Selasa, 4 Januari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PINTU PENJARA TERNGANGA BUAT ANWAR:MENGAPA UMNO KETAKUATAN SELALU?

Posted: 04 Jan 2011 08:02 AM PST

Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

NONEDi dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

"Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

"Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri," kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

NONEMenurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

NONESebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

NONE"Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.

PM TPM DAN PAKLAH:USAH SIBUK NAK SATUKAN PAS UMNO:SALAHUDDIN AYYUB.!!!

Posted: 04 Jan 2011 06:55 AM PST

Pak Lah tak perlu sibuk satukan Umno dan PAS
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 4 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tuan Abdullah Haji Ahmad Badawi diingatkan agar tidak sibuk dengan usaha untuk menyatukan Umno dan PAS, tetapi lebih baik menumpukan perhatiannya kepada usaha untuk membaiki imej Umno dan BN sendiri yang semakin teruk kini.

Permasalahan yang berlaku dalam BN sendiri, ternyata gagal diselesaikan oleh para pemimpin BN sejak dulu dan ia pasti menjadi bertambah rumit jika para pemimpinnya lebih sibuk dengan usaha untuk menyatukan Umno dan PAS, daripada usaha untuk membaiki parti itu sendiri.  

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, salah satu contoh jelas termasuklah permasalahan yang berlaku dalam MIC yang telah ditinggalkan oleh Datuk Seri S Samy Velu, tetapi kini ternyata masih gagal ditangani dengan baik oleh para pemimpin BN.

Menurut beliau, jadi tentulah lebih elok jika Pak Lah dan pemimpin Umno BN lain menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam parti-parti komponennya telebih dahulu untuk membaiki prestasinya, daripada memberikan perhatian kepada Pakatan Rakyat.

"Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Pak Lah. Beliau sepatutnya menjadi ikon dalam BN untuk membaiki parti itu sendiri, bukannya sibuk nak satukan Umno dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, Pak Lah telah berjaya menubuhkan SPRM dan akta-aktanya, tetapi kini beliau tetap gagal memainkan peranan supaya penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak memanfaatkannya dengan baik.

"Jadi, Pak Lah sepatutnya lebih vokal dalam hal untuk memerangi rasuah. Apa makna akta SPRM yang diwujudkan itu jika tidak dilaksanakan?" katanya.

Penubuhan SPRM, katanya, hampir 100 peratus disokong oleh Pakatan Rakyat dan ia pasti akan memberikan manfaat besar kepada rakyat dan negara jika para pemimpin Umno BN memberikan perhatian seris dalam usaha memerangi rasuah di tanah air.

"Tetapi apa yang berlaku, 18 kes berprofil tinggi masih juga belum disiasat hingga sekarang. Orang yang didapati bersalah, masih juga memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk kabinet.

"Terbaru, orang yang sudah didapati bersalah dan terbabit dengan rasuah, juga turut diberikan tanggungjawab untuk memainkan peranan penting dalam Felda.

"Jadi, di manakah duduknya Pak Lah dalam semua itu? Itulah antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Pak Lah. Jika tidak, sia-sialah usahanya dulu sehingga tertubuhnya SPRM," tegasnya.

UG 2:PAK LAH PEMBAWA UNDANGAN?

Posted: 04 Jan 2011 12:59 AM PST

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau
dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz nik mat 1Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka
depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana
menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam
pertemuan itu.

PR SELANGOR AKAN KEMBALIKAN KUASA SULTAN YANG DICABUT UMNO?

Posted: 03 Jan 2011 10:50 PM PST

Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

NONE"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2011, maka ia akan menjadi retrospektif," katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.

Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Macini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.
Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendaapati aalasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai "kepentingan umum".

Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.

JANGAN BAGI TAHU MAHFUZ DAN HUSAM TAU....NANYA KITA:HA HA HA BACALAH BRO

Posted: 03 Jan 2011 09:45 PM PST

Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam. Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok. Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.

Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi. Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ' apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..'

' Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…'

' Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….'

Tetiba Lelaki Botak mencelah, '… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysikini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.'( TT)

Nota kaki:
Itulah kesah satu petang
sehari sebelum hari krismas 2010
petang itu akan terus menjadi
rashia untuk kita semua. Rahsia
perbincangan kerajaan perpaduan
yang amat sulit lagi gelap.

Bagaimana kesah ini ditemui oleh penulis
juga akan menjadi rahsia sulit dan gelap
http://tukartiub.blogspot.com/2011/01/sulit-dan-alat-sulit.html

KJ KHAIRY AKAN ISTIHARKAN MASUK PAS KELUAR DARI UMNO?

Posted: 03 Jan 2011 07:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen  Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi  dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini  kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.

NAJIB TAKUTKAN MAHADHIR? ATAU NAJIB BONEKA MAHADHIR?

Posted: 03 Jan 2011 05:21 PM PST

Najib beri isyarat jangan serang Mahathir
Nazri bergurau bahawa "ada virus dalam otak", yang membuatkan dirinya menyokong penuh konsep 1Malaysia, sehingga melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dengan kebanyakan orang.  Beliau menekankan bahawa Perdana Menteri tidak pernah menyerah "misi khas" kepadanya, dan segala-gala yang dilakukan beliau didorong hati nalurinya.
Dalam wawancara tersebut, Nazri mendedahkan bahawa Najib pernah memanggilnya melalui telefon, berkata orang lain akan melihat serangan Nazri terhadap bekas PM Mahathir itu dilakukan atas arahan PM.  Walaupun Najib tidak mengarahkan Nazri untuk menghentikan serangan tersebut, tetapi Nazri dapat merasakan isyarat jelas yang ingin disampaikan Najib, iaitu hentikan serangan terhadap Mahathir.
Nazri menambah, mereka yang memahami beliau akan tahu bahawa beliau berselisih dengan Mahathir sejak awal lagi, jadi beliau bukan menyerang Mahathir kerana menerima apa-apa arahan, menurut laporan.
Malah, Nazri menuduh bahawa politiking dalam UMNO menjadi penghalang kepada perubahan yang dibawa Najib.  Nazri adalah menteri kabinet pertama yang mendahulukan identiti warga Malaysia-nya sebelum kaum Melayu-nya.  Nazri yang sudah menyandang jawatan Menteri untuk 11 tahun tidak khuatir dengan pandangan orang lain, kerana beliau menganggap jawatan awam yang diamanahkan kepadanya adalah untuk memberi peluang dirinya berkhidmat kepada rakyat.
Beliau mendedahkan bahawa pertemuan dirinya dengan Namewee baru-baru ini mengundang tekanan dari UMNO, yang mendesak Najib untuk memecatnya.

GENDANG KERAJAAN PERPADUAN PAS UMNO DISELANGOR?

Posted: 03 Jan 2011 04:12 PM PST

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.

NONE"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.

"Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya," beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.

Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Perjumpaan 'besar'
Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada menteri besar berhubung perkara itu.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

NONEIa bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

'Berdentam-dentumlah isu kerajaan perpaduan'
Hadi setakat ini masih membisu tentang perkara itu.

Setiausaha politik Abdul Hadi - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, tiada komen akan dikeluarkan oleh pihaknya kerana persoalan itu akan dijelaskan oleh Nik Aziz sendiri.

NONEPerbincangan ini turut menarik perhatian editor organ PAS Harakah Tarmizi Md Jam (kanan) sendiri yang mengulas perkara itu dalam blognya Sanggah Tok Sago hari ini.

"Maka berdentam-dentumlah semula isu kerajaan perpaduan sehari dua ini. Ada blog yang sudah meraban membongkar pertemuan tersebut. Tak kurang juga yang ligat berhujah mempertahankan kumpulan masing-masing.

"Tetapi faktanya kian bercanggah antara satu sama lain. Ada blogger mendakwa timbalan presiden PAS hadir sama, kemudian sehari selepas itu beliau mohon maaf kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa," tulis Tarmizi.

MANGSA ROGOL PAK MENTERI MALAYSIA RAYU RAHASIAKAN IDENTITI

Posted: 03 Jan 2011 09:09 AM PST

NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

NONEMenurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana "menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia."

"Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia," petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.

Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.

Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana "bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka."

Katanya, "beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup," petik laporan Anis.

Tiada ulasan: