BRIGED MP SEGAMBUT |
- WAWANCARA DENGA CIKGU MALA CALON PAS TENANG
- NAJIB DAN ROSMAH RASUAH? WAJAR DITURUNKAN CEPAT
- UMNO KEJAM:ROBOH GERAI MELAYU KARENA BILIK GERAKAN MEREKA TERLINDUNG:CIS DURHAKA AKU
- ISLAM ITU TERRORIS
- ini bukti calon bn ditenang lelong harta tanah orang
- MB MELAKA RASUAH?....
- CALON UMNO AKAN DIHADAPKAN KEMAHKAH 7 HB NANTI:ADA GAYA MUA KA KA HANCUS UMNO
- JAMBATAN MELAKA DUMAI HANCURKAN EKONOMI SINGAPURA
- BAHAYA DI TENANG:BN MENANG HARGA BARANG NAIK
- CALON UMNO PERNAH ROGOL HAK RAKYAT?
- APA!!! ROSMAH TERKENA PANCING?..
- UMNO INGIN CEKIK RAKYAT DENGAN INTERNET? BODOH
- GEMPAR:PERDANA MENTERI KENA TAMPAR
- ANAK MUDA:AYO KITA BANGKITKAN DEMO
| WAWANCARA DENGA CIKGU MALA CALON PAS TENANG Posted: 27 Jan 2011 08:55 AM PST APAKAH latar belakangnya sebagai bekas guru memberi kelebihan kepada calon PAS, Normala Sudirman, 38, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang? Sebelum diangkat sebagai calon, Normala tidak begitu dikenali ramai. Lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala, Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis ini bagaimanapun tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya kepada mStar Online. Ikuti temu bual dengannya yang diadakan di Markas PAS Labis baru-baru ini. Mstar: Adakah 'Cikgu Mala' mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook? Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka. Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni? Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz. Mstar: Adakah anda suka menonton wayang? Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang. Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? : Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian. Mstar: Makanan kesukaan anda? Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim. Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang? Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat. Mstar: Sukan apa yang anda gemari? Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru. Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan? Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini. Mstar: Bahasa yang anda kuasai? Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia. Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan? Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya 'Mickey'. Mstar: Siapakah idola anda? Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam. Mstar: Pelakon yang anda sukai? Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki. Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia? Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi. Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula? Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya. Biodata Nama: Normala Sudirman,38. Suami: Maarof Abdul Mutalib Anak: Nur Hasanatul Fadillah 13, Muhammad Aiman Zulhakim 11 dan Muhammad Irfan Mukhlis, 8. Ayah: Sudirman Suratman Ibu: Mukmini Yahya Kelulusan: Diploma Maktab Perguruan Tuanku Bainon Pulau Pinang. Pekerjaan terakhir: Guru. Jawatan dalam parti: Ketua Muslimat PAS Labis, Exco Pendidikan PAS pusat. Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan: Setiausaha Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Kanak-Kanak Buta Huruf 3M, Penyelaras Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH), AJK Bimbingan dan Kaunseling, AJK Kantin Sekolah. | ||
| NAJIB DAN ROSMAH RASUAH? WAJAR DITURUNKAN CEPAT Posted: 27 Jan 2011 07:38 AM PST Jangan Diberi Hak Hidup Rezim Yang KorupRakyat harus bangkit melawan setiap rezim yang korup. Jangan dibiarkan mereka terus berkuasa. Bertengger di puncak kekuasaan. Jangan diberikan hak hidup mereka yang korup. Membiarkan mereka berkuasa, hanyalah sama dengan kematian bagi rakyatnya. Tidak ada kebaikan sedikitpun bagi rezim yang korup. Mereka secara sadar hanya ingin menghancurkan rakyatnya. Tanpa ada sedikitpun mereka memiliki belas kasihan terhadap rakyat.Rezim yang korup di manapun mereka menjadi begitu sangat tamak dan rakus. Mereka tidak akan pernah puas dan cukup dengan kekayaan dan kekuasaan yang mereka miliki. Kekuasaan yang mereka miliki hanyalah untuk pribadi mereka, keluarga mereka, dan kroni-kroni mereka. Bukan untuk rakyat. Rakyat hanyalah mereka jadikan sebagai budak, yang mereka ekploitasi demi kekuasaan, dan keluarga dan kroni-kroni mereka. Mereka mengelola pemerintahan dan negara seperti organisasi mafia. Segelintir orang yang dekat dengan kekuasaan, sangat berkuasa, dan menjalankan kekuasaan. Mereka menguasai seluruh asset negara, sumber daya alam, dan pemerintahan, serta aparat militer, polisi dan intelijen. Pemerintahan yang korup itu, di kelilingi oleh isteri, anak, saudara, sanak famili, dan kroni-kroni. Mereka inilah sejatinya yang berkuasa. Mereka rezim yang korup itu menjadi perpanjangan tangan penjajah asing, yang ingin men guasai sebuah negara. Mereka hanya mengabdi kepada asing, bukan kepada rakyatnya. Karena asing lah yang bisa melindungi mereka. Dengan senjata. Dengan senjata itu rezim-rezim yang korup itu, melakukan kekerasan yang sangat kejam untuk menindas rakyatnya. Dengan berbagai dalih. Termasuk menuduh mereka sebagai teroris dan anggota kelompok al-Qaidah. Sejatinya para rezim yang korup lebih jahat dibandingkan semuanya yang disebut teroris itu. Para rezim yang korup itu sangat erat dengan para penjajah. Mereka tidak merasakan negerinya sudah dijajah dan dikuasai. Mereka menjual negaranya kepada asing dengan sadar. Melalui berba gai kebijakan yang mereka lakukan. Lihatnya semua negeri-negeri Muslim sekarang, para pemimpinnya hanyalah perpanjangan para penjajah Barat. Mereka menjadi budak Barat. Mereka hanyalah menjalankan kebijakan dan kepentingan Barat. Inilah yang akan menghancurkan negeri-negeri Muslim, disebabkan para pemimpin mereka, sejatinya hanyalah merupakan kelanjutan dari penajajahan. Salah satu contoh yang sekarang terjadi di Tunisia. Bagaimana El Abidin dan Leila berkuasa 23 tahun. Menguasai negara bersama anaknya, saudaranya, dan kroni-kroninya yang sangat biadab. News Week menyebutkan pemerintahan El Abidin mirip sebuah organisasi mafia. Bukan sebuah pemeritahan yang menganut tata cara yang semestinya. Mereka mengelola negara dengan sangat terbatas. Membiarkan rakyatnya miskin, menganggur, dan hanya makan sekerat roti. Anak-anak muda menjadi penganggur tidak mendapatkan pekerjaan. Semuanya perusahaan dan kantor-kantor, diberikan kepada asing, yang menjadi kroni keluarganya. Sementara itu, El Abidin hidup di Istana yang sangat mewah di tepian laut Mediterania, di kamar-kamar yang mewah, dan membangun balkon, yang dilapisi permadani dan emas, yang sangat luar biasa. Isterinya pergi ke Paris, Roma, dan London, hanya sekadar untuk belnaja pakaian. Kedua anak perempuan tinggal di Paris, di sebuah rumah mewah, dan hidup di hotel-hotel dengan harga kamar semalam Rp 7 juta. Salah seorang suami anak perempuannya, memelihara harimau, yang diberikan makan daging pilihan. Anak-anak El Abidin mendapatkan pengawalan dan pembantu, yang akan terus melayaninya. Ketika meninggalkan Tunisia, Leila memerintahkan suaminya El Abidin agar Gubernur Bank Sentral Tunisia, melepaskan emas bantangan senilai 1,5 ton. El Abidin meninggalkan Tunisia dengan membawa lari uang Rp 50 triliun. Di simpan di berbagai bank di Eropa. Sebuah kejahatan yang tak bisa lagi oleh nalar manusia. Seorang penguasa yang begitu tamak dan rakus, membiarkan rakyat miskin, dan tanpa masa depan. Sementara itu, dia terus membangun kehidupan yang luar biasa kememawahannya. Inilaha ironi seluruh penguasa yang ada sekarang ini. Mereka hanyalah kumpulan orang-orang yang korup, sembari menghancurkan rakyat sendiri, sembari mengabdi kepada Barat. Wallahu'alam. | ||
| UMNO KEJAM:ROBOH GERAI MELAYU KARENA BILIK GERAKAN MEREKA TERLINDUNG:CIS DURHAKA AKU Posted: 27 Jan 2011 06:31 AM PST ZALIM @ BONGKAK: Kerana bilik Gerakan BN terselindung, gerai penduduk Tenang dirobohkan!(Klik image di atas untuk paparan lebih jelas, atau klik di SINI..sebarkan!..) Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini. ![]() (GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan..) Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka. Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas). Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya. ![]() (GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku..) "Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya. Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya. Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ. Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga. ![]() (GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno..) "Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun. "Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal. Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari. Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab; "Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan. - HD | ||
| Posted: 27 Jan 2011 05:28 AM PST | ||
| ini bukti calon bn ditenang lelong harta tanah orang Posted: 27 Jan 2011 03:15 AM PST LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008."Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya. Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman. "Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya. Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu. "Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz. Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini. "Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai. "Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan. Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut. "Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan. | ||
| Posted: 27 Jan 2011 01:18 AM PST | ||
| CALON UMNO AKAN DIHADAPKAN KEMAHKAH 7 HB NANTI:ADA GAYA MUA KA KA HANCUS UMNO Posted: 26 Jan 2011 10:14 PM PST LABIS, 27 Jan: Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat. Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat. Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai. Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta. Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009. Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti. Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah. Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah. Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man. Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu. Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian. "Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS. Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan. Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah. | ||
| JAMBATAN MELAKA DUMAI HANCURKAN EKONOMI SINGAPURA Posted: 26 Jan 2011 08:59 PM PST - Dakwaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew bahawa terdapat usaha antara Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan di negara itu adalah tidak berasas. Malah dakwaannya mengenai kewujudan kempen dari luar untuk menjatuhkan negara tersebut kerana dianggap sebagai penceroboh menggambarkan ketakutan beliau kepada negara-negara jiran yang semakin membangun. Ketua Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, dakwaan demi dakwaan yang dilakukan oleh Kuan Yew itu adalah disebabkan negara tersebut sentiasa dibelenggu oleh mentaliti terkepung. Katanya, Kuan Yew bijak memainkan isu ancaman dari negara luar untuk mencipta satu situasi di mana rakyat berasa terancam dan bersatu padu menyokong kerajaan Singapura di dalam apa juga keadaan sekali gus mengukuhkan kedudukannya di dalam senario politik republik itu. "Kuan Yew bijak memainkan isu ancaman dari luar walaupun sebenarnya negara itu yang menjadi ancaman kepada negara-negara jiran kerana sering tidak sensitif dengan pelbagai isu membabitkan negara di sekelilingnya. "Kuan Yew juga mempunyai pandangan skeptikal terhadap jiran seperti Malaysia dan Indonesia serta sering memandang rendah terhadap negara-negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Kuan Yew menerusi buku Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going mengenai wujudnya kempen dari luar untuk menjatuhkan negara itu kerana dianggap sebagai penceroboh selain menurut beliau terdapat usaha antara Malaysia dan Indonesia yang mahu menjejaskan perniagaan pelabuhan negara berkenaan. Menurut Mohamed Mustafa, dakwaan yang dibuat itu juga membuktikan bahawa Kuan Yew sebenarnya takut dengan negara jiran terutamanya Malaysia yang semakin pesat membangun. Katanya, pembangunan Malaysia menjadikan persaingan terutamanya dalam bidang membabitkan perdagangan semakin sengit dan Singapura amat bimbang mengenainya. "Bagaimanapun Kuan Yew tidak boleh melihatnya sebagai ancaman kerana setiap negara jiran juga berhak untuk maju dan membangun seperti Singapura," jelasnya. Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling pula berkata, Kuan Yew sememangnya takut dengan Malaysia dan Indonesia kerana beliau pernah membuat kenyataan bimbang dengan kebangkitan rumpun Melayu di rantau Asia Tenggara. Katanya, kenyataan tersebut keluar daripada mulut Kuan Yew sendiri pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. "Kuan Yew sebenarnya bimbang dengan pengembangan kuasa Melayu Nusantara seperti yang pernah dinyatakannya sebelum ini. "Selain itu, kebangkitan Malaysia dalam sektor perdagangan dan pelaburan telah menyebabkan Kuan Yew semakin bimbang dan menjadi faktor utama beliau menjadikan Malaysia sebagai ancaman kepada Singapura," katanya. Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, dakwaan-dakwaan Kuan Yew tidak perlu diberikan perhatian terlalu serius kerana beliau telah menggunakan strategi yang sama sewaktu menjadi Perdana Menteri Singapura. "Dakwaan-dakwaan Kuan Yew tidak berasas. Kita boleh memberi perhatian terhadap dakwaan tersebut tetapi jangan terlalu serius. "Ini kerana ia merupakan strategi yang digunakan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan mengukuhkan penguasaan politiknya sama seperti semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu," katanya. percayalah teman..jambatan antara dumai melaka yang melintasi selat tersebut akan membunuh pelabuhan dan ekonomi singapura..sebab itulah jambatan tersebut tak terwujud sampai hari ini | ||
| BAHAYA DI TENANG:BN MENANG HARGA BARANG NAIK Posted: 26 Jan 2011 08:10 PM PST Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya. Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara. Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut. Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut. Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini. Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya. Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya. Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda. Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang? *Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal. | ||
| CALON UMNO PERNAH ROGOL HAK RAKYAT? Posted: 26 Jan 2011 06:06 PM PST | ||
| APA!!! ROSMAH TERKENA PANCING?.. Posted: 26 Jan 2011 03:49 PM PST Kenangan Rosmah Di Istana Raja Oman LATAWAN isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Oman baru-baru ini diktirik hebat oleh pembangkang. Ada pihak yang bertanya berapa banyak perbelanjaan untuk lawatan berkenaan. Lawatan itu bukan Rosmah seorang saja tetapi diikuti oleh isteri-isteri menteri. Isteri menteri yang dikatakan bermukah dengan amah juga ikut sama. Rosmah sudah menjawab mengenai hal itu. Kalau baca surat khabar arus perdana hari ini ada jawaban Rosmah mengenai kritikan itu. Sedap dan ralik juga mendengar jawaban Rosmah. Simple saja. Ada humour sikit dan nampak sedikit akan kehebatannya.Katanya semua perbelanjaan lawatan itu dibiayai oleh istana Oman. Katanya mulanya lawatan itu dijemput oleh menteri Sosial negara berkenaan, tetapi bila diketahui raja, maka raja menawarkan untuk tanggung semua kos dan mengurus semunya aktiviti lawatan itu. Perbelanjaan termasuk minyak kapal terbang dan penginapan di tanggung oleh Raja Oman. Hebat Rosmah. Katanya suaminya Najib ada bertanya mengenai hal itu, jawabnya tak tahulah tetapi katanya dia dan rombongan diberikan status lawatan di Raja. Untuk apa Najib bertanya Rosmah begitu? Mungkin Najib bimbang kalau Rosmah diberi status lawatan negara dan dilayan oleh Raja Oman, ia boleh menimbulkan masalah dan dijadikan isu dalam negara. Mungkin Najib berhajat untuk menghalang Rosmah menerima pelawaan Raja Oman itu? Mungkin begitu. Tetapi umum sudah tahu siapalah Rosmah kepada Najib maka Najib akan ikut saja. Sekadar bertanya saja dan keputusan di tangan Rosmah. Hitam kata Rosmah maka ia tidak boleh dilihat putih atau kelabu lagi oleh Najib. Negara bernasib baik kerana tidak kena mengeluarkan perbelanjaan banyak untuk lawatan itu. Oman telah menyelamatkan negara ini. Tetapi molek juga kalau Rosmah dan anggota rombongannya membuat anggaran berapa banyak kos yang ditanggung oleh Raja Oman itu. Setidak-tidaknya rakyat semua tahu berapa nilai isteri perdana menteri di mata Raja Arab yang kaya raya berkenaan? Ingat istana Raja Oman juga ada berbagai jenis. Semuanya dipanggil istana. Untuk musafir juga istana, untuk pembesar negara juga istana. Untuk gundi juga istana. Jadi Rosmah dan rombongan itu ditempatkan di istana kelas apa? Kalau hanya kelas kandang unta tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Seperkara lagi mungkin tidak mudah untuk orang mempercayai Raja Oman begitu bermurah hati mengajak Rosmah ke istananya. Apa hubungan mereka berdua sebelum ini. Malaysia pun tidak begitu banyak jasa dengan Oman. Tidakkah pelawaan itu atas kehendak Rosmah atau sudah ada broker mengaturnya. Tentu sebagai wanita pertama Rosmah mahu dia mendapat laynan di raja itu sebab boleh ditunjukkan kepada rakyat Malaysia? Kemungkinan ini ada. Orang yang waras tiak mudah menerima penjelasan Rosmah bahawa tajaan atau tanggungan kos lawatan oleh raja Oman itu semudah itu saja. Tentu ia ada kontra-kontra lain lagi. Kita tahu orang Arab bukan mudah untuk berbudi. Agak-agaknya apakah yang telah Rosmah berikan kepada raja Arab berkenaan? Dan sampai bilakah Rosmah akan mengingati kenangan di israna Raja Oman itu? [wm.kl.11:10 am 26/01/11 msomelayu | ||
| UMNO INGIN CEKIK RAKYAT DENGAN INTERNET? BODOH Posted: 26 Jan 2011 01:57 PM PST Cadangan Kerajaan Barisan Nasional untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi merangkumi media Internet membuktikan mereka tidak mempunyai komitmen serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia. Sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC). Pun begitu, pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.Kerajaan sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008. Contohnya pada tahun 2009, Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian "Green Dam" Di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat. Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Najib Razak (gambar kiri) tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. Di sebalik manipulasi dan kempen Kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.Sebaliknya, Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberikan komitmen untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memperkenalkan Akta Kebebasan Media dan memelihara kebebasan Internet sekiranya kami dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya akan datang. Tidak seperti BN, Pakatan mengiktiraf perlunya membuka ruang media yang sempit di bagi memastikan demokrasi yang segar dan kemakmuran negara. Justeru, kami kecewa dengan sikap BN yang mengambil pendekatan bertentangan dengan mencadangkan untuk melebarkan akta tersebut kepada Internet. Lebih ironis lagi, pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum kerajaan diktator di Mesir menyekat akses rakyat mereka kepada Twitter. Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang sebelum ini tertarik dengan Jaminan MSC. Tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan - termasuk "NEM", "ETP" mahupun "GTP" yang diwarwarkan selama ini - akan menjadi sia-sia. Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudahpun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika Kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina. Kestabilan dan keselamatan negara kita bergantung kepada wacana awam yang lebih terbuka.KEADILAN menggesa BN membatalkan rancangan ini dan sebaliknya meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi membuktikan mereka benar-benar mahukan perubahan. *Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat. | ||
| GEMPAR:PERDANA MENTERI KENA TAMPAR Posted: 26 Jan 2011 10:54 AM PST KATHMANDU 25 Jan. - Seorang lelaki Nepal yang menampar ahli politik ekoran berang dengan kelembapan proses pembangunan di negara bermasalah itu, mencetuskan kempen sokongan yang popular di Internet setelah tindakannya itu menyentuh perasaan penduduk. Devi Prasad Regmi, 55, yang menampar muka pengerusi Parti Komunis UML di sebuah acara pengambilan anggota baru Khamis lalu, menuduh ahli politik Nepal 'memusnahkan negara', satu tuduhan yang menyebabkan dia mendapat sokongan meluas di Internet. Sebuah laman web yang ditubuhkan menggunakan namanya memperoleh mesej-mesej sokongan daripada beratus-ratus penduduk Nepal. "Devi Prasad Regmi merupakan seorang anak Nepal yang berani. Tamparan itu bukan hanya kepada pengerusi parti itu, tetapi juga kepada semua pemimpin parti yang lain," kata satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web www.deviprasadregmi.info. Seorang individu dalam laman Facebook yang diwujudkan sebagai penghormatan kepada Regmi berkata, lelaki itu 'bertindak untuk 30 juta penduduk Nepal' ketika dia menampar muka pengerusi Parti Komunis UML, Jhalanath Khanal yang bertanding dalam pilihan raya sebagai Perdana Menteri pada tahun lalu. Nepal berada dalam situasi tanpa sebuah kerajaan selama lebih enam bulan disebabkan percanggahan di antara parti-parti politiknya. Pengundian sebanyak 16 pusingan di Parlimen gagal untuk menghasilkan seorang pemimpin baru dan kepimpinan yang lemah membantutkan pembangunan di sebuah daripada negara paling miskin di dunia ini. Regmi ditahan tetapi kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan akan didakwa menganggu keamanan. - AFP.. kalau kat sini kan syok.. | ||
| ANAK MUDA:AYO KITA BANGKITKAN DEMO Posted: 26 Jan 2011 09:37 AM PST
|
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.
Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.
Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.





Sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC). Pun begitu, pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.
Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Najib Razak (gambar kiri) tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. Di sebalik manipulasi dan kempen Kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.
Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang sebelum ini tertarik dengan Jaminan MSC. Tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan - termasuk "NEM", "ETP" mahupun "GTP" yang diwarwarkan selama ini - akan menjadi sia-sia. Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudahpun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika Kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina. Kestabilan dan keselamatan negara kita bergantung kepada wacana awam yang lebih terbuka.
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Cadangan kerajaan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar meliputi terbitan internet, Facebook dan perisian dilihat cubaan menghadkan penyebaran maklumat kepada masyarakat dan mendapat bantahan dari semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan