Khamis, 6 Januari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Shabery adakan pertemuan enam mata selesai isu Misbun

Posted: 06 Jan 2011 03:06 PM PST

BERNAMA

KUCHING – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan pertemuan enam mata untuk memulihkan keadaan berhubung kontroversi peletakan jawatan jurulatih perseorangan Datuk Misbun Sidek sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bermula minggu depan.

Menurutnya, beliau akan menguruskan pertemuan tersebut di antara bekas jaguh perseorangan negara itu dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh sebaik sahaja beliau balik dari lawatan rasmi dua hari ke Sarawak untuk meninjau projek kementeriannya di sini.

"Malam tadi saya telah berjumpa dengan Misbun, yang telah sempat mencurahkan rasa hatinya tentang beberapa perkara yang menjadi berbezaan di antara beliau dan BAM," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Akuatik Negeri, benilai RM33 juta di Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Shabery enggan menyatakan hasil pertemuan beliau dengan Misbun sebelum mengadakan satu dialog dengannya dan Mohd Nadzmi sebagai wakil kerajaan bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan.Beliau juga enggan memberitahu punca keputusan mengejut Misbun meletakkan jawatan pada 31 Dis lepas, yang telah disentuh oleh jurulatih itu kerana sehingga sekarang kedua-dua pihak tidak menghuraikan tentang perselisihan mereka kepada umum.

"Sudah tentu apabila berlaku luka, ia akan mengambil masa untuk menjernihkan suasana," kata Ahmad Shabery, yang diminta menyelesaikan perkara itu semasa pertemuannya dengan Mohd Nadzmi di Putrajaya semalam.

Sementara itu, beliau berkata pusat akuatik tersebut, yang dibina oleh kementeriannya dijangka beroperasi pada November tahun ini.

Beliau yakin ia akan menjadi satu tempat yang dapat dibanggakan oleh penduduk Sarawak, yang merupakan sebuah negeri yang paling banyak menyumbang kepada jaguh sukan, khasnya dalam bidang akuatik renang dan terjun.

"Jadi amat sesuai sekali Sarawak memiliki satu pusat akuatik yang terbaik di luar Kuala Lumpur yang boleh menjana lebih banyak minat orang Sarawak untuk terlibat dalam bidang ini serta melahir ramai lagi ikon negara dalam bidang ini," katanya sambil menambah bahawa ikon seperti Daniel Bego telah member inspirasi baru kepada ramai anak muda tempatan.

Selain kolam akuatik, pusat itu dilengkap dengan asrama lelaki dan perempuan serta kemudahan untuk menjalankan kegiatan belia yang lebih moden dan cangih.

PRU-13 awal: Adakah BN sudah bersedia, soal Dr Mahathir

Posted: 06 Jan 2011 03:02 PM PST

BERNAMA


SHAH ALAM — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat, meskipun wujud pelbagai isu politik yang hangat pada tahun lepas.

"Sama ada pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa terdekat, ataupun tidak, masalah seperti ini (isu politik panas) akan tetap timbul juga.

"Adakah kerajaan bersedia mengadakan pilihan raya umum lebih awal (dalam senario politik sekarang)," katanya ketika ditanya sama ada pelbagai isu hangat yang melanda negara tahun lepas dan awal tahun ini menjadi petunjuk bagi pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptama, Dr Mahathir (gambar) berkata semangat perpaduan Melayu menentang Malayan Union pada 1940-an perlu dibangkitkan semula dalam senario politik semasa.

Beliau berkata pada ketika itu, semua orang Melayu, tanpa mengira kedudukan dan ideologi politik, telah bersatu menentang gagasan tersebut yang akhirnya menjadi perintis kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

"Orang Melayu tanpa mengira fahaman politik, perlu kembali berpegang kepada semangat perpaduan tulen seperti mana berlaku sewaktu menentang gagasan Malayan Union tajaan British pada tahun 1940-an," katanya.

Mengulas cadangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, Dr Mahathir berkata walaupun ia membenarkan orang Melayu menjadi Perdana Menteri dan kaum lain dilantik sebagai timbalannya, namun orang Melayu akan tetap terpinggir.

Beliau berkata ini kerana mereka akan memberi keutamaan kepada merit dan sudah pasti kaum lain akan muncul sebagai yang terbaik, dan akhirnya orang Melayu akan menjadi seperti di Singapura iaitu terpinggir serta ditindas.

"Bukan mahu mengatakan orang Melayu ini tidak berkeupayaan, tetapi kalau nak lihat orang Melayu kita jadi macam di Singapura, undilah parti lawan," katanya sinis.

Umno Barisan Nasional ‘melacurkan’ agensi kerajaan.

Posted: 06 Jan 2011 06:08 AM PST

SELATAN ONLINE

Guru-guru di Johor merasa tidak selesa dengan sikap Pengarah Pendidikan Negeri yang dilaporkan sebelum ini cuba mempengaruhi guru-guru kaunseling untuk turun berkempen didalam Pilihanraya Kecil N.05 Tenang untuk Umno Barisan Nasional.

Mereka terkejut dengan pendedahan tersebut dan mempersoalkan mengapa mereka sebagai golongan profesional cuba diajak untuk bertindak sebaliknya sedangkan mereka tidak mahu terlibat didalam politik kerana ingin memberikan tumpuan kepada mendidik anak-anak yang hauskan ilmu pengetahuan.

Hj.Markom bin Giran, Pengarah Pendidikan Negeri Johor

Pendedahan "video Markom" menyebabkan satu letusan yang dahsyat berlaku di Tenang kerana rahsia Umno Barisan Nasional yang 'melacurkan' guru-guru kaunseling untuk tujuan kempen Umno Barisan Nasional terbongkar.

Belum lagi tiba waktu berkempen bahkan penamaan calon belum pun berlaku, Umno Barisan Nasional telah berani menunjukkan taktik kotor dan jahat mereka, dengan segala akses terhadap agensi kerajaan Umno Barisan Nasional bersikap mereka adalah 'raja' yang tidak perlu ditegur dan harus akur setiap apa tindak tanduk meskipun telah melampau dengan menyusahkan kehidupan rakyat.

Guru-guru hari ini bukan lagi seperti guru-guru diawal kemerdekaan, guru-guru hari ini adalah guru-guru yang berwawasan dan berjiwa merdeka.

Mereka tahu apa yang patut mereka buat sesuai dengan jawatan yang mereka sandang. Tindakan cuba menekan guru-guru dengan cara halus seperti yang dilakukan oleh Pengarah Pendidikan Johor menghasilkan rasa benci dan meluat guru-guru bukan sahaja kepada Pengarah Pendidikan Johor bahkan kepada Umno Barisan Nasional. [JK]

Tutup sahaja TV3,: Usaha strategik naikkan sentimen Melayu dan benci Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jan 2011 05:49 AM PST

Oleh SanggahTokSago

Menonton TV3 dalam slot Buletin Utama malam begitu menyakitkan hati. Media tv itu benar-benar diperalat, diperkuda dan dirogol semahu-mahunya oleh Umno-BN dalam memekikkan dakyah dan propaganda mereka kepada rakyat. Sungguh menusuk-nusuk jantung saya malam ini!

Dimulakan isu kematian Teok Beng Hock yang tidak diketahui dibunuh atau dia membunuh diri; diikuti secara panjang jela dan beragenda jahat laporan tentang wujud kononnya pertentangan antara Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan dalam isu pelantikan SUK Kushrin Munawi; dan kemudian diakhiri gambaran bangkitnya rakyat Selangor mengutuk Khalid, Kerajaan Selangor dan "kebiadapan" Adun Batu Muda.

Sudut paparan kemera menunjukkan seolah-olah begitu ramai penunjuk perasaan berarak dari Dataran Shah Alam menunju Bangunan SUK yang diketuai bekas pemimpin muda PKR, Hamidzun Khairuddin, yang mengetuai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) atas nama NGO. Perkasa juga menumpang sekaki bersama MCA. Hamidzun dilihat macam jadi alat Umno. Tentu dapat upah daloam pelbagai bentuk. Bersungguh nampaknya membaca memo0randum di hadapan TV3.

Mereka berarak dengan bebas, tanpa ditembak gas pemedih mata, dan tanpa disembur pancut air berasid oleh FRU. Tentulah tunjuk perasaan itu tak dapat permit macam pakatan rakyat juga. Adakah tak boleh kita kata bahawa Polis berat sebelah? Atau adakah Polis sudah membelasah terlebih dahulu penunjukan perasaan itu, sudah memandikan mereka dengan air asid atau sudah mencucuh ke lubang hidung dengan gas pemedih mata?

Kelihatan mereka berarak tenang. Tiada gangguan dari Polis. Agaknya mereka pengikut 1Malaysia. Mereka penyokong Najib. Lebih-lebih lagi mereka anak Perkasa yang mempertahankan Melayu, raja Melayu dan Ketuanan Melayu.

Memang meluat. Eloklah tutup sahaja siaran TV3. Kalau ditinjau RTM pula maka bertambah sakit hati lagi menonton berita-berita haprak tentang Umno-BN yang kini sesak nafas, nazak dan perlukan oksigen lebih. Umno digambarkan mendapat sokongan kuat dari rakyat tetapi di luar gelanggang tv, akhbar, mereka takut kepada Anwar Ibrahim.

Umno-BN bimbang jika tidak digantung Anwar dan sekutunya, boleh mengugat parti yang dikata Tun Mahathir Mohamad sebagai usus busuk. Jika PAS tidak diajak segera bersatu dalam BN, maka Najib khuatir ucapannya untuk pertahan kulit dan daging tak terpisah bercerai, tak jadi kenyataan. Inilah penakut dan kecutnya Umno-BN berdepan kebangkitan rakyat.

Tahniah saja kita ucapkan kepada TV3, RTM, Utusan 1Malaysia, Kumpulan Media Prima, WikiLeaks yang melaporkan secara salah, tak beretika kerana ia upaya membangkitkan kemarahan rakyat. Tahniah juga, kepada agensi-agensi dan menteri terbabit dengan kenaikan harga beberapa barangan keperluan semalam dan sebelum ini.

Tindakan itu melajukan lagi rakyat faham betapa teruknya BN, rakusnya Umno dan ia WAJIB diturunkan dalam PRU-13 nanti.

Selangor Kecewa Keputusan Inkues Gagal Capai Keadilan Bagi Beng Hock

Posted: 06 Jan 2011 05:48 AM PST

Oleh Suara Keadilan

tbcKerajaan Negeri Selangor amat kecewa dengan penghakiman terbuka yang dibuat oleh koroner berhubung inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Keputusan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak membunuh diri bermaksud pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian beliau masih belum ditentukan.

Penghakiman terbuka ini juga menunjukkan bahawa fakta-fakta berkenaan kematian ini masih belum disiasat dan didedahkan sepenuhnya dan Kerajaan Negeri sarankan pihak polis dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan lanjut.

Bagaimanapun, penghakiman ini mencerminkan kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggung jawab untuk menjaga keselamatan semua tahanan dan saksi dalam sebarang siasatan; kita tidak hairan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM semakin merosot.

Demi mencari kebenaran dan mengembalikan keyakinan rakyat, kita sarankan sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera demi membuat siasatan yang menyeluruh.

Kerajaan negeri ulangi lagi komitmen kami untuk bersama keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam mencari keadilan dan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Wanita KEADILAN Desak Najib Gantung Tugas Rais Serta Merta

Posted: 06 Jan 2011 05:47 AM PST

Oleh Suara Keadilan

rais1Saya berasa amat kesal apabila insiden "Menteri Rogol Amah" ini seolah dipandang sambil lewa oleh kerajaan Malaysia sedangkan sudah jelas apa yang berlaku mencemarkan imej dan kredibiti Malaysia di peringkat antarabangsa. Tindakan PM sendiri yang mengambil jalan mudah dengan berdiam diri seolah 'merestui' jenayah pihak terbabit.

Sebagai sebuah negara Malaysia yang telah bersama menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), sikap sambil lewa ini amat bertentangan dengan CEDAW itu sendiri iaitu bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi, bukan sahaja terhadap wanita Malaysia semata-mata, tetapi juga merangkumi perlindungan daripada diskriminasi terhadap wanita imigran dan pekerja asing.

Sebagai respon kepada penafian Menteri Datuk Seri Rais Yatim terhadap isu ini, sya mempersoalkan tindakan Rais Yatim yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan. Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf.

Pihak kerajaan juga seharusnya mengantung tugas Rais Yatim buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.

Semakin lama kerajaan Umno-BN memerintah semakin bertimbun kes-kes penindasan, diskriminasi dan memalukan terhadap wanita berlaku. Bermula dari kes Rahim Tamby Chik, isu Penan, pemerdagangan manusia, penyeksaan pembantu rumah Bonita dan kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila seoarang Menteri sendiri dikaitkan dengan jenayah serius ini. Kerajaan Malaysia nampakkan tidak menunjukkan ketegasan dan tiada 'political-will' dalam menjanjikan keadilan hak kemanusiaan buat semua.

Maka, atas dasar kebimbangan dan kebertanggungjawaban terhadap keadilan buat semua wanita di negara ini saya menggesa agar Kemmenterian Pembangunan Wanita, Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius dan segera mendapatkan japawn kepada jenayah ini bagi membersihkan imej kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa sekaligus membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan.



ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

Isu SUK: Ada pihak pintas kuasa MB, kata Khalid

Posted: 06 Jan 2011 05:44 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, beliau mengikut segala prosedur yang ditetapkan berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tetapi pihak lain memintas kuasa beliau.

Khalid berkata, manual pelantikan rasmi kerajaan menetapkan Sultan Selangor perlu memperkenankan seorang daripada tiga calon yang dipilih Menteri Besar.

Justeru Tan Sri Khalid menubuhkan panel untuk menyaring calon-calon terbaik bagi mengisi jawatan SUK tetapi 'belum sempat saya senarai pendekkan nama-nama itu, dah ada orang yang serah calon mereka kepada Sultan."

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Khusrin Munawi Mohammed sebagai SUK baru, tanpa berbincang dengan kerajaan negeri.

Tindakan itu dianggap bercanggah dengan semangat federalisme kerana SUK berperanan penting dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan negeri.

Peraturan kerajaan juga memerlukan SUK mendapatkan kepercayaan Menteri Besar dengan mengambil ikrar menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri.

Khalid berkata manual pelantikan rasmi menetapkan calon SUK yang disenarai-pendekkan oleh Menteri Besar mendapat perkenan Sultan sebelum diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melengkapkan pelantikan itu.

Manual menetapkan calon bakal SUK dipilih dari kalangan penjawat awam JusaA, B dan C oleh Perkhidmatan Awam.

Lapan nama telah dipilih, termasuk Datuk Mohd Khusrin Munawi diserahkan kepada Menteri Besar untuk disenarai-pendek.

Tan Sri Khalid melantik panel tiga anggota yang dianggotai Speaker, Datuk Teng Chang Khim, Exco, Datuk Dr Hassan Ali dan Exco, Dr Xavier Jayakumar untuk membantu menilai kewibawaan calon.

Malang bagi Khusrin, namanya tidak termasuk dalam tiga calon yang terbaik untuk memikul tugas SUK.

"Tidak benar kami halang pencalonan Khusrin. Namanya ada dalam senarai yang diberikan. Cuma tiga calon lain disenaraipendekkan kerana dirasakan oleh panel itu sebagai lebih baik untuk jadi SUK," jelas Khalid.

Henti berpolitik, Khusrin wajib laksana dasar kerajaan negeri – Sultan

Posted: 06 Jan 2011 05:37 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Khusrin Munawi untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut tata cara yang ditetapkan.

"Beta menitahkan supaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang memerintah Selangor mengikut undang-undang dan peraturan semasa," titah baginda pada majlis di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Sultan Sharafuddin juga tidak mahu isu perlantikan Khusrin diperbesar atau dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Beta ingin menegaskan, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan," tambah Sultan Sharafuddin.

Pada majlis itu, Tuanku mengurniakan darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor selain memperkenan menerima lafaz ikrar sumpah setia Khusrin dan beberapa pihak lain.

Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan baginda tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi hanya mahu Selangor sentiasa aman dan rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni dan tolong-menolong.

Baginda menjelaskan, gandingan bersama istana dan kerajaan negeri diperlukan bagi melakukan yang terbaik bagi Selangor.

"Datuk Menteri Besar sentiasa menghadap Beta sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semasa sesi menghadap ini, Beta dan Datuk Menteri Besar sentiasa bertukar-tukar fikiran dan saling menasihati serta berbincang untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan elok untuk negeri Selangor, titah Sultan Sharafuddin .

"Jika negeri Selangor ini aman dan tiap-tiap pihak menjalankan tugas dengan jujur, telus dan penuh komitmen, maka pembangunan dan kemajuan yang dicapai akan benar-benar dapat dikecapi oleh rakyatnya," titah Sultan Sharafuddin .

"Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ia akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan.

Beta juga bersyukur dengan limpah kurnia-Nya, Selangor masih berada dalam keadaan aman dan makmur sehingga kini," tambah baginda.

Bekas CEO syarikat didakwa guna dokumen palsu

Posted: 06 Jan 2011 05:31 AM PST

BERNAMA


SHAH ALAM - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung permohonan untuk membekal dan memasang alat pantulan keselamatan jalan raya di jalan-jalan Persekutuan dan negeri, dua tahun lepas.

Mohd Azizi Kong Abdullah, 61, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen rasmi dari Kementerian Kewangan bertarikh 18 Mei 2009 berkaitan permohonan untuk membekal dan memasang 'Sinarflex Road Edge Delimeator Posts' di jalan-jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara sedangkan dia tahu surat itu adalah palsu.

Mohd Azizi didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat IDH Venture Sdn Bhd, Suite 3A05, Level 4, Menara Mutiara Majestic, 15 Off Jalan Othman, Seksyen 3, Petaling Jaya dekat sini, antara Mei dan Jun 2009.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang ditangkap pada 30 Jun 2009 boleh dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Sinti mencadangkan agar Mohd Azizi dibebaskan dengan jaminan RM30,000 serta seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana dia kini tidak lagi bekerja dan tidak mempunyai wang selepas membayar bon jaminan RM30,000 kepada SPRM sebelum ini.

Mat Ghani kemudian menetapkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Februari ini untuk sebutan bagi Mohd Azizi melantik peguam.


Kronologi surat mengenai pelantikan SUK S'gor

Posted: 06 Jan 2011 05:29 AM PST

MALAYSIA KINI

Berikut adalah kronologi perutusan surat mengenai isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di antara Jabatan Perkhidmatan Awam, SUK, Menteri Besar dan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor.

3 Disember 2010

Surat rujukan JPA(S) 328/2/1-1 Klt.22/(73) dari JPA mencadangkan tiga (3) nama untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Datuk Ramli Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

3 Disember 2010


Surat rujukan IPK.Sel.(S)1095/6 Jld. 44 dari SUK Selangor memanjangkan tiga (3) calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor kepada Datuk Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

10 Disember 2010

Surat rujukan (37)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/301.Jld.19 dari Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor menyatakan perkenan Tuanku mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada Datuk Ramli Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

17 Disember 2010

Datuk Menteri Besar Selangor mengutus surat kepada DYMM Sultan Selangor mengesyorkan tiga (3) nama untuk calon Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

21 Disember 2010


Surat rujukan (65)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor menyampaikan satu (1) salinan surat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor, iaitu surat rujukan (37)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.19 bertarikh 10 Disember 2010, mengenai perkenan DYMM Sultan Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

27 Disember 2010

Ketua Setiausaha Negara mengumumkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di dalam akhbar-akhbar tempatan.

27 Disember 2010

YAB Datuk Menteri Besar Selangor mengutus surat kepada DYMM Sultan Selangor mohon mengadap bagi membincangkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

(DYMM Sultan Selangor sedang bercuti dalam tempoh ini dan kembali bertugas pada 3 Januari 2011).

Kelantan pula mula dinaiki air

Posted: 06 Jan 2011 05:26 AM PST

BERNAMA

Beberapa daerah di Kelantan mulai dinaiki air berikutan hujan yang berterusan sejak kelmarin.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Roslee Mamat, berkata paras air di beberapa sungai utama mula menunjukkan peningkatan terutama Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini berada pada paras 9.3 meter melebihi paras bahaya 9 meter.

"Keadaan cuaca di seluruh negeri terutama di daerah pedalaman dilaporkan hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah mulai dinaiki air, paras sungai juga dijangka akan terus meningkat.

"Antara daerah terlibat sehingga kini adalah Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Kita meminta penduduk terlibat sama ada di tebing sungai atau di kawasan rendah yang terdedah kepada banjir kilat agar mengambil langkah awal dengan bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan," katanya.

Beliau berkata sehingga kini keadaan dilaporkan terkawal dengan beberapa penduduk di tebing Sungai Golok mulai berpindah ke rumah saudara mara ekoran kawasan rumah yang mulai ditenggelami air.

"Sehingga kini belum ada mana-mana pusat pemindahan dibuka bagaimanapun difahamkan ada beberapa keluarga telah mulai berpindah ke rumah saudara mara terdekat," katanya.

Roslee turut meminta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) agar memantau keadaan di kampung masing-masing dan penduduk sekitar yang memerlukan bantuan terutama membabitkan pemindahan segera.

Kelantan dilanda banjir gelombang pertama awal November tahun lalu yang menyebabkan 289 penduduk di Rantau Panjang dan Pasir Mas dipindahkan.

Gelombang kedua menyusul pada 1 Jan tahun ini yang menyebabkan 494 mangsa dipindahkan melibatkan daerah Tumpat dan Pasir Mas.

Sehingga kini tiada korban mangsa banjir dilaporkan.


Sultan kesal titah baginda dimanipulasi

Posted: 06 Jan 2011 05:22 AM PST

Kuek Ser Kuang Keng

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa kekesalan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan titah-titah baginda sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

NONESehubungan itu baginda bertitah menasihatkan supaya tidak dipolitikkan setiap perkara kerana ia akan menyusahkan rakyat dan pembangunan di Selangor.

Baginda bertitah pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Muhd khusrin Munawi adalah mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Tegas baginda, isu perlantikan SUK tidak patut diperbesar-besarkan, dipolitikan atau disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

NONESehubungan itu, baginda menggesa semua pihak supaya memberikan kerjasama kepada Khusrin.

Baginda bertitah demikian di majlis pengurniaan darjah kebesaran SSIS kepada Raja Muda Selangor, pelantikan setiausaha kerajaan negeri, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, ahli Dewan Diraja Selangor, ahli Majlis Agama Islam Selangor dan ketua pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Berikut adalah teks titah ucapan baginda:

Pada pagi yang penuh bermakna ini, marilah kita semua bersama-sama mengangkat tangan memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmati dan dilindungi daripada apa-apa malapetaka dan musibah, supaya rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dalam aman makmur dan harmoni.

NONEPada hari ini Beta merasa amat terharu dan kesal kerana banyak titah-titah Beta yang telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah mengelirukan ramai rakyat Beta di Negeri Selangor ini.

Seperti yang pernah Beta nyatakan kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) semasa pada Majlis Santapan Sembah Kasih sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang ke-65 pada 5 Disember 2010 yang lalu, Beta menegaskan bahawa Beta tidak menyebelahi mana-mana pihak atau mana-mana parti politik.

Hasrat Beta adalah untuk melihat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini sentiasa dalam aman dan rakyatnya tidak kira daripada apa bangsa dan agama hidup dalam harmoni dan sentiasa tolong menolong, bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Dato' Menteri Besar Selangor sentiasa menghadap Beta sekurang-kurangnya seminggu sekali dan semasa sesi menghadap ini, Beta dan Dato' Menteri Besar Selangor sentiasa bertukar-tukar fikiran dan saling menasihati serta berbincang untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan elok untuk Negeri Selangor yang dikasihi ini.

NONEBeta mahu rakyat Negeri Selangor ini makmur dan mengecap kekayaannya bersama-sama dan mendapat apa yang mereka perlukan untuk kehidupan seharian. Dalam erti kata lain, jika Negeri Selangor ini aman dan tiap-tiap pihak menjalankan tugas mereka dengan jujur, telus dan penuh komitmen, maka pembangunan dan kemajuan yang dicapai akan benar-benar dapat dikecapi oleh rakyatnya.

Justeru itu, Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ianya akan membebankan rakyat dan melambat proses kemajuan.

Walau bagaimanapun, Beta juga bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Negeri Selangor masih berada di dalam keadaan yang aman dan makmur sehingga ini. Beta mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para penerima yang hadir pada hari ini.

Beta mengucapkan tahniah di atas pelantikan Yang Berbahagia Dato' Mohammed Khusrin bin Haji Munawi sebagai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri SElangor yang baru. Beta ingin menegaskan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah mengikut peraturan-peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

NONEBeta tidak mahu isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor ini diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Harapan Beta yang Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik dan cemerlang.

Sumbangan dan tanggungjawab terhadap pembangunan dan kemajuan Negeri Selangor yang kita kasihi ini amatlah penting untuk kesejahteraan rakyat jelata yang berbilang bangsa. Beta berkenaan menitahkan supaya seluruh pegawai kerajaan di Negeri Selangor memberi kerjasama yang baik kepada YB Dato' Haji Mohamed Khusrin agar segala perjalanan urusan pentadbiran negeri akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Beta juga menitahkan supaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan dasar-dasar Kerajaan yang memerintah Negeri Selangor (Government of the day) mengikut undang-undang dan peraturan semasa (current rules dan regulations).

NONEBeta mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan di-Raja Selangor yang baru. Di sini ingin Beta mengingatkan bahawa Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor mempunyai peranan yang penting dalam menasihati Beta dalam masa pemerintahan Beta ini dan mereka mestilah menjalankan tugas dengan jujur, amanah serta ikhlas supaya Beta dapat menjalankan kuasa-kuasa sebagai pemerintah Negeri Selangor ini dengan adil dan saksama.

Beta sebagai seorang manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Oleh itu, Dewan di-Raja Selangor yang mulia ini haruslah memberi pandangan dan nasihat jika ada kesilapan yang Beta lakukan.

Kepada Sahibus Saadah, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor yang baru, Beta berharap agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna demi untuk menegakkan syiar Islam di Negeri Selangor ini serta menaikkan lagi martabat Agama Islam di Negeri Selangor.

NONEPada hari ini, Beta berkenaan untuk melantik tiga (3) orang Jaksa Pendamai Selangor dan Beta berharap Ahli-Ahli Jaksa Pendamai Selangor ini dapat memberi perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan juga dapat menyatupadukan rakyat di Negeri Selangor yang berbilang kaum ini. Jagalah nama baik Jaksa Pendamai dan janganlah menyalahgunakan pelantikan mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Sebelum Beta mengakhiri titah ucapan Beta ini, Beta berkenan supaya Negeri Selangor ini akan kekal sebagai negeri yang termaju di Malaysia dan menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain serta segala urusan pentadbiran dan operasinya akan menjadi benchmark kepada negeri-negeri sedang membangun di rantau ini. Marilah kita bersama-sama bersatu padu untuk merealisasikan harapan Beta ini.

Beta berdoa semoga kita semua akan dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta kekal maju dan berdaya saing di samping mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Selangor tawar RM9b ambil alih aset konsesi air

Posted: 06 Jan 2011 05:14 AM PST

Jimadie Shah Othman

Kerajaan Selangor telah mengeluarkan dokumen tawaran bagi mengambilalih 100 peratus aset konsesi syarikat konsesi air di negeri itu yang bernilai lebih RM9 bilion.

khalid ibrahim second visit to rawang new village 121010 02Tawaran itu bagi membeli saham Puncak Niaga pada nilai RM64.62 sesaham, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan nilai RM20.78 sesaham, Abass Sdn Berhad RM9.39 sesaham dan dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan nilai. RM5.95 sesaham.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (tiga dari kiri) berkata, pengambilalihan itu meliputi semua aset dan liabiliti syarikat.

"Kerajaan Selangor berpendapat tawaran ini adil dan wajar untuk pengambilaihan syarikat sejajar dengan komitmen kami untuk mengambilalih semua aset dan tanggungjawab syarikat.

"Ia juga akan memberi pulangan yang adil kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat terlibat," katanya.

Timbang tara antarabangsa

Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam, Khalid juga berkata, jika konsesi terbabit tidak bersetuju dengan cadangan itu, ia boleh dipanjangkan ke Timbang Tara Antarangsa (International Arbitration).

"Oleh kerana Timbang Tara Antarangsa tidak mempunyai kepentingan dalam industri air tempatan, ia boleh membuat keputusan bebas dan adil serta mengikut nilai pasaran yang dipersetujui kerajaan negeri dan syarikat konsesi," katanya.

Beliau juga mendedahkan, dokumen yang diserahkan hari ini juga mengiktiraf aset air negeri bernilai lebih RM10 bilion yang didakwa tidak pernah diambilkira oleh kerajaan terdahulu.

Menurut Khalid, tindakan itu berpandukan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 dan Dasar Air Kebangsaan ekoran industri air sekarang berpecah-pecah dan perlu disatukan.

Tambahnya, masalah industri air berlaku kerana penswastaan air negeri telah gagal.

"Siri-siri rundingan dan tawaran ini menunjukkan komitmen kami untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

PAS Johor ada bukti rakaman video

Posted: 06 Jan 2011 05:07 AM PST

Terence Netto

PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis esok mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. azlanPencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube. "Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau. Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik. Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik. Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang.

Cukai pintu: MBKT belum mampu berdikari?

Posted: 06 Jan 2011 05:05 AM PST

DARI : http://www.drazmanibrahim.com/

Memetik laporan sebuah akhbar harian Rabu, 5 Januari 2011, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan mengkaji kemungkinan menaikkan kadar cukai pintu bandar raya ini dalam usaha meningkatkan prasarana dan perkhidmatan kepada warganya.

Menteri Besar juga dilaporkan berkata bahawa kadar cukai pintu sedia ada dalam zon pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak pernah dinaikkan sejak 30 tahun lalu walaupun telah dua kali melaksanakan kajian terhadap cadangan itu.

Katanya lagi, jika kenaikan tersebut dapat dilaksanakan, kerajaan negeri yakin dapat mengurangkan beban kerajaan sebanyak RM50 juta setahun untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM366 juta untuk membantu PBT di negeri ini bagi membolehkan perancangan bandar dan daerah dilaksanakan. Daripada RM366 juta tersebut, RM50 juta diperuntukkan untuk MBKT, Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Menteri Besar juga memaklumkan bahawa setakat ini hanya tiga buah PBT iaitu Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Daerah Besut dan Majlis Daerah Hulu Terengganu dilihat berpotensi untuk berdikari seperti yang berjaya dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Bermakna MBKT bukan setakat tidak mampu berdikari malah belum dilihat berpotensi untuk berdikari.

Membaca kenyataan ini, timbul dua persoalan besar:

Pertama, jumlah pendapatan tahunan sesebuah PBT adalah antara kriteria yang diambil kira sebelum sesebuah bandar layak diisytiharkan sebagai bandaraya.

Saya tidak mempunyai data lengkap tentang jumlah pendapatan tahunan MBKT. Tetapi mudah difahami apabila kerajaan negeri terbeban dengan peruntukkan tahunan sebanyak RM50 juta kepada MBKT, bermakna jumlah pendapatan PBT ini masih jauh dari mencukupi dengan makna lain belum mampu berdiri sendiri. Mempertikaikan statusnya sebagai bandaraya mungkin sekadar seumpama rumah siap pahat berbunyi. Ianya tidak akan memberi sebarang faedah kepada rakyat. Tambahan pula tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia sesebuah bandar ditarik balik status bandarayanya kerana sebab-sebab tertentu.

Tumpuan fokus dalam konteks permasalahan ini adalah bagaimana perancangan kerajaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran penduduk bandaraya. Mungkin bukan suatu langkah yang tepat dan bijak dalam rangka untuk mengurangkan bebanan kerajaan bagi menyalurkan peruntukan tahunan kepada PBT amnya dan MBKT khususnya, cadangan kenaikan cukai pintu dikemukakan. Natijahnya, rakyat dipaksa menanggung beban cukai tambahan di samping berbagai lagi beban kenaikan kos sara hidup yang telah sedia dipikul.

Kedua, Ahmad Said menyatakan bahawa kadar cukai pintu ini tidak pernah dinaikkan sejak 30 tahun dulu, tetapi beliau tidak memaklumkan bahawa cukai pintu ini pernah dimansuhkan ketika era pemerintahan PAS 1999-2004. Tentunya pemansuhan ini dibuat setelah melalui suatu proses kajian teliti dengan semua faktor diambil pertimbangan sewajarnya. Kelangsungan pentadbiran di semua PBT mampu diteruskan seperti biasa ditambah lagi dengan kengkangan kewangan apabila royalti hak rakyat Terengganu dirampas kerajaan pusat Umno/BN.

Lantas bagaimana mungkin Ahmad Said dengan peruntukan bajet negeri tahun 2011 sebanyak RM1.887 bilion masih tergamak merancang untuk menambahkan beban yang sedia digalas rakyat.

Tenang: Muslimat Kedah siap sedia turun padang

Posted: 06 Jan 2011 05:04 AM PST

Muhayat Jasmin

LUNAS: Muslimat PAS Kedah, telah membuat persiapan rapi bagi menurunkan anggota jentera bagi membantu kemenangan calun PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, yang akan diadakan pada 30 Januari yang akan datang.

Menurut Ketuanya, Siti Aishah Ghazali ketika ditemui semalam berkata, segala persiapan telah pun dilakukan bagi menggerakkan sepenuh jentera pilihan raya ke kawasan Dun Tenang.

"Bagi tarikh penamaan calun pada 22 Januari dan juga pada hari pembuangan undi segala persiapan telah pun disempurnakan bagi menggempur kubu yang menjadi milik Umno itu.

"Tiada apa yang mustahil, pilihan raya lalu PAS berjaya kurangkan mejoriti Barisan Nasional (BN) berbanding jumlah majoriti yang mereka perolehi pada pilihan raya umum 2004, kali ini kita mengharapkan kerusi tersebut dapat dirampas dan menjadi milik PAS," katanya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah mengakui kerusi Tenang sekarang sudah tidak lagi berada dalam keadaan tenang, memandangkan pelbagai isu korup, skandal, penyelewengan pimpinan BN sedang dibongkar.

"Mereka begitu takut sekiranya maklumat sebenar pembongkaran ketidakadilan yang mereka lakukan itu sampai ke pengetahuan rakyat terutamanya menjelang PRK Tenang dan juga PRU ke-13 yang akan datang, " tambahnya lagi.

Kuin: MB Kedah janji beri kerjasama pada SPRM

Posted: 06 Jan 2011 04:55 AM PST

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berjanji akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membolehkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan penyelewengan di dalam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

Pemuda Barisan Nasional (BN) melalui ketuanya, Badrol Hisham Hashim telah membuat laporan kepada SPRM pada 3 Disember lalu yang mendakwa wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Azizan dalam kenyataan akhbar berkata, beliau menyerahkan sepenuh keyakinan kepada SPRM dan turut berjanji tidak akan campur tangan atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti bersalah.

Beliau juga meminta pihak yang membuat laporan (pemuda BN) agar bertanggungjawab dan memberikan kerjasama kepada SPRM serta bersedia untuk menyerahkan semua bukti bagi membantu siasatan.

Namun, Azizan juga mahukan SPRM bersedia untuk menafikan dakwaan atau mendedahkan hasil siasatannya jika tidak berlaku penyelewengan seperti laporan tersebut.

Inkues: Keluarga Teoh, Selangor cabar keputusan koroner

Posted: 06 Jan 2011 04:51 AM PST

SHAH ALAM – Peguam bagi keluarga Teoh Beng Hock dan kerajaan Selangor berkata mereka tidak berpuas hati dengan keputusan terbuka koroner diumumkan hari ini dan memutuskan untuk mencabarnya di Mahkamah Tinggi.

Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh berkata, mereka akan memfailkan satu usul meminta mahkamah mengkaji semula keputusan tersebut secepat mungkin.

Bagaimanapun mereka tidak menyatakan bila akan membawa kes itu ke mahkamah.

Kedua-dua peguam berkenaan berkata, tiada tempoh ditentukan untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu kata mereka, langkah mencabar keputusan hari ini tidak akan memberi kesan ke atas permintaan keluarga Teoh agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk meneliti secara mendalam sebab-sebab yang membawa kepada kematian Teoh, setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Gobind berkata, pihaknya perlu meneliti dokumen-dokumen untuk melihat alasan keputusan koroner berhubung perkara-perkara yang hendak diminta untuk dikaji balik.

Beliau juga berkata, koroner membuat penemuan bermakna apabila mengatakan bahawa Teoh juga mengalami kecederaan sebelum terjatuh meskipun tidak cukup bukti untuk merumuskan kecederaan-kecederaan itu secara langsung membawa kepada kematiannya.

"Pada peringkat awal inkues, kedudukan diambil SPRM ialah tiada kekerasan atau paksaan digunakan ke atas Teoh apabila dia dibawa (ke SPRM) sebagai seorang saksi.

"Saya merasakan setiap rakyat Malaysia mahu tahu bagaimana dia berhadapan dengan kecederaan itu.

"Tiada siapa yang akan duduk dan berkata, 'perkara-perkara ini berlaku?"

Kira-kira 3.30 petang tadi, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Teoh pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

Koroner Azmil Muntapha Abas, yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar dalam inkues kematian Teoh, berkata ia adalah satu keputusan terbuka.

Beliau berkata keterangan pakar berhubung nota bunuh diri hanya sekadar mengesahkan ia ditulis oleh Teoh, namun tidak menyatakan tahap kewarasan mangsa sebelum ditemui mati, manakala keterangan anggota keluarganya menolak terus kemungkinan mangsa membunuh diri.

Katanya, ketiadaan bukti langsung mengenai penglibatan pihak ketiga yang menyebabkan mangsa jatuh pula "sekadar mengagak-agak dan ia tidak mempunyai sebarang nilai sebagai bahan bukti."

Teoh, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009, di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Inkues itu diadakan kerana kematian Teoh menimbulkan banyak persoalan khasnya apabila beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Dialog novel Interlok Sabtu ini

Posted: 06 Jan 2011 04:46 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Seluruh warganegara Malaysia terutama yang tinggal di sekitar ibu negara yang berminat untuk mengikuti dialog mengenai novel Interlok, berpeluang menyertainya pada hari Sabtu, 8 Januari ini.

Peluang tersebut terbuka kepada orang ramai apabila Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) mengambil inisiatif menganjurkannya dengan mengadakannya di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, di sini, mulai jam 10 pagi.

Setiausaha Agung Pena, Syed Mohd Zakir Syed Othman dalam satu kenyataan akhbarnya menjelaskan, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, manakala panelnya pula terdiri daripada Dr Ilias Zaidi dan Dr Fatimah Busu.

Menurut beliau, dialog tersebut diadakan bagi menjelaskan isi kandungan novel Interlok secara ilmiah kepada semua pihak dan memberikan kewajaran novel itu dikekalkan sebagai teks Komsas.

Katanya, sehubungan itu, satu sidang akhbar akan turut diadakan oleh pihak Pena pada hari dan tempat yang sama pada jam 12.30 tengah hari.

"Sidang akhbar itu diadakan bagi menyatakan pendirian Pena menyokong novel Interlok dikekalkan sebagai teks Kamsas tanpa sebarang perubahan terhadap mana-mana isi kandungannya," jelasnya.

Interlok merupakan sebuah novel bermutu yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein yang mengambil latar masa sekitar tahun 1910 hingga 1957. Ia mendapat hadiah saguhati dalam peraduan menulis novel sempena 10 tahun merdeka, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam peraduan itu, novel Sandera terpilih memenangi tempat ketiga, manakala hadiah pertama dan kedua tidak dimenangi sebarang novel.

Novel Interlok adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia adalah rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. Oleh itu, ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di negara ini.

Bagaimanapun, kontroversi mengenai Interlok timbul apabila MIC dan Gabungan NGO India memandangnya sebagai sebuah novel yang menghina kaum India, khususnya pada bahagian-bahagian tertentu, sehingga ia dikatakan sebagai karya bentuk 'rasis'.

Lebih jauh dari itu, Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia, Datuk A Vaithilingam, dalam kenyataannya, mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel tersebut sekiranya ia tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian teks sastera SPM.

Tindakan dan bangkangan mereka itu dilihat tidak berasas dan melampau oleh pelbagai pihak. Bagi menjawabnya, semalam, Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), telah mengadakan sidang medianya di rumah Pena untuk menyuarakan pandangannya dalam mempertahankan novel itu.

Pada sidang media itu, Presiden PAKSI, Dinsman, ketika menjawab soalan wartawan menjelaskan, jika kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran gagal mempertahankan novel itu dan gagal menangani masalah itu dengan baik dalam masa terdekat, pihaknya juga turut bercadang untuk mengadakan forum terbuka secara bersiri.

Forum tersebut akan diadakan di tempat yang dikunjungi orang ramai. Dalam konteks semasa, mereka bercadang untuk mengadakannya di Dun Tenang, memandangkan kawasan itu kini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara, sempena pilihanraya kecil kawasan itu yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Selain itu, beliau yakin, beberapa persatuan penulis lain juga sedang merancang untuk mengadakan tindakan tersendiri bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

SUK: Pusat perlu fahami hasrat negeri

Posted: 06 Jan 2011 04:40 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Tindakan Pusat melantik Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan membelakangkan kerajaan negeri membuktikan Umno tidak pernah menghormati undang-undang yang digubal mereka sendiri, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily beliau berkata, perlantikan itu juga dibuat secara tidak bertamadun dan merupakan cubaan Umno BN merampas kerajaan Selangor.

"Kita semua menyedari bahawa Umno BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka.

"Kerajaan Umno BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi," katanya.

Beliau mengulas isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru yang ditentang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana didakwa membelakangkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tambahnya, segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Pusat tegasnya, perlu menghormati kerajaan negeri yang telah dipilih rakyat, termasuk dalam membuat pelantikan perkhidmatan awam.

"Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK.

"Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan Umno BN," tambahnya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep federalisma oleh Umno BN ini, hanya akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional.

Umno katanya, menggunakan teknik yang sama yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya.

"PAS juga ingin mengingatkan kepada Umno BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah.

"Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno BN," tegasnya.

Kes Khir Toyo didengar mulai 6 Jun

Posted: 06 Jan 2011 04:39 AM PST

BERNAMA

SHAH ALAM– Kes bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, akan dibicara di Mahkamah Tinggi di sini pada Jun ini.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

Beliau juga menetapkan supaya Mohamad Khir, 45, dibicarakan bersama dengan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni, 52, yang didakwa bersubahat atas tuduhan itu.

Mohtarudin turut melanjutkan ikat jamin RM750,000 yang ditetapkan ke atas Mohamd Khir dan Shamsuddin oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 6 Dis lalu.

Terdahulu itu, Mohamad Khir, yang hadir memakai sut berwarna biru gelap dan Shamsuddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah.

Hadir bagi pihak pendakwaan ialah Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan bekas Menteri Besar itu, untuk melakukan ksalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Mohamad Khir, yang menjawat jawatan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Mohamad Khir diwakili peguam M. Athimulan, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Adzly Manas sementara Shamsuddin diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran dan Datuk C.Vijaya Kumar.

Guan Eng saman Utusan sifatkannya anti-Melayu

Posted: 06 Jan 2011 04:38 AM PST



KUALA LUMPUR — Ketua Menteri Pulau Pinang memfaikan saman terhadap Utusan Malaysia hari ini berhubung satu artikel bulan lalu mendakwa beliau seorang anti-Melayu.

Lim menggambarkan artikel yang disiarkan 20 Disember lalu, bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" sebagai fitnah dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai ahli politik dan ketua kerajaan negeri.

Dalam samannya beliau memohon mahkamah memutuskan satu jumlah ganti rugi am termasuk ganti rugi teruk dan ataupun teladan untuk fitnah bertulis berkenaaan.

Artikel itu dikeluarkan sehari selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Dalam rencana itu, Lim didakwa tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul, tidak membenarkan Pasar Ramadan di Komtar dan juga bahawa telah memrobohkan kampung-kampung Melayu.

Rencana itu antara lain berkata, "jika ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.

"Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.

"Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

"Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

"Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong.

"Persoalannya baik sangatkah insan bernama (Lim) Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?"

Lim menafikan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, pentadbiran Lim juga berhadapan dengan serangan berterusan daripada pertubuhan-pertubuhan yang pro-Umno dengan mendakwa beliau bertindak bertentangan dengan masyarakat Melayu.

Kes Teoh: Kabinet dijangka umum suruhanjaya siasatan minggu depan

Posted: 06 Jan 2011 04:36 AM PST



Ibu mendiang Teoh Beng Hock, Teng Shuw Hor dan adik mendiang Teoh Lee Lan (dua, kiri) berjalan keluar dari mahkamah selepas hadir bagi mendengar keputusan inkues kematian Teoh, di Mahkamah Shah Alam di sini hari ini. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya siasatan diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock selepas inkues lebih setahun berakhir dengan keputusan terbuka.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri dan beberapa anggota Kabinet penting, yang berkaitan, telah mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selepas koroner inkues itu memberikan keputusan terbuka — tidak diketahui punca yang membawa kematian bekas setiausaha politik berkenaan.

"Gani Patail juga hadir dan perdana menteri dijangka membuat pengumuman mengenai keputusan ini minggu depan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider hari ini.

Semalam, keluarga mendiang Teoh berkata akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

Peguam Gobind Singh Deo berkata ia akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mengkaji keseluruhan keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas semalam.

"Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

"Persoalan tentang bagaimana Teoh mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana Teoh tidak cedera ketika beliau ke pejabat SPRM, dan mendiang tidak pernah meninggalkan pejabat SPRM," katanya semalam.

Azmil yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar dalam inkues kematian Teoh, berkata ia adalah satu keputusan terbuka.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung kematian Teoh.

Majlis Peguam: Tubuh suruhanjaya siasat kematian Teoh

Posted: 06 Jan 2011 04:34 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam hari ini mengulangi gesaannya supaya kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung punca kematian Teoh Beng Hock.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata suruhanjaya itu perlu diberi ruang yang luas bagi menyiasat situasi dan punca kematian setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah itu, serta menyemak soal siasat dan teknik yang digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kedua-dua aspek ini saling berkait dan tidak boleh dianalisis secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Mahkamah Koroner menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh pada 2009.

Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh mulai 29 Julai 2009, turut memutuskan bahawa tidak ada penglibatan pihak ketiga dalam kes itu.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Ragunath berkata kerumitan kes tersebut memerlukan penelitian holistik dan menyeluruh semua fakta yang relevan oleh suruhanjaya siasatan diraja.

Beliau menyambut baik laporan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

Sultan Selangor pertahan pelantikan Khusrin SUK sah

Posted: 06 Jan 2011 04:31 AM PST



Sultan Sharafuddin (kiri) menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sah mengikut perlembagaan negeri. — Gambar oleh Choo Choy May

SHAH ALAM — Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah, meskipun dibantah oleh kerajaan negeri.

Sultan Selangor menekankan bahawa baginda bersikap berkecuali dalam kemelut semasa berhubung pelantikan Khusrin.

Malah baginda bertitah perkara itu tidak perlu dipolitikkan.

"Beta mahu menekankan bahawa pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri selari dengan perlembagaan negeri dan juga perlembagaan persekutuan.

"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan, disensasikan sehingga menyebabkan kekeliruan di kalangan rakyat. Harapan beta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan cemerlang," titah Sultan Selangor.

Tiada ulasan: