Khamis, 27 Januari 2011

.

.


Dengan Hati Yang tenang

Posted: 27 Jan 2011 03:09 AM PST

Catatan Menegang Tenang

Dalam sesuatu pilihan raya isu sangatlah penting. Isu merupakan modal untuk meraih sokongan pengundi. Pengundi akan melihat kepada isu yang dikemukakan untuk mereka membuat perhitungan memilih siapa. Semua isu yang dikemukakan akan dicerakin dan dikunyan sebaik mungkin sebelum ditelan pengundi.

Isu ini penting dalam pilihan raya. Kalau sesuatu piliahan raya itu tidak ada isu, sepilah dan tidak rancaklah kempen pilihan raya itu.

Selain manifesto, isu adalah memainkan peranan penting. Biasanya dalam pilihan raya kecil tidak ada manifesto. Manifesto akan dikemukakan parti politik dalam pilihan raya umum. Manifesto merupakan janji dan komitmen parti kalau mereka menang kelak. Manifesto akan dijadikan analisa dan penilaian.

Dalam pilihan raya kecil yang ada hanya mifesto peribadi calon saja. selain daripada membentangkan latar belakang dan syakish diri calon akan mengemukakan apakah gagasan atau wawasan mereka untuk dilaksanakan atau difikirkan jika memengi pilihan raya nanti. Apakah perubahan drastik setempat yang bakal berlaku atau dilakukan kalau calon berkenaan memenangi pilihan raya berkenaan.

Gagasan dan idea ini biarlah logik, rasional dan diterima oleh pengundi. Ia tidak perlu menyenaraikan gagasan dan idea berjela-hela tetapi cukup beberapa perkara yang mudah dilaksanakan dan diterima rakyat.

Dalam pilihan raya kecil Tenang ini dalam permerhatian saya tidak ada manifesto. Kedua parti yang bertanding Pas dan BN tidak mengemukakan manifesto peribadi secara khusus. Pas tidak ada manifesti. Manakala UBN pula dengan cara lamanya menjanjikan projek segera sebagai manifesto.

Cuma bagi Pas kalau calonnya Normala Sudirman menang ia akan membawa suara dan hasrat parti dalam itu dalam Dun Johor. Normala akan jadi jurucakap Pas bersama dua lagi wakil di Dun Johor yang sedia ada. Itu saja, dan tidak lebih daripada itu.

Begitu juga dengan calon BN, Azahar Ibrahim kalau menang ia akan membawa suara BN dalam Dun Johor. Kerana Johor diperintah BN Azahar akan meneruskan perjuangan Sulaiman Taha, yang meninggal dunia.

Seperti dikatakan tadi kerana manifesto tidak ada, maka isu atau modal yang ditimbukan parti itu penting. Dari sinilah pengundi akan membuat semakan dan penilaian untuk memilih calon mana yang patut mereka pilih. Berdasarkan isu mereka akan menilai kelayak, kesesuaian dan keperluan seseorang itu untuk dipilih. Kenapa dan sebab apa mereka patut dipilih selain daripada kerana hubungan personal.

Dalam pilihan raya Tenang ini nampaknya isu peribadi kedua-dua calon ke depan. Isu ini bukan dibawa sendiri oeh mereka tetapi oleh jentera polihan raya masing-masing, khasnya gerak saraf. Paling jelas Pas telah membawa isu peribadi calonnya BN, Azahar. Pas membangkitkan soal integriti Azahar semasa menajdi Penolong Pegsawai Daerah dulu yang dikatakan telah abai dan kurang cekap menyebabkan seorang pemilik tanah kehilangan tanahnya. Sikap cuai itu juga sehinggakan Azahar disaman di mahkamah.

Pas cuba membawa kerjadian ini sebagai kelamahan calon BN itu. Kelemahan atau kesilapan sama tidak ada kepada Normala. Jadi bertolak dari situ dalam perkiraan Pas pengundi tidak patut memilih seorang yang tidak cekap dan berlaku penganiayaan kepada orang lain sebagai calon. Kerana itu Pas menggesakan calon ini ditolak awal-awal lagi.

Bukan tidak boleh ungkitkan isu peribadi. Tetapi bagi saya cara Pas mainkan isu ini kurang bijak. Apa lagi bila Pas berlebih-lebihan menimbulkan perkara ini. bila kita jengok blog atau pun website yang berpihak kepada Pas isu inid dimainkan secara berlebihan. Bila ia dimainkan secara berlebihan ia memberi kesan negatif kepada pihak yang menimbulkannya dan memberi simpati kepada orang kena tuduh.

Apa yang diketengahkan Pas itu ia sudah lama berlaku. Kejahatan Azahar itu diluar kontesk pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini. Sepatutnya Pas mengambil kira hal ini dan bukan begitu seronok mendedahkannya.

Kepada saya Pas perlu ketepikan isu peribadi berkenaan. Ia boleh setakat diangkat tetapi bukan untuk diecerkan oleh jentera pilihan raya Pas ke dalam kempen. Biarlah isu-isu seperti itu dimainkan oleh pihak lain, termasuk bloger dan rakan Fb.

Apa yang patut Pas tumpu atau utamakan mengariskan apakah tindakan-tindakan yang akan berlaku sekiranya calon mereka memang kelak. Pas harus mengemukakan apakah perubahan drastik setempat jika Normala menang. Selain itu Pas harus 'mengumba' rakyat kemenangan Normala adalah penting untuk perubahan dan pembaharuan politik di Johor.

Pas kena ceritakan kemenangan Normala bukan saja merombak pegangan politik totok masyarakat Felda di Johor khasnya, tetapi ia juga akan membuka dimensi politik baru di Dun Johor. Pas kena menyakinkan rakyat sekiranya cikgu Mala menang dia akan membuka penyelak besi yang mengunci negeri Johor dari dimasuki parti lain selain Umno.

Rasanya dalam waktu tersisa ini Pas masih boleh perbetulkan bentuk dan gaya kempennya. Pas masih berpeluang untuk membisikkan kepada rakyat bahawa kemenangan Normala akan menerangkan lagi masa depan rakyat kerana ia akan merintiskan kepada perubahan kepimpinan di Johor apabila partinya dan Pakatan Rakyat memerintah negeri berkenaan.

Pas perlu katakan kepada pengundi Tenang segala-gala perubahan yang besar itu akan berlaku dengan bermula di Tenang!

Susupan Malam

Posted: 26 Jan 2011 05:02 AM PST

Ruapanya Ada Kumpulan Belum Tamadun Di Tenang

MALAM tadi UBN telah menunjukkan lagak semula jadi mereka, merasa negara ini adalah hak mereka. Sekumpulan lelaki yang memakai t shirt BN telah menganggu ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Lim Guan Eng.

Khabarnya macam-mnacam kata-kata nesta dan kesat dilaungkan kepada Guan Eng. Tujuannya supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu henti memberi ceramah. Antara kata-kata yang boleh mengguriskan hati dan melampau ialah melarang orang ramai mendengar ceramah kafir. Kejadian ini berlaku di Felda Cempelak.

Memang Guan Eng kafir. Tetapi apakah bezanya kalau si Islam juga bercakap bohong, menipu rakyat dan merogol undang-undang. Rsanya lebih baik kafir daripada Islam yang munafik sedemikian.

Guan Eng tidak mempedulikan cemuhan dan jeritan sekumpulan pemuda BN yang liar dan celika itu. Mungkin kalau di zaman dulu cemuhan itu boleh menghentikan ceramah pembangkang. Tetapi zaman ini zaman orang semua berani dan celik undang-undang. Perbuatan biadap dan liar begitu sudah tidak digeruni lagi. BN jangan merasakan pihaknya saja yang berani tetapi harus merezabkan keberanian itu juga ada dalam kalangan pemuda Pakatan Rakyat.

Nasib baik malam tadi pemuda Pakatan Rakyat dapat menahan diri. Apa kata kalau ada seorang dua pemuda Pakatan Rakyat yang gila dan naik angin tentu meletus kejadian buruk malam tadi. Kalau meletus pastilah Tenang tidak akan tenang lagi.

Hendaknya pemimpin BN mengajar pemudanya agar bersikap profesional dan tahu menghormati orang lain. Ajar juga bahawa negara ini bukan kepunyaan mereka seratus peratus dan selamanya. Tindakan pemuda BN semalam juga menunjukkan BN sudah merasakan tentangan terhadap semakin hebat dan sengit.

Kalau BN masih merasakan harapan untuk menang masih ada mungkin kerja-kerja gila yang selalu dibuat oleh manusia tidak tamadun begitu tidak akan berlaku. Percayalah tindakan dilakukan seperti semalam bukan lagi satu startegi yang baik sebaliknya menjadikan orang semakin benci kepada UBN khasnya Umno. [ttdi.kl 9:12 pm 26/01/11]

Tiada ulasan: