-kira 900 rakyat Malaysia di Oman, kebanyakannya bekerja dalam sektor petroleum. "Mereka tidak sabar menunggu kedatangan Datin Seri Rosmah di Muscat," katanya. Kuasa Usaha Malaysia di Oman itu berkata dagangan dua hala antara Malaysia dan Oman berjumlah hampir RM500 juta bagi tempoh Januari-Oktober 2010, dengan eksport utama Malaysia ke Oman adalah minyak masak, jentera, peralatan dan alat ganti, produk perkayuan serta barangan elektrik dan elektronik. Katanya terdapat banyak peluang bagi syarikat-syarikat Malaysia di Oman dalam projek infrastruktur seperti jalan raya dan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang dan juga bidang pendidikan. Mohamad Norhisyam berkata Malaysia merupakan destinasi popular bagi rakyat Oman. "Jumlah pelancong Oman ke Malaysia meningkat pada tahun kebelakangan ini. Pada 2010 sahaja, kita menerima seramai 18,300 pelancong dari Oman, satu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding pada 2009," katanya. Beliau berkata peningkatan angka ketibaan pelancong dari Oman pada 2011 diunjurkan antara 15 hingga 20 peratus berbanding 2010. Lebih 400 penuntut dari Oman melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia pada tahun lepas, katanya. "Harapan utama saya adalah lawatan oleh Datin Seri Rosmah ini membawa kepada lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia dan Oman serta memperkukuhkan hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi," katanya. | ||||
MPSJ serbu pusat hiburan haram Posted: 15 Jan 2011 04:56 PM PST SINAR HARIAN ONLINE PUCHONG – Keghairahan pengunjung sebuah pusat hiburan di Pusat Bandar Puchong dekat sini dilayan gadis montok dan gebu daripada Filipina serta Indonesia malam kelmarin tidak bertahan lama apabila premis berkenaan diserbu pihak berkuasa. Difahamkan, wanita warga asing berusia lingkungan 20-an dan bekerja sebagai pelayan di situ turut dijadikan stok 'raba' pengunjung hidung belang selain dijadikan pasangan berpelukan untuk melepaskan nafsu masing-masing. Sinar Harian dimaklumkan, pengusaha bertindak bijak menyembunyikan kegiatan dengan memilih premis yang terletak agak jauh dari kawasan penempatan penduduk dan tersorok daripada penglihatan orang ramai. Bagaimanapun, aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di situ dapat dihidu apabila pihak berkuasa mendapat aduan pengusaha premis menjalankan aktiviti tanpa lesen sah. Pengarah Jabatan Penguat-kuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, bertindak atas maklumat, operasi diketuai pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu sebuah premis di Jalan Bandar 14, Pusat Bandar Puchong. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pengusaha menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah daripada pihak MPSJ. "Ketika serbuan, tiga pekerja wanita warga asing berpakaian ketat dan sendat sibuk melayan pengunjung di premis hiburan terbabit tanpa segan silu. "Pemeriksaan dibuat terhadap ketiga-tiganya mendapati mereka tidak memiliki permit perjalanan yang sah," katanya wanita warga asing terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Mohd Zulkurnain berkata, tindakan terhadap pengusaha dikenakan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995(Pindaan 2001) "Ia berikutan pengusaha menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada pegawai melesen MPSJ dan boleh dikenakan tindakan denda maksimum sebanyak RM 25,000. "Operasi disertai 23 anggota penguatkusa MPSJ diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa (Kanan) Mazrul Zahar Mohd, manakala tujuh anggota KDN diketuai Fazi Amar dan tiga lagi dibantu anggota polis," katanya. | ||||
Pengurus pusat hiburan ditahan bersama 21 warga asing Posted: 15 Jan 2011 04:54 PM PST BERNAMA IPOH - Polis menahan seorang pengurus sebuah pusat hiburan kerana mengambil pekerja warga negara asing tanpa permit di sebuah pusat hiburan Bandar Baru Medan Ipoh dekat sini malam semalam. | ||||
Posted: 15 Jan 2011 04:50 PM PST SINAR HARIAN SENAI- "Calon yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal beri kejutan," kata Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed , ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau bagaimanapun meminta semua pihak bersabar dan menantikan calon yang digembar-gemburkan untuk bertanding di kerusi itu. Ketika ditanya mengenai calon yang terpilih itu, beliau berkata calon berkenaan merupakan seseorang yang dikenali di media massa. Beliau berkata, pengumuman yang akan dibuat di pekan Labis turut akan dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Dr Mahfodz juga enggan mengulas lanjut sama ada calon tersebut adalah wanita atau Ketua Penerangan Pas, Mazlan Aliman yang dikaitkan bagi bertanding di Tenang. Difahamkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan hadir pada hari penamaan calon itu nanti. Sementara itu, seramai 2,500 jentera petugas Pas telah mula berkampung di Tenang dan mereka juga akan diletakkan di kawasan pembuangan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Sejak 8 Januari lepas, petugas-petugas Pas telah berkampung di Tenang dan membantu menggerakkan jentera parti bagi meraih undi," katanya. Menurutnya, setiap cawangan daerah dan negeri akan menghantar wakil bagi membantu melaksanakan tugasan seperti mengedar risalah, mengadakan ceramah dan bertemu pengundi dari rumah ke rumah. "Selain petugas dari negeri Johor, negeri-negeri lain turut membantu seperti Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan," katanya. Sebanyak 12 Unit Peti Undi (UPU) terdapat di DUN Tenang dengan 200 orang akan di letakkan untuk menjaga setiap kawasan dari segi pengiraan dan keselamatan. "Jumlah berkenaan kemungkinan besar akan meningkat pada penamaan calon dan tempoh meraih undi selepas itu," katanya. Beliau berkata, dengan bilangan petugas yang ramai, jentera parti dapat digerakkan lebih cepat dan setiap kawasan seperti Felda dapat ditembusi. "Banyak kerja yang perlu dibuat dan bukannya asyik sibuk berceramah sahaja. Justeru lebih ramai petugas diperlukan bagi mendekati pengundi dengan cara ukhuwah," katanya. Beliau turut yakin monopoli Barisan Nasional atau UMNO di Felda dapat dipecahkan memandangkan pengundi terutamanya generasi kedua di situ lebih cenderung kepada Pas. "Berdasarkan kepada pemerhatian dan setiap kali turun ke kawasan Felda seperti di Felda Cemplak, pengundi terutamanya generasi kedua Felda, memberikan respons baik kepada Pas," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan