Rabu, 26 Januari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KAWAL BLOG FACEBOOK:UMNO AKAN KEHILANGAN SOKONGAN GENERASI MUDAH

Posted: 26 Jan 2011 07:50 AM PST

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
azlanKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.
NONE"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.
'Bantahan akan lebih meluas'
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.
Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang kepada pengusaha dan pengamal media tradisional.
djz convention 101205 ahmad lutfiSebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebook akan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.
Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web.
"Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.
"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk.
"Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.
'Sikap bacul kerajaan'
Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.
harakah edisi julai 2009Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.
"Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.
"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi.
Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."

BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.
"Siapa saja boleh hasilkan blog jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.
Janji Dr M
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian.
bloggers conference 051007 rockyTambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.
Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang keterlaluan, kata penasihat Redberry Media Group itu lagi.
Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.

NYAMUK LAWAN NYAMUK

Posted: 26 Jan 2011 07:21 AM PST

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu untuk tujuan penyelidikan.

aedes mosquito 180910 aedes mosquitoIMR berkata langkah itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Jan untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu," kata institut itu dalam satu kenyataan.

IMR berkata pelepasan nyamuk itu ditunda dari jadual asalnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905Ia juga berkata tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantaun pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hasilnya dibuat analisis dan disiarkan dalam jurnal sains serta mesyuarat untuk diulas oleh pihak berkepentingan.

Uji kaji itu dijalankan selepas penilaian secara menyeluruh dibuat tentang nyamuk berkenaan di makmal IMR dan penelitian ketat dilakukan terhadap aplikasi yang digunakan.

SEMUA KEHENDAK IBLIS DIPENUHI:APAKAH IBLIS TIDAK DERHAKA PADA TUHAN?

Posted: 26 Jan 2011 06:23 AM PST

Mukhriz: DK bukti Mahathir tak pernah derhaka istana

January 26, 2011
KUALA LUMPUR, Jan 26 — Pengurniaan darjah kebesaran oleh Raja-raja Melayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sendirinya membuktikan bekas perdana menteri itu tidak pernah menghakis kuasa Sultan dan Yang di-Pertuan Agong ketika krisis perlembagaan di era kepimpinannya, kata anaknya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kedua-dua krisis perlembagaan pada 1983 dan 1993 telah diselesaikan secara baik dengan keluarga diraja meskipun pembangkang mendakwa sebaliknya.
"Jika mereka mengatakan bahawa kerajaan pada masa bapa saya telah menghakis kuasa-kuasa sultan, maka bagaimana bahawa bapa saya, sebelum bersara, telah dikurniakan, DK (Darjah Kerabat)?" katanya.
Timbalan pengerusi Umno Kedah itu berkata, hampir keseluruhan sultan telah mengurniakan Darjah Kerabat - pingat paling tinggi disampaikan oleh Raja-raja Melayu - kepada mana-mana individu.
Justeru kata Mukhriz (gambar), kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bahawa Dr Mahathir dan pentadbirannya telah menderhaka institusi diraja adalah satu pembohongan.
Mukhriz menambah, beliau tahu apa yang Azmin cuba hendak lakukan tetapi taktik pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak berhasil.
Kelmarin, Azmin menyifatkan Dr Mahathir sebagai "penderhaka" dan Umno sebagai "pengkhianat" sehingga menyebabkan kuasa Sultan dimansuhkan menerusi pindaan awal 1990-an.
"Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr. Mahathir sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr. Mahathir adalah penderhaka dan Umno adalah pengkhianat," kata beliau ketika berucap membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri Selangor.
Kata beliau, media yang dikuasai Umno digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-raja Melayu bagi mewujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.
"Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen Umno dari Perak yang mengingatkan Raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-raja tidak dapat kekal lama "malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium...'," kata Azmin lagi.
Justeru soal Azmin, siapa yang memansuhkan kuasa Sultan Selangor untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat menteri besar.
"Pastinya, Umno telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Sekali gus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau.
Adun Bukit Antarabangsa ini berkata, jika direnung semula Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr. Mahathir, ramai pemimpin Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-raja Melayu.
"Antaranya, seorang Ahli Parlimen Umno berkata 'adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas'," katanya.
Azmin juga mendakwa krisis Perlembagaan Persekutuan tercetus ekoran tindakan pemimpin Umno yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.
Katanya, ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan 1993 kerana ia melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja".
"Sebenarnya Umno memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Saya tahu bahawa kebimbangan ini ditimbulkan oleh pihak Raja-raja dalam tahun 1993.
"Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada," katanya sambil menambah, keprihatinan Raja-raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.
Bagaimanapun pindaan itu tidak dapat diluluskan.

MUSTAPA KALI INI BIJAK:CHINA DAN INDIA USAH TAKUT:HUDUD

Posted: 26 Jan 2011 05:20 AM PST

Hudud bukan 'perkara pertama' PAS jika kuasai majoriti Parlimen

January 26, 2011
LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai "perkara pertama" jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.
Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.
PAS menegaskan pendirian ini ketika MCA, komponen Barisan Nasional, membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di sini.
"Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).
"Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.
"Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.
"Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat)," katanya.
Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.
Tambah Mustafa, BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan terus memainkan isu-isu perkauman bagi menimbulkan rasa kebencian pengundi kepada Pakatan Rakyat.
"Bila pergi tempat Cina, mereka akan kata DAP ikut telunjuk PAS, bila pergi ke kawasan Melayu, mereka akan kata PAS pula jadi tunggangan DAP.
"Ini politik perkauman, sehingga Soi Lek (Dr Chua) kata DAP akan turut serta apa yang akan PAS akan buat iaitu hudud, terus terang saya cakap Islam adalah dasar PAS dan tidak berganjak sejak dulu.
"Islam adalah dasar PAS, ia mesti diterima oleh semua baik PAS atau Umno...tapi kalau Umno nak guna separuh separuh, ikut dialah," katanya.
Justeru, beliau meminta supaya BN menghentikan politik perkauman dibawa ketika berkempen kerana ia boleh memberikan suasana yang kurang senang dalam masyarakat berbilang kaum.
"BN patut hentikan politik perkauman ini, yang dibawa BN ini politik kebencian bukan politik sayang," katanya.
Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa "ketakutan" kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.

KEJAM:ANAK RACUN BAPAK:ATUK MATI TERSUNGKUR...

Posted: 26 Jan 2011 01:15 AM PST

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak pelawaan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.
Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.
"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.
"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini.
Beliau berkata, Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini. - Bernama

MB SELANGOR LETAK JAWATAN!!!?

Posted: 25 Jan 2011 10:40 PM PST

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewajarnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usul tersebut bukan sahaja tidak sepatutnya dibawa ke sidang DUN bahkan menimbulkan suasana kurang selesa masyarakat kerana terlalu banyak perkara yang dipolitikkan oleh pakatan pembangkang.
Katanya, sidang DUN itu diadakan hanya kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru walaupun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kenapa mesti bawa isu pelantikan SUK itu ke sidang DUN, kalau sudah kalah (usul ditolak) dia mesti meletakkan jawatan, keadaan sekarang ini semakin bercempera," katanya ketika menjawab soalan pada sesi dialog sempena majlis makan malam bersama kira-kira 250 rakyat Malaysia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini malam ini.
Sebelum itu, seorang jemputan menyentuh tentang pelbagai perkara yang dipolitikkan di Malaysia sehingga menyebabkan suasana dalam negara dilihat sebagai 'panas'.
Muhyiddin mengakui, suasana politik sekarang memang terlalu panas kerana banyak sangat perkara yang dipolitikkan oleh pakatan pembangkang termasuk pelantikan SUK.
Katanya, kerajaan negeri di bawah pembangkang sepatutnya mengetepikan soal politik dan memberi tumpuan perkhidmatan kepada rakyat. - Utusan

BONTOT SYAIFUL DAN KEJUBURANNYA

Posted: 25 Jan 2011 08:36 PM PST

PELAMPAU PERKAUMAN DAN AGAMA:INI ORANGNYA!!!?

Posted: 25 Jan 2011 07:15 PM PST

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata beliau hormat dan kagum dengan Normala Sudirman, calon PAS di Tenang yang teguh kepada kepercayaan dan pendiriannya dalam menghadapi serangan dan kritikan yang dilempar pihak tertentu kepadanya.
Malahan, kata Teresa, kritikan tidak kena tempat yang dilempar terhadap kepercayaan agama Normala oleh pemimpin MCA dan Gerakan mendedahkan sifat melampau mereka serta kepura-puraan konsep 1Malaysia yang dibawa Barisan Nasional (BN).
"Hakikatnya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan adalah golongan pelampau dan semua sokongan untuk 1Malaysia yang dinyatakan kepada Najib hanya merupakan kepura-puraan," kata Teresa.
Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan Onn yang mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.
"Dengan kenyataan-kenyataan mereka, pemimpin MCA dan Gerakan ini mendedahkan ketiadaan toleransi dan terhadap amalan agama yang berlainan daripada agama mereka. Mereka bersikap begitu tidak menghormati orang lain apabila berterusan mahu Normala mengabaikan kepercayaannya, membuka sarung tangan dan bersalam dengan semua orang," kata Teresa.
Menurut Teresa, jika pemimpin MCA dan Gerakan benar-benar percaya kepada konsep 1Malaysia, mereka pastinya menghargai amalan agama setiap orang yang merupakan perkara yang sangat peribadi dan tidak tergamak membuat kenyataan berikut:
1. Chua Soi Lek- '(Normala) memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS'
2. Ng Yen Yen- '..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?'
3. Chua Tee Yong (cicipan Twitter)- 'Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas
alasan kesihatan dan kebersihan.'
4. Fong Chan Onn (cicipan Twitter)- 'Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?'
5. Tan Lian Hoe (yang menuduh Normala bersikap angkuh)- 'Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarung
tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?'
Jesteru, kata Teresa, cubaan pemimpin MCA dan Gerakan menakutkan orang ramai terutama bukan Islam merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan pengundi di Tenang serta semua rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, beliau percaya rakyat Malaysia tidak mengendahkan perkara luaran seperti isu bersalam sebagai kayu ukur memilih pemimpin sebaliknya pengundi mahukan pemimpin yang ikhlas, jujur, bersih dan tidak rasuah.
"Saya ingin menyatakan penghormatan dan kekaguman saya kepada Normala Sudirman kerana mempertahankan kepercayaannya dan memelihara  maruahnya dalam berhadapan dengan serangan berfikiran sempit sedemikian," katanya lagi.

DAHSYAT:IBU BERNODA DAN KEJAM

Posted: 25 Jan 2011 05:43 PM PST

Polis dan jururawat mengiringi rakyat Myanmar, 23, yang dipercayai membunuh bayinya yang baru sahaja dilahirkan dengan menikam di sebuah rumah sewa Batu 4, Kampung Jawa Klang, hari ini. — Foto Berna
Polis dan jururawat mengiringi rakyat Myanmar, 23, yang dipercayai membunuh bayinya yang baru sahaja dilahirkan dengan menikam di sebuah rumah sewa Batu 4, Kampung Jawa Klang, hari ini. — Foto Berna

LIHAT DOSA KERING UMNO BN INI

Posted: 25 Jan 2011 04:01 PM PST

Kemudahan berinformasi dan politik api-air-jalanraya
Jentera kempen BN termasuk dari media massa sering memperlekehkan usaha dan kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.  Malah, jentera kerajaan digunakan hampir sepenuhnya untuk mana-mana kempen pilihanraya kecil.  Ia adalah suatu yang biasa bagi BN dalam menghadapi kemaraan rakyat walaupun sebenarnya adalah satu "penyalahgunaan".
BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri.  Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang.  BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung".  Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi.  Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan.  Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan".  Rakyat tahu.  Sepanjang sejarah negara, UMNO telah melakukan banyak penderhakaan ke atas institusi beraja.  Hal ini akan saya kupaskan pada masa akan datang.

MP SEGAMBUT BERKEMPEN DITENANG

Posted: 25 Jan 2011 02:34 PM PST

MENGUNTUNGKAN:JUAL WANITA!!!

Posted: 25 Jan 2011 01:33 PM PST

Semakin ramai wanita China diperdagangkan ke Asia Tenggara, Eropah dan Afrika oleh sindiket jenayah antarabangsa sebelum dipaksa terjebak dengan pelacuran, lapor sebuah akhbar tempatan hari ini.
Akhbar China Daily memetik seorang pegawai kanan polis sebagai berkata, kebanyakan wanita terlibat berasal dari keluarga miskin di kawasan pedalaman dan mereka diperdaya sindiket yang menjanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan atau kononnya ditawarkan menyambung pengajian di luar negara.
Menurut Ketua Jabatan AntiPerdagangan Manusia di Kementerian Keselamatan Awam, Chen Shiqu, kebanyakan kes perdagangan manusia dikategorikan sebagai kes domestik dengan wanita dari kawasan miskin seperti wilayah Yunnan dan Guizhou di barat daya China, dibawa ke bahagian lain negara itu sebelum dipaksa berkahwin.
"Bagaimanapun, trend memperdagangkan wanita China oleh sindiket jenayah ke negara luar untuk bekerja sebagai pelacur kini dilaporkan meningkat," katanya seperti yang dilapor akhbar China Daily.
Laporan akhbar itu menjelaskan, Shiqu tidak memberikan angka rasmi wanita terlibat, tetapi menambah polis telah menyelamatkan 15 wanita China yang dibawa masuk ke Republik Demokratik Kongo untuk aktiviti pelacuran pada November lalu.
Dua suspek rakyat China turut ditahan ketika itu.
Shiqu memetik statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengatakan sebanyak 5,453 wanita dari China yang disyaki bekerja sebagai pelacur di Malaysia telah ditahan dari Januari hingga November tahun lalu.
China merupakan destinasi serta pusat perdagangan manusia dengan laman web Projek Antara Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Perdagangan Manusia menyatakan, perdagangan wanita merentasi sempadan di negara ini semakin meningkat.
Menurut satu data 2010 yang dikumpulkan oleh projek PBB itu, wanita-wanita China biasanya diseludup masuk ke Thailand, Malaysia, negara-negara Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat

MENGAPA UMNO BEGITU BODOH DAN MERACAU DITENANG?

Posted: 25 Jan 2011 12:31 PM PST

BN desperado: kering idea-meracau?!
Okay...ia adalah pilihanraya kecil, jadi isunya juga kecil-kecil?  Tidak sama sekali.  "Lelaki tua" yang terbukti terpalit dengan skandal seks iaitu Chua Soi Lek salah perhitungan apabila memainkan isu "salam" Cikgu Mala manakala Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe kelihatan meracau seolah-olah jika PAS menang di Tenang, Malaysia akan jadi sebuah "negara Islam yang ekstrim".  Amat memalukan sekali apabila adab bersalam dalam Islam ini gagal difahami walaupun sudah lebih 50 tahun negara mencapi kemerdekaan.
Isu "negara Islam" adalah isu lapuk tetapi tetap disebut oleh Muhyiddin Yassin manakala MB Johor Abdul Ghani Osman kelihatan sangat "concern" dengan hukum "potong tangan orang yang mencuri".  Selain itu, Mahathir Mohamad juga menyentuh isu wanita jadi calon PAS padahal Mahathir sudah lupa bahawa Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama dari PAS yang memenangi kerusi Dungun pada tahun 1959.  Rata-rata pemerhati politik bebas melihat isu-isu yang ditimbulkan BN ini tidak lain mencerminkan ketandusan isu dan tidak lebih dari sebuah tindakan desperado.

RAKYAT MESTI AWAS:ANDA DI INTIP

Posted: 25 Jan 2011 11:29 AM PST

PUTRAJAYA, 25 Jan — Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebihkomprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.
Selama ini akta berusia lebih dua dekad itu hanya mengawal selia penerbitan bahan-bahan cetak dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Ini kali pertama peruntukan itu dikaji sejak dasar Koridor Raya  Multimedia diperkenalkan pertengahan 1990-an.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.
"Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia," katanya dipetik Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan Anggota Lembaga Penapisan Filem, Anggota Jawatankuasa Rayuan serta anggota-anggota bersekutu, di sini hari ini.
Katanya pihaknya juga bercadang mengemaskini garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) penapisan filem, selari dengan teknologi memuat turun filem yang ada sekarang.
Mahmood berkata walaupun garis panduan sedia ada ditetapkan pada 2010 dan hanya digunakan kira-kira setahun, ia perlu diubah bagi memenuhi kepentingan rakyat.
"Pengubahsuaian garis panduan antaranya bertujuan memastikan kita mampu mengawal kemasukan filem melalui teknologi terkini seperti melalui pemacu pena.
"Ramai orang tidak lagi membawa masuk filem dalam bentuk cakera padat video (VCD) tetapi ia mungkin disembunyi dalam komputer. Kita perlu melihat dan mengatasi masalah ini," katanya.
Mengenai kawalan bahan dalam laman YouTube, beliau berkata pihaknya bersama wakil dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap laman web tersebut.

PKR HARUS TAU DIRI DIMERLIMAU:JANGAN MELAMPAU!!!

Posted: 25 Jan 2011 10:25 AM PST

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, namun perebutan kerusi itu di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat semakin hangat.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanPemuda PAS hari ini dilaporkan oleh Bernama - mahu hak parti itu untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya," kata ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.

Menurutnya, perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004 ia ditandingi PKR. Sebelum itu, kerusi berkenaan ditandingi Semangat 46 pada 1995.

pkr youth pc 230308 samsul iskandar mat akin"Saya juga tidak suka tindakan yang di luar musyawarah (berunding) kerana ini akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan proses menentukan siapa yang patut bertanding," katanya ketika dihubungi Bernama.

Nasrudin berkata, tindakan meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat itu perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti.

Ketua pemuda PAS itu mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PKR Melaka akan menawarkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan.

azlanKetua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (atas, kiri) dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Keadaan hampir sama juga pernah berlaku sebelum ini pada 2009 apabila PKR meminta meletakkan calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa ia akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil DUN tersebut.

Tiada ulasan: